Post on 13-Dec-2014
description
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SRI LAYANG 69000 GENTING HIGHLANDS
LAPORAN PROGRAM PENANDAARASAN
NPQEL
Oleh:
ARMAN BIN HJ.AMIR
740311125235
NPQEL 2013A1
( KUMPULAN SBHSR1 )
Pensyarah Penyelia:
EN.MADZANI @ SAIDIE NUSA
Laporan Program Penandaarasan
Diserahkan kepada
Institut Aminuddin Baki sebagai memenuhi keperluan
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan
(NPQEL)
3
BIODATA DIRI
Nama : Arman bin Hj.Amir
No. Kad Pengenalan : 740311125235
Jantina : Lelaki
Umur : 39 tahun
Tempat Bertugas : SK.Pulau Timbang
Alamat : WDT 102 Pejabat Pos Wisma Persekutuan 90500, Sandakan Sabah.
No Telefon : 019-8234587
Nama Sekolah Penandaarasan : SK.Taman Rimba
Alamat : WDT 98, Pejabat Pos Wisma Persekutuan 90500, Sandakan Sabah.
Kumpulan NPQEL : SBHSR 1 / 2013
Tarikh Penandaarasan : 1 April 2013 ~ 12 April 2013
Pendidikan : 1999 ~ Diploma Perguruan Maktab Perguruan Sandakan
2008~Teknologi Maklumat (BA.Hons)
PENGAKUAN
4
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan-nukilan
dan ringkasan-ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
...............................................................................
ARMAN BIN HJ. AMIR
Peserta Kursus
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)
FASA 1/2013, KUMPULAN SBHSR1
5
PENGESAHAN
Laporan Program Penandaarasan ini disediakan adalah untuk memenuhi sebahagaian daripada
syarat bagi menyempurnakan Sijil Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan
Kebangsaan (NPQEL) dan dikembalikan kepada Institut Aminuddin Baki, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
..............................................
EN.MADZANI@SAIDIE NUSA
PENYSYARAH PENYELIA
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
APRIL 2013
6
KANDUNGAN
PERKARA HALAMAN
Penghargaan 6
Abstrak 7
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Program NPQEL 8
1.2 Program Penandaarasan 9
BAB 2 HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
2.1 Sejarah Sekolah
2.1.1 Latar belakang Sekolah 10
2.1.2 Lencana sekolah 13
2.1.3 Visi dan Misi 14
2.1.4 Objektif sekolah 15
2.1.5 Falsafah dan Nilai 16
2.1.6 Piagam Pelanggan 17
2.1.7 Struktur organisasi 18
2.1.8 Lokasi sekolah berserta lakaran 19
2.1.9 Kemudahan yang disediakan 21
2.1.10 Persatuan Ibu Bapa dan Guru 22
2.2 Data dan Statistik Sekolah
2.2.1 Enrolmen murid 28
2.2.2 Bilangan staf 29
2.2.3 Pencapaian Akademik 30
2.2.4 Pencapaian Kokurikulum 31
2.2.5 Kejayaan-kejayaan sekolah hingga kini 32
7
PERKARA HALAMAN
BAB 3 PROGRAM PERMATA RIMBA
3.1 Pengenalan 33
3.2 Situasi
3.3 Peluang dan cabaran
3.4 Penglibatan Kepimpinan Sekolah
3.5 Stail pengurusan dan kepimpinan Sekolah
3.6 Pengiktirafan yang diberikan
3.7 Tindak Ikut
34
35
36
37
40
41
BAB 4 Refleksi 43
BAB 5 Rumusan 50
BIBLIOGRAFI 51
LAMPIRAN
Lampiran 1 - Biodata Guru Besar 52
Lampiran 2 - Barisan Pentadbiran Sekolah 53
Lampiran 3 - Kemudahan Asas Sekolah 54
Lampiran 4 - PIBG Sekolah 56
Lampiran 5 - Senarai nama Guru dan KTBM 57
Lampiran 6 - Panorama Sekolah 59
Lampiran 7 - Kejayaan Sekolah 60
Lampiran 8 - Pengiktirafan Program Permata Rimba 64
Log Catatan Harian
Log kepimpinan Penandaarasan
PENGHARGAAN
8
Assalamualaikum waramatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera, dan Salam 1
Malaysia. Saya melafazkan kesyukuran kehadrat Allah SWT yang Maha Esa lagi Maha
berkuasa, kerana dengan taufik dan hidayahNya juga dengan kurnia inayahNya maka saya
dapat menyempurnakan tugasan penandaarasan ini dengan selamatnya. Laporan ini ditulis
berdasarkan dapatan dari Program Penandaarasan yang telah saya laksanakan selama dua
minggu bermula pada 1 April hingga 12 April 2013 bertempat di SK.Taman Rimba
Sandakan, Sabah.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada
En.Madzanie @ Saidie Nusa selaku Pensyarah Penyelia yang telah memberikan bimbingan
kepada saya dalam melaksanakan tugasan dan pandangan-pandangan yang membina dalam
memastikan Laporan Program Penandaaraan ini dijalankan mengikut garis panduan yang
ditetapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih dan penghormatan saya tujukan kepada
Puan Maureen Chia Abdullah Guru Besar SK.Taman Rimba kerana meluangkan masa
kualitinya atas bimbingan, latihan, nasihat, tunjuk ajar dan panduan-panduan berkaitan
Kepimpinan dan pengurusan yang diberi sepanjang saya menjalani program penandaarasan
ini. Penghargaan dan terima kasih turut saya tujukan kepada barisan pentadbiran guru dan
kakitangan sekolah ini yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi dalam
membantu saya menyempurnakan tugasan ini.Tidak dilupakan ucapan penghargaan dan
terima kasih saya tujukan kepada isteri dan anak-anak yang dikasihi kerana sangat memahami
kesibukan saya dan mengorbankan masa kualiti bersama keluarga semata-mata untuk
menjayakan program penandaarasan dan sepanjang mengikuti Program NPQEL ini. Semoga
hasil usaha dan komitmen yang diberikan mendapat keberkatan dan naungan zaljalali
walikram dari Allah SWT.Amin.
ABSTRAK
9
Laporan Program Penandaarasan ini disediakan berdasarkan dapatan dari
penandaarasan yang dilakukan di SK.Taman Rimba Sandakan,Sabah. Penandaarasan ini
dilakukan adalah bagi melihat Kepimpinan dalam mengurus sekolah, mengenal pasti
kekuatan dan kelemahan serta mengenal pasti program atau projek yang memberi impak
kepada pembangunan modal insan. Laporan Program Penandaarasan ini antara lain
menjelaskan mengenai profil sekolah, amalan dan kepimpinan Guru Besar, sebelum menjurus
kepada program yang difokuskan iaitu Program Permata Rimba yang telah diadakan oleh
pihak sekolah. Kaedah yang digunakan bagi mendapatkan maklumat adalah menerusi kaedah
pemerhatian, semakan dan analisis dokumen, sesi temu bual dan juga menerusi interaksi
secara langsung atau tidak langsung dengan guru-guru juga muid-murid di sekolah ini. Sesi
temu bual misalnya telah diadakan dengan pihak pengurusan sekolah membabitkan Guru
Besar, Penolong kanan Hal Ehwal Murid,Penolong Kanan Kurikulum dan Penolong kanan
Kokurikulum yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan program tersebut.
Huraian mengenai program yang dipilih sebagai penandaarasan meliputi aspek kepentingan
dan relevannya program tersebut dilaksanakan di sekolah semasa program sandaran. Antara
aspek yang disentuh ialah mengenai situasi sekolah, peluang dan cabaran, penglibatan, stail
pengurusan dan kepimpinan, pujian dan pengiktirafan yang diterima serta tindak ikut
program. Pada akhir laporan program penandaarasan ini, saya turut menyatakan refleksi dan
rumusan daripada perbincangan keseluruhan dan dapatan dari penandaarasan yang
dijalankan.
BAB 1 : PENGENALAN
10
1.1 Program NPQEL
Program Kelayakan Profesional Pemimpin pendidikan Kebangsaan (National
Professional Qualification for Educational Leaders - NPQEL) merupakan satu inisiatif latihan
dalam perkhidmatan bagi bidang kepimpinan dan pengurusan anjuran Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM). Program ini adalah kesinambungan Program Kelayakan Profesional
Kepengetuaan Kebangsaan (National Professional Qualification for Headship – NPQH) yang
telah bermula sejak 1999. Program NPQEL bertujuan untuk membentuk kelompok pemimpin
pelapis pendidikan yang bakal menerajui institusi pendidikan khususnya di sekolah ke satu
tahap yang unggul selaras dengan matlamat yanag digariskan dalam NKRA (National Key
Results Area) KPM.
Berdasarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025,program NPQEL diberikan penarafan seperti berikut:
Setiap Pengetua/Guru Besar juga dikehendaki mendapatkan Sijil kelayakan Profesional
Pemimpin kebangsaan (NPQEL) daripada Institusi Aminuddin Baki (IAB) sebelum boleh
dilantik sebagai Pengetua/Guru Besar.Penetapan syarat ini dijangka menyebabkan purata
umur pengetua menurun,dan membolehkan mereka berkhidmat bagi tempoh yang lebih lama
di setiap sekolah dan dalam sistem pendidikan secara keseluruhannya.
(PPPM 2013-2025,Ringkasan Eksekutif:E-18)
Institut Aminuddin Baki (IAB) yang ditubuhkan dengan tujuan membangunkan
profesionalisme guru dan kapasiti kepimpinan pemimpin pendidikan negara telah diberi
mandat untuk mengurus dan mengendalikan kursus ini. Mulai ambilan 1 pada bulan Julai
2011, IAB telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan program NPQEL dengan
menggunakan mod baru. Kaedah baru ini merangkumi pengajian secara bersemuka dan e-
pembelajaran. Tempoh pengajian juga telah disingkatkan dari satu tahun kepada enam bulan
sahaja iaitu bersemuka selama enam minggu dan e-pembelajaran selama empat belas
minggu.
Semasa program e-pembelajaran, terdapat dua aktiviti konsultasi iaitu Program
Penandaarasan selama dua minggu dan Program Sandaran selama lapan minggu.
11
Walaupun tempoh program NPQEL telah disingkatkan tetapi ia tidak menjejaskan
kualiti program yang dijalankan. Hal ini kerana komponen e-pembelajaran yang
diintergrasikan dengan komponen bersemuka dan konsultasi dilaksanakan berpaksikan
kepada Model Kompetensi Pemimpin Sekolah (KOMPAS). Menerusi KOMPAS kepimpinan
pemimpin pendidikan dibangunkan secara menyeluruh melibatkan tujuh modul iaitu,
Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan, Dasar dan Halatuju, Instruksional dan Pencapaian,
Mengurus Laporan Program Penandaarasan .Perubahan dan Inovasi, Sumber dan Operasi,
Hubungan Sesama Manusia dan modul terakhir iaitu Keberkesanan Kendiri.
1.2 Program Penandaarasan
Program Penandaarasan merupakan program yang wajib dilaksanakan oleh peserta
NPQEL sebagai memenuhi keperluan kursus ini. Program ini dijalankan pada fasa pertama e-
Pembelajaran dan dilaksanakan selama dua minggu di sebuah sekolah terpilih dalam daerah
peserta. Penempatan peserta dalam program penandaarasan ini akan memberikan peluang
kepada peserta untuk meninjau aspek kecemerlangan sekolah tersebut dan membuat
penandaarasan agar kecemerlangan tersebut dapat dijadikan asas dalam merangka program di
sekolah asal peserta pada fasa program sandaran. Peserta akan mendapat bimbingan khusus
daripada Pengetua/Guru Besar sekolah penandaarasan yang akan bertindak sebagai
pembimbing atau mentor kepada peserta (IAB, 2012).
Program penandaarasan ini bertujuan memberi pengalaman kepada para peserta
menggunakan ilmu yang dipelajari dalam kursus ini untuk meninjau secara kritikal amalan-
amalan pengurusan dan kepimpinan di sekolah. Peserta perlu meneliti program-program yang
dijalankan di sekolah penandaarasan yang menyumbang kepada kecemerlangan sekolah
tersebut. Salah satu program perlu diteliti secara terperinci dengan matlamat untuk
menjadikan program tersebut asas kepada perancangan dan pelaksanaan program yang serupa
di sekolah sendiri pada fasa Program Sandaran.
BAB 2 : HURAIAN MENGENAI SEKOLAH
2.1 Sejarah Sekolah
12
2.1.1 Latar belakang Sekolah
Gambar SK.Taman Rimba Blok A (Pandangan dari arah hadapan pintu utama )
Sekolah Kebangsaan Taman Rimba adalah salah satu institusi pendidikan rendah yang
telah ditubuhkan di daerah Sandakan Sabah.Sekolah ini dicadangakan pembinaannya pada 23
Januari 1995.Pembinaan sekolah ini siap sepenuhnya pada julai 1996.Sekolah ini secara
rasminya mula beroperasi pada bulan Januari tahun 1997.Perintis pertama yang berdaftar
sebagai pelajar SK Taman Rimba pada tahun pertama kewujudannya adalah seramai 120
orang.Mereka ini adalah pelajar tahun 1.
