Post on 26-Oct-2015
KRS 3023KURIKULUM DAN PENGAJARAN SAINS
SEKOLAH RENDAH
SEMESTER 1 SESI 2012/2013
PORTFOLIO
KUMPULANUPSI 03(A121PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
NORLIA BT ISMAIL D20102043530 019 4370597
NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF. MADYA DR. ABD LATIF BIN HJ GAPOR
TARIKH SERAH: 24 NOVEMBER 2012
PEMARKAHAN1 PENGAJARAN(50%
1.1 RPH 11.2 RPH 21.3 VIDEO1(RPH 1)1.4 VIDEO2(RPH 2)
2 KAJIAN (30%)3 FORUM (20%)
JUMLAH
ISI KANDUNGAN
1.0 TUGASAN 1 : PENGAJARAN SAINS
1.1 RPH 1
1.2 Rakaman Video RPH 1
1.3 Refleksi 1 : Ulasan pelaksanaan kaedah dan pembelajaran
1.4 RPH 2
1.5 Rakaman Video RPH 2
1.6 Refleksi 2 : Ulasan pelaksanaan kaedah dan pembelajaran
2.0 Kajian Pendidikan Sains
3.0 Forum
1.0 TUGASAN 1 : PENGAJARAN SAINS
1.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 1 (RPH 1)
Bilangan murid : 19 /19 orang
Tarikh : 5 November 2012
Masa : 8.45 – 9.45 pagi
Tajuk : Magnet
Isi kandungan : i) Tarikan magnet
* magnet dapat menarik sesuatu bahan
Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah mengetahui sifat magnet ( boleh
menarik bahan seperti besi )
Objektif : Mengajar tentang magnet boleh menarik
sesuatu bahan.
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1) Membuat eksperimen magnet boleh menarik
bahan tetapi tidak semua bahan
2) Merekod hasil kerja ke dalam jadual
3) Menyatakan objek yang boleh ditarik oleh magnet
Kaedah : Eksperimen, mencatat,menerang,
perbincangan, pembentangan
Nilai : Bertanggungjawab, bekerjasama, bertolak ansur,
berhati-hati, tekun
ABM : Jenis-jenis magnet,sudu keluli, sudu plastik,
klip kertas, syiling 20 sen, straw paku, guli, gelas
kaca, kunci, pemadam.
Langkah-langkah pengajaran
LANGKAH
MASA
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
SET
INDUKSI
( 3 MINIT )
Guru menunjukkan tanda nama
(name tag ) kepada murid
Guru menyoal murid bagaimana
tanda nama boleh digunakan /
dipakai oleh guru dan ianya tidak
jatuh
Guru dan murid berbincang
Penerangan guru tentang magnet
iaitu tajuk yang akan diajar
ABM :
tanda nama
Kemahiran
proses sains :
memerhati
Kemahiran
berfikir :
menghubungkait
LANGKAH
1
(4 MINIT)
Guru menerangkan bahawa magnet
boleh menarik bahan tetapi tidak
semua bahan yang boleh ditarik
magnet.
Untuk menguji bahan bagaimanakah
yang boleh ditarik oleh magnet murid
perlu membuat eksperimen.
Guru memberi penerangan tentang
keselamatan dan langkah-langkah
untuk membuat eksperimen bagi
menguji bahan yang boleh ditarik
oleh magnet.
ABM : jadual
eksperimen
Rujuk lampiran1
Kaedah :
penerangan,
bersoaljawab
Kemahiran :
memahami
LANGKAH
2
( 10
MINIT)
Guru mengarahkan wakil setiap
kumpulan mengambil bahan-bahan
yang telah disediakan.
Guru menegaskan lagi tentang
langkah-langkah membuat
eksperimen dan hasil dapatan
ABM : jenis-
jenis,magnet,sudu
keluli, sudu
plastik,
klip kertas, syiling
20 sen, straw
hendaklah diisi di dalam jadual yang
telah disediakan.
Guru memantau setiap kumpulan
dan membimbing murid-murid
semasa menjalankan eksperimen.
paku, guli, gelas
kaca,
kunci,pemadam
Kaedah :
perbincangan,
penerangan,
Kemahiran
proses sains:
eksperimen,
mencatat,
berkomunikasi
Nilai :
bekerjasama,
LANGKAH
3
(10
MINIT)
Guru meminta wakil setiap kumpulan
membentangkan hasil kerja masing-
masing.
Guru dan murid bersoaljawab.
Guru memberi penjelasan dan
penerangan kepada kelas tentang
pembentangan murid
Guru memberi lembaran kerja
pengukuhan sebagai menguji
kefahaman dan kemahiran murid.
ABM : jadual
eksperimen
(Rujuk lampiran1)
lembaran kerja
pengukuhan
Rujuk lampiran 2
Kaedah :
penerangan,
bersoaljawab
Kemahiran :
pembentangan,
Kemahiran
proses sains:
membuat
inferens,
berkomunikasi
PENUTUP
(3 MINIT)
Sebagai membuat kesimpulan guru
menyoal murid supaya memberi
Kaedah :
soaljawab,
contoh-contoh bahan yang boleh
ditarik oleh magnet ( bahan
magnet ) dan yang tidak boleh ditarik
oleh magnet ( bahan bukan magnet )
Guru memberi penerangan dan
membuat rumusan pelajaran.
Objek yang boleh ditarik oleh
magnet dikenali sebagai bahan
magnet yang biasanya diperbuat
daripada besi dan keluli.
penerangan
Kemahiran :
memahami
LAMPIRAN 1
Jadual eksperimen
Pemerhatian
Objek Ditarik oleh magnet Tidak ditarik oleh magnet
Kunci
Guli
Paku
Syiling 20 sen
Straw
pemadam
Gelas kaca
Sudu keluli
Sudu plastik
Klip kertas
LAMPIRAN 2
Latihan pengukuhan
Nama : ………………………………………………… Tarikh :………………………..Kelas :………………………..
1.2 RAKAMAN VIDEO RPH 1
1.3 REFLEKSI 1 : ULASAN PELAKSANAAN KAEDAH DAN PEMBELJARAN
REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 1
Refleksi merupakan aktiviti mengkaji semula proses keberkesanan pengajaran
yang telah dilakukan melalui renungan dengan tujuan mempertingkatkan
kemahiran guru.
Terdapat pelbagai takrifan tentang konsep refleksi seperti yang diberikan oleh
tokoh-tokoh seperti Dewey(1993), Van Manen (1977), Schon (1983) dan Shul-
man (1987). Shuman (1987) mendefenisikan refleksi sebagai satu fasa dimana
guru meninjau semula pengajaran didalam bilik darjah, iaitu refleksi secara
umumnya adalah berkenaan dengan mengenalpasti kekuatan dan kkelemahan
dalam pengajaran dan pembelajaran, mengambil tindakan susulan untuk mem-
pertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran, mempertingkatkan penge-
tahuan dan kemahiran perguruan, menjadikan refleksi sebagai budaya kerja pro-
fessional keguruan.
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam menjalankan tugasan
makropengajaran ini ialah kelantangan suara. Suara yang kuat dan lantang akan
memudahkan murid mendengar dengan jelas dan seterusnya membantu
pemahaman murid terhadap apa yang hendak disampaikan oleh guru. Selain itu,
kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam menyampaikan
sesuatu. Murid juga akan lebih memberi tumpuan kepada penyampaian
guru tanpa mengendahkan gangguan-gangguan lain. Ketegasan dalam
menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat kepada
guru. Kejelasan suara guru juga merupakan kekuatan yang dapat dikesan dalam
mikropengajaran ini. Kejelasan dalam penyampaian isi pelajaran memainkan
peranan penting dalam pemahaman murid. Arahan yang jelas memudahkan
murid faham dan seterusnya melakukan tugasan yang diberi dengan betul.
Kelebihan seterusnya yang dapat dikesan ialah saya banyak menggunakan
bahan bantu belajar untuk mengaitkan tajuk yang hendak diajar. Bahan bantu
belajar yang pelbagai akan dapat menarik minat murid dan bersemangat untuk
mengetahui apa yang akan berlaku seterusnya. Ini dapat dilihat daripada respon
murid yang berebut-rebut untuk menjawab soalan. Selain itu murid dan guru
berinteraksi secara aktif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih
berkesan. Bahan bantu belajar yang pelbagai juga menjadi murid lebih
memahami mengenai topik yang hendak diajar. Ini kerana pada peringkat ini
murid-murid lebih menjurus kepada objek yang konkrit berbanding abstrak.
