Post on 12-Jun-2015
Laporan Aktiviti Kembara
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM, BANGI
LAPORAN AKTIVITI KEMBARAPROGRAM BINA INSAN GURU
KPLI j-QAF DAN KPLI KDC SIRI KE-113 – 6 OGOS 2009
PUSAT PENYELIDIKAN SAINS MARIN UPMTELUK KEMANG, NEGERI SEMBILAN.
Naqib :USTAZ ISMAIL B CHE KU
Ahli Kumpulan Amanah:
ABD GHANI B KAMARIFAZRIL DEESAM B ABDUL SAMAT
ISMAILB SALLEHFADZILAH BT JUMINGANFARAH HAYATI BT ASHIM
NOOR LAILA BT MUHIDDIN@YIDINNOREHAN BT MARDZUKI
NURUL HUDA BT MD SALEHAIDA MALISA BT ABD RANI
PENGHARGAAN
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 1
Laporan Aktiviti Kembara
j
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat-sahabat baginda dan
seterusnya kepada semua saudara seperjuangan yang bertebaran di muka bumi
Allah.
Bersyukur kami kepada Allah S.W.T di atas limpah kurniaan dan I’nayahnya
dapatlah kami menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pihak Institut Pendidikan
Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam, Bangi iaitu tugasan Laporan BIG Fasa 1
2009 yang telah dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Sains Marin Universiti Putra
Malyasia, Teluk Kemang, Negeri Sembilan pada 3 hingga 6 Ogos 2009.
Jutaan terima aksih diucapkan kepada semua terutamanya kepada pihak
pengurusan Hal Ehwal Pelajar(HEP), Ustaz Ismail Che Ku, En. Isa, En. Mohd Jaflus
Bahari, Pn. Hazina Zakaria, Pn. Norjah Hassan, Pn. Kamaliah Ismail dan kepada
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 2
Laporan Aktiviti Kembara
semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam
merealisasikan Program Bina Insan Guru KPLI Siri 11 2009 ini.
Sesungguhnya program ini sangat bermanfaat dan berguna kepada kami
untuk membina jati diri sebagai seorang pendidik, sekali gus dapat melatih diri dan
bersedia untuk menempuh pelbagai cabaran dan dugaan khusunya dalam profesion
perguruan.
Akhir kalam, Diharap apa yang dipelajari sepanjang program Bina Insan
Guru ini dapat dipratikkan dalam kehidupan seharian, khususnya dalam proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Semoga kita semua mendapat hidayah dan
rahmat dari Allah S.W.T. insyaallah.
Sekian, terima kasih.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 3
Laporan Aktiviti Kembara
AHLI KUMPULAN AMANAH BIG SIRI 11 (2009)
PENGENALAN
Program Bina Insan Guru (BIG) mula dilaksankan pada bulan Januari 2001 untuk
memenuhi keperluan Latihan Perguruan Pra perkhidmatan. Sukatan pelajaran yang
disediakan ini menekankan kepada unsure-unsur hidup bermoral dan beragama
sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insane guru. Model Konseptual
Pendidikan Guru elemen-elemen intelek, jasmani, rohani dan emosi diberi
penekanan dalam program ini.
Satu sukatan pelajaran yang standard bagi semua program pra
perkhidmatan di Institut perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT) telah
disediakan untuk program ini. Semua pelajar pra perkhidmatan diwajibkan bagi
melayakkan mereka ditauliahkan dengan diploma perguruan Malaysia . Sukatan
pelajaran ini mengandungi tiga tema utama iaitu Konsep dan Ciri-ciri dalam
Pembinaan Insan Guru, Pembangunan Insan Guru serta peranan dan tanggungjwab
Insan Guru.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 4
Laporan Aktiviti Kembara
OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
Melalui Program Bina Insan Guru ini pelajar dapat:
1. Menunjukkan ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan patuh kepada ajaran
agama;
2. Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,
bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan;
3. Meningkatkan ketahanan fizikal dan mental;
4. Meningkatkan dan menguasai kemahiran interpersonal dan intrapersonal
serta perpaduan masyarakat;
5. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, kumpulan, dan masa dengan
berkesan ; dan
6. Meningkatkan pengembangan potensidiri sebagai insane berakhlak mulia
melalui amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan
seharian.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 5
Laporan Aktiviti Kembara
FUNGSI PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)
Program Bina Insan Guru (BIG) berfungsi sebagai :
1. Memenuhi keperluan sukatan pelejaran bagi program pra perkhidmatan di
Institut Perguruan Malaysia (KDPM/KPLI/KPLI-SR/PPPR4PT).