Guru Besar pertama yang menerajui sekolah ini ialah Puan Meryln Loo. Bilangan
tenaga pengajar pada tahun pertama tersebut adalah seramai 11 orang dan bilangan
kakitangan bukan mengajar (KTBM) adalah seramai 2 orang
13
Gambar Barisan Staf pertama SK.Taman Rimba 1997
Kini tampuk pentadbiran dan kepimpinan Sekolah Kebangsaan Taman Rimba ditadbir
oleh Guru Besar yang ke-2 iaitu Puan Maureen Chia Abdullah (Biodata Diri pada Lampiran
1). Bilangan staf di bawah jagaannya seramai 50 orang , KTBM seramai 7 orang dan jumlah
murid seramai 825 orang dengan kapasiti sekolah satu sesi.
Sepanjang penubuhannya terdapat dua orang Guru Besar secara silih berganti telah
menerajui sekolah ini. Guru Besar yang memahat nama sebagai peneraju sekolah ini
disenaraikan seperti berikut;
• Puan Merlyn Loo : ( 01.1997 - 31.07.1998)
• Puan Maureen Chia Abdullah : ( 01.08.1998 - Kini)
SK.Taman Rimba terus merongkah arus kecemerlangan dan kegemilangan dengan
merangkul pelbagai anugerah di peringkat PPD Sandakan, JPN Sabah mahupun di peringkat
kebangsaan.Berikut adalah sebahagian daripada senarai anugerah yang telah berjaya dikecapi
oleh Sekolah Kebangsaan Taman Rimba Sandakan Sabah:
14
UPSR Sekolah Terbaik dan anugerah Best Peringkat Daerah Sandakan 2004 dan 2005
Sekolah 4 Bintang PPD Sandakan
Anugerah Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Rendah Bandar 2005
Anugerah PIBG Cemerlang 2006
Petronan Steel Science Competitions 2007
Anugerah Sekolah Cemerlang 2009 Sekolah Rendah Bandar peringkat kebangsaan.
Johan Sekolah Harapan Negara kategori Sekolah Rendah Bandar.
Anugerah Sekolah Cemerlang kategori Sekolah Rendah Bandar tahun 2008 dan tahun
2009
Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar tahun 2008 dan 2009.
Anugerah Pusat Sumber Sekolah Terbaik peringkat Kebangsaan Tahun 2012
Anugerah PIBG Terbaik Peringkat Negeri Sabah Tahun 2012
Anugerah PIBG Terbaik Perinkat Kebangsaan Tahun 2012
Johan Keseluruhan Olahraga MSSD Sandakan Tahun 2012 dan 2013
15
2.1.2 Lencana Sekolah
Lencana sekolah SK.Taman Rimba
Lencana SK.Taman Rimba mempunyai empat warna iaitu biru, kuning, merah dan
putih. Warna biru ialah lambang perpaduan dan kemuafakatan,bersifat penyayang,hormat-
menghormati dan sentiasa menunjukkan kemesraan. Kuning ialah sentiasa menjaga martabat
diri, agama, bangsa, dan Negara.Kesetiaan dan kepatuhan kepada undang-undang,mampu
membuat pertimbangan yang adil dan saksama. Warna merah melambangkan bahawa sifat
berani dan tabah menghadapi cabaran,peka kepada perubahan dan kemajuan.Berbangga
dengan apa yang ada dan telah dicapai. Warna putih ialah berakhlak mulia dan dedikasi
dalam melaksanakan tanggungjawab.Menyedari bahawa memelihara hubungan mesra di
antara insan dan memupuk perpaduan masyarakat adalah tanggungjawab setiap
individu.Lambang Obor bermaksud seakan-akan peta Negeri Sabah membawa erti
keberanian rakyat Sabah, semangat juang dan melaksanakan ‘Sabah Boleh”.Buku
mengamalkan budaya membaca dan cintakan ilmu.Memiliki dan mengamalkan nilai moral
serta keagamaan yang tinggi. No.1 Motto satu dalam semua,iaitu sentiasa menonjol dalam
segala aspek pencapain dan sentiasa menuju kearah kecemerlangan yang terbuka
menunjukkan semua mata pelajaran atau pendidikan akademik terdapat di sekolah ini.
Menegaskan setiap guru sekolah ini sentiasa berdisiplin dan bersedia bertugas mendidik
pelajar-pelajar dan menabur jasa pada setiap waktu.
16
Moto Sekolah
NO.1
CEPAT DAN TEPAT
POSITIF
QUALITI MENYELURUH
KOMITMEN DAN INTEGRITI
PERMUAFAKATAN
PENYAYANG
2.1.3 Visi dan Misi
Seperti sekolah-sekolah di negeri Sabah yang lain, visi dan misi SK.Taman Rimba
telah diselaraskan mengikut Visi dan Misi KPM. Tujuannya adalah untuk menunjukkan
komitmen Jabatan Pelajaran Negeri Sabah yang sederap dan sekata dengan Visi dan Misi
yang dihasratkan oleh KPM. Pendekatan ini adalah satu strategi yang bijaksana dalam
memastikan Visi KPM selaku pemegang kepada mandat dalam sistem pendidikan di negara
ini dapat dihayati, difahami dan diterjemahkan oleh seluruh warga pendidikan di negeri
Sabah pada amnya dan khususnya oleh warga SK.Taman Rimba. Visi dan Misi SK.Taman
Rimba dinyatakan seperi berikut;
VISI
SK.TAMAN RIMBA MENCAPAI KPI*
PENDIDIKAN BERKUALITI
MISI
MENYEDIAKAN PENDIDIKAN
BERKUALITI KE ARAH MELAHIRKAN
MODAL INSAN UNGGUL
17
2.1.4 Objektif Sekolah
Objektif yang digariskan oleh sekolah ialah :
Mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid.
Mewujudkan semangat patriotisme dan jati diri pada setiap pelajar.
Menyemai semangat setia kawan ke arah kecemerlangan diri, sekolah dan
masyarakat.
Sekolah kondusif, ceria dan selesa untuk semua warga sekolah.
Sistem pengurusan dan pentadbiran yang cekap.
2.1.5 Falsafah dan Nilai
Falsafah yang dipegang oleh SK.Taman Rimba adalah :
Murid-murid yang berada di sekolah ini adalah mempunyai kebolehan dan potensi untuk
mencapai perkembangan yang seimbang di dalam bidang Intelek,Rohani,Emosi dan
Jasmani.Dengan itu,banyak peluang akan diberikan kepada semua murid untuk
mengembangkan bakat,daya kepimpinan dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan
serta mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang
telah dikuasai.Kami pendidik-pendidik di sekolah ini akan berusaha sedaya upaya
memberikan pendidikan yang bermutu dan sempurna bagi memajukan murid-murid di
sekolah ini.
Bagi mencapai falsafah ini Pengurusan Kualiti dan Budaya Kerja Sekolah diamalkan dan
diterapkan dalam bidang-bidang tugas :-
Memahami dan menghayati:
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Visi, Misi, Matlamat dan Objektif Sekolah.
Memelihara dan mempertingkatkan imej Sekolah, Jabatan dan Kementerian
Pelajaran setiap masa.
Mementingkan mutu dan kesan pendidikan khususnya kepada para pelajar.
Mementingkan objektif bagi setiap tugas.
Mengamalkan kerja secara bermesyuarat dan berpasukan.
Sentiasa bekerja dengan Bersih, Cekap dan Amanah.
Hubungan yang baik dengan komuniti dan organisasi luar.
18
Mengamalkan perkhidmatan penyayang.
Kepemimpinan melalui teladan.
Sentiasa memimpin dan menilai diri sendiri.
Berusaha mempertingkatkan ilmu dan kemahiran.
Kerja adalah ibadah.
Nilai
Lima Nilai Budaya yang hendak diamalkan dan diterapkan oleh Sekolah iaitu :
Pengetahuan.
Budaya berfikir.
Nilai etika.
Belajar Sepanjang Hayat.
Berketerampilan,Kemas dan kesopanan.
19
2.1.6 Piagam Pelanggan
Piagam pelanggan SK.Taman Rimba merupakan satu pernyataan yang ringkas tetapi
memberi gambaran mengenai komitmen sekolah ini yang amat jelas. Piagam pelanggan
sekolah ini merupakan satu ikrar warga SK.Taman Rimba yang komited terhadap
pencapaian visi dan misi sekolah melalui Piagam Pelanggannya seperti berikut:
Kami warga SK.Taman Rimba Sandakan dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan
menunpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
1. Sentiasa memberi layanan mesra,perkhidmatan yang cekap dan jawapan segera
kepada setiap pelanggan yang berurusan agar dapat diselesaikan dalam tempoh lima
minit.
2. Mengenalpasti peningkatan taraf profesionalisme dalam bidang masing-masing di
kalangan staf melalui kursus,bengkel,taklimat,ceramah,motivasi dan seumpamanya.
3. Memastikan semua murid menerima pendidikan formal dan tidak formal secara adil
di dalam atau di luar bilik darjah.
4. Memastikan semua murid yang layak menerima segala bentuk bantuan dan
kemudahan bekalan pada masa yang ditetapkan.
5. Memastikan semua murid melibatkan diri secara aktif dalam semua program/aktiviti
anjuran sekolah.
6. Memastikan segala surat-menyurat/maklumat/data yang diperlukan dapat
dikemukakan seminggu sebelum tarikh akhir.
7. Memastikan segala aduan/rayuan yang berkaitan dengan hal-hal sekolah/murid dapat
diselesaikan dalam satu minggu.
8. Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pandangan,cadangan,syor dan teguran yang
membina kearah kecemerlangan murid dan sekolah.
20
SK.Taman Rimba terletak kira-kira dua belas kilometer dari bandar Sandakan, dan
1 kilometer dari Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan. Ianya di kelilingi beberapa taman
perumahan seperti Taman Megah, Taman Rimba,Taman Vijaya,Taman Merpati,Taman
Sejati,Taman Sejati Ujana, Taman Airport,Taman Fajar,dan Taman Fajar Perdana .Ini
mengambarkan sekolah ini terletak di tengah-tengah taman perumahan. Tidak hairanlah
ramai ibu bapa yang hendak mendaftrakan anak mereka untuk belajar di sekolah ini kerana
kedudukan yang startegik di samping pencapaian kecemerlangan sekolah yang
dicapai.Namun kapasati kelas yang kurang menyebabkan anak-anak yang tinggal
berhampiran sekolah ini belajar di sekolah lain yang berhampiran .Untuk menuju
k.SK.Taman Rimba boleh melalui dua laluan iaitu pertama melalui jalan utama (Jalan
Labuk) menuju ke bandar Sandakan dan menuju ke Kota Kinabalu ,Lahad Datu dan Tawau.
Laluan kedua dari Lapangan terbang melalui jalan Airport dan melalui taman perumahan
Taman Fajar.
21
2.1.9 Kemudahan yang disediakan
Dengan keluasan kawasan yang terhad iaitu berjumlah 4 ekar , serta keadaan persekitaran yang berhampiran dengan Taman perumahan masih mempunyai kemudahan fizikal yang baik serta kondusif untuk ditawarkan kepada warga sekolah dan komuniti sekitarnya.
Jadual berikut ialah kemudahan-kemudahan yang ada di SK.Taman Rimba.
BIL KEMUDAHAN FIZIKAL JUMLAH1 Bilik Darjah 202 Bilk Pentadbiran 13 Bilik Guru 14 Bilik Pusat Sumber/Perpustakaan 16 Bilik Mesyuarat 17 Bilik Bimbingan dan Kaunseling 18 Bilik Skim Pinjaman Buku Teks 19 Bilik Alat Pandang Dengar (APD) 110 Bilik Cetak 111 Bilik Muzik 112 Bilik / Kedai Koperasi 113 Bilik Makmal Sains 114 Bilik PIBG 115 Bilik Kesihatan / Pergigian 116 Bilik Sakit 117 Bilik Stor Sekolah 118 Bengkel kemahiran Hidup 119 Dewan Sekolah 120 Cyber Rimba 121 Pusat Akses / PUAS 122 Makmal komputer 123 Surau 124 Padang 125 Gelanggang Bola Baling 126 Gelanggang Bola Jaring 127 Pondok Pengawal 728 Parking Kereta 1
Kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di sekolah ini saya sertakan dalam bentuk koleksi
fotografi seperti pada ( Lampiran 3)
22
2.1.10 Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG)
Menurut Kamarudin Hj. Kachar (1989) pendidikan tidak dapat dan tidak boleh
dipisahkan daripada masyarakat. Pendidikan perlu dirancang dan dilaksanakan prosesnya
dalam konteks masyarakat. Tujuannya supaya pendidikan ada kaitan rapat dengan
masyarakat. Bagi memenuhi hasrat ini SK.Taman Rimba membuka ruang kepada komuniti
setempat untuk turut serta mengembeling tenaga bagi mencapai kecemerlangan sekolah.
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) .SK.Taman Rimba mengisi keperluan ini dalam
menerajui usaha ke arah pemupukan hubungan yang erat antara guru-guru dan ibu bapa
murid.