Dalam aktiviti eksperimen ini, saya telah menggunakan bahan-bahan maujud.
Contohnya seperti sudu keluli, sudu plastic kunci, straw, paku kertas dan
sebagainya. Melalui pendekatan ini murid dapat membentuk konsep apa yang
mereka pelajari dengan lebih jelas, kekal serta kukuh. Konsep yang dibentuk
dengan cara ini dapat diingati dengan lebih lama lagi.
Seterusnya saya menggunakan teknik penyoalan secara menyeluruh di mana
soalan dikemukakan kepada seluruh kelas. Oleh itu, semua murid boleh
melibatkan diri secara aktif untuk menjawab soalan yang dikemukakan guru.
Keadaan ini menyebabkan murid berasa diri mereka dihargai dan dapat
meningkatkan lagi keyakinan diri murid untuk menjawab soalan guru. Pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih ceria dan menyeronokkan.
Seterusnya keadaan kelas yang kondusif seperti susun atur meja yang mengikut
kumpulan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan. Hal ini menjadi keutamaan sebelum seorang guru memulakan sesi
pengajaran dan pembelajaran.
KELEMAHAN
Kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti dalam pelaksanaan
makropengajaran ini ialah guru menunjukkan bahan bantu belajar tanpa melihat
ke arah murid. Seterusnya kelemahan yang dikesan ialah masalah pemantauan
kelas. Guru didapati hanya berada di hadapan kelas sahaja tanpa memantau
murid seluruh kelas contohnya ,ada murid yang tidak memberi tumpuan dan
perhatian ketika guru mengajar. Selain daripada itu, guru tidak peka terhadap
keselamatan murid kerana ada murid di belakang yang duduk dengan tidak
sopan. Guru seolah-olah tidak melihat apa yang dilakukan oleh murid yang
berada di belakang.
Seterusnya ialah susunan arahan yang saya sampaikan kepada murid untuk
melakukan aktiviti ada yang tidak jelas. Contohnya pergerakan murid ketika
melakukan aktiviti, murid tidak pasti apakah aktiviti yang hendak dilakukan pada
peringkat awal. Sepatutnya guru perlu menjelaskan dengan lebih terperinci
sebelum memberi bahan-bahan yang hendak diuji.
Saya juga kurang memberi kata-kata pujian dan peneguhan kepada murid yang
menjawab soalan dengan betul ketika pengajaran dan pembelajaran.
Kadangkala guru tidak menghiraukan beberapa jawapan yang diberikan oleh
murid. Keadaan ini menyebabkan murid terpaksa menjerit dan bangun dari
tempat duduk untuk menarik perhatian guru supaya mendengar jawapan yang
diberikan. Situasi ini menjadikan kelas bising dan tidak terkawal.
Kelemahan seterusnya yang dapat dikenalpasti ialah guru menerima jawapan
murid secara beramai-ramai menyebabkan jawapan yang diterima tidak begitu
jelas sebutannya. Guru tidak menyebut nama murid untuk menjawab soalan
yang dikemukakan.
LANGKAH MENGATASI
Dalam makropengajaran, setiap kelemahan dan kekurangan yang dikenalpasti
memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru
pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan yang dikesan
dalam makropengajaran ini ialah ‘eye contact’ antara guru dengan murid semasa
menyampaikan pelajaran, pemantauan murid di dalam kelas serta perbanyakakn
kata-kata pujian dan peneguhan kepada murid.
Guru perlu sentiasa melihat ke arah murid ketika berinteraksi dengan murid
supaya guru dapat mengesan samaada murid itu memberi tumpuan ataupun
tidak terhadap pengajaran guru. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini menunjukkan
interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan bagi memantau dan melihat setiap
aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika sesi set induksi dijalankan. Kaedah ini
sangat membantu guru dalam mengawal disiplin murid di dalam kelas, samaada
mengawal tingkah laku murid atau guru dapat mengesan ketidakfahaman murid
terhadap isi pelajaran yang hendak disampaikan secara serta merta seterusnya
guru dapat membantu ketidakfahaman murid terhadap pelajaran tersebut.
Selain itu, guru perlu lebih kerap memberi kata-kata pujian dan peneguhan
kepada murid setiapkali murid memberikan jawapan terhadap soalan yang
dikemukakan oleh guru. Kata-kata pujian dan peneguhan yang diberikan
adalah supaya murid merasa diri mereka dihargai dan seterusnya meningkatkan
lagi kenyakinan dalam diri murid.
Semasa guru mengemukakan soalan kepada semua murid di dalam kelas, guru
haruslah menyebut nama murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Ini
adalah untuk mengelakkan murid menjawab secara beramai-ramai
menyebabkan jawapan yang diberikan tidak jelas. Apabila guru menyebut nama
murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan, keadaan kelas akan menjadi
terkawal dan tidak bising dengan suara murid yang berebut-rebut untuk
menjawab soalan. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar keadaan di dalam kelas terkawal. Akhir
sekali, guru bolehlah memasukkan unsur humor agar pembelajaran murid
menjadi lebih menyeronokkan.
1.4 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 2 (RPH 2)
Bilangan murid : 19 /19 orang
Tarikh : 7 November 2012
Masa : 8.45 – 9.45 pagi
Tajuk : Magnet
Isi kandungan : i) Elektrik
* Bahan yang boleh mengalirkan elektrik
( konduktor )
Pengetahuan sedia ada murid : Murid telah mengetahui untuk
memasang lengkap
Objektif : Mengajar tentang bahan yang boleh
mengalirkan elektrik ( konduktor ) dan bahan
yang tidak boleh mengalirkan elektrik (
penebat )
Hasil pembelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat :
1) Meramalkan bahan yang bole mengalirkan
Elektrik.
2) Membuat eksperimen bahan yang mana
boleh mengalirkan elektrik
3) Merekod hasil kerja ke dalam jadual
4) Membuat kesimpulan
Kaedah : Eksperimen, mencatat, menerang, perbincangan
Nilai : Bertanggungjawab, bekerjasama, bertola ansur,
berhati- hati, tekun.
ABM : Sel kering, mentol, wayar, pemegang mentol,
Pemegan sel kering, klip kertas, syiling,
paku, straw, pembaris kayu, gelas kaca, wayar
kuprum, kertas, pemadam, kunci.
Langkah-langkah pengajaran
LANGKAH
MASA
ISI
KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
CATATAN
SET
INDUKSI
( 3 MINIT )
Guru menunjukkan lampu suluh dan
menyalakannya.
Guru menyoal murid bagaimana lampu
suluh boleh menyala.
Guru dan murid berbincang
Penerangan guru tentang tajuk yang
akan diajar
ABM :
Lampu suluh
Kemahiran
proses sains :
Memerhati
Kemahiran
berfikir :
menghubungkait
LANGKAH
1
( 4
MINIT )
Guru menerangkan bahan yang boleh
mengalirkan elektrik disebut sebagai
konduktor dan bahan yang tidak boleh
mengalirkan elektrik disebut sebagai
penebat.
Guru memberi penerangan tentang
langkah-langkah untuk membuat
eksperimen bagi menguji sama ada
bahan yang hendak diuji konduktor
atau penebat
Kemahiran
proses sains :
memerhati
memahami
Kaedah :
penerangan
LANGKAH
2
(10 MINIT)
Murid di bahagikan kepada 4
kumpulan
Guru mengarahkan wakil setiap
kumpulan mengambil bahan-bahan
yang telah disediakan oleh guru.
Guru menegaskan lagi tentang
keselamatan dan langkah-langkah
membuat eksperimen, hasil dapatan
hendaklah diisi di dalam jadual yang
telah disediakan.
Guru memantau setiap kumpulan dan
membimbing murid-murid semasa
menjalankan eksperimen.
ABM : sel
kering, mentol,
wayar,
pemegang
mentol,
pemegang
sel kering, klip
kertas, syiling,
paku, straw,
pembaris
kayu, , gelas
kaca, wayar
kuprum, kertas,
pemadam,kunci
Kaedah :
perbincangan,
penerangan,
Kemahiran
proses sains:
eksperimen,
mencatat,
berkomunikasi
Nilai :
bekerjasama,
LANGKAH
3
(10 MINIT)
Guru meminta wakil setiap kumpulan
membentangkan hasil kerja masing-
masing.
