Post on 12-Jan-2017
Tatakelakuan
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
1 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Mesej daripada CEO Rakan sekerja yang dihormati, Semasa menjalankan tugas harian dan membuat keputusan yang akan memberi kesan terhadap klien dan rakan sekerja kita, saya ingin kita semua bertanya kepada diri sendiri “Adakah saya melakukan perkara yang betul, atau hanya perkara yang menguntungkan? Adakah kita sedang membina budaya yang boleh kita banggakan? Adakah tindakan saya menyumbang kepada kebaikan keseluruhan?” Sila luangkan masa untuk membaca Tatakelakuan ini. Ia mengandungi ringkasan berkenaan piawaian yang kita perlu patuhi sebagai pekerja AIG, termasuk juga dasar-dasar AIG dan apa yang kami dianggap sebagai tingkah laku dan amalan yang baik semasa berurusan dengan klien, rakan sekerja dan pengawal atur. Tatakelakuan ini bukanlah pengganti kepada pertimbangan wajar anda. Terdapat ramai pihak yang boleh membantu membimbing kita dalam perkara ini, seperti pengurus anda, Bahagian Sumber Manusia atau Pematuhan. Jika berasa sesuatu tidak betul, suarakannya. Bertindak dengan integriti, sikap terbuka, kepercayaan dan etika yang baik seharusnya membimbing setiap satu daripada kita dalam setiap perkara yang dilakukan. Kata-kata ini sangat penting – dan bertindak selaras dengan kata-kata ini lebih penting. Sekiranya kita semua bertindak dengan integriti dan menggalakkan rakan sekerja untuk melakukan perkara yang sama, kita akan mengukuhkan AIG dan menjadikannya suatu tempat kerja yang lebih baik. Yang ikhlas,
Brian Duperreault
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
2 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Mesej daripada Ketua Pegawai Pematuhan Rakan sekerja yang dihormati: Tatakelakuan mengandungi peraturan dan garis panduan yang perlu sentiasa diingati oleh kita di AIG semasa melibatkan diri dalam aktiviti bagi pihak syarikat. Tatakelakuan ini bukan sahaja mencerminkan nilai-nilai dalam memupuk budaya integriti, tetapi juga menggariskan undang-undang yang perlu kita patuh sebagai sebuah syarikat. Pematuhan terhadap undang-undang dan piawaian etika kita boleh membantu AIG mencegah kerosakan serius ke atas reputasi dan perniagaan kita. Walaupun kita semua berusaha untuk bekerja dengan integriti, sesetengah keadaan mungkin tidak jelas, lantas menimbulkan persoalan mengenai tindakan sesuai yang harus diambil. Tatakelakuan ini memberi panduan dalam situasi sedemikian, meskipun ia bukan sumber yang komprehensif. Jika anda mempunyai sebarang persoalan yang khusus berkenaan situasi, perniagaan atau fungsi anda, sila ajukan persoalan anda kepada kami. Fungsi Pematuhan bersedia untuk membantu anda mengendalikan situasi yang mana mungkin tidak jelas apa tindakan wajib yang harus diambil. AIG inginkan setiap orang di syarikat ini melakukan perkara yang betul – dan kami telah menggubal Tatakelakuan ini untuk membantu pekerja kami melakukannya. Saya menyeru kepada semua pekerja supaya bersuara jika mereka melihat sesuatu yang melanggar prinsip-prinsip ini mahupun yang mungkin melanggar prinsip-prinsip ini. Sila jangan ragu-ragu untuk tampil ke hadapan jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kemusykilan. Integriti yang didukung oleh kakitangan AIG setiap hari dalam melakukan tugas adalah kunci kejayaan kita. Integriti ini memberi keyakinan kepada pelanggan, rakan niaga dan komuniti kita bahawa kita sentiasa bersedia untuk membantu jika mereka memerlukan kita di masa hadapan. Integriti kita memastikan bahawa pengawal atur dan pelabur kita akan terus meyakini kekuatan dan kebolehpercayaan AIG. Kepatuhan terhadap isi tersurat dan tersirat Tatakelakuan ini membolehkan kita kekal sebagai peneraju industri, dan terus menerima rasa hormat yang ditunjukkan oleh rakan niaga, rakan sekerja, dan komuniti kita.
Karen J. Nelson
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
3 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Jadual Kandungan
Menyampaikan Komitmen Kita ......................................................... 5
Kepada siapa Tatakelakuan ini diaplikasikan? ................................................ 6
Tanggungjawab Individu ................................................................................... 7
Tanggungjawab Tambahan untuk Pengurus .................................................... 8
Bertanya Soalan dan Membangkitkan Kemusykilan ....................................... 8
Dasar Bukan Tindak Balas ............................................................................... 11
Disipilin ............................................................................................................. 11
Pengecualian Tatakelakuan ............................................................................ 11
Komitmen Kita Kepada Yang Lain ................................................... 12
Kepelbagaian dan Peluang Global ................................................................ 13
Menghormati Orang Lain ................................................................................ 13
Tempat Kerja Yang Selamat, Sihat dan Terjamin ........................................... 14
Penggunaan Alkohol dan Dadah ................................................................... 14
Toleransi Sifar terhadap Intimidasi .................................................................. 14
Privasi Pekerja .................................................................................................. 16
Komitmen Kita dalam Pasaran ........................................................ 17
Privasi Pelanggan dan Keselamatan Data ..................................................... 18
Konflik Kepentingan ........................................................................................ 19
Peluang Korporat ........................................................................................ 19
Hubungan Peribadi ..................................................................................... 19
Aktiviti Luar .................................................................................................. 20
Hadiah dan Hiburan ................................................................................... 21
Hadiah dan Hiburan untuk Pegawai Kerajaan, Pekerja atau Agen ......... 21
Hubungan dengan Rakan Niaga Kita............................................................ 23
Kepelbagaian Pembekal ................................................................................. 23
Berurusan secara Adil ..................................................................................... 24
Anti Amanah dan Persaingan Adil ................................................................. 24
Maklumat Persaingan ..................................................................................... 26
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
4 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Komitmen Kita kepada Pemegang Saham Kita ............................. 28
Laporan Kewangan ......................................................................................... 29
Rekod Perniagaan yang Tepat ........................................................................ 29
Pengurusan Rekod ........................................................................................... 29
Melindungi Sumber AIG.................................................................................. 30
Harta Fizikal ................................................................................................. 30
Keselamatan Peribadi ................................................................................. 30
Harta Intelek ................................................................................................ 30
Maklumat Proprietari/Rahsia Perdagangan/Maklumat Sulit .................. 31
Dana ............................................................................................................ 31
Sistem Teknologi Maklumat ........................................................................ 32
Komitmen Kita sebagai Warga Korporat ....................................... 34
Kemapanan ..................................................................................................... 35
Sumbangan Kebajikan .................................................................................... 35
Aktiviti Politik .................................................................................................... 36
Perdagangan Dalam Sekuriti .......................................................................... 37
Pencegahan Pengubahan Wang Haram ....................................................... 38
Sekatan Ekonomi, Anti-Boikot dan Undang-Undang Kawalan Eksport ....... 38
Berkomunikasi dengan Orang Ramai ............................................................ 39
Berkomunikasi dengan Pengawal Selia dan Pegawai Kerajaan Yang Lain ................................................................................................................... 39
Media Sosial ................................................................................................... 39
Perniagaan Kerajaan ...................................................................................... 40
Anti Rasuah dan Sogokan............................................................................... 40
Dalam Tatakelakuan ini, ‘AIG’ merujuk kepada American International Group, Inc. dan anak syarikatnya di seluruh dunia. Unit perniagaan dan bidang kuasa mungkin mempunyai Tatakelakuan lain yang selaras dengan atau yang lebih ketat daripada Tatakelakuan ini. Tatakelakuan ini mungkin mengenakan tanggungjawab tambahan ke atas pekerja dalam unit perniagaan dan bidang kuasa. Kemusykilan tentang konflik yang mungkin berlaku antara peruntukan Tatakelakuan ini dan undang-undang tempatan mesti dilaporkan kepada pegawai pematuhan.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
5 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Menyampaikan Komitmen Kita Teras perniagaan AIG adalah janji kita bahawa kita akan berdiri di belakang produk dan perkhidmatan. Integriti peribadi dan organisasi adalah kritikal kepada penyampaian janji ini dan melindungi reputasi kita.
Menyampaikan komitmen kita sangat penting untuk pekerja, pelanggan, rakan kongsi niaga, pemegang saham, dan komuniti, di mana kita berada dan berniaga.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
6 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Kepada siapa Tatakelakuan ini diaplikasikan? Tatakelakuan AIG (“Tatakelakuan”) memberi panduan etika untuk menjalankan
perniagaan bagi pihak semua syarikat AIG. Tatakelakuan ialah sumber untuk
semua pegawai dan pekerja AIG. Tatakelakuan tidak mampu menyelesaikan
semua isu yang mungkin kita hadapi tetapi ia dapat memberi bimbingan dan
sumber bagi senario apabila pilihan yang betul masih kurang jelas. Maklumat
tambahan, termasuk peraturan dan dasar yang berkaitan, boleh didapati di
pautan sepanjang dokumen ini dan dalam dasar korporat kita. Sesetengan rakan kongsi niaga AIG, contohnya agen dan perunding,
mewakili AIG berhadapan dengan orang ramai, dan mereka dijangka untuk
mematuhi semangat Tatakelakuan, Tatakelakuan Pihak Ketiga AIG, dan mana-
mana peruntukan undang-undang kontrak, semasa bekerja bagi pihak syarikat
AIG. AIG adalah organisasi yang besar, namun kita tetap bersatu dengan komitmen
kita untuk menunaikan semua janji kita. Kita semua bertanggungjawab untuk
memperoleh amanah yang sudah ada dalam diri kita.
• Pekerja kita mempercayai kita untuk menghargai dan menghormati mereka.
• Pelanggan dan rakan kongsi niaga kita mempercayai integriti kita.
• Pemegang saham kita mempercayai pengawasan kita.
• Komuniti seluruh dunia bergantung kepada kita
menjadi warga korporat yang bertanggungjawab. Tatakelakuan ini disusun berdasarkan komitmen yang kita sampaikan kepada
setiap kumpulan ini.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
7 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Tanggungjawab Individu Memenuhi tanggungjawab kita membolehkan perniagaan kita untuk berjaya,
berkembang, hari ini dan pada masa hadapan. Kita semua dikehendaki untuk:
• Memahami dan bertindak selaras dengan Tatakelakuan ini, Dasar AIG,
dan undang-undang serta peraturan yang berkaitan.
• Mendapatkan bimbingan daripada pengurusan, kakitangan pematuhan
atau penasihat undang-undang AIG sekiranya anda mempunyai soalan.
• Melaporkan dengan segera kemusykilan tentang perlanggaran
Tatakelakuan ini atau undang-undang dan peraturan yang diaplikasi
kepada pengurusan atau mana-mana sumber yang tertera di muka surat
seterusnya.
