Post on 29-Jul-2015
MEMBUAT CORAK DAN REKAAN
Tahun : 2
Bidang : Membuat Corak dan Rekaan
Aktiviti : Membuat Corak Tidak Terancang Menggunakan Kaedah Lipatan Dan Gosokan
Tema : Pembalut Hadiah
Tajuk : Kertas Pembalut Hadiah
Masa : 9.05 pagi – 10.05pagi
Jenis-Jenis Media : Contoh-contoh corak pembalut hadiah
Bahan Bantu Mengajar : Komputer, pemancar LCD
EMK : Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
Standard Kandungan:
i. Persepsi dan pemahaman bahasa seni visual iaitu rupa, jalinan, warna, harmoni,
serta ritma dan pergerakan yang terdapat pada objek buatan manusia dan karya
seni dalam penghasilan corak menggunakan teknik lipat dan gosok.
ii. Aplikasi pengetahuan dan kefahaman bahasa seni visual menerusi penggunaan
media dan teknik dalam aktiviti menghasilkan corak teknik lipat dan gosok.
iii. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber dan kajian dalam penghasilan corak tidak
terancang.
iv. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual, sejarah
seni dan budaya.
Standard Pembelajaran
2.1 Persepsi Estetik – Murid dapat mengenal, memahami dan menyatakan bahasa seni visual
yang ada pada corak teknik lipat dan gosok.
2.1.1 Unsur Seni
2.1.1.1 Rupa – organik atau geometri dan gabungan rupa
2.1.1.2 Warna – primer, sekunder dan gabungan warna primer dan sekunder
2.1.1.3 Jalinan - Tampak
2.1.2 Prinsip Rekaan
2.1.2.1 Kepelbagaian – warna dan jalinan
2.1.2.2 Harmoni – warna dan rupa
2.2 Aplikasi Seni – Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta
proses dan teknik dalam penghasilan corak tidak terancang menggunakan kaedah lipatan
dan gosokan.
2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media
2.2.1.1 Bahan – warna air, kertas lukisan
2.2.2 Mengetahui penggunaan media, teknik dan proses dalam penghasilan karya.
2.3 Ekspresi Kreatif – murid dapat mengaplikasikan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
media, proses dan teknik, serta bahasa seni visual dalam menghasilkan karya seni.
2.3.1 Memilih dan memanipulasi warna secara kreatif
2.3.2 Menggunakan bahasa seni visual dalam penghasilan karya
2.3.3 Mengaplikasikan proses dan teknik lipatan dan gosokan dalam menghasilkan
corak dan rekaan
2.4 Apresiasi Seni – Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan
memberikan penekanan pada bahasa seni visual.
2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan
2.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.
Standard Pembelajaran Ilustrasi Aktiviti
Persepsi estetik
Guru memainkan lagu selamat hari jadi
Guru bertanya kepada murid:
“Apakah yang kamu terima semasa menyambut sambutan
hari lahir?”
Jawapan murid: Hadiah
Guru menayangkan gambar hadiah
Murid diminta untuk memerhatikan slaid
Aplikasi seni
Guru menerangkan contoh corak tidak terancang
Guru memperkenalkan media yang digunakan
Guru menunjukkan cara bancuhan dan membuat
corak tidak terancang
Guru menerangkan aktiviti yang akan dilakukan
Alat dan bahan
Ekspresi seni
Langkah 1
Murid diminta untuk melipat kertas lukisan menjadi
dua bahagian.
Langkah 2
Titiskan beberapa warna poster pada sebelah satu
bahagian di bahagian dalam lipatan
Langkah 3
Lipatkan semula kertas lukisan dan buat urutan
dengan perlahan ke beberapa arah
Buka kertas lukisan dan lihat hasilnya
Langkah 4
Keringkan dan hiaskan hasil corak anda
Apresiasi Seni Visual
Murid mempamerkan hasil corak yang dihasilkan
Murid diminta menyatakan bahasa seni visual pada karya
sendiri dan rakan yang dipamerkan.
Langkah-langkah
Hasil corak yang dihasilkan