Post on 06-Feb-2018
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)
CIS 20 : 2013
MANUAL TATACARA PENILAIAN
PENGELUAR BERSTATUS IBS (AIS)
© Copyright LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA
LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA Construction Industry Development Board of Malaysia
Ibu Pejabat CIDB, Tingkat 10, No 45, Menara Dato’Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Jalan Tun Razak 50480 Kuala Lumpur. Tel:603-40477000 Faks:603-40477020 http://www.cidb.gov.my
STANDARD INDUSTRI PEMBINAAN (CONSTRUCTION INDUSTRY STANDARD)
CIS 20 : 2013
MANUAL TATACARA PENILAIAN PENGELUAR BERSTATUS IBS (AIS)
© Copyright LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN MALAYSIA
Lampiran A
TATACARA PENILAIAN
PENGELUAR BERSTATUS IBS
ii
© Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Sebarang pertanyaan berkenaan buku ini hendaklah diajukan kepada: Pengurus Besar Bahagian Teknologi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Tingkat 1, Blok E, Lot 8 Jalan Chan Sow Lin 55200 Kuala Lumpur Tel : 603-92816909 Faks : 603-92815870 Email : cidb_ibs@cidb.gov.my Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara sama ada mekanikal atau elektronik termasuk fotokopi dan rakaman tanpa kebenaran bertulis CIDB. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
i
ISI KANDUNGAN
PERKARA M/S
Isi Kandungan i
Jawatankuasa Perwakilan iii
Prakata iv
Skop v
Definisi v
Singkatan vii
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Keistimewaan Program AIS 2
2.0 Objektif 3
3.0 Skop Penilaian 3
3.1 Kategori Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI)
3.2 Keupayaan Pengeluar
3
3
3.3 Pengesahan Dan Pematuhan Produk 4
4.0 Proses Penilaian Dan Pemerakuan AIS 5
4.1 Peringkat Permohonan 7
4.1.1 Syarat – Syarat Permohonan 7
4.2 Peringkat Penilaian 8
4.3 Peringkat Kelulusan 8
4.3.1 Kategori Pemerakuan AIS 8
4.3.2 Tujuan Pengkategorian 9
4.3.3 Kelebihan Pengkategorian 9
4.4 Tempoh Proses Pendaftaran dan Penerakuan AIS 10
4.4.1 Penerimaan Permohonan 10
4.4.2 Penilaian Permohonan 10
4.4.3 Kelulusan Permohonan Dan Pengeluaran Pemerakuan AIS 10
4.4.4 Tempoh Sah Pemerakuan AIS 11
4.4.5 Pembaharuan Pemerakuan AIS 11
4.4.6 Bayaran Pemerakuan AIS
11
ii
PERKARA M/S
5.0 Terma Dan Syarat-Syarat Pemerakuan AIS 12
5.1 Syarat - Syarat Am 12
5.2 Syarat - Syarat Semasa Menjalankan Penilaian 12
5.3 Penangguhan Penilaian 13
5.4 Kegagalan Penilaian 13
6.0 Pengujian Bahan Asas Dan Komponen IBS 14
LAMPIRAN
A. Borang Permohonan 26
B Contoh Sijil AIS Yang Dikeluarkan 27
RUJUKAN 28
SENARAI JADUAL
Jadual 4.1 Pengkelasan Pemerakuan Penilaian IBS 8
Jadual 4.2 Tempoh Sah Pemerakuan Penilaian IBS 11
Jadual 6.1 Senarai Pengujian Sistem Konkrit Pratuang 15
Jadual 6.2 Senarai Pengujian Sistem Kerja Blok 18
Jadual 6.3 Senarai Pengujian Sistem Acuan 20
Jadual 6.4 Senarai Pengujian Sistem Kerangka Keluli 21
Jadual 6.5 Senarai Pengujian Sistem Kerangka Kayu 22
Jadual 6.6 Senarai Berinovatif 24
SENARAI RAJAH
Rajah 1 Carta Alir Proses Penilaian Dan Pemerakuan AIS 6
iii
JAWATANKUASA PERWAKILAN
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
penerbitan manual ini:-
Ir. Noraini Bahri Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
En. Mohd Idrus Din Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
En. Rofizlan Ahmad Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
En. Mohd Rizzal Abd Ghani Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
En. Norirwan Mat Janus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
En. Ahmad Nazrol Ahmad Kamal Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
En. Mohd Azri Mohd Ariffin Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia)
Ir. Dr. Kamaluddin Abdul Rashid Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR)
Ir. Dr. Zuhairi Abd Hamid Makmal Kerja Raya Malaysia (CREAM)
Dr. Kamarul Anuar Mohammad Kamar Makmal Kerja Raya Malaysia (CREAM)
En. Ahmad Hazim Abdul Rahim Makmal Kerja Raya Malaysia (CREAM)
Tn. Hj Azmi Musa Institut Penyelidikan Industri & Standard Malaysia (SIRIM)
Tn. Haji Yahya Hj Arifin IKRAM QA Services Sdn Bhd
Cik Zaiton Abd Rahman IKRAM QA Services Sdn Bhd
En. Zulkefli Ismail Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Dr. Gomez Patrose Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
En. Mohamed Nor Azhari Azman Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Pn. Abrizah Abdul Kadir Eastern Pretech (M) Sdn Bhd
En. Mohd Sabri Abd. Ghani Global Prefab System Sdn Bhd
iv
PRAKATA
Pelbagai usaha dan tindakan telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengurangkan pergantungan
tenaga kerja asing dalam industri pembinaan Malaysia. Antara usaha yang telah diperkenalkan
oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) ialah Sistem Binaan
Berindustri atau lebih dikenali sebagai Industrialised Building System (IBS).
Penggunaan kaedah IBS disarankan dalam industri pembinaan Malaysia bagi menangani
pelbagai masalah yang dihadapi oleh industri pembinaan negara. Tempoh pembinaan yang
singkat, pengurangan penggunaan tenaga kerja dan juga pengurangan kos keseluruhan projek
adalah antara faktor yang menyumbang kepada penggalakkan penggunaan kaedah IBS dalam
industri pembinaan negara.