PIBG sekolah ini diterajui oleh En. Bakar bin Osman selaku Yang DiPertua. Beliau
dibantu oleh En. Din bin Mohd Nor, Naib Yang DiPertua, seorang setiausaha Kehormat
PIBG dan penolong setiausaha, seorang bendahari, penolong bendahari,Bendahari Dana
Komputer,dan Bendahari Kelas AlQuran Fardu Ain (KAFA) serta lapan orang ahli
jawatankuasa. Pn.Maureen Chia Abdullah, Guru Besar SK.Taman Rimba bertindak selaku
Penasihat PIBG (Jawatankuasa PIBG 2013 pada lampiran 4)
Jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, dan tujuh ahli jawatankuasa
dilantik dalam kalangan ibu bapa, manakala jawatan setiausaha, penolong setiausaha,
bendahari dan penolong bendahari dilantik dalam kalangan warga guru sekolah ini.
Kombinasi guru dan Ibu Bapa yang seimbang ini membentuk satu rangkaian kerjasama
yang padu dalam memastikan PIBG benar-benar berfungsi sebagai jambatan penghubung
antara guru, ibu bapa dan masyarakat ke arah kecemerlangan sekolah.
Seperti PIBG lain yang bergerak di seluruh negara, PIBG SK.Taman Rimba turut
mengutip sumbangan daripada pihak penjaga sebagai sumber dana menggerakkan
persatuan. Mesyuarat Agung PIBG diadakan sekali dalam dua tahun untuk memilih ahli-
ahli jawatankuasanya. Mesyuarat Agung PIBG yang diadakan dijadikan sebagai platform
untuk membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan, laporan kewangan, pemilihan
jawatankuasa baru, pembentangan usul dan cadangan serta dijadikan medan kepada Guru
23
Besar untuk menyampaikan dasar-dasar KPM, dasar dan harapan-harapan pihak sekolah
terhadap ibu bapa mengenai kecemerlangan sekolah.
Sambutan Ibu bapa terhadap Mesyuarat Agung PIBG amat menggalakkan. Ini
membuktikan kepimpinan sekolah mendapat sokongan yang padu daripada ibu bapa dan
masyarakat setempat. Secara keseluruhan PIBG SK.Taman Rimba menjadi tunjang kepada
kemajuan sekolah di samping berperanan menyokong dan membantu membina kemajuan di
sekolah agar matlamat Falsafah Pendidikan Negara dapat direalisasikan. PIBG sekolah ini
adalah salah satu faktor yang turut menyumbang kepada kecemerlangan sekolah khususnya
memainkan peranan besar terhadap meningkatkan pencapaian persekolahan murid-murid
mereka.
24
Gambar Ahli Jawatankuasa PIBG SK.Taman Rimba
25
Visi dan Misi Persatuan Ibu Bapa (PIBG)SK.Taman Rimba Sandakan
VISI
PIBG PRIHATIN MURID GEMILANG
MISI
MEMBANTU MENINGKATKAN KEMAJUAN DAN PRESTASI SEKOLAH MELALUI
KEPRIHATINAN DAN PERMUAFAKATAN UNTUK MELAHIRKAN MURID-
MURID GEMILANG
Aktiviti PIBG Mewujudkan suasana SK.Taman Rimba yang kondusif
BIL
AKTIVITI IMPAK
1 Aktiiti gotong royong membersihkan kawasan sekolah
Mewujudkan kawasan sekolah yang bersih dan ceria
2 Menambah tempat letak kereta di kawasan sekolah
Mengurangkan kesesakan lalu lintas
3. Membina tempat duduk bagi pelajar menunggu ibu bapa
Para pelajar dapat duduk dan berteduh sementara menunggu waris.Keselamatan murid terjamin
4 Membina Mini Stadium Warga sekolah dapat duduk dengan selesa ketika temasya sukan berlangsung
5 Membina pondok pengawal Keselesaan Pengawal menjalankan tugas6 Membina garaj kereta untuk kakitangan
sekolahkeselamatan dan memberi keselesaan kepada guru juga menjimatkan masa
7 Penyediaan mesin minuman untuk murid Murid-murid dapat bekalan minuman yang bersih
8 Pembinaan Dewan serbaguna Meningkatkan keselasaan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti sekolah
9 Menaik taraf bilik PIBG Bermesyuarat secara profesional10 Menaik taraf bilk Cyber Rimba Meningkatkan keberkesanan pembelajaran
ICT di kalangan murid11 Menyumbang talian internet untuk zon
sekolah (Zon WIFI)Warga sekolah dapat mengakses internet walau di mana jua
12 Menaik taraf dan menyumbang buku untuk pusat sumber sekolah
Anugerah NILAM peringkat kebangsaan tahun 2006Johan Pusat Sumber cemerlang Negeri Sabah tahun 2000Anugerah Pusat sumber Cemerlang peringkat Kebangsaan 2012
13 Menyumbang komputer untuk makmal sains
Menaik taraf makmal sains dalam peningkatan pengajaran dan pembelajaran
14 Menaik taraf surau sekolah Aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan selesa
15 Menaik taraf bilik muzik Mewujudkan suasana pembelajaran yang
26
kondusif
Aktiviti PIBG mewujudkan peningkatan modal insan
BIL AKTIVITI IMPAK
1 Kelas komputer yang diselenggarakan sepenuhnya oleh PIBG
Semua murid celik ICT dari Tahun satu
2 Sesi motivasi murid oleh YDP PIBG Murid bersemangat dan bermotivasi untuk belajar
3. Sumbangan RM100.00 kepada murid yang berjaya mendapat 5A dalam UPSR
Pencapaian murid 5A UPSR meningkat
4 Sumbangan RM50.00-RM100.00 kepada murid yang mengharumkan nama sekolah dalam aktiviti kokurikulum
Pencapaian murid meningkat dalam aktiviti kokurikulum di peringkat negeri dan kebangsaan
5 Kem motivasi UPSR Pencapaian prestasi UPSR meningkat
6 Sambutan Maulidur Rasul Meningkatkan rasa cinta kepada Nabi junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan ketaqwaan kepada Allah SWT
7 Majlis Khatam Alquran Kemenjadian murid yang seimbang dunia dan akhirat.Ilmu agama menjadi tunjang/panduan hidup.
8 Majlis berbuka Puasa Merapatkan hubungan ukhwah sesama warga SKTR dan PIBG
9 Solat hajat Memohon keberkatan dan hidayah dari Allah SWT semoga semua aktivit yang dirancang dan dilaksana mendapat hidayah dan Inayah-Nya
27
Aktiviti PIBG kearah merakyatkan ahli PIBG
BIL AKTIVITI IMPAK
1 Perkongsian maklumat dengan ibu bapa Menyelesaikan isu yang ditimbulkan.
2 Ceramah motivasi kepada ibu bapa bagi pelajar yang menduduki UPSR
Murid bersemangat dan bermotivasi untuk belajar.
3. Perkongsian pintar dengan ibu bapa Pencapaian murid 5A UPSR meningkat.
4 Ceramah keagamaan Menyedari tanggungjawab dalam pendidikan anak-anak
5 Sambutan Hari Keluarga Meningkatkan hubungan kekeluargaan dan permuafakatan yang mantap.
6 Acara Sukaneka ibu bapa dengan guru Meningkatkan hubungan silaturrahim dan hubungan komuniti yang cemerlang.
7 Jamuan Hari Keluarga Merapatkan hubungan kekeluargaan .
8 Annual Dinner Meningkatkan hubungan silaturrahim dan hubungan komuniti yang cemerlang.
9 Jamuan Mesra bersama pemimpin komuniti
Merapatkan hubungan dan bertukar idea bersama pemimpin komuniti.
28
Aset dan harta modal
BIL KETERANGAN ASET KUANTITI KOS (RM)
1 Komputer (Acer Aspire M1830) 16 unit RM19,200.00
2 Komputer (Acer Aspire M1100) 25 unit RM37,500.00
3 Air Cond 5 unit RM4,800.00
4 Printer 2 unit RM800.00
5 Hub Router 3 unit RM300.00
6 Vakum 1 unit RM400.00
JUMLAH RM63,000.00
Aset modal
BIL JENIS AKAUN RM
1 Akaun PIBG RM15,534.75
2 Akaun Dana Komputer PIBG RM45,829.27
3 Akaun Al-Mudharabah RM20,248.66
4 Akaun KAFA PIBG RM8,567.00
JUMLAH RM90,179.68
29
30
2. 2 Data dan Statistik Sekolah
2.2.1 Enrolmen murid
SK.Taman Rimba mempunyai enrolmen murid seramai 825 0rang murid seperti
dalam data berakhir pada 31 Mac 2013.Semua murid ini belajar dalam satu sesi
persekolahan.Di mana terdapat dua kelas untuk Pra Sekolah dan kelas dari tahun hingga
tahun enam Sembilan belas kelas dan kesemuanya terdapat 21 kelas. Enrolmen murid
mengikut kelas, dan bilangan kelas 2013 dapat dirumuskan seperti Jadual di bawah :
JADUAL Enrolmen Pelajar mengikut Jantina dan kelas dan kaum
DARJAH BILANGAN KELAS
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH
PRA 2 21 29 50D1 3 63 71 134D2 3 75 63 138D3 3 54 71 125D4 3 63 64 127D5 3 62 55 117D6 4 66 68 134
JUMLAH 21 404 421 825
31
PERATUS DATA MURID MENGIKUT KAUM
TAHUN 2013
2.2.2 Bilangan Staf
Taburan Asal Guru SKTR Seramai 50 orang Guru
Bilangan Guru mengikut Gred/Kategori dan Jantina.Senarai nama guru dan KTBM pada (Lampiran 5)
Sumber:Penyata Enrolmen pada 31 Mac 2013
GRED PEMBANTU
TADBIR
STAF LELAKI STAF PEREMPUAN JUMLAH STAF
32
1 Orang
2 Orang
1 Orang
1 Orang
1 Orang
4 Orang
39 Orang1 Orang
GRED GURU GURU LELAKI GURU PEREMPUAN JUMLAH GURU
DG44 - 3 orang 3 orangDG41 5 orang 22 orang 27 orang
DGA32 2 orang 12orang 14 orangDGA29 2 orang 4 orang 6 orang
JUMLAH 9 orang 41 orang 50 orang
N 1 - 1 orang 1 orangN 17 - 4 orang 4 orangN 22 - 1 orang 1 orang
JURU TEKNIK KOMPUTER FT 17
1 orang - 1 orang
JUMLAH 1 orang 6 orang 7 orang
Sumber:Penyata Enrolmen pada 31 Mac 2013
2.2.3 Pencapaian Akademik dan Kokurikulum
33
Pencapaian akademik SK.Taman Rimba sentiasa menunjukkan peningkatan saban tahun.Berdasarkan Jadual di bawah dapat diperhatikan berlaku peningkatan pencapaian dalam Kelima-lima matapa pealajaran UPSR dari tahun 2008 hingga 2012. Sekolah ini juga mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang kokurikulum sama ada diperingkat daerah,negeri mahupun kebangsaan.
MATA PELAJARAN
A % B % C % D % E % BILLULUS
%LULUS2012
%LULUS 2011
BEZA%
GPT2011
GPT2012
BMKefahaman 54 43.5 31 25.0 36 29.0 2 1.6 1 0.8 121 97.60 97.60 0.00 1.90 1.91BMPenulisan 40 32.3 52 41.9 21 16.9 9 7.3 2 1.6 113 91.10 89.50 160 2.30 2.04B.Inggeris 17 13.7 42 33.9 47 37.9 15 12.1 3 2.4 106 85.50 76.60 8.90 2.77 2.58Matematik 39 31.5 18 14.5 58 48.8 7 5.6 2 1.6 115 92.70 89.50 3.20 2.32 2.31Sains 13 10.5 53 42.7 49 39.5 9 7.3 0 0.0 115 92.70 86.30 6.40 2.48 2.44
GPT 2.35 2.25
RUMUSAN PENCAPAIAN
TAHUN BILANGANCALON
BILANGANCALON 5A
GREDPURATASEKOLA
H
PERATUSPERINGKAT
SEKOLAH
2008 141 13 2.06 78.01%2009 124 4 2.33 65.04%2010 131 13 2.10 74.62%2011 124 8 2.35 71.77%2012 124 6 2.25 75%
34
Pencapaian Kokurikulum
Sukan dan Permainan
BIL PERTANDINGAN PENCAPAIAN PERINGKAT PERMATA RIMBA1 Kejohanan Ragbi Johan Antarabangsa Mohamed Faizan Ali
AzizDi New Zealand
2 Kejohanan Ragbi Johan Kebangsaan3 Kejohanan Ragbi Johan Negeri4 Kejohanan Ragbi Johan Daerah5 Skuash Johan Kebangsaan Riecarida Ramli6 Boling Ten Pin Wakil Kebangsaan Khairunissan Abd.Manan7 Boling Ten Pin Johan Negeri8 Boling Ten Pin Johan Daerah9 Gimnastik Artistik Johan Kebangsaan Siti Shafira M.Fazli
Sheryl Eve Ladislaus
Unit Beruniform
BIL PERTANDINGAN PENCAPAIAN PERINGKAT1 Perkhemahan Alam Semulajadi Wakil Negeri
Persatuan dan Kelab
BIL PERTANDINGAN PENCAPAIAN PERINGKAT PERMATA RIMBA1 Pencinta Alam Integrasi
dengan Negara Jepun
Antarabangsa
2. Takewando Wakil NegeriWakil Daerah
3 Anugerah NILAM Johan Kebangsaan Siti Aisyah Hamidon
Pencapaian dalam bidang kokurikulum SK.Taman Rimba amatlah membanggakan
kerana penglibatan murid-murid yang aktif dan berjaya melakar kejayaan sama ada dari
peringkat daerah, negeri, kebangsaan malah hingga ke peringkat antarabangsa. Kejayaan
yang diperolehi ini bukanlah datang secara tiba-tiba tetapi sudah tentu kerana adanya
program pembangunan yang berfokus, penglibatan dan komitmen guru yang tinggi, serta
sokongan dan dorongan daripada Guru Besar sendiri secara berterusan.
