Post on 04-Jun-2018
8/14/2019 kritik jurnal .doc
1/4
Pengenalan
Jurnal ini ditulis mengenai impak tingkah laku kepimpinan transaksi dan transformasi
pengetua terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru terhadap sekolah. Pengetua adalah
tunjang utama dalam memacukan kecemerlangan sekolah. Selain itu, tingkah laku kepimpinan
pengetua juga dapat mempengaruhi kepuasan kerja dan komitmen guru. Oleh itu, pemilihan
tajuk ini sebagai satu kajian adalah tepat kerana gaya kepimpinan transaksi dan kepimpinan
transformasi sering diamalkan oleh kebanyakan pengetua di sekolah.
Pendekatan penulisan yang ditunjukkan seperti umum kepada spesifik telah dinyatakan
secara jelas dan nyata. Penyelidik menerangkan tentang kepentingan kepimpinan di sesuatu
organisasi kemudian dikecilkan skopnya pula kepada gaya kepimpinan pengetua di sekolah
dan kesannya kepada kepuasan kerja dan komitmen guru. Selepas itu penyelidik
membincangkan tentang ciri- ciri kepimpinan transaksi dan kepimpinan transformasi yang
mempunyai kelemahan dan kelebihannya tersendiri. Selain itu penyelidik mengulas dengan
jelas tentang beberapa jurnal lepas sebagai rujukan dan panduan kepada beliau untuk
menghasilkan satu kajian yang berkesan. Beliau juga menggunakan perbandingan dapatan
kajian lepas sebagai tujuan untuk membuat kajian yang terperinci tentang impak kepimpinan
transaksi dan transformasi terhadap kepuasan kerja dan komitmen guru di sekolah.
Objektif kajian dan hipotesis kajian tidak dinyatakan di dalam jurnal ini. Objektif kajian
sewajarnya dinyatakan kerana ia adalah panduan dan penentuan halatuju jurnal yang ditulis.
anakala hipotesis kajian adalah suatu proposisi atau anggapan yang mungkin benar dan
sering digunakan sebagai dasar pembuatan keputusan atau pemecahan persoalan untuk
dasar penelitian lebih lanjut. !alaubagaimanapun, soalan kajian dinyatakan dengan jelas.
"amun, soalan kajian sepatutnya tidak dapat dikenalpasti kerana soalan kajian seharusnya
ditulis selepas dinyatakan objektif kajian. Selain daripada objektif kajian, soalan kajian dan
hipotesis kajian, terdapat beberapa subtopik- subtopik yang harus dibincangkan dalam
penulisan jurnal di Bab # ini seperti kepentingan kajian, batasan kajian, definisi konsep dan
organisasi laporan. Semua elemen ini harus dijelaskan di Bab # iaitu Pengenalan. "amun,penyelidik hanya melengkapkan jurnalnya dengan menyediakan pernyataan masalah dan
soalan kajian.
8/14/2019 kritik jurnal .doc
2/4
Metodologi Kajian
$ajian ini menggunakan sebanyak %&' orang guru- guru daripada #' '%% orang guru-
guru kesemuanya yang berkhidmat di sekolah menengah kebangsaan harian di sekitar Johor
Bahru. Sai( sampel adalah bersesuaian dengan sai( populasi subjek kajian kerana semakin
besar sai( populasi, semakin kecil peratus populasi yang diperlukan. anakala penyelidik
memilih sampel secara rawak kerana ia melibatkan sai( populasi yang besar dan senang untuk
diuruskan. !alaubagaimanapun, ia boleh mengelirukan penyelidik untuk menganalisa data dan
melibatkan penggunaan masa yang agak lama.
Bagi menguji sampel yang dipilh, penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif dengan
mengagihkan soal kaji selidik untuk dijawab oleh guru- guru. )lat untuk mengukur gaya
kepimpinan transaksi dan transformasi yang digunakan oleh penyelidik adalah ultifactor
*eadership +uestionnaire *+ manakala innessota Statisfaction +uestionnaire S+
dipilih untuk menentukan kepuasan kerja guru dan Organi(ational ommunication
+uestionnaire O+ digunakan untuk menentukan komitmen guru. $esemua alat pengukur ini
adalah tepat dan sering digunakan oleh penyelidik- penyelidik terdahulu. )ntara kajian lepas
yang menggunakan kaedah ini ialah Ja(mi &//0 yang mengkaji hubungan antara gaya
kepimpinan pengetua dan kepuasan kerja guru.