• Mengambil bahagian dalam latihan etika dan pematuhan untuk
memastikan kita tahu standard dan jangkaan terkini.
• Memberi kerjasama sepenuhnya dalam sebarang penyiasatan dalaman. Tiada sebab, termasuk keinginan untuk mencapai matlamat perniagaan, boleh
menjadi alasan untuk melanggar Tatakelakuan ini, Dasar AIG, undang-undang
atau peraturan.
Ujian Tajuk Utama Bagi membuat keputusan yang lebih baik
• Adakah Ia Sah Di Sisi Undang-undang?
• Adakah ia selaras dengan Nilai dan Dasar AIG?
• Adakah ia Sesuai dan Jujur?
• Bagaimana tindakan saya akan diterima jika ia muncul
dalam Suratkhabar?
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
8 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Tanggungjawab Tambahan untuk Pengurus Setiap Pengurus dijangkakan untuk memenuhi tanggungjawab tambahan berikut: • Berkhidmat sebagai model peranan dengan menunjukan piawaian etika
tertinggi dan mewujudkan serta mengekalkan budaya amanah, kejujuran, integriti, dan hormat-menghormati.
• Menjadi sumber untuk pekerja. Memastikan mereka sedar, memahami, dan mengetahui cara untuk melaksanakan Tatakelakuan ini, dasar AIG, dan undang-undang dan peraturan dalam kerja harian mereka.
• Dapatkan bantuan daripada pengurus atau penasihat undang-undang AIG, pegawai pematuhan atau profesional sumber manusia apabila kurang pasti mengenai tindakan balas yang sesuai untuk keadaan tertentu.
• Bertindak Proaktif. Mengambil tindakan sewajarnya untuk mencegah dan mengenal pasti salah laku. Laporkan keadaan yang mungkin memberi kesan kepada keupayaan pekerja untuk bertindak secara beretika bagi pihak AIG.
Bertanya Soalan dan Membangkitkan Kemusykilan Kebanyakan kemusykilan yang sering dihadapi semasa kerja boleh diselesaikan melalui perbincangan dan kerjasama dengan pengurusan, Sumber Manusia atau pegawai pematuhan unit perniagaan. Tambahan pula, pekerja mungkin bertanya soalan, membangkitkan kemusykilan atau melaporkan keadaan yang tidak mematuhi Tatakelakuan ini, dasar AIG, atau undang-undang atau peraturan dengan menghubungi mana-mana yang disenaraikan berikut: • Kumpulan Pematuhan Global AIG di +1 646 857-1877 atau e-mel
corporatelegalcompliance@aig.com.
• Talian Bantuan Pematuhan AIG di +1 877 244-2210 atau dalam talian di www.aigcompliancehelpline.com. Talian Bantuan Pematuhan tersebut dikendalikan oleh pihak ketiga bebas yang menyediakan laporan bertulis kepada Kumpulan Pematuhan Global AIG. Komunikasi di Talian Bantuan boleh dibuat dengan identiti dirahsiakan, tertakluk kepada undang-undang tempatan, dan boleh dibuat dalam pelbagai bahasa.
Bagi sebarang kemusykilan yang berkaitan dengan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman atau perkara audit, pekerja boleh menghubungi salah satu daripada tertera di atas (tanpa mendedahkan identiti melalui Talian Bantuan) atau mengemukakan kemusykilan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah AIG dengan e-mel di accountinghotline@aig.com.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
9 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
S & J
Bertanya Soalan dan Membangkitkan Kemusykilan
S: Apakah yang akan berlaku sekiranya saya membuat laporan kepada Talian Bantuan Pematuhan AIG?
J. Selepas menjawab panggilan itu, pembekal perkhidmatan luaran akan menghantarkan laporan kepada Kumpulan Pematuhan Global AIG. Jika laporan tersebut dihantar secara dalam talian, pembekal perkhidmatan akan menghantar laporan itu terus kepada Kumpulan Pematuhan Global.
1. Jika anda meminta nasihat, anda akan dihubungi berkenaan isu itu dan bimbingan serta tafsiran akan diberikan supaya anda boleh membuat keputusan yang betul.
2. Jika anda ingin membuat laporan tentang salah laku yang mencurigakan, pembekal perkhidmatan luaran akan mencatatkan maklumat berkaitan dan akan menghantar satu laporan kepada Kumpulan Pematuhan Global. Sebarang laporan berkenaan perakaunan, kawalan perakaunan dalaman, dan perkara audit yang boleh dipersoalkan akan dikaji bersama-sama dengan wakil Audit Dalaman dan kemudian, jika perlu, dilaporkan kepada Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah AIG.
3. Jika perkara tersebut lebih sesuai ditangani oleh organisasi dalaman yang lain AIG (cth., undang-undang, Audit Dalaman, Keselamatan Global atau Sumber Manusia), Kumpulan Pematuhan Global akan menghantar laporan kepada organisasi tersebut untuk pengendalian.
S: Bolehkah saya melaporkan salah laku dan identiti masih kekal dirahsiakan?
J. AIG menggalakkan pekerja membuat laporan dengan
menmberitahu identiti supaya maklumat boleh disiasat dengan
segera dan teliti. Keupayaan kita menghubungi pekerja tertentu
yang mengemukakan kemusykilan itu akan mempercepatkan
siasatan. Walaupun, tertakluk kepada undang-undang
tempatan atau perjanjian buruh, anda boleh meminta sama
ada nama dirahsiakan semasa melaporkan suatu perkara
kepada Talian Bantuan Pematuhan AIG. S: Bagaimana dengan kerahsiaan dan hukuman?
J. Setiap tindakan yang wajar akan diambil, selaras dengan
undang-undang dan dasar AIG, untuk mengekalkan kerahsiaan
mana-mana pekerja yang melaporkan salah laku atau salah
laku yang mencurigakan dengan niat baik dan melindungi
pekerja itu daripada dikenakan hukuman.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
10 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
S: Unit Perniagaan Saya menetapkan beberapa matlamat yang patut dicapai. Kadang kala saya berasa tertekan untuk melanggar Tatakelakuan ini demi mencapai semua matlamat itu. Adakah ini diterima?
J: Tidak. Walaupun perniagaan yang berjaya sering menetapkan matlamat tinggi dan berusaha untuk mencapainya, anda tidak sepatutnya melanggar Tatakelakuan atau dasar AIG yang lain demi mencapai matlamat anda.
S: Pengurus kita biasanya tidak membuat sebarang tindakan apabila
kemusykilan salah laku yang mencurigakan dibawa kepada perhatian beliau. Beliau sudah mewujudkan keadaan sukar untuk rakan sekerja yang membangkitkan isu itu. Kini saya mempunyai satu masalah: seorang rakan sekerja sedang melakukan sesuatu yang salah. Apakah yang perlu saya lakukan?
J: Bersuara. Tatakelakuan kita mengatakan bahawa anda perlu melaporkan salah laku dan anda boleh melakukannya tanpa takut terhadap tindakan balas. Walaupun laporkan kepada pengurus anda biasanya ialah cara yang terbaik untuk menyuarakan kemusykilan, sekiranya anda tidak percaya cara itu paling sesuai, anda perlu berbincang dengan ahli pengurusan yang lain, sumber manusia, atau terus kepada pegawai pematuhan unit perniagaan. Tambahan pula, anda boleh menghubungi atau e-mel Talian Bantuan Pematuhan AIG.
Q: Jika saya berasa salah satu undang-undang tempatan bercanggah dengan Tatakelakuan, apakah yang saya perlu lakukan?
A: Sekiranya anda percaya undang-undang tempatan bercanggah dengan Tatakelakuan ini, sila berbincang dengan pegawai pematuhan anda.
S&J Menyampaikan Komitmen kita
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
11 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Dasar Bukan Tindak Balas AIG melarang tindakan balas terhadap mana-mana pekerja yang membuat
laporan dengan niat baik tentang perlanggaran Tatakelakuan ini yang sebenar
atau mencurigakan, Dasar AIG yang lain, atau undang-undang atau peraturan
yang berkuatkuasa, dan tindakan disipilin akan dikenakan ke atas
perlanggaran terhadap dasar ini. Disipilin Perlanggaran Tatakelakuan ini, Dasar AIG yang lain, atau undang-undang
atau peraturan yang berkuatkuasa, atau menggalakkan orang lain untuk
berbuat demikian, menjejaskan reputasi AIG dan dengan itu tindakan disiplin
boleh dikenakan. Kegagalan untuk melaporkan salah laku orang lain juga
dianggap sebagai perlanggaran Tatakelakuan ini. Disiplin termasuk
penamatan pekerjaan dan kehilangan kebaikan berkaitan dengan pekerjaan. Pengecualian Tatakelakuan Dari semasa ke semasa, AIG boleh meminda atau mengecualikan peruntukan
tertentu dalam Tatakelakuan ini. Mana-mana pekerja yang mempercayai
pengecualian mungkin lebih sesuai perlu membincangkan perkara itu dengan
pegawai pematuhan unit perniagaan. Hanya Lembaga Pengarah AIG atau
Pencalonannya dan Jawatankuasa Tadbir Urus Korporat boleh memberikan
pengecualian peruntukan tertentu Tatakelakuan untuk pegawai eksekutif AIG.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
12 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Komitmen Kita Kepada Yang Lain
Syarikat AIG sudah menjadi pemimpin sedunia dalam bidang insurans melebihi 90 tahun sebab kita sering percaya dalam kekuatan individu berbakat dan kepelbagaian untuk membentuk nilai dan melaksanakannya untuk pelanggan dan pemegang saham.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
13 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Kepelbagaian dan Peluang Global AIG komited kepada perangkuman dan kepelbagaian individu, idea dan
kemahiran sepertimana dinyatakan dalam Dasar Sumber Manusia Global AIG. AIG berusaha untuk menggaji dan menggalakkan bakat terbaik melalui
penyediaan persekitaran yang dinamik yang menarik perhatian bakat yang
mempunyai pelbagai kemahiran dan idea. Termasuk kepelbagaian tenaga
kerja yang mendorong invovasi dan mempertingkatkan kedudukan kita
sebagai pemimpin pasaran global. AIG bergantung kepada sumbangan orang tempatan yang paling memahami
budaya dalam negara dan bidang kuasa yang kita berurus niaga. AIG sering
berkomitmen untuk menggaji pakar tempatan dan menyediakan persekitaran
perniagaan positif, peluang kepimpinan, dan pampasan yang wajar untuk
bakat tempatan. AIG menyediakan peluang kepada pekerja untuk belajar, cemerlang dalam
pekerjaan mereka, berkembang maju dengan organisasi dan menikmati
keuntungan dari segi kewangan.
