Post on 23-Jan-2021
Laporan Pemerhatian
Pilihan Raya Umum Negeri
Sabah Kali Ke-16
12 Oktober 2020
Disediakan oleh:
1. Latar belakang pilihan raya
Pilihan Raya Umum Negeri Sabah (PRN Sabah) kali ke-16 telah diadakan secara mengejut
apabila pada 29 Julai 2020, ADUN Sungai Sibuga Datuk Seri Panglima Musa Aman yang juga
mantan Ketua Menteri Sabah mengumumkan bahawa beliau mendapat sokongan majoriti
mudah untuk membentuk kerajaan negeri dan menjadi Ketua Menteri Sabah yang baharu.
14 orang ADUN daripada Warisan Plus telah menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk
Seri Panglima Shafie Apdal dan menyokong Musa Aman. Susulan kehilangan majoriti
sokongan, Shafie telah menghadap Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin bagi
membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sekaligus memberi laluan kepada
pilihan raya baharu diadakan di negeri di bawah bayu ini.
DUN Sabah telah terbubar pada 30 Julai 20201 dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah
mengumumkan tarikh penamaan calon2 PRN Sabah pada 12 September 2020 dan hari
pengundian pada 26 September 2020. Pihak Musa Aman beberapa kali cuba untuk
menghentikan pilihan raya ini di mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan, namun
permohonan itu telah ditolak.
PRN Sabah 16 juga merupakan pilihan raya peringkat negeri yang pertama setelah berlakunya
pandemik Covid-19 dan pilihan raya negeri yang pertama dijalankan semasa Perintah Kawalan
Pergerakan masih berkuasa.
2. Pasukan Pemerhati/Pemantau BERSIH 2.0
BERSIH 2.0 telah menghantar 26 pemerhati pilihan raya yang berdaftar sebagai Pemerhati
SPR di lapangan serta 7 pemerhati atas talian (online) yang terdiri daripada urusetia dan
sukarelawan BERSIH 2.0 untuk menjalankan pemerhatian dalam PRN Sabah kali ini.
Pemerhati BERSIH 2.0 telah berjaya memantau di 33 DUN dan termasuk pemerhatian atas
talian di 9 DUN:
Bil Dewan Undangan Negeri (DUN)
1. N.1 Banggi
2. N.12 Sulaman
3. N.13 Pantai Dalit
4. N.14 Tamparuli
5. N.16 Karambunai
6. N.17 Darau
7. N.18 Inanam
8. N.19 Likas
9. N.20 Api-Api
10. N.22 Tanjung Aru
11. N.23 Petagas
1 https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/716316/dun-sabah-bubar-hari-ini 2 Kenyataan media SPR- https://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM%20BIL%2052%202020%20Kenyataan%20Media%20Maklum%20Hari%20Penamaan%20Calon.pdf
12. N.24 Tanjung Keramat
13. N.25 Kapayan
14. N.26 Moyog
15. N32. Klias
16. N.33 Kuala Penyu
17. N.36 Kundasang
18. N.38 Paginatan
19. N.37 Karanaan
20. N.40 Bingkor
21. N.50 Gum-Gum
22. N.51 Sungai Manila
23. N.52 Sungai Sibuga
24. N.53 Sekong
25. N.54 Karamunting
26. N.55 Elopura
27. N.56 Tanjung Papat
28. N.65 Senallang
29. N.69 Sri Tanjung
30. N.68 Apas
31. N.69 Sri Tanjung
32. N.70 Kukusan
33. N. 72 Merotai
BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian bagi:
a) Penamaan calon
b) Kempen pilihan raya
c) Pengundian awal
d) Pengundian dan pengiraan undi biasa
e) Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi
3. Kesalahan Pilihan Raya
BERSIH 2.0 memberi fokus kepada pemantauan salah laku dan kesalahan pilihan raya
sepanjang tempoh PRN Sabah termasuk sebelum hari penamaan calon, hari penamaan calon,
sepanjang tempoh berkempen dan hari mengundi.
Terdapat 8 perkara salah laku dan kesalahan pilihan raya yang dipantau oleh BERSIH 2.0:
1. Rasuah dan beli undi
2. Penjamuan dan pemberian hadiah
3. Tekanan tidak wajar dan Pengaruh tidak wajar kerajaan
4. Penggunaan sumber dan aset kerajaan
5. Kempen perkauman
6. Kelakuan berat sebelah pegawai awam
7. Kesalahan pada hari pengundian
8. Masalah daftar pemilih, undi pos dan masalah hari pengundian
Bersih 2.0 telah mencatatkan 59 laporan yang berkaitan dengan salah laku dan kesalahan
pilihan raya. Laporan kes-kes yang disenaraikan ini adalah kes yang dapat diperhatikan dan
direkodkan oleh Pemerhati Bersih 2.0 di 25 kawasan-kawasan DUN yang dipantau sahaja.
Jumlah laporan kes-kes ini tidak mencerminkan dengan sepenuhnya dan secara menyeluruh
kesalahan-kesalahan pilihan raya yang berlaku di dalam PRN Sabah kali ini kerana kawasan
yang dipantau adalah terhad dan mungkin lebih banyak kes-kes yang tidak dapat dipantau
dan dilaporkan.
