Post on 12-Jan-2017
MENGENALPASTI GAYA DAN KEBERKESANAN KEPIMPINAN PENGETUA CEMERLANG KANAN WANITA DI SEKOLAH : SATU KAJIAN KES DI SEKOLAH
MENENGAH TUN ABANG HAJI OPENG, KUCHING, NEGERI SARAWAK
SUFFIAN BIN HAJI JALET
06031422
Projek ini adalah sebagai memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA sarawak
2009
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Allah s. w. t kerana dengan limpah rahmat, izin serta
petunjuk- Nya, dapat saya siapkan penyelidikan ini mengikut ketetapannya bagi
memenuhi penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia),
Universiti Malaysia Sarawak. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pensyarah yang telah mencurahkan ilmu dan
bimbingan kepada pelajar Msc. HRD sesi 2006-2008.
Penghargaan juga saya rakamkan buat penyelia saya Dr. Shahren Ahmad
Zaidi Adruce yang telah banyak memberikan tunjuk ajar, kata nasihat, teguran
membina dan sokongan sepanjang tempoh pelaksanaan kajian ini. Tanpa bimbingan
dan panduan yang diberikan, tidak mungkin saya akan dapat menyiapkan kajian ini
mengikut ketetapannya. Juga kepada semua rakan sekelas yang sentiasa
memberikan bantuan dan sokongan moral kepada saya.
Terima kasih juga buat pengetua, semua guru, staf bukan akademik dan
pelajar di SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching yang sentiasa ikhlas membantu dalam penyelidikan ini. Terima kasih utama diberikan kepada semua responden
penyelidikan ini yang sangat membantu sepanjang proses pengumpulan data
dijalankan. Allah sahaja yang membalasjasa dan kebaikan kalian.
Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga buat keluarga tercinta Nor'aini
Binti Bidin serta anak-anak, Afiq Hamizan dan Aina' Aisyah Basirah yang sentiasa
sabar dan begitu memahami suka duka saya sepanjang penyelidikan ini dijalankan
dan sentiasa memberi peluang, memahami serta berkorban masa dan kasih sayang
untuk saya merealisasikan harapan dan impian.
Doa, harapan dan dorongan kalian menjadi pembakar semangat dan inspirasi
untuk saya terus berusaha dengan tekun dan bersungguh-sungguh. Semoga kalian
sentiasa diredhai Allah di dunia dan di akhirat dan mendapat darjat yang mulia di
sisi-Nya buat selamanya.
Sekian, terima kasih. Wassalam. ii
ISI KANDUNGAN
Surat Akuan penyerahan
Penghargaan
Isi kandungan
Senarai Gambar Rajah
Abstrak
Abstract
BAB 1: PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Penyelidikan
1.4.1 Objektif Umum
1.4.2 Objektif Khusus
1.5 Soalan Kajian
1.6 Definisi Istilah
1.6.1 Gaya Kepimpinan
1.6.2 Keberkesanan
1.6.3 Pemimpin dan Kepimpinan
1.6.4 Pengetua Kanan
1.7 Kesimpulan
1
11
111
ix
xiv
xv
I
2
4
6
7
7
7
7
8
8
9
9
10
11
iii
BAB 2: SOROTAN LITERATUR
2.0 Pengenalan 12
2.1 Sorotan Konsepsual 13
2.1.1 Konsep Kepimpinan 14
2.1.2 Faktor Kepimpinan 17
2.2 Gaya Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah 19
2.3 Kepimpinan Berkesan 20
2.4 Kualiti Kerja Yang Berkesan 28
2.5 Teori Dan Konsep Kepimpinan Transformasional 35
2.5.1 Kerangkan Teori Kepimpinan Transformasional
Burns (1978) dan Bass (1985) 39
2.5.2 Ciri-ciri Kepimpinan Transformasional 41
2.5.3 Kepimpinan Transformasional Dalam
Organisasi Sekolah 42
2.5.4 Kepimpinan Transformasional Dalam
Konteks Sekolah Di Malaysia 44
2.5.5 Model Kepimpinan Transformasional
Slocum dan Hellriegel (2007) 45
2.6 Teori dan Konsep Kepimpinan Transaksional 46
2.6.1 Path-Goal Theory 47
2.6.2 Kepimpinan Transaksional 49