Menghormati Orang Lain Menghormati orang lain bermaksud kita tidak mendiskriminasi atas dasar kaum,
warna, agama, seks, negara asal, umur, ketidakupaayaan, perkhidmatan
tentera, tahap perkahwinan atau orientasi seksual. Hormat-menghormati juga bermaksud menghargai perbezaan antara satu
sama lain. Kita menghormati pendapat satu sama lain dan tidak patut melayan
orang lain dengan cara mencaci, menganggu atau mengancam.
Tanda Amaran Gangguan • Isyarat atau sentuhan fizikal yang tidak diingini.
• Paparan gambar seksual yang eksplisit atau menyinggung
perasaan atau sebarang bahan lain.
• Jenaka atau komen yang berunsurkan seks atau menyinggung
perasaan (eksplisit atau melalui petunjuk).
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
14 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Tempat Kerja Yang Selamat, Sihat dan Terjamin AIG komited untuk mengendalikan perniagaan dalam keadaan yang menjamin
kesihatan, keselamatan dan perlindungan pekerja dan pelanggan semasa
mereka berada dalam premis AIG. Situasi yang boleh menimbulkan bahaya
pada kesihatan, keselamatan atau alam sekitar mesti dilaporkan segera
kepada pengurusan atau Keselamatan Global. Bagi mengelakkan perlanggaran keselamatan, ancaman, kerugian, dan
pencurian, ia memerlukan semua pekerja kekal berwaspada di tempat kerja
dan semasa melaksanakan urusan AIG. Hubungi pihak pengurusan atau
Keselamatan Global jika mendapati sebarang isu yang mungkin menjejaskan
keselamatan AIG, kesediaan kecemasan, atau kebakaran dan kesediaan
keselamatan nyawa. Penggunaan Alkohol dan Dadah Mengguna, menjual, memiliki atau bekerja di bawah pengaruh dadah haram
di AIG adalah dilarang sama sekali. Penggunaan alkohol yang berlebihan
atau tidak sesuai semasa melaksanakan tugas untuk AIG juga dilarang sama
sekali.
Toleransi Sifar terhadap Intimidasi AIG tidak akan bertoleransi dengan tingkah laku yang berunsur intimidasi atau pembulian iaitu tingkah laku tidak wajar yang boleh berlaku sekali atau berulangan. Pembulian atau intimidasi boleh berlaku secara langsung atau tidak langsung, sengaja atau tidak sengaja, dilakukan oleh seorang individu atau lebih terhadap individu lain atau sekumpulan individu, di tempat kerja dan/atau dalam tempoh pekerjaan. Pembulian atau intimidasi boleh berlaku dalam bentuk lisan, bukan lisan, fizikal, gerak isyarat, dan kelakuan yang mengecualikan orang lain.
Menyampaikan Komitmen kita Menghormati Orang Lain • Menyediakan pekerja dengan peluang berdasarkan prestasi dan
ciri-ciri yang berkaitan dengan pretasi kerja.
• Mematuhi undang-undang buruh dan pekerjaan tempatan
termasuk menangani diskriminasi dan gangguan.
• Menyediakan persekitaran kerja yang bebas daripada gangguan.
• Ajukan sebarang kemusykilan anda berkenaan persekitaran
tempat kerja kepada Sumber Manusia atau pegawai pematuhan
unit perniagaan anda.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
15 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
S: Pengurus saya dan beberapa orang rakan sekerja bergurau dengan
jenaka yang berunsurkan seks menyebabkan saya berasa amat jijik. Saya tidak mengadu sebab saya tahu mereka akan beritahu saya supaya menjaga tepi kain sendiri atau saya akan timbulkan masalah tanpa sebab. Adakah mereka betul?
J: Tidak, mereka salah. Jenaka yang berunsurkan seks dan menyinggung
perasaan, walaupun dalam perbualan peribadi yang mungkin
didengar orang lain dengan secara tidak sengaja, boleh menjadi
gangguan. Pertama, anda perlu berbincang dengan pengurus dan
rakan sekerja anda. Jika cara ini tidak berkesan, atau anda berasa
kurang selesa untuk berbuat demikian, berbincang dengan wakil
Sumber Manusia atau menghubungi pegawai pematuhan unit
perniagaan. S: Bukankah kepelbagaian hanya isu di A.S.? Kenapa ia terkandung dalam
Tatakelakuan untuk perusahaan global seperti AIG? J: Kepelbagaian adalah isu di seluruh dunia. Kita selalu bekerja bersama-
sama untuk menggunakan bakat yang unik dan kepelbagaian
perspektif tenaga kerja global. Kepelbagaian ialah salah satu faktor
yang menyumbang kepada kejayaan AIG. Bagi membuat keputusan
yang baik dan berkhidmat kepada pelanggan kita di seluruh dunia,
kita memerlukan spektrum perspektif dan latar belakang yang luas.
S: Saya terdengar pengurus saya sedang berbincang dengan salah seorang rakan kerja beliau tentang maklumat peribadi yang terkandung dalam rekod perubatan salah seorang rakan kerja lain. Apakah yang perlu saya lakukan?
J: Maklumat Perubatan adalah sulit dan dianggap sebagai Maklumat
Peribadi yang Sensitif. Perkongsian maklumat itu melalui cara yang tidak
sesuai melanggar Dasar AIG dan pecah amanah. Anda perlu bangkitkan
isu ini kepada kakitangan pengurusan yang sesuai. Sekiranya anda berasa
kurang selesa untuk membangkitkan isu ini kepada pihak pengurusan, sila
laporkan perkara itu kepada Sumber Manusia atau pegawai pematuhan
unit perniagaan anda. Tambahan pula, anda boleh menghubungi Talian
Bantuan Pematuhan AIG.
S&J Komitmen Kita Kepada Yang Lain
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
16 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Privasi Pekerja AIG menghormati maklumat peribadi dan harta pekerja. Walau bagaimanapun, AIG mesti mengambil langkah untuk: (1) memastikan pematuhan Tatakelakuan ini dan dasar AIG lain; (2) melindungi pekerja AIG, harta, kemudahan dan perniagaan; (3) melindungi dan menguruskan Maklumat Syarikat AIG, termasuk Maklumat Peribadi, dan memastikan ia hanya untuk tujuan perniagaan yang sah; (4) mencegah, mengesan dan menyiasat aktiviti jenayah; (5) membantu dalam siasatan dalaman, dakwaan atau prosedur dan kewajipan undang-undang; (6) bertindak balas kepada permintaan pengatur, kerajaan atau pihak berkuasa awam; dan (7) memastikan operasi perniagaan yang efisien. Bagi tujuan ini, dan sehingga tahap yang dibenarkan oleh undang-undang, AIG boleh: (1) memantau, mengimbas dan mengkaji penggunaan sistem teknologi maklumat AIG oleh pekerja, termasuk, tetapi tidak terhad kepada: komputer, emel, mesej segera dan sistem rangkaian, peranti mudah alih, telefon dan sistem suara yang lain, persidangan video dan sistem video yang lain, sumber mengimbas dan mencetak, kad-sistem akses kunci, dan maklumat lain yang diproses oleh komputer: (2) memantau dan mengkaji video sekuriti secara langsung dan rakaman, dan mengakses rekod, yang mungkin dikaitkan dengan premis AIG dan kemudahan lain yang pekerja dan pelawat mempunyai akses; dan (3) memeriksa, mengkaji, menyalin dan mengekalkan dokumen, dan barangan lain, dalam premis AIG dan kemudahan lain (seperti tempat kerja, pejabat, meja, kabinet fail dan lokasi penyimpanan yang lain). Tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, pekerja tidak boleh mengharapkan privasi dengan mengambil kira penggunaan sistem teknologi maklumat AIG, premis atau kemudahan lain, atau dengan perhatian atas apa-apa barangan dalam sistem AIG, premis atau kemudahan lain.
Contoh Maklumat Syarikat AIG termasuk: • Kerahsiaan Pelanggan/ Pekerja:
Maklumat tidak rasmi berkenaan, atau dimiliki oleh, pelanggan kita
dan pelanggan rakan niaga, pihak ketiga lain yang berurus niaga
dengan kita, dan Kakitangan AIG. Maklumat Sulit
Pelanggan/Pekerja termasuk Maklumat Peribadi.
• Maklumat Peribadi: Maklumat yang mengenal pasti individu tertentu, seperti nama,
alamat, nombor telefon atau nombor identiti pekerja.
• Maklumat Sulit Syarikat: Maklumat perniagaan yang sangat sensitif, seperti rancangan
pergabungan dan pembelian, rahsia perdagangan dan laporan
audit dalaman.
• Terhad: Maklumat lain mengenai perniagaan AIG yang tidak sensitif seperti
“Maklumat Sulit Syarikat”, tetapi perlu disimpan secara sulit dalam
AIG, seperti surat-menyurat dalaman antara kakitangan AIG, reka
bentuk produk semasa dan akan datang serta spesifikasi prestasi,
serta penyelidikan dan pembangunan produk. Lihat Dasar Pengendalian Maklumat Global AIG untuk maklumat selanjutnya mengenai maklumat kategori ini.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
17 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Komitmen Kita dalam Pasaran
AIG terkenal dengan nilai keusahawanannya. Kita bersaing bersungguh-sungguh untuk mewujudkan peluang baru untuk pelanggan kita dan diri kita sendiri. Kita mencari kelebihan kompetitif hanya melalui amalan perniagaan yang sah di sisi undang-undang dan beretika.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
18 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Privasi Pelanggan dan Keselamatan Data Pelanggan kita mengharapkan kita menjaga dan mengendali Maklumat Sulit
Pelanggan, termasuk Maklumat Peribadi, yang dikongsikan oleh mereka,
dengan penuh berhati-hati. Jangan sekali-kali menjejaskan kepercayaan
pelanggan dengan mendedahkan Maklumat Sulit Pelanggan, termasuk
Maklumat Peribadi, selain kepada mereka yang mempunyai keperluan
perniagaan yang sah untuk mengakses maklumat itu atau dalam cara yang
bercanggah dengan dasar dan notis privasi AIG. Klasifikasi maklumat sebagai Maklumat Peribadi mungkin berbeza mengikut
negara. Pekerja yang mengendalikan maklumat pelanggan bertanggungjawab
mengetahui dan mematuhi undang-undang privasi data dan keselamatan
maklumat. Dalam semua kes, kita mesti mengekalkan jagaan fizikal,
pentadbiran dan teknikal yang sesuai ke atas Maklumat Sulit Pelanggan,
termasuk Maklumat Peribadi. Kita perlu teliti dalam mematuhi undang-undang, peraturan dan dasar semasa
berkongsi Maklumat Peribadi dengan pihak yang lain (walaupun untuk tujuan
perniagaan yang sah) dan memindahkan Maklumat Peribadi merentasi
sempadan negara. Sekiranya anda mempunyai soalan tentang privasi data
dan/atau keselamatan maklumat, berunding dengan pengurus anda, penasihat
undang-undang dan/atau pegawai pematuhan unit perniagaan.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
19 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Konflik Kepentingan Kedudukan anda di AIG tidak boleh digunakan untuk memperoleh pendapatan
peribadi atau kelebihan yang tidak wajar kepada anda atau ahli keluarga anda.