Pecahan laporan kes mengikut kategori dan parti politik adalah seperti berikut:
Jenis Kesalahan Warisan Plus
Gabungan Rakyat Sabah
Parti lain dan calon bebas
Lain-lain
Jumlah
Rasuah dan beli undi 7 7 2 - 16
Penjamuan dan pemberian
6 4 7 - 17
Merosakkan bahan kempen
- - - 2 2
Penggunaan aset dan sumber kerajaan
7 5 - - 12
Kesalahan pada hari pengundian
2 2 2 1 7
Masalah daftar pemilih, undi pos, dan masalah hari pengundian
- - - 5 5
Jumlah keseluruhan 22 18 11 8 59
4. Proses Pemerhatian
A. Proses Penamaan Calon
Pemerhati Bersih 2.0 telah membuat pemerhatian di pusat penamaan calon di 17 DUN seluruh
Sabah. Pusat-pusat penamaan calon yang diperhatikan adalah:
Bil DUN Tempat
1 N.12 Sulaman: Dewan Seri Sulaman, Tuaran
2 N.13 Pantai Dalit: Dewan Kinabalu, Pusat Latihan Rela, Tuaran
3 N.14 Tamparuli: Dewan Tun Hamdan, Tamparuli
4 N.16 Karambunai: Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu
5 N.19 Likas: Dewan Maksak Kota Kinabalu
6 N.20 Api-Api Wisma Wanita, Kota Kinabalu
7 N.25 Kapayan Bilik Bicara, Bangunan Mahkamah Anak Negeri, Penampang
8 N.26 Moyog Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang
9. N.50 Gum-Gum
Dewan Serba Guna Libaran 10. N.51 Sungai Manila
11. N.52 Sungai Sibuga
12. N.53 Sekong Auditorium Pejabat Perhutanan Sabah, Sandakan
13. N.54 Karamunting Dewan Jati Ibu Pejabat Perhutanan Sabah, Sandakan
14. N.55 Elopura Dewan Masyarakat Sandakan
15. N.69 Sri Tanjung Dewan Masyarakat Tawau
16. N.70 Kukusan Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Tawau
17. N.72 Merotai Dewan Tun Ahmadshah, Kolej Vokasional Tawau
Proses penamaan calon pada PRN kali ini berlangsung dalam tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan Pemulihan (PKPP). Oleh hal yang demikian SPR telah membuat beberapa had3
iaitu hanya calon, penyokong dan pencadang yang boleh memasuki dewan penamaan calon
serta para penyokong calon tidak dibenarkan berkumpul di mana-mana tempat sepanjang
tempoh penamaan berlangsung.
Walaubagaimanapun, masih terdapat kes-kes di mana penyokong-penyokong calon masih
berkumpul di luar pusat penamaan calon, seperti di luar Dewan Seri Sulaman di Tuaran dan
Dewan Tun Ahmadshah Di Kolej Vokasional Tawau. Perhimpunan Seperti Ini Tidak Disuraikan
Oleh Pasukan Penguatkuasa Pilihan Raya (PP-KPR).
Juga terdapat pusat penamaan calon yang menyediakan khemah untuk para penyokong calon
di dalam pagar pusat penamaan. Ini berlaku di beberapa tempat antaranya di Wisma Wanita
Kota Kinabalu, Dewan Seri Sulaman Tuaran dan Dewan Masyarakat Tawau.
Khemah penyokong di Wisma Wanita, Kota
Kinabalu
Penyokong calon masih dibenarkan berkumpul di
luar Dewan Seri Sulaman, Tuaran
3 Kenyataan media SPR
https://www.spr.gov.my/sites/default/files/KM%20BIL%2052%202020%20Kenyataan%20Media%20Maklum%20Hari%20Penamaan%20Calon.pdf
Penyokong berkumpul di luar Dewan Tun Ahmadshah,
Kolej Vokasional Tawau
Namun proses penamaan calon tetap berjalan dengan lancar dan teratur. Tidak ada insiden
yang tidak diingini berlaku dan SPR menjalankan proses penamaan calon dengan baik serta
profesional.
B. Kempen Pilihan Raya
Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah menjalankan pemerhatian terhadap aktiviti-aktiviti
kempen pilihan raya. Semua salah laku dan kesalahan pilihan raya sebelum dan semasa
pilihan raya telah didokumentasikan.
Warisan Plus
Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah membuat 22 laporan pemerhatian salah laku dan
kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen yang melibatkan Warisan Plus
(Warisan/DAP/Keadilan/Amanah/UPKO).
a. Rasuah dan beli undi
1. Pada 4 September, bekas Menteri Pertanian dan Industri Makan Negeri Sabah, Junz Wong
telah membuat satu kiriman Facebook bahawa sekiranya Parti Warisan menang di Sabah maka
beliau akan membina rumah sarang burung walit kepada keluarga Veveonah di Pitas.4
2. Pada 24 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan terdapat beberapa orang pekerja
pilihan raya Parti Warisan di Kampung Tinusa, Sandakan mengagihkan wang berjumlah
RM100 kepada orang-orang kampung di sana.
3. Pada 24 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan Parti Warisan di Batu 7 Sandakan
berdekatan Restoran Kak Jue mengagihkan wang berjumlah RM100 kepada orang ramai yang
datang membawa kad pengenalan. Orang ramai kelihatan berbaris untuk menerima wang
tersebut.
4. Pada 25 September, pemerhati Bersih 2.0 melaporkan orang ramai beratur di pejabat
Warisan Semporna untuk menerima duit tambang pulang mengundi. Menurut temu bual
4 https://www.facebook.com/302710879820503/posts/3236890019735893/?extid=DPTpRaX4oIIimZgR&d=n
pemerhati Bersih 2.0 dengan beberapa orang yang sedang berbaris, mereka menerima
RM100.
5. Pada 25 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan orang ramai beratur di Pejabat
Warisan di Kolombong untuk mengambil duit tambang pulang mengundi. Menurut temu bual
beliau dengan beberapa orang yang berada di sekitar pejabat tersebut, maklumat yang
didapati mereka ada menerima duit untuk mengundi.
6. Pemerhati Bersih 2.0 mendapati rakan beliau menerima sejumlah wang daripada Parti
Warisan. Beliau telah menemu bual individu tersebut untuk mengesahkan bahawa duit itu
memang diberikan kepada pengundi di kawasan Gum-Gum.
7. Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan bahawa satu keluarga di Kampung Pimping
Membakut, Beaufort mendapat RM100 daripada Parti Warisan.
Tangkap layar daripada Pemerhati Bersih 2.0
Orang ramai beratur di Pejabat Warisan di
Kolombong untuk menerima duit tambang
Kiriman Facebook Junz Wong pada 4
September
Orang ramai berkumpul di Pejabat Warisan
Semporna pada 25 September
b. Penjamuan dan pemberian hadiah
1. Pada 16 September, jentera Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) mengedarkan beg yang
mengandungi bahan kempen, pelitup muka dan pensanitasi tangan kepada pengundi N.20
Api-Api.
