Post on 17-Jan-2016
description
Norani Abd Rahim IPGIK
0
Norani Abd Rahim IPGIK
1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS ILMU KHAS
KUALA LUMPUR
E-BOOK
KOLEKSI TEKS PENGACARAAN
MAJLIS
NORANI BINTI ABD RAHIM
JABATAN PENGAJIAN MELAYU
nora@ipik.edu.my
Norani Abd Rahim IPGIK
2
1.0 MAJLIS MENJUNJUNG KASIH Y.BHG DATO ASARIAHBINTI
MIOR SHAHARUDDIN
3
2.0 MAJLIS PERSARAAN EMPAT ORANG PENSYARAH KANAN
10
3.0 MAJLIS JAMUAN TAHUNAN IPGIK
20
4.0 KONVOKESYEN IPGIK TAHUN 2010
27
5.0 HARI PERSARAAN PENGARAH IPGIK
43
6.0 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PAMERAN LANTERA DAN
KARNIVAL SENI
51
7.0 MAJLIS PERASMIAN SEMINAR PENYELIDIKAN 2009
59
8.0 MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR PENYELIDIKAN
2009
67
9.0 PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ACEH
71
10.0 HARI KUALITI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
78
ISI KANDUNGAN
Norani Abd Rahim IPGIK
3
BIL CUE MASA TEKS
1 VVIP
masuk ke
dalam
dewan
3.00
petang
Mengumumkan ketibaan…
Yang Berbahagia Datuk Asariah binti Mior Shaharuddin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ( Sektor
Pembangunan Profesionalisme Keguruan ),
diringi oleh Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman,
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
dan barisan Ketua Jabatan dan Ketua Unit masuk ke
dalam dewan.
2 Apabila
VVIP tiba di
kerusi
masing-
masing
3.03
petang
Hadirin yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku dan
Lagu IPGM
3 Selesai
Nyanyian
Lagu
Negaraku
dan Lagu
IPGM
3.07
petang
Sidang hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Yang Diraikan,
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS MENJUNJUNG KASIH Y.BHG DATO ASARIAH BINTI MIOR SHAHARUDDIN
TARIKH : 15 JULAI 2011
MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
Norani Abd Rahim IPGIK
4
Bacaan
Doa
Yang Berbahagia,
Dato’ Asariah bt Mior Shaharudin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Yang Amat Dikasihi,
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman,
Mantan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.
Yang Berusaha,
Encik Shaari bin Osman,
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Yang Berusaha,
Puan Rohana binti Kamarudin,
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Ilmu Khas,
Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
pensyarah-pensyarah,
barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar,
dan seterusnya
pelajar yang dikasihi sekalian.
Bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Aminuddin
Norani Abd Rahim IPGIK
5
bin Abd Rahman , untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..
3 Selesai
Bacaan
Doa
3.10
Petang
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada al-Fadhil
Ustaz Aminuddin bin Abd Rahman atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.
Menatang intan beralas rotan
Gemerlap sinar hiasan diri
Selamat datang kami ucapkan
Semoga diiringi restu ilahi
Terlebih dahulu, pihak majlis ingin mengalu-alukan
kehadiran yang diraikan, Yang Berbahagia Dato Asariah
binti Mior Shaharudin ke Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas. Terima kasih Yang Berbahagia Dato
kerana sudi meluangkan masa untuk bersama-sama
kami dalam Majlis Menjunjung Aspirasi pada petang ini.
Yang Berbahagia Dato / Datin,
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha
Encik Shaari bin Osman, Pengarah, Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan sepatah
dua kata.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…
4 Ucapan
Pengarah
3.20
Petang
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Encik Shaari bin Osman atas ucapan beliau
Norani Abd Rahim IPGIK
6
Tayangan
Multimedia
Abadi
Dalam
Harum
Nama
sebentar tadi.
Berani berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali
Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan budi kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati
Begitulah hebatnya seorang srikandi pendidik yang
begitu sinonim dengan Ipgm termasuklah di IPG Kampus
Ilmu Khas ini. Srikandi inilah yang dikagumi dan Menjadi
idola kepada semua golongan pendidik.
Hadirin yang dihormati,
Marilah sama-Sama kita hayati persembahan multimedia
yang merakamkan perjalanan suka duka seorang
pemimpin, Yang Diraikan ,Yang Berbahagia Dato Asariah
Binti Mior Shaharuddin.
Saksikan… Abadi Dalam Harum Nama…
5 Selesai
Tayangan
Multimedia
3.30
petang
Begitulah tadi persembahan multimedia khas yang
mengimbau kenangan indah Yang Diraikan, Yang
Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shahruddin bersama-
sama kami di IPG Kampus Ilmu Khas. Sesungguh Yang
Berbahagia Dato amat dekat dihati kami.
Hadirin yang dihormati,
Kini majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari
Norani Abd Rahim IPGIK
7
bin Osman untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berbahagia Dato Asariah binti Mior Sahahruddin naik ke
pentas untuk acara selanjutnya.
