Post on 16-Jul-2019
MANUAL MPK BIL : 78 /2013
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
MANUAL :
GARISPANDUAN PERMOHONAN
PENAMAAN NAMA TAMAN, NAMA JALAN
DAN PENOMBORAN BANGUNAN MAJLIS
PERBANDARAN KLANG
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
2
KANDUNGAN
NO ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
SEPATAH KATA DARIPADA SETIAUSAHA
3
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
4
1.0
TUJUAN MANUAL
5
2.0
LATAR BELAKANG
5
3.0
CARTA BAHAGIAN
6
4.0
SUMBER KUASA
7
5.0
SKOP KERJA
7
6.0
PROSES KERJA
8-9
7.0
KRITERIA PENENTUAN NAMA TAMAN, JALAN DAN
PENOMBORAN BANGUNAN
10
8.0
PERMOHONAN PENAMAAN NAMA TAMAN, NAMA JALAN
DAN PENOMBORAN BANGUNAN
11
9.0
PENUTUP
12
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
3
SEPATAH KATA DARI SETIAUSAHA
Selaras dengan visi MPK untuk menjadi Bandaraya
Terbilang di Malaysia menjelang 2015 maka menjadi
tugas kita bersama sebagai wargakerja MPK untuk
berusaha membuat penambahbaikan agar
penyampaian perkhidmatan kita bermutu tinggi,
berkualiti tinggi atau berkelas dunia sebelum tibanya
pengiktirafan status Bandaraya tersebut.
Oleh yang demikian, diharap dengan penghasilan Manual ini dapatlah
dijadikan sebagai bahan rujukan dan panduan kepada warga MPK
serta warga Klang. Dengan penghasilan Manual ini juga, dapat
menjelaskan bahawa pentingnya peranan kita sebagai PBT, mahupun
individu itu sendiri dalam mewujudkan satu pembangunan yang dapat
memberi impak yang positif di Bandar Klang.
Marilah kita seluruh wargakerja MPK sama-sama mendokong motto
yang telah ditetapkan iaitu : “Perpaduan Sendi Kekuatan”. Kita berpadu
untuk membuat perubahan dan penambahbaikan dalam semua bidang
dan tugas masing-masing supaya bila tiba masanya status bandaraya
kita perolehi maka pasukan kita sudah benar-benar bersedia dam
mampu menggalas tanggungjawab yang berupaya memberi hasil kerja
dan penyampaian perkhidmatan yang sangat memuaskan hati semua
pelanggan MPK atau “stakeholder” dan rakyat umumnya.
“Perpaduan Sendi Kekuatan”. Sekian. Terima kasih
Mohd Ikhsan Bin Mukri
Setiausaha Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
4
PRAKATA DARIPADA KETUA JABATAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi TaalaWabarakatuh
dan Salam Sejahtera.
Syukur Alhamdulillah S.W.T kerana dengan izinnya
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama
Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan ini
telah dapat diterbitkan. Ucapan syabas juga kepada
semua yang terlibat dalam menyumbang idea-idea dalam
menghasilkan Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama
Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan bagi Edisi Pertama
ini. Buku "Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama
Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan" merupakan
garispanduan edisi pertama yang diterbitkan bagi memantapkan lagi
pelaksanaan pembangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
Tujuan garispanduan ini diterbitkan adalah untuk memberi panduan
kepada warga Majlis Perbandaran Klang dan warga Klang. Manual
Garispanduan ini adalah tertakluk kepada peraturan dan undang-
undang serta pekeliling-pekeliling perbendaharaan yang digunakan
sebagai rujukan.
Di kesempatan ini juga, sekali lagi ucapan tahniah saya kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
penghasilan Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama
Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan edisi pertama.
Adalah diharapkan agar apa yang dirancang akan menepati matlamat
penghasilan buku ini.
Wassalam.
En. Zailani Bin Panot
Timbalan Pengarah Perancang Bandar dan Desa,
Jabatan Perancang Bandar dan Desa,
Majlis Perbandaran Klang.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
5
1.0 TUJUAN MANUAL
1.1 Sebagai strategi pelaksanaan Program Anjakan dan Tambahbaik
Holistik [PATH] MPK 2013.
1.2 Sebagai rujukan dan panduan kepada warga MPK dan warga
Klang.
1.3 Memberi panduan kepada pegawai dan kakitangan semasa
semakan permohonan penamaan nama taman, nama jalan dan
penomboran bangunan.
1.4 Memudahkan urusan memproses permohonan penamaan nama
taman, nama jalan dan penomboran bangunan di kawasan
Majlis.
1.5 Memastikan nama taman, nama jalan mengutamakan sejarah
kawasan setempat dan penggunaan bahasa Malaysia.