35
2.2.4 Kejayaan-kejayaan sekolah sehingga kini
Kejayaan demi kejayaan telah dicapai oleh sekolah semenjak tahun 1997 hingga kini.
Pelbagai anugerah dan pengiktirafan yang telah diterima oleh sekolah ini. Antara kejayaan
yang pernah diperoleh oleh sekolah dapat dilihat dalam jadual berikut. (Rujuk lampiran 6)
Jadual : Senarai pengiktirafan yang pernah diterima sekolah Taman Rimba:
NAMA ANUGERAH TAHUN PEMBERI ANUGERAH
Anugerah Pusat Sumber Cemerlang
Negeri Sabah
2000 Jabatan Pelajaran Negeri
Sabah
Anugerah Best UPSR terbaik 2002 dan 2005 PPD Sandakan
Johan Sekolah Harapan Negara
Kategori Sekolah Rendah Bandar
2005 Kementerian Pelajaran
Malaysia
Anugerah PIBG Cemerlang 2006 Kementerian
Pelajaran Malaysia
Anugerah Sekolah Cemerlang
(Sekolah Rendah Bandar) Peringkat
Kebangsaan
2000 dan 2009 Kementerian Pelajaran
Malaysia
Anugerah Sekolah 4 Bintang PPD Sandakan
Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar
(SERASI)
2008 dan 2009
Anugerah PIBG Terbaik Peringkat
Negeri Sabah
2012 Jabatan Pelajaran Sabah
Anugerah PIBG Terbaik Peringkat
Kebangsaan
2012 Kementerian Pelajaran
Malaysia
Johan Keseluruhan Olahraga MSSD
Sandakan
2012 dan 2013 PPD Sandakan
36
BAB 3: PENANDAARASAN
3.1 Pengenalan Projek Permata Rimba
Para pelajar merupakan aset yang amat berharga bagi kecemerlangan negara pada
masa akan datang. Keupayaan mereka mengimbangi pembangunan sahsiah yang sempurna
sebagaimana yang dikehendaki oleh ajaran agama dan nilai-nilai budaya merupakan
kejayaan kepada masyarakat dan negara. Projek ini adalah berkaitan dengan pembinaan
modul Program
Pembangunan sahsiah Pelajar SK.Taman Rimba. Diharap program ini akan dapat
membantu pihak Jawatankuasa menjalankan program dengan lebih lancar agar pelajar akan
mendapat pelbagai maklumat tentang suasana sebenar kehidupan sebagai seorang pelajar
serta dapat meningkatkan sahsiah diri. Modal Insan sering kali diertikan sebagai
sekumpulan wang, aset dan harta yang dapat digembelengkan ke dalam pelbagai kegiatan
untuk menghasilkan keluaran yang menguntungkan. Konsep ini difahami dengan merujuk
kepada modal fizikal.Tetapi bagaimana pula dengan modal manusia? Modal manusia atau
modal insan ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh pekerja yang menyebabkan
mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan daripada seorang kepada seorang
yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk
melalui pelaburan terhadap pendidikan, latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja,
kesihatan, penghijrahan dan usaha mencari maklumat yang dapat meningkatkan taraf hidup
seseorang. Nilai kini terhadap pelaburan tersebut dapat menentukan taraf modal insan yang
ada pada seseorang. Terdapat lima aspek yang mencirikan modal insan iaitu:
1.Modal insan tidak boleh diperdagangkan. Ia berupa pengetahuan dan kemahiran yang
menjadi hak milik individu yang diperolehi di atas keupayaan diri.
2.Setiap individu tidak mempunyai cara yang sama dalam membangunkan modal insan.
Terdapat individu yang berupaya mempunyai keupayaan diri seawal usia mudanya tetapi
terdapat juga individu yang membina keupayaan di usia lanjut.
3.Modal insan dapat dilihat dari aspek kualiti dan kuantiti. Seseorang individu mungkin
mempunyai kualiti dan kuantiti yang berbeza berdasarkan keupayaan dirinya.
4.Modal insan boleh bersifat khusus atau umum iaitu boleh digunakan secara khusus untuk
seorang individu sahaja atau boleh diguna secara bersama.
37
5.Modal insan dipengaruhi oleh aspek luaran iaitu persekitaran dan ikatan sosial. Ia
memainkan peranan penting dalam menentukan tahap modal insan yang dimiliki oleh
seseorang individu.
3.2 Situasi.
Program permata Rimba di sekolah ini telah dirintis semasa sekolah ini berada di
bawah kepimpinan Pengetua Pn. Maureen Chia Abdullha iaitu pada tahun 1998. Sejak dari
tarikh itu program ini diteruskan dan dimantapkan dari masa ke semasa. Pelaksanaannya
diilhamkan hasil dari keazaman untuk melahirkan modal insan yang berkepribadian
unggul menerusi pemupukan pengetahuan,sikap dan amalan yang berkekalan,seimbang
kecemerlangannya baik dari aspek akademik ,kokurikulum dan mempunyai sahsiah diri
yang gemilang meliputi aspek sifat kerohanian,sifat akhlak, sifat mental , sifat fizikal
(towering personality) dan holistik.
Program tersebut telah memberi impak kepada mercu pencapaian kecemerlangan
sekolah dan kesinambungan usaha ini diteruskan hingga ke hari ini. Semua pentadbir dan
guru-guru telah terlibat secara langsung dalam menjayakan program ini. Sokongan
berterusan Guru Besar dilihat sabagai satu motivasi yang amat berharga kepada
jawatankuasa Hal Ehwal Murid, lantas menjadikan progam ini sebagai progam utama dalam
kalendar takwim sekolah. Dari segi matlamatnya, Program Permata Rimba adalah aktiviti
yang sangat penting kerana program ini dapat mengembangkan semua aspek potensi murid
yang berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang
mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara.
Program Permata Rimba adalah satu inisiatif daripada pihak sekolah untuk
merangka satu program yang seragam dalam usaha mewujudkan pelajar yang mempunyai
personaliti yang cemerlang,corak pemikiran,perasaan dan perubahan tingkahlaku positif
bersandarkan kefahaman kepada nilai- nilai mahmudah. Program Permata Rimba juga
dilaksanakn dengan tujuan memenuhi minat serta untuk mengatasi masalah salah laku
dalam kalangan remaja seperti ponteng sekolah, budaya lepak, juvana dan seumpamanya.
38
Di samping itu program ini juga diharapkan dapat memupuk budaya kecemerlangan
pada diri murid menerusi pembentukan disiplin diri yang tinggi yang diterapkan menerusi
pertandingan dan aktiviti anjuran sekolah mahupun agensi pendidikan.
Objektif yang seterusnya adalah sebagai usaha melahirkan murid yang bermotivasi
tinggi serta mempunyai kualiti kecemerlangan dalam bidang akademik dan Kokurikulum.
Adalah diharapkan program ini dapat membentuk sahsiah diri, semangat berkerjasama,
membina semangat kekitaan dan semangat kesetiakawan dalam kalangan murid.
Antara aktiviti yang dijalankan dalam Program Permata Rimba ialah pemberian
kupon,pengiktirafan dan penghargaan , aktiviti amal , aktiviti penerapan nilai-nilai murni
yang jelas pada setiap hari masa persekolahan, amalan banyak membaca,Program Jom
kesekolah,Tuntas kerja/aktiviti sekolah(Kerja rumah), hafal sifir,hafal perkataan bahasa
inggeris dan bahasa Arab(Dwi bahasa), Kebersihan diri ,dan penglibatan secara aktif dalam
aktiviti kokurikulum.
Program yang dilaksanakan ini hanya melibatkan tenaga dan kepakaran guru-guru di
sekolah ini sahaja. Sumber tenaganya diketuai oleh Guru Besar sendiri, Pn.Maureen Chia
Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn.Faridah Bidin,Penolong kanan kurikulum
Pn Jennier Ali dan Penolong Kanan Kokurikulum Pn.Maria Abdullah serta seluruh warga
guru sekolah ini. Secara umumnya program ini dilaksanakan sepanjang tahun dan
melibatkan semua murid dari tahun satu hingga tahun enam.
Program ini telah berjaya memupuk minat murid-murid terhadap aktiviti rutin
budaya di sekolah ini,sehinggakan dapat kita lihat melalui perkongsian pintar dengan
masyarakat komuniti perubahan tingkahlaku yang dapat dinilai semasa di rumah.
3.3 Peluang dan Cabaran
Perkara yang memotivasikan warga sekolah untuk melaksanakan program Permata
Rimba adalah minat dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru dan murid sekolah ini.
Murid-murid sekolah ini misalnya telah mengambil inisiatif sendiri dengan menunggu guru
39
setiap hari di awal pagi dan sepanjang persekolahan untuk memberikan bantuan kepada
guru. Pelbagai insentif juga diberikan kepada guru-guru dan semua murid yang terlibat
dalam program ini. Selain dari Sijil Penghargaan dan Sijil Penyertaan kepada semua yang
terlibat, pihak sekolah juga menyediakan hadiah berbentuk hamper kepada murid yang
telah berjaya mengumpul kupon dan cop terbanyak mengikut syarat yang ditetapkan oleh
sekolah.Nama mereka juga akan disenaraikan dalam papan maklumat dan menerima
anugerah bintang seperti yang dinyatakan pada kertas kerja program. Bagi memastikan
penglibatan guru yang menyeluruh, pihak pengurusan Hal Ehwal Murid telah
menubuhkan jawatankuasa Program Permata Rimba bagi memastikan penglibatan guru-
guru dan kakitangan sekolah yang total, cekap dan berkesan mengikut kemahiran guru-
guru. Setiap ahli jawatankuasa telah diberikan taklimat mengenai peranan dan
tanggungjawab mereka menerusi mesyuarat-mesyuarat yang diadakan.
Keseluruhannya pihak sekolah telah melibatkan semua guru dalam mengelolakan
program ini secara sistematik lengkap dengan garis panduan dan pelan tindakan. Keadaan
ini amat bertepatan dengan pernyataan Thain (1993) yang menegaskan bahawa penugasan
kerja oleh pemimpin kepada subordinat mestilah jelas dan dapat difahami, dan segala
kekaburan perlulah diperjelaskan. Gaya kepimpinan seperti ini banyak memainkan peranan
dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi.
Agihan tugas yang seimbang serta panduan mengenai peranan dan tanggungjawab
setiap jawatankuasa yang jelas telah memotivasikan guru untuk melaksankan tugasan
masing-masing dengan mudah, diterima dengan baik dan dilaksanakan tanpa tekanan. Guru-
guru dan kakitangan sekolah telah dimotivasikan dengan gaya kepimpinan Guru Besar yang
demokratik. Guru-guru diberikan tugasan mengikut kesesuaian dan kepakaran masing-
masing. Kepimpinan sekolah telah merangka progam ini secara terancang dan teliti sejak
dari awal tahun.
40
Tujuannya untuk memastikan program ini dimaklumi oleh guru-guru dan
memperutukkan masa yang mencukupi kepada perlaksanaan program.
Berdasarkan kepada sesi wawancara yang saya lakukan dengan penyelaras program
ini, ternyata bahawa pihak sekolah amat berbangga dengan pencapaian prestasi baik dari
aspek
sahsiah disiplin murid, peratus kehadiran yang meningkat, pencapaian akademik dan
kokurikulum.
Sokongan Guru Besar dan kepimpinan sekolah amatlah membanggakan dan ini
sedikit sebanyak telah memotivasikan guru-guru untuk melaksanakn progam ini dengan
jayanya. Antara risiko yang perlu dihadapi ialah gangguan instruksional yang berlaku
terutamanya semasa pengajaran dan pembelajaran. Juga masalah keselamatan murid perlu
diberi perhatian.