2. Pada 19 September, jentera Parti Warisan Sabah (Warisan) mengedarkan bahan bantuan
kepada penduduk di Pitas5
3. Pada 21 September, calon Warisan N.14 Darau Azhar Matussin menyediakan makanan
kepada hadirin yang hadir ke ceramah beliau di Kg Warisan, Sepanggar
4. Pada 21 September, calon N.17 Tanjung Aru mengadakan ceramah dengan adanya
penjamuan di Tanjung Aru Plaza.6
5. Pada 21 September, DAP dan Warisan mengadakan Majlis Makan Malam bersama-sama
calon di Bingkor, Keningau. Turut hadir adalah YB Lim Guan Eng, Datuk Loretto dan beberapa
orang wakil rakyat yang lain.7
6. Pada 22 September, Pemerhati Bersih 2.0 yang memantau ceramah DSP Shafie Apdal di
Tinusa mendapati mereka telah menyediakan makanan dan minuman berkotak kepada orang
ramai.
Agihan bahan makan di Pitas oleh Warisan pada 19 September
5 https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214274960186963&id=1804648401 6 https://www.facebook.com/302710879820503/posts/3278271448931083/ 7 https://www.facebook.com/114058823360392/posts/334352711331001/
Jamuan Makan Malam DAP di Keningau pada 21 September
Jamuan ceramah calon Warisan di Tanjung Aru pada 21 September
c. Penggunaan aset dan sumber kerajaan untuk berkempen
1. Pada 8 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 318 geran
tanah kepada penduduk di Tawau dan Kalabakan8
2. Pada 12 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 399 geran
tanah kepada 100 buah kampung di daerah Kudat.9
3. Pada 12 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 240 geran
tanah kepada penduduk di daerah Kinabatangan yang melibatkan 36 buah kampung.10
4. Pada 15 Ogos, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal menyerahkan 599 geran
tanah kepada penduduk di daerah Beluran11
5. Pada 27 Ogos, Mantan Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Peter Anthony menghadiri majlis
pecah tanah pembinaan Dewan Serbaguna Kg Sabandil, Papar pada 27 Ogos 2020.12
6. Pada 3 September, Ketua Menteri Sementara Sabah DSP Shafie Apdal mengumumkan
pemansuhan sewa tapak pasar malam dan tamu sehingga 202113
7. pada 3 September, Ketua Menteri Sementara dan mantan menteri pembangunan luar
bandar Ewon Benedick menghadiri majlis pecah tanah di Kadamaian. Beliau sempat
berkempen kepada penduduk untuk menyokong Warisan dalam upacara tersebut.14
8 https://www.borneotoday.net/40-tahun-menanti-kini-giliran-penduduk-tawau-kalabakan-dapat-geran/ 9 https://www.astroawani.com/berita-malaysia/sabah-memilih-shafie-sempurnakan-penyerahan-399-geran-tanah-di-kudat-254923 10 https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/11/kerajaan-negeri-serah-240-geran-tanah-libatkan-36-perkampungan 11 https://www.utusanborneo.com.my/2020/08/15/599-geran-tanah-di-serah-bagi-daerah-beluran-telupid-dan-daerah-kecil-paitan 12 https://www.facebook.com/665479757136256/posts/1235618953455664/ 13 https://www.borneotoday.net/shafie-mansuh-sewa-pasar-malam-pasar-tamu-sehingga-2021 14 https://www.borneotoday.net/penyukatan-pantas-diperbanyakkan-di-kadamaian/
Kesemua ini berlaku setelah DUN dibubarkan dengan pengetahuan penuh bahawa PRN Sabah
akan dijalankan tidak lama lagi.
Ketua Menteri Sementara Sabah mengumumkan pemansuhan
sewa pasar malam dan tamu pada 3 September di Dewan Masyarakat Sandakan
Majlis pecah tanah dihadiri oleh Datuk Peter Anthony,mantan
Menteri Kerja Raya Sabah pada 27 Ogos di Kampung Sabandil, Papar
Gabungan Rakyat Sabah(GRS)
Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah membuat 18 laporan pemerhatian salah laku dan
kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen yang melibatkan GRS (Barisan
Nasional/Perikatan Nasional/Parti Bersatu Sabah).
a. Rasuah dan beli undi
1. Pada 16 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan calon BN DUN Kemabong, Datuk
Jamawi Jafar kelihatan menghulurkan sejumlah wang kepada pelanggan di sebuah kedai
makan.15
2. Pada 18 September Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan calon Barisan Nasional (BN) DUN
N.15 Darau, Datuk Jumat Idris didapati memberi RM100 kepada pengundi. Calon BN Darau
kalah di DUN tersebut.16
3. Pada 25 September Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan satu keluarga di Kampung
Pimping Membakut, Beaufort mendapat RM200 daripada BN.
4. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 melaporkan pekerja pilihan raya BN N.52 Sungai
Sibuga memberikan RM100 kepada keluarganya.
5. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapat laporan pekerja pilihan raya BN
mengagihkan wang di Kampung Tinosa 1 berjumlah RM100.
6. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapati sebuah pondok panas Perikatan
Nasional (PN) di luar SK Bingkor, Keningau mengutip kad pengundi (voters card) yang diberi
oleh SPR dan kemudiannya menyerahkan satu slip berlogo PN yang dipangkah kepada
pengundi tersebut. Pemerhati kami mengesyaki aktiviti pemberian duit sedang berlaku.
7. Pada 26 September, Pemerhati Bersih 2.0 mendapati orang ramai sedang berbaris di bawah
Pejabat Wakil Rakyat N.40 Bingkor dengan bendera Parti STAR. Pemerhati kami mengesyaki
aktiviti pemberian wang sedang berlaku.
15 https://www.facebook.com/414826248853198/posts/1254871168182031/?d=w&vh=e&extid=cXtC7kQsgTmhCK4v 16 https://www.facebook.com/414826248853198/posts/1256709717998176/
Calon BN Kemabong kelihatan menghulurkan
wang kepada pengundi di salah sebuah kedai makan
Tangkap layar daripada Pemerhati Bersih 2.0 pada 26 September yang melaporkan
ahli keluarganya menerima wang daripada pekerja pilihan raya BN
Petugas PN pada hari pengundian di pondok panas di luar SK Bingkor sedang mengutip kad
pengundi yang diberi oleh SPR kemudian memberi slip berlogo PN
Pengundi sedang berbaris di Pejabat Wakil Rakyat N.40 Bingkor daripada Parti STAR pada hari
pengundian
b. Penjamuan dan pemberian hadiah
1.Pada 23 September, Pemerhati Bersih 2.0 memantau program Majlis Ramah Mesra Perdana
Menteri di Hilltop Plaza Luyang dan mendapati mereka mengedarkan hand sanitizer dengan
pelekat “Undilah Perikatan Nasional” kepada para penonton yang hadir.