1.6 Memastikan nama jalan dan penomboran bangunan adalah
seragam dan selaras dengan pembangunan bersempadan.
2.0 LATAR BELAKANG
Garispanduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis Perbandaran
Klang untuk mengawal dan menentukan arah pembangunan dengan
lebih terkawal, sistematik dan terancang. Permintaan ke atas
permohonan penamaan taman, jalan dan penomboran bangunan,
semakin mendapat sambutan di kawasan Majlis Perbandaran Klang.
Selain itu, untuk memastikan pihak Majlis Perbandaran Klang
mempunyai rujukan yang khusus kepada orang awam dan kakitangan
Majlis Perbandaran Klang sendiri. Garispanduan ini mengandungi
perkara-perkara utama seperti tujuan, sumber kuasa, skop kerja,
proses kerja, kriteria penentuan permohonan penamaan taman, jalan
dan penomboran bangunan.
3.0 CARTA BAHAGIAN/UNIT
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN JABATAN PERANCANG BANDAR MAJLIS PERBANDARAN KLANG
PENGARAH PERANCANG
BANDAR
TIMBALAN PENGARAH
PERANCANG BANDAR
PEGAWAI PERANCANG BANDAR
(KLANG UTARA)
PEGAWAI PERANCANG BANDAR
(KLANG SELATAN)
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
PENOLONG PEGAWAI
PERANCANG BANDAR
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR
JURUTEKNIK
PERANCANG
BANDAR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
TADBIR
PEMBANTU
PENGUATKUASA
PEMBANTU AM
PEJABAT
PEMBANTU AM
PEJABAT
4.0 SUMBER KUASA
Sumber kuasa yang menjadi rujukan jabatan bagi pelaksanaan manual
adalah seperti berikut:
i. Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171)
ii. Akta Perancang Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)
iii. Pekeliling/Arahan daripada Yang DiPertua/Setiausaha
5.0 SKOP KERJA
5.1 Pengarah Perancang Bandar
Menerima dan menyemak surat jawapan serta menandatangani
pelan bagi permohonan penamaan nama taman, nama jalan
dan penomboran bangunan.
5.2 Pegawai Perancang Bandar
Menerima dan menyemak surat jawapan serta menandatangani
pelan bagi permohonan penamaan nama taman, nama jalan
dan penomboran bangunan. Selain itu, Pegawai Perancang
Bandar akan menyemak kertas kerja mesyuarat sebelum
dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.
5.3 Juruteknik Perancang Bandar
Memproses dan mendraf surat jawapan bagi permohonan
penamaan nama taman, nama jalan dan penomboran
bangunan. Menjalankan lawatan tapak mengikut arahan
pegawai. Selain itu menyediakan kertas kerja mesyuarat untuk
dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Pembangunan.
5.4 Pembantu Tadbir
Menaip surat jawapan dan kertas kerja Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
8
6.0 PROSES KERJA
Carta alir tatacara permohonan penamaan nama taman, nama jalan
dan penomboran bangunan di kawasan Majlis Perbandaran Klang
seperti berikut:-
TIDAK
LENGKAP
LULUS
DAFTAR PERMOHONAN DALAM
BUKU DAFTAR PERMOHONAN
NAMA JALAN, TAMAN DAN NO.
BANGUNAN
PEMOHON MENGEMUKAKAN
PERMOHONAN DI OSC
SEMAK PERMOHONAN DI OSC
LENGKAP PEMOHON
TERIMA PERMOHONAN
DARIPADA OSC
SERAH SURAT KELULUSAN DAN
PELAN KELULUSAN KEPADA
PEMOHON
SEDIAKAN KERTAS KERJA
UNTUK MESYUARAT
JAWATANKUASA TEKNIKAL
PEMBANGUNAN (PERMOHONAN
PENAMAAN NAMA JALAN,
TAMAN DAN NO. BANGUNAN)
MESYUARAT JAWATANKUASA
TEKNIKAL PEMBANGUNAN
TOLAK PEMOHON
SEDIAKAN SURAT KELULUSAN
DAN COP PELAN LULUS
KEPUTUSAN
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
9
6.1 Penerimaan Permohonan
Pemohon mengemukakan permohonan di kaunter OSC. Semak
permohonan samada lengkap atau tidak lengkap. Jika tidak lengkap
permohonan dikembalikan.
Terima permohonan daripada pihak OSC. Permohonan di daftarkan
dalam buku daftar permohonan nama jalan, taman dan no. bangunan.
6.2 Penyediaan Kertas Verja
Menyediakan kertas kerja Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Pembangunan dan kemukakan kepada Pengarah Perancang Bandar
untuk semakan. Permohonan dibentangkan di Mesyuarat
Jawatankuasa Teknikal Pembangunan.
