Post on 20-Jun-2015
Penghargaan
Di ruangan penghargaan ini saya dengan saya rendah diri ingin merakamkan
ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga Sekolah
Kebangsaan Paroi kerana dengan kerjasama dan bimbingan warganya dapat jua
saya menghasilkan folio pengalaman berasaskan sekolah ini dalam masa yang telah
ditetapkan. Terutamanya kepada mentor saya iaitu Cikgu Noraishahtun Bte Hashim,
kerana telah banyak membantu saya dalam mendapatkan maklumat untuk
menghasilkan folio ini. Tidak lupa juga kepada Cikgu Hamizan Bin Hamid yang juga
telah banyak memberi dorongan dan nasihat kepada saya.
Kepada kedua-dua ibu bapa saya, saya juga ingin mengucapkan terima kasih
yang tidak terhingga kerana dengan doa dan keredhaannya dapat juga saya
menjalankan program pengalaman berasaskan sekolah ini dengan jayanya. Tidak
lupa juga kepada pakcik saya, En Bakar kerana membantu dan memberi pandangan
dalam penghasilan folio ini. Kepada rakan-rakan seperjuangan jasa kalian tidak saya
lupakan. Sekian Wassalam.
Pengenalan
Portfolio ini mengandungi data-data serta maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan Sekolah Kebangsaan Paroi yang terkini. Kesemua bahan-bahan ini
diperolehi apabila saya menjalankan Program Pengalaman Berasaskan Sekolah
pada 30 Ogos hingga 3 September 2010 yang lalu.
Di dalam bahan-bahan tersebut terkandung pelbagai maklumat seperti
temubual dengan pihak pengurusan sekolah, mentor, kakitangan sekolah dan murid.
Terdapat juga data-data yang berkaitan dengan perkembangan semasa murid-murid
di dalam bidang akademik dan bukan akademik. Kesemua ini boleh dijadikan
sebagai rujukan tentang sekolah ini pada masa yang akan datang.
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah ini telah banyak membantu saya
dalam menyediakan diri untuk menjadi seorang guru pada masa yang akan datang.
Portfolio inilebih kepada pengalaman saya ketika berada di sekolah tersebut selama
seminggu. Terdapat banyak maklumat bergambar dan mempunyai data di dalam
portfolio ini. Maklumat-maklumat bergambar adalah seperti gambar sekitar kawasan
sekolah sama ada di padang, bangunan kelas, bilik guru, dan sebagainya.
Terdapat juga huraian rancangan pengajaran dan pembelajaran harian
terhadap sistem pendidikan atau lebih tepat lagi sistem pengajaran dan
pembelajaran di sekolah yang saya jalani program tersebut.
Laporan Akhir
Pada 30 Ogos 2010 saya melaporkan diri ke Sekolah Kebangsaan Paroi,
70400 Seremban. Saya telahpun pergi ke sekolah berkenan terlebih dahulu untuk
memaklumkan kehadiran saya pada minggu yang akan datang untuk menjalankan
Program Pengalaman Berasaskan Sekolah. Perkara ini juga adalah disebabkan
pihak institut khuatir surat untuk makluman sekolah gagal sampai. Ketika saya
memaklumkan perkara dan tujuan saya, pihak sekolah tersebut telahpun mendapat
surat yang disampaikan oleh pihak institut, oleh yang demikian pihak sekolah
telapun memahami tujuan saya untuk berada di sekolah tersebut selama 1 minggu.
Pada 30 Ogos 2010 saya melaporkan diri di pejabat sekolah pada pukul 7.30
pagi. Setelah melaporkan diri, guru besar sekolah iaitu Puan Nadiah Chin Bt
Abdullah memperkenalkan mentor yang akan membantu saya sepanjang saya
berada di sekolah berkenaan. Guru mentor saya adalah Cikgu Noraishahtun Bte
Hashim, cikgu tersebut adalah cikgu yang mengajar saya ketika saya belajar di
sekolah berkenaan pada tahun1 hingga tahun 6. cikgu tersebut mengajar subjek
Kemahiran Hidup. Selepas itu saya di bawa oleh mentor saya ke bilik guru untuk
diperkenalkan kepada guru-guru yang lain, kebanyakkan guru di sana masih
mengenali saya terutamanya Cikgu Hamizan Bin Hamid iaitu jurulatih hoki saya
ketika di sekolah rendah, malahan gambar saya bersama pasukan hoki yang telah
memenangi Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan ada di letakkan
di atas mejanya, perkara ini amat mengharukan saya.