Standard Industri Pembinaan (CIS) untuk Tatacara Penilaian Pengeluar Berstatus IBS
(Assessment of IBS Status Manufacturer - AIS) ini adalah satu kaedah penilaian yang sistematik
bagi memberi pengiktirafan kepada pengeluar komponen IBS. Dokumen ini akan menjadi
panduan kepada agensi dan badan pelaksana projek untuk mengukur prestasi pengeluar
komponen berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh pengeluar tersebut.
Dokumen ini sebagai rujukan bagi penggiat industri pembinaan Malaysia terutamanya pengeluar
komponen IBS. Manual ini diterbitkan bagi membantu penggiat industri khususnya pengeluar
komponen IBS membuat perancangan dan persediaan awal untuk mendaftar dan mendapatkan
pengiktirafan sebagai pembekal komponen IBS dalam industri pembinaan Malaysia.
Manual Penilaian yang dirangka secara sistematik ini menggariskan tatacara penilaian bagi
menilai dan mengukur tahap prestasi pengeluar komponen IBS. Diharap manual ini dapat
digunakan secara meluas dan menjadi rujukan penting kepada penggiat industri pembinaan dan
seterusnya meningkatkan kualiti produk dalam industri pembinaan Malaysia.
Ketua Eksekutif
CIDB Malaysia
v
SKOP
Standard Industri Pembinaan (CIS) untuk Manual Tatacara Penilaian Pengeluar Berstatus IBS ini
adalah dokumen yang menggariskan proses permohonan, tatacara penilaian dan proses
kelulusan permohonan dan seterusnya pentauliahan Sijil Pengesahan AIS sebelum diiktiraf
sebagai Pengeluar produk komponen IBS yang berdaftar dengan CIDB.
DEFINISI
Definisi rujukan bagi manual ini adalah seperti berikut :
i. Standard Industri Pembinaan (Construction Industry Standard – CIS)
Salah satu garis panduan yang dikeluarkan untuk kegunaan industri pembinaan.
ii. Penilaian Pengeluar Berstatus IBS (Assessment of IBS Status Manufacturer -
AIS)
Proses Penilaian, Pengesahan, Pendaftaran dan Pensijilan Pengeluar Produk
Berstatus IBS yang dilaksanakan oleh Pusat IBS, CIDB.
iii. Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia
Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Malaysia adalah agensi
kerajaan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia yang bertanggungjawab
memantau keseluruhan aktiviti industri pembinaan di Malaysia.
iv. Pusat IBS
Pusat IBS (IBS Centre), CIDB adalah Pusat Rujukan Setempat bagi program
pelaksanaan kaedah pembinaan yang menggunakan Sistem Binaan Berindustri
(Industrialised Building System) atau IBS.
v. Pengujian
Proses penentuan ciri – ciri fizikal dan prestasi bahan / produk berdasarkan standard
yang ditetapkan.
vi
vi. Pemeriksaan
Proses yang meliputi pemerhatian, pengukuran dan penelitian terhadap data produk
serta keupayaan atau prestasi pengeluar yang dinilai berdasar kepada keperluan
dan syarat yang ditetapkan.
vii. Penilaian
Proses penyemakan dan pengesahan terhadap pengeluar bagi memastikan bahawa
kehendak pensijilan dipatuhi.
viii. Permerakuan
Proses membuat keputusan bagi penganugerahan Sijil Pengesahan AIS.
ix. Sijil Pengesahan Pengeluar Berstatus IBS
Sijil yang dikeluarkan dan diperakui oleh CIDB kepada pengeluar yang telah
mematuhi kehendak – kehendak mengikut Manual Tatacara Penilaian Pengeluar
Berstatus IBS.
x. Pengeluar
Syarikat atau organisasi yang membuat dan mengeluarkan produk komponen IBS.
xi. Pelan Kawalan Kualiti (Quality Control Plan)
Pelan terperinci tentang kaedah mengawal pembuatan dan kualiti produk mengikut
spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar.
xii. Ketidakpatuhan (Non-Conformity)
Kegagalan melaksana atau tidak menjalankan sesuatu kriteria sebagaimana yang
ditetapkan dalam Manual Tatacara Penilaian Pengeluar Berstatus IBS.
xiii. Proses Kawalan Pengeluaran ( Process of Production Control )
Dokumen proses kawalan yang sistematik bagi pengeluaran produk meliputi semua
elemen, keperluan dan peruntukan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar.
vii
SINGKATAN
i. BIM
Building Information Modelling.
ii. BS
British Standard.
iii. CAD Computer Aided Design.
iv. CAM Computer Aided Manufacturing.
v. CREAM
Construction Research Institute of Malaysia.
vi. IBS
Industrialised Building System.
vii. IKRAM
Institut Kerja Raya Malaysia.
viii. ISO International Organisation for Standardisation.
ix. MS
Malaysian Standard.
x. QA Quality Assurance.
xi. QC
Quality Control.
xii. SIRIM
Standard and Industrial Research Institute of Malaysia.
xiii. PPI
Pemerakuan Penilaian IBS (PPI)
xiv. PPS
Perakuan Pematuhan Standard
1
1.0 PENDAHULUAN
Dokumen Standard ini diterbitkan untuk proses penilaian ke atas pengeluar produk
komponen IBS. Penilaian dan Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI) membolehkan para
pengeluar, pemaju, pihak berkuasa tempatan serta penggiat industri pembinaan
mendapatkan pengesahan produk IBS yang berkualiti dan menepati piawaian. Setiap proses
pengeluaran produk komponen IBS akan dinilai dengan terperinci dan diluluskan sebelum
Pemerakuan Pematuhan IBS ditauliahkan oleh pihak berkuasa kepada pemohon yang layak.
Dokumen ini juga menjadi panduan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk memantau
dan menilai keupayaan dan kapasiti pengeluar yang telah mendapat pentauliahan dalam
kategori yang ditetapkan.
