Post on 15-Dec-2014
description
‘PENGURUSAN PENANAMAN KENAF’
Oleh
NIK AB LAH N MOHAMED
Pusat Penyelidikan Padi & Tanaman IndustriMARDI Jeram Pasu16800 Pasir PutehKelantan
Kuliah kepada pelajar UMK pada 14hb Dis 2011 di Stesen MARDI Telong
PENGENALAN
Kenaf (Hibiscus cannabinus L.)
Famili Malvaceae
Pokok berserat bukan berkayu berasal dari Afrika
Tanaman jangka pendek boleh hidup subur di kawasan Tropika dan Subtropika
Tanaman baru boleh dibangunkan sebagai satu tanaman industri penting sebagai sumber fiber dalam pelbagai kegunaan Agro Industri
Kelebihan sebagai alternati baru kepada sumber berasaskan kayu
Boleh jadi makanan foraj yang bermutu untuk ternakan (mengandungi 15-35% protein kasar)
Kandungan serat luar (bast) 25-30% dan serat dalam (core) 70-75%.
Kegunaan serat kenaf secara meluas dalam industri pulpa dan kertas berkualiti, termoplastics, tekstil, gentian untuk fibre-glass, bio-komposit
Sambungan……
BAST & CORE BATANG KENAF
OBJEKTIF PENYELIDIKAN
Untuk menyebarkan teknologi penanaman kenaf yang lengkap dan terkini ke arah pembangunan industri kenaf untuk makanan ternakan dan pengeluaran serat di Malaysia
VARIETI
Diperolehi dari beberapa negara
Berbeza dari segi pertumbuhan pokok, warna batang, bentuk daun, bunga, warna biji benih, keperluan fotoperiod dan kesesuaian kepada keadaan sekitar pertumbuhan yang berlainan
Beberapa aksesi yang terpilih ialah V36, Gregg, Q-Ping, Yuexuen 743 dan KB6
Kitaran pertumbuhan berbeza-beza, cepat matang (75-105 hari), sederhana (105-120 hari) dan lambat matang (120-150 hari)
Penyaringan varieti bergantung kepada peringkat kematangan di mana lambat matang memberi hasil lebih kerana lambat berbunga dan batang yang tinggi
KEPERLUAN ASAS TANAMAN KENAF
Had latitud penanaman – Boleh tumbuh dalam lingkungan 45OC dan 45OS
Suhu optimum untuk pertumbuhan 25-280C dan hujan 240-490 mm dengan taburan sekata 4-5 bulan
Cuaca – Subtropika dan tropika, sensitif terhadap jangkamasa siang, cepat berbunga apabila tempuh siang < 12.5 jam, Permukaan tanah – Tumbuh baik di kawasan tanah rata yang tidak melebihi 12% kecerunan
Tanah/saliran – Tanah gembur berpasir dengan kandungan humus yang tinggi, saliran yang baik dengan air tidak bertakung terutamanya semasa peringkat awal penanaman
Puncak kepada fotokala, berbunga apabila waktu siang <12.5 jam dan bila berbunga tumbesaran berkurangan dan terus berhenti.
Untuk mendapat hasil yang baik, tanam musim hujan melainkan ada sumber sokongan pengairan disediakan
Tuaian hendaklah dilakukan musim panas supaya jentuai dapat berfungsi dengan baik dan batang kenaf cepat kering untuk di proses
Sambungan…….
