Post on 21-Jun-2015
PENGELUARAN
KONSEP ASAS EKONOMI ISLAM
PENGENALAN
Aktiviti pengeluaran merupakan bidang penting di samping
penagihan dan pengeluaran.
Ekonomi Barat membataskan kefahaman tentang pengeluaran hanya
pada mewujudkan barangan material (madiyyah).
Dari segi ekonomi Islam, pengeluaran dianggap sebagai asas kepada
penggunaan dan penggunaan amat penting untuk memastikan
kesinambungan kehidupan manusia.
Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa Ekonomi Islam ialah
Ibni Taymiyah (1262-1328 Masehi) dan Ibn Khaldun (1332-1406
Masehi).
OBJEKTIF PENGELUARAN
Dalam ekonomi kovensional:
“firma diandaikan mempunyai satu objektif tunggal daripada
aktiviti pengeluaran iaitu memaksimumkan keuntungan”.
Keuntungan ini ekoran daripada andaian terpenting yang
terdapat dalam ekonomi konvensional bahawa manusia
dalam kehidupan ekonomi akan sentiasa bertindak rasional.
Dalam ekonomi islam:
Pengeluaran dalam Islam bukan semata-mata untuk mencapai manfaat
material sebagaimana dinyatakan dalam sistem ekonomi lain.
Orang Islam akan menjadikan aktiviti pengeluaran sebagai mekanisme
untuk ia menjalankan ketaatan kepada Allah dan beribadat kepadaNya.
Antara objektif lain ialah:
1)menyediakan keperluan sendiri secara sederhana
2)menyediakan keperluan bagi masa depan
3)peruntukan bagi generasi akan datang
4)khidmat sosial dan sumbangan pada jalan Allah
KEPENTINGAN PENGELUARAN
Dalam ekonomi konvensional: Kedudukan aktiviti pengeluaran adalah penting dalam meningkatkan
kebajikan masyarakat.
Ini dapat diringkaskan:
1)pengeluaran dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui
peningkatan kebajikan ekonomi dengan menawarkan sebanyak mungkin
barangan ekonomi.
2)mencorakkan penggunaan sumber secara cekap bagi mengimbangi
sumber yang ada berbanding kehendak manusia yang tidak terbatas.
Dalam ekonomi islam: Pengeluaran dalam Islam adalah bertujuan menyahut seruan Allah
s.w.t untuk berusaha dan bekerja.
Kepentingan untuk berusaha dan bekerja adalah supaya manusia
boleh berdikari untuk aktiviti semasa dan ketika beribadah.
Tambahan lagi Islam amat menitik beratkan peripentingnya
penyediaan barangan keperluan manusia mengikut jenis barangan dan
kepentingan masyarakat.
Konsep pengeluaran Islam juga bertujuan menampung keperluan
mengikut tanggungan.
Konsep Barang & Perkhidmatan
Perspektif Konvensional
BarangSesuatu yang memiliki citarasa serta
nilai ekonomiCth:kereta,jam tanganPekhidmatanMelaksanakan sebarang urusan
utama untuk memudahkan aktiviti pengeluaran
Perspektif Islam
Konsep barang & perkhidmatan termasuk kehendak kerohanian
Semua aktiviti pengeluaran hendaklah halal dan menggunakan sumber ekonomi dengan seimbang
Jenis Barang & Perkhidmatan
Perspektif Islam
1.Barangan Baik Barang yang benar-benar memberi
manfaat dari segi ahlak,jiwa dan fizikal
Pengeluaran memenuhi kehendak pengguna mestilah halal
Cth:makanan,minuman ,tempat tinggal,pakaian
2.Barangan kotor@najis Barang yang ditegah
penggunaannya Sesungguhnya apabila Allah
mengharamkan sesuatu makanan kepada sesuatu kaum,maka hasil jualannya turut diharamkan
Cth:arak dan babi
Matlamat Pengeluaran
Memenuhi keperluan hidup secara sederhana
Penghindaran penggunaan barangan yang dilarang
Penggunaan barangan ekonomi yang tidak boros
Penggunaan serta kepuasan yang terhasil adalah alat kepada pencapaian yang hakiki
Klasifikasi Keperluan Manusia dalam Perspektif:
EkonomiKonvensio
nalEkonomi
Islam
KONVENSIONAL….