2.6.3 Kepimpinan Transaksional Dalam
Konteks Di Sekolah 50
2.7 Kesimpulan 52
IV
BAB 3: METODOLOGI DAN PROSEDUR PENYELIDIKAN
3.0 Pengenalan
3.1 Reka Bentuk Penyelidikan
3.2 Instrumen Penyelidikan
3.3 Persampelan Penyelidikan
3.3.1 Lokasi Penyelidikan
3.3.2 Populasi dan Responden
3.4 Teknik Pengumpulan Data
3.5 Teknik Penganalisaan Data
3.6 Prosedur Penyelidikan
3.7 Kesimpulan
BAB 4: DAPATAN PENYELIDIKAN DAN PERBINCANGAN
53
54
55
55
55
56
57
58
59
62
4.0 Pengenalan 63
4.1 Analisa Kualitatif 64
4.2 Responden Kajian 65
4.2.1 Latar Belakang Responden A (Pemimpin)
yang dikaji 84-107
4.3 Objektif 1: Mengenalpasti Gaya Kepimpinan Wanita
Dalam Sesebuah Organisasi Yang Dipimpin Olehnya 66
4.3.1 Falsafah terhadap kepimpinan 66
4.3.2 Pengaruh perbezaan jantina terhadap gaya kepimpinan 70
4.3.3 Pendekatan/gaya yang sepatutnya diamalkan
oleh seseorang pemimpin 73
4.3.4 Budaya yang telah dibawa ke organisasi 76
V
4.3.5 Motivasi pekerja bawahan melalui gaya komunikasi
yang ada 77
4.3.6 Gaya kepimpinan yang digunakan oleh
Responden A dalam kepimpinannya 78
4.3.7 Hubungan Responden A dengan kakitangan
berlainanjantina 82
4.3.8 Motivasi dan inspirasi Responden A terhadap anak buahnya dalm soal kepimpinan 84
4.3.9 Ciri-ciri yang istimewa yang dapat dilihat dalam
kepimpinan Responden A dari perspektif pelajar 86
4.3.10 Perkembangan positif dengan gaya kepimpinan
Responden A terhadap perubahan organisasi 87
4.4 Objektif 2: Menyelidiki keberkesanan kepimpinan wanita dalam organisasi yang dipimpinnya dengan gaya kepimpinan
yang dipraktikkan.
4.4.1 Pengaruh Responden A pada perubahan dan maknanya
sebagai agen perubahan
4.4.2 Reaksi orang sekeliling terhadap gaya kepimpinan
yang diamalkan
4.4.3 Keberkesanan gaya kepimpinan yang diamalkan
terhadap organisasi
4.4.4 Kelayakan Responden A dijolokkan sebagai
`mentor' dalam soal kepimpinan dengan gaya
kepimpinan yang diamalkan olehnya
4.4.5 Pertikaian kemampuan wanita dalam kepimpinan
yang berkesan dalam organisasi
92
92
93
95
96
99
vi
4.4.6 Sumbangan sifat lemah lembut pemimpin wanita dalam
kepimpinan organisasi dengan berkesan 102
4.4.7 Kemampuan menyelesaikan masalah dalam organisasi dengan gaya kepimpinan yang diamalkan 105
4.4.8 Keberkesanan hubungan antara pemimpin dan
kakitangan melalui gaya kepimpinan yang diamalkan 107
4.5 Objektif 3: Mengenalpasti kualiti kerja berkesan yang
diterapkan oleh pemimpin dengan gaya kepimpinan yang diamalkan
dalam organisasi. 109
4.5.1 Kualiti-kualiti kerja yang diamalkan dalam organisasi yang
diterapkan oleh pemimpin 109
4.6 Kesimpulan 115
BAB 5: RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
5.0 Pengenalan 116
5.1 Perbincangan 117
5.2 Rumusan Penyelidikan 160
5.3 Kepentingan dan Sumbangan Penyelidikan 161
5.3.1 Kepentingan terhadap teori 162
5.3.2 Kepentingan terhadap kaedah metodologi penyelidikan 162
5.3.3 Kepentingan terhadap pengamal (practitioners) 162
5.4 Limitasi Penyelidikan 163
5.5 Cadangan Penyelidikan 164
5.6 Kesimpulan 168
VII
Rujukan 169
Lampiran:
Lampiran - Surat Permohonan Menjalankan Soal Selidik
di organisasi kajian
Lampiran A- Latar Belakang Responden A (Pemimpin) Yang Dikaji 180
Lampiran B- Jadual Temubual 199
Lampiran C- Soalan Temubual 200
Lampiran D- Manuskrip Responden 203
VIII
Senarai Gambarajah dan Carta
Rajah 2.1 Hubungan Kreadibiliti dan Efikasi dengan kepimpinan
yang berkesan
Rajah 2.2 Tonggak 12 Jabatan Perkhidmatan Awam
(Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia)
28
34
Rajah 2.3 Teori Kepimpinan Transformasional
Burns (1978) dan Bass (1985) 40
Rajah 3.1 Carta Aliran Prosedur Penyelidikan 61
Rajah 4.1 Falsafah terhadap kepimpinan 69
Rajah 4.2 Pengaruh Perbezaan Jantina Terhadap Gaya Kepimpinan 72
Rajah 4.3 Pendekatan/Gaya yang sepatutnya diamalkan
oleh seseorang pemimpin 75
Rajah 4.4 Budaya yang telah dibawa ke organisasi 77
Rajah 4.5 Motivasi pekerja bawahan melalui gaya
komunikasi yang ada 78
Rajah 4.6 Gaya kepimpinan yang digunakan oleh Responden A dalam kepimpinannya 81
Rajah 4.7 Hubungan Responden A dengan kakitangan
berlainan jantina 83
ix
Rajah 4.8 Motivasi dan inspirasi Responden A terhadap
anak buahnya dalam soal kepimpinan 85
Rajah 4.9 Ciri-ciri yang istimewa yang dapat dilihat dalam
kepimpinan Responden A dari perspektif pelajar 87
Rajah 4.10 Perkembangan positif dengan gaya kepimpinan
Responden A terhadap perubahan organisasi 90
Rajah 4.11 Model Teori Kepimpinan Transformasi Leithwood (1994) 91
Rajah 4.12 Pengaruh Responden A pada perubahan dan maknanya
sebagai agen perubahan 93
Rajah 4.13 Reaksi orang sekeliling terhadap gaya kepimpinan
yang diamalkan 94
Rajah 4.14 Keberkesanan gaya kepimpinan yang diamalkan
terhadap organisasi 96
Rajah 4.15 Kelayakan Responden A dijolokkan sebagai
`mentor' dalam soal kepimpinan dengan gaya kepimpinan yang
diamalkan olehnya 97
Rajah 4.16 Pertikaian kemampuan wanita dalam kepimpinan
yang berkesan dalam organisasi 101
Rajah 4.17 Sumbangan sifat lemah lembut pemimpin wanita dalam
kepimpinan organisasi dengan berkesan 104
x
Rajah 4.18 Sumbangan sifat lemah lembut pemimpin wanita dalam
kepimpinan organisasi dengan berkesan 106
Rajah 4.19 Keberkesanan hubungan antara pemimpin dan
kakitangan melalui gaya kepimpinan yang diamalkan 108
Rajah 4.20 Kualiti-kualiti kerja yang diamalkan dalam organisasi yang diterapkan oleh pemimpin 114
Rajah 5.1 Falsafah terhadap kepimpinan 119
Rajah 5.2 Pengaruh Perbezaan Terhadap Gaya Kepimpinan 121
Rajah 5.3 Pendekatan/Gaya yang sepatutnya diamalkan
oleh seseorang pemimpin 123
Rajah 5.4 Budaya yang telah dibawa ke organisasi 125
Rajah 5.5 Motivasi pekerja bawahan melalui gaya komunikasi yang ada 126
Rajah 5.6 Gaya kepimpinan yang digunakan oleh
Responden A dalam kepimpinannya 128
Rajah 5.7 Hubungan Responden A dengan kakitangan
berlainan jantina 130
Rajah 5.8 Motivasi dan inspirasi Responden A terhadap anak buahnya dalam soal kepimpinan 132
xi
Rajah 5.9 Ciri-ciri yang istimewa yang dapat dilihat dalam
kepimpinan Responden A dari perspektif pelajar 134
Rajah 5.10 Perkembangan positif dengan gaya kepimpinan
Responden A terhadap perubahan organisasi 136
Rajah 5.11 Model Kepimpinan Transformasional
Slocum dan Hellriegel (2007) 139
Rajah 5.12 Pengaruh Responden A pada perubahan dan
maknanya sebagai agen perubahan 143
Rajah 5.13 Reaksi orang sekeliling terhadap gaya kepimpinan
yang diamalkan 145
Rajah 5.14 Keberkesanan gaya kepimpinan yang diamalkan
terhadap organisasi 146
Rajah 5.15 Kelayakan Responden A dijolokkan sebagai `mentor'
dalam soal kepimpinan dengan gaya kepimpinan yang diamalkan
olehnya 147
Rajah 5.16 Pertikaian kemampuan wanita dalam kepimpinan yang
berkesan dalam organisasi 149
Rajah 5.17 Sumbangan sifat lemah lembut pemimpin wanita
dalam kepimpinan organisasi dengan berkesan
xii
151
Rajah 5.18 Kemampuan menyelesaikan masalah dalam organisasi