Penilaian dan Pemerakuan Pematuhan IBS bukan satu jaminan ke atas sesuatu produk atau
pengeluar yang telah diberi pengiktirafan. Sebaliknya, Penilaian dan Pemerakuan
Pematuhan IBS ini dilaksanakan bagi mengesahkan bahawa produk komponen IBS yang
berdaftar menepati spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar itu sendiri. Pengeluar
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kekurangan, kecacatan atau sebarang
masalah yang timbul daripada komponen IBS tersebut.
Pengeluar perlu memastikan bahan asas yg digunakan memperolehi PPS yg termaktub dlm
Jadual ke-4 AKTA 520 (pindaan 2011)
2
1.1 Kelebihan Program AIS
Program AIS membantu pengeluar produk komponen IBS untuk mendapatkan
pengiktirafan dalam industri pembinaan Malaysia.
Pengeluar produk komponen IBS yang telah mendapat Pemerakuan Pematuhan IBS
akan disenaraikan dilaman web Pusat IBS, CIDB dan akan menjadi sumber rujukan
kepada penggiat industri pembinaan Malaysia.
Program AIS ini juga menawarkan landasan untuk mempromosikan produk
komponen IBS. CIDB dan agensi-agensi pelaksana lain akan membantu
mempromosi pengeluar dan produk komponen IBS yang telah diluluskan melalui
kempen promosi yang diadakan dari masa ke semasa.
CIDB bertanggungjawab memastikan proses Pemerakuan Pematuhan IBS berjalan
dengan lancar dan teratur bermula daripada permohonan pemohon, lawatan premis,
pemeriksaan dokumen dan data pengesahan pengujian produk sehingga kepada
proses pengeluaran dokumen Pemerakuan Pematuhan IBS.
Pendaftaran dan Pemerakuan Pematuhan IBS pengeluar produk komponen IBS yang
telah diluluskan adalah layak untuk:
a) Bersama CIDB dalam aktiviti mempromosi pengeluar dan produk komponen
IBS
b) Membekal komponen IBS bagi projek kerajaan dan juga projek swasta
3
2.0 OBJEKTIF
Memberi panduan bagi proses penilaian serta pengesahan dan pemerakuan pematuhan
pengeluar berstatus IBS yang dilaksanakan oleh CIDB. Penggiat industri binaan khususnya
pengeluar komponen IBS juga boleh menjadikan manual ini sebagai panduan rujukan.
Dokumen ini menetapkan peraturan - peraturan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar bagi
melayakkan mereka untuk mendapatkan pentauliahan Pemerakuan Pematuhan IBS.
3.0 SKOP PENILAIAN
3.1 Kategori Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI)
Pemerakuan Pematuhan IBS (PPI) dibahagikan kepada enam(6) sistem IBS.
Pemberian sistem ini berdasarkan kepada keupayaan pengeluar dalam menghasilkan
komponen IBS untuk sistem tersebut. Sistem tersebut adalah seperti berikut:
a) Sistem Konkrit Pratuang
i) Pengeluar ditapak bina
ii) Pengilang
b) Sistem Acuan Berulang
c) Sistem Kerangka Keluli
d) Sistem Kerangka Kayu
e) Sistem Kerja Blok
f) Sistem Berinovatif
PPI dikeluarkan untuk mewakili satu premis / tapak bina dalam satu-satu masa.
Pemohon boleh memohon untuk mendapatkan PPI di setiap premis / tapak bina
sekiranya perlu.
3.2 Keupayaan Pengeluar
Untuk mendapatkan PPI, pemeriksaan keupayaan pengeluar akan dibuat berdasarkan
kriteria berikut:
a) Mempunyai sistem pengurusan yang sistematik
b) Mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh
c) Mempunyai jentera dan peralatan yang sesuai dan mencukupi
d) Mempunyai tenaga kerja yang mahir
e) Mempunyai kaedah pelaksanaan kerja yang kemas
f) Mempunyai kaedah kawalan kualiti produk yang sistematik
4
3.3 Pengesahan dan Pematuhan Produk
Semua dokumen berkaitan dengan pematuhan pengeluaran produk yang standard
akan disemak, diperiksa dan disahkan untuk menjalankan PPI.
Pengesahan pengeluar dan produk komponen IBS di bawah Penilaian dan PPI
berdasarkan kepada:
a) Pengeluar mempunyai sistem kawalan kualiti bagi memastikan proses penghasilan
produk menepati dan mematuhi spesifikasi teknikal yang berkaitan. Produk yang
dihasilkan perlu mengikut standard yang ditetapkan
b) Pengeluar mempunyai dokumen Prosedur Kawalan Kualiti seperti berikut:
i) Rekod bahan mentah
ii) Penggunaan kemudahan perisian CAD,CAM dan BIM (jika berkenaan)
iii) Rekod penghasilan produk
iv) Rekod pengeluaran
v) Dokumen berkaitan jaminan dan kawalan kualiti (QA/QC), kecacatan produk
(product defect), pensijilan produk (product certification) dan pengujian produk
(product testing) dari mana - mana badan pengujian yang diiktiraf oleh CIDB,
termasuklah produk yang dibuat di luar negara
5
4.0 PROSES PENILAIAN DAN PEMERAKUAN AIS
Proses PPI merangkumi tiga peringkat utama iaitu:
a) Peringkat Permohonan
Proses menyemak semua dokumen pemohon pengeluar dan produk IBS yang
diterima.
b) Peringkat Penilaian
Proses penilaian di premis pengeluar untuk pengesahan dokumen produk dan
komponen IBS.
c) Peringkat Kelulusan
Kelulusan hanya akan diberi setelah proses permohonan dan penilaian dibuat dan
didapati mematuhi segala keperluan yang ditetapkan.
6
Rajah 1 : Carta Alir Proses Penilaian dan Pemerakuan AIS
CIDB- Keputusan Lulus akan diperolehi Pensijilan Pengesahan AIS manakala keputusan gagal perlulah membuat permohonan yang baru
CIDB - Notis Permohonan Diterima dan tarikh lawatan pemeriksaan premis akan dikeluarkan setelah dokumen yang diperlukan lengkap
Aliran Proses
Pemohon - Mendapatkan kata laluan untuk akses ke IBS Net di www.ibscentre.com (E-Application)
Pemohon - Mengisi borang permohonan secara dalam talian
Pemohon - Perlu melengkapkan semula dokumen dan perkara yang diperlukan.. .