KEPERLUAN JENTERA
Jentera diperlukan untuk pengeluaran kenaf bersekala besar
Penggunaan mesin mencepatkan operasi ladang, mengurangkan keperluan tenaga buruh dan kos pengeluaran
Keperluan jentera untuk Penyediaan tanah Menabur benih Pengawalan rumpai Pengurusan perosak dan penyakit Pembajaan Penuaian dan pengendalian
‘GARDEN SEEDER’
PERSAMPELAN TANAH DAN KESESUAIAN
Sampel tanah untuk penentuan tahap kesuburan dari segi keadaan fizikal dan kandungan kimia tanah
Sampel tanah diambil secara rawak sekurang- kurangnya 4 sampel di empat tempat dalam satu hektar kawasan
Tanah disampel dalam dua kedalaman, 0-20 cm dan 20-40 cm
Analisis kimia dibuat berdasarkan kedalaman dari campuran 4 sampel dengan 2 ulangan
PENYEDIAAN TANAH
Kawasan penanaman hendaklah dibersihkan dari segala tanaman samada besar atau kecil atau batuan jika ada supaya penggunaan jentera beroperasi dengan baik
Kawasan yang bermasalah dengan rumpai semburan racun rumpai lepascambah sistemik ‘broad spectrum’ (Glyphosate isopropylamine) mesti dibuat
Permukaan tanah hendaklah rata supaya jentera dapat beroperasi dengan sempurna dan cekap
Sistem perparitan mesti disediakan untuk saliran air berlebihan
Tanah kandungan liat tinggi pemecahan tanah lebih dalam diperlukan untuk mendapat tekstur tanah lebih halus untuk pengudaraan dan saliran yang baik
Semburan racun rumpai lepascambah (Glyphosate isopropylamine)semasa penyediaan tanah
KESAN SEMBURAN RACUN RUMPAI
Tanah dibajak sedalam 30-50 cm
Jika perlu tanah disikat dan dibajak putar untuk gembur dan bebas rumpai
Sambungan……
Bajak putar
TANAH RATA DAN STRUKTUR BAIK
PENGAPURAN
Jika perlu, 1-2 bulan sebelum tanam
Keperluan kapur (GML) sebanyak 1-2 ton/ha untuk menaikkan pH sebanyak 1 pH, bergantung kepada jenis tanah
pH 5.5 – 6.5 sesuai untuk tanaman
PEMBAIKAN TANAH
Tanah bris terutama memerlukan sebanyak 10 ton/ha baja organan (tinja ayam)
Keperluan baja organan untuk membaiki struktur tanah supaya mempunyai daya pegangan nutrien dan air yang baik
Tanah bris biasanya mempunyai kandungan organan < 1%, dan pasir > 90%
KUALITI BIJI BENIH
Biji benih yang berkualiti menentukan hasil pengeluaran kenaf yang tinggi
Percambahan biji benih mesti >90% untuk percambahan, kesuburan akan menyumbang kepada kepadatan pokok dan jumlah hasil biomas
Rawatan biji benih dengan racun kulat memelihara peratus percambahan yang ketara
Biji benih disimpan lama pada suhu biasa boleh menjejaskan percambahan
PENABUR BIJI BENIH
Cara menabur menggunakan jentera secara mekanikal
Membuka saluran biji benih pada kedalaman yang diingini
Menabur biji benih dengan kuantiti tertentu
Menjatuhkan biji benih ke dalam saluran
Menimbus biji benih dan memadatkan tanah
Jentera penabur biji kenaf enam baris
PENANAMAN BIJI BENIH
Jentera penabur biji benih 6 baris beserta pembaja
Dalam 1 ha boleh siapkan dalam masa 3 jam
Kedalaman 1-2 cm dengan kadar 20 ton/ha, pada jarak 30 cm x 5 cm dan boleh capai 650,000 – 850,000 pokok/ha bergantung kepada percambahan biji benih
Pertumbuhan dengan jarak yang betul memberi saiz batang yang sekata
Biji benih kenaf mula cambah seminggu selepas tabur
KEPADATAN POKOK
Kepadatan pokok dengan jarak antara baris yang optimum boleh memaksimakan hasil
Populasi tanaman menentukan hasil serat yang diperolehi
Peningkatan hasil serat dari pokok yang berkepadatan tinggi
Saiz batang yang kecil bermakna kandungan ‘bast’ lebih tinggi
KEPADATAN SESUAI
KEPERLUAN KELEMBAPAN
Hujan yang mencukupi atau adanya sistem sokongan pengairan semasa menabur boleh mengoptimumkan pertumbuhan
Kenaf memerlukan 7-15 mm air setiap hari semasa puncak pertumbuhan
Kenaf boleh tahan keadaan kemarau tetapi potensi hasil tidak begitu baik
Jenis tanah juga mempengaruhi keupayaan memegang, menyimpan dan menyerap air
PENGAIRAN SOKONGAN
Pengairan sokong penting pada musim kemarau
Untuk mengurangkan kos pengeluaran, masa menabur musim hujan digalakkan dengan tuaian pada musim kemarau
Disyorkan jenis pengairan sprinkler (rain-gun) yang sekata dan perladangan luas serta praktikal
Sistem pengairan ‘rain-gun’
PEMBAJAAN
Jumlah baja yang diperlukan bergantung kepada tahap kesuburan tanah
Memerlukan sebanyak 500 kg/ha NPK (15:15:15) dan 100 kg/ha Urea
Dibahagi kepada 2, separuh masa menabur dan separuh lagi 6-7 minnggu selepas tanam
Mempunyai respon yang baik kepada N
Pembajaan yang betul boleh dapat lebih dari 15 ton/ha hasil kering
KAWALAN RUMPAI
Kawalan rumpai menentukan kejayaan tanaman
Rumpai bersaing dengan tanaman untuk nutrien, air dan cahaya
Kawalan pertama rumpai ialah semasa penyediaan tanah dengan menggunakan racun lepas cambah (glyphosate)
Kawalan kedua ialah selepas sahaja menabur dengan menggunakan racun pracambah (metolachlor)
Jika masih ada lagi masalah rumpai berdaun halus sebulan selepas tanam guna racun rumpai selektif (fluzifop-butyl)
Jarak antara baris menentukan penutupan kanopi yang cepat akan merencatkan percambahan dan pertumbuhan rumpai
Semburan racun rumpai pracambah selepas menabur
Kesuburan tanah juga menentukan pertumbuhan yang cepat kanopinya
Pembentukan kanopi juga cepat oleh biji benih berkualiti, pembajaan dan air yang mencukupi
Menggunakan ‘boom sprayer’ atau ‘power sprayer’ sesuai dan memberi kesan yang baik
Sambungan……
SERANGAN PEROSAK DAN PENYAKIT
Serangga perosak yang selalu terdapat ialah jenis makan daun, penghisap dan mengorek batang
Serangga penghisap biji kenaf seperti ‘cotton stainer’
Juga perosak lain seperti aphid, kutu trip dll.