3.4 Penglibatan Kepimpinan Sekolah
Berdasarkan kepada hasil wawancara dengan penyelaras dan seluruh warga
jawatankuasa Program Permata Rimba mendapati bahawa kepimpinan sekolah iaitu Guru
Besar dan penolong-penolong kanan, khususnya penolong kanan Hal Ehwal Murid telah
terlibat sepenuhnya dalam merancang, mengelola, memimpin dan mengawal bagi
memastikan program ini berjalan dengan lancar dan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Guru Besar telah mengambil langkah yang aktif dan proaktif dalam menggerakkan
jawatankuasa program agar mambuat persediaan yang rapi bagi memastikan kelancaran
program ini. Guru Besar telah berupaya memimpin warga sekolah untuk memupuk budaya
bekerjasama dan kerja bersama-sama yang seterusnya memupuk semangat muhibah dan
perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Seperti jari manusia yang lima, tanpa semuanya
diorganisasikan dengan baik maka tangan kita tak mampu untuk menggengam walaupun
sesuap makanan. Demikinlah analogi yang boleh saya bandingkan dengan peranan Guru
Besar sekolah ini yang yang menjadi penggerak kepada pemupukan budaya semangat kerja
berpasukan. Guru-guru turut diberi peluang secukupnya dalam proses membuat sebarang
keputusan. Hal ini dapat diperlihatkan dalam pelaksanaan program ini di mana semua aspek
berkaitan teknikal program telah diserahkan kepada penolong kanan Hal Ehwal Murid dan
41
jawatankuasa sekolah mengikut kepakaran masing-masing. Keputusan-keputusan yang
diputuskan dalam mesyuarat telah digunakan sebagai asas dalam membuat keputusan oleh
Guru Besar. Oleh kerana sekolah ini merupakan sekolah yang melibatkan pelbagai kaum,
pemupukan semangat kerjasama dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain
amatlah ditekankan oleh Guru Besar.
Guru-guru telah diberikan peluang untuk memberikan pandangan dan cadangan-
cadangan semasa mesyuarat dijalankan. Keadaan ini membuktikan bahawa Guru Besar
mengamalkan sifat keterbukaan dan mengamalkan kepimpinan kolaboratif dalam membuat
keputusan. Kerja sepakat membawa berkat demikianlah penglibatan yang diperlihatkan oleh
kepimpinan sekolah, guru dan warga sekolah dalam menjayakan program ini.
Permuafakatan, perkongsian pintar ,kerjasama dan penglibatan yang menyeluruh
membolehkan program Permata Rimba dapat dilaksanakan dengan jayanya. Segala
kelemahan yang wujud telah ditangani dalam suasana harmoni dan saling hormat-
menghormati.
3.5 Stail Kepimpinan
Berdasarkan dapatan daripada beberapa sesi bersama Guru Besar yang dijalankan
sepanjang tempoh dua minggu melaksanakan program penandaarasan, saya mendapati Guru
Besar mempunyai gaya kepimpinan yang pelbagai yang mengikut situasi dan keadaan yang
di hadapi. Dalam aspek ini Guru Besar telah memperlihatkan kepimpinan beliau sebagai
pemimpin yang mengamalkan kepimpinan situasi. Mengikut teori kepimpinan situasi, gaya
dan kepimpinan pemimpin perlu dipadankan dengan situasi tertentu supaya prestasi
organisasi lebih berkesan dan pada masa yang sama memberi kepuasan kepada pihak yang
dipimpin (Hersey dan Blanchard, 1972). Guru Besar telah mempelbagaikan stail
kepimpinannya mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam
organisasi.
Guru Besar mempunyai penolong kanan Hal Ehwal murid, penolong kanan
Kurikulum dan Penolong Kanan Kokurikulum yang proaktif dan berkemahiran. Oleh itu
Guru Besar telah menggunakan pendekatan pengupayaan dan deligasi tugas yang bersifat
42
outonomi dan liberal terhadap mereka. Guru Besar mengamalkan pendekatan penglibatan
bersama (participating) apabila melibatkan guru-guru dalam membuat keputusan. Guru
Besar juga banyak memberikan dorongan dan galakan kepada guru-guru di samping
berkongsi idea dengan pengikut.
Bimbingan dan pemberitahuan (Telleng) diperlihatkan apabila Guru Besar memberi
bimbingan yang berterusan di samping memberi penjelasan dalam spesifikasi kerja atau
tugas secara spesifik seperti yang terkandung dalam kertas kerja program. Pemantauan dan
penilaian telah dideligasikan kepada penolong kanan Hal Ehwal Murid untuk memastikan
semua jawatankuasa dapat bergerak dalam melaksanakan tugas seperti yang diputuskan
dalam mesyuarat. Untuk meningkatkan motivasi dan dorongan kepada guru-guru, Guru
Besar telah memberi bimbingan, galakan dan dorongan berterusan (Selling) di samping
memberi penjelasan mengenai matlamat dan aspirasi sekolah di sebalik pelaksanaan
Program Permata Rimba ini.
Menurut Ibrahim Mamat (1993), gaya kepimpinan adalah berhubung dengan
pendekatan yang digunakan oleh sesorang pemimpin untuk mempengaruhi subordinatnya.
Pemimpin atau pengurus mempengaruhi pekerjanya dengan membuat keputusan untuk
subordinat dalam membuat keputusan atau memberi autoriti sepenuhnya untuk subordinat
membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Jelaslah bahawa pemimpin mempunyai
pelbagai alternatif untuk membuat keputusan. Oleh itu Guru Besar telah berjaya
memperlihatkan pelbagai gaya kepimpinan yang disesuaikan mengikut situasi. Gaya
kepimpinan yang sesuai ini dapat meningkatkan motivasi dan moral pekerja serta
mewujudkan persekitaran kerja yang positif dn proaktif.
Guru Besar turut memperlihatkan kepimpinannya sebagai pemimpin tranformasi dan
kepimpinan lestari (Sustainable Leadership). Kepimpinan tranformasi adalah kebolehan
pemimpin membentuk dan menterjemahkan motif dan matlamat dalam kalangan para
pengikut untuk mencapai perubahan yang signifikan melalui kepentingan dan tenaga
bersama secara kolektif (Bennis dan Nanus, 1985). Amalan Guru Besar juga menepati apa
yang dinyatakan oleh Bass (1985) iaitu memperlihatkan keupayaannya mengubah nilai
kepercayaan guru-guru untuk mengubah budaya organisasi. Dalam konteks ini Guru Besar
43
telah berjaya menunjukkan tingkahlaku yang mampu mengubah sikap guru-guru kepada
satu tahap yang lebih baik serta sentiasa memberi maklum balas yang sangat konstruktif
terhadap kehendak dan keperluan guru.
Menurut Carlson dan Perrewe (1985) seseorang Guru Besar perlu memperlihatkan
ciri-ciri pemimpin yang mempunyai wawasan, berkeyakinan diri, mempunyai kekuatan
dalaman untuk memperjuangkan apa yang dirasakan baik serta benar baginya dan bukannya
yang popular pada masa itu. Perkara ini dapat dibuktikan berlaku oleh kepimpinan di
sekolah ini di bawah pimpinan Pn. Maureen Chia Abdullah. Kesan kepimpinannya tidak
sahaja menyebabkan warga sekolah dapat memenuhi jangkaan prestasi tetapi dapat
melepasi prestasi yang dijangkakan. Dalam melaksanakan fungsi pengurusan kepimpinan,
Guru Besar turut memperlihatkan ciri-ciri seorang pengurus yang efektif. Sweeney, (1982)
menyatakan bahawa ada enam ciri kepimpinan Guru Besar yang berkait rapat dengan
kepimpinan pengajaran di sekolah . Ciri-ciri itu ialah ;
1.Memberi penekanan terhadap pencapaian pelajar dalam bidang akademik.
2.Menyusun dan menetapkan strategi pengajaran.
3.Menyedia dan membekalkan suasana yang kondusif di sekolah,
iaitu iklim sekolah.
4.Kerap menilai pencapaian akademik murid-murid.
5.Menyelaras program pengajaran.
6.Membantu dan memberi semangat kepada guru-guru.
Fungsi-fungsi pengurusan yang dilakukan oleh Guru Besar juga meliputi;
i)Merancang (Planning)
Proses merancang melibatkan satu proses penentuan hala tuju yang hendak dicapai
oleh sekolah yang memerlukan penentuan tentang apa, bila, di mana, sasaran, siapa dan
bagaimana program harus dikendalikan. Pihak sekolah telah mentakrifkan matlamat dan
objektif yang hendak dicapai, mengenal pasti sasaran atau KPI yang mahu dicapai serta
menyediakan strategi pelaksanaan agar program dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Mesyuarat jawatankuasa telah
44
diadakan dan digunakan sebagai wadah bagi menjelaskan tentang objektif dan
membincangkan bagaimana strategi pelaksanaan program dapat dilaksanakan oleh semua
ahli jawatankuasa.
Perancangan strategik sekolah yang disediakan juga dijadikan garis panduan oleh
pihak sekolah dalam merangka program ini, agar program yang dilaksanakan menepati
kumpulan sasaran. Kertas kerja program juga menyentuh mengenai rancangan operasi iaitu
menjelaskan langkah-langkah yang diperlukan dan sumber yang diperuntukkan untuk
melaksanakan program ini. Secara keseluruhannya saya amat berpuas hati untuk
menyatakan bahawa pihak sekolah telah berjaya memastikan program ini dapat
dilaksanakan mengikut proses perancangan yang teliti meliputi proses membuat unjuran,
penetapan objektif, penentuan strategi dan pelaksanaan program.
ii) Mengelola (Organizing)
Pengelolaan adalah melibatkan proses pembahagian tugas dan fungsi dalam
memastikan sesuatu program dapat dilaksanakan dengan berkesan. Dalam konteks ini
kepimpinan sekolah telah berjaya menentukan rangka kerja yang cekap menerusi proses
penentuan kerja atau pengagihan tugas yang seimbang dalam kalangan guru-guru. Guru-
guru telah diberikan peranan dan tugas tertentu lengkap dengan garis panduan bagaimana
mereka harus melaksanakan tugasan tersebut.
.
Pihak sekolah juga berjaya membuktikan bahawa proses pengelolaan Program
Permata Rimba ini, telah dijalankan dengan sistematik .Peruntukan kewangan yang
dinyatakan juga amat jelas dari segi sumber dan perbelanjaan yang digunakan.
iii) Memimpin (Leading)
Memimpin adalah satu proses yang dilakukan untuk memastikan sesuatu program
dilaksanakan hasil dari pengorganisasian sekumpulan manusia. Pihak sekolah mengambil
daya usaha menggerakkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengelolakan program Permata
Rimba ini. Guru Besar, penolong kanan Hal Ehwal Murid dan Jawatankuasa program telah
45
menjadi pendorong dan memberi garis panduan kepada guru serta memberi rangsangan bagi
memastikan komitmen guru dan penglibatan warga sekolah secara menyeluruh.
Bimbingan, latihan dan tunjuk ajar telah diberikan dari masa ke semasa sepanjang
berlangsungnya program ini. Dalam proses memimpin ini segala kerja-kerja atau tugas
telah diselaraskan dan segala kekeliruan atau konflik yang timbul telah ditangani secara
bijaksana. Guru Besar dan Penolong Kanan HEM mengamalkan amalan turun padang bagi
memastikan setiap perkembangan berada dalam pengetahuan mereka khususnya dalam
menentukan jangka waktu dan kos dipatuhi oleh guru-guru selaku pelaksana.
iv) Menyelia (Supervise)
Sebagai pengurus Guru Besar juga bertindak sebagai penyelia bagi memastikan
program ini dapat dijalankan mengikut jadual, cekap dari segi pengurusan kewangan dan
mencapai matlamat dan objektif yang ditetapkan. Bagi memenuhi keperluan ini pihak
sekolah telah menggunakan format pelaporan dalam Sistem Pengurusan Sekolah Kualiti
(SPSK). Mengikut kaedah SPSK segala dokumentasi program perlulah memenuhi piawai
yang ditetapkan tertutamannya dari segi proses, format pelaporan dan pematuhan terhadap
masa dan kos yang ditetapkan.
Proses penyeliaan program dilakukan oleh pihak sekolah terutamanya oleh Guru
Besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid menerusi pemerhatian dan menilai prestasi
setiap jawatankuasa sepanjang program ini berjalan. Penyeliaan yang dilakukan oleh pihak
sekolah ini penting untuk menentukan atau menjamin supaya tindakan setiap jawatankuasa
sentiasa terarah kepada pencapaian matlamat yang telah ditetapkan. Salah satu cara yang
digunakan oleh pihak sekolah dalam proses penyeliaan ini ialah mengadakan mesyuarat
khas sebelum program dilaksanakan. Setiap jawatankuasa diminta untuk melaporkan
sebarang perkembangan dan perubahan-perubahan yang dicadangkan sebagai
penambahbaikan sebelum program dilaksanakan.
46
v) Menilai (Evaluate)
Penilaian program telah dilakukan bermula dari peringkat awal perancangan
program, sebelum program,semasa program dijalankan dan selepas program dilaksanakan.