Sebarang situasi yang mewujudkan, atau nampak seperti mewujudkan, konflik
kepentingan antara kepentingan peribadi dan kepentingan AIG, mesti dielakkan.
Dasar Konflik Kepentingan Pekerja AIG menggariskan contoh bagi membantu
pekerja dalam mengenal pasti konflik berpotensi dan mengemukakan prosedur
untuk melaporkan konflik itu. Konflik kepentingan yang berpotensi perlu dilaporkan kepada pihak pengurusan,
yang akan bekerja dengan pegawai pematuhan unit perniagaan atau, dalam kes
pekerja korporat AIG, kepada Pegawai Pematuhan Eksekutif AIG atau pihak yang
dilantik, untuk menentukan cara terbaik untuk menyelesaikan situasi tersebut. Pekerja tidak boleh melibatkan diri dalam kelakuan atau transaksi pada isu
sehingga mereka menerima kelulusan bertulis untuk berbuat demikian daripada
pihak berkuatkuasa dalam Dasar ini. Peluang Korporat Pekerja adalah dilarang mengambil untuk diri sendiri atau memberi peluang
perniagaan kepada pihak ketiga yang didapati melalui penggunaan harta
korporat AIG, maklumat atau kedudukan, kecuali AIG sudah menerima tawaran
dan menolak peluang itu. Pekerja adalah dilarang sama sekali untuk
menggunakan harta korporat, maklumat atau kedudukan untuk mendapat
keuntungan peribadi kepada pengecualian AIG dan daripada bersaing dengan
AIG.
Hubungan Peribadi Ahli keluarga terdekat, individu seisi rumah anda dan individu yang mempunyai
hubungan peribadi yang erat dengan anda, tidak sepatutnya mempengaruhi
keputusan perniagaan.
Menyampaikan Komitmen kita
Konflik Kepentingan
• Sentiasa membuat keputusan demi kepentingan terbaik untuk AIG
dan pelanggan kita – bukan untuk kepentingan diri sendiri.
• Sentiasa sedar bagaimana aktiviti peribadi boleh mengakibatkan
konflik berpotensi, seperti mengambil kerja kedua dengan atau
membuat pelaburan dalam syarikat pelanggan AIG, pembekal atau
pesaing.
• Berbincang dengan pengurus anda tentang sebarang keadaan yang
boleh dikatakan sebagai konflik kepentingan.
• Proaktif menangani situasi yang mungkin meletakkan kepentingan diri
anda atau ahli keluarga atau kawan anda dalam keadaan konflik
dengan AIG.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
20 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Aktiviti Luar Kadang-kala, aktiviti luar boleh mewujudkan keadaan yang kelihatan seperti konflik kepentingan yang berpotensi. AIG menghormati privasi kesemua pekerjanya. Bagaimanapun, melainkan anda berada di negara yang melarang pelaporan sedemikian berdasarkan undang-undang dan/atau keperluan tempatan, anda perlu mendedahkan sebarang aktiviti luar yang boleh mengakibatkan konflik dan/atau pertindihan sebenar atau kelihatan seperti sebenar, antara kepentingan peribadi anda dan kepentingan AIG. Aktiviti-aktiviti yang boleh dipertimbangkan sebagai konflik haruslah dilaporkan kepada pengurus anda dan pegawai pematuhan anda yang dilantik, seperti yang disenaraikan di bawah, untuk memastikan bahawa sebarang potensi konflik akan ditangani dan diselesaikan dengan secepat mungkin: • Perkhidmatan dengan luar perniagaan atau perdagangan persatuan, sama
ada sebagai pekerja, ahli lembaga pengarah, pegawai, pemegang amanah, rakan kongsi atau perunding, dan terutamanya sebarang perniagaan semasa ini yang bertujuan untuk bekerjasama dengan AIG, atau bersaing atau berusaha untuk bersaing dengan AIG; kebenaran bertulis daripada pengurus anda diperlukan sebelummelibatkan diri dalam aktiviti luar seperti ini dan setiap permohonan mestilah diserahkan kepada pegawai pematuhan yang dilantik sebagai sebahagian daripada proses kelulusan. Kelulusan Pengurusan dan Pematuhan mesti diperbaharui pada setiap tahun, dan pada bila-bila masa jika terdapat perubahan pada fakta relevan yang menyokong pemberian kelulusan asal.
• Perkhidmatan dengan yayasan, rumah kebajikan atau organisasi tidak berasaskan keuntungan yang membayar perkhidmatan anda atau anda memegang jawatan yang bertanggungjawab mengenai kewangan (cth., berkhidmat sebagai Bendahari, ahli Jawatankuasa Audit atau ahli Jawatankuasa Pelaburan); kebenaran bertulis daripada pengurus anda diperlukan terlebih dahulu sebelum melibatkan diri dalam aktiviti luar seperti ini
dan setiap permohonan mesti dihantar kepada pegawai pematuhan yang dilantik sebagai sebahagian daripada proses kelulusan. Kelulusan Pengurusan dan Pematuhan mesti diperbaharui pada setiap tahun, dan pada bila-bila masa jika terdapat perubahan pada fakta relevan yang menyokong pemberian kelulusan asal. Peruntukan ini tidak boleh diguna pakai pada perkhidmatan dalam lembaga koperasi, persatuan kondominium atau entiti yang sama di tempat kediaman anda, atau syarikat induk, amanah atau entiti yang sama ditubuhkan semata-mata untuk perancangan cukai atau harta pusaka anda atau keluarga anda.
• Perkhidmatan dengan yayasan, rumah kebajikan atau organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mempunyai hubungan perniagaan dengan AIG. Tiada kelulusan diperlukan untuk aktiviti luar jenis ini selagi anda tidak dibayar dan tiada penampilan potensi atau sebenar konflik kepentingan. Jika anda mempunyai soalan yang mungkin dikenalpasti sebagai konflik, bincangkan dengan pegawai pematuhan anda yang dilantik.
• Pembentangan, ceramah atau perkhidmatan dalam panel yang menawarkan honorarium kepada anda. Sekiranya anda menerima pampasan untuk aktiviti seperti ini, anda perlu memberitahupegawai pematuhan anda yang dilantik secara bertulis sebelum menerima sebarang bayaran yang mungkin akan diterima oleh anda, dan anda mungkin dikehendaki untuk memberikan bayaran tersebut kepada AIG. Sebagai tambahan, sebarang bahan-bahan yang akan digunakan semasa pembentangan, ceramah atau panel mungkin perlu disemak sebelum pembentangan dengan mengikut unit perniagaan atau dasar polisi AIG.
• Berkhidmat sebagai pegawai awam, sebagai individu yang dilantik oleh entiti kerajaan atau bertanding sebagai calon politik; anda mesti mendapatkan kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pegawai Pematuhan AIG atau wakil yang dilantik, di samping kelulusan pengurus anda. Kelulusan mesti diperbaharui sebelum tempoh penggal tamat dan sebelum menyertai pemilihan atau perlantikan semula.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
21 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Untuk mengelakkan sebarang konflik dengan kepentingan AIG yang mungkin
berlaku, apabila anda melibatkan diri dalam usaha-usaha sokongan komuniti yang
bukan program tajaan AIG, anda tidak dibenarkan untuk mengimplikasikan
bahawa usaha tersebut adalah pengesahan dari AIG. Hadiah dan Hiburan Hadiah sederhana dan hiburan yang sesuai boleh menjalin perhubungan
perniagaan yang erat, tetapi penghargaan perniagaan ini, sama ada diberi atau
diterima oleh pekerja, mestilah tidak mempengaruhi keputusan perniagaan.
Sekiranya anda ditawarkan hadiah yang tidak menepati ciri-ciri yang ditetapkan
dalam bahagian hadiah atau hiburan sesuai di muka surat ini, anda perlu menolak
penerimaan hadiah atau hiburan itu dengan sopan. Jika penolakan hadiah tersebut
mungkin menyinggung perasaan atau menjejaskan hubungan perniagaan, terima
hadiah itu bagi pihak AIG dan hantar laporan hadiah secara bertulis kepada
pengurus anda dalam masa 30 hari. Hadiah itu mestilah diberikan kepada
pengurus anda, bersama-sama dengan pegawai pematuhan unit perniagaan, bagi
menentukan cara pelupusan hadiah yang wajar. Wang tunai atau bersamaan
dengan wang tunai, termasuk sijil hadiah, cek, cek kembara atau kiriman wang,
sekuriti pelaburan, instrumen boleh runding, bayaran caj kad kredit atau barangan
yang serupa, tidak boleh diterima atau ditawarkan sebagai hadiah – tidak kira apa
pun nilainya.
Unit perniagaan boleh mengenakan sekatan dan keperluan laporan tambahan
untuk hadiah dan hiburan.
Hadiah dan Hiburan untuk Pegawai Kerajaan, Pekerja atau Agen AIG terlibat dalam perniagaan dengan ramai pelanggan yang dimiliki atau
dikawal oleh kerajaan. Ini termasuk bank negara, kementerian kewangan, dana
pencen dan perusahaan lain (termasuk syarikat penerbangan dan bank komersial).
Kebanyakan wakil pelanggan ini mungkin disifatkan sebagai pegawai kerajaan
menurut kepada undang-undang anti rasuah tempatan atau antarabangsa.
Kesimpulannya, pekerja yang berhubung dengan pelanggan kerajaan mesti
mengetahui isu dan risiko berpotensi yang mungkin timbul apabila berurusan
dengan pelanggan itu.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
22 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Hadiah atau hiburan yang sesuai, sama ada diberi atau diterima perlu:
• Mempunyai tujuan perniagaan yang tertentu.
• Mempunyai citarasa yang baik dan tidak melampaui batas
atau berlebihan.
• Tidak ditukar kerap kali dengan sumber yang sama.
• Dibenarkan oleh AIG dan dasar penerima organisasi.
• Menjadi munasabah, biasa, beradat dan sah di sisi
undang-undang dalam negara atau rantau di mana ia
ditukar.
• Tidak bertujuan untuk mempengaruhi keputusan
perniagaan.
• Sekiranya hadiah, nilainya tidak lebih daripada USD $150.
Berhati-hati semasa memberi hadiah dan hiburan kepada pelanggan tersebut.
Sebarang hadiah, hiburan atau perjalanan mesti selaras dengan Dasar Anti Rasuah
AIG dan undang-undang tempatan. AIG menjalankan perniagaan di banyak
negara yang menghadkan nilai hadiah, hiburan dan perjalanan yang boleh
diterima oleh pegawai kerajaan mereka. Di samping mematuhi Dasar Anti Rasuah AIG, kesemua perjalanan, hadiah dan
hiburan yang diberikan kepada pegawai kerajaan mestilah mematuhi Dasar
Pengurusan Perbelanjaan AIG, Dasar Perjalanan dan Hiburan AIG dan dasar
perniagaan tempatan yang berkuatkuasa.