VVIP NAIK KE PENTAS UTAMA
Dipersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman
pihak pihak warga IPG Kampus Ilmu Khas untuk
menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia
Dato Asariah binti Mior Shahrudin.
CENDERAMATA
Dipersilakan pula Yang berusaha Encik Abdul Mutalip bin
Abd Ghani, Pengerusi Kelab Staf Akademik Ilmu Khas
(Klasik) untuk menyampaikan cenderamata bagi pihak
staf akademik IPGIK.
CENDERAMATA
Seterusnya, dipersilakan Saudara Mohd Huzaifi bin
Sulaiman, Yang Dipertua, Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar untuk menyampaikan cenderamata.
6 Selesai
Serahan
Cenderama
ta oleh
Individu
3.45
petang
Yang Berbahagia Dato/ Datin,
Hadirin yang dihormati,
Hari ini, genaplah 33 tahun 11 bulan 15 hari Yang
Diraikan, Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior
Shaharudin berkhidmat sebagai seorang pendidik.
Sebagai tanda simboliknya, majlis mempersilakan
Norani Abd Rahim IPGIK
8
barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus
Ilmu Khas tampil ke pentas untuk menyampaikan
kuntuman ros kepada Yang Diraikan Yang Berbahagia
Dato Asriah binti Mior Shaharudin.
Dipersilakan….
7 Serahan
Bunga Ros
Oleh
Pelajar
3.55
petang
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Diraikan Yang
Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharuddin untuk
menerima kuntuman ros daripada Ketua-Ketua Jabatan.
Dipersilakan…
8 Selesai
Serahan
Bunga Ros
Oleh Ketua
Jabatan
4.05
petang
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Diraikan Yang Berbahagia Dato Asariah atas penerimaan
bunga ros sebagai tanda kasih kami terhadap insan yang
telah mencurahkan jasa dan sumbangan dalam dunia
pendidikan keguruan.
10 VVIP Turun
Pentas
4.15
petang
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Ibarat mendaki telah sampai ke puncak
Ibarat berjuang telah sampai ke destinasi
Sepohon jati panjang sedepa
Segenggam umbut berat sekati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati
Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang
bersejarah ini. Pihak majlis ingin merakamkan jutaan
Norani Abd Rahim IPGIK
9
terima kasih atas kehadiran Yang Berbahagia Dato dan
hadirin sekalian serta memohon kemaafan sekiranya
berlaku kekhilafan dan terlanjur kata sepanjang majlis ini
berlangsung.
Sekian, wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Mengumumkan …Yang Diraikan Yang Berbahagia Dato
Asariah binti Mior Shaharudin meninggalkan majlis
10 VVIP
meninggalk
an majlis
4.20
petang
MAJLIS BERSURAI
Pengacara : Norani Abd Rahim
Norani Abd Rahim IPGIK
10
Bil CUE MASA Teks Pengacaraan
1 Perarakan
Masuk VVIP
Lagu IPGIK
(Semua Berdiri )
10.00
pagi
Mengumumkan perarakan masuk Yang Diraikan
Puan Josephine Teo Chen, Puan Mokhklisa Janury,
Encik Tan Tuan Yee dan Tuan Haji Abdul Murad bin
Buyong
diiringi oleh Yang Berusaha Encik Shaari bin
Osman,
Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
dan barisan Ketua Jabatan masuk ke dalam dewan.
2 10.05
pagi
Hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang Diraikan
Puan Josephine Teo Chen
TEKS PENGACARA MAJLIS
MAJLIS PERSARAAN EMPAT ORANG PENSYARAH KANAN TARIKH : 14 FEBRUARI 2011 MASA : 10 PAGI TEMPAT : DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
Norani Abd Rahim IPGIK
11
Yang Diraikan
Puan Hajah Mokhlisa binti Janury
Yang Diraikan
Encik Tan Tuan Yee
Yang Diraikan
Tuan Haji Abdul Murad bin Buyong
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman,
Timbalan pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Para pensyarah sekalian
Seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.
Selesai
Bacaan Doa
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memberkati majlis yang syahdu ini, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz
Aminudin bin Abd Rahman, Pensyarah Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..
3 Ucapan
Pengerusi
10.15
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Ustaz Aminuddin bin Abd Rahman atas pimpinan
Norani Abd Rahim IPGIK
12
Klasik bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Pada pagi yang berbahagia ini, antara
kegembiraan, kesedihan dan kesayuan hati, kita
berkumpul di dewan ini untuk meraikan persaraan
empat orang pensyarah yang tiada galang
gantinya. Mereka yang dimaksudkan ialah :
Yang Diraikan Puan Josephine Teo Chin
Yang Diraikan Puan Hajah Mokhlisa Janury
Yang Diraikan Encik Tan Tuan Yee
dan
Yang DIraikan Tuan Haji Abdul Murad bin
Buyong
Hadirin yang dihormati,
Sebagai pembuka bicara, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik
Abdul Mutallip bin Abd Ghani, Pengerusi Kelab Staf
Akademik untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan…
4 Ucapan
Timbalan
Pengarah
10.30
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Encik Abdul Mutallip bin Abd Ghani
atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.