2. Pada 23 September, calon Perikatan Nasional DUN Merotai Cikgu Jailani mengadakan
program santai bersama pemuda Taman Semarak dan menyediakan makanan kepada hadirin
yang hadir semasa program tersebut.17
17 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=123346036172688&id=113658473808111
3. Pada 24 September, calon Perikatan Nasional DUN Merotai Cikgu Jailani berkempen di
Majlis Ramah Mesra Warga DUN Merotai dan di dalam majlis tersebut ada disediakan makanan
tengahari untuk setiap hadirin yang hadir. Meja-meja dengan dulang makanan kelihatan di
setiap meja18
4. Pada 24 September Calon Perikatan Nasional DUN Merotai Cikgu Jailani berkempen di Hotel
Emas Tawau dan menyediakan makanan untuk pemimpin masyarakat yang hadir19
Kempen di Majlis Ramah Mesra Warga DUN Merotai dihadiri
oleh Menteri Kanan Persekutuan DS Azmin Ali pada 24 Septembe
Penjamuan semasa ceramah calon PN Merotai di Hotel Emas, Tawau pada 24 September
c. Penggunaan aset dan sumber kerajaan
1. Saifuddin Abdullah mengumumkan bahawa 382 menara pemancar akan dibina di Sabah
pada 6 September 2020.20
2. Pada 17 September, Perdana Menteri Muhyiddin menyampaikan cek replika bantuan
bernilai RM60 juta kepada usahawan pertanian dan nelayan dalam satu majlis kerajaan
persekutuan di Dataran Bandangan, Beaufort. Majlis itu turut dihadiri oleh Menteri Pertanian
Persekutuan iaitu Dr Ronald Kiandee.21
3. Pada 20 September, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad
menyampaikan sumbangan daripada program MyH.a.u.s Tabung Haji berjumlah RM50,000
18 https://www.facebook.com/MohamedAzminAli/posts/3466534050077583 19 https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=123737002800258&id=113658473808111 20 https://www.sabahgazette.com/382-menara-komunikasi-baharu-akan-dibina-di-sabah/ 21 https://www.malaysiakini.com/news/542981
yang melibatkan baikpulih rumah, bantuan kewangan, dan pembinaan bengkel pertukangan
kepada sebuah keluarga di Kampung Sentosa, Batu 10, Sandakan.22
4. Pada 20 September, Dr Zulkifli Mohamad menyampaikan sumbangan membaiki rumah
daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Setiap rumah asnaf
menerima RM5,000 untuk pembaikan rumah yang rosak di Pulau Nunuyan, Sandakan.23
5. Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan rombongannya menggunakan helikopter Polis Diraja
Malaysia (PDRM) untuk turun berkempen di Sungai Damit, Tuaran pada 23 September 2020.
Perdana Menteri Muhyiddin Yasin dan rombongan di Sungai Damit pada 23 September
Lain-lain (Parti lain dan calon bebas)
Pemerhati-pemerhati BERSIH 2.0 telah membuat 9 laporan pemerhatian salah laku dan
kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen yang melibatkan parti-parti lain dan
calon-calon bebas yang bertanding dalam pilihan raya kali ini.
a. Rasuah dan beli undi
1. Pada 18 September, Datuk Kour Ngam Num menyumbangkan sebuah surau yang terletak
di Tawau Specialist Medical Centre, Batu 2 Jalan. Datuk Kour Ngam Num adalah bapa kepada
calon Parti Cinta Sabah (PCS) Sri Tanjong, Kour Ken Keat.24
2. Pada 25 September, Pemerhati Online Bersih 2.0 mendapat laporan bahawa ada pengundi
telah mendapat RM50 daripada calon bebas Inanam Keny Chua.
22 https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3701057139958061/. MyHaus adalah akronim kepada Harta Anda Untuk Semua. 23 https://www.facebook.com/654227084641097/posts/3700890926641349/ 24 Laman Facebook Calon N.69 Sri Tanjong https://web.facebook.com/100125278513442/posts/106007817925188/?sfnsn=mo&extid=s5DmWmpNSM7dkVeD&_rdc=1&_rdr
Tangkap layar kiriman Facebook calon PCS Sri
Tanjong yang menunjukkan sebuah surau telah disumbangkan oleh ayahnya
Tangkap layar dari Pemerhati Online Bersih 2.0
berkenaan seorang pengundi mendapat wang dari calon bebas Keny Chua pada 25 September
b. Penjamuan dan pemberian hadiah
1. Pada 12 September, seorang individu mengadakan makan jamuan makan malam untuk
calon Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) Sri Tanjong Yapp Yin Hoau bersama Rumah
Warga Tua Tawau.25
2. Pada 14 September, calon bebas Paul Nointien untuk N.23 Petagas memberikan sumbangan
kerusi roda kepada warga emas di kawasan Petagas.
3. Pada 15 September, calon Parti Harapan Rakyat Sabah Sri Tanjong Yapp Yin Hou membuat
jamuan makan malam bersama Presidennya, TS Liew Yun Fah.26
2. Pada 19 September, calon N.16 Darau dari Liberal Democratic Party (LDP), Datuk Seri
Marajoh memasukkan slot cabutan bertuah dalam majlis ramah mesra beliau di Masjid
Kampung Karambunai.
3. Pada 21 September, Pemerhati Bersih 2.0 yang memantau ceramah PCS mendapati mereka
mengedarkan makanan kepada para hadirin yang datang ke ceramah mereka di Dewan
Serbaguna Taman Antarabangsa Likas.
6. Pada 21 September, program ceramah 6 calon USNO di DUN Merotai mengadakan jamuan
makanan dan cabutan bertuah kepada hadirin yang hadir.27
25 https://www.facebook.com/little.h.house.9/posts/4910543605638399 26 https://web.facebook.com/permalink.php?story_fbid=119687969869617&id=101577935013954&_rdc=1&_rdr 27 https://www.facebook.com/MohamadOfficial1/posts/637428313580693
7. Pada 25 September, ceramah akhir PCS di Likas ada disertakan cabutan bertuah sebanyak
30 hadiah kepada para pengundi.