Guru dan murid bersoaljawab.
Guru memberi penjelasan dan
penerangan kepada kelas tentang
hasil pembentangan murid
ABM : jadual
eksperimen,
Rujuk lampiran1
lembaran kerja
pengukuhan,
Rujuk lampiran2
Guru memberi lembaran kerja
pengukuhan sebagai menguji
kefahaman dan kemahiran murid.
Kaedah :
penerangan,
bersoaljawab
Kemahiran :
pembentangan,
Kemahiran
proses sains:
membuat
inferens,
berkomunikasi
PENUTUP
(5 MINIT)
Sebagai membuat kesimpulan guru
menyoal murid supaya memberi
contoh-contoh bahan konduktor dan
bahan penebat.
Guru memberi penerangan dan
membuat rumusan pelajaran.
Objek yang boleh mengalirkan arus
elektrik dikenali sebagai konduktor
yang diperbuat daripada logam.
Kaedah :
soaljawab,
penerangan
Kemahiran
berfikir kritis :
membuat
kesimpulan
LAMPIRAN 1
Jadual eksperimen
Pemerhatian
Objek Mentol menyala Mentol tidak menyala
Kunci
Kertas
Paku
Pemadam
Pembaris kayu
Klip kertas
Gelas kaca
Syiling
Straw
Wayar kuprum
LAMPIRAN 2
Lembaran kerja pengukuhan
Nama :…………………………………………… Tarikh :………………………….
Kelas :……………………..
1.1 RAKAMAN VIDEO RPH 2
1.6REFLEKSI 2 : ULASAN PELAKSANAAN KAEDAH DAN PEMBELAJARAN
REFLEKSI MAKROPENGAJARAN 2
KEKUATAN
Kelebihan dan kekuatan yang dapat dikesan dalam pelaksanaan tugasan
makropengajaran ini ialah penggunaan bahan bantu belajar. Guru banyak
menggunakan bahan bantu belajar seperti objek yang terdapat di persekitaran
murid bagi mengaitkan tajuk yang hendak diajar oleh guru pada hari tersebut.
Bahan bantu belajar yang pelbagai seperti penggunaan bahan untuk set induksi
dan bahan eksperimen dan sebagainya yang dapat menarik minat murid untuk
mengetahui lebih lanjut lagi apa yang bakal diajar oleh guru. Ini dapat dilihat
daripada respon yang diberikan oleh murid di mana murid-murid berebut- rebut
untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Ini mewujudkan suasana
interaksi secara aktif menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.
Pada peringkat ini tahap pembelajaran murid-murid lebih menjurus kepada
objek yang konkrit berbanding abstrak.
Penggunaan teknik penyoalan merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam
rakaman makropengajaran ini di mana teknik penyoalan ini dapat menarik
perhatian murid dan di samping itu dapat menimbulkan perasaan ingin tahu
murid terhadap sesuatu.Selain itu juga, teknik penyoalan ini dapat menggalakkan
murid berfikir tentang apa yang sedang dipelajari oleh mereka. Dalam rakaman
makropengajaran ini dapat dilihat guru mengemukakan soalan secara
menyeluruh iaitu soalan dikemukakan kepada seluruh kelas. Dengan ini dapat
memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif untuk
cuba menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. Keadaan ini menyebabkan
murid berasa diri mereka dihargai dan dapat membina kenyakinan diri murid
untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru seterusnya menjadikan
suasana pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih ceria dan menyeronokkan.
Kelebihan dan kekuatan seterusnya yang dapat dikesan dalam menjalankan
tugasan makropengajaran ini ialah kelantangan suara. Suara yang kuat dan
lantang akan memudahkan murid mendengar dengan jelas dan seterusnya
membantu pemahaman murid terhadap apa yang hendak disampaikan oleh
guru. Selain itu, kelantangan suara juga menunjukkan ketegasan guru dalam
menyampaikan sesuatu. Murid juga akan lebih memberi tumpuan kepada
penyampaian guru tanpa mengendahkan gangguan-gangguan lain. Ketegasan
dalam menyampaikan pelajaran juga akan membuatkan murid lebih hormat
kepada guru.
Kekuatan seterusnya ialah kejelasan dalam memberikan arahan dan dalam
menyebut sesuatu perkataan. Kejelasan penyampaian memainkan peranan
penting dalam kefahaman murid. Arahan yang jelas, dan sebutan yang berulang-
ulang memudahkan murid faham seterusnya melakukan tugas mengikut arahan
dan panduan yang diberikan. Guru memberi penekanan berulang kali bagaimana
langkah-langkah untuk melakukan aktiviti eksperimen. Ini adalah untuk
mengukuhkan lagi ingatan murid terhadap cara bagaimana hendak menguji
bahan-bahan yang diberikan dan merekodkan dalam jadual yang diberikan.
Tindakan susulan oleh murid yang tepat seperti dapat menyatakan data yang
dipaparkan pada graf bergambar berkenaan maklumat yang ditunjukkan
berdasarkan bilangan gambar dengan betul apabila guru menunjukkan graf
gambar menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan
isi pelajaran.
Kekuatan yang seterusnya ialah pemantauan kelas. Melalui rakaman ini dapat
dilihat semasa aktiviti kumpulan dijalankan, guru bergerak dari satu kumpulan ke
satu kumpulan yang lain bagi memantau aktiviti yang sedang dijalankan
seterusnya memberi bimbingan kepada kumpulan yang kurang memahami apa
yang sepatutnya dilakukan.
Seterusnya keadaan kelas yang kondusif seperti susun atur meja yang mengikut
kumpulan dapat membantu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih
berkesan. Keadaan murid yang berada dalam kumpulan memudahkan guru
mengawal tingkahlaku dan disiplin murid. Hal ini menjadi keutamaan sebelum
guru memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
2.2 KELEMAHAN
Setelah kajian dijalankan terhadap makro pengajaran yang telah saya jalankan
terdapat beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah saya lakukan dan
proses penambaikan perlu dilakukan bagi memperbaiki kelemahan pengajaran
saya di masa akan datang.
Kelemahan dan kekurangan yang pertama dapat dikenalpasti dalam
pelaksanaan tugasan makropengajaran ini ialah ketepatan mengikut masa yang
telah ditetapkan. Ketepatan masa amat penting bagi memastikan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan
perbandingan masa rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang
telah dibuat, didapati masa yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu
langkah tidak seiring. Masa yang diambil bagi melaksanakan sesuatu langkah
melebihi masa yang telah dirancang. Hal ini disebabkan terdapatnya gangguan-
gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk
melaksanakan sesuatu langkah. Dalam rakaman ini juga dapat dikesan, di mana
guru mengambil masa yang agak lama semasa set induksi dijalankan. Dalam
meneruskan setiap langkah pengajaran dan pembelajaran, guru mengambil
masa yang terlalu lama untuk mengambil dan menyimpan bahan bantu belajar
menyebabkan keadaan kelas tidak terkawal.
Kelemahan yang seterusnya ialah guru kurang memberi kata-kata pujian dan
peneguhan kepada murid. Perkara ini amat penting kerana kata-kata pujian dan
peneguhan dapat meningkatkan lagi kenyakinan murid untuk melibatkan diri
dalam pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya. Melalui rakaman ini dapat
dilihat guru kurang memberi kata-kata pujian dan peneguhan kepada murid yang
dapat menjawab dengan betul soalan yang diberikan oleh guru. Semasa aktiviti
papan putih dijalankan, dapat dilihat guru kurang memberi kata-kata pujian
kepada murid yang membaca dan member jawapan yang tepat.
Kawalan murid merupakan kelemahan yang dapat dikesan dalam rakaman
makropengajaran ini. Melalui rakaman ini dapat dilihat guru tidak dapat
mengawal keadaan kelas selepas aktiviti kumpulan dilaksanakan. Murid
kelihatan tidak terkawal dan tidak mendengar arahan guru supaya kembali ke
tempat duduk masing-masing. Keadaan kelas agak bising semasa guru
mengambil dan menyimpan bahan bantu belajar dan juga semasa pertukaran
dari satu langkah ke satu langkah yang seterusnya. Guru seolah-olah tidak
melihat apa yang dilakukan oleh murid tersebut.