Norani Abd Rahim IPGIK
13
Hadirin sekalian,
Kini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan pula Yang Berusaha Encik Shaari
bin Osman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu
Khas untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan….
5 Tarian Zapin
Beradat
10.40
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Encik Shaari Osman atas ucapan
beliau sebentar tadi.
Duduk bersimpuh si anak dara
Sirih didulang disusur rapat
Warisan bangsa pusaka kita
Nikmatilah bersama Zapin Beradat
6 Empat
Pensyarah Yang
Diraikan
Bergerak Ke
Atas Pentas
10.45
pagi
Hadirin yang dimuliakan,
Majlis kini dengan penuh sukacitanya menjemput
Yang diraikan keempat-empat orang pensyarah
mengambil tempat di pentas.
Dipersilakan…
7 Deklamasi Puisi
Oleh En Patarai
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itulah adat, itulah lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Hakikat Perpisahan……
Norani Abd Rahim IPGIK
14
8 Multimedia Puan
Josephine Teo
Chen
Ucapan Puan
Josephine Teo
Chen
11.00
pagi
Hadirin yang dimuliakan,
Tidak lengkap majlis ini jika yang diraikan tidak
berbicara. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Diraikan Puan Josephine Teo
Chen, Yang Diraikan Puan Moklisa Janury, Yang
Diraikan Encik Tan Tuan Yee dan Yang Diraikan
Tuan Haji Abdul Murad bin Buyong untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Namun, kita
saksikan persembahan multimedia mereka terlebih
dahulu.
Saksikan…
Lagu You Raise
Me Up
Sekalung budi dan sejambak kasih buat Yang
Diraikan Puan Josephine Teo Chen atas
sumbangan dan jasa yang dicurahkan.
9 Multimedia Puan
Mokhlisa Janury
Ucapan Puan
Mokhlisa Janury
Lagu Salam
Terakhir
11.20
pagi
Salam terakhir dan ucapan terima kasih yang tidak
terhingga diucapkan kepada Yang Diraikan Puan
Mokhlisa Janury. Jasamu dalam ingatan.
10 Multimedia
Encik Tan Tuan
Yee
11.40
pagi
Sekalung budi dan sejambak kasih buat Yang
Diraikan Encik Tan Tuan Yee. Senyumanmu
menyinari hari-hari yang indah.
Norani Abd Rahim IPGIK
15
Ucapan Encik
Tan Tuan Yee
Lagu My Way
11 4 Pensyarah
Berdiri Di Depan
Pentas
11.50
pagi
Pensyarah-pensyarah yang diraikan dan hadirin
yang dihormati,
Menjadi resam pahlawan dan srikandi
Berani berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali
Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan budi kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati
Sebagai menghargai sumbangan dan
perkhidmatan, majlis kini mempersilakan Yang
diraikan Puan Josephine Teo Chen, Puan Hajah
Mokhlisa Janury, Encik Tan Tuan Yee dan Tuan
Haji Abdul Murad bin Buyong tampil di depan
pentas untuk menerima cenderamata sebagai
tanda kenang-kenangan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….
12
Penyampaian
Sijil
Perkhidmatan
Dan
Cenderamata
12.00
t/hari
Acara penyampaian cenderamata kepada yang
diraikan dimulakan dengan mempersilakan :
1. Tuan Haji Saharudin bin Suhadi
KJ Jabatan Hal Ehwal pelajar
Norani Abd Rahim IPGIK
16
2. Encik Amiruddin bin Zainuddin
KJ Jabatan Ilmu Pendidikan
3. Puan Aziah binti Aziz
KJ Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris
4. Tuan Haji Mohd Razali bin Luddin
KJ Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
5. Encik Abd Rahim bin Talib
KJ Jabatan Pendidikan Khas
6. Puan Azizah binti Suleiman
KJ Jabatan Pendidikan Seni Visual
7. Encik Mah Kok Heng
KJ Jabatan pendidikan Muzik
8. Puan Hajah Normah binti Mohamad
KJ Jabatan Pengajian Melayu
9. Puan Khalidah binti Othman
KJ Jabatan Matematik dan Sains
10. Encik Mohd Shaferi bin Mohamed Hassim
KJ Jabatan Teknologi Pendidikan
11. Tuan Haji Mohamad Ritzuan bin Baharin
KJ Jabatan Pengajian Sosial
12. Tuan Haji Jainudin bin Ngah
Norani Abd Rahim IPGIK
17
13
KJ Jabatan Pendidikan Islam dan Moral
13. Puan Shanti a/p Periasamy
KJ Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesioanlisme Keguruan
14. Encik Mokhtar bin Ahmad
KJ Jabatan Sains Sukan
15. Encik Anuar bin Husin
Ketua Pusat Sumber
16. Puan Kalsom bin Badros
KU Unit latihan Dalam Perkhidmatan
17. Encik Mohd Dahlan bin Abdul Kadir
KU Unit Kokurikulum
18. Encik Adam Prakash Prakash bin Abdullah
KU Unit Praktikum
19. Encik Chia Chiow Meng
KU Unit Peperiksaan dan Penilaian
20. Encik Abdul Mutallip bin Abd Ghani
Pengerusi Klasik
21. Seterusnya majlis mempersilakan Yang
Berusaha Encik Shaari bin Osman untuk
menyampaikan Sijil Perkhidmatan daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada :
Norani Abd Rahim IPGIK
18
Yang Diraikan Puan Josephine Teo Chen,
Yang DIraikan Puan Mokhlisa binti Janury
Yang Diraikan Encik Tan Tuan Yee
Dan Yang Diraikan Tuan Haji Abdul Murad bin
Buyong
14
VVIP
Meninggalkan
Majlis
12.30
t/hari
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih
pihak-pihak yang terlibat terutamanya yang
membuat persembahan iaitu kumpulan tarian, Encik
Patarai Cholen, Encik Jamaluddin Teh Ibrahim dan
kumpulan koir.