EKONOMI
Ahli & penulis ekonomi konvensional:
Marshall Bhende Fernando Adam Smith
Bhende & Fernandotelah membahagikan barang2 keperluan manusia kepada 3 kategori:
Keperluan Asas / keperluan untuk kehidupan
-kehendak primer manusia-untuk hidup secara sempurna-cth: makanan,pakaian,tempat
tinggal+keperluan-keperluan untuk keefisienan (komputer)+ keperluan-keperluan semasa(kereta)
Keperluan untuk keselesaan-perkara yang mendatangkan keselesaan kepada kehidupan-kipas angin,katil,sofa dll…
Keperluan barang-barang mewah-merujuk kepada barangan yang amat mahal berbanding manfaat yang diperolehi-biasanya di kalangan orang berada-sebagai lambang kemegahan serta kedudukan dalam masyarakat-cth: rumah kediaman mewah, barang perhiasan yang mahal dan kereta mewah
Klasifikasi keperluan manusia bergantung kepada taraf hidup seseorang
Cth: jika seseorang itu berpendapatan kecil dan mampu untuk membeli kenderaan (barang mewah) Adam Smith
“Ukuran kaya atau miskin seseorang itu adalah berdasarkan kepada darjah kemampuannya menikmati keperluan-keperluan asas,keselesaan dan hiburan”
ISLAM……EKONOMI
Ahli & penulis ekonomi Islam:
Afzal-ur Rahman Anas Zarqa M.A. Manan Muslehuddin
M.A. Manan & Muslehuddin-barangan keperluan asas-barangan keselesaan-barangan mewah
Afzal- ur Rahman-barangan keperluan asas-barangan keperluan kecekapan-barangan keselesaan-barangan mewah
Sadeq-barangan keperluan hidup-barangan asas-barangan keselesaan-barangan mewah-barangan memberhayakan
Secara khususnya keperluan manusia terbahagi kepada 3:
Daruriyyat
*tujuan untuk meneruskan kehidupan
* jika tidak dipenuhi,maka akan rosak dan
pincanglah kehidupan
*akan mendapat sengsara
*barangan asas:
makanan,pakaian,tempat tinggal
Hajiyyat
*memberi kemudahan kepada
manusia untuk mengelakkan
kesukaran
*jika tidak dipenuhi,manusia akan
mengalami kesengsaraan tetapi
tidaklah memudaratkan
*Cth: perabot untuk rumah btujuan
untuk keselesaan dan kemudahan
Kamaliyyat/ Tahsiniyyat
*untuk menjadikan kehidupan lebih
selesa
* jika tidak dipenuhi, tidak akan
memberi kesan kepada manusia.
*Cth: makanan mewah,pakaian yang
mahal,kereta mewah
Faktor Pengeluaran (Konvensional)
FAKTOR PENGELUARAN
HURAIAN
TANAH -Benda dan tenaga yang disediakan oleh alam tabi’I-Mengambil kekayaan di bumi utk diproses
BURUH -Tenaga manusia dari segi fizikal dan mental dalam menghasilkan barang dan perkhidmatan
MODAL -Barangan yang dihasilkan untuk menghasilkan suatu brg yang lain
USAHAWAN
-Mengendalikan faktor pengeluaran → barang & perkhidmatan-Berani menanggung risiko kerugian-Inovatif
Faktor Pengeluaran (Islam)FAKTOR
PENGELUARAN
HURAIAN
TANAH -Sumber semula jadi ciptaan Allah s.w.t-Manusia digalakkan menikmatinya tetapi ada batas & syarat
BURUH -Pekerja yang terikat dengan bidang dan etika kerja berdasarkan ketetapan syarikat-Terlibat dalam pengurusan dan penyeliaan
MODAL -peruntukan sumber kewangan dalam proses pengeluaran.
USAHAWAN
-Tidak menanggung risiko kerugian jika tidak menyumbang modal-Berhak kepada keuntungan dengan kadar peratusan yg ditetapkan
KESIMPULAN