Kelemahan seterusnya ialah apabila guru mengemukakan soalan, murid-murid
menjawab secara beramai-ramai menyebabkan jawapan yang diberikan tidak
begitu jelas sebutannya. Guru tidak memilih atau menyebut nama murid untuk
menjawab soalan yang dikemukakan. Keadaan ini menyebabkan murid terpaksa
menjerit dan bangun dari tempat duduk untuk menarik perhatian guru supaya
mendengar jawapan yang diberikan. Situasi ini menjadikan kelas bising dan tidak
terkawal.
LANGKAH MENGATASI
Dalam rakaman makropengajaran, setiap kelemahan dan kekurangan yang
dikenalpasti memerlukan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti
pengajaran guru pada masa akan datang. Berdasarkan kelemahan dan
kekurangan yang dapat dikesan dalam rakaman ini penambahbaikan yang perlu
dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa semasa penyampaian pengajaran
dan pembelajaran. Sebagai seorang guru, kita perlu bijak mengatur masa yang
telah dirancangkan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lancar.
Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian
penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat.
Selain itu, guru perlu lebih kerap memberi kata-kata pujian dan peneguhan
berupa hadiah seperti gula-gula, pensel dan sebagainya kepada murid setiapkali
murid memberikan jawapan yang betul terhadap soalan yang dikemukakan oleh
guru. Pemberian kata-kata pujian dan peneguhan akan menggalakkan lagi
penyertaan murid dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru.Kata-kata pujian
dan peneguhan yang diberikan adalah supaya murid merasa diri mereka dihargai
dan seterusnya meningkatkan lagi kenyakinan dalam diri murid.
Guru perlu sentiasa bergerak dan berjalan bagi memantau dan melihat setiap
aktiviti yang dilakukan oleh murid. Kaedah ini sangat membantu guru dalam
mengawal disiplin murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid
atau guru dapat mengesan ketidakfahaman murid terhadap isi pelajaran yang
hendak disampaikan secara serta merta seterusnya guru dapat membantu
ketidakfahaman murid terhadap pelajaran tersebut. Guru juga perlu bijak
mengawal keadaan kelas semasa pertukaran antara langkah ke satu langkah
supaya murid tidak bising dan terkawal.
Semasa guru mengemukakan soalan kepada semua murid di dalam kelas, guru
haruslah menyebut nama murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan. Ini
adalah untuk mengelakkan murid menjawab secara beramai-ramai
menyebabkan jawapan yang diberikan tidak jelas. Apabila guru menyebut nama
murid bagi menjawab soalan yang dikemukakan, keadaan kelas akan menjadi
terkawal dan tidak bising dengan suara murid yang berebut-rebut untuk
menjawab soalan. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran agar keadaan di dalam kelas terkawal. Akhir
sekali, guru bolehlah memasukkan unsur humor agar pembelajaran murid
menjadi lebih menyeronokkan.
2.0 KAJIAN PENDIDIKAN SAINS
3.0 FORUM E- LEARNING
3.1 Forum 1
Bincangkan prinsip sains yang terlibat dalam peralatan teknologi dengan
merujuk kepada tiga peralatan teknologi dengan merujuk kepada tiga
contoh yang biasa dalam kehidupan kita.
Topic : Forum 1
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :6Views : 39
General Forum : FORUM 1 Posted On : 04 Oct 2012 10:02:49 PM Subject : Re : Forum 1
Salam sejahtera,
Benar seperti apa yang diterangkan oleh cikgu, prinsip sains banyak digunakan dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Apabila kita amati dan berfikir sebentar prinsip sains digunakan oleh deria penglihatan kita yang begitu unik. Alat optik adalah alat-alat yang menggunakan lensa dan memerlukan cahaya. Mata adalah deria penglihatan anugerah Allah swt merupakan suatu alat optik. Mata kita memiliki kemampuan untuk melihat sangat ter-batas iaitu tidak dapat melihat dengan jelas benda-benda kecil, benda-benda yang sangat jauh dan tidak dapat merakam apa yang dilihat dengan baik. Oleh itu mata kita harus dibantu dengan alat-alat optik buatan seperti kamera, mikroskop dan teropong. Saraf mata berfungsi membawa signal-signal gambar yang dihasilkan oleh mata ke otak.
Kamera dicipta manusia menggunakan prinsip-prinsip yang sama seperti mata. Mata dan kamera memiliki persamaan seperti berikut :
1.Kedua-duanya memiliki satu lensa
2. Memiliki pengatur - retina dan pupil (mata)
- diafragma dan apertur (kamera)
3. Memiliki layar penangkap bayangan - retina (mata)
- film (kamera)
Topic : Forum 1
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 34
General Forum : FORUM 1 Posted On : 04 Oct 2012 05:02:19 PM Subject : Re : Forum 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya sangat bersetuju dengan contoh yang cikgu berikan tentang bagaimana sebuah kapal terbang dapat melakukan penerbangan walaupun ianya adalah sebuah jentera yang berat. kapal terbang atau kenderaan diudara menggunakan prinsip Bernoulli untuk melakukan penerbangan.
Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa dalam suatu sistem peraliran bendalir yang mantap, tekanan bendalir menjadi rendah apabila laju pengaliran bendalir bertambah dan sebaliknya. Udara adalah bendalir seperti gas lain, udara berkelakuan seperti cecair yang lain serta mematuhi prinsip Bernoulli.
Satu eksperimen ringkas yang menggunakan prinsip Bernoulli ialah apabila udara ditiup di atas permukaan atas kertas, aliran udara yang laju menghasilkan satu kawasan bertekanan rendah dibahagian atas kertas. Udara di bawah permukaan kertas tidak bergerak mempunyai tekanan yang lebih tinggi. Ini menghasilkan satu daya angkat yang menolak kertas ke atas.
Topic : Forum 1
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :4Views : 66
General Forum : FORUM 1 Posted On : 01 Oct 2012 11:43:45 PM Subject : Re : Forum 1
Salam sejahtera,
Saya bersetuju dengan cikgu, pada masa kini teknologi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Kehadiran teknologi dalam perkerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada masa dahulu semua kerja dilakukan dengan secara menual dan juga se-cara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Tapi sekarang den-gan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dilakukan dengan baik dan pantas dengan bantuan teknologi. Ke-majuan teknologi sekarang dapat dilihat melalui penggunaannya dalam setiap aspek kehidupan harian manusia. Dunia kini diban-gunkan dalam "global village"dengan bantuan teknologi yang membolehkan negara-negara yang berbeza untuk berkongsi idea dan informasi antara satu sama lain.
Contoh peralatan teknologi yang berkembang maju pada masa kini ialah dengan wujud peralatan teknologi maklumat dan komunikasi terkini yang terlalu canggih dan efisien. Sekarang kita boleh berhubung dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dengan meng-
hantar teks mesej atau kiriman email melalui internet. Perkemban-gan teknologi maklumat ini terlalu pantas sehingga kita perlu senti-asa mengejarnya agar kita tidak ketinggalan dan tenggelam dalam arus teknologi moden ini.
Topic : Forum 1
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 38
General Forum : FORUM 1 Posted On : 01 Oct 2012 10:49:31 PM Subject : Forum 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Keupayaan manusia untuk melakukan sesuatu adalah terhad. Con-tohnya manusia tidak dapat melihat objek yang terlalu jauh atau terlalu kecil, manusia tidak dapat membawa beban yang terlalu be-rat, manusia tidak dapat bercakap dengan kuat hingga dapat diden-gar di tempat yang jauh, manusia tidak dapat terbang dari satu tem-pat ke tempat lain dan sebagainya. Oleh itu pelbagai alat direka un-tuk mengatasi had keupayaan manusia. Pelbagai alat teknologi di-reka dari semasa ke semasa untuk kehidupan manusia yang lebih baik. Perkembangan teknologi menjadikan kehidupan manusia lebih mudah dan selesa. Teknologi ialah aplikasi sains yang prak-tik bagi memenuhi keperluan manusia.