Menyampaikan Komitmen kita
Hadiah dan Hiburan
• Jangan benarkan hadiah dan hiburan perniagaan, sama ada diberi atau
diterima, untuk mempengaruhi keputusan perniagaan.
• Ingat bahawa sekiranya penderma tidak hadir, maka hiburan itu tertakluk
pada dasar hadiah.
• Hormat kepada sensitiviti tempatan dan budaya apabila bertukar-tukar
hadiah dan hiburan perniagaan.
• Jangan sekali-kali memberi atau menerima hadiah mewah atau hiburan
yang melampau.
• Jangan sekali-kali menawarkan sesuatu yang boleh dianggap sebagai
rasuah atau bayaran yang tidak wajar atau hadiah. Apabila memberi
hadiah atau hiburan untuk pegawai kerajaan, patuhi Dasar Anti Rasuah AIG.
• Jangan minta hadiah, pertolongan atau hiburan.
• Laporkan kepada pengurus anda dan pegawai pematuhan unit perniagaan
sekiranya menerima sebarang hadiah bernilai lebih daripada USD $150,
dan serahkan kepada mereka untuk pelupusan.
• Kelulusan pengurus secara bertulis diperlukan terlebih dahulu sebelum
memberi hadiah bernilai lebih daripada USD $150.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
23 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Hubungan dengan Rakan Niaga Kita Rakan niaga kita berkhidmat sebagai sambungan AIG. Semasa bekerja bagi pihak syarikat AIG, rakan kongsi niaga dikehendaki untuk mematuhi semangat Tatakelakuan, Tatakelakuan Pihak Ketiga AIG, dan mana-mana peruntukan undang-undang kontrak. Rakan niaga tidak boleh melakukan sesuatu yang dilarang atau yang dianggap kurang wajar bagi seseorang pekerja. Kita mesti memastikan pelanggan, penerbit, agen dan pembekal tidak mengeksploitasi hubungan dengan AIG atau melakukan penipuan, transaksi tidak beretika atau tidak jujur atas nama AIG. Rakan niaga AIG diharap tidak mewujudkan insentif kepada pekerja atau lain yang berurusan dengan AIG untuk melanggar piawaian Tatakelakuan. Kepelbagaian Pembekal AIG komited kepada pertimbangan dan penglibatan Pelbagai Pembekal sepertimana didefinisikan dan digariskan dalam Dasar Kepelbagaian Pembekal AIG. AIG berusaha perkongisan dengan pembekal yang mempunyai pelbagai perniagaan. Kita khususnya menghargai pembekal yang berkongsi dedikasi dan komitmen AIG kepada tanggungjawab kepelbagaian dan sosial. Kita dikehendaki untuk menyokong Program Kepelbagaian Pembekal AIG dengan menggalakkan penggunaan pembekal yang memenuhi syarat kelayakan program.
Menyampaikan Komitmen kita
Hubungan dengan Rakan Niaga Kita • Berhati-hati dengan amalan perniagaan agen AIG dan wakil lain
untuk memastikan cara yang betul digunakan untuk menyampaikan
perkhidmatan kita.
• Melaksanakan ketekunan yang wajar berkenaan agen berpotensi,
perunding dan kontraktor bebas sebelum melibatkan perkhidmatan
mereka.
• Jangan memaksa atau menggalakkan pembekal atau agen AIG
untuk terlibat dalam aktiviti yang tidak sesuai.
• Menghormati dan bertimbang rasa dengan pembekal, agen, dan
wakil lain.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
24 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Berurusan secara Adil AIG meminta kelebihan kompetitif yang hanya melalui amalan perniagaan yang
sah di sisi undang-undang dan beretika. Kita mesti menjalankan perniagaan
dalam keadaan yang adil dengan pelanggan, pembekal perkhidmatan,
pembekal dan pesaing kita. Jangan memandang rendah terhadap pesaing atau
produk dan perkhidmatan mereka. AIG tidak akan bertoleransi dengan amalan
mengambil kesempatan terhadap sesiapa dengan tidak wajar melalui proses
manipulasi, penyembuyian, penyalahgunaan maklumat istimewa, memberikan
fakta salah dengan sengaja atau sebarang amalan yang tidak adil. Anti Amanah dan Persaingan Adil AIG bersaing bersungguh-sungguh secara adil di seluruh dunia. Kita berusaha
untuk mengekalkan dan mengembangkan perniagaan kita melalui produk dan
perkhidmatan unggul – bukan melalui amalan kurang wajar atau anti berdaya
saing. Kita berusaha untuk memahami dan mematuhi undang-undang
persaingan dan anti amanah global. Undang-undang ini adalah rumit. Pekerja yang kurang pasti tentang amalan
yang wajar perlu berunding dengan pegawai pematuhan unit perniagaan untuk
maklumat dan penjelasan tambahan.
Panduan berikut boleh membantu memastikan tatakelakuan perniagaan yang
adil dan persaingan yang sihat.
Menyampaikan Komitmen kita
Berurusan secara Adil • Menjalankan perniagaan dengan pelanggan dan pembekal dalam
keadaan yang menunjukkan komitmen kita untuk bersaing secara adil.
• Menyediakan maklumat pemasaran yang benar dan tepat.
• Kumpulkan maklumat mengenai pesaing hanya mengikut kaedah betul
dan sah di sisi undang-undang dan dengan cara yang mengukuhkan
integriti AIG.
• Jangan menggunakan kaedah yang tidak wajar atau boleh
dipersoalkan untuk mengumpulkan maklumat mengenai pesaing.
• Jangan salah memperkenalkan diri anda atau tujuan anda dalam
interaksi perniagaan dengan pelanggan atau rakan niaga AIG semasa
atau berpotensi.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
25 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Lakukan: • Bersaing bersungguh-sungguh dan sah di sisi undang-undang di setiap
pasaran yang AIG mengambil bahagian, membuat semua keputusan
perniagaan yang terbaik demi kepentingan AIG.
• Dapatkan maklumat mengenai pesaing AIG hanya daripada sumber yang
sah di sisi undang-undang.
• Memberi komen terhadap produk atau perkhidmatan pesaing berdasarkan
maklumat fakta sahaja.
Jangan: • Bersetuju secara rasmi atau tidak rasmi dengan pihak pesaing untuk
menetapkan harga atau syarat jualan yang lain, tawaran rig, menetapkan
tahap pengeluaran atau jualan, atau memperuntukkan pelanggan, pasaran
atau wilayah.
• Berbincang dengan mana-mana pesaing mengenai perkara berikut: harga,
tawaran, jualan pelanggan, komisen, dan syarat jualan, keuntungan, margin,
kos, pengeluaran, inventori, bekalan, pelan pemasaran atau maklumat
berdaya saing yang sensitif.
• Menghadiri mesyuarat dengan pesaing, berbincang tentang maklumat
sensitif, termasuk subjek yang disebut di atas.
• Bersetuju dengan pihak lain selain daripada AIG sebagai pembekal atau
pelanggan yang boleh digunakan untuk menjalankan perniagaan.
• Buat perbandingan yang tidak berasas atau tidak wajar antara pesaing,
produk atau perkhidmatan mereka.
• Dapatkan maklumat berdaya saing yang sensitif daripada pesaing AIG atau
sesiapa yang diketahui mempunyai kewajipan atas kesulitan kepada pesaing
ini.s or those known to have a duty of confidentiality to such competitors.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
26 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Maklumat Persaingan AIG melarang penggunaan kaedah yang tidah sah atau tidak beretika untuk mendapatkan maklumat sulit pesaing atau pembekal, termasuk rahsia perdagangan. Anda boleh dapatkan maklumat mengenai pesaing AIG hanya melalui sumber yang sah di sisi undang-undang. Anda tidak boleh mendapatkan maklumat berdaya saing yang sensitif daripada pesaing AIG atau sesiapa yang diketahui mempunyai kewajipan atas kesulitan kepada pesaing ini. Jangan sekali-kali mendapat, mendedah atau menggunakan rahsia perdagangan orang lain dengan tidak wajar. Tawaran maklumat sulit yang mungkin diperolehi secara tidak wajar mestilah dilaporkan dengan segera kepada pegawai pematuhan unit perniagaan.
Tanda Amaran Gunakan dengan Berhati-hati Apabila Mendapatkan Perisikan Persaingan, termasuk: • Menyimpan dokumen atau rekod komputer daripada bekas majikan.
• Memaksa atau menggalakkan pekerja baru membincangkan maklumat sulit tentang bekas majikan.
• Mendapatkan maklumat melalui sebarang kelakuan yang boleh ditafsirkan sebagai “pengintipan” atau “mengintip”, atau dalam keadaan yang anda tidak bersedia untuk mendedahkannya.
• Bergantung kepada tuntutan pihak ketiga secara tidak munasabah bahawa risikan perniagaan diperolehi dengan cara yang betul.
Tanda Amaran Anti Amanah dan Persaingan Adil Undang-undang Anti Amanah dan Persaingan adalah berbeza di
antara negara dan negeri. Perbezaan ini menyebabkan tindakan
tertentu dibenarkan di sesetengah negara atau negeri dan dilarang di
tempat yang lain. Sekiranya anda menghadapi mana-mana aktiviti
berikut dan kurang pasti sama ada aktiviti ini adalah sah, hubungi
pegawai pematuhan unit perniagaan anda dan dapatkan nasihat cara
untuk meneruskan:
• Percubaan untuk menetap atau mengawal harga jualan semula
pelanggan.
• Membuat jualan sebarang produk atau perkhidmatan tertakluk
kepada pembelian produk atau perkhidmatan yang dibuat oleh
pelanggan.
• Menawarkan harga pelanggan atau syarat yang lebih baik
daripada yang ditawarkan oleh pesaing kepada pelanggan itu.
• Menyekat pelanggan atau pembekal daripada berurusan dengan
pesaing.
• Menjual produk atau perkhidmatan di bawah kos atau harga lain
yang tidak adil atau amalan promosi.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
27 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
S: Adakah undang-undang data privasi hanya merangkumi maklumat peribadi
sensitif, seperti data perubatan, nombor sekuriti sosial, nombor kad kredit
dan nombor akaun pencen?
J: Tidak. Undang-undang data privasi berpotensi merangkumi semua maklumat
yang mengenal pasti atau dikaitkan dengan individu tertentu. Contohnya,
alamat e-mel pelanggan, butiran hubungan, keutamaan, suara dan gambar
pelanggan dianggap sebagai Maklumat Peribadi yang dilindungi oleh
undang-undang privasi data apabila maklumat itu boleh dikaitkan dengan
individu yang dapat dikenal pasti..
S: Apa yang dimaksudkan dengan tujuan perniagaan yang sah untuk
menerima hadiah atau hiburan?
J: Pekerja dibayar oleh AIG untuk bertindak demi kepentingan terbaik AIG.