Tujuannya ialah untuk mengukur sejauh manakah program ini telah dilaksanakan mengikut
perancangan dan mencapai objektif yang disasarkan. Post Mortem diadakan untuk
mendapatkan maklum balas daripada guru-guru tentang keberkesanan, kekuatan dan
mengesan sebarang kelamahan program tersebut selepas program dilaksanakan. Dapatan
daripada post mortem akan dijadikan sebagai ukuran dan penambahbaikan dalam
melaksanakan program ini pada masa hadapan. Soal selidik keberkesanan program juga
telah disediakan dan diisi oleh semua peserta yang terlibat. Tujuannya ialah untuk mendapat
maklum balas dan cadangan daripada murid selaku peserta yang merupakan kumpulan
sasaran dalam Program Permata Rimba ini.
3.6 Pujian dan Pengiktirafan
Berdasarkan kepada hasil temu bual dengan penyelaras program ini, saya
dimaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan majlis khas penyampaian sijil
penghargaan dan penyertaan serta penyampaian hadiah juga Kupon KFC bernilai RM5.00
dan anugerah Bintang Permata Rimba kepada pemenang (peringkat penilaian program
Permata Rimba). Majlis diadakan sejurus selepas penilaian dan proses penjumlahan kupon
dan cop selesai dilakukan. Guru Besar sendiri yang telah menyampaikan hadiah dan sijil
kepada peserta yang terlibat.
Majlis telah disempurnakan dengan penuh tertib, di mana Guru Besar telah diberi
peluang untuk menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua guru
dan peserta yang telah berjaya melibatkan secara aktif dalam aktiviti Permata Rimba ini.
Dalam ucapannya Guru Besar telah mengucapkan tahniah kepada semua guru dan murid
yang telah memberikan sumbangan sama ada ada sebagai peserta, ahli jawatankuasa dan
atas kehadiran pada majlis berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap program yang talah
dijalankan.
47
Gambar Murid-murid yang telah menyerlahkan kejayaan akan dipamerkan pada
papan kenyataan Permata Rimba ini sekolah. Semua pengiktirafan yang diberikan ini
adalah ganjaran dan menjadi pendorong kepada murid-murid untuk lebih berusaha dalam
mempertingkatkan nilai sahsiah diri yang meliputi aspek kerohanian,sifat akhlak,sifat
intelek dan sifat fizikal . Semua tindakan ini menjelaskan bagaimanakah kepimpinan
sekolah meraikan dan menyambut kejayaan yang dicapai dalam melaksanakan dan impak
daripada program ini. Tindakan ini juga adalah bukti bahawa sumbangan individu dan
kumpulan diiktiraf oleh kepimpinan sekolah.
3.7 Tindak ikut.
Kepimpinan lestari dan penambahbaikan yang berterusan terhadap program
Permata Rimba adalah cara dan pendekatan yang digunakan oleh pihak sekolah untuk
memastikan kejayaan program ini dapat dikekalkan. Dapatan daripada pemantauan,
pemerhatian dan penilaian program telah dijadikan sebagai asas dalam menentukan apakah
kekuatan dan kelemahan program ini. Bertolak dari dapatan ini maka cadangan
penambahbaikkan akan dibuat untuk menyediakan kemenjadian pelajar yang cemerlang
unggul sahsiahnya dan cemerlang akademiknya dan menjadi bancmark sekolah ini.
Sebagai penambahbaikan pengurusan dokumentasi dan bahan –bahan cetakan untuk
program ini difailkan dengan kemas dan teliti. Hal ini, penting kerana program ini boleh
dijadikan rujukan untuk membantu sekolah-sekolah lain yang bermasalah. Bahan-bahan
seperti modul latihan, perlulah dijilid dan dijadikan sebagai bahan rujukan pelajar lain yang
tidak terlibat dalam projek ini di samping mengiktiraf hasil usaha guru yang berjaya
menghasilkan modul latihan yang baik. Rekod dokumentasi pelajar yang terlibat sebagai
mantee perlulah dibuat dengan teliti agar semua komentar dan cadangan pembaikan dapat
dimanfaat sepenuh oleh pelajar yang terlibat. Seterusnya,kos pelaksanaan projek perlulah
ditambah dan diperoleh daripada sumber-sumber lain selain daripada PIBG. Rasional
tambahan kos ini berdasarkan jumlah aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam projek permata
Rimba banyak dan tempoh pelaksanaan projek ini juga begitu lama, secara tidak langsung
memerlukan peruntuan kos yang lebih tinggi. Selain itu, persediaan kepada projek yang
akan datang perlu dibuat seawal yang mungkin. Jawatankuasa bertindak dan pelan tindakan
48
perlu dirancang dan disediakan lebih awal. Dengan cara ini, guru-guru akan sentiasa bersiap
sedia dan memastikan projek yang akan datang dapat diurus dengan lancar.
Kesimpulannya , hasil daripada penilitian dan temubual yang dibuat bersama-sama
Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dalam program ini secara langsung didapati
program ini amat baik untuk dijadikan sebagai projek contoh bagi guru-guru di SK.Taman
Rimba. Guru Besar sebagai pencetus idea kepada projek ini dilihat begitu komited untuk
memastikan projek ini berjaya. Jelas sekali, dari awal hingga akhir Guru Besar sendiri
sanggup terlibat sama secara sepenuhnya memantau pelaksanaan projek ini terutama dalam
mendapat sokongan guru-guru dan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.
Program ini akan saya jalankan di sekolah sandaran kelak, saya akan cuba
melaksanakannya dengan lebih terancang serta dengan sedikit pengubahsuaian bersesuaian
dengan latar belakang budaya sekolah yang berbeza.
49
BAB 4: REFLEKSI
Sepanjang dua minggu melakukan penandaarasan di SK Taman Rimba, saya
berpeluang untuk mengkaji lebih dekat mengenai amalan kepimpinan dan pengurusan yang
diamalkan oleh Guru Besar di sekolah ini. Saya juga dapat belajar bagaimana Guru Besar
dan pasukan pentadbiran sekolah ini menangani perubahan yang berlaku ke arah
pembentukan budaya sekolah, memahami proses membuat keputusan di samping
mempelajari bagaimana Guru besar menunjukkan komunikasi serta kemahiran
interpersonal dalam mewujudkan iklim organisasi sekolah yang harmoni.
Berdasarkan dapatan dari pemerhatian, tinjauan, semakan dokumen, sesi perbualan
dengan warga sekolah serta sesi perbincangan bersama Guru Besar dan pentadbir sekolah
(penolong-penolong kanan ) maka saya dapat mengenal pasti faktor-faktor yang didapati
amat penting dan penting dalam menentukan kejayaan terhadap program Permata Rimba
yang dipilih di sekolah penandaarasan;
1. Faktor kepimpinan.
Seorang pemimpin perlu disukai oleh orang bawahannya. Ciri-ciri mudah disukai
oleh orang bawahan adalah perkara penting kerana seseorang pemimpin itu hanya dapat
mempengaruhi mereka yang dipimpinnya supaya mengubah sikap, pemikiran dan tingkah
laku apabila mereka menyukai pemimpin. Ciri inilah yang ada pada Guru Besar sekolah ini.
Ciri disukai dan dikagumi ini memperlihatkan ciri-ciri pemimpin yang berkarisma telah
memudahkan usaha Guru Besar untuk merancang perubahan seterusnya menguruskan
perubahan tanpa banyak halangan kerana segala perubahan telah mendapat sokongan padu
warga sekolah. Kepimpinan beliau disokong pula oleh barisan orang bawahan yang amat
setia dan berkemahiran dalam bidang masing-masing. Kebijaksanaan beliau merancang
perubahan sistem pengurusan di sekolah secara bermuafakat dilihat satu kejayaan besar
yang dilakukan apabila barisan pemimpin bawahan ini berupaya menterjermahkan visi dan
misi sekolah dengan baik dan berkesan serta menjadi ‘penyokong’ kepada keberkesanan
program yang dilaksanakan.
50
2.Sumber Manusia
Sumber manusia seharusnya berkebolehan untuk melaksanakan tugas dengan cekap
dan berkesan serta membantu mencapai objektif organisasi secara keseluruhannya.
Sesebuah organisasi itu amat beruntung jika mempunyai tiga kategori kemahiran pada
sumber manusianya. Kategori kemahiran pertama ialah kemahiran teknikal. Kemahiran ini
berkait rapat dengan kemahiran menguasai ilmu terutama dalam kemahiran ICT dan lain-
lain kemahiran yang berkaitan. Kategori kemahiran yang kedua ialah kemahiran
interpersonal. Kemahiran interpersonal ini ialah kemahiran berinteraksi secara efektif
dengan persekitaran kerjanya. Kemahiran ini amat penting dalam sesebuah organisasi bagi
mengelakkan atau mengurangkan konflik . Kategori ketiga ialah, kemahiran menyelesaikan
masalah. Sesebuah organisasi amat memerlukan sumber manusianya yang mempunyai
kemahiran ini kerana kemahiran ini membantu setiap pekerja mencari jalan penyelesaian
secara strategik dalam masalah-masalah yang dihadapi dalam tugas masing-masing
seterusnya membuat keputusan dengan bijak. SK.Taman Rimba merupakan satu organisasi
yang mempunyai sumber manusia yang 90 peratus mempunyai ketiga-tiga kategori
kemahiran ini. Oleh itu, tugas Guru Besar untuk membentuk semangat kerja berpasukan
agak mudah di sekolah ini. Kebijaksanaan Guru Besar mengembelengkan kepakaran
sumber manusianya dengan bidang tugas yang tepat secara tidak langsung memudahkan
program yang dipilih dilaksanakan.
3. Iklim dan budaya sekolah
Sekolah yang berkesan perlu mempunyai budaya dan iklim pengurusan yang baik.
Setiap sekolah perlu membina budaya dan iklim yang bersesuaian dengan matlamat dan
persekitaran sekolah tersebut. SK.Taman Rimba membina budayanya berasaskan prinsip
pengurusan berkualiti.Salah satu daripada lapan prinsip pengurusan berkualiti yang
diamalkan ialah tumpuan kepada pelanggan. Seluruh organisasi sekolah perlu memahami
kehendak semasa dan masa depan pelanggan. Perkara yang penting ialah organisasi perlu
dapat melebihi ekspektasi pelanggan. Keupayaan untuk memenuhi ekspektasi pelanggan ini
dapat dilaksanakan dengan jayanya, hasil komitmen yang tinggi daripada seluruh keluarga
sekolah. Hal ini,dapat dilihat daripada perilaku guru-gurunya yang datang awal, mengajar
dengan semangat, tidak curi tulang tumpuan kepada kerja dan mutu kerja, menepati masa
51
dan paling utama meletakkan kepentingan organisasi mengatasi kepentingan peribadi.
Keadaan inilah yang menghasilkan kejayaan projek Permata Rimba. Guru-guru yang
mempunyai komitmen yang tinggi ini juga sentiasa dapat mematuhi dan menepati norma-
norma organisasi atau masyarakat terhadap sekolah ini.
Budaya dan iklim sekolah juga, amat menitikberatkan penambah baikan secara
berterusan. Usaha-usaha ini menjadi sebahagian daripada objektif sekolah ini. Oleh itu,
sebagai pemimpin organisasi, Guru Besar telah merancang dan mengambil tindakan
penambahbaikan secara berterusan ke atas sistem pengurusan kualitinya.Tindakan membuat
penambahbaikan pencapaian dengan peningkatan pelajar yang mencapai sasaran
kecemerlangan sahsiah, akademik dan kokurikulum.Guru-guru yang terlibat dalam program
ini penuh yakin dengan kejayaan program Permata Rimba. Mereka bersedia menerima
cabaran, mengambil risiko, dan melahirkan idea-idea baharu,unik dan kreatif .
4. Hubungan komuniti
Pemuafakatan yang wujud antara PIBG dengan pihak sekolah telah banyak
membantu usaha-usaha yang dilaksanakan untuk memacu kejayaan sekolah. Kerjasama ini
dapat dilihat dengan kegigihan pihak PIBG menghulurkan sokongan dalam bentuk
kewangan bagi menampung kos pelaksanaan pelbagai aktiviti di sekolah, termasuklah
program Permata Rimba. Kekuatan sokongan pihak PIBG ini secara tidak langsung
memudahkan pihak guru untuk mengendalikan pelbagai aktiviti apabila setiap aktiviti yang
dilaksanakan mendapat sokongan dan kebenaran daripada pihak ibu bapa. Bantuan sama
ada dari segi kewangan, sokonan moral mahupun khidmat nasihat dan perkongsian pintar
dengan PIBG sentiasa menjadikan SK.Taman Rimba sebuah organisasi yang berdaya saing
di peringkat daerah, negeri maupun kebangsaan. Guru Besar didapati telah berjaya
membina rangkaian hubungan komuniti yang kukuh serta saling berkejasama dengan cekap
dan berkesan.
52
5. Kemudahan fizikal sekolah
Kelebihan fizikal dan prasarana di SK.Taman Rimba sudah pasti memberi
kemudahan kepada pihak sekolah untuk merencanakan sesuatu bagi mencapai matlamatnya.
Kemudahan-kemudahan seperti bilik darjah, , kantin, dewan dan bilik guru secara tidak
langsung telah memudahkan kerja-kerja guru untuk merancang aktiviti. Guru Besar selaku
ketua organisasi dilihat berjaya menggunakan segala kemudahan sekolah ke tahap
maksimum demi mencapai visi dan misi sekolah.