2. Melahirkan guru yang berakhlak mulia dan bersemangat juang yang tinggi.
3. Mendidik guru supaya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta dapat
memanfaatkan kepada diri, keluarga, masyarakat serta Negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 6
Laporan Aktiviti Kembara
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 7
Laporan Aktiviti Kembara
CARTA ORGANISASI
PROGRAM BIG SIRI 11 2009
KOMANDEN KEM
Ustaz Ismail b. Che Ku
PENGHULU PENGHULUWATI
Md. Nasrin b. Hj Muti @ Basir Noor Laila bt Muhiddin @ Yidin
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 8
Laporan Aktiviti Kembara
Ketua Kumpulan Amanah Ketua Kumpulan Budiman
Abd Ghani b Kamari Mohd Zul Bakri b Baharin
Ketua Kumpulan Cendekiawan Ketua Kumpulan Dedikasi
Asman b Abdullah Mohd Razif b Arshad
Ketua Kumpulan Harmoni Ketua Kumpulan Gigih
Nor Jalilah bt Abd Jalil Khairul Zharif b Zainal
CARTA ORGANISASI KUMPULAN AMANAH
KETUAAbd Ghani b Kamari
PENOLONG KETUAFarah Hayati bt Ashim
SETIAUSAHA KETUA DOKUMENTASINurul Huda bt Md Saleh Fadzilah bt Jumingan(Ketua Unit Persembahan) (AJK Makanan)Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 9
Laporan Aktiviti Kembara
JURUGAMBARIsmail b Salleh
(Ketua Unit Kerohanian)
AHLI KUMPULAN
Fazril Deesam b Abd Samat Noor Laila bt Muhiddin
(Penghuluwati)
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 10
Laporan Aktiviti Kembara
Norehan bt Mardzuki Aida Malisa bt Abd Rani
(AJK Keselamatan)
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 11
Laporan Aktiviti Kembara
LAPORAN AKTIVITI PENGURUSAN BINA INSAN GURU (BIG)
Aktiviti : Kembara
Tarikh : 5 Ogos 2009
Pada 5 Ogos 2009 bersamaan hari Rabu, seramai 31 orang peserta Program Bina
Insan Guru (BIG) Siri 11 2009 telah mengikuti aktiviti kembara di Hutan Tanjung
Tuan. Kumpulan yang terlibat dengan aktivit kembara ini ialah kumpulan Amanah,
kumpulan Budiman dan kumpulan Gigih. Aktiviti ini telah diketuai oleh Ustaz Ismail b
Che Ku dan di bantu oleh En. Mohd Isa b Ramlan.
Aktiviti ini bermula pada jam 8.00 pagi dengan mendengar taklimat pertama
dari Ustaz Ismail Che Ku di tapak perkhemahan di Pusat Penyelidikan Sains Marin
UPM, Teluk Kemang. Antara taklimat yang diberikan ialah mengenai keselamatan
ketika mengikuti aktivit kembara ini, membawa topi, name tag, peti keselamatan,
makanan, minuman dan barang-barang keperluan lain jika perlu dibawa.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 12
Laporan Aktiviti Kembara
Perjalanan kembara bermula dengan menaiki bas menuju ke Hutan Tanjung
Tuan yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan dari tapak perkhemahan kami. Kami
diturunkan berhampiran dengan Ilham Beach Resort. Kami tiba di sana pada jam
8.25 pagi. Selepas itu, Ustaz Ismail Che Ku sekali lagi memberikan taklimat tentang
perjalanan kami nanti. Beliau berpesan agar kami sentiasa menjaga percakapan,
adab dan akhlak ketika berada di hutan. Selain itu juga, beliau berpesan agar
sentiasa melihat kebesaran Allah yang berada di dalam hutan nanti. Selepas itu, En.
Mohd Isa b Ramlan juga berpesan kepada kami agar sentiasa berhati-hati
sepangjang perjalanan kembara ini. Apabila mendaki bukit tinggi, beliau berpesan
agar dapat mengucapkan kalimah “Allahu Akbar” semoga perjalanan kami itu nanti
dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Selain itu, setiap peserta dikehendaki mengira jumlah peserta yang terlibat
dalam aktiviti kembara ini dan diwajibkan untuk mengingat nombor masing-masing
bagi memastikan bilangan peserta yang mengikuti aktivit ini cukup, iaitu seramai 31
orang. Selepas itu, Ustaz Ismail menjemput Saudara Ridzuan b Md Zin untuk
membacakan doa sebagai permulaan perjalanan kami agar dipermudahkan dan
dijauhkan dari sebarang musibah atau pun perkara yang tidak diingini. Perjalanan
kembara kami bermula pada jam 8.45 pagi.