Contoh tujuan perniagaan yang sah untuk menerima hiburan ialah memakan
tengah hari dengan rakan niaga untuk membincangkan isu perniagaan dan
menjalin hubungan kerja yang lebih kukuh. Sebaliknya, menerima hadiah
barangan peribadi seperti barang kemas tidak memanfaatkan kepentingan
perniagaan AIG. Hadiah itu mesti ditolak kerana mereka mungkin
mengkompromi kesetiaan pekerja atau mewujudkan perasaan terhutang budi
kepada pemberinya.
S: Bagi membantu saya melaksanakan tugas dengan lebih baik di AIG, saya
menyimpan beberapa dokumen daripada bekas majikan saya. Dokumen ini
adalah mengenai inisiatif pemasaran yang digunakan oleh bekas majikan
saya. Bolehkah saya gunakan dokumen ini di AIG?
J: Sekiranya dokumen itu mengandungi maklumat sulit atau proprietari bekas
majikan anda maka anda tidak boleh menggunakan atau berkongsi maklumat
ini. AIG mengharapkan semua pekerja menghormati sebarang pendedahan
atau batasan penggunaan maklumat sulit yang diperolehi daripada bekas
majikan atau pihak ketiga yang lain. Anda tidak patut guna atau kongsi
maklumat ini sehingga anda berunding dengan pegawai pematuhan unit
perniagaan anda.
S&J Komitmen Kita dalam Pasaran
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
28 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Komitmen Kita kepada Pemegang Saham Kita
Pemegang saham mengamanahkan aset mereka kepada kita. AIG melindungi aset ini melalui tindakan berintegriti dalam semua amalan perniagaan.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
29 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Laporan Kewangan Pemegang saham, rakan niaga, pengatur dan orang ramai bergantung pada laporan kewangan untuk membuat keputusan. Laporan kewangan kita mesti benar, lengkap, terkini, adil, tepat dan mudah difahami. Bagi memastikan kita memenuhi piawaian ini dengan konsisten, hanya pekerja yang dibenarkan boleh memberi laporan kewangan kepada pihak luar. Rekod Perniagaan yang Tepat Rekod perniagaan mesti sentiasa disediakan dengan jujur dan tepat. Maklumat rekod perniagaan mesti tidak dipalsukan atau diubah. Kita tidak patut bersikap tidak jujur atau mengelirukan semasa mengekalkan rekod AIG, atau cuba mengelirukan pengurusan AIG, auditor, pengatur atau pemegang saham. Rekod perniagaan termasuk maklumat dalam sebarang media, termasuk salinan keras, rekod elektronik, e-mel, mesej segera, video dan pita sandaran. Pengurusan Rekod Kita mesti sentiasa mematuhi semua dasar pengurusan rekod dan maklumat yang dikuatkuasakan (“Dasar RIM”). Dasar ini diperuntukkan kepada pengekalan dan pelupusan semua maklumat yang dicipta, diterima atau dikekal oleh AIG dalam sebarang bentuk media, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada salinan keras, rekod elektronik, e-mel, mesej segera, video dan pita sandaran.
Kita mesti mengekalkan maklumat yang mempunyai nilai ketara kepada operasi dan pentadbiran AIG dan/atau maklumat yang tertakluk kepada undang-undang, peraturan, atau keperluan pengekalan perniagaan (“Rekod Syarikat”) untuk tempoh masa yang dinyatakan dalam Jadual Pengekalan yang sesuai. Walaupun begitu, Rekod bukan-Syarikat, termasuk salinan, draf, maklumat sementara dan Rekod Syarikat yang sudah melepasi tempoh pengekalan mengikut Jadual Pengekalan yang dikuatkuasa perlu dilupuskan kerana mereka tidak tertakluk kepada Notis Pemeliharaan.
Notis Pemeliharaan adalah arahan kepada pekerja untuk memelihara dokumen atau maklumat – sama ada disimpan dalam bentuk kertas atau elektronik dan sama ada ia disimpan atau dikekalkan bentuk asal – yang berkenaan pertanyaan kerajaan, penyiasatan, litigasi, sepina atau prosiding undang-undang yang lain.
Apabila anda menerima Notis Pemeliharaan anda perlu mengambil langkah segera untuk memelihara – dan tidak boleh memadam, menghapus, atau
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
30 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
mengubah dengan sebarang cara – dalam sebarang dokumen dan maklumat yang dikategori dalam kategori yang dinyatakan dalam Notis Pemeliharaan sehingga anda menerima notis bertulis bahawa Notis Pemeliharaan tersebut tidak lagi berkesan, tidak kira sama ada tempoh pengekalan yang dinyatakan dalam Jadual Pengekalan sudahtamat. Soalan mengenai Notis Pemeliharaan perlu diajukan kepada individu yang mengeluarkan Notis Pemeliharaan itu.
Melindungi Sumber AIG Bagi memberikan khidmat terbaik kepada pelanggan dan pemegang saham,
adalah penting kita menunjukkan penggunaan dan penjagaan terbaik semua
sumber kita. Harta Fizikal Harta AIG, termasuk hartanah, infrstruktur data, peralatan dan bekalan, mesti
dilindungi daripada penyalahgunaan, kerosakan, pencurian atau
pengendalian lain yang tidak wajar. Keselamatan Peribadi Menjadi tanggungjawab semua pekerja untuk kekal berwaspada tentang
keselamatan dan perlindungan. AIG beroperasi di pelbagai lokasi dan
kemudahan di seluruh dunia, dan dasar serta amalan berlainan mungkin lebih
berkesan dilaksanakan dalam bidang kuasa yang berbeza. Soalan mengenai
keselamatan dan perlindungan perlu diajukan kepada Kumpulan Keselamatan
Global AIG atau pegawai keselamatan tempatan atau serantau.
Harta Intelek Harta intelek AIG adalah kerja kreatif atau ciptaan, biasanya mempunyai nilai
komersial. Terdapat lima kategori harta intelek yang berkaitan dengan
perniagaan AIG: cap dagang dan tanda perkhidmatan, hak cipta, nama
domain, paten dan rahsia perdagangan. Setiap pekerja diminta melindungi
harta intelek yang dimiliki oleh AIG dan rakan niaganya dan menghormati
harta intelek yang dimiliki oleh pihak ketiga.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
31 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Menyampaikan Komitmen kita Harta Intelek
• Jangan sekali-kali menggunakan harta intelek AIG secara tidak wajar.
• Jangan sekali-kali mendedahkan harta intelek tidak rasmi tanpa
kelulusan.
• Melindungi harta intelek AIG dengan mendapat, atau membantu orang
lain untuk mendapatkannya, paten, cap dagang, tanda perkhidmatan
atau hak cipta.
• Jangan sekali-kali menggunakan harta intelek daripada bekas majikan
tanpa kebenaran.
• Jangan sekali-kali menggunakan atau menyalin perisian atau
dokumentasi, kecuali yang dinyatakan dalam perjanjian pelesenan.
AIG menghormati batasan yang ditetapkan pada perisian oleh pemaju
atau pengedar.
Maklumat Proprietari/Rahsia Perdagangan/Maklumat Sulit Selepas anda meninggalkan Syarikat, anda dilarang mengguna atau mendedahkan sebarang maklumat proprietari, rahsia perdagangan, atau maklumat sulit yang anda pernah memiliki akses kepada atau oleh kerana perkerjaan anda dengan Syarikat. Maklumat ini termasuk, tetapi tidak terhad kepada, rancangan perniagaan, maklumat pelanggan, maklumat vendor, maklumat harga, data berdaya saing dan maklumat pekerja. Anda tidak boleh, misalnya, memajukan maklumat sulit ke rumah anda atau komputer lain kerana menjangkakan pemberhentian kerja anda di AIG. Anda mesti memulangkan sebarang maklumat sulit sebelum tarikh penamatan kerja anda. Peruntukan ini bertindak sebagai tambahan dan tidak menggantikan mana-mana tanggungjawab kerahsiaan yang anda mungkin ada menurut mana-mana perjanjian kerahsiaan individu yang anda telah laksanakan. Dana Dana AIG perlu digunakan secara bertanggungjawab dan semata-mata untuk perniagaan AIG. Kad kredit korporat yang diberikan kepada pekerja untuk membayar perbelanjaan perniagaan dan tidak boleh digunakan untuk perbelanjaan peribadi. Kita mempunyai kewajipan untuk melindungi dana AIG daripada penyalahgunaan atau pencurian dan memastikan AIG mendapat nilai tambah apabila AIG membelanjakan dana. Kita hanya boleh meminta balik bayaran untuk perbelanjaan perniagaan yang sebenar, munasabah dan dibenarkan.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
32 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Sistem Teknologi Maklumat Sistem teknologi maklumat AIG termasuk, tetapi tidak terhad kepada, komputer,
sistem rangkaian, e-mel dan sistem mesej segera, peranti mudah alih, telefon dan
sistem suara lain, persidangan video dan sistem video lain, sumber mengimbas
dan mencetak, kad-sistem akses kunci dan maklumat lain yang diproses oleh
komputer. Kita semua mempunyai tanggungjawab untuk melindungi sistem ini
dan data yang terkandung dalamnya daripada akses yang tidak sah, kerosakan,
kehilangan atau pencurian. Tambahan pula, sistem teknologi maklumat AIG adalah harta AIG dan untuk
digunakan atas tujuan perniagaan. Kecuali dilarang oleh Dasar AIG atau
undang-undang yang dikuatkuasa atau perjanjian buruh, penggunaan sistem
teknologi maklumat AIG untuk tujuan peribadi secara wajar, sekali-kala, seketika
diperlukan oleh pekerja adalah dibenarkan sekiranya penggunaan tersebut tidak
mengganggu prestasi kerja anda, mempunyai kesan yang tidak wajar ke atas
operasi sistem teknologi maklumat tersebut, atau melanggar sebarang dasar AIG,
panduan, piawaian atau undang-undang yang dikuatkuasa. Walau
bagaimanapun, tertakluk kepada keperluan undang-undang, apabila anda
menggunakan sistem maklumat AIG anda perlu tahu tiada privasi kerana sistem
tersebut mungkin diimbas, dipantau, dan dikaji oleh AIG untuk tujuan yang sah
seperti yang dinyatakan dalam bahagian Privasi Pekerja dalam Tatakelakuan ini.
Mesej dan sebarang komunikasi lain yang dihantar atau diterima menggunakan
sistem teknologi maklumat AIG tidak boleh digunakan untuk mencipta,
menyimpan atau memindahkan maklumat yang bermusuhan, berniat jahat,
menyalahi undang-undang, seksual yang eksplisit, diskriminasi, mengganggu,
karut, hina atau menghina. Sistem ini juga tidak boleh digunakan dengan tujuan
mengakses dengan sengaja tapak internet atau perkhidmatan dalam talian lain
yang mengandungi isi kandungan yang serupa.