Keterangan
CIDB - Pegawai Penilai yang dilantik akan ke premis untuk lawatan pemeriksaan pada tarikh seperti yang ditetapkan Pemohon - Perlu mematuhi syarat seperti yang terkandung di para 5.1 dan 5.2 CIDB - Laporan penilaian akan dibuat selepas lawatan pemeriksaan dan diajukan kepada Jawatankuasa Pensijilan sekiranya tiada sebarang masalah. Notis Tidak Memenuhi Syarat dikeluarkan kepada pemohon sekiranya dokumen tidak lengkap
Peringkat Permohonan
Peringkat Penilaian
Peringkat Kelulusan
CIDB - Notis Penerimaan Permohonan diterima dan semakan dibuat, Notis Permohonan Tidak Lengkap dikeluarkan sekiranya keperluan dokumen dan perkara yang diperlukan tidak lengkap
CIDB - Jawatankuasa Pemerakuan akan bermesyuarat dan
keputusan akan dibuat melalui Notis Kelulusan.
Pemohon - Perlu membuat bayaran proses untuk permohonan baru / pembaharuan sijil terlebih
dahulu sebelum mengambil Sijil Pemerakuan Pematuhan.
Lulus
Ya
Ya
Gagal
Tidak
Tidak
CIDB - Pemohonon yang Lulus akan memperolehi Pemerakuan Pematuhan. Pengesahan AIS manakala pemohon yang Gagal perlulah membuat permohonan yang baru.
Tamat
Notis Kelulusan
Jawatankuasa Pemerakuan
Laporan Penilaian
Semakan Dokumen
Mula
Terima Permohonan
Permohonan
Lawatan Premis
Pengeluaran Sijil Pematuhan
Keterangan
Aliran Proses
7
4.1 Peringkat Permohonan
4.1.1 Syarat-Syarat Permohonan
Pengeluar hendaklah mengisi borang permohonan1 secara dalam talian
(online) melalui http://www.ibscentre.com dan melampirkan dokumen-
dokumen2 berikut:
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat3 yang masih sah
ii. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan4 dan status
Bumiputera jika ada
iii. Salinan Sijil Sistem Pengurusan Kualiti5 (ISO 9001) jika ada
iv. Manual Tatacara Operasi6 (Standard Operation Procedure)
v. Salinan laporan/ rekod keputusan ujian7 yang lengkap bagi setiap
produk yang dikeluarkan oleh Badan Pengujian yang diiktiraf oleh CIDB
vi. Salinan Sijil Kelayakan Akademik/ Teknikal Kakitangan8 syarikat
vii. Carta Penuh Organisasi Syarikat
viii. Salinan PPS bagi bahan asas, dibawah Jadual ke-4, Akta 520
(pindaan 2011)
1
NOTA: 1.Borang permohonan : Pengeluar hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian (online) sahaja. 2.Dokumen : Hanya dokumen yang dinyatakan dalam para (a), (b), (c), (f) dan (g) hendaklah diimbas dan dilampirkan bersama borang permohonan secara dalam talian (online). Manakala dokumen yang lain perlu diserahkan semasa penilaian dijalankan. 3.Sijil Pendaftaran Syarikat : Hanya sijil yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan sah tempoh. 4.Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan Status Syarikat Bumiputera : Sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan
Malaysia. 5. Sijil Sistem Pengurusan Kualiti ISO 9001: Sijil yang dikeluarkan oleh Badan Pensijilan Kualiti yang diiktiraf dan sah tempoh. 6.Manual Tatacara Operasi : Dokumen rujukan syarikat yang merangkumi proses rekabentuk, pembuatan, pemasangan dan
keselamatan.
7.Laporan/ Rekod Ujian : Setiap produk IBS yang dikeluarkan akan diuji mengikut spesifikasi teknikal yang ditetapkan.Prosedur ujian perlu dijalankan oleh makmal ujian seperti CREAM, SIRIM, IKRAM dan agensi lain yang diiktiraf oleh CIDB.
8. Sijil Kelayakan Akademik / Teknikal Kakitangan : Sijil yang dikeluarkan oleh institusi pengajian yang diiktiraf.
8
4.2 Peringkat Penilaian
Pegawai Penilai yang dilantik akan menetapkan tarikh lawatan ke premis pengeluar.
Penilaian di premis adalah untuk mengesahkan proses pembuatan produk, kawalan
kualiti, rekod pengujian dan perkara - perkara lain yang berkaitan.
4.3 Peringkat Kelulusan
Pegawai Penilai akan menyediakan laporan dan mengesyorkan keputusan yang
sewajarnya selepas penilaian dijalankan. Laporan ini akan diserahkan kepada
Pegawai Pelulus untuk tindakan seterusnya.
Setiap permohonan yang tidak mematuhi kriteria yang ditetapkan akan dikembalikan.
Pemohon diberi tempoh satu bulan untuk membuat pembetulan. Sekiranya pemohon
tidak mengembalikan semula dokumen dalam tempoh tersebut, permohonan
dianggap gagal dan permohonan baharu perlu dikemukakan semula.
Sijil Pengesahan AIS akan dikeluarkan kepada pemohon yang berjaya setelah proses
permohonan dan penilaian dibuat dan diluluskan.
4.3.1 Kategori Pemerakuan Pematuhan AIS
Kategori PPI diberi mengikut kreteria yang diperlukan seperti yang terkandung
di dalam Jadual 1.