Perjalanan bermula dengan melalui laluan yang memerlukan pendakian.
Cabaran pertama kami memang sangat mencabar kerana selepas 10 minit kami
memasuki hutan, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Bagi mengelakkan sebarang
perkara yang tidak diingini, Ustaz Ismail Che Ku telah memberi arahan agar kami
berhenti di check point pertama. Di situ, kami telah diperkenalkan dengan sejenis
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 13
Laporan Aktiviti Kembara
daun berduri berwarna hijau. Beliau mengaitkan kegunaan daun itu dengan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P). Seterusnya beliau mengadakan soal jawab
tentang spesis pokok yang wujud di sekeliling kami ketika itu, antaranya ialah pokok
mengkudu. Hujan semakin lebat ketika itu. Setelah beberapa minit berhenti di check
point pertama itu, kami meneruskan lagi perjalanan kembara kami.
Perjalanan kali ini semakin mencabar kerana “track” yang kami lalui sangat
licin dan air hujan turun mencurah-curah dari kawasan bukit. Keselamatan ketika ini
sangat diutamakan. Disebabkan laluan ini licin, kami terpaksa memegang dahan-
dahan pokok yang berada berhampiran kami bagi mengelakkan tergelincir. Selepas
lebih 20 minit berjalan, kami melintasi pagar. Menurut Ustaz Ismail Che Ku, itu
adalah pagar pemisah sempadan antara Negeri Sembilan dan Melaka. Kami
berhenti rehat seketika di check point ke ketiga bagi menghilangkan rasa penat dan
mengah berjalan dan mendaki di hutan berkenaan. Di check point ini, kami diminta
untuk mencari binatang atau pun fauna yang berada di sekeliling kami ketika itu
tanpa bergerak ke mana-mana. Terdapat seorang peserta yang menemui seekor
semut kecil dan memberikan kepada Ustaz Ismail Che Ku. Perbincangan ilmiah
mengenai semut sangat menarik perhatian kami. Ustaz Ismail dan juga En Mohd Isa
memberitahu terdapat satu surah di dalam al-Quran mengenai semut, iaitu surah Al-
Naml. Selain itu, kami juga membincangkan sifat-sifat yang terdapat dalam komuniti
semut yang bolah diambil iktibar dan pedoman. Antaranya ialah rajin, bekerjasama,
bersatu padu dan mementingkan masa. Kesemua ini boleh digunakan dalam
kehidupan sebagai seorang guru dan juga sebagai seorang muslim.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 14
Laporan Aktiviti Kembara
Selepas berehat seketika dan mendengar pengisian yang diberikan, kami
meneruskan lagi perjalanan. Pada kali ini, laluan yang kami lalui tidak seperti laluan-
laun sebelum ini kerana hujan sudah mulai reda dan laluan bukit juga sudah tiada.
Selepas berada di dalam hutan lebih 2 jam, akhirnya kami menemui jalan bertar.
Sekali lagi kami berhenti bertujuan untuk memastikan bilangan peserta yang
mengikuti aktiviti kembara ini mencukupi. Selepas itu, kami menuju ke Rumah Api
Tanjung Tuan. Perjalanan untuk menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan memakan
masa selama 20 minit. Akhirnya pada jam 11.00 pagi, kami tiba di Rumah Api
Tanjung Tuan. Kami berehat seketika sambil makan roti dan minum air mineral yang
telah dibekalkan kepada kami. Kami sangat terpegun melihat keindahan Rumah Api
Tanjung Tuan. Kebanyakkan peserta, ini merupakan pengalaman pertama
menjejakkan kaki ke sini. Setelah 10 minit berehat, kami meniti 66 anak tangga
menuju ke Puncak Rumah Api Tanjung Tuan. Rumah Api Tanjung Tuan terletak di
Port Dickson telah dibina pada tahun 1819 oleh kerajaan British semasa
pemerintahan Stamford Raffles. Ia digunakan untuk membantu kelasi, kapal dagang
dan nelayan berlayar. Selepas meniti 66 anak tangga, kami berhenti di medan tinjau
Pulau Intan. Di situ, kami dapat membaca maklumat mengenai Hutan Lipur Tanjung
Tuan dan laluan burung-burung di Tanjung Tuan. Hutan Lipur Tanjung Tuan terletak
tidak jauh dari rumah api. Pada bulan-bulan tertentu, Tanjung Tuan menjadi laluan