Contoh alat yang menggunakan teknologi ialah
1. Tangki simbah.
Operasi tangki simbah bermula dengan menekan atau menarik tuil simbah. Ketika ini aras air di dalam tangki simbah adalah penuh. Pergerakan tuil akan menaikkan plat tetebuk dan injap gegendang. Apabila tuil pelepas ditekan atau ditarik air akan mengalir masuk ke tiub sifon. Aras air didalam tiub akan naik dan keluar melalui alur keluar ke mangkuk tandas. Apabila aras air menurun pelam-pung akan menurun dan menyebabkan injap bebola terbuka semula dan air akan mengalir masuk semula ke tangki.
2. Mikrofon
Mikrofon adalah komponen elektronik yang menerima gelombang bunyi dan menukarkannya kepada gelombang elektirk. Gelombang elektrik ini akan ditinggikan dengan menggunakan amplifier dan dihantar ke pembesar suara. Pembesar suara akan menukarkan semula gelombang elekrik kepada gelombang bunyi.
3. Dinamo
Bahagian utama dalam dinamo ialah teras besi, magnet kekal dan gegelung wayar. Apabila basikal dikayuh magnet dalam dinamo akan berputar dalam satu arah sahaja. Ini akan menghasilkan aruhan medan magnet. aruhan magnet ini menghasilkan arus elek-trik pada gegelung wayar. Arus elektrik yang dihasilkan akan menyalakan lampu basikal.
Teknologi memberikan banyak kebaikan kepada kita. Walauba-gaimanapun teknologi juga membawa kemudaratan kepada masyarakat jika masyarakat menggunakannya tanpa berhemah.
Topic : Forum 1
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 34
General Forum : FORUM 1 Posted On : 07 Oct 2012 05:59:04 PM Subject : Re : Re : Re : Forum 1
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan cikgu, sebagai tambahan, pada zaman moden ini, terlalu banyak teknologi yang dibangunkan atas tujuan mem-bantu manusia dan memudahkan kerja manu-sia seperti teknologi komunikasi, teknologi maklumat seperti Internet, teknologi pertanian dan pelbagai lagi teknologi moden.Teknologi memberikan perubahan dan impak besar dalam kehidupan seharian kita. Dapatkah anda bayangkan kehidupan kita tanpa teknologi yang kita nikmati pada hari ini? Re-maja tanpa facebook, pelajar tanpa komputer, dunia tanpa satelit. Kepentingan teknologi tidak kiralah teknologi maklumat, teknologi ketenteraan, teknologi pengangkutan, teknologi pembuatan dan teknologi makanan.
Pada masa sekarang, kita sebenarnya tidak perlu bergerak seratus peratus untuk melakukan sesuatu kerja. Untuk melakukan pekerjaan seperti berkomunikasi, memesan makanan dan menyiapkan proses transaksi, ia boleh dilakukan di hujung jari saja. Rutin har-ian kita menjadi lebih cepat, mudah dan efisien jika dibandingkan dulu Teknologi ko-munikasi yang diledakkan dengan penciptaan pelbagai alat komunikasi seperti telefon pin-tar, komputer tablet dan komunikasi tanpa
wayar seperti wi-fi, Internet mudah alih dan penciptaan laman sosial yang digilai warga dunia contohnya facebook, twitter dan yahoo messenger dapat menghubungkan manusia dari seluruh pelosok dunia tanpa perlu keluar atau bergerak dan ia lebih menjimatkan na-mun kesan sampingannya terhadap kehidupan manusia amat besar.
Kembali kepada perkara paling asas iaitu teknologi dicipta untuk memudahkan manusia melakukan pekerjaan. Namun, kini timbul stigma bahawa teknologi menjadikan manusia malas. Ironinya di sini kita menyalahkan teknologi padahal kita yang mencipta teknologi untuk memudahkan kerja
3.2 Forum 2 : Dengan bantuan internet, beri ulasan anda mengenai
perbandingan kurikulum sains sekolah rendah di Malaysia dengan
kurikulum sains mana-mana negara lain.
Topic : Forum 2
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :4Views : 69
General Forum : FORUM 2 Posted On : 06 Oct 2012 12:41:23 AM Subject : Forum 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Perbandingan Kurikulum sains di Malaysia dan Kurikulum Sains di Indonesia.
1. Falsafah Pendidikan Sains Negara Malaysia
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan mem-beri tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif, di-namik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi.
2. Kurikulum Negara Indonesia
Kurikulum Indonesia dinamakan Kurikulum Tingkat Satuan Pen-
didikan atau KTSP. Ianya berpusatkan kepada potensi individu. Perkembangannya berdasarkan keperluan negara kepentingan indi-vidu dan masyarakat. Ia dirancang dengan mengambil kira ilmu pengetahuan, teknologi dan seni dan di kembangan dengan secara dinamik. KTSP juga dirancang supaya relevan dengan keperluan kehidupan masyarakat Indonesia.
3. Kandungan mata pelajaran sains sekolah rendah di Malaysia di-olah dalam lima tema iaitu menyiasat Alam Kehidupan, menyiasat Alam Fizikal, menyiasat Alam bahan, menyiasat Bumi dan Alam Semesta dan menyiasat Dunia teknologi. Organisasi kandungan sains rendah mewujudkan perkaitan antara pelbagai pengetahuan dalam bidang sains dan merangkumi ilmu sains yang diperlukan dalam pendidikan sains di peringkat sekolah rendah.
4. Proses pembelajaran sains di sekolah di Indonesia, menggu-nakan teori psikologi yang berakar pada konsruktivisme individu dan perspektif sosiologi yang bertumpu pada konstruktivisme sosial. Matapelajaran sekolah berdasarkan Pancasila. Proses bela-jar dan mengajar sains dianggap sebagai transmisi budaya kerana pengaruh sains barat sangat kuat pada pembelajaran sains. Ianya diibaratkan sebagai proses pemindahan dan perolehan budaya dari guru dan oleh murid.
Topic : Forum 2
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 69
General Forum : FORUM 2 Posted On : 07 Oct 2012 05:35:25 PM Subject : Re : Forum 2
Salam 1 Malaysia,
Benar seperti apa yang diperkatakan, sebagai tambahan,Sistem pendidikan di Malaysia ditadbir oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan as-pek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, seba-liknya ditentukan oleh kementerian. Sekarang pendidikan di Malaysia termasuk yang paling baik didunia. Sistem pendidikan di Malaysia disusun berdasarkan pada sistem pendidikan Inggeris. Peringkat pendidikan di Malaysia bermula dari Pendidikan Prasekolah, Pendidikan Rendah, Pendidikan Menengah dan Pen-didikan Pra Universiti. Kurikulum Sains Rendah diperkenalkan kepada murid tahun 1 bermula pada tahun 2003 dengan tujuan un-tuk mengembangkan minat murid kepada bidang sains pada per-ingkat lebih awal.
Mantan Menteri Pendidikan Nasional Indonesia (Mendiknas) Ab-
dul Malik Fajar mengakui kebenaran bahawa sistem pendidikan di Indonesia sangatlah buruk berbanding dengan negara-negara di kawasan Asia. Peringkat Pendidikan Formal di Indonesia meliputi tiga peringkat iaitu pendidikan dasar, pendidikan menengah dan pendidikan tinggi. Usman Samatowa (2006) mengemukakan em-pat Alasan sains dimasukan dikurikulum Sekolah Dasar yaitu:
Bahwa sains berfaedah Bagi suatu bangsa. Kesejahteraan materil suatu bangsa banyak sekali tergantung pada ke-mampuan bangsa itu dalam bidangsains, sebab sains meru-pakan dasar teknologi, sering disebut-sebut sebagai tulang punggung pembangunan. Pengetahuan dasar untuk teknologi ialah sains.
Bila diajarkan sains menurut cara yang tepat, maka sains merupakan suatu mata pelajaran yang memberikan kesem-patan berpikir kritis.
Bila sains diajarkan melalui percobaan -percobaan yang di-lakukan sendiri oleh anak. maka sains tidaklah merupakan mata pelajaran yang bersifat hafalan belaka.
Mata pelajaran ini mempunyai: nilai – nilai pendidikan yaitu mempunyai potensi yang dapat membentuk keperba-dian anak secara keseluruhan.