dengan gaya kepimpinan yang diamalkan 153
Rajah 5.19 Keberkesanan hubungan antara pemimpin dan
kakitangan melalui gaya kepimpinan yang diamalkan 155
Rajah 5.20 Kualiti-kualiti kerja yang diamalkan dalam
organisasi yang diterapkan oleh pemimpin 159
XIII
ABSTRAK
MENGENALPASTI GAYA DAN KEBERKESANAN KEPIMPINAN PENGETUA CEMERLANG KANAN WANITA DI SEKOLAH : SATU
KAJIAN KES DI SEKOLAH MENENGAH TUN ABANG HAJI OPENG, KUCHING, NEGERI SARAWAK
Masyarakat meletakkan harapan yang tinggi kepada sekolah dalam usaha melahirkan
warga negara yang berilmu, bermoral serta berkemahiran tinggi. Pengetua dituntut
supaya memimpin sekolah dengan berkesan. Tujuan umum kajian adalah untuk
menentukan gaya kepemimpinan serta keberkesanan kepimpinan pengetua dan
secara khusus objektif kajian adalah menghuraikan gaya kepemimpinan dan
keberkesanan gaya tersebut yang diamalkan oleh seorang pengetua cemerlang kanan
wanita di sekolah. Kajian dilaksanakan di sebuah sekolah menengah SMK Tun
Abang Haji Openg, Kuching di negeri Sarawak. Kaedah penyelidikan menggunakan
pendekatan kualitatif yang berorientasikan kaedah kajian kes dan menggunakan
temubual secara mendalam, membuat pemerhatian dan analisa dokumen untuk
mengumpul data. Sampel penyelidikan ini terdiri dari seorang responden utama
penyelidikan (pengetua kanan), empat orang kakitangan dan dua orang pelajar.
Dapatan penyelidikan mendapati responden mengamalkan gaya Transformational
dalam kepimpinannya yang telah terbukti berkesan dengan mengaitkan kualiti
individu kerja yang berkesan dengan gaya kepimpinannya. Kesimpulannya, dapatan
penyelidikan diharap dapat digunakan sebagai panduan kepada pemimpin-pemimpin
organisasi terutamanya di sekolah untuk kepimpinan yang lebih berkesan.
XIV
ABSTRACT
TO IDENTIFY STYLE AND THE EFFECTIVENESS OF LEADERSHIP
IMPLEMENTED BY WOMEN EXCELLENCE SENIOR PRINCIPLE IN
SCHOOL: A CASE STUDY AT SEKOLAH MENENGAH TUN ABANG HAJI
OPENG, KUCHING, NEGERI SARAWAK
Society places high expectation on schools to produce knowledgeable, morally
outstanding and highly-skilled citizens. In order to do so, school principals are
expected to lead the school effectively. However, there are discrepancies in the
quality of our school leadership. General aim of this study is to identify the style and
effectiveness of the school principal leadership and the specific objective is to
ascertain the effectiveness of leadership styles used by an excellent senior principal of
the school. The location of the study was SMK Tun Abang Haji Openg, Kuching,
Sarawak. The study uses a qualitative approach using in-depth interviews,
observation and documents analysis for data collection. The research sample is the
senior principal, four school staffs and two students who are very close to the main
informant. The findings indicate that the principal uses a Transformational
Leadership Style very effectively. It is hoped that the findings would be useful for
school principals to improve their school performance.
xv
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Bahagian ini menerangkan tentang pengenalan, latar belakang penyelidikan,
kenyataan masalah, objektif penyelidikan secara umum dan khusus, persoalan
penyelidikan, kepentingan dan sumbangan penyelidikan yang akan dijalankan dan
definisi istilah-istilah pembolehubah yang akan digunakan di dalam penyelidikan
secara konseptual dan operasional.