Jadual 4.1 : Pengkategorian Pemerakuan AIS
Kategori Kriteria yang diperlukan
A
i. Pensijilan ISO
ii. Sijil / Laporan Pengujian Produk
iii. Laporan Kawalan Kualiti Pengeluaran
B i. Sijil / Laporan Pengujian Produk
ii. Laporan Kawalan Kualiti Pengeluaran
C i. Laporan Kawalan Kualiti Pengeluaran
9
4.3.2 Tujuan Pengkategorian
Pengkelasan pengeluar ini bertujuan untuk membuat perbandingan terhadap
tahap prestasi semasa antara pengeluar - pengeluar berstatus IBS dari aspek
kualiti dan kaedah pembuatan produk. Untuk mencapai tujuan ini, setiap
pengeluar akan dinilai berdasarkan tahap pematuhan Sistem Kualiti
Antarabangsa ISO siri 9001, aspek pengujian bahan asas serta komponen
siap dan kawalan kualiti pengeluaran produk oleh CIDB.
4.3.3 Kelebihan Pengkategorian
a) Mewujudkan persaingan yang sihat antara pengeluar terhadap tahap
prestasi syarikat dan produk yang ditawarkan
b) Pengeluar yang telah berdaftar diberi keutamaan untuk mempamerkan
produk keluarannya di dalam Galeri Komponen IBS
c) Data teknikal pengeluar yang telah berdaftar akan dimuatkan dalam Galeri
Info IBS untuk rujukan umum
d) Pengeluar yang memiliki kelas terbaik akan:
i. Diberi keutamaan dalam program yang dianjurkan oleh CIDB
ii. Mendapat tempat dalam setiap aktiviti promosi yang dijalankan
oleh CIDB
iii. Diberi peluang bekerjasama dengan CIDB untuk menjalankan
penyelidikan dan pembangunan produk baru yang berinovatif
iv. Disenaraikan dalam Katalog IBS Kebangsaan
v. Dijemput menyertai delegasi CIDB dalam membuat lawatan
teknikal bagi tujuan pembangunan produk berinovatif
vi. Diberi peluang menyertai ‘Jawatankuasa Pengeluar IBS’ bagi
tujuan pembangunan dan penambahbaikan Sistem Binaan
Berindustri Malaysia
vii. Berpeluang menyertai Jawatankuasa Standard Latihan Kemahiran
Kebangsaan
10
4.4 Tempoh Proses Pendaftaran dan Pemerakuan AIS
4.4.1 Penerimaan Permohonan
CIDB akan menyemak permohonan yang diterima dan notis Permohonan
Diterima ataupun Permohonan Tidak Lengkap akan dikeluarkan. Bagi
Permohonan Tidak Lengkap, pengeluar perlu melengkapkan permohonan
seperti yang diperlukan dan mengembalikan dokumen tersebut dengan segera
selepas notis berkenaan dikeluarkan untuk semakan semula.
Sekiranya pengeluar tidak mengembalikan permohonan yang lengkap dan
teratur dalam tempoh segera, permohonan itu akan dianggap gagal. Pemohon
hendaklah mengemukakan permohonan yang baharu jika masih berminat.
4.4.2 Penilaian Permohonan
Penilaian permohonan dibuat berdasarkan senarai semak dalam Borang
Semakan Pengeluar (AIS-01) dan juga Senarai Semak Pemeriksaan Premis
Pengeluar Komponen IBS (AIS-02 sehingga AIS-07).
Pegawai Penilai akan menghantar Notis Permohonan Diterima dan lawatan
ke premis pemohon akan dilakukan selepas Notis Permohonan Diterima
dikeluarkan.
Laporan penilaian pula akan disediakan dan diserahkan kepada
Jawatankuasa Pensijilan untuk pengesahan / kelulusan. Jika dokumen
permohonan didapati tidak lengkap di Peringkat Penilaian, pemohon akan
diberi ‘Notis Dokumen Tidak Lengkap’. Permohonan akan dianggap gagal
sekiranya pemohon tidak mengemukakan kembali dokumen - dokumen
berkenaan dengan lengkap dan teratur.
4.4.3 Kelulusan Permohonan Dan Pemerakuan Pematuhan AIS
Jawatankuasa Pemerakuan akan membuat penyemakan dan Notis Keputusan
akan dikeluarkan. Manakala pengeluaran Pemerakuan Pematuhan IBS
akan dibuat selepas Notis Keputusan dikeluarkan.
Keputusan Jawatankuasa Pemerakuan adalah muktamad dan jika gagal,
permohonan baharu perlu dikemukakan semula sekiranya pemohon masih
berminat untuk mendapatkan pensijilan ini.
11
4.4.4 Tempoh Sah Pemerakuan AIS
Tempoh sah Pemerakuan AIS yang keluarkan oleh CIDB bergantung kepada
pengkelasan sijil seperti Jadual 2:
Jadual 4.2 : Tempoh Sah Pemerakuan AIS
Kategori Tempoh Sah (Tahun)
A 3
B 2
C 1
4.4.5 Pembaharuan Pemerakuan AIS
Permohonan untuk Pemerakuan AIS hendaklah dibuat selewat-lewatnya 30
hari sebelum tarikh tamat sijil berkenaan. Pihak CIDB akan memberi
peringatan apabila tempoh sah sijil akan tamat. Kelewatan untuk
pembaharuan sijil pada masa yang ditetapkan akan dikenakan denda.
Manakala kelewatan pembaharuan dalam tempoh satu bulan dari tempoh sah
sijil akan mengakibatkan pengeluar hilang kelayakan sebagai pengeluar
berstatus IBS dan perlu membuat pendaftaran baharu.
4.4.6 Bayaran Pemerakuan AIS
Bayaran yang akan dikenakan kepada pengeluar yang ingin mendaftar dan
membuat pembaharuan Pemerakuan Pematuhan IBS adalah sebanyak
RM100 untuk setiap premis. Bayaran hendaklah dibuat secara tunai, wang
pos atau bank deraf di mana-mana kaunter pejabat CIDB Negeri di seluruh
Malaysia di atas nama Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.
