Post on 01-Oct-2021
LAPORAN : PELANCARAN SISA SIFAR S.K PERMATAMG TO’ KANDU
TEMPAT : SK PERMATANG TO’KANDU PERMATANG PAUH
TARIKH : 28 FEBRUARI 2012
Pada 28 Februari 2012 telah berlangsung sebuah Majlis Pelancaran Sisa Sifar ( Zero
Waste ) yang betempat di Sekolah Keb.Permatang To’Kandu , Permatang Pauh.
Majlis ini turut dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Pulau Pinang, Yang Dihormati Tuan
Haji Ahmad Tarmizi Bin Kamarudin, Pegawai Pelajaran Daerah SPT; Yang Berbahagia
Tuan Haji Shafie Bin Hashim, Guru Besar, Sek. Keb. Permatang To’ Kandu; Yang
Dihormati Tuan Hj. Mohd Shukri bin Abd. Rahman, Setiausaha Perbandaran, Majlis
Perbandaran Seberang Perai; Yang Berusaha Sr Hj Rozali bin Hj Mohamud, Yang
Dihormati Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Seberang Perai, Ketua-ketua Jabatan &
Pegawai-pegawai Kanan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Guru-guru dan para
pelajar serta Rakan-rakan Media.Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Puan
Maimunah Mohd Sharif .
Hasil daripada komitmen guru dan juga pihak sekolah, Sekolah Permatang To’
Kandu telah berjaya mendapat tempat yang ketiga dalam Anugerah Sekolah Hijau
bagi tahun 2011.
Program Sekolah Hijau ini diberikan tumpuan kepada 3R iaitu pemuliharaan dan
pemeliharaan alam sekitar, kebersihan dan penghijauan serta kegiatan luar. Tujuan
utama program amalan kitar semula ini adalah untuk menjadikan ia sebagai satu
budaya di kalangan pelajar bermula dari peringkat sekolah. Malah ini perlu bagi
mendidik pelajar bersama-sama memulihara alam sekitar daripada terus tercemar.
Sekiranya semua masyarakat kita mengamalkan kitar semula samada di sekolah,
rumah, pejabat atau industri maka kos pengurusan sisa pepejal dapat dikurangkan
sekaligus MPSP akan dapat menjimatkan jutaan ringgit. Hasil daripada penjimatan
ini, MPSP sudah pasti dapat membelanjakan wang tersebut untuk keperluan rakyat
dan penduduk Seberang Perai.
Puan Maimunah menunjukkan demonstrasi cara pembuangan sampah yang betul
ke dalam tong sampah kepada para pelajar dan guru
Tiga orang pelajar sedang bersungguh-sunguh menghasilkan kraftangan yang
begitu unik serta mesra alam
LAPORAN : PELANCARAN ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2012
TEMPAT : AUDITORIUM MPSP BANDAR PERDA
TARIKH : 9 MAC 2012
En Silva Raju sedang memberi demonstrasi tentang pembuatan sabun kepada
orang ramai
YDP Puan Maimunah sedang meyampaikan ucapannya sempena Pelancaran
Anugerah Sekolah Hijau
Sesi pedaftaran yang diadakan di Auditorium MPSP
LAPORAN : BENGKEL KITAR SEMULA UNTUK GURU TADIKA
TEMPAT : DEWAN MPSP JALAN BETEK
TARIKH : 10 MAC 2012
Para guru sedang memberi sepenuh perhatian semasa Bengkel Kitar Semula
dijalankan.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah acara membuat kompos
Para guru tadika juga diberi pendedahan tengtang cara-cara pembuatan sabun
oleh En Silva Raju
LAPORAN : PEMERAN LA 21
TEMPAT : DEWAN PENAGA , SEBERANG PERAI UTARA
TARIKH : 12 MAY 2012
Aktiviti yang menjadi tarikan orang ramai adalah aktiv iti sukan neka bersama
penduduk Penaga
Selain daripada Pameran Local Action 21, pemeriksaan kesihatan juga turut
diadakan
Beginilah gelagat kanak-kanak yang sedang sibuk mewarna kertas lukisan masing-
masing sambil ditemani ibu bapa masing-masing
LAPORAN : PELANCRAN SISA SIFAR
TEMPAT : SMK DATO’ ONN BUTTERWORTH
TARIKH : 13 JUNE 2012
Pelajar-pelajar SMK Dato’ Onn Butterworth sedang mendengar taklimat yang
sedang disampaikan
Tuan Sr Hj Rozali bin Mohamud sedang meyampaikan ucapannya semasa
pelancaran Program Sisa Sifar
Seorang pelajar sedang memberi maklumat mengenai taman bunga yang
terdapat di sekolah mereka.
LAPORAN : PAMERAN CERAMAH LA 21
TEMPAT : DEWAN MALIKI KEPALA BATAS
TARIKH : 17 JUNE 2012
En Chew sedang memeberi penerangan tetang cara pembuatan sabun
Orang ramai sedang melihat demonstrasi pembuatan sabun daripada En Silva
Orang ramai memberi tumpuan sepenuhnya ketika demonstrasi sedang dilakukan
LAPORAN : PERTANDINGAN AKHIR ANUGERAH SEKOLAH HIJAU 2012
TEMPAT : AUDITORIUM MPSP BANDAR PERDA
TARIKH : 23 OKTOBER 2012
Sekumpulan pelajar ini sedang membentangkan Slide Power Point mereka dengan
penuh berkeyakinan
YDP puan Maimunah Mohd Sharif sedang meyampaikan ucapan alu-aluannya
kepada para pelajar serta guru-guru yang datang
Para pelajar sedang menikmati juadah yang telah disediakan di cafeteria MPSP
LAPORAN : KARNIVAL HIJAU
TEMPAT : MEGAMAL PINANG ,PERAI
TARIKH : 3 & 4 NOVEMBER 2012
Orang ramai berpusu-pusu mengunjungi booth yang mempamerkan serta menjual
hasil kraftangan yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan terpakai seperti
palstik dan kertas
YDP Puan Maimunah juga tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan
melawat booth-booth pameran
Persembahan tarian daripada kanak-kanak ini begitu mencuit hati para tetamu
yang datang Perasmian Karnival Komuniti Mampan
Kanak-kanak tadika ini sedang memperagakan pakaian yang diperbuat daropada
bahan-bahan terpakai seperti palstik dan juga surat khabar.
LAPORAN : LAMERAN LA21
TEMPAT : PANGSA DESA WAWASAN, BULIT MERTAJAM
TARIKH : 24 NOVEMBER 2012
En Chew memberikan cenderahati kepada seorang kanak-kanak yang berjaya
menjawab soalan
Booth MPSP sentiasa dilawati oleh orang awam yang berminat dengan cara
pembuatan sabun dan juga kompos
LAPORAN : LAWATAN PESERTA ECO TOWN UNEP
TEMPAT : PUSAT KITAR SEMULA KG PERMATANG NIBONG
TARIKH : 12 DISEMBER 2012
Peralatan-peralatan elektrik yang berjaya dikumpul di Pusat Kitar Semula Kg
Permatang Nibong
Ketibaan YDP Puan Maimunah Mohd Sharif di sambut mesra oleh penduduk
Permatang Nibong
Kebun sayur yang telah diusahakan oleh penduduk Permatang Nibong