Kepada yang diraikan, terimalah serangkap pantun
Sepohon jati panjang sedepa
Segenggam umbut berat sekati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati
Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang
bersejarah ini. Sekian, wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Mengumumkan …Yang Diraikan Puan Josephine
Norani Abd Rahim IPGIK
19
15
Teo, Puan Mokhlisa Janury, Encik Tan Tuan Yee
dan Tuan Haji Abdul Murad bin Buyong dan diringi
oleh Yang Berusaha Encik Shaari Osman
meninggalkan majlis.
16 12.35
t/hari
Majlis Bersurai
PENGACARA : PUAN NORANI ABD RAHIM
ENCIK NORIZAN
Norani Abd Rahim IPGIK
20
Bil CUE MASA TEKS
1 VVIP masuk
ke dewan
7.35
malam
Mengumumkan ketibaan…
Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman,
Pengarah Institut Pendidikan guru Kampus Ilmu Khas,
diiringi oleh
Yang Berbahagia Datuk Asariah binti Mior Shaharuddin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, ( Sektor
Pembangunan Profesionalisme Keguruan ), Kementerian
Pelajaran Malaysia,
dan tetamu-tetamu kehormat masuk ke dalam dewan.
2 Apabila VVIP
tiba di kerusi
masing-
masing
7.40
malam
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang Diraikan
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
SKRIP PENGACARA MAJLIS
MAJLIS JAMUAN TAHUNAN IPGIK
TARIKH : 18 NOV 2010
MASA : 7.30 MALAM
TEMPAT : HOTEL DE PALMA
Norani Abd Rahim IPGIK
21
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berbahagia,
Dato’ Asariah bt Mior Shaharudin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Yang Berusaha
Puan Darawisah binti Sayuti,
Pengarah,
Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar
Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang Berusaha,
Puan Latifah binti Mahammud
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pendidikan Sukan,
Bahagian Sukan,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang Berusaha,
Tuan Haji Roslan bin Abdul Hamid
Pengarah,
IPG Kampus Pendidikan Teknik
Yang Berusaha,
Encik Shaari bin Osman,
Timbalan Pengarah,
IPG Kampus Ilmu Khas
Norani Abd Rahim IPGIK
22
Yang Berusaha,
Dr Haji Aziz bin Jantan,
Pengerusi,
Kelab Staf Akademik,
IPG Kampus Ilmu Khas ( KLASIK )
Yang Dihormati,
Pegawai-pegawai daripada Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang Dihormati,
Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-ketua Unit,
Barisan pensyarah
Seterusnya hadirin yang dimuliakan sekalian
Ke Kampung Tualang mencari lokan
Lokan diletak di dalam genggaman
Selamat datang kami ucapkan
Meraikan pengarah di Jamuan Tahunan
Terlebih dahulu pihak majlis ingin mengalu-alukan kehadiran
Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman juga
Yang Berbahagia Datuk Asariah binti Mior Shaharudin serta
para tetamu lain ke Majlis Akhir Tahun dan Jamuan
Perpisahan Pengarah IPG kampus Ilmu Khas.
Untuk makluman, Jamuan Akhir Tahun dan Jamuan
Perpisahan pengarah ini dianjurkan oleh Kelab Staf
Akademik (KLASIK).
Norani Abd Rahim IPGIK
23
Hadirin yang dihormati,
Bagi memulakan majlis, dipersilakan Ustaz Khairul Anuar bin
Abu Othman, pensyarah daripada Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan….
4 Selesai
bacaan doa
8.00
malam
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz
Khairul Anuar bin Abu Othman atas pimpinan bacaan doa
sebentar tadi.
