Langkah – Langkah Membuat Roti John

Post on 10-Jul-2016

253 views 9 download

description

KH-Masakan

Transcript of Langkah – Langkah Membuat Roti John

Langkah – langkah

membuat roti John

Bahan – bahan roti John

Potong roti John kepada 2 tetapi jangan sampai putus.

Sapu roti John dengan sedikit majerin.

Pecahkan telur dan masukkan 1 sudu besar daging ayam cincang berempah dan sedikit

garam. Kacau sehingga sebati.

Letakkan sedikit majerin di atas pan penggoreng sebelum meletakkan

adunan telur.

Tekap roti pada telur dan tunggu sehingga masak.

Sapu mayonis pada roti John.

Potong timun dan tomato menggunakan pisau dengan berhati-hati.

Letakkan salad, timun dan tomato di atas roti John.

Akhir sekali letakkan sos cili di atas roti John dan lipat 2.

Hasil Pembelajaran

Mematuhi langkah

keselamatan alatan

Kriteria Kejayaan

Mengamalkan peraturan penggunaan alatan (pisau dan dapur gas) semasa membuat roti John