Topic : Forum 2
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :5Views : 58
General Forum : FORUM 2 Posted On : 06 Oct 2012 01:22:01 AM Subject : Re : Forum 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya setuju dengan cikgu, sebagai tambahan sememang terdapat persamaan kurikulum sains negara kita Malaysia dan negara United Kingdom sebagaimana yang cikgu jelaskan. Kedua-dua ne-gara mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah kaedah ini dapat memperkembangan kemahiran berfikir dan strategi berfikir serta kemahiran saintifik. Strategi pengajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan, konteksual, hands on, minds on, kajian tindakan dan pembelajaran berasaskan masalah merupakan antara strategi yang digalakkan pelaksanaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah ( Pusat Perkembangan Kurikulum, 2000, Nuffield Science for Key Stage 3, 2003 ).
Pelbagai sokongan seperti kursus pendidikan guru, kursus-kursus jangka pendek, latihan dalaman, bahan bantuan mengajar dan prasarana seperti makmal dan pusat sumber turut diberikan kepada guru sains bagi membantu melaksanakan pengajaran sains yang
menerapkan dan melatih proses sains dikalangan pelajar. Ini men-jelaskan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran serta kuriku-lum sains di negara membangun dan negara maju mempunyai per-samaan matlamat ke arah membangunkan pelajar yang berupaya menguasai penguasaan saintifik.
Topic : perbandingan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains di mana mana negara lain
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :5Views : 27
General Forum : FORUM 2 Posted On : 15 Oct 2012 04:20:33 PM Subject : Re : perbandingan kurikulum sains sekolah rendah Malaysia dengan kurikulum sains di mana mana negara lain
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan cikgu,Kurikulum Sains rendah di Malaysia digubal dengan tujuan untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi mengua-sai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir disamp-ing penerapan nilai-nilai murni agar dapat melahirkan insan yang seimbang untuk generasi masa hadapan. Berbeza dengan kuriku-lum sains di UK yang lebih mementingkan ilmu sains semata-mata tanpa penerapan nilai-nilai murni dikalangan pelajarnya.
Topic : FORUM 2
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :3Views : 14
General Forum : FORUM 2 Posted On : 01 Nov 2012 11:11:47 PM Subject : Re : FORUM 2
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa negara Finland adala sebuah negara yang berjaya dalam bidang pendidikan. Kajian an-tarabangsa 2003 yang dilakukan oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) telah menempatkan Finland di tempat teratas daripada 40 buah negara yang diuji dalam subjek sains dan tahap celik huruf. Menariknya sistem pendidikan Finland ialah kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan formal ketika berusia 7 tahun dan hanya memperuntukkan 30 jam sem-inggu untuk kerja sekolah. Berbanding Malaysia, Finland menga-malkan sistem persekolahan formal selama 16.7 tahun sementara Malaysia selama 11.5 tahun. Kejayaan Finland memajukan sektor pendidikan negaranya adalah kerana penekanan terhadap kepentin-gan pembangunan modal insan dalam pelbagai bidang melalui pendidikan. Keberanian masyarakat Finland mengadakan beberapa siri eksperimen bagi mencapai taraf pendidikan peringkat dunia bermula sejak pertengahan tahuan 1970-an iaitu para pelajar telah diasingkan melalui ujian khas pada usia 10 tahun bagi ditentukan aliran masing-masing sama ada akademik ataupun teknikal.
3.3 Forum 3 : Bolehkah guru melaksanakan pembelajaran berasaskan inkuiri
(IBL). Bincangkan.
Topic : Forum 3
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :2Views : 24
General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 06:51:22 PM Subject : Forum 3
Salam 1 Malaysia,
Inkuiri bermaksud menanya soalan,mencari maklumat atau men-jalankan penyiasatan. Justeru,strategi inkuiri dalam pengajaran dan pembelajaran melibatkan murid dalam memberi pendapat dan menyoal supaya dapat meneroka,mencadangkan hipotesis untuk menguji,mengumpul dan menyusun data untuk menguji hipotesis,dan membuat inferens dan kesimpulan.Teknik Inkuiri di-rekabentuk khusus untuk memberi kebebasan dalam penyelesaian masalah. Proses inkuiri boleh melibatkan jangka waktu yang pen-dek seperti satu atau dua jam atau jangka waktu yang panjang seperti dua atau tiga minggu. Proses inkuiri boleh distruktur agar merangkumi beberapa unit konsep. Pendekatan inkuiri juga meru-pakan kaedah saintifik penyelesaian masalah berdasarkan model penemuan terbimbing yang disarankan oleh John Dewey
Lima Langkah Inkuri:
- Mendefinisi masalah;
- Membentuk hipotesis;
- Mengumpul data;
- Menilai bukti–menganalisis dan mentafsir data untuk menguji hipotesis; dan
- membentuk kesimpulan
Kebaikan Model Inkuiri
- Arahan kendiri,memajukan kemahiran pemikiran krikital dan kemahiran pemikiran aras tinggi
- Berpusatkan murid – murid terlibat secara aktif dalam pembe-lajaran;
- Menggalakkan perasaan ingin tahu dan menggalakkan murid memikirkan dan membayangkan jawapan-jawapan atau penje-
lasan-penjelasan yang mungkin;perasaan ingin tahu akan mem-bawa kepada inkuiri seterusnya;
- Kurang perlu mencari jawapan yang ‘betul’ kerana sebarang kesimpulan adalah berbentuk tentatif sahaja; kesimpulan bergan-tung pada data yang sedia ada.
- Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid mengenalpasti masalah.Guru mewujudkan persekitaran yang men-jamin kebebasan untuk meneroka dan mengadakan perhubungan manusia yang baik serta memberi sokongan psikologi
Pendekatan inkuiri membolehkan murid menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu. Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disi-plin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka. Sesuatu pengajaran secara inkuiri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan. Individu yang menghadapi situasi sedemikian (secara semula jadi) bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Walaupun model inkuiri digunakan pada mulanya dalam bidang sains, namun atur caranya juga sesuai untuk semua bidang. Con-tohnya, kemahiran hidup, bagaimana proses-proses tumbesaran pokok atau tanaman daripada hanya sebutir biji benih yang kering, penyelesaian masalah matematik
Topic : Forum 3
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :6Views : 42
General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 09:35:04 PM Subject : Re : Forum 3
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan cikgu, guru kebiasaanya menggunakan kaedah latih tubi yang mana guru hanya menyampaikan ilmu sepenuhnya kepada pelajar tanpa penerangan konsep yang mencukupi. Imp-likasinya, melahirkan pelajar yang pasif, pelajar cepat bosan dan hilang minat dalam pembelajaran sains. Seterusnya, pencapaian sains pelajar tidak menggalakkan dan tiada peningkatan.
Pusat Perkembangan Kurikulum, (KPM, 2001) telah memilih pen-dekatan inkuiri sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di negara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memerlukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pem-
belajaran, penanya soalan, pencabar idea murid dan sumber ru-jukan.
Pembelajaran sains secara inkuiri memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus serta boleh mencipta sesuatu situasi yang mendorong pelajar menim-bulkan pelbagai soalan daripada situasi yang dibinanya. Guru sains harus dilihat sebagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan pengemuka masalah, iaitu seseorang yang bertindak se-bagai peransang pembentukan idea, penguji idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisma mencapai tujuan tersebut. Pelajar berperanan penting bagi melaksanakan kurikulum sains yang telah dibentuk supaya mencapai hasrat kera-jaan melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam sains dan teknologi selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
Topic : Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 55
General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 09:08:05 PM Subject : Re : Pembelajaran Berasaskan Inkuiri
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan pendapat cikgu, Kaedah pengajaran inkuiri pent-ing untuk memupuk budaya dan minda menyelidik secara saintifik dalam pembelajaran matematik. Pelajar meneroka pola matematik melalui ujikaji, menganalisis data, membuat konjektur dan hipotesis, menguji hipotesis dan membuat rumusan. Secara tidak langsung pelajar mengamalkan proses sains dan penemuan sebagaimana ak-tiviti yang dilakukan oleh para saintis dan ahli matematik. Kaedah pengajaran Inkuiri penting dalam amalan konstruktivisme di mana aktiviti kelas berpusatkan kepada pelajar dan guru berperanan seba-gai pemudah cara. Pelajar menggunakan bahan-bahan manipulatif untuk memahami perkara yang lebih abstrak. Guru mencabar pemikiran pelajar dengan soalan-soalan dan membimbing pelajar dalam penerokaan mereka. Dalam proses tersebut pelajar aktif men-jalankan ujikaji, melaporkan pemerhatian, memberi pendapat, berhujah dan berbincang. Proses mengeluarkan pendapat dan men-jelaskan pandangan dapat meningkatkan daya penaakulan, komu-nikasi dan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan men-jadikan pembelajaran lebih bermakna.