Ulat memakan daun seperti ulat ratus
Perosak utama kenaf ialah nematod puru akar menyebabkan pertumbuhan terencat dan kehilangan hasil
LELOMPAT DAUN (Chlorita biguttata)
‘imidacloprid’
BENTUK DAUN/TAHAN DARI LELOMPAT DAUN
ROOT-KNOT NEMATODE (Meloidogyne sp.)
‘carbofuran”
GILIRAN TANAMAN (KACANG TANAH DAN JAGUNG MANIS)
Anomis flava
‘deltamethrin’
COTTON STAINER (Dysdercus cingulatus) – serangan pada benih
Agrilus sp.
Penyakit kulat yang boleh menyerang kenaf
Bintik daun disebabkan oleh Colletotrichum capsici dan Cladosporium sp
Reput akar oleh Fusarium oxysporum
Kesan hitam pada batang oleh Phytophthora parasitica
Reput pangkal oleh Sclerotia rolfsii
Pokok layu oleh Ralstonia solanacearum
Sambungan…..
PHYTOPHTHORA
KULAT
KULAT/LAYU
kulat
PENUAIAN BATANG
Masa tuaian memainkan peranan penting pada hasil dan mutu Tuaian terlau awal memberi hasil serat yang rendah kerana kebanyakan serat masih lembut dan boleh hilang semasa diekstrak
Jika terlalu matang, walaupun tinggi hasil serat, peratusan lignin tinggi, serat jadi kasar dan tidak mudah lentur
Mutu serat tertinggi selepas 20 hari 100% pokok berbunga
Tempoh penuaian 90-150 hari selepas tanam
3 kaedah penuaian iaitu
Potong batang
Cabut bersama akar
Tuaian firaj
Kehilangan hasil berlaku dengan banyak jika potong terlalu tinggi dari paras tanah
Serat dibahagian luar hilang dengan banyak jika batang dibiar reput lama di ladang
Kehilangan juga berlaku jika dibiar batang jatuh ke tanah semasa memungut atau membuat bandela
sambungan……
Ladang kenaf
Tuaian kenaf mengguna ‘forage harvester’
Jentera tuaian batang kenaf
JENTUAI POTONG SAHAJA (MOVER CONDITIONER)
GUNA PEMOTONG RUMPUT (BUSH CUTTER)
POTONG SECARA MANUAL DAN KUMPUL/BUNDLE
SAIZ BUNDLE SELEPAS POTONG
PROSES PENGERINGAN MENEGAK
KEROSAKAN CARA PENGERINGAN SALAH
PENYIMPANAN BAST ATAU CORE YANG TELAH KERING
BENTUK ‘BALE’ YANG TELAH KERING
CONTOH PRODUK DARI KPC
SALAH SATU PRODUK DARI BATANG KENAF (KPC)
KESIMPULAN
TAHUN 2020 MERUPAKAN MALAYSIA ADALAH NEGARAMAJU. CUBA TUAN/PUAN GAMBARKAN KENAF MERUPAKAN SATU INDUSTRI BARU YANG BERKEMBANG MAJU DENGAN PESATNYA. IMAGINASI TUAN/PUAN KE ARAH INDUSTRI KENAF YANG MENYUMBANGKAN KEPADA PENDAPATAN NEGARA YANG SETANDING DENGAN INDUSTRI LAIN. BINCANGKANBERDASARKAN IA SEBAGAI TANAMAN ATAU SUMBER YANG SEDIA ADA UNTUK MASA HADAPAN SEHINGGA TAHUN 2020?
TERIMA
KASIH