Calon bebas N.23 Petagas menyampaikan
kerusi roda kepada warga tua
Poster ceramah PCS di N.19 Likas
c. Kesalahan merosakkan bahan kempen
1. Pada 16 September, tugu Parti Warisan di hadapan bangunan Pusat Pentadbiran Negeri
Sabah dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
2. Pada 25 September, bendera Warisan di N.40 Bingkor di sepanjang jalan Keningau-
Tambunan telah dicabut oleh pihak yang tidak dapat dikenal pasti malam sebelum hari
pengundian.
Tugu Warisan dipecahkan
C. Kesalahan pada hari pengundian
Bagi kesalahan yang dilakukan pada hari pengundian, Pemerhati Bersih 2.0 memberikan
penumpuan kepada kesalahan berkempen pada hari pengundian serta kesalahan mengangkut
pengundi pergi ke dan pulang dari tempat pengundian. Berkempen pada hari pengundian
termasuklah membuka barung parti politik atau pondok panas untuk meraih undi dan
membuat kiriman di media sosial untuk meraih undi.
Menurut Akta Kesalahan Pilihan Raya, berkempen pada hari pengundian adalah satu
kesalahan di bawah Seksyen 26(Batasan Pada Hari Mengundi) manakala mengangkut
pengundi adalah kesalahan di bawah Seksyen 20(Belanja Tertentu Yang Menyalahi Undang-
Undang).
Hasil pemerhatian Pemerhati Bersih 2.0 di kesemua DUN yang dipantau, hampir semua parti
politik dan calon pilihan raya membuka barung politik atau pondok panas di luar pusat
pengundian, kecuali di pusat pengundian di N.1 Banggi. Bahan-bahan kempen calon dan parti
politik yang berada di dalam sempadan 50 meter dan di kawasan yang berdekatan dengan
pusat pengundian juga masih banyak yang tidak diturunkan. Sewajarnya bahan-bahan
kempen berdekatan pusat pengundian diturunkan oleh Pasukan Penguatkuasa Kesalahan
Pilihan Raya (PP-KPR) dan pondok panas dihentikan agar pengundi dapat melangkah masuk
mengundi dengan lebih aman dan tenang untuk memilih.
Selain itu, walaupun dalam perintah arahan tetap (SOP) daripada Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) untuk menjaga jarak fizikal dan memakai pelitup muka, namun masih ramai
penyokong-penyokong parti politik terutamanya parti atau gabungan politik utama yang
berkumpul di luar pusat pengundian mengabaikan arahan ini.
Pondok Panas Warisan di
SK Bandar Tawau, N.70 Kukusan pada hari
pengudian.
Peraih undi calon BN N.53 Sekong
di SMK Tun Juhar pada hari pengundian.
Pondok Panas PCS didirikan pada hari
mengundi di SMK Keningau 2 dan papan tanda Perikatan Nasional dalam sempandan 50 meter
daripada pusat mengundi
Peraih undi dari Perikatan Nasional
di N.14 Sulaman pada hari pengundian.
Barung parti politik didirikan di dalam pagar
pusat pengundian di SM St Francis Xavier, DUN Keningau.
Pondok panas calon Keadilan
N.14 Tamparuli didirikan di SK Pendidikan Khas pada hari mengundi.
Menteri Kanan Azmin Ali berkempen
di Twitter pada hari pengundian
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Rahman Dahlan
berkempen di Facebook miliknya pada hari pengundian.
Calon Warisan N.70 Kukusan berkempen pada
hari pengundian di Facebook miliknya
Satu kesalahan sekiranya pengundi memaparkan kertas undi yang
dipangkah di media sosial pada hari pengundian
Terdapat banyak kes juga yang melihatkan orang ramai atau pengundi memaparkan kertas
undi mereka yang telah dipangkah. Memaparkan kertas undi di media sosial juga adalah
menjadi satu kesalahan di bawah Sekyen 5 (Memelihara Kerahsiaan) Akta Kesalahan Pilihan
Raya.
Calon dan parti politik juga kelihatan mengangkut pengundi untuk ke tempat pengundian dan
pulang ke kediaman masing-masing. Parti-parti politik dan calon-calon menggunakan
kenderaan seperti kereta, van malahan ada juga yang menggunakan bas bagi mengangkut
penyokong masing-masing atau orang ramai.
Van calon bebas N.13 Inanam mengangkut
pengundi di SK Kionsom pada hari mengundi.
Calon Warisan N.22 Tanjung Aru memaklumkan kepada pengundi beliau
menyediakan pengangkutan dalam Facebook pada 25 September
Van mengangkut pengundi dengan pelekat
calon BN N.16 Karambunai di SMK Bandaraya pada hari pengundian
Van mengangkut pengundi untuk N.20 Api-Api dengan bendera PPRS di Maktab Sabah pada
pada hari pengudian
Bas disewa khas oleh Keadilan pada hari
mengundi untuk pengundi N.20 Api-Api ke
Tadika Tzu Yu
Van berpelekat wajah calon LDP N.14 Inanam
di SK Kionsom mengangkut pengundi pada
hari pengundian
Van angkut pengundi calon Warisan N.68 Apas
di SK Kampung Titingan pada hari mengundi.
Van angkut pengundi calon PHRS N.70
Kukusan pada hari mengundi.
D. Masalah daftar pemilih dan undi pos
Undi pos
1. Pemerhati Bersih 2.0 mendapat tiga aduan berkenaan kertas undi pos daripada negara
Jerman, Arab Saudi dan Ireland yang sampai ke tangan pengundi luar negara namun tidak
disertakan bersama alamat Pegawai Pengurus untuk dikirimkan semula ke Malaysia.
2. Terdapat kertas undi yang dikirimkan ke Malaysia tidak sampai tepat pada waktunya seperti
kertas undi daripada Arab Saudi yang hanya tiba di Sabah pada 30 September setelah pilihan
raya negeri Sabah sudah berakhir. Kertas undi daripada Berlin tidak dikirimkan kerana kos
yang terlalu tinggi serta syarikat pengeposan tersebut hanya dapat mengirimkannya pada 28
September, dua hari selepas hari mengundi.