Topic : Forum 3
D043530Norlia Bt Ismail
General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 08:56:09 PM Subject : Re : Forum 3
Replies :9Views : 67
Salam 1 Malaysia, Lawson (1995) telah mengemukakan satu model P&P berbentuk inkuiri yang dinamakan Kitar Pembelajaran. Proses-proses yang terdapat dalam kitar pembelajaran ialah penerokaan, pengenalan konsep dan istilah dan aplikasi konsep. Lawson (1995) berpenda-pat kitar pembelajaran merupakan strategi pengajaran yang berke-san untuk meningkatkan kemahiran berfikir kerana ketiga-tiga proses saintifik digunakan secara tertib dan tiada proses yang boleh ditinggalkan. Reka bentuk kitar pembelajaran menggalakkan pela-jar membuat refleksi dan mengalami regulasi kendiri semasa pem-belajaran secara inkuiri. Inkuiri menggalakkan pelajar meneroka dan mengesahkan rumusan secara penaakulan. Amalan inkuiri dalam kitar pembelajaran melibatkan proses sains sebagaimana yang diamalkan oleh ahli sains dan matematik seperti membuat ujikaji untuk mengesan pola, menjana dan menguji hipotesis dan seterusnya membuat kesimpulan. Faktor-faktor penggalak ini harus diberi perhatian oleh guru dalam penyediaan pengajaran. Pembelajaran berbentuk konstruktif dan penerokaan ini bukan sahaja mengekalkan pembelajaran malahan dapat meningkatkan kemahiran berfikir. Kemahiran reflektif ab-strak ialah sebahagian daripada metakognisi. Metakognisi ialah kemahiran mengurus dan mengawal bagaimana seseorang berfikir. Schoenfeld (1987) menerangkan bahawa terdapat tiga komponen dalam metakognisi, iaitu kepercayaan dan gerak hati, pengetahuan tentang proses pemikiran sendiri dan regulasi (kawalan) kendiri. Regulasi kendiri melibatkan aktiviti merancang, memantau dan menilai pencapaian pada setiap peringkat dalam penyelesaian masalah (Schoenfeld, 1992). Schoenfeld (1985, 1987) telah meng-gariskan enam langkah dalam strategi metakognitif yang berfungsi sebagai pengurus dalam penyelesaian masalah matematik, iaitu memahami masalah, menganalisis, meneroka, merancang, menye-lesaikan dan menyemak. Strategi metakognitif melatih pelajar su-paya benar-benar memahami sesuatu masalah, tidak terburu-buru dan memberi penekanan kepada penyelesaian secara sistematik dan terkawal. Latihan yang memfokuskan kepada kemahiran metakognisi dapat dilakukan melalui pembelajaran inkuiri.
Topic : forum 3
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 44
General Forum : FORUM 3 Posted On : 15 Oct 2012 07:02:55 PM Subject : Re : forum 3
Salam 1 Malaysia, Pendekatan inkuiri-penemuan menekankan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri-penemuan bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di perseki-taran. Penemuan merupakan hasil inkuiri-penemuan. Pembelajaran secara inkuiri-penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip sains disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri. Sains sebagai inkuiri-pen-
emuan mementingkan pelajar mempelajari kemahiran proses sains seperti pemerhatian, membuat inferens dan mengeksperimen. Guru sains perlu melibatkan pelajar dalam inkuiri-penemuan dengan memberi peluang kepada mereka untuk menanya soalan, menerang kejadian, menguji idea sedia ada dan berkomunikasi apa yang dipelajari. Pengajaran secara inkuiri-penemuan menjadikan sains sebagai satu matapelajaran yang menyeronokkan kerana pelajar sendiri terlibat secara aktif dalam proses penyiasatan dan pencarian maklumat. Oleh yang demikian, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (2001) memilih pendekatan inkuiri-penemuan sebagai pendekatan yang utama dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah di ne-gara ini. Walau bagaimanapun, pelaksanaan strategi ini memer-lukan kemahiran dan keupayaan guru untuk mengendalikannya. Peranan guru tidak lagi sebagai pemberi maklumat tetapi lebih kepada fasilitator pembelajaran, penanya soalan, prescriber of ap-propriate activities, stimulator of curiosity, pencabar idea murid dan sumber rujukan (resource person). Pembelajaran sains secara inkuiri-penemuan memerlukan guru sains yang mampu merancang soalan secara sistematik dan berfokus. Guru sains harus dilihat se-bagai seorang yang berperanan sebagai penanya soalan dan penge-muka masalah, iaitu seseorang yang bertindak sebagai perangsang pembentukan idea, pengujian idea dan pembinaan konsep yang menggunakan soalan sebagai mekanisme untuk mencapai tujuan tersebut.
3.4 Forum 4 : Bagaimana pembelajaran kontekstual boleh dilaksanakan di
sekolah?
Topic : forum 4
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :4Views : 33
General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:01:18 PM Subject : Re : forum 4
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan pandangan cikgu, pembelajaran kontekstual adalah salah satu kaedah pembelajaran yang berkesan boleh dugu-nakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kontekstual bermak-sud ada hubungkait antara konsep yang baru belajar dengan penge-tahuan sedia murid. Kaedah ini berkesan kerana pembelajaran berlaku apabila murid memproses maklumat baru atau penge-tahuan degan cara yang ia dapat memberi makna kepada murid dalam dunia dalaman mereka sendiri iaitu ingatan, pengalaman dan
tindakbalas.
Topic : Forum 4
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :4Views : 22
General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:07:22 PM Subject : Forum 4
Salam 1 Malaysia,
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang meng-gabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembe-lajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Kebanyakan murid belajar dengan berkesan melalui pengalaman penglibatan peribadi, aktiviti hands-on dan peluang untuk penemuan kendiri. Pembelajaran lebih bermakna apabila konsep disampaikan dalam konteks hubungan yang tidak asing kepada murid. Kebanyakan murid belajar dengan lebih berkesan melalui komunikasi interpersonal , belajar dalam kumpulan, berkongsi maklumat, saling membantu dan maklum balas yang positif. Pemindahan pembelajaran dari satu situasi ke situasi yang lain adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari.
Menurut pandangan Howard Gardner, terdapat sekurang-ku-rangnya lapan jenis kecerdasan pelbagai. Logik-Matematik Kinestetik Interpersonal Visual-ruang Naturalis Muzik Verbal-Lin-guistik Intrapersonal Setiap orang memiliki kesemua kecerdasan tersebut. Walau bagaimanapun, tahap dan kombinasi kecerdasan berbeza-beza di antara individu. Teori kecerdasan pelbagai mem-beri maklumat tentang apa yang perlu dipelajari tetapi lebih pent-ing lagi, bagaimana mempelajarinya. Justeru, pendekatan Pembela-jaran Kontekstual dapat mencungkil potensi kecerdasan pelajar dengan lebih berkesan.
R E A C T Relating (Menghubungkait) Experiencing (Mengalami) Applying (Mengaplikasi) Cooperating (Bekerjasama) Transfering (Memindahkan) Belajar dalam konteks penerokaan, penemuan dan reka cipta Belajar dalam konteks menghubungkaitkan pengetahuan baru dengan pengalaman hidup Belajar dalam konteks bagaimana pengetahuan atau informasi boleh digunakan dalam situasi lain. Belajar dalam konteks bekerjasama, memberi maklum balas dan berkomunikasi Belajar dalam konteks pengetahuan sedia ada den-gan menggunakan atau membina daripada apa yang telah diketahui Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, murid akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran.
Topic : Forum 4
D043530 General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:20:56 PM
Norlia Bt Ismail
Replies :4Views : 29
Subject : Re : Forum 4
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan pandangan cikgu, pengajaran dan pembela-jaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan pembe-lajaran yang membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Untuk melaksanakan kaedah pembela-jaran ini terdapat beberapa strategi antaranya ialah menghubungkait, mengalami, menggunakan, bekerjasama dan pe-mindahan.