12
5.0 TERMA DAN SYARAT-SYARAT PEMERAKUAN AIS
Untuk mendapatkan Pemerakuan AIS, pemohon perlu mematuhi perkara-perkara berikut:-
5.1 Syarat-Syarat Am
a) Menyediakan pengangkutan untuk Pegawai Penilai pergi dan balik dari pejabat
ke premis pengeluar (jika perlu)
b) Menyediakan penginapan untuk Pegawai Penilai sekiranya perlu bermalam (jika
perlu)
c) Pengeluar atau wakil sah pengeluar yang berlatarbelakangkan teknikal dan
kualiti produk hendaklah hadir sepanjang tempoh penilaian dijalankan
d) Menyediakan keperluan peralatan keselamatan kepada Pegawai Penilai semasa
menjalankan tugas di premis
5.2 Syarat-Syarat Semasa Menjalankan Penilaian
a) Pegawai Penilai akan mengadakan pemeriksaan ke premis pemohon.
Pemeriksaan dijalankan dengan merujuk dokumen lengkap dalam senarai
Borang Semakan Pengeluar (AIS-01) dan juga Senarai Semak Pemeriksaan
Premis Pengeluar Komponen IBS (AIS-02 sehingga AIS-07)
b) Menyediakan kemudahan dan peralatan yang diperlukan oleh Pegawai Penilai
semasa menjalankan pemeriksaan ke atas sampel produk komponen IBS
daripada mana - mana bahagian di dalam premis
c) Memastikan produk IBS disimpan secara teratur dan kemas mengikut jenis
produk
d) Bagi produk konkrit pratuang, penandaan produk (product marking) perlulah
dicetak di atas produk tersebut. Penandaan produk merangkumi rujukan tarikh
komponen dibuat serta rujukan pemasangan, bergantung kepada tatacara
pengeluar tersebut
e) Memastikan salinan dokumen sokongan sebagai lampiran yang diperlukan oleh
Pegawai Penilai dikemukakan semasa pemeriksaan dijalankan terutama pada
para 3.3
13
13
5.3 Penangguhan Penilaian
a) Penangguhan boleh dibuat sekiranya terdapat perkara - perkara yang tidak
dapat dielakkan seperti faktor cuaca ataupun sebarang bencana yang tidak
diduga
b) Sebarang penangguhan penilaian daripada pihak CIDB akan diberitahu sebelum
masa penilaian dibuat
5.4 Kegagalan Penilaian
a) Kegagalan pengeluar mematuhi mana - mana syarat seperti yang dinyatakan
dalam para 5.1 dan 5.2
b) Tidak mempunyai Manual Tatacara Operasi (Standard Operation Procedure)
c) Tidak mempunyai sistem kawalan kualiti dalaman bagi memastikan produk
yang dihasilkan menepati tahap kualiti yang ditetapkan
d) Kegagalan mematuhi kehendak pengujian seperti dinyatakan di dalam mana -
mana standard yang dirujuk
e) Tidak membuat pengujian ke atas komponen siap di Badan Pengujian yang
diiktiraf oleh CIDB
f) Tidak membuat pengujian ke atas bahan - bahan asas mengikut Pelan Kawalan
Kualiti yang diterimapakai
g) Keputusan ujian tidak mematuhi standard minima yang ditetapkan dalam
spesifikasi
h) Tidak dapat menyediakan produk IBS seperti yang telah dimaklumkan di dalam
permohonan
14
6.0 PENGUJIAN BAHAN-BAHAN ASAS DAN KOMPONEN IBS
Pengeluar mestilah menjalankan pengujian ke atas komponen IBS yang dikeluarkan.
Pegawai Penilai akan membuat penyemakan ke atas keputusan ujian yang dilakukan ke
atas bahan binaan serta komponen IBS yang siap. Bagi bahan asas yang mempunyai PPS
tidak perlu menjalani ujian lagi disepanjang tempoh sah laku PPS.
Pengeluar diwajibkan membuat pengujian komponen IBS di mana-mana makmal yang
diiktiraf oleh CIDB seperti:
a) Construction Research Institute of Malaysia. (CREAM)
b) Badan Pengujian lain
Pelbagai jenis ujian dijalankan yang meliputi bahan asas dan komponen IBS yang siap
(finished IBS component) seperti disenarai dalam jadual di bawah ini:
a) Sistem Konkrit Pratuang -- Jadual 6.1
b) Sistem Kerja Blok -- Jadual 6.2
c) Sistem Acuan Berulang -- Jadual 6.3
d) Sistem Kerangka Keluli -- Jadual 6.4
e) Sistem Kerangka Kayu -- Jadual 6.5
f) Sistem Berinovatif -- Jadual 6.6
15
JADUAL 6.1 : SISTEM KONKRIT PRATUANG
BIL JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI
i. Ready Mixed Concrete Rujuk MS 523 MS 523, CIS 21
Aggregate Visual Inspection MS 30
Admixtures Visual Inspection EN 934
Cement Rujuk MS EN 197 MS EN 197
Water Rujuk EN 1008 EN 1008
ii. Steel for the
Reinforcement of
Concrete
Rujuk MS 146 MS 146
iii. Steel Wire for the
Reinforcement
Rujuk MS 144 MS 144
iv. Welded Ste el Fabrics Rujuk MS 145 MS 145
BIL JENIS KOMPONEN SIAP JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI
i. Special Roof Elements
(EN 13693:2004 +A1
2009)
Flexural Test EN 13693
Surface finish EN 13369
Dimensions
- Total length
- Total width
- Thickness
- Total depth
- Bow
misalignment
camber
- Concrete cover
EN 13693 (5.2)
EN 13693 (4.3.1.1)
EN 13369 (4.3.1.1)
Weight of the element EN 13369 (5.3)
ii. Stairs
(EN 14843:2007)
Load Test EN 14843
Surface characteristics EN 13369 (4.3.2)
Dimensions
- Production
tolerances