Tanda Amaran Elakkan tindakan berikut untuk Melindungi Maklumat Sensitif Kita
• Berbincang maklumat sulit dengan kuat atau secara terbuka dan mungkin
ada pihak lain yang terdengar.
• Berbincang maklumat proprietari AIG dengan pihak ketiga tanpa kebenaran
dan perjanjian tertutup yang dikuatkuasa.
• Perbincangan tentang maklumat proprietari AIG dengan pelanggan atau
pembekal tanpa kelulusan yang wajar dan pengetahuan kedudukan
hubungan tersebut sama ada secara rahsia atau bukan rahsia.
• Membuang draf dan nota rahsia dengan cara tidak betul.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
33 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
S: Saya rasa saya menemui kesilapan dalam ringkasan kewangan yang disediakan oleh auditor luar. Maklumat tersebut sudah diserah untuk dimasukkan ke dalam pendedahan orang ramai. Bagaimana saya dapat menyuarakan kerisauan saya?
J: Ia adalah amat penting anda memberitahu pihak berkuatkuasa untuk
menangani isu tersebut. Kesilapan itu boleh menjadi serius. Anda mempunyai
kewajipan untuk menyuarakan kerisauan anda kepada individu yang sesuai
dengan segera. Sekiranya kurang pasti, hubungi pengurus anda,
pegawai pematuhan unit perniagaan, Talian Bantuan Pematuhan di
+1 877 244-2210, atau e-mel Talian Perakaunan di
accountinghotline@aig.com.
S: Pengurus saya meminta saya menyediakan pesanan pembelian untuk perkhidmatan dengan kos sebanyak USD $30,000. Kuasa perbelanjaan beliau hanya USD $25,000. Bolehkah saya bahagikan pesanan tersebut kepada dua pesanan pembelian untuk mengelakkan kelulusan peringkat lebih tinggi?
J: Tidak, anda tidak boleh berbuat demikian. Tidak mendapatkan kelulusan sah
adalah melanggar Dasar AIG, yang direka untuk memastikan kawalan
perakaunan dalaman yang mencukupi dikekalkan dan beroperasi secara
berkesan. Sekiranya anda berasa kurang selesa memberitahu pengurus anda,
sila berbincang dengan pegawai pematuhan unit perniagaan.
S: Saya menghadiri mesyuarat dengan beberapa pengurus AIG di bilik
persidangan hotel. Pada waktu makan tengah hari, semua orang
meninggalkan komputer riba mereka di dalam bilik. Saya rasa kurang selesa,
tetapi saya melakukan perkara yang sama. Adakah saya sepatutnya
melakukan perkara yang berbeza?
J: Ya, situasi itu perlu dikendalikan dengan cara yang berlainan. Komputer riba
dan maklumat yang terkandung di dalamnya adalah harta AIG dan sentiasa
mempunyai data rahsia atau sensitif. Anda mempunyai tanggungjawab untuk
memastikan peralatan dan maklumat dilindungi daripada kehilangan,
pencurian atau pendedahan yang tidak sengaja. Anda dan rakan sekerja
anda perlu menjaga peralatan/bilik itu atau mengarahkan seseorang untuk
menjaga peralatan itu.
S: Saya mendapati pekerja salah satu pembekal diberi akses luas kepada
rangkaian kita. Saya tidak berasa mereka memerlukan akses itu untuk
menjalankan kerja. Adakah ini membahayakan maklumat AIG? Apakah
yang perlu saya lakukan?
J: Anda mungkin betul, tetapi anda mungkin tidak mempunyai semua maklumat.
Anda perlu membincangkan situasi ini dengan pengurus anda. Sekiranya
tindakan seterusnya diperlukan, anda atau pengurus anda perlu menghubungi
pegawai pematuhan unit perniagaan.
S&J Komitmen Kita kepada Pemegang Saham Kita
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
34 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Komitmen Kita sebagai Warga Korporat Melalui amalan perniagaan yang bertangguawab, produk dan perkhidmatan kami, AIG berusaha untuk memperbaiki komuniti di mana kami menetap, bekerja dan berkhidmat kepada pelanggan kami. AIG mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan dengan perniagaan kami.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
35 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Kemapanan AIG komited untuk memastikan bahawa operasi kami di seluruh dunia
diuruskan secara mampan. Kami berusaha untuk menerajui industri insurans
dalam menganalisis dan bertindak balas terhadap risiko dan impak perubahan
iklim dan kami berusaha untuk memastikan operasi global kami diuruskan
menurut prinsip-prinsip mampan untuk menjadikan AIG sebuah organisasi
yang lebih efisien dan hijau.
Melalui amalan mampan, kita boleh melaksanakan kewajipan kita untuk
membantu AIG memberi sumbangan positif kepada masyarakat dan alam
sekitar. Operasi insurans alam sekitar kita memimpin ke arah menyediakan
penyelesaian yang mempromosikan alam sekitar yang lebih bersih dan
selamat. Perniagaan insurans kami mempunyai sejarah yang lama dalam
membantu pelanggan kami bersedia dan pulih daripada bencana alam. Selama ini, syarikat AIG sudah melabur dalam pembangunan “dana hijau”
yang melabur dalam projek dan teknologi yang memanfaatkan alam sekitar.
Melabur dalam negara di seluruh dunia di mana kita menjalankan perniagaan
iaitu strategi teras yang memanfaatkan ekonomi tempatan dan mengukuhkan
tradisi panjang di AIG.
Sumbangan Kebajikan AIG telah menjajarkan pemberian amalnya kepada tiga tema kedermawanan:
• Keselamatan, termasuk keselamatan auto dan program kesihatan
• Jaminan, termasuk pendidikan kewangan dan program lain yang memacu kestabilan komuniti; serta
• Persediaan dan Pemulihan Bencana. AIG komited untuk menyumbang kepada komuniti yang kami berkhidmat
melalui Masa Rehat Sukarela dan Program Pemadanan Dana yang
memanfaatkan kemahiran, pengalaman, pengetahuan dan semangat pekerja
kami. Sebarang soalan mengenai program ini perlu diajukan kepada AIG Global
Corporate Citizenship.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
36 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Aktiviti Politik Undang-undang dan peraturan yang mentadbir aktiviti politik korporat, pelobian,
dan sumbangan adalah rumit. Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan Negeri dan
Persekutuan A.S atau Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan dan Pengawal Selia Antarabangsa meluluskan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan dan memastikan
mereka konsisten dengan strategi bisnes AIG. Larangan-larangan aktiviti politik
diterangkan dalam Polisi AIG: “AIG Policy on Lobbying and Political Activity”.
• Semua kakitangan tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa yang dipilih
atau dilantik sebagai pegawai kerajaan, mengenai aktiviti politik ataupun
untuk melobi bagi pihak AIG tanpa kelulusan daripada Kumpulan Hal Ehwal
Kerajaan Negeri dan Persekutuan A.S atau Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan dan Pengawal Selia Antarabangsa.
• Dana atau aset AIG tidak boleh digunakan untuk tujuan politik tanpa
berunding terlebih dahulu dengan Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan Negeri dan Persekutuan A.S atau Kumpulan Hal Ehwal Kerajaan dan Pengawal Selia
Antarabangsa.
• Hanya wakil yang dibenarkan boleh memberi sumbangan kepada calon-
calon politik jawatan awam bagi pihak AIG.
Aktiviti atau hal politik peribadi hal tidak patut bercanggah dengan
tanggungjawab anda di AIG atau menandakan sokongan AIG. Sepanjang
aktiviti politik sukarela, tiada kakitangan dibenarkan mengguna nama AIG untuk mengimplikasi penajaan atau sokongan, atau menggunakan aset korporat
kecuali jika dibenarkan oleh undang-undang. Kakitangan AIG yang ingin
mencalonkan diri untuk sebarang jawatan awam perlu mendapatkan kebenaran
bertulis daripada Ketua Pegawai Pematuhan AIG dan tidak boleh menggunakan nama AIG selain daripada untuk tujuan mengenal pasti AIG sebagai majikan
mereka.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
37 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Perdagangan Dalam Sekuriti Dalam menjalankan perniagaan AIG, pekerja selalu mempelajari maklumat
penting mengenai AIG atau syarikat lain sebelum maklumat tersebut disiarkan
kepada orang ramai. Berurus niaga dalam sekuriti semasa memiliki maklumat
penting tidak rasmi, atau “tip” maklumat ini kepada orang lain, adalah
bertentangan dengan dasar AIG dan salah di sisi undang-undang.
Sekatan ke atas perdagangan sekuriti – kedua-dua sekuriti AIG dan syarikat
lain – yang diperincikan dalam Dasar Perdagangan Dalaman AIG (yang
meliputi semua pekerja dan ahli keluarga anda yang terdekat). Umumnya: • Anda tidak boleh membeli atau menjual sekuriti AIG semasa memiliki
maklumat penting tidak rasmi yang berkaitan dengan AIG.
• Anda tidak boleh membeli atau menjual sekuriti syarikat yang lain sekiranya
anda memiliki maklumat penting tidak rasmi tentang syarikat yang diperolehi
melalui kursus pekerjaan dengan AIG.
• Apabila anda memiliki maklumat penting tidak rasmi tentang AIG, atau
tentang mana-mana syarikat lain, sekiranya maklumat seperti itu diperolehi
dalam kursus pekerjaan dengan AIG, anda tidak boleh memberikan (atau
“tip”) maklumat itu kepada orang lain atau mencadangkan sesiapa untuk
membeli atau menjual sekuriti AIG atau syarikat itu.
Semua pekerja dilarang sama sekali melibatkan diri dalam perkara berikut: • Urus niaga perlindungan berkenaan sekuriti AIG;
• “Jualan Singkat” sekuriti AIG; dan
• Sekuriti dagangan derivatif, seperti “letak” atau “panggil” opsyen, swap
atau kolar yang berkaitan dengan sekuriti AIG.
Terdapat sekatan tambahan ke atas pekerja yang dikenali sebagai “Pegawai
Tetap” dan “Orang Akses” kerana istilah itu ditakrifkan dalam Dasar
Perdagangan Dalaman AIG.
Sebelum melibatkan diri dalam sebarang aktiviti perdagangan sekuriti,
berunding dengan Dasar Perdagangan Dalaman AIG untuk menentukan sama
ada transaksi dibenarkan di bawah Dasar itu. Di samping itu, pekerja di anak
syarikat AIG juga tertakluk kepada dasar dagangan dalaman yang lain,
termasuk pra-kelulusan dan keperluan laporan berkaitan dengan aktiviti
perdagangan peribadi mereka.