Kini, majlis mempersilakan pula orang kuat majlis pada
malam ini, Yang Berusaha Dr Haji Abd Aziz bin Jantan,
Pengerusi Klasik untuk menyampaikan kata alu-aluan.
Dengan hormatnya dipersilakan….
5 Selesai
ucapan
pengerusi
klasik
8.10
malam
Ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr
Aziz bin Jantan atas ucapan alu-aluan itu tadi.
Hadirin yang dihormati,
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik
Shaari bin Osman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Ilmu
Khas untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan…..
6 Selesai
ucapan
timbalan
pengarah
8.20
malam
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berusaha Encik Shaari bin Osman atas ucapan sebentar
tadi.
Norani Abd Rahim IPGIK
24
Majlis bukan sebarang majlis
Bayu berpuput mega menangis
Tangis gembira duka dipipis
Melihat Puan Noorul tersenyum manis
Kini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman untuk
menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan….
7
Selesai
Ucapan
Pengarah
Jamuan
Makan
8.30
malam
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman atas ucapan
dan amanat sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Kini, majlis mempersilakan para tetamu untuk menjamu
selera dengan hidangan yang disediakan. Sambil kita
menikmati hidangan, kita akan dihiburkan dengan
persembahan daripada staf IPGIK di bawah pimpinan En
Jamaluddin bin Teh Ibrahim sebagai halwa telinga.
Dipersilakan…
8 Nyanyian staf
/Cabutan
Nombor
Bertuah
9.00
malam
Hadirin yang dihormati,
Bagi memeriahkan majlis kita ini, akan diadakan acara
cabutan bertuah. Sehubungan itu, silalah para hadirin
mengeluarkan nombor yang diterima semasa pendaftaran
sebentar tadi.
Norani Abd Rahim IPGIK
25
Untuk pengetahuan semua, bagi segmen pertama acara
cabutan bertuah, sebanyak 80 pelbagai hadiah untuk diberi
kepada pemenang bertuah. Pemenang ini bolehlah
mengambil hadiah di kaunter hadiah sebaik sahaja tamat
majlis kita nanti.
Tanpa membuang masa saya persilakan barisan petugas
untuk pergi ke para tetamu untuk mencabut nombor-nombor
bertuah.
Majlis mempersilakan para tetamu untuk mencabut nombor.
9 Upacara
Memotong
Kek
9.20
malam
Yang Diraikan Puan Noorul Aini dan hadirin yang dihormati,
Tinggi bukit gilang-gemilang,
Air laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tidak’kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan
Tanam pisang tanam ubi,
Ubi ditanam buatkan batas;
Banyak orang bertanam budi,
Dalam ingatan hendak dibalas.
Terlalu banyak budi dan jasa yang telah dihulurkan oleh
Yang Diraikan Puan Noorul AIni kepada warga IPGIK
sepanjang beliau berkhidmat sebagai pensyarah dan juga
Pengarah di sini.
Bagi mengakhiri detik-detik terakhir perjawatannya di IPGIK,
Norani Abd Rahim IPGIK
26
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, diiringi oleh
Yang Berbahagia Datuk Asariah binti Mior Shaharuddin dan
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman tampil ke pentas
untuk upacara pemotongan kek.
Yang Diraikan Puan Noorul,
Sebagai menghargai jasa dan bakti puan mengemudi IPGIK,
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang
Berusaha Dr Haji Abd Aziz bin Jantan, Pengerusi Klasik
untuk menyampaikan hadiah mewakili pensyarah.
10 VVIP
Meninggalkan
Majlis
10.00
malam
Majlis kita berakhir di sini dan pihak urus setia ingin
merakamkan jutaan terima kasih atas kesudian para hadirin
hadir dan memohon keampunan sekiranya sepanjang majlis
ini ada keterlanjuran kata dan tingkah laku yang kurang
menyenangkan.
Ayam rintik di pinggir hutan
Nampak dari tepi telaga
Nama yang baik jadi ingatan
Seribu tahun terkenang juga
Selamat malam dan jumpa lagi….
11 10.05 Majlis Bersurai
Pengacara : Norani Abd Rahim
Abd Razak Abd Rahman
Norani Abd Rahim IPGIK
27
Bil CUE MASA Teks Pengacaraan
1 Perarakan Masuk
Graduan
8.30
pagi
Mengumumkan perarakan masuk para graduan.
2
Perarakan Masuk
Pensyarah
8.45
pagi
Mengumumkan perarakan masuk barisan
pensyarah.
3
Perarakan Masuk
VVIP
Lagu Negaraku
dan Lagu IPG
9.00
pagi
Mengumumkan perarakan masuk barisan
akademik
4
Lagu Graduan
9.05
pagi
Sidang hadirin dipersilakan duduk.
Berikut dipersembahkan Lagu Graduan oleh
kumpulan koir Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas.