- Minimum nominal
dimensions
EN 14843 (4.3.1.1)
EN 14843;l (4.3.1.2)
Weight of product EN 13369 (5.3)
iii. Wall Elements
(EN 14992:2007 +A1
2012)
Wall vapour permeability EN ISO 12572
Surface characteristics EN 13369
Dimensions
- Production
tolerances
- Minimum nominal
dimensions
EN 13369
EN 14992 (4.3.1.1)
EN 14992 (4.3.1.2)
16
BIL JENIS KOMPONEN SIAP JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI
Water absorption EN 13369 (4.3.7.5)
Fire test BOMBA requirement
iv. Floor plates for floor system (EN 13747:2005 +A2 2010)
Testing to determine erection spans
EN 13747 (Annex J)
Concrete compressive strength
EN 13369 (5.1)
MS EN 12390
Dimensions:-
Length
Cross section
Straightness of edge
Flatness of the moulded face protruding reinforcement
EN 13747 (5.2.1 – 5.2.4)
EN 13369 (Annex J)
Surface appearance:-
Roughness
General appearances
EN 13747 (5.2.5)
v. Hollow Core Slabs (EN 1168:2005 +A3 2011)
Full Scale Test EN 1168 (Annex J)
Concrete Compressive Strength
MS EN 12390
Slippage of tendons EN 13369 (4.2.3.2.4)
Cross section and length:
Slab depth
Web thickness
Flange thickness
Slab length
Slab width
Concrete cover
EN 1168 (5.2)
vi. Bridge Elements (EN 15050:2008)
Surface characteristics
EN 13369 (5.2)
Dimensions
Length
Height
Width
Vertical skewness
Horizontal skewness
Verticality
Lateral deviation
Camber or sagging
EN 13369 (5.2)
EN 15050 (5.2)
Weight of products
EN 13369 (5.3)
vii. Linear Structural Elements (BS EN 13225:2013)
Surface characteristics
13369 (Annex J.4)
17
BIL JENIS KOMPONEN SIAP JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNAPAKAI
Dimensions
Total length
Total width
Thickness
Total depth
EN 13369 (5.2)
viii. Foundations Elements [(BS EN 14991:2007)
Dimensions
Total length
Total width
Thickness
Total depth -
EN 13369 (5.2)
ix. Ribbed Floor Elements (BS EN 13224:2011)
Dimensions
Skewness
Lateral bow
Planarity
Angle deviation of rib
Camber or sag
EN 13224 (5.2)
EN 13369 (5.2)
Slippage of tendons EN 13369 (4.2.3.2.4)
Surface characteristics EN 13369 (4.3.2)
18
JADUAL 6.2 : SISTEM BLOK
BIL JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i. Constituent material of concrete
MS 26
EN 206
EN 206-1
ii. Aggregates MS 30
Visual inspection BS EN 206:2013
EN 206-1:2000
Sieve analysis EN 933-1
BS 882:1992
Water absorption EN 1097-6
iii. Admixtures Visual inspection
EN 934-1 Uniformity of density
iv. General Concrete composition BS EN 206:2013
EN 206-1:2000 Type of cement
Use of aggregates
Additions and admixtures
Resistance to alkali-silica reaction
Chloride content
Concrete temperature
BIL. JENIS KOMPONEN SIAP
JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i. a) Hollow Block
b) Solid Block
c) Interlocking Block
d) Lightweight Block
Dry density of block EN 12390-7
Weight of products EN 13369: 2004 (5.3)
Dimension MS 1064
EN 13369: 2004(5.2)
EN 13369: 2004 (Annex J)
Compressive strength EN 12390-2
EN 12390-3
EN 13369: 2004
Potential strength BS EN 206:2013
EN 206-1:2000
Water absorbtion EN 13369:2004 (Annex G)
Surface characteristics EN 13369:2004 (Annex J)
Thermal properties EN 12664
EN ISO 10456
Fire test BS 476 (Part 21/22)
Ii. Sistem Dinding Fire Test BS 476 (Part 21/22)
Robustness Test BS 5234: Part 2
Water/Wind Penetration Test
To be confirmed
19
BIL. JENIS KOMPONEN SIAP
JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i. e) Hollow Block
f) Solid Block
g) Interlocking Block
h) Lightweight Block
Dry density of block EN 12390-7
Weight of products EN 13369: 2004 (5.3)
Dimension MS 1064
EN 13369: 2004(5.2)
EN 13369: 2004 (Annex J)
Compressive strength EN 12390-2
EN 12390-3
EN 13369: 2004
Potential strength BS EN 206:2013
EN 206-1:2000
Water absorbtion EN 13369:2004 (Annex G)
Surface characteristics EN 13369:2004 (Annex J)
Thermal properties EN 12664
EN ISO 10456
Fire test BS 476 (Part 21/22)
Ii. Sistem Dinding Fire Test BS 476 (Part 21/22)
Robustness Test BS 5234: Part 2
Water/Wind Penetration Test
To be confirmed
20
JADUAL 6.3 : SISTEM ACUAN
BIL. JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN
STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i.
Wood
Load Test EN 1052
Swelling In Thickness
After Immersion In Water MS 1787:PART 6:2005
Preservative Treatment
Flexural Test
Chemical Resistance Test
Dimension Test EN 18202
Dimensional Changes
Associated with Changes
In RH
MS 1787:PART 8:2005
EN 13777:2002
ii.
Aluminium (Refer to 4th schedule item 11c & d )
Load Test ASTM B557
Dimension Test
Iii. Steel
Tensile Test EN 18216
Load Test EN 1065
Coating Test EN ISO 1641 : 1999
Type of coating - refer item
11b
Dimension Test
iv.