I
1.1 Pengenalan
Wawasan 2020, adalah misi nasional ke arah menjadikan Malaysia Negara
yang berstatus maju menjelang tahun 2020. Secara khusus, Wawasan 2020 adalah
hasil cetusan idea dan pemikiran strategik seorang pemimpin negara yang ingin
melihat Malaysia bersaing dengan negara maju serta disegani di peringkat global.
Secara tidak langsung, Wawasan 2020 memberi gambaran yang jelas bahawa
kejayaan sesebuah negara tidak hanya terletak kepada kebijaksanaan pemimpin
mencipta wawasan dan gagasan tetapi juga berperanan sebagai agen perubahan
dengan menukar paradigma rakyat serta menggerakkan jentera pentadbiran negara
ke arah merealisasikan Wawasan 2020. Justeru itu, secara khusus dapatlah
dikatakan bahawa pemimpin dan proses kepemimpinan merupakan teraju utama
dalam menjadikan matlamat satu realiti, menentukan `jatuh -bangun' dan
kejayaan bukan sahaja kepada sebuah entity masyarakat malah kepada sebuah
negara (Yukl 2006; Kouzes & Posner 2003). Dalam usaha menggerakkan
pentadbiran negara selaras dengan Wawasan 2020, mantan Perdana Menteri, Tun
Mahathir (1996) telah menggariskan beberapa ciri kepemimpinan yang perlu
dimiliki oleh pentadbir awam sebagai jentera utama' pentadbiran negara. Ciri
yang dimaksudkan adalah berwawasan dan berpandangan jauh; berupaya
menentukan objektif; mampu menilai kemampuan pengikut; berkemampuan
memimpin pengikut ke arah kejayaan. Dalam hal ini juga, Perdana Menteri
Malaysia kini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2004) melalui ucapan
perdananya, turut menyeru pentadbir perkhidmatan awam di Malaysia supaya
mempunyai kualiti kepemimpinan yang boleh dijadikan suri teladan kepada staf
yang lain di samping merealisasikan wawasan dan pemikiran strategik negara.
Dalam konteks ini, pemimpin sektor awam juga disaran supaya mengamalkan
pengurusan yang berkualiti serta responsif kepada keperluan pelanggan yang
sentiasa mengharap perkhidmatan terbaik diberikan. Akhir sekali, beliau menyeru
kepada pucuk kepemimpinan sektor awam supaya segera melakukan perubahan
ke arah kualiti kepemimpinan yang lebih cekap dan berintegriti. Dalam bidang
pendidikan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai hasrat untuk
2
meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia
Tenggara.
Dalam merealisasikan matlamat pendidikan negara, kepemimpinan
pengetua berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan
berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan
kemantapan dalam kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan
kepemimpinan sekolah dilihat sebagai pemacu ke arah penghasilan pendidikan
yang berkualiti. Ini bererti, pengetua selaku ketua jabatan di sekolah diberi
amanah untuk merealisasi aspirasi dan pembangunan pendidikan negara (Abas
Awang & Balasundran A. Ramaiah 2002) dan bertanggungjawab terhadap
kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah. Sunggguhpun demikian,
McNulty et at. (2005) menegaskan bahawa tugas pengetua di sekolah tidak terhad
hanya kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan
segala bentuk sumber dan modal insan di bawah tadbirannya terutamanya guru
supaya mereka dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Ubben et
at. (2001) serta Drake dan Roe (1999) pernah menyebut bahawa setiap aktiviti
yang berlaku di sekolah adalah tanggungjawab pengetua malah penghasilan
sebuah sekolah yang efektif, harmonis serta cemerlang dikatakan berakar umbi
daripada kepemimpinan pengetua yang berkesan.