3. Satu pengundi pos di Australia tidak dapat menghantar sampul kertas undi ke Sabah kerana
syarikat pengeposan di tempat beliau tidak dapat hantar ke alamat peti surat yang diberikan
oleh pegawi pengurus.
Sampul Undi Pos pengundi di Arab Saudi tidak
ada alamat pegawai pengurus untuk dikirimkan
Seorang pengundi di Australia diberitahu
bahawa syarikat pengeposan tidak dapat menghantar ke alamat peti surat
F. Proses pengundian dan pengiraan
Secara umumnya proses pengundian dan pengiraan undi berjalan dengan lancar. Namun
masih ada beberapa perkara berbangkit yang perlu diambil serius oleh pihak SPR dan
penguatkuasa pilihan raya.
a. Pemerhati tidak dibenarkan masuk ke pusat pengundian
Terdapat beberapa insiden di mana Pemerhati Bersih 2.0 tidak dibenarkan masuk ke dalam
pusat pengundian oleh Penyelia Tempat Pengundi. Pemerhati Bersih 2.0 N.50 Gum-Gum tidak
dibenarkan masuk di SJK Syn Hua kerana penyelia tersebut salah faham antara Pemerhati
SPR dan juga pemerhati barung daripada parti politik. Pemerhati Bersih 2.0 di SJK(C) Good
Shepherd, Menggatal juga diminta untuk mengemukakan surat lantikan parti politik
sedangkan Pemerhati adalah lantikan SPR.
b. Kelancaran pusat pengundian
Secara keseluruhannya proses pengundian berjalan lancar namun terdapat beberapa tempat
yang mengambil masa yang lebih lama dengan barisan yang panjang. Ini terutamanya terjadi
di pusat pengundian yang mempunyai bilangan pengundi yang lebih banyak. Antaranya
adalah di pusat pengundian di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Kinabalu. Saluran
3,4,5,6 dan 7 terpaksa beratur terlalu lama sebelum dapat mengundi. Di saluran 3, ada yang
beratur selama satu jam dalam ruangan yang sempit. Di saluran 5 hingga 7 pula ada yang
berbaris sehingga hampir dua setengah jam.
Pusat pengundian di Maktab Sabah, Kota Kinabalu juga mengalami masalah yang sama di
mana barisan terlalu panjang di bawah panas terik sehingga ada yang menunggu selama satu
setengah jam sebelum dapat masuk ke saluran pengundian. Keadaan yang sama juga berlaku
di saluran 1 di Sekolah Menengah Karakit dan Sekolah Menengah Loktohog di N.01 Banggi di
mana pengundi terpaksa berbaris lebih kurang dua jam.
Bagi saluran yang terpaksa berbaris panjang, penyelia pusat pengundian perlu bertindak
dengan lebih proaktif dengan menyediakan kerusi atau menyediakan ruangan menunggu
yang teduh dan selesa kepada pengundi.
Saluran 3 pusat pengundian ILP Kota Kinabalu.
Walaupun ada ruang kosong bersebelahan
namun tidak digunakan sehingga ruangan menjadi sempit
Saluran 4-9 di ILP Kota Kinabalu. Pengundi yang
masih berbaris adalah mereka yang telah
menunggu lebih daripada satu jam untuk mengundi
Barisan panjang di tengah panas terik tanpa
disediakan kerusi di pusat pengundian Maktab Sabah, Kota Kinabalu
c. Kemudahan Pusat Pengundian
Secara keseluruhannya pusat pengundian yang dipilih oleh SPR adalah bersesuaian dan wajar
dipuji. Terdapat pusat-pusat pengundian yang menyediakan kerusi terutama untuk pengundi
saluran 1,2 dan 3. Kerusi tersebut disediakan bagi membantu warga tua terutamanya kerana
barisan yang panjang dan mereka boleh duduk menunggu. Selain itu terdapat juga kerusi
roda yang disediakan daripada pagar pusat pengundian sehingga ke saluran bagi mereka yang
memerlukan. Namun masih ada pusat pengundian yang tidak menyediakan kerusi roda
sehingga menyebabkan parti politik menyediakan kerusi roda di barung mereka untuk
membawa warga tua yang tidak dapat berjalan ke saluran. Keadaan ini menyebabkan petugas
parti politik ini juga masuk ke pusat pengundian.
Kerusi ada disediakan untuk pengundi yang
berbaris di saluran 1 SK Pengiran Siti Hafsah
Kerusi roda disediakan di SMK Pekan Telipok
untuk warga tua
Kerusi roda dari parti politik masuk sehingga
pusat pengundian SMK Bandaraya.
Individu yang dibulatkan dalam gambar adalah
petugas parti.
Penggunaan kereta buggy di pusat pengundian
memudahkan para pengundi warga tua untuk berjalan ke saluran
Walaupun begitu masih ada beberapa tempat yang boleh diperbaiki pengurusannya oleh pihak
SPR, Pegawai Pengurus dan lain-lain pihak yang terlibat. Terdapat beberapa tempat
pengundian yang jarak antara pagar dan saluran pengundian hampir atau bahkan lebih 150
meter. Dengan jarak yang jauh maka seharusnya kereta buggy (buggy car) atau kerusi roda
disediakan. Namun demikian, ada pusat pengundian yang tidak menyediakan kereta buggy
walaupun tanahnya adalah rata dan tidak berbukit dan ada yang menyediakan kerusi roda
namun didapati tidak mencukupi sehinggakan ada warga tua yang terpaksa berjalan kaki ke
saluran.
Jarak antara pagar dan saluran yang terlalu
jauh di ILP Kota Kinabalu
Jarak antara pagar dan saluran yang terlalu
jauh di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu
Masih ada juga pusat pengundian yang tidak menyediakan ramp untuk pengundi berkerusi
roda dan saluran pengundian yang tidak sesuai untuk warga tua.