Topic : Forum 4
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 46
General Forum : FORUM 4 Posted On : 24 Oct 2012 11:13:12 PM Subject : Re : Forum 4
Salam 1 Malaysia,
Benar apa yang cikgu terangkan. Sebagai tambahan, dalam kaedah pembelajaran kontekstual, kemahiran yang diper-olehi murid dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut situ-asi. Murid dapat mengaitkan pengetahuan bilik darjahnya untuk menyelesaikan masalah harian. Guru boleh menyedi-akan senario tertentu untuk membantu murid menyelesaikan masalah. Sebagai contoh, selepas murid mempelajari cara penggunaan ensiklopedia, guru mengutarakan persoalan yang akan mendorong murid menggunakan ensiklopedia se-bagai rujukan. Bidang kerjaya juga dibincangkan oleh guru dalam segmen ini. Guru mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka perolehi hasil dari pem-belajaran secara kontekstual
Topic : pengajaran kontektual
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :5Views : 25
General Forum : FORUM 4 Posted On : 01 Nov 2012 11:29:19 PM Subject : Re : pengajaran kontektual
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan pendapat cikgu, Pengajaran-pembela-jaran kontekstual merupakan satu konsepsi pengajaran dan
pembelajaran yang membantu guru mengaitkan bahan sub-jek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memo-tivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara penge-tahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Kaedah ini menggalakkan guru memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang menggabungkan pengala-man-pengalaman yang mereka lalui seberapa banyak yang boleh. Pengalaman yang dilalui termasuklah dari aspek sosial, fizikal dan psikologikal.
3.5 Forum 5 : Bincangkan bagaimanakah pengurusan makmal menyokong
pengajaran dan pembelajaran sains?
Topic : Forum 5
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :4Views : 32
General Forum : FORUM 5 Posted On : 31 Oct 2012 11:04:24 PM Subject : Forum 5
Salam 1 Malaysia,
Makmal atau bilik sains merupakan tempat yang penting dan is-timewa bagi guru dan pelajar meneroka konsep dan melakukan kerja amali. Definisi makmal sains ialah ruang yang digunakan un-tuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, menjalankan eksperimen dan penghasilan bahan di sekolah.Makmal ialah tem-pat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yang berhubung dengan ilmu sains (Kamus Dewan edisi keempat). Dalam konteks Sekolah Rendah, Bilik sains ialah ruang yang digu-nakan untuk mengajar, membuat analisis, penyelidikan, men-jalankan eksperimen, dan penghasilan bahan. Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands-on’ menggunakan pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan menjalankan sendiri eksperimen dapat menguja perasaan ingin tahu dan seterusnya memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.Pembelajaran sains perlu dijalankan di Makmal Sains atau Bilik Sains untuk:1. Memastikan P&P mata pelajaran sains lebih efektif.2. Mengembangkan kemahiran saintifik yang meliputi pemikiran secara saintifik, kemahiran menjalankan penyiasatan dan penye-lidikan sains serta kemahiran manipulatif3. Membolehkan eksperimen dijalankan dengan aktif, di tempat yang lebih sesuai.
4. Memperkembangkan lagi semangat ingin tahu dan minat ter-hadap sains dan membentuk serta mengamalkan nilai-nilai sains dan nilai-nilai murni.5. Memberikan ruang yang lebih kondusif dan sesuai bagi mem-perkenalkan mata pelajaran Sains pada setiap peringkat sekolah rendah.6. Menggalakkan murid mengikuti pelajaran sains dengan lebih berkesan dan juga untuk menanam minat sains dalam kalangan murid.7. Memudahkan capaian Internet (di makmal-makmal yang terse-dia Internet).8. Menggalakkan lebih ramai pelajar menceburi bidang sains, se-lari dengan sasaran KPM mencapai Dasar 60:40.
Topic : Pengurusan makmal
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :7Views : 45
General Forum : FORUM 5 Posted On : 02 Nov 2012 12:16:11 AM Subject : Re : Pengurusan makmal
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan cikgu, makmal sains seharusnya mempunyai kemampuan menyediakan peluang pembelajaran sains secara mak-sima. Pelajar didedahkan dengan pengetahuan serta kemahiran sains yang baru mengikut tahap mereka menerusi penyepaduan penggunaan peralatan, bahan dan persekitaran fizikal yang sesuai. Penggunaan bilik atau makmal sains menyokong sebarang aktiviti pembelajaran yang ingin dilaksanakan oleh guru dan murid. Mak-mal sains seharusnya mengutamakan keselamatan penggunanya. Oleh itu alatan keselamatan seperti peti pertolongan cemas dan pe-madam api perlu ada dan diletak ditempat yang sepatutnya. Aspek fizikal juga menjadi keperluan bagi sebuah bilik atau makmal sains seperti stor, perabut, sumber elektrik, gas, air pengedaran udara, pencahayaan dan projektor. Ini untuk memudahkan proses penga-jaran dan pembelajaran.
Topic : Forum 5
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :3Views : 24
General Forum : FORUM 5 Posted On : 01 Nov 2012 11:55:07 PM Subject : Re : Forum 5
Salam 1 MalaysiaSebagai tambahan, Semua guru sains perlu mengamalkan langkah keselamatan dalam makmal dan mengajar para pelajar tentang cara-cara untuk mengendali setiap bahan kimia dan alat radas ketika amali dengan baik. Salah satu perkara yang perlu di ajar oleh guru dalam pengajaran amali ialah mengajar pelajar-pelajar bagaimana cara untuk menjalankan peralatan dan bahan kimia yang berbahaya dan berpotensi untuk mendatangkan kemalangan
(Everett dan .Jenkins, 1980).Hal ini akan menjadi bertambah buruk apabila guru-guru sains tidak mengamalkan langkah-langkah keselamatan makmal yang mesti diterapkan setiap kali masuk ke dalam makmal dan men-jalankan amali. Kebanyakan guru tidak mengambil tahu isu semasa yang berlaku akibat kecuaian guru terhadap keselamatan makmal. Perkara paling penting adalah guru hendaklah juga memastikan ke-selamatan individu lain sebaik diri mereka sendiri (Everett dan Jenkins, 1980).
Topic : Forum 5
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :6Views : 52
General Forum : FORUM 5 Posted On : 01 Nov 2012 11:47:49 PM Subject : Re : Forum 5
Salam 1 MalaysiaSukatan mata pelajaran sains tidak kira di peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah atau di institusi-institusi pengajian tinggi awam dan swasta mempunyai dua jenis bahagian. Iaitu mata pelajaran ini akan di jalankan dari segi praktikal amali dan juga teori. Setiap pelajar yang mengambil jurusan yang berkaitan den-gan subjek sains sama ada kimia, biologi dan sains perlu mengua-sai kedua-dua bahagian tesebut supaya keberkesanan pembelajaran lebih berhasil. Di mana praktikal amali dijalankan di makmal un-tuk mengkaji mahupun membuktikan penemuan baru ataupun ke-fahaman yang telah dipelajari dari segi teori di kelas.
Topic : forum 5
D043530Norlia Bt Ismail
Replies :4Views : 31
General Forum : FORUM 5 Posted On : 01 Nov 2012 11:42:48 PM Subject : Re : forum 5
Salam 1 Malaysia,
Saya setuju dengan pendapat cikgu bahawa pengajaran Sains perlu dijalankan di Makmal Sains kerana terdapat banyak kemudahan yang terdapat di bilik sains boleh digunakan untuk melaksanakan eksperimen. Contohnya radas-radas, bahan ujikaji, kemudahan tal-ian internet dan peralatan-peralatan lain.Pengajaran sains tanpa eksperimen umpama pengajaran yang kosong murid tidak dapat melihat hasil sebenar sesuatu ujikaji jika pengajaran dilaksnakan dengan kaedah syarahan semata-mata. Pengajaran secara hands on dan amali akan memberi kesan pengajaran dan pembelajaran dalam tempoh masa yang lama. Kebanyakkan sekolah-sekolah di Malaysia telah dilengkapkan dengan makmal sains untuk memu-dahkan pengajaran sains dilaksanakan dengan sepenuhnya. Oleh itu sebagai guru sains ianya perlu dimanfaatkan demi anak-anak didik bangsa Malaysia.