Post on 04-Apr-2018
7/29/2019 Modul Rumusan Tingkatan 5
1/2
UNIT 2: PENDIDIKAN ALAF INI
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara
mewujudkan amalan berjimat cermat dan masalah ibu bapa dalam menguruskan
kewangan keluarga. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya dipraktikkan
sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia, apatah lagi dengan keadaan harga barangan yang
semakin meningkat. Ramai daripada kita boros dalam berbelanja sehinggakan
menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil
untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat. Amalan menabung
wajar diterapkan dalam kalangan kanak-kanak bagi memberi pendedahan sejak usia awal
terhadap pengurusan kewangan. Pepatah Melayu, melentur buluh biar dari rebung
hendaklah menjadi asas penting terhadap tabiat yang baik untuk masa depan. Gabungan
Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) , sebagai pertubuhan bukan kerajaan yang aktifmemberi maklumat, pendidikan dan perlindungan kepada pengguna agar tahu menguruskan
kewangan yang betul. Sebenarnya amalan berjimat banyak bergantung pada sikap ibu bapa.
Oleh itu, ibu bapa haruslah menyediakan belanjawan kewangan keluarga. Melalui
belanjawan kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Tanpa belanjawan kewangan, ibu bapa
akan membeli apa-apa sahaja yang difikirkan menarik tanpa menyedari tabungan semakin
berkurangan. Malah, ibu bapa perlu merancang kewangan untuk masa depan anak.
Sediakan payung sebelum hujan. Anak-anak yang masih kecil memang perbelanjaannya
tidak banyak, tetapi apabila meningkat remaja , kos pengajian di peringkat tinggi amat
membebankan jika tiada perancangan yang tepat. Ramai daripada kita suka makan di luar
atas alasan masing-masing sibuk bekerja. Ada yang berpendapat , sesudah puas bekerja,
tidak menjadi masalah merasai kesusahan tersebut dengan berhibur di luar. Amalan tersebut
tidak salah, tetapi perlulah berpada-pada. Oleh itu, dicadangkan masak sendiri di rumah
untuk makanan keluarga. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara
keluarga serta lebih terjaga kebersihannya.
Malah, sebaik-baiknya kita patut membawa bekalan ke pejabat atau sekolah. Jangan
malu untuk membawa bekal ke pejabat atau ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat
paling kurang RM5.00 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa
hadapan dan kecemasan. Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa kos penyelenggaraan
kereta amat tinggi. Oleh itu, dicadangkan kita perlu berkongsi kenderaan untuk ke tempatkerja. Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat cermat akan sentiasa
menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai
alternatif. Kita juga perlu berjimat dalam penggunaan air, elektrik dan gas. Sebagi contoh,
keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran dengan
menutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan
pendingin udara. Begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci. Ketika membeli-
belah pula, kita perlu membuat perbandingan harga terlebih dahulu.
Amalan ini amat penting kerana kadangkala terdapat perbezaan harga di antara
kedai; lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan
kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat. Malah, sebaik-sebaiknya kita
mengelakkan membeli barangan berjenama. Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita
7/29/2019 Modul Rumusan Tingkatan 5
2/2
tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut
mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna
harus bijak memilihnya. Jelaslah kepada kita, amalan berjimat cermat sudah pasti akan
melahirkan masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang
mencukupi. Mahatma Gandhi ada berkata, " Berfikir untuk hari esok, namun bertindaklah
hari ini". Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalanberjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana " Generasi Muda Perlu Diterap Cara Berhemat
Urus Kewangan", oleh Jami'ah Shukri, Berita Harian, 23 Mac 2010_
Berdasarkan petikan rumusan, jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
1. Berikan maksud rangkai kata situasi ekomoni yang merosot
2. Nyatakan tiga amalan negatif masyarakat ketika berbelanja.
3. Pada pendapat anda, apakah peranan yang perlu dimainkan oleh sekolah, agar tabiat
berhemat dalam berbelanja dapat disemai dalam jiwa pelajar-pelajar?
Kemukakan empat pendapat anda.