TEKS PENGACARA MAJLIS
KONVOKESYEN IPGIK TAHUN 2010
TARIKH : 7 MEI 2010
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
Norani Abd Rahim IPGIK
28
5 Selesai Nyanyian
Lagu Graduan
9.10
pagi
Lagu Graduan itu tadi telah dinyanyikan oleh
kumpulan koir institut ini dengan anggotanya
seramai 40 orang di bawah pimpinan Encik
Shahril bin Abdul Rahman, Pensyarah, Jabatan
Pendidikan Muzik.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
kumpulan koir Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas atas persembahan sebentar tadi.
6 Kata alu-aluan
Pengacara Majlis
9.10
pagi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia
Yang Berbahagia,
Dato’ Asariah bt Meor Shaharudin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Mewakili Yang Berhormat Dr Haji Mohd Puad bin
Zarkashi
Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia
Yang Berusaha,
Puan Darawisah binti Sayuti
Mewakili Rektor
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berusaha Encik Mohd Nor bin Usop
Mewakili Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Norani Abd Rahim IPGIK
29
Yang Berusaha
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berusaha,
Encik Shaari bin Osman
Timbalan Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berusaha
Datuk Zulkifli bin Mohd Wazir,
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Yang Berusaha
………………………
Mewakili Pengarah
Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Yang Dihormati,
Pengarah-Pengarah dan wakil Pengarah
Institut Pendidikan Guru
Mantan Pengetua, Pengarah dan Timbalan
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Yang Dihormati,
Norani Abd Rahim IPGIK
30
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Barisan pensyarah
Para ibu bapa
Dan graduan yang diraikan sekalian.
7 Bacaan doa 9.15
pagi
Biji selasih boleh dimakan,
Menjadi perisa sedap terperi;
Selamat datang kami ucapkan,
Semoga majlis bertambah seri.
Yang Berbahagia dato’ / datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memberkati majlis yang penuh syahdu ini,
majlis dengan sukacitanya mempersilakan Al-fadhil
Ustaz Mohamed Nazri bin Mohamed Nor, untuk
memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..
8 Ucapan Pengarah 9.20
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Al-fadhil Ustaz Mohamed Nazri bin Mohamed Nor
atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Yang Berbahagia Dato / Datin,
Hadirin Hadirat yang dimuliakan,
Kini,
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul
Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas untuk
Norani Abd Rahim IPGIK
31
menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.....
9 Ucapan VVIP 9.30
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi.
Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Seterusnya,majlis dengan penuh takzim
mempersilakan Yang Berbahagia Dato Asariah
binti Meor Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, Sektor Pembangunan
Profesionalisme Keguruan untuk menyampaikan
ucap utama dalam Konvokesyen Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas tahun 2010.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….
10 Penghulu Istiadat
Menyempurnakan
Majlis
9.45
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dato’ Asariah bt. Meor
Shaharudin atas ucapan beliau sebentar tadi.
Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati,
Untuk meneruskan majlis, dipersilakan Yang
Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Norani Abd Rahim IPGIK
32
Khas, merangkap Penghulu Istiadat,
Konvokesyen, Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas Tahun 2010 untuk melaksanakan
pengisytiharan konvokesyen.
Dipersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin
Osman untuk menyempurnakan majlis.
11 Berdiri di Pentas
Utama Untuk
Penganugerahan
Diploma dan Sijil
9.46
pagi
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Kini, tibalah kita ke upacara penyampaian Diploma
dan Sijil Pendidikan kepada para graduan.
Untuk itu, majlis dengan penuh sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini
binti Abdul Rahman, menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia Dato Asariah binti Meor
Shaharudin, untuk menganugerahkan Diploma dan
Sijil kepada para graduan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...................
12 Penyampaian
diploma
9.47
pagi
Sekarang, disampaikan penganugerahan untuk:
i. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Julai 2008, Pengajian
Pendidikan Khas ( Masalah
Pembelajaran )
34 orang
Norani Abd Rahim IPGIK
33
ii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian
Bahasa Inggeris
51 orang
iii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian
Pendidikan Jasmani
60 orang
iv. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian
Pendidikan Seni Visual
40 orang
v. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian
Pendidikan Khas ( Masalah
Pembelajaran )
109 orang
vi. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian
Pemulihan Khas
88 orang
Norani Abd Rahim IPGIK
34
vii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pengajian Sosial
23 orang
viii. Diploma Pendidikan, Kursus Perguruan
Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah
Ambilan Januari 2009, Pendidikan Muzik
17 orang
13 Persembahan
Gamelan dan
Nyanyian Lagu-
Lagu Tradisional
10.30
pagi
Yang Berbahagia Dato/ Datin
Sidang hadirin sekalian…
Majlis berhenti rehat.
PAUSE
Seterusnya, marilah kita bersama-sama
menyaksikan persembahan angklung dengan
iringan permainan gamelan oleh kumpulan pelajar
Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni Visual
serta nyanyian lagu Melayu tradisional oleh Encik
Yusri bin Hussain, pensyarah dari Jabatan
Pendidikan Muzik.