Setelah sampel ini dikumpulkan, penyelidik akan memproses data- data dan maklumat
yang diperolehi sebelum menganalisanya. "amun begitu penyelidik tidak menyatakan cara
pemprosesan data yang diperolehinya. 1ata dan maklumat yang dijawab oleh guru- guru akan
diproses dengan menggunakan pengaturcaraan Statistical Package for The Social Science
(SPSS). 2ni adalah cara yang biasa digunakan oleh penyelidik- penyelidik lepas dalam
memproses data. Setelah data diproses, ia akan dianalisa pula. 3erdapat banyak kaedah, salah
satu yang digunakan oleh penyelidik adalah statistik deskriptif dan statistik inferensi. Statistik
deskriptif digunakan dalam kajian ini kerana data yang dihasilkan dapat dianggap sebagai
ringkasan daripada keseluruhan set data. anakala bagi statistik deskriptif, data deskriptif
harus dilaporkan seperti nilai min, sai( sampel, kolerasi dan sisihan piawai. "amun begitu, data
bagi sisihan piawai dan min tidak dinyatakan.
Bagi statistik inferensi pula, penyelidik menggunakan kaedah regresi pelbagai kerana
kajian ini melibatkan lebih darpada dua pembolehubah."amun begitu ia menjadi sedikit sukar
untuk dianalisis kerana penyelidik tidak menyatakan hipotesis kajian untuk dikaji. 2ni kerana bagi
statistik inferensi, ia hanya dapat dilaksanakan berasaskan ujian hipotesis nol. Salah satu
8/14/2019 kritik jurnal .doc
3/4
langkah bagi menguji hipotesis nol iaitu menetapkan kriteria bagi menolak hipotesis nol dengan
menentukan tahap signifikan tidak dinyatakan dalam kajian ini.
"amun begitu, kajian rintis tidak dilakukan dalam kajian ini. $ajian rintis amat penting
untuk dijalankan kepada guru- guru yang tidak terlibat dalam sampel kajian dan ia boleh
dijadikan satu analisa kebolehpercayaan intstrumen yang digunakan. Jika kajian rintis tidak
dilakukan, intstrumen yang digunakan oleh penyelidik boleh dipertikaikan dan diragui
kesahihannya. Selain itu, penyelidik juga tidak menyatakan prosedur atau cara- cara
pengumpulan data yang diperoleh dari sampel kajian. 2a sepatutnya ditulis dengan jelas
samada penyelidik kemukakan surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan $ementerian Pelajaran alaysia semasa pengendalian soal selidik ataupun tidak.
Dapatan Kajian
Penyelidik menerangkan dengan jelas tentang dapatan kajian dengan melakukan
analisa setiap data dengan menggunakan statistik deskriptif dan infersensi seperti yang
dinyatakan. Penyelidik menggunakan bantuan grafik berbentuk jadual bagi menerangkan
dengan lebih jelas dapatan setiap kajian.
Selain daripada itu, penyelidik menggunakan kaedah nilai 45 iaitu 6arian bagi
mengenalpasti perkaitan atau hubungan antara pembolehubah bersandar kepuasan kerja guru
dan komitmen guru terhadap sekolah dan pembolehubah bebas kepimpinan transaksi dan
kepimpinan transformasi. Penyelidik mengulas dapatan kajian berdasarkan nilai 6arian dan
beta yang diperoleh. Penyelidik tidak menyatakan sebab pemilihan kaedah regresi mudah dan
regresi pelbagai dan sebab tidak memilih kaedah- kaedah yang lain.
1isebabkan penyelidik tidak melakukan kajian rintis bagi mengenalpasti
kebolehpercayaan instrument yang digunakan, maka tiada analisis kebolehpercayaan soal
selidik disediakan. Selain daripada itu, dapatan kajian tidak menyatakan secara terperinci
analisis profil responden yang merangkumi taburan sampel kajian sekolah- sekolah yang
terlibat sebagai sampel kajian, bilangan soal selidik yang diedarkan dan dikembalikan, dan
profil responden mengikut demografi tertentu. Penyelidik ada menyatakan kajian ke atas
demografi subjek kajian diuji menggunakan statistik deskripitif, namun dapatan kajian tidak
dihuraikan.
Selain itu, penyusunan analisis kajian tidak teratur kerana ia tidak disusun mengikut
urutan objektif kajian. 2a harus disusun dengan menyatakan subtajuk- subtajuk merujuk kepada
8/14/2019 kritik jurnal .doc
4/4
objektif kajian di Bab #. "amun begitu, penyelidik tidak menyatakan objektif kajian di dalam
jurnal ini yang menyukarkan data kajian untuk diuji.
Rumusan Perbincangan