Post on 12-Feb-2018
SURAT RASMI
Tajuk : Masalah pencemaran di kawasan perumahan
No.63 Jalan Bertam Jaya 8,
Taman Bertam Jaya,
34200 Seberang Perai Utara,
Pulau Pinang.
_______________________________________________________
Jabatan Alam Sekitar,
Tingkat 16, Kompleks Tun Abdul Rahman,
10000 Jalan Penang,
Pulau Pinang. 25 OGOS 2007
Tuan,
MASALAH PENCEMARAN KAWASAN PERUMAHAN.
Merujuk perkara di atas, saya sebagai wakil penduduk Taman Bertam Jaya, ingin
memohon agar pihak tuan dapat mengambil tindakan segera terhadap masalah
pencemaran di kawasan kami yang semakin teruk.
2. Masalah pencemaran ini bermula sejak sebuah kilang besi dibuka tiga bulan
yang lalu. Kilang besi itu terletak berdekatan dengan tempat tinggal kami. Untuk
makluman pihak tuan, pihak kami telah menghantar surat aduan kepada pihak
urusan kilang tersebut. Malangnya, tiada tindakan yang diambil oleh pihak
mereka.
3. Masalah pencemaran yang kami hadapi ialah pencemaran bunyi yang bising,
habuk besi yang berterbangan dan longkang yang tersumbat. Kami terpaksa
mendengar bunyi bising sepanjang masa. Beberapa orang penduduk pula
mengalami batuk-batuk akibat perbuatan pihak kilang tersebut.
4. Saya berharap agar pihak tuan dapat membantu kami mengatasi masalah kami
ini dengan segera. Segala kerjasama dan perhatian dari pihak tuan sangat kami
hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Dzakirah
(Nur Dzakirah binti Jantan)
Setiausaha,
Jawatankuasa Persatuan Penduduk,
Taman Bertam Jaya.