Dipersilakan……
14 Selesai
persembahan
10.45
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
kumpulan Angklung dan kumpulan Gamelan,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas yang
dipersembahkan oleh pelajar Pendidikan Muzik
Norani Abd Rahim IPGIK
35
dan Pendidikan Seni Visual dibawah bimbingan
Encik Md Said bin Bidin dan juga kepada Encik
Yusri atas persembahan nyanyian itu tadi.
15 VVIP Berdiri di
Pentas Utama
10.46
pagi
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berusaha
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman, menjemput
dan mengiringi Yang Berbahagia,Dato Asariah binti
Meor Shaharudin, bagi meneruskan
penganugerahan Sijil kepada para graduan.
Dengan segala hormatnya
dipersilakan.....................
16 Penyampaian sijil 10.46
pagi
Berikut adalah upacara penyampaian Sijil kepada
para graduan :
i. Sijil Perguruan Khas Ambilan Januari
2009, Pengajian Prasekolah
17 orang
ii. Sijil Perguruan Khas Ambilan Januari
2009, Pengajian Pendidikan Jasmani
dan Kesihatan
20 orang
Norani Abd Rahim IPGIK
36
17
Penyampaian
Anugerah
Graduan Terbaik
11.00
pagi
Sekarang diumumkan penerima-penerima
anugerah graduan terbaik Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas bagi tahun 2009.
i. Anugerah Kecemerlangan Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah
Rendah Ambilan Julai 2008, graduan
Terbaik Kokurikulum
Dipersilakan NurHuda binti Mohd
Galim, Pengajian Pendidikan Khas (
Masalah Pembelajaran )
ii. Graduan Terbaik Akademik, Praktikum
dan Keseluruhan.
Wan Zanariah binti Wan Ishak,
Pengajian Pendidikan Khas
( Masalah Pembelajaran )
BACA PROFIL ( ABU )
Wan Zanariah binti Wan Ishak adalah
seorang pelajar yang berhemah,
berdisiplin, proaktif serta berbudi
bahasa terhadap pensyarah dan
rakan-rakannya. Beliau sangat
bersungguh-sungguh dan
Norani Abd Rahim IPGIK
37
bertanggungjawab apabila diberi
sesuatu tugasan. Beliau sering
mendapat markah tertinggi di dalam
tugasan yang diberi. Selain daripada
itu, beliau juga seorang pelajar yang
aktif dalam bidang sukan di peringkat
sekolah dan universiti. Beliau
melibatkan diri dalam permainan bola
jaring, bola baling dan bola tampar.
Di sekolah, walaupun beliau seorang
guru baharu, beliau telah diberi
kepercayaan untuk memegang
jawatan penting di unit-unit di bawah
Program Pendidikan Khas Integrasi.
Hadirin sekalian, Graduan Terbaik
Akademik, Praktikum dan
Keseluruhan…dipersilakan Wan
Zanariah binti Wan Ishak, Pengajian
Pendidikan Khas ( Masalah
Pembelajaran )
18 Penyampaian
anugerah
penyampaian
graduan terbaik
i. Anugerah Kecemerlangan Kursus
Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah
Rendah Ambilan Januari 2009, graduan
Terbaik Kokurikulum
Dipersilakan Haryani Yantisah binti
Ahmad, Pengajian Pendidikan
Jasmani.
Norani Abd Rahim IPGIK
38
ii. Graduan Terbaik Praktikum,
Dipersilakan Wan Muhamad Zailan bin
Mohd Zain, Pengajian Pendidikan
Khas ( Masalah Penglihatan)
iii. Graduan Terbaik Akademik dan Terbaik
Keseluruhan,
Goh Han Jian, Pengajian Sosial.
BACA PROFIL (NORA)
Goh Han Jian, calon paling sesuai
untuk dinobatkan sebagai pelajar terbaik pada
tahun 2009. Beliau seorang pelajar yang
bertanggungjawab, proaktif dan gigih untuk
mencapai tahap yang lebih tinggi dalam bidang
yang diceburi. Beliau amat disenangi oleh
pensyarah dan rakan-rakan. Kualiti diri yang
dimiliki beliau dicerminkan melalui budi pekerti
mulia dan keyakinan diri yang tinggi.
Diibaratkan sebagai terbaik antara yang terbaik,
membuktikan bahawa beliau berpotensi
menjadi seorang pendidik yang cemerlang.
Dipersilakan Goh Han Jian untuk
menerima anugerah…..