Pandangan McNulty et al. (2005) dan Hughes (1995) turut disokong oleh
Sheilds (2005) dan Day et al. (2000) yang mengatakan bahawa tugas utama
pengetua tidak terhad hanya melaksanakan peranan fungsional seperti
pengelolaan, penyelarasan dan penilaian tetapi perlu menjadi suri teladan atau
sumber inspirasi kepada guru-guru. Di samping itu, kepemimpinan sekolah juga
disaran supaya mengamalkan stail kepemimpinan yang lebih mengutamakan nilai
kemanusiaan seperti membina hubungan yang harmonis dengan guru, bersikap
telus, mudah didekati, kerap memberi motivasi, membimbing dan memberi tunjuk
ajar kepada guru (Bush 2003; Hussein Haji Ahmad 2001). Mengikut Chan Yuen
Fook (2000) pula, aspirasi pendidikan Negara tidak akan mencapai matlamat jika
kepemimpinan sekolah terlalu tertumpu kepada tugas pentadbiran sahaja
3
sedangkan bidang kepengetuaan hari ini bersifat dinamik, kompleks malah
menuntut sesuatu yang lebih tinggi (Speck 1999; Herbert 2006) dalam
menyediakan pengetua yang mampu menghasilkan guru yang komited terhadap
sekolah. Sehubungan dengan itu Fullan (2001) dan Mortimore (1995) juga
menyuarakan pendapat mereka tentang ciri-ciri kepemimpinan yang perlu dimiliki
oleh pengetua sekolah dalam era globalisasi. Ciri yang dimaksudkan dikenali
sebagai kepemimpinan profesional iaitu merujuk kepada sikap tegas pengetua
dalam membuat keputusan, mempunyai matlamat yang realistik serta menekankan
keunggulan sebagai pemimpin ketika di sekolah. Di samping itu, pengetua juga
perlu menitikberatkan aspek pembangunan manusia seperti kepuasan kerja dan
komitmen guru terhadap sekolah (Deal & Peterson 2000; Tampoe 1998; Ghazali
Othman 2001). Pendek kata, pengetua dituntut untuk memberikan keseimbangan
antara kecemerlangan dalam pengurusan dengan kepemimpinan yang efektif
sebagai pembuka ruang kepada penghasilan guru yang komited terhadap sekolah
dan profesion.
1.2 Latar belakang kajian
Di sekolah, kepimpinan merupakan faktor utama yang akan membawa
kepada penambah-baikan organisasi dan ke arah reformasi bidang pendidikan itu
sendiri (Caldwell and Spinks, 1992; Cheng, 1994; Leithwood, 1994; Sergiovanni,
1984,1990; Sillins, 1992). Profesion perguruan di negara Malaysia dan juga di
negara-negara lain di dunia sememangnya didominasikan oleh kaum wanita.
Walaupun demikian mengikut statistik penyelidikan sebelum ini menunjukkan
bahawa pengurus dalam bidang ini (guru besar/pengetua) amat besar dipelopori
oleh kaum lelaki (Coleman, in press) walaupun ada sebahagian dari bukti-bukti
penyelidikan terdahulu yang menunjukkan pertumbuhan golongan wanita
menyahut cabaran di dalam bidang pimpinan di sekolah (Leithwood, 1994).
Di Negara Eropah misalnya, kebanyakan dapatan penyelidikan telah menunjukkan
bahawa pemimpin dalam bidang pendidikan didominasikan oleh kaum lelaki
(Riley, 1994). Newman (1994), mendiskripsikan bahawa "mengajar"
sememangnya amat sesuai untuk golongan wanita kerana ianya perlukan sentuhan
4
kasih sayang yang mana amat sesuai kepada kaum wanita. Ada beberapa sebab
yang telah dikenalpasti oleh penulis-penulis yang menjadi penghalang kepada
seorang wanita untuk menjadi pemimpin dalam bidang pendidikan (Brown clan
Ralph, 1996; Coleman, 2001; Hall, 1996).
Sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan bahawa terdapat dua
gred jawatan pengetua iaitu pengetua DG 48 clan pengetua Kanan (DG 54).
Matlamat utama perlantikan jawatan pengetua Kanan adalah sebagai pakar rujuk
yang arif dan cekap dalam pengurusan sekolah. Pengetua Kanan (DG 54) dituntut
untuk memberi khidmat nasihat kepada pengetua baru supaya mereka dapat
mengurus sekolah berdasarkan sistem yang betul (Majlis Pengetua Kanan
Kebangsaan 2003). Oleh itu, jawatan pengetua Kanan (DG 54) dianugerahkan
kepada pengetua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang iaitu
markah prestasi melebihi 90 peratus selama tiga tahun berturut-berturut.