6. Kerjasama dan Kerja Bersama-sama
Konsep kerjasama dan kerja bersama-sama telah dijadikan budaya di sekolah ini.
Semua guru telah menunjukkan kerjasama yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan
tanggunggjawab seperti yang telah ditetapkan dalam kertas kerja program. Dengan adanya
semangat berkerjasama ini semua jawatankuasa telah melaksanakan tanggungjawab
masing-masing dan ini memberi kesan terhadap keberkesanan dalam melaksanakan
program ini. Kerjasama yang dibina telah menjadi penghubung antara satu sama lain ke
arah menyatupadukan usaha sekolah supaya mencapai matlamat yang dikehendaki.
7. Kompetensi guru.
Kompetensi guru turut menyumbang kepada kejayaan pelaksanaan program
Permata Rimba. Kompetensi guru dalam konteks ini merujuk kepada pengetahuan,
kemahiran serta sikap guru sebagai faktor penyumbang kepada keberkesanan sekolah.
Pengetahuan yang dimaksudkan di sini ialah pengetahuan guru-guru bahawa kegiatan yang
menjurus kepada kecemerlangan sekolah dari pelbagai aspek adalah penting dan
kobusiness utama daripada proses pembelajaran di sekolah.
8.Hubungan di antara aspek teori dengan amalan pengurusan dan kepimpinan yang
dipamerkan.
Pemimpin mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk tahap
kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin akan menentukan arah tuju
53
masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi oleh para pemimpin ialah mencari
cara untuk mempengaruhi individu-individu yang dipimpinnya supaya menyokong visi,
misi dan strategi-strategi yang digubalnya itu. Menurut Bennis dan Nanus (1985), para
pemimpin adalah individu-individu yang membuat perkara-perkara yang betul saja.
Menurut Burns(1978), Ainon dan Abdullah (2003) , seseorang pemimpin itu telah
mengamalkan gaya kepimpinan transformasi apabila dia berjaya mengubah sikap individu-
individu yang dipimpinnya daripada sikap mengutamakan kepentingan peribadi diri sendiri
kepada mementingkan kelompok.Perubahan ini terjadi apabila mereka dengan sukarela
bekerja dan berjuang demi mencapai tujuan dan matlamat organisasi. En. Muhammad
Haizuan Rozali, Pendaftar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sebagai pembuka bicara
program Bicara Kepimpinan Pragmatis menyatakan “Kepimpinan Transformasi merupakan
kemampuan yang membolehkan pemimpin mengenali keperluan untuk berubah dengan
mencipta wawasan, membimbing perubahan dan melaksanakan perubahan dengan berkesan
seterusnya perubahan yang dibawa akan memberi kepuasan dan meningkatkan motivasi
dalam kalangan orang bawahannya” Hubungan di antara aspek teori dengan amalan
pengurusan dan kepimpinan yang dipamerkan Pemimpin mempunyai peranan yang sangat
besar dalam membentuk tahap kecemerlangan organisasi yang dipimpinnya. Para pemimpin
akan menentukan arah tuju masa depan organisasinya. Cabaran utama yang dihadapi oleh
para pemimpin ialah mencari cara untuk mempengaruhi individu-individu.
Iklim sekolah dibina dalam bentuk yang lebih ‘terbuka’ dan mengutamakan budaya
inovatif. Sifat keterbukaan beliau banyak membantu beliau mendapatkan sokongan daripada
warga sekolah malahan komuniti luar, beliau menggunakan teknik nasihat dan
mengamalkan pengurusan berkesan dalam kepimpinannya. Amalan-amalan yang murni
sentiasa dijalankan dan sekolah ini mengamalkan kekeluargaan yang mesra pada semua
peringkat. Beliau menggunakan kuasa, budi bicara, pertimbangan dan perhatian kepada
ketepatan membuat keputusan. Keperibadian beliau yang sentiasa bersikap terbuka,
bersedia mendengar pandangan dan tidak bersikap defensif amat disenangi oleh orang
bawahannya. Perundingan biasanya dilakukan dengan penuh hemah, berdiplomasi dan
dilakukan dalam suasana harmonis. Pembudayaan identiti pemimpin serta iklim sekolah
telah melonjakkan nama SK.Taman Rimba sebagai sebuah sekolah yang mempunyai
karekter dan kehebatan tersendiri.
54
Sebagai pemimpin transformasi beliau juga berjaya meningkatkan kepercayaan
semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah. Semua perkara sama ada semasa susah
atau senang dikongsi bersama. Rasa kekitaan diwujudkan dalam setiap warga sekolah
sehingga jika berlaku sebarang isu, maka isu tersebut adalah dianggap sebagai isu bersama.
Matlamat dan wawasan untuk bangkit kembali dibina dengan kukuh dalam setiap warga
sekolah.
Beliau juga telah berjaya menjana perubahan dalam kebanyakan aspek pengurusan
di sekolah. Dalam aspek pentadbiran beberapa jawatankuasa dibuat penambahbaikan seperti
jawatankuasa peperiksaan yang lebih kemas dan mantap. Bilik-bilik operasi atau gerakan
demi kemudahan dan keselesaan guru untuk bekerja diwujudkan. Antaranya bilik gerakan
peperiksaan, bilik kaunseling, pengelompokkan bilik guru serta bilik-bilik penolong kanan.
Perubahan struktur dan peraturan-peraturan pengurusan dilaksanakan. Pelajar-
pelajar dijanakan dengan konsep penyayang dan kebertanggungjawaban. Seterusnya dalam
bidang kurikulum, pengubahsuaian program-program kecemerlangan pelajar diberi
keutamaan. Kesedaran beliau yang tinggi terhadap kehendak stik holder, telah mencetuskan
idea-idea yang lebih kreatif dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar.
Selain itu, beliau juga dihormati oleh semua warga sekolah termasuk ibu bapa pelajar.
Beliau juga merupakan seorang pemimpin instruksional. Menurut Menurut Hallinger &
Murphy (1985), kepimpinan instruksional adalah sebarang aktiviti yang dilaksanakan oleh
pentadbir sekolah bagi meningkatkan kejayaan proses pembelajaran dan pengajaran serta
pembangunan sekolah. Sebagai pentadbir, Pn.Maureen Chia Abdullah amat mengambil
berat akan pencapaian akademik pelajar dengan melindungi waktu pengajaran,
mengintergrasikan kurikulum memperkukuhkan bahasa Inggeris dalam kalangan
pelajar,memantau kemajuan pelajar, memastikan matlamat sekolah untuk menjadi Sekolah
yang cemerlang dihayati oleh semua warga sekolah. Jelaslah beliau juga, berusaha untuk
memberi insentif kepada guru dengan pelbagai cara seperti seperti kelayakan mendapat
‘new deal’ , selain mengadakan pembanguanan profesional staf dan guru.
55
Cadangan Penambahbaikan
Ruang penambahbaikan / pengubahsuaian yang perlu dilakukan jika projek ingin dijalankan
di sekolah sandaran nanti Pada pendapat saya beberapa penambahbaikan yang perlu
dilaksanakan jika projek ini dilaksanakan di sekolah sandaran kelak ialah:
a. Sasaran pelajar yang dipilih
b. Prosedur pelaksanaan
c. Bahan modul yang sesuai.
d. Tempoh pelaksanaan
e. Cara penilaian dan pemantauan
f. Kos.
Projek Permata Rimba merupakan projek yang dirancang untuk pelajar yang
mempunyai latar belakang,sosiobudaya dan ekonomi juga faktor luaran yang lain. Situasi
ini mungkin agak berbeza dengan situasi di sekolah sandaran kelak, kerana sekolah tersebut
bukan sekolah yang memliki kemudahan yang banyak,latar belakang pembelajaran
keluarga,sosioekonomi dan faktor yang lain .Prosedur pelaksanaan juga akan diubahsuai
iaitu bersesuaian dengan lokasi dan iklim sekolah.
Bentuk pemantauan pula masih mengikut model yang dibuat di sekolah
penandaarasan yang menggunakan fail peribadi pelajar.Dari segi kos pula, cadangan untuk
mendapatkan peruntukan daripada sumber-sumber yang pelbagai akan dibuat selain
daripada peruntukan PIBG. Sumber-sumber kewangan yang disenaraikan untuk membantu
projek ini termasuklah sumbangan pendidikan, sumbangan individu, sumbangan peruntukan
kaunseling (motivasi), dan lain –lain sumber yang dirasakan boleh membantu. Penambahan
aktiviti yang akan dilaksanakan masih menggunakan model aktiviti sekolah penandaarasan
dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kemampuan tenaga pengajar, masa yang
ada,dan fizikal serta latar belakang sekolah.
56
Pengajaran Pengurusan dan Kepimpinan
Kejayaan sesebuah sekolah sering dikaitkan dengan kewibawaan pengurusan dan
kepimpinan Guru Besar yang menerajui sekolah tersebut. Masyarakat umum sering
menganggap Guru Besarlah yang memainkan peranan utama dalam menentukan jatuh
bangunnya sesebuah sekolah tanpa dikaitkan dengan persekitaran dan sosio-budaya
masyarakat setempat. Walaupun terdapat banyak elemen yang berkaitan dengan
perkembangan pendidikan namun tugas dan tanggungjawab seorang Guru Besar dalam
mencapai matlamat itulah yang sering diutamakan.
Sebagai ketua dalam organisasi, Guru Besar bertanggungjawab memastikan
sekolahnya mempunyai iklim yang kondusif agar dapat memberikan impak positif terhadap
proses pengajaran dan pembelajaran serta melaksanakan pengurusan yang cekap yang sihat
selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bertujuan agar warga sekolah dapat
melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan. Walau bagaimanapun keupayaan
Guru Besar ini berkait rapat dengan stail kepimpinan yang diamalkan. Berpandukan
penulisan, saya telah mengenalpasti beberapa gaya kepimpinan yang telah diamalkan oleh
Guru Besar. Daripada pelbagai gaya yang dipraktiskan sekiranya saya menjadi seorang
pemimpin sekolah saya akan mengamalkan ciri-ciri kepimpinan transformasi dan
instruksional dalam beberapa perkara seperti penetapan matlamat proram atau projek,
penyeliaan program, penilaian dan pembangunan staf.
Penetapan misi dan visi merupakan antara cabaran yang paling besar dalam arus
pendidikan yang kain mencabar. Justeru itu sebagai seorang pemimpin saya perlu
melibatkan penyertaan guru, ibubapa, murid dan pihak lain dalam usaha membina visi
(James & Balasandra, 2009). Dalam keadaan ini sebagai seorang pemimpin yang
berkarisma, saya harus mempunyai keberanian menghadapi kehendak pihak-pihak yang
berkepentingan agar misi dan visi yang ditetapkan dapat direalisasikan. Sifat karisma
sebagai pemimpin secara tidak langsung dapat mengawal gangguan daripada barisan
pemimpin bawahan yang tidak sehaluan.
Selain daripada itu, dalam proses penilaian program sebagai seorang pemimpin,saya
harus bijak menjelaskan keadaan sebenar kepada guru dan staf berkaitan proses-proses
57
tersebut. Dimensi bertimbangrasa terhadap setiap individu perlu diamalkan aga rtidak
timbul rasa tidak puas hati dalam kalangan guru berkaitan konsep penilaian oleh Guru
Besar. Pemimpin yang gagal memperjelas konsep sebenar, tidak telus akan cenderung
membawa kepada tanggapan negatif. Penjelasan secukupnya berkaitan perkara ini juga akan
mengelak kepada wujudnya ‘kroni’ dan ‘bukan kroni’ (Bios).
Penyeliaan merupakan kaedah terpenting bagi meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah (Hallinger, 2007). Dalam hal ini pemimpin di sekolah
khususnya Guru Besar perlu sama-sama mempelajari, memahami dan mengamalkan konsep
dan teori-teori penyeliaan (Samsudin & Kamarul, 2011). Dimensi simulasi intelektual yang
disarankan dalam kepimpinan transformasi perlu diadaptasikan agar peranan sebagai
pemimpin tidak pincang dalam penguasaan kapasiti ilmu.
Kesediaan Guru Besar untuk meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan juga
dapat membantu Guru Besar dalam melakukan penyeliaan pengajaran secara lebih
berkesan di dalam kelas. Malahan ilmu penyeliaan ini dapat diaplikasikan dalam memantau
program atau projek yang dilaksanakan di sekolah. Melalui kaedah ini dapat mengelak
daripada rasa tidak puas hati atau mewujudkan salah faham dalam kalangan guru jika diberi
teguran.
Dalam sesebuah organisasi, seperti sekolah kebiasaannya wujud golongan yang
tidak begitu ‘senang’ dengan pihak atasan khususnya Guru Besar. Golongan ini berpotensi
mewujudkan krisis dan akhirnya menyebabkan matlamat sekolah untuk cemerlang gagal
dicapai. Sebagai seorang pemimpin yang berwawasan saya perlu menyesuaikan amalan
kepimpinan selaras dengan keadaan sekolah dan kelompok sasaran (Ayob, 2007).