dan persinggahan burung-burung yang berhijrah dari Benua Asia ke Kepualauan
Indonesia . Selain maklumat tentang Tanjung Tuan, Ustaz Ismail Che Ku juga
berkongsi ide tentang kehidupan sebagi seorang muslim di atas muka bumi ini. Pada
jam 11.30 pagi, kami mula bergerak melalui denai yang terletak bersebelahan
Rumah Api Tanjung Tuan dan dari situ kami dapat menikmati keindahan laut (Selat
Melaka) dari atas. Keindahannya sukar digambarkan dengan kata-kata.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 15
Laporan Aktiviti Kembara
Selepas itu, kami meneruskan perjalanan kembara kami menuju ke Hutan
Lipur Tanjung Tuan. Sebelum kami masuk ke dalam, Ustaz Ismail Che Ku memesan
kepada kami agar menyalin atau mengingat sekurang-kurangnya lima nama pokok
yang terdapat sepanjang melalui laluan berbatu di dalam hutan itu. Antara sepsis
pokok yang kami temui ialah Pokok meranti tembaga, sentul, mengkuang siku
keluang, keruing dan bermacam-macam lagi. Laluan di dalam hutan lipur ini mudah,
kerana laluannya telah disimen. Selepas 20 minit perjalanan, kami berehat sebentar
di wakaf. Di situ, sekali lagi, kami mengira jumlah peserta bagi memastikan tidak ada
yang ketinggalan. Selepas 10 minit berehat, kami meneruskan perjalanan, dan
akhirnya kami sampai di pesisir pantai Tanjung Tuan, berhampiran Ilham Beach
Resort. Ustaz Ismail membawa kami ke suatu tempat yang kononnya pada suatu
ketika dahulu menjadi tempat pertapaan Mona Fendi. Selain itu, di situ juga didakwa
terdapat tapak kaki kanan Hang Tuah. Ia terletak pada sebuah batu besar di tepi
pantai Tanjung Tuan.
Selepas 15 minit berada di situ, kami berjalan melalui pesisir pantai dan kami
berhenti di satu kawasan lapang. Kami berhenti rehat di situ. En. Mohd Isa memberi
arahan agar kami bersiap sedia untuk menghidupkan api dan memasak. Pada
awalnya kami tidak yakin bahawa unggun api akan hidup kerana memandangkan
keadaan kayu api yang basah, mancis yang dibekalkan kepada kami juga basah,
akan tetapi disebabkan semangat yang diberikan oleh Ustaz Ismail Che Ku dan En.
Mohd Isa, kami teruskan jua sehingga unggun api kami berjaya dihidupkan.Setiap
kumpulan terdiri dari 3 atau 4 orang peserta. Menu kami pada tengahari itu ialah
nasi, sardin dan juga telur. Setelah setiap kumpulan siap memasak, kami makan
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 16
Laporan Aktiviti Kembara
bersama-sama. Kami berasa sangat teruja dengan apa yang kami lakukan pada hari
itu. Walaupun keadaan yang serba kekurangan, akhirnya kami berjaya juga
menyediakan makanan tengahari kami. Selepas makan tengahari, kami bersama-
sama menunaikan solat zohor secara berjemaah di tepi pantai. Suatu perkara baru
yang kami tidak pernah lakukan. Solat zohor berjemaah telah diimamkan oleh
Saudara Ismail b Salleh dan bilal pada hari itu ialah En. Mohd Isa b Ramlan. Selesai
solat zohor, kami bersiap-siap untuk pulang ke tapak perkhemahan kami.
Pada jam 2.00 petang kami meneruskan perjalanan menyusuri pesisir pantai.
Pergerakan kami agak laju kerana pada ketika itu air laut hendak pasang.
Perjalanan kami ditemani dengan pokok kayu bakau yang yang berceracak di
sepanjang panatai itu. Sesuatu yang unik dan cantik. Selepas 25 minit berjalan, kami
berhenti di suatu kawasan berbatu. Perbincangan ilmiah dilakukan mengenai “al-
Hajar” iaitu batu. Ustaz Ismail Che Ku meminta kami mengeluarkan dalil dan bukti
mengenai al-hajar. Beberapa orang peserta berjaya mengeluarkan dalil
mengenainya. Selepas 10 minit berada di situ, kami meneruskan perjalanan
kembara dengan berjalan menyusuri hutan belukar dan akhirnya kami keluar dari
kawasan hutan dan kami berjalan menuju ke jalan raya. Kami berjalan bersebelahan
Kem PLKN Port Dickson. Kami menarik nafas lega kerana akhirnya kami dapat
mengharungi segala cabaran sepanjang aktiviti kembara kami pada hari tersebut.