Sepanjang saya berada di sekolah berkenaan selama 1 minggu, saya telah
mendapatkan pelbagai maklumat untuk menghasilkan portfolio ini. Antara kaedah
saya mendapatkan maklumat adalah membuat temubual dengan murid, kakitangan
sekolah, mentor dan pihak pengurusan. Program ini sangat erkesan kepada bakal-
bakal guru di masa akan datang kerana dapat merasai pengalaman ketika berada di
sekolah.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa, (1994). Falsafah dan Konsep Pendidikan.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti
Kementerian Pendidikan Malaysia, (1999). Dasar Pendidikan Kebangsaan.Kuala
Lumpur : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.
Mok Soon Sang, (Ogos 2004). Pengantar Pendidikan Teras untuk Sarjana Muda
Pendidikan Sekolah Rendah. Ipoh: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Mok Soon Sang, (Jun 2003). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3 :
Profesionalisme Keguruan) Sekolah Rendah. Ipoh : Kumpulan Budiman Sdn
Bhd.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (1994). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
Secara Menyeluruh. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
Matlamat dan Misi. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sharifah Alwiah Alsagoff, (1984). Falsafah Pendidikan. Petaling Jaya :
Heinemann Educational Books.
Sharifah Alwiah Alsagoff, (1984). Ilmu Pendidikan : Pedagogi. Petaling Jaya :
Heinemann Asia.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, (1994). Wawasan Pendidikan. Kuala Lumpur :
Cahaya Pantai Publishing Sdn Bhd.
Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, (1996). Pengisian Wawasan Pendidikan 1993-
1995. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pendahaluan
Saya telah menjalankan program Pengalaman Berasaskan Sekolah di
Sekolah Kebangsaan Paroi yang terletak di Seremban , Negeri Sembilan . Alasan
utama mengapa saya memilih sekolah ini ialah lokasinya yang berdekatan dengan
kawasan rumah saya . Saya berada di Sekolah Kebangsaan Paroi selama satu
minggu dan pengalaman di sana banyak membantu saya dalam menyiapkan
tugasan saya yang harus dihantar selepas cuti hari raya.
Untuk permulaan , sekolah ini telah mula beroperasi pada 10 Januari 2004
dan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Dato’ Seri Hishammuddin
Tun Hussein Onn . Sekolah ini dibina adalah untuk menampung jumlah penduduk
yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah sekitar kawasan Senawang ,
Paroi dan Ampangan . Sebelum ini , mereka terpaksa menghantar anak-anak
mereka ke sekolah yang jauh dari kawasan rumah masing-masing . Boleh dikatakan
sekolah yang paling hampir dengan kawasan perumahan mereka kira-kira 10 km
dan ini merupakan beban yang terpaksa ditanggung oleh para ibu bapa untuk
tempoh yang lama . Namun , setelah Sekolah Kebangsaan Paroi beroperasi ,
masalah ini berjaya di atasi dan keselamatan murid-murid lebih terjamin dengan
adanya kawasan sekolah yang terletak berhampiran dengan rumah mereka . Guru
Besar pertama Sekolah Kebangsaan Paroi adalah Puan Fusiah Bt. Ishak dan beliau
masih lagi kekal berkhidmat sehingga sekarang . Sekolah ini mempunyai prasarana
dan kemudahan yang lengkap dari segi akademik mahupun kokurikulum . Kawasan
sekolah yang luas menjadikan sekolah ini boleh membuat banyak penambah baikan.
Sekolah ini mempunyai 24 bilik darjah dan 2 makmal sains , 1 bilik muzik , dan
bengkel kemahiran hidup yang lengkap dengan peralatan dan bahan berdasarkan
sukatan pelajaran . Sekolah ini juga mempunyai kuarters untuk guru-guru .
Misi Sekolah Kebangsaan Paroi adalah beriltizam untuk menyediakan
pelbagai kemudahan untuk merangsang pelajar supaya berdaya maju untuk
melahirkan insan yang berketrampilan , berakhlak mulia dan berilmu . Jika kita lihat
dengan lebih dalam lagi misi Sekolah Kebangsaan Paroi ini adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan insan yang berketrampilan ,
berakhlak mulia dan berilmu pengetahuan . Sekolah ini juga amat serius dalam
menjalankan dan memastikan pelaksanaan misi ini kerana melalui tinjauan yang
telah saya lakukan , pengurusan sekolah amat menitikberatkan soal kemudahan
untuk murid-murid dan para guru dalam menyahut seruan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang dan harmonis . Visi
Sekolah Kebangsaan Paroi pula adalah untuk mewujudkan budaya cemerlang
dalam pelbagai disiplin pendidikan . Melalui tinjauan saya , saya mendapati bahawa
sekolah ini telah berjaya mewujudkan pelbagai budaya pendidikan yang cemerlang
seperti pelaksanaan sudut membaca di ruang bawah setiap tangga yang terdapat di
sekolah tersebut .