Saluran 1 yang tidak sesuai untuk pengundi warga tua dan berkerusi roda di SK Bunga Raya (kiri)
di SMK St Francis Xavier (kanan). Kedua-dua pusat pengundian adalah di N.40 Bingkor
d. Pematuhan SOP semasa hari mengundi
Disebabkan tempoh pengundian PRN Sabah ini masih berada di bawah arahan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), maka pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah
membuat garis panduan kepada petugas pilihan raya dan pengundi bagi mengelakkan
penyebaran virus Covid-19. Antara garis panduan yang ditetapkan oleh SPR adalah:
i. Semua premis yang digunakan untuk tujuan pilihan raya akan disinfeksi setiap dua jam.
ii. Saringan suhu badan sebelum melangkah masuk ke pusat pengundian. Pengundi yang
bergejala akan ditempatkan di khemah saringan sebelum dibenarkan untuk mengundi atau
diminta meninggalkan premis dengan segera.
iii. Semua pengundi diminta memakai pelitup muka dan mengekalkan jarak fizikal 1 meter.
iv. Kerani di khemah barung SPR dan di tempat pengundian diwajibkan memakai pelitup muka
dan sarung tangan.
v. Diwajibkan mensanitasi tangan sebelum masuk ke saluran pengundian dan selepas keluar
dari saluran.
Saringan suhu badan sebelum masuk ke saluran pengundian
di SK Pengiran Siti Hafsah, Karambunai
Khemah saringan bagi yang bergejala di
pusat pengundian SMK St Michael, Penampang
Pasukan disinfeksi dari KKM mensanitasi pusat pengundian setiap dua jam
Walaubagaimanapun masih terdapat pusat pengundian yang tidak dapat memastikan
pengundi mengekalkan jarak fizikal antara satu sama lain semasa berbaris. Ini disebabkan
tidak ada tempat menunggu yang khas atau pusat pengundian tersebut terlalu ramai pengundi
menyebabkan petugas pilihan raya tidak dapat mengawal keadaan yang sesak.
Barisan panjang di SMK Karakit di N.1 Banggi
dan tidak ada penjarakan fizikal 1 meter pada hari mengundi.
Barisan panjang di SK Logtohog N.01 Banggi
dan tidak ada penjarakan fizikal pada hari mengundi.
Dewan Serba Guna Likas tidak ada penjarakan fizikal 1 meter
Pengundi terlalu ramai di satu pusat pengundian di SK Gas (kiri) dan SK Kolombong (kanan)
menyebabkan barisan yang terlalu panjang sehingga ke luar pada hari mengundi.
SOP bagi kerani tempat pengundian juga harus disemak semula oleh SPR. Berbanding SOP
semasa PRK Chini, pilihan raya kali ini berbeza dan seharusnya SOP di PRK Chini dikekalkan
semasa pandemik Covid-19 yang belum menurun. Setiap pengundi semasa PRN ini diminta
untuk mencelupkan jari mereka ke dalam botol dakwat kekal berbanding semasa PRK Chini
setiap pengundi akan dicalit oleh satu berus mini dan kemudian berus tersebut dibuang.
Kerani pengundian juga tidak rajin menukar sarung tangan menyebabkan mereka bekerja
dengan keadaan yang tidak selesa dan terdedah kepada jangkitan virus.
Selain itu wujud juga kebimbangan terhadap pengurusan SOP di kawasan-kawasan
pedalaman seperti di N.01 Banggi. Pemerhati Bersih 2.0 yang memantau di N.01 Banggi
mendapati bahawa di kebanyakan pusat pengundian yang dilawati menyediakan khemah KKM
untuk saringan tetapi tidak menyediakan petak mengundi untuk pengundi yang mempunyai
suhu badan yang lebih tinggi daripada 37.5 darjah celcius. Isu lain yang timbul adalah
perkhidmatan feri daripada Kudat ke Pulau Banggi.
Pemerhati Bersih 2.0 diberitahu bahawa 4 feri yang berkhidmat di Kudat-Pulau Banggi telah
disewa oleh parti-parti politik untuk mengangkut pengundi tertentu, tiket feri tidak dijual lagi
secara terbuka sehari sebelum hari mengundi dan pada hari mengundi dan orang awam tidak
tahu jadual perkhidmatan feri menyebabkan orang ramai berebut-rebut untuk menaik feri dan
tidak menjaga SOP seperti mengambil suhu badan, mencatatkan nama sebelum menaiki feri
dan penjarakan sosial.
G. Proses pengiraan, penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi pilihan raya
Undi awal
Pemerhati Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian semasa pengiraan undi awal di dua
tempat iaitu Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu dan Dewan Jati Jabatan Perhutanan
Sabah di Sandakan. Proses pemerhatian di Dewan Rafflesia berjalan lancar namun Ketua
Tempat Mengundi di saluran 2 telah melakukan kesilapan prosedur. Sepatutnya kertas undi
awal yang telah dikira dimasukkan ke dalam sampul dan dimasukkan ke dalam peti undi
sebelum dimeterai. Namun beliau tidak melakukan demikian dan memeterai peti undi dengan
kertas undi masih di dalam peti undi. Peti undi terpaksa dibuka dan dimeterai semula tanpa
kehadiran ejen pengiraan undi daripada calon.
Selain itu, Pemerhati Bersih 2.0 di Dewan Jati Jabatan Perhutanan tidak dibenarkan masuk ke
pusat pengiraan undi awal dan hanya dibenarkan memantau daripada luar. Aduan telah dibuat
kepada pihak SPR namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat.
Pengiraan undi biasa
Pemerhati Bersih 2.0 telah menjalankan pemerhatian di saluran-saluran yang ditugaskan.
Proses pengiraan undi berjalan dengan lancar tanpa masalah yang serius.
Namun terdapat kejadian di mana kerani 3 di Saluran 2 Kolej Vokasional Likas terlupa
mengecop tiga kertas undi dan hanya dapat tahu semasa pengiraan undi. Ejen mengira undi
daripada Parti DAP telah membuat bantahan secara rasmi kepada KTM dan SPR.
Selain itu, terdapat satu isu yang dilaporkan oleh Pemerhati Bersih 2.0 di mana enam ejen
mengira undi untuk Parti USNO telah dilarang masuk ke saluran pengiraan di SK Tuarid Taud
di atas alasan tidak menghantar ejen tempat mengundi. Mengikut peraturan tidak semestinya
ejen tempat mengundi menjadi ejen mengira undi dan Ketua Tempat Mengundi perlu
membenarkan ejen mengira undi untuk masuk.