6.3 Keputusan Mesyuarat
Sekiranya keputusan mesyuarat di tolak, pihak Majlis akan
mencadangkan nama jalan yang bersesuaian dan surat serta pelan
akan dikembalikan kepada pemohon. Sekiranya keputusan mesyuarat
lulus, surat kelulusan dan cop pelan untuk pengesahan Majlis serta
akan dimaklumkan kepada pemohon.
6.5 Kelulusan
Surat kelulusan dan cop pelanuntuk pengesahan Majlis.
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
10
7.0 KRITERIA PENENTUAN PERMOHONAN PENAMAAN NAMA
TAMAN, NAMA JALAN DAN PENOMBORAN BANGUNAN
7.1 Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) adalah
dibahagikan kepada beberapa BP.
7.2 Setiap taman perumahan/ perniagaan/ perindustrian yang baru
hendaklah diberi nama berdasarkan kriteria berikut:
7.2.1 Penamaan hendaklah menggunakan perkataan tempatan
yang tidak bertentangan dengan perlembagaan, undang-
undang dan kepercayaan agama mana-mana suku kaum
di negara kita, yang ringkas, mudah diucapkan, sedap
didengar, tidak berkonotasi negatif seperti Taman
Derhaka dan bermakna positif dan tepat. (Rujuk Buku
Garispanduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan
Perumahan, Tempat Awam dan Jalan, terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, Edisi Kedua)
7.2.2 Nama asal kawasan tersebut yang ditambah elemen baru
yang positif, contohnya Taman Meru Jaya.
7.2.3 Nama jalan/ lorong bersempena nama tokoh-tokoh
terkenal negara.
7.2.4 Atau lain-lain nama yang dicadangkan oleh perumahan
dan boleh dipertimbangkan oleh Majlis
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
11
8.0 PERMOHONAN PENAMAAN NAMA TAMAN, NAMA JALAN DAN
PENOMBORAN BANGUNAN
8.1 PT menerima permohonan daripada OSC dan mengecop
permohonan dan mendaftar di dalam Buku Pendaftaran
Permohonan 1) Nama Jalan, 2) Nama Taman, 3) Penomboran
Bangunan
8.2 JT hendaklah mencadangkan Nama Taman dan Jalan baru
dengan merujuk Buku Panduan Nama Taman, Jalan dan
Penomboran Bangunan, MPK agar selaras dan meneruskan
kerja seperti di 2.3
8.3 Menjalankan lawatan tapak (jika perlu) dan menyediakan kertas
kerja cadangan nama jalan, taman dan penomboran bangunan
untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal
Pembangunan.
8.4 Minit mesyuarat disediakan oleh urusetia mesyuarat.
8.5 Minit mesyuarat hendaklah disahkan oleh Pengerusi
Jawatankuasa Teknikal Pembangunan dan salinan minit
mesyuarat yang disahkan hendaklah diserahkan kepada
Jabatan yang berkaitan untuk tindakan
8.6 JT menyediakan surat jawapan dan mengecop pelan bagi
tujuan pengesahan.
8.6.1 Seterusnya, JT hendaklah menyerahkan surat jawapan
tersebut kepada Pengarah Perancang Bandar (P)PB
atau Pegawai Perancang Bandar (PPB) untuk
ditandatangan. Jika tiada pembetulan, PT hendaklah
merekod surat keluar di dalam Buku Rekod Surat PT
(Nama Taman) dan menyerahkan surat tersebut kepada
Pembantu Am Pejabat (PAP) untuk dipos dan direkod di
dalam Buku Daftar Surat Secara Pos Atau Serahan
Tangan Atau Secara Fax Atau Secara Email
No Pindaan: 0 Manual MPK BIL. 79 Tarikh Berkuatkuasa: Januari 2013
2013
Manual Garispanduan Permohonan Penamaan Nama Taman, Nama Jalan Dan Penomboran Bangunan Majlis Perbandaran Klang
12
9.0 PENUTUP
Manual garispanduan ini digubal bagi membantu pihak PBT dan
pemaju dalam merancang, mengawal dan memantau pembangunan
agar tidak bercanggah dengan dasar dan prinsip perancangan.
Penyediaan Manual Garispanduan ini akan dapat memudahkan proses
permohonan kepada pengusaha atau pemaju berkenaan permohonan
penamaan nama taman, nama jalan dan penomboran bangunan.
Adalah menjadi hasrat Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar
Manual Garispanduan yang digubal ini dapat memandu pihak-pihak
terlibat termasuk pengusaha, pemaju, PBT dan agensi
bertanggungjawab dalam mengemukakan permohonan penamaan
nama taman, nama jalan dan penomboran bangunan .