Sebarang soalan mengenai Dasar atau peraturan dan sekatan yang
digambarkan di atas, perlu diajukan kepada Kumpulan Sekuriti Korporat di
Jabatan Perundangan Global AIG.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
38 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Pencegahan Pengubahan Wang Haram AIG mempunyai komitmen untuk memenuhi tanggungjawab untuk membantu mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas. Tanggungjawab ini umumnya termasuk mengenal pasti pelanggan, pemantauan aktiviti pelanggan dan melaporkan aktiviti yang mencurigakan atau luar biasa selaras dengan undang-undang. Pekerja dikehendaki untuk mematuhi dasar anti pengubahan wang haram yang ditubuhkan oleh AIG dan unit perniagaannya. Laporan terhadap aktiviti yang mencurigakan perlu dibuat dengan secepat mungkin. Hubungi pengurus anda atau pegawai pematuhan Unit Perniagaan sebaik sahaja anda mempunyai kemusykilan bahawa aktiviti mungkin menjadi luar biasa atau mencurigakan. Bagi maklumat lanjut mengenai topik ini, sila rujuk Dasar Anti Pengubahan Wang Haram Global AIG.
Sekatan Ekonomi, Anti-Boikot dan Undang-Undang Kawalan Eksport
Dalam pematuhan dengan A.S. dan program sekatan ekonomi yang lain, pekerja dilarang sama sekali daripada menjalankan perniagaan dengan atau memanfaatkan: (1) individu atau entiti yang ditetapkan (terlibat dalam atau berkaitan dengan sesetengah aktiviti, termasuk keganasan global, senjata proliferasi atau pemerdagangan narkotik); dan (2) sesetengah negara, kerajaan mereka (termasuk agen kerajaan dan entiti milik kerajaan) serta warganegara dan entiti swasta yang terletak di negara itu. Bagi menentukan sama ada pihak ketiga tertakluk kepada larangan ini, berunding dengan pegawai pematuhan unit perniagaan.
Sebagai organisasi global, pekerja AIG mungkin perlu mengikut sekatan ekonomi atau undang-undang pelbagai bidang kuasa. Memandangkan undang-undang negara mungkin bercanggah dalam situasi seperti ini, adalah amat penting anda menghubungi pegawai pematuhan unit perniagaan.
Pekerja dilarang sama sekali daripada mengambil bahagian dalam boikot yang tidak disokong oleh Kerajaan A.S. Sekiranya anda diminta mengambil bahagian dalam, atau menyediakan maklumat yang boleh digunakan untuk melaksanakan seperti boikot, laporkan perkara tersebut dengan segera kepada pegawai pematuhan unit perniagaan. Pekerja juga mesti mematuhi undang-undang kawalan eksport yang dikuatkuasakan. Bagi menentukan sama ada eksport atau eksport semula adalah tertakluk kepada kawalan atau larangan, berunding dengan pegawai pematuhan unit perniagaan. Bagi maklumat lanjut mengenai topik ini, sila rujuk Dasar Sekatan Ekonomi AIG, Dasar Anti-Boikot Global AIG, dan Dasar Kawalan Eksport Global AIG.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
39 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Berkomunikasi dengan Orang Ramai Hanya orang yang dibenarkan berbuat demikian boleh bercakap bagi pihak AIG, dan maklumat yang disediakan oleh mereka mestilah lengkap, adil, tepat, terkini dan boleh difahami. Semua permintaan daripada media mesti dirujuk kepada Jabatan Komunikasi Korporat AIG atau pasukan komunikasi menyokong perniagaan dalam persoalanan tanpa komen. Pekerja dilarang sama sekali membuat penyataan atau menjawab soalan daripada media tanpa kebenaran. Semua pertanyaan daripada broker-peniaga, penganalisis, pengurus pelaburan, profesional pasara sekuriti yang lain dan pemegang sekuriti AIG, mestilah dirujuk segera kepada Hubungan Korporat Pelabur AIG tanpa komen. Sekiranya maklumat penting tidak rasmi berkaitan dengan AIG didedahkan secara tidak sengaja dalam sebarang komunikasi luar, Penasihat Umum AIG perlu dihubungi dengan segera supaya pendedahan awam boleh dibuat dengan secepat mungkin. Berkomunikasi dengan Pengawal Selia dan Pegawai Kerajaan Yang Lain Pertanyaan daripada pengawal selia – di luar kursus biasa hubungan pengawal selia AIG – mesti dilaporkan dengan segera kepada pegawai pematuhan unit perniagaan dan Kumpulan Pengawal Selia Global AIG selaras dengan kriteria yang ditetapkan sebelum tindakan balas dibuat. Pertanyaan mengenai laporan kewangan boleh dijawab oleh ketua pengawal yang diberi kuasa. Sambutan kepada pengawal selia mesti mengandungi maklumat lengkap, fakta dan tepat. Dalam pemeriksaan atau ujian pengawal selia, dokumen dibuat kepada pengawal selia mesti tidak disembunyi, dihapus atau diubah, atau pembohongan atau pernyataan yang mengelirukan. Permintaan daripada auditor tertakluk kepada piawaian yang sama.
Media Sosial Penggunaan media sosial memberi kesan ke atas reputasi AIG. Media sosial, atau tapak web dan alatan dalam talian yang membenarkan pengguna berinteraksi antara satu sama lain, mungkin menyebabkan pendedahan maklumat sulit atau proprietari AIG, penyebaran gangguan yang salah di sisi undang-undang, mengancam, memfitnah atau komen bersifat diskriminasi tentang Syarikat, pekerjanya dan/atau pelanggan, atau melanggar undang-undang tempatan, negeri atau persekutuan, atau peraturan organisasi yang mengawal selia sendiri. Walaupun kebanyakan tapak media sosial tidak dapat diakses dengan sistem teknologi maklumat AIG, AIG mempunyai kepentingan dalam penggunaan media sosial kedua-dua semasa dan di luar waktu kerja. Melainkan anda dibenarkan secara sah oleh pihak pengurusan untuk bercakap bagi pihak AIG, semasa menggunakan media sosial anda mesti pastikan pendapat yang diberi adalah pandangan peribadi anda sendiri; anda tidak boleh sekali-kali memberi gambaran anda bercakap bagi pihak AIG. Sebarang soalan mengenai penggunaan media sosial, atau dasar yang mengawal penggunaan media sosial, perlu diajukan kepada pegawai pematuhan unit perniagaan, Komunikasi Korporat AIG, atau Hubungan Pekerja Global.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
40 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Perniagaan Kerajaan Berurus niaga dengan kerajaan mungkin mempunyai risiko berlainan daripada
perniagaan dalam pasaran komersial. Undang-undang berhubungan dengan
agensi antarabangsa, persekutuan, negeri, dan tempatan secara amnya adalah
lebih ketat dan kompleks. Sesetengah kelakuan dan amalan yang boleh diterima
dalam tetapan komersial tetapi mungkin dilarang di sektor awam. Oleh itu, anda
perlu berunding dengan pengurusan atau pegawai pematuhan unit perniagaan
sebelum membuat sebarang keputusan mengenai berurus niaga dengan entiti
kerajaan.
Anti Rasuah dan Sogokan Kita tidak boleh menggunakan cara yang tidak sah untuk mempengaruhi
seseorang dalam pertimbangan perniagaan. Tiada pekerja, agen atau
kontraktor bebas boleh memberi rasuah atau faedah yang tidak sah kepada
orang lain untuk mendapatkan atau mengekalkan perniagaan atau kelebihan
yang tidak adil dalam sebarang interaksi perniagaan.
Bayaran atau janji untuk membayar sesuatu bernilai untuk mendapat atau
mengekalkan perniagaan atau sebaliknya mendapatkan kelebihan yang tidak
wajar tidak boleh dibuat kepada pegawai atau pekerja kerajaan. Pegawai
kerajaan termasuk pekerja perusahaan yang dikawal atau dimiliki secara
keseluruhan atau sebahagian oleh kerajaan.
Undang-undang Anti Rasuah juga melarang ciptaan buku dan rekod yang tidak
tepat atau palsu dan syarikat meminta mereka membangun dan mengekalkan
kawalan yang mencukupi mengenai aset dan perakaunan korporat. Semua
pekerja dan pegawai, tidak kira di mana mereka berada, perlu mematuhui Akta
Amalan Rasuah Asing A.S., di samping undang-undang anti rasuah di negara
mereka.
Sebarang pekerja yang mempunyai pengetahuan, atau suspek yang berniat
baik, perlanggaran terhadap mana-mana undang-undang, peraturan, atau
Dasar perlu dilaporkan segera kepada pegawai pematuhan unit perniagaan.
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
41 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
S: Saya dapat tahu daripada pengurus bahawa pembekal baru yang
berhubung dengan produk yang baharu dibangunkan akan diumumkan
kepada orang ramai dalam masa 4 minggu. Melabur dengan pembekal
seolah-olah idea pelaburan yang hebat. Bolehkah saya memberitahu
orang lain?
J: Tidak. Maklumat jenis ini dianggap sebagai maklumat penting tidak rasmi.
Anda tidak boleh berdagang semasa memilikinya, mahupun anda
berkongsi dengan orang lain.
S: Jika saya diminta mengulas tentang prospek kewangan AIG oleh pihak
media, bolehkah saya memberi pandangan saya jika apa yang saya
menyatakan tadi?
J: Tidak. Anda tidak boleh memberi sebarang ulasan atau pandangan
tersendiri kepada media tanpa kelulusan terlebih dahulu daripada
Komunikasi Korporat AIG. Anda perlu merujuk kepada Komunikasi Korporat
berkenaan semua permintaan media untuk maklumat tanpa komen.
S: Pegawai eksekutif syarikat milik kerajaan mencadangkan bahawa jika kita
memberi derma kepada rumah kebajikan tempatan, beliau percayai
usaha jualan dalam negara beliau akan mendapat sambutan yang lebih
baik. Saya berasa kurang selesa dengan ini. Apakah yang perlu saya
lakukan?
J: Anda betul kerana berasa tidak selesa. Bayaran tersebut boleh melanggar
undang-undang anti rasuah. Bincangkan situasi itu dengan pegawai
pematuhan unit perniagaan.
S&J Komitmen Kita sebagai Warga Korporat
Global Help LineTable of ContentsCode of Conduct
42 Tatakelakuan Jadual Kandungan Talian Bantuan Pematuhan AIG
Tatakelakuan AIG bukannya kontrak pekerjaan. Tiada apa-apa dalam Tatakelakuan ini boleh ditafsirkan sebagai janji dalam apa jua bentuk atau sebagai
kontrak mengenai gaji atau sebarang keadaan bekerja yang lain. Pekerja mempunyai hak yang tidak berkecuali untuk menamatkan perhubungan pada
bila-bila masa atas sebarang sebab, tertakluk kepada sebarang perjanjian pekerjaan bertulis. Begitu juga, tertakluk kepada sebarang undang-undang dan
perjanjian pekerjaan bertulis, AIG mempunyai hak untuk melepaskan atau mengenakan tindakan disiplin kepada pekerja dengan atau tanpa sebab yang
adil atau amaran terlebih dahulu.
Pekerja boleh merujuk Dasar Korporat AIG di https://contact.aig.net/plcs/Pages/AIG-Policy.aspx