19 Penyampaian 11.15 Seterusnya, disampaikan :
Norani Abd Rahim IPGIK
39
anugerah
graduan terbaik
pagi
i. Anugerah Kecemerlangan Kursus Sijil
Perguruan Khas, Ambilan Januari 2009,
Graduan terbaik Projek Khas, dipersilakan:
Mohd Izuan bin Ibrahim,
Pengajian Pendidikan Jasmani
ii. Graduan terbaik Praktikum
Dipersilakan Wan Sahibul Bariah binti Wan
Ismail,
Pengajian Pendidikan Jasmani
iii. Terbaik Akademik dan Keseluruhan
Nor Bismi Yamnun binti Jusoh@Abd
Rashid,
Pengajian Pendidikan Jasmani
BACA PROFIL (ABU)
Nor Bismi Yamnun binti Jusoh@Abd Rashid
ialah pelajar yang gigih, dedikasi, komited,
bertanggungjawab terhadap tugas-tugas yang
diamanahkan kepadanya. Sebagai seorang
pelajar, beliau bersikap proaktif dan sentiasa
berusaha meningkatkan kecemerlangan
Norani Abd Rahim IPGIK
40
akademik secara berterusan. Beliau juga
seorang yang berhemah tinggi, berpekerti
mulia dan sentiasa menghulurkan tangan
membantu rakan-rakan seperjuangan. Kualiti
yang dimilikinya menyebabkan beliau menjadi
contoh terbaik dalam kalangan yang baik.
Graduan terbaik Akademik dan Keseluruhan,
dipersilakan :
Nor Bismi Yamnun binti Jusoh @ Abd Rashid,
Pengajian Pendidikan Jasmani untuk menerima
anugerah.
20 Penghulu istiadat
menangguhkan
majlis
11.30
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dato’ Asariah binti Meor
Shaharudin atas penyampaian anugerah Diploma
dan Sijil kepada para graduan sebentar tadi.
Majlis juga mengucapkan syabas dan tahniah
kepada semua graduan di dewan ini.
Yang Berbahagia Dato/Datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Kini, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik
Shaari bin Osman, Penghulu Istiadat Konvokesyen
untuk mengisytiharkan penangguhan
Konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kampus
Ilmu Khas tahun 2010.
Norani Abd Rahim IPGIK
41
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...
21 Selesai penghulu
istiadat
11.35
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Penghulu Istiadat.
Sidang hadirin yang dimuliakan,
Dengan ini selesailah sudah Konvokesyen Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas bagi Tahun
2010. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Yang Berbahagia Dato’
Asariah bt. Meor Shaharudin, tetamu kehormat dan
para hadirin sekalian yang telah menyerikan dan
menjayakan Konvokesyen pada pagi ini.
Sekalung penghargaan juga diberikan kepada
kumpulan Wind Orchestra di bawah pimpinan
Encik Abdul Razak bin Abdul Rahman serta
kumpulan Muzik Tradisional dibawah bimbingan
Encik Jamaludin bin Teh Ibrahim dan juga kepada
semua pihak yang terlibat.
Hadirin dan sidang dewan yang dimuliakan,
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan
Norani Abd Rahim IPGIK
42
Akhir kata
Terima kasih sekalung budi,
Daripada kami seikhlas hati.
Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas
segala keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan
sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian, wabilahi taufik walhidayah
assalamualaikum ....
22 VVIP
meninggalkan
dewan
PAUSE
Mengumumkan Yang Berbahagia Dato’Asariah bt.
Meor Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia dan tetamu-tetamu Kehormat
meninggalkan dewan.
Pengacara : Norani Abd Rahim
Abu Bakar bin Ahmad
Norani Abd Rahim IPGIK
43
Bil CUE MASA Teks
1 Perarakan
Masuk VVIP
10.30
pagi
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman,
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
diiringi oleh
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan
Pengarah IPG Kampus Ilmu Khas
dan barisan Ketua Jabatan masuk ke dalam
dewan.
2 Selesai
Nyanyian Lagu
Negaraku
10.40
pagi
Hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang Diraikan
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
TEKS PENGACARA MAJLIS
HARI PERSARAAN PENGARAH IPGIK
TARIKH : 26 OKTOBER 2010
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
Norani Abd Rahim IPGIK
44
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman,
Timbalan pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,
Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Para pensyarah sekalian
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
Seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.
3 Bacaan Doa 10.45
pagi
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memberkati majlis yang syahdu ini, majlis
dengan sukacitanya mempersilakan Al-fadhil Ustaz
Haji Jainudin bin Ngah, Ketua Jabatan, Jabatan
Pendidikan Islam dan Moral untuk memimpin
bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..
4 Lagu You Raise
Me Up- Jackson
10.55
pagi
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Al-fadhil Ustaz Haji Jainudin bin Ngah atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Pada pagi yang berbahagia ini, antara
kegembiraan, kesedihan dan kesayuan hati, kita
Norani Abd Rahim IPGIK
45
berkumpul di dewan ini untuk meraikan persaraan
insan yang tiada galang gantinya. Untuk itu,
selingkar kisah untuk tatapan semua, Our First
Lady.
SAJAK OUR FIRST LADY
Sesungguhnya insan yang diraikan, Puan Noorul
Aini