Dimensi motivasi inspirasi perlu aplikasikan khusus untuk memotivasikan staf yang
tidak bermotivasi dengan mengadakan program-program perkembangan staf dan
mengiktiraf penglibatan mereka dalam setiap program sekolah tanpa mengira hierarki
bidang tugas. Di samping itu satu perkara yang tidak kurang pentingnya ialah Guru Besar
mesti mengamalkan komunikasi berkesan untuk mengubah tingkah laku, minat dan
kerjasama ke arah peningkatan prestasi akademik dan ko kurikulum di sekolah.
58
BAB 5: RUMUSAN
Kita maklum bahawa setiap sesuatu perubahan atau program yang kita lakukan itu
tidak semestinya terus menampakkan hasil, namun begitu kita tidak akan berubah jika kita
bermula. Kejayaan sesuatu program atau projek bergantung kepada kreadibiliti seseorang
Guru Besar untuk mengupayakan sumber yang ada di sekolah. Dalam hal ini pemimpin itu
perlu membentuk pasukan yang boleh bekerja bersama-sama untuk memastikan visi dan
misi sekolah tercapai. Persekitaran dan iklim yang kondusif serta sokongan daripada
komuniti luar turut memainkan peranan penting dalam memastikan usaha tersebut menjadi
kenyataan. Namun demikian tunggak utama kejayaan sekolah adalah hasil daripada
keberkesanan kepemimpinan Guru Besar.
“Sekolah baik atau sekolah lemah? Daripada pengalaman sebagai wartawan,
saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dengan pentadbir yang lemah,
atau sekolah yang lemah dengan pentadbir yang baik. Saya telah melihat
sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah yang berjaya dan
kesalnya sekolah yang unggul merosot dengan cepat. Dalam setiap kes,
jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah dapat dikaitkan dengan
kualiti pentadbirnya”.
( Fred M. Hechinger -Presiden New York Times)
Berdasarkan laporan penandaraarasan, menunjukkan bahawa Guru Besar SK.Taman
Rimba mengamalkan pelbagai gaya kepimpinan mengikut keadaan organisasinya sama ada
guru-guru,staf sokongan atau pelajar. Stail atau gaya kepimpinan tersebut ialah Kepimpinan
Transformasi, Kepimpinan Partisipatif, Kepimpinan Situasi dan Kepimpina Instruksional.
Gaya-gaya kepimpinan ini telah diamalkan oleh Guru Besar dalam merancang dan
melaksanakan projek Permata Rimba.
Pengurusan dan kepimpinan adalah dua perkara berbeza namun dalam memastikan
program dapat dijalankan dengan berkesan dan dalam memastikan organisasi dapat ditadbir
dengan cekap, kedua-duanya perlu ada untuk disebatikan dalam amalan dan tindakan
seluruh organisasi sekolah. Guru Besar sebagai pengurusan pada heirarki yang tertinggi
perlulah mendahului dalam semua perkara. Tindakan Guru Besar merupakan inspirasi
59
kepada guru-guru dan murid-murid. Cabaran yang dihadapi oleh Guru besar selaku
kepimpinan tertinggi di sekolah ialah melahirkan seramai mungkin murid yang mempunyai
kemenjadian sebagai modal insan yang menghayati nila dan mencapai kecemerlangan dan
kejayaan dalam aspek akedemik,kokurikulum dan sahsiah yang dapat dicontohi.
60
BIBLIOGRAFI
Kementerian Pelajaran Malaysia (1992). Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin Hj Kachar(1989). Kepimpinan profesional dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
Teks Publishing Sdn. Bhd.
Ayob Jantan. (2007). Pengetua sekolah yang efektif. PTS Professional Publishing Sdn
Bhd: Kuala Lumpur.
Shamsudin Mohamad & Kamarul Azmi Jasmi. (2011). Penyeliaan guru dalam
pengajaran dan pembelajaran. UTM Press : Johor
Busher, H. (2006). Understanding educational leadership: People, power and culture.
Open University Press.McGraw-Hill House : England.
James, A.J.E & Balasandran. R. (2009). Kepimpinan instruksional: Satu panduan
praktikal. PTS Professional Publishing Sdn Bhd: Kuala Lumpur.
Kamarudin Hj Kachar(1989). Kepimpinan profesional dalam pendidikan. Kuala Lumpur:
Teks Publishing Sdn. Bhd.
Hoy, W.K. & Miskel, C.G. (2001). Education administration : Theory, research
and practice. New York: Random House.
Jazzar, & Algozzine, B. (2007). Key to successful 21st century: Educational
Leadership.Pearson Education Inc.: USA
61
BIODATA PN.MAUREEN CHIA ABDULLAH
GURU BESAR SK.TAMAN RIMBA SANDAKAN SABAH
Sejarah Perkhidmatan,
BIL
TEMPAT BERKHIDMAT JAWATAN
TARIKH MULA
1 SMK PAMOL GURU B.INGERIS DAN MATEMATIK 1987-1990
2 SMK ELOPURA BESTARI GURU B.INGGERIS DAN MATEMATIK 1991-1997
3 SK.SUNGAI ANIB 1 PEN.KANAN HEM 1997-1998
4 SK.TAMAN RIMBA GURU BESAR 1998-KINI
62
Nama:
PUAN MAUREEN CHIA ABDULLAH
Jawatan / Gred Perjawatan:
GURU BESAR DG44
Kelulusan Akademik:
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN TEST
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (2002)
Kelulusan Ikhtisas:
MAKTAB PERGURUAN SANDAKAN
PENGAJIAN INGGERIS (1986)
Negeri kelahiran:
SANDAKAN SABAH
LAMPIRAN 1
BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH
63
PN.MAUREEN CHIA ABDULLA
(GURU BESAR DG44)
PN.JENNIER BINTI ALI
(PEN.KANAN PENTADBIRAN DGA32)
PN.FARIDAH BINTI BIDIN
(PEN.KANAN HEM DG41)
PN.MARIA BINTI ABDULLAH
(PEN.KANAN KO-KURIKULUM DGA32)
LAMPIRAN 2
KEMUDAHAN ASAS SK.TAMAN RIMBA SANDAKAN
Pusat Sumber Sekolah
64
BANGUNAN SEKOLAH BLOK A,B DAN C
LAMPIRAN 3
65
CYBER RIMBA
KOPERASI SEKOLAH MAKMAL SAINS
BILIK PENTADBIRAN DAN BILIK
66
SURAU
JAWATANKUASA PIBG SEKOLAH 2013
PENAUNG: PEGAWAI PELAJARAN DAERAH SANDAKAN
PENASIHAT: PN.MAUREEN CHIA ABDULLA
YANG DIPERTUA PIBG: EN.BAKAR BIN OSMAN(PK HEM SMK SEGALIUD)
TIM.YANG DIPERTUA PIBG: EN.DIN MOHD NOR (PEGAWAI POLIS)
SETIUSAHA KEHORMAT: EN.FAZEER BIN MUHADDAM (GURU SKTR)
PEN.SETIAUSAHA
KEHORMAT: EN. KHOMEINI MEOR SHAARI (GURU SKTR)
BENDAHARI PIBG
KEHORMAT: PN.WONG E-YIN (GURU SKTR)
PEN.BENDAHARI
PIBG KEHORMAT: CIK.MAHARNAH MOONG (GURU SKTR)
BENDAHARI
DANA KOMPUTER: PN.RUBIAH ADUN@HAMZASIN (GSKTR)
BENDAHARI
DANA KAFA: PN.JULIFAH BINTI ALILMATRAN (GSKTR)
AJK: 1.EN.KU SUHAIRI BIN MOHD TARMIZI (PEG.LKIM)
2.EN.ISHAK YUSUF BIN APOK
3.EN.JAFRUDDIN BIN HJ.JAAFAR (PEG.AKAUNTAN)
4.EN.RANEH BIN HJ.BAYAT (PESARA GURU)
5.EN.HAMZAH BIN KARUPUT
6.PN.AMNAH BINTI BUSSANEE
67
LAMPIRAN 4
7.PN.JULIA BINTI MARINGAN
8.PN.VALERIA BINTI LINGGOK (PEG.PERHUTANAN)
JURU AUDIT DALAMAN: 1.EN.MOHD SHARI BIN BABA (PEG.PENILAIAN LHDN)PEMEGANG HARTA: 1.EN.MOHD SOFFIAN BIN ETING (PEG.MAMPU)
2.PN.MASTURAH BINTI AMIR ( KERANI AKAUN SEKOLAH )
68
SENARAI NAMA GURU DAN STAF SOKONGAN SK TAMAN RIMBA 2013
BIL NAMA GURU JAWATAN DAN GRED
1 PN.MAUREEN CHIA ABDULLA GURU BESAR DG44
2 PN.JENNIER BINTI ALI (PK 1) PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMADGA32
3 PN.FARIDAH BINTI BIDIN (PK HEM) PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
4 PN.MARI A BINTI ABDULLAH (PK KOKUM)
PEG.PERKH.PEND. LEPASANDIPLOMADGA32
5 PN.ANG SIM LIN@BELINDA PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG44
6 CIK.YEOH SHUH YUAN PEG.PERKH.PEND .SISWAZAH DG44
7 CIK.WEE LAY YEING PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
8 PN.NOOR AZLIDA AWANG @ MAT SALLEH
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
9 PN.NORHIDAYAH BINTI MASIRAN PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
10 PN.SYAIRULATINI BINI ABD.GHANI PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
11 PN.NORHASLINDAH BINTI MAT RIPIN PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
12 PN.NORAINI BINTI BAHTIAR PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
13 EN.MOHD ZULHISYAM BINTI MD RASDI PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
14 PN.FARA NISA BINTI MASRI PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
15 PN.AISYAH BINTI MOHD ALI PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
16 EN.FAZEER BIN MUHADDAM PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
17 PN.MASYAFARIZAN NORIZHA IBRAHIM PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
18 PN.RUSNI BINTI AWANG PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
19 EN.DINOAMZI BIN ALBERT PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
20 PN.CHIA SHUI YUN PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
21 PN.WONG E-YIN PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
22 PN.NURLIAH BINTI ARSAT PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
23 PN.RUBIAH ADUN@HAMZASIN PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
24 CIK.LIEW CAI FOONG PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
69
LAMPIRAN 5
25 EN.MOHAMMAD KHOMEINI BIN MEOR SHAARI
PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
26 PN.HASNUL KARIMAH BINTI JONGGANG PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
27 PN.RITA BINTI LANSAU PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
28 PN.JUSTINA@FUNG SAT TING PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
29 CIK.MAHARNAH MOONG PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
30 PN.JUHANAH BINTI KENTED PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
31 PN.JALEHA BINTI MOHAMAD PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DG41
32 EN.ISMAIL BIN MUSTAFA PEG.PERKH.PEND. SISWAZAH DC41
33 PN.AZIZAH BINTI DULLAH PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
34 PN.ASLLYN BIN BENJAMIN PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
35 PN.ROSNAH BINTI ALPAH PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
36 PN.KEE SABARIAH KEE ABDULLAH PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
37 PN.CRISTINA ASOMO @ NURUL ATIQAH PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
38 PN.CHANG KAI ENG PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
39 PN.MARIAH BINTI LIMAH PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
40 PN.JULIFAH ALILMATRAN PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
41 PN.KARTINI BINTI ABDUL RASAD PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
41 CIK.SUZIYATI BINTI MUTALIP PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
42 PN.MIMI YONG MENG MEE PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
43 PN.JUNAIMA BINTI SALIDIN PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA32
44 PN.MAHAYUN@KHADZIAH RANEH PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
45 PN.NURAMALIA BINTI MOHD LADIN PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
46 EN.ABD.RAHIM BIN AMIR PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
47 EN.MOHD HAZRULHAMIZAN BIN HARRIS PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
48 PN.MARINA BINTI ISMAIL PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
49 PN.SITI SUHANA BINTI ALIDIN PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
50 PN.SITISUHANA BINTI ALIDIN PEG.PERKH.PEND.LEPASAN DIPLOMA DGA29
70
SENARAI KAKITANGAN SOKONGAN SK.TAMAN RIMBA SANDAKAN
BIL NAMA KTBM GRED
1 PN.SAENAH BINTI MOHD NOH @ S M NOOH PEMBANTU TADBIR N22
2 PN.MAISARI BINTI SUHAILI PEMBANTU TADBIR N17
3 PN.SARIBANUN BIN TUMIN PEMBANTU TADBIR N17
4 EN.MOHD YUSOF BIN ABDUL RAZAK JURU TEKNIK KOMPUTER FT17
5 PN.MASJIAH BINTI ARDE PEMBANTU PENGURUS MURID N17
6 PN.MASDIANAH BINTI DAMSAH PEMBANTGU PENGURUS MURID N17
7 CIK JAIMA BINTI KULA PEMANTU AM PEJABAT
71
PANORAMA SEKOLAH
72
LAMPIRAN 6
73
74
LAMPIRAN 7
75
76
77
78
PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN KEPADA PELAJAR
ADALAH KEMUNCAK PROGRAM PERMATA RIMBA
79
LAMPIRAN 8
80
81
82
83