Post on 14-Jan-2020
LARIAN SIHAT KKSR LKM 2018 17 MAC 2018, SABTU
TAMAN AWAM TELUK LIKAS 1, KOTA KINABALU SABAH
(Banner hasil kerja En.Wasli)
Pada 17 Mac 2018, Biro Sukan telah menganjurkan acara Larian Sihat KKSR LKM 2018
bertempat di Taman Awam Teluk Likas , Kota Kinabalu Sabah. Acara larian ini telah disertai
seramai 87 orang yang terdiri daripada ahli KKSR dan keluarga (suami / isteri & anak-anak).
Tujuan acara ini diadakan adalah untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga
LKM dan menggalakan warga LKM beriadah sambil bersukan, dan dalam masa yang sama dapat
mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan ahli KKSR dan keluarga.
Semua peserta berkumpul seawal jam 6.15 pagi untuk sesi pendaftaran. Seterusnya acara
dimulakan dengan aktiviti senaman ringan pada jam 6.30 pagi yang diketuai oleh Pn. Salmah
Mohd Masoad dan Pn. Lucy Thomas.
Acara larian secara santai telah dilepaskan pada jam 7.00 pagi.
Suasana dan wajah penuh bersemangat yang ditunjukan para peserta sepanjang
berlangsungnya acara larian.
(Ucapan daripada YAB Timbalan Ketua Pengarah (P&P) LKM)
Dr. Hj. Ramle Kasin, Timbalan Ketua Pengarah (P&P) Lembaga Koko Malaysia turut hadir untuk
memberi sokongan kepada para peserta dan AJK Biro Sukan.
Ghh
(Aktiviti senamrobik)
Sebaik sahaja peserta menamatkan larian, acara diteruskan dengan sesi senamrobik yang
diketuai oleh AJK Biro Sukan dan beberapa ahli kelab. Acara senamrobik mengambil masa
selama 20 minit secara keseluruhanya.
Setelah selesai sesi senamrobik, acara diteruskan lagi dengan jamuan sarapan pagi dan cabutan
tiket bertuah yang telah disediakan oleh AJK Biro Sukan.
(Wajah kegembiraan beberapa peserta apabila mendapat cabutan tiket bertuah)
Cabutan tiket bertuah telah disempurnakan oleh Pn. Felicity Ening (Ketua Unit Perhubungan
Korporat) ,En. Mohd Ibrahim (Suami Pn. Rohaizah E.N. Shafie) dan En.Jahiddin Abdul (Presiden
KKSR LKM).
( AJK Biro Sukan )
Penglibatan ahli KKSR dan keluarga (suami/isteri & anak-anak) untuk acara larian pada kali ini
amat memuaskan dimana ada peningkatan penyertaan peserta seramai 87 orang berbanding
jumlah sebelum ini hanya seramai 59 orang. Tambahan pula, pengisian yang telah disusun dan
dirancang telah berjaya menerapkan budaya beriadah sambil bersukan. Pada keseluruhanya
program ini telah berjalanl ancar dan meriah. Diharapkan agar acara larian ini akan bertambah
baik dalam penganjuran pada masa akan datang.