Kami selamat keluar dari hutan pada jam 2.45 petang. Kami menunggu bas sampai
di hadapan Ilham Beach Resort dan pada ketika itu kebanyakkan peserta sudah
keletihan. Tidak lama kemudian, bas sampai untuk mengambil kami dan kami
pulang ke tapak perkhemahan. Pada pukul 3.05 petang kami selamat sampai di
Pusat Penyelidikan Sains Marin UPM, Teluk Kemang, tempat kami berkhemah.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 17
Laporan Aktiviti Kembara
Sesudah sampai, kami segera membersihkan diri dan berehat untuk seketika
sebelum memulakan aktiviti seterusnya.
REFLEKSI (MANFAAT / KEKUATAN / KELEMAHAN DIRI)
MANFAAT
Manfaat yang boleh kami terima sepanjang aktiviti kembara ini ialah merangsang
minda untuk berfikir. Berfikir mengenai kebesaran Allah S.W.T dengan ciptaan-Nya
yang tidak ternilai, tentang cabaran yang perlu diharungi sepanjang berada di dalam
profesion perguruan.
Selain itu ia juga dapat melatih ketahanan mental dan fizikal. Ketahanan
mental dan fizikal ketika mendaki bukit, ketika hujan lebat dan ketika memasak
dengan keadaan semua kelengkapan dan keperluan basah. Sekiranya peserta BIG
ini tiada ketahanan mental dan fizikal yang kuat, sudah tentu kami tidak dapat
menamatkan aktiviti ini dengan baik. Ia diumpamakan seperti menguji ketahanan
fizikal dan mental ketika mendidik anak-anak murid di sekolah.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 18
Laporan Aktiviti Kembara
Aktivit kembara ini juga dapat menjadikan kami supaya sentiasa tadabbur
kepada alam. Berbuat baik kepada alam dengan tidak merosakkannya dengan
sesuka hati. Aktiviti kembara ini juga menguji kesabaran dalam menghadapi segala
cabaran.
KEKUATAN
Kekuatan aktiviti kembara ini ialah semangat kerjasama. Kerjasama yang wujud
dikalangan peserta BIG ini sangat kuat sentiasa bersama sehingga ke akhir aktiviti
ini. Contohnya kerjasama yang wujud ketika mendaki bukit. Peserta-peserta
bersama-sama menarik tangan rakan-rakan yang lain bagi memudahkan ia naik ke
atas. Sekiranya tiada semangat kerjasama, berkemungkinan ada peserta yang jatuh.
KELEMAHAN DIRI
Terdapat juga kelemahan diri yang wujud sepajang berjalannya aktiviti kembara ini.
Antaranya ialah tiada keyakinan pada diri untuk solat dalam keadaan yang serba
kekurangan seperti di tepi pantai. Ini kerana terdapat beberapa orang peserta tidak
menunaikan solat zohor di tepi pantai kerana was-was dengan keadaan yang kotor.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 19
Laporan Aktiviti Kembara
Selain itu, kurangnya persediaan yang sempurna untuk mengikuti aktiviti
kembara ini. Contohnya tidak menyediakan beg plastik sebagai persediaan
menghadapi cuaca hujan.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 20
Laporan Aktiviti Kembara
Peserta lelaki kumpulan Amanah, Budiman dan Gigih, sebelum bertolak untuk aktiviti kembara.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 21
Laporan Aktiviti Kembara
Beratur untuk menaiki bas.
Langkah pendakian bermula.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 22
Laporan Aktiviti Kembara
Sebelum mendaki, kami dihimpunkan dan diberi sedikit taklimat.
Di check point pertama, Us. Ismail Che Ku menanyakan berkenaan daun berduri yang dijumpainya, bagaimana ianya boleh digunakan di dalam P& P.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 23
Laporan Aktiviti Kembara
Tiba di Rumah Api Tanjung Tuan.
Bergambar kenangan bersama En. Isa.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 24
Laporan Aktiviti Kembara
Bersedia untuk memasak.
Peserta lelaki juga tidak kurang hebatnya, pandai memasak.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 25
Laporan Aktiviti Kembara
Hidangan tengahari kami di persisiran Pantai Tanjung Tuan.
Solat berjamaah di persisiran pantai.
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 26
Laporan Aktiviti Kembara
Kembara kami diakhiri dengan menuruni lurah bukit .
Kumpulan Amanah (BIG Siri 11 2009) 27