Pencapaian para pelajar Sekolah Kebangsaan Paroi pula adalah amat
cemerlang dengan rekod sejak mula beroperasi , Sekolah Kebangsaan Paroi
berjaya mengekalkan lulus 100% dalam semua mata pelajaran Ujian Penilaian
Sekolah Rendah dan purata pelajar yang berjaya memperolehi 5 A dalam UPSR
adalah 10 orang untuk setiap tahun . Mereka juga berjaya memastikan peratus
pencapaian akademik tahun 1 hingga 5 melebihi 80% untuk 2 tahun kebelakangan
dan ini merupakan pencapaian yang baik dan diharapkan pencapaian yang
cemerlang ini berjaya dikekalkan untuk tahun-tahun akan datang . Pencapaian para
pelajar Sekolah Kebangsaan Paroi tidak terhenti sekadar di bidang akademik sahaja
malah mereka juga berjaya mewakili daerah Seremban malah Negeri Sembilan
dalam pertandingan Gimnastik , olahraga , hoki , bola sepak , tenpin boling , bola
tampar , bola jaring dan bola baling . Penglibatan mereka dalam pertandingan
kawad badan beruniform juga membuahkan hasil apabila pasukan kawad kaki
pengakap perempuan berjaya mewakili zon Seremban ke pertandingan kawad
peringkat negeri . Boleh dikatakan Sekolah Kebangsaan Paroi mempunyai para
pelajar yang berbakat dalam kedua-dua bidang dan ini juga merupakan implikasi
daripada peranan sekolah yang telah berjaya mengembangkan intelek , emosi dan
jasmani para pelajar .
Sekolah Kebangsaan Paroi juga telah memberiakn pelbagai bentuk
sumbangan terhadap penduduk setempat dan sumbangan yang paling ketara ialah
dengan membantu para pelajar yang datang dari kelurga yang tidak berkemampuan
dengan membekalkan peralatan sekolah dan duit saku untuk dijadikan belanja oleh
pelajar dan sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga-keluarga tersebut
dan program ini dijalankan setiap tahun . Sekolah Kebangsaan Paroi juga
melaksanakan program Rancangan Makanan Tambahan yang diberikan kepada
para pelajar yang kurang berkemampuan pada waktu rehat dengan menyediakan
makanan-makanan untuk mereka . Sekolah Kebangsaan Paroi juga turut serta
dalam program gotong royong kawasan taman dan kampung yang berdekatan
dengan mengerahkan par pelajar dan guru-guru untuk turut serta dan mengeratkan
lagi silaturrahim dengan penduduk setempat namun acara ini tidak selalu dijalankan
dan bukan merupakan acara wajib untuk setiap tahun .
Kesimpulannya , Sekolah Kebangsaan Paroi telah berjaya menerapkan
pelbagai aspek dan berjaya mewujudkan budaya cemerlang dalam pelbagai disiplin
pendidikan . Ini merupakan aspek yang termaktub di dalam visi Sekolah
Kebangsaan Paroi dan melalu itinjauan saya , misi serta visi Sekolah Kebangsaan
Paroi telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang oleh pihak pengurusan serta
seluruh warga Sekolah Kebangsaan Paroi .
REFLEKSI
Pada awalnya, saya telah memilih sekolah yang Jauh rumah saya untuk
kemudahan saya berulang alik dari rumah ke sekolah. Tetapi disebabkan beberapa
masalah yang tertentu, saya mengambil keputusan untuk memilih sekolah yang
berhampiran dengan rumah saya kerana memikirkan bulan puasa. Setelah saya
fikir, saya pun telah memutuskan untuk memilih Sekolah Kebangsaan Paroi.
Menjelang hari pertama saya menjejakkan kaki ke Sekolah Kebangsaan Paroi, saya
merasakan bagai orang asing. Tetapi setelah saya mengenalkan diri saya kepada
guru besar iaitu Pn Nadiah Chin Bt Abdullah, beliau terus mempersilakan saya dan
merasa berbesar hati kerana saya sudi memilih Sekolah Kebangsaan Paroi untuk
menjalankan PBS saya.
Pada hari pertama tersebut, saya telahpun diberi tugas untuk mengganti
kelas ekoran ketidakhadiran seorang guru yang terpaksa bertugas di luar. Saya
menganggap ini adalah peluang saya untuk bersama murid mengenali mereka
dengan lebih dekat lagi. Setelah selesai tugas yang pertama, saya dipanggil oleh
GPK 1 untuk taklimat tentang mentor dan memperkenalkan guru tersebut. Pada hari
kedua saya diberi tugas mengganti kelas lagi. Saya mengganti kelas 1 Zamrud.
Saya beranggapan bahawa ini adalah mungkin tugas yang mencabar kerana saya
bakal berhadapan dengan kanak-kanak yang kurang mengerti dan memahami kata.