Selain itu, kepemimpinan pengetua Kanan (DG 54) juga perlu diperhalusi
memandangkan lantikan jawatan Pengetua Kanan hanya bermula pada tahun 2003
clan kini terdapat hanya 85 orang Pengetua Kanan atau 10 peratus daripada jumlah
keseluruhan 2,040 orang pengetua sekolah di Malaysia (Kementerian Pelajaran
Malaysia 2008).
Oleh yang demikian, penyelidikan ini akan menyelidik kewibawaan
seorang pemimpin pengetua kanan wanita yang berkesan dengan gaya
kepimpinannya. Responden merupakan satu-satunya pemimpin pengetua wanita
di negeri Sarawak yang telah diikhtiraf diantara dua (2) pemimpin lelaki yang lain
dalam tahun 2003 sebagai Pengetua Kanan yakni kali pertama jawatan itu
diperkenalkan dalam organisasi pendidikan. Satu kedudukan (naik pangkat) yang
amat tinggi tempatnya dalam organisasi sekolah.
5
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian kepemimpinan pengetua di Malaysia dan di luar negara sering
mengambil kira pengalaman pentadbiran sebagai pemboleh ubah yang dapat
membezakan keberkesanan kepemimpinan pengetua. Mengikut Low dan Lim
(1997) yang dipetik daripada Lim Lee Hean (2005), pengalaman pentadbiran
adalah asset utama dalam melancarkan proses pengurusan dan kepemimpinan di
sekolah kerana pengalaman dalam bidang pentadbiran sekolah ketika menjadi
guru kanan dan penolong kanan banyak membantu pengetua dalam menghasilkan
kepemimpinan yang berkesan.
Penulisan awal berkenaan pengaruh jantina dan kepimpinan selalunya
berkisar tentang persoalan apakah faktor jantina memberi impak ke atas cara
kepimpinan seorang pemimpin ataupun pengurus. Ada kajian mendapati bahawa
pemimpin wanita lebih kepada pendekatan orientasi perhubungan(relationship)
dan demokrasi manakala pemimpin atau pengurus lelaki lebih mirip kepada
kepimpinan berorientasikan pekerjaan (task oriented) dan autokrasi(Eagly dan
Johnson, 1990; Park, 1996; Shakeshaft, 1989; Blackmore, 1999). Namun
demikian, kajian-kajian terkini lebih popular membicarakan berkenaan dengan
kaedah kepimpinan transformasional-transaksional (transformational-
transactional) di dalam disiplin pengurusan secara umum (Avolio dan Howell,
1992; Bass, 1985; Hater dan Bass, 1988; Seltzer dan Bass, 1990) dan dalam
bidang pengurusan pendidikan (Neumann dan Neumann, 1999; Ramsden, 1998).
Di negara kita, Malaysia sememangnya amat sedikit penyelidikan yang
telah dibuat berkenaan dengan kepimpinan wanita lebih-lebih lagi berkenaan
dengan seorang pemimpin wanita di organisasi sekolah. Tidak dinafikan bahawa
semakin ramai golongan wanita yang telah menerajui organisasi ini dan telah
berjaya dewasa ini. Namun seperti mana yang telah diperkatakan, masih amat
sedikit penyelidikan yang telah dibuat dan didokumentasikan untuk tujuan
akademik dan berlatar belakangkan pemimpin wanita di Malaysia yang menjurus
6
secara khusus kepada wanita di Negeri Sarawak lebih-lebih lagi yang terlibat di
dalam organisasi pendidikan.
Justeru, penyelidikan ini bertujuan untuk menyelidik tentang gaya dan
keberkesanan kepimpinan seorang wanita yang bertugas sebagai
pengurus/pengetua di sebuah sekolah yang dilihat telah berjaya memimpin
organisasi tersebut ke arah kecemerlangan. Sentuhan beliau dilihat sebagai
mampu merubah iklim sekolah walau di mana beliau ditugaskan.
Fokus penyelidikan ini adalah untuk "Mengenalpasti Gaya Dan
Keberkesanan Kepimpinan Pengetua Cemerlang Kanan Wanita Di Sekolah : Satu
Kajian Kes Di Sekolah Menengah Tun Abang Haji Openg, Kuching, Negeri
Sarawak. "
1.4 Objektif Penyelidikan
1.4.1 Objektif Umum
Secara umumnya penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti gaya dan
keberkesanan kepimpinan wanita dalam sesebuah organisasi dengan lebih
terperinci di tempat penyelidikan ini dijalankan.