Plastic/Polymer
Tensile Test DIN EN ISO 527-2
Load Test
Flexural Test `
Chemical Resistance Test
Weathering Test
Dimension Test
BIL. JENIS AKSESORI JENIS PENGUJIAN
STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i. Concreting Bracket
Working Platform
Load Test EN 12811-1:2003
ii. Tie Rod Tensile Test
DIN 18216
MS 146 / EN 10002
iii. Push Pull Props Load Test DIN EN 1065
iv. Slab Props Load Test EN 1065
v. Guardrails
Impact Test Rujuk Jadual 4
AASHTO M-180
vi. Refer to standard scaffold MS 1462 part 1 -4)
21
JADUAL 6.4 : SISTEM KERANGKA KELULI
Bil JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA
PAKAI
i. Steel plate in-coil/sheet
Tensile test
Yield Strength
Elongation
Composition
Coating mass
AS 1397
MS 1196
BS 5950
ASTM A653
MS606:1979
** refer to 4th schedule MS
EN 10025 part 2
ii. Fasteners & Anchors
Coating mass
Shape, Diameter and
Dimensions
Capacity
ANZ 4600
AS 356
** refer to 4th schedule MS
EN 10025 part 26
Bil. JENIS KOMPONEN SIAP
JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i. Open Channels or Closed Sections (Component or Column/Beam)
Shape
Dimension
Section Properties
AS 1397
ANZ 4600
ASTM A653
MyCSI Specifications
MS606:1979/1991
EN 10219
** refer to 4th schedule MS
EN 10025 part 2
ii. Roof structure elements
Strength test
Serviceability test
AS 1397
ANZ 4600
MyCSI Specifications
BS5950
** refer to 4th schedule MS
EN 10025 part 2 & for cold
forming (refer to JKR spec)
iii. Wall frame elements
Strength test
Lateral Stability Test
Fire resistance Test
AS 1397
ANZ 4600
Australian NASH (National
Association of steel House)
Specifications
** refer to 4th schedule
iv. Floor Structure Elements
Strength test
Serviceability test
AS 1397
ANZ 4600
BS 5950
** refer to 4th schedule
22
JADUAL 6.5 : SISTEM KERANGKA KAYU
Bil JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA
PAKAI
i. Kayu
(Rujuk Jadual 4, CIS 5)
Preservative Treatment MS 697: 1981
MS 833: 1984
Mechanical Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 7 – Testing.
Timber Grading Malaysian Grading Rules
2009
MS 1714 : 2003
ii. Komposit Kayu
(Rujuk Jadual 4, CIS 5)
Mechanical Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 7 – Testing.
Formaldehyde Test Ms 1787 Part 14 Perforrator
method
MS 1887 Part 15 Dessicator
method
Bil JENIS BAHAN JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i.` Kerangka Kayu Kekuda Bumbung (Rujuk Jadual 4, CIS 5)
Deflection Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 7 – Testing.
Load Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 7 – Testing.
Fire Resistance Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 9 – Fire
resistance of timber
structures: Section 1:
Method of calculating fire
resistance of timber
members.
Deformation and Strength Test
BS EN 595: 1995. Timber
structures. Test methods.
Test of trusses for the
determination of strength
and deformation behaviour.
ii Engineered Timber
Products:
Glulam
Cross laminated
timber (CLT)
Laminated veneer
Deflection Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 7 – Testing.
Load Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 7 – Testing.
23
Bil JENIS BAHAN JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
lumber (LVL)
(Jenis Komponen Siap – Dinding, Rasuk, Papak, Kerangka Bumbung.
Fire Resistance Test MS 544: 2001 - Code of
practice for structural use of
timber. Part 9 – Fire
resistance of timber
structures: Section 1:
Method of calculating fire
resistance of timber
members.
24
JADUAL 6.6 : SISTEM BERINOVATIF
BIL JENIS BAHAN ASAS JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
Penggunaan bahan asas jenis bahan mudah terbakar (combustible) akan dihadkan penggunaannya tertakluk kepada undang-undang semasa - Uniform Building By Law 1984 (UBBL 1984) yang dikuatkuasakan oleh agensi teknikal berkaitan (authority having jurisdiction).
i. Konkrit
Rujuk jadual 3 – 7
Rujuk jadual 3 – 7
ii. Simen
iii. Fireboard (gypsum, mineral fibre, fibre cement, magnesium oxide, plaster, calcium silicate etc)
iv. Kayu
v. Fiberglass vi. Polyurethane (PU)
Combustibility Test
BS 476 Part 4
vii. Expanded Polystyrene (EPS)
viii. Lain-lain asas Komposit
BIL. JENIS KOMPONEN SIAP
JENIS PENGUJIAN STANDARD YANG DIGUNA PAKAI
i. Tiang
n.a. n.a.
ii. Dinding
Fire Resistance Test BS 476: Part 21 (Load bearing)
BS 476: Part 22 (non-load bearing )
iii. Rasuk
Deflection Test MS 146:2006
iv. Papak
Deflection Test MS 146:2006
v. Kerangka Bumbung
Deflection Test MS 146:2006
26
LAMPIRAN A
Senarai Borang Permohonan:
1. Bahagian A - Maklumat Pemohon
2. Bahagian B1 - Sistem Konkrit Pratuang
3. Bahagian B2 - Sistem Acuan (Reusable Formwork)
4. Bahagian B3 - Sistem Kerangka Keluli
5. Bahagian B4 - Sistem Kerangka Kayu
6. Bahagian B5 - Sistem Kerja Blok
7. Bahagian B6 - Sistem Berinovatif Lain
8. Bahagian C - Perakuan
27
LAMPIRAN C
Rajah 1 : Contoh Sijil AIS Yang Dikeluarkan
28
RUJUKAN 1. Precast Concrete Elements, British Standard.
2. Precast Concrete Elements, British Standard.
3. Guidance Paper B, “The Definition of Factory Production Control in Technical
Specifications for Construction Products”, 08 July 2002, Enterprise Directorate-
General of the European Commission
http://europa.eu.int/comm/enterprise/construction/internal/guidpap/guidpap.html
4. Guidance Paper K, “The Attestation of Conformity Systems and the Role and Tasks of
the Notified Bodies in the Field of the Construction Products Directive”, 08 July 2002,
Enterprise Directorate-General of the European Commission
http://europa.eu.int/comm/enterprise/construction/internal/guidpap/guidpap.html
5. Conformity Certification for Construction Products (LECM)
http://cc.informac.gov.mo/c/active/ProductSafety_Seminar/LECM_e.pdf
6. Timber IBS Design Guide, September 2011 Published By UPM
7. Detail Timber Design, MS 544
8. Guide To Modular Coordination In Building, Malaysian Standard MS 1064 :
Part 1 – 10, Department Of Standard Malaysia, 2003
9. Manual for IBS Scoring System (IBS Score), CIDB Malaysia, 2005
10. Industrialised Building System (IBS) Road Map 2011 - 2015