Didalam kelas, murid-murid tadi tidak menghiraukan saya dihadapan. Saya
mengambil keputusan untuk menakutkan mereka dangan menepuk papan hitam
untuk membuat mereka diam. Ternyata aksi saya itu membuatkan mereka sedikit
terperanjat. Akhirnya mereka diam dan saya menyuruh mereka membersihkan kelas
kerana tiada aktiviti yang boleh dilakukan dengan peruntukan masa 30 minit. Hari
ketiga menjelang tiba. Kali ini saya diberi tugas menggantikan kelas 5 Bestari. Untuk
mengelakkan diri saya tidak dihiraukan, saya mengambil pendekatan untuk masuk
ke kelas dalam keadaan muka yang bengis.
Saya dapati taktik yang saya gunakan kali ini menjadi kerana ternyata rata-
rata murid menumpukan perhatian dan khusyuk mendengar arahan saya. Saya pun
mengambil kesempatan untuk mengenali dan menemubual beberapa orang murid.
Saya bertanya beberapa soalan kepada mereka tentang prasarana, tabiat guru, dan
aktiviti-aktiviti sekolah yang mereka ceburi. Hasil dari temubual tersebut saya dapati
bahawa rata-rata murid di Sekolah Kebangsaan Paroi ini menunjukkan nilai-nilai
dan ciri-ciri murid yang akan berjaya dan bakal menerajui negara dengan cemerlang,
gemilang, dan terbilang. Setelah itu, saya ke bilik guru untuk mendapatkan bahan-
bahan untuk PBS ini. Di sana, saya telahpun berbual dengan dua orang guru lelaki
dan seorang guru perempuan.
Setelah itu, saya pun beredar untuk ke pusat sumber Sekolah Kebangsaan
Paroi. Disini saya dapati bahawa pelbagai kelengkapan seperti kerusi, meja, buku-
buku dan sebagainya disusun dengan rapi dan kemas sekali. Segala maklumat
boleh diperolehi dari pusat sumber ini. Pada hari keempat, setelah selesai
menggantikan kelas, saya meluru ke pejabat untuk berjumpa dengan pihak
pentadbir Sekolah Kebangsaan Paroi. Disini saya dilayan dengan baik sekali.
Segala pertanyaan saya tentang sekolah dijawab dengan tepat dan terperinci. Untuk
meningkatkan lagi mutu kerja saya, saya telahpun mengambil pelbagai jenis gambar
yang berguna untuk dijadikan lampiran pada laporan PBS saya nanti.
Hari yang kelima adalah hari yang paling ditunggu . Ini adalah kerana ini
adalah hari yang terakhir di Sekolah Kebangsaan Paroi. Pada hari ini saya telahpun
dipanggil oleh guru besar dan beliau telahpun mencurahkan hasratnya untuk melihat
saya berjaya menjadi seorang guru yang cemerlang dan pihaknya merasa berbesar
hati untuk menerima saya lagi sekiranya saya dihantar ke Sekolah Kebangsaan
Paroi untuk menjalani sesi praktikum yang seterusnya.
Bilangan Tajuk Muka Surat
1. Biodata
2. Isi Kandungan
3. Borang Kehadiran
4. Pengahargaan
5. Pengenalan
6. Pendahaluan
7. Panatia Matapelajaran KHSR
8. Rancangan Pengajaran Harian
9.Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran
KHSR
10.Kemudahan Dari Segi Alatan Dan Bahan Serta
Bengkel KHSR
11. Refleksi
12. Laporan Akhir
13. Bibliografi
14. Lampiran
Panatia Matapelajaran KHSR
Ketua panatia Kemahiran Hidup di Sekolah Kebangsaan Paroi ialah Pn
Rohana Bt Zainal Abidin. Beliau merupakan lulusan ijazah ekonomi rumah tangga
semasa belajar di maktab dahulu. Kemahiran beliau ialah di dalam subjek ekonomi
rumah tangga. Di bawah beliau, terdapat cikgu kemahiran hidup yang lain iaitu cikgu
Pahrol dan Pn Halimah. Mereka akan membantu Pn Rohana dalam mengajar subjek
kemahiran hidup selain daripada ekonomi rumah tangga seperti perdagangan,
pertanian dan kemahiran kayu.
Banyak aktiviti yang telah dilakukan oleh jabatan kemahiran hidup di Sekolah
Kebangsaan Paroi seperti bengkel Reka Cipta, Jamuan Kemahiran Hidup dan
membuat landskap. Kemahiran hidup merupakan subjek yang penting dan Pn
Rohana sangat menitikberatkan pembelajaran ini semasa menemubual beliau.
Sekolah Kebangsaan Paroi, 70400 Seremban, Negeri
Sembilan Darul Khusus