1.4.2 Objektif Khusus
a. mengenalpasti gaya kepimpinan wanita dalam sesebuah organisasi sekolah
yang dipimpin olehnya.
b. menyelidiki keberkesanan kepimpinan wanita dalam organisasi sekolah yang
dipimpinnya dengan gaya kepimpinan yang dipraktikkan.
c. mengenalpasti kualiti kerja berkesan yang diterapkan oleh pemimpin dengan
gaya kepimpinan yang diamalkan dalam organisasi.
1.5 Soalan Kajian
Penyelidikan ini dijalankan bagi menjawab objektif penyelidikan berdasarkan
beberapa persoalan penyelidikan seperti berikut:
7
a. Apakah gaya kepimpinan yang digunakan oleh seorang pemimpin wanita dalam organisasi? b. Bagaimana gaya kepimpinan yang diamalkan dapat membantu
keberkesanan pimpinan seorang pemimpin wanita dalam memimpin sebuah
organisasi?
c. Apakah kualiti kerja yang diterapkan oleh pemimpin dengan gaya
kepimpinan yang diamalkan untuk mencapai kepimpinan yang berkesan dalam
organisasi?
1.6 Definisi Istilah
Pelbagai definisi istilah yang dapat diperolehi berkenaan dengan istilah-
istilah yang akan digunakan dalam penyelidikan ini. Namun demikian, hanya
definisi yang berkaitan dan menepati maksud tujuan penyelidikan sahaja yang
akan digunapakai.
1.6.1 Gaya Kepimpinan
Definisi Konseptual
"Sikap, kesukaan, ketaksukaan dan cara berkelakuan yang menjadi ciri seseorang"
(Kamus Dewan edisi keempat (2005), m/s: 440). Gaya kepimpinan merujuk juga
kepada cara atau perlakuan yang ditunjukkan oleh seseorang pemimpin di tempat
kerjanya (Brennen, 2007).
Definisi Operasional
Bagi tujuan penyelidikan ini, gaya kepimpinan merujuk kepada pendekatan atau
cara seseorang pemimpin dalam mengetuai organisasi dengan menggunakan apa
jua gaya yang terdapat di dalam teori-teori kepimpinan bagi memperjelaskan
tentang kecenderungan pilihan pemimpin wanita dalam kepimpinannya dan
sejauh mana gaya yang dipilih tersebut mampu memberi kesan dalam organisasi
yang dipimpinnya.
8
1.6.2 Keberkesanan
Definisi Konseptual
Stogdill, 1950 menyatakan bahawa keberkesanan kepimpinan sebagai prestasi
seorang pemimpin dalam mempengaruhi dan membimbing unit-unit aktiviti
dalam sesebuah organisasi ke arah mencapai matlamat.
"menimbulkan hasil (kesudahan) yang diharapkan, membawa kepada sesuatu
perubahan (perkembangan dsb), efektif' (Kamus Dewan edisi keempat (2005),
m/s: 771).
Definisi Operasional
Untuk tujuan penyelidikan ini, istilah keberkesanan merujuk kepada sejauh mana
kepimpinan seorang wanita mampu memberi impak yang positif dalam organisasi
serta mampu memimpin dalam mempengaruhi dan mengetuai ahli organisasinya
ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
1.6.3 Pemimpin dan Kepimpinan
Definisi Konseptual
Robbin dan Coulter (2005) menyifatkan pemimpin ialah seseorang yang boleh
mempengaruhi individu lain dan memiliki autoriti dalam pengurusan. Fiedler
(1967) pula mendefinisikan istilah kepimpinan sebagai "pengaruh-tidak lebih dan
tidak kurang. " Melihat keupayaan seorang pemimpin dalam mempengaruhi orang
lain yang berada disekelilingnya. Spendlove (2007) menggariskan kepimpinan
sebagai satu proses mempengaruhi untuk mencapai sesuatu tujuan. Tanpa
kepimpinan, sesebuah organisasi hanya sebuah entiti yang tiada berhaluan, tujuan,
dan panduan kerana tidak memiliki pengemudi yang akan menunjukkan matlamat
yang ingin dicapai (Newstrom dan Davis, 1993).
Dalam Kamus Dewan edisi keempat (2005), m/s: 1208 pula mendefinisikan
kepimpinan sebagai keupayaan memimpin.
9