Penjumlahan undi dan pengisytiharan keputusan rasmi pilihan raya
Secara keseluruhannya proses penjumlahan dan pengisytiharan keputusan rasmi pilihan raya
berjalan dengan lancar dan cepat.
DUN Pusat Penjumlahan Undi
N.12 Sulaman Dewan Sri Sulaman, Tuaran
N.13 Pantai Dalit Dewan Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, Tuaran
N.14 Tamparuli Dewan Tun Hamdan, Tamparuli
N.16 Karambunai Dewan Rafflesia Politeknik Kota Kinabalu
N.20 Api-Api Wisma Wanita Kota Kinabalu
N.26 Moyog Dewan Kebudayaan Penampang
N.40 Bingkor Dewan Masyarakat Keningau
N.50 Gum-Gum Dewan Serbaguna Libaran
N.51 Sungai Manila Dewan Serbaguna Libaran
N.52 Sungai Sibuga Dewan Serbaguna Libaran
N.53 Sekong Auditorium Jabatan Perhutanan Sabah, Sandakan
N.54 Karamunting Dewan Jati Jabatan Perhutanan Sandakan
N.55 Elopura Dewan Masyarakat Sandakan
N.56 Tanjung Papat Dewan Masyarakat Sandakan
N.65 Senallang Dewan Masyarakat Semporna
N.68 Apas Dewan Sri Tawau
N.69 Sri Tanjong Dewn Masyarakat Tawau
N.70 Kukusan Dewan Serba Guna Kompleks Sukan Tawau
N.72 Merotai Dewan Kolej Vokasional Tawau
5. Kesimpulan dan Cadangan Penambahbaikan
Secara umumnya pengurusan pilihan raya oleh SPR dengan dibantu oleh pelbagai agensi
terutamanya KKM adalah baik dan wajar dipuji. Garis panduan yang ditetapkan adalah
bersesuaian namun perlu sentiasa dipantau dan dikemas kini seiring dengan situasi semasa.
Berikut adalah cadangan penambahbaikan daripada BERSIH 2.0:
a. Penguatkuasaan Undang-Undang Pilihan Raya
Pihak yang terlibat
Cadangan Rangka masa
Kerajaan persekutuan
Meminda Seksyen 27 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 bagi memberi kuasa kepada SPR untuk penguatkuasaan undang-undang pilihan raya yang lebih berkesan
Dalam 1 tahun
Menggubal undang-undang bagi larangan atau had penggunaan sumber dan jentera kerajaan semasa pilihan raya
Dalam 1 tahun
Menggubal undang-undang supaya semua calon-calon perlu menghantar penyata perbelanjaan
Dalam 1 tahun
kempen pilihan raya yang telah diaudit oleh auditor bertauliah setelah pilihan raya dijalankan.
SPR Memberi taklimat kepada setiap calon dan wakil calon berkenaan kesalahan dan salah laku pilihan raya
Sejurus selepas penamaan calon
Mengadakan lebih banyak PP-KPR untuk setiap DUN supaya lebih banyak rondaan boleh dibuat tindakan penguatkuasaan lebih cepat dan mengumumkan nombor telefon untuk orang ramai membuat laporan kepada PP-KPR.
Segera
SPRM Memantau pejabat-pejabat parti politik sepanjang tempoh berkempen untuk mencegah pejabat tersebut dijadikan tempat mengagihkan wang kepada pengundi
Segera
Menyiasat laporan-laporan beli undi yang dilakukan oleh calon-calon dan parti-parti politik
Segera
b. Pengurusan Pilihan Raya
Pihak yang terlibat
Cadangan Rangka masa
Kerajaan Persekutuan
Menetapkan tarikh atau bulan bagi pilihan raya umum yang akan dijalankan selepas pilihan raya terakhir agar pihak pengurusan pilihan raya dapat bersedia dengan teliti dan kemas untuk menguruskan pilihan raya
Dalam 1 tahun
SPR Memberi perkhimatan undi pos kepada: a. Pengundi Sabah yang berada di Semenanjung dan Sarawak; b. Pengundi Semenanjung yang berada di Sabah dan Sarawak; c. Pengundi Sarawak yang berada di Sabah dan Semenanjung; d. Pengundi yang berada di Brunei, Singapura, Kalimantan dan Selatan Thailand; agar dapat mengundi secara pos dalam pilihan raya
Segera
Memanjangkan tempoh pilihan raya kepada minimum 21 hari dengan meminda Seksyen 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya(Penjalanan Pilihan Raya) supaya pengundi pos di luar negara sempat menghantar kertas undi ke Malaysia
Segera
Melaksanakan SOP pencegahan penularan wabak Covid-19 dengan lebih ketat, terutamanya latihan rapi untuk semua petugas pilihan raya, mengambil lebih ramai petugas pilihan raya untuk melaksanakan SOP dengan sepenuhnya, menggunakan berus kecil untuk mencalit dakwat kekal yang diguna sekali sahaja, memastikan khemah KKM mempunyai petak mengundi untuk mereka yang suhu badan tinggi atau bergejala
Segera
Covid-19 dan rondaan pengawai SPR yang lebih kerap untuk memastikan pematuhan SOP dengan sepenuhnya.
Membuka pusat-pusat pengundian di dalam kampung atau kawasan yang sukar dicapai agar pengundi tidak perlu bergantung kepada pihak lain untuk turun ke pusat pengundian
Sederhana
Memberi latihan dan simulasi proses pengundian yang secukupnya kepada petugas pilihan raya untuk mengurangkan kesilapan yang kritikal
Segera
Memaklumkan kepada semua petugas pilihan raya, terutamanya penyelia pusat pengundian dan ketua tempat mengundi dan pasukan penguatkuasa pilihan raya berkenaan peranan, hak dan tugas Pemerhati Pilihan Raya yang dilantik SPR
Segera
Menyiasat insiden kad pengundi SPR yang diedarkan oleh parti politik di DUN Bingkor.
Segera
Bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk tidak membenarkan feri untuk kegunaan awam disewa secara keseluruhan bagi mengelakkan orang ramai berebut membeli tiket feri akibat perubahan jadual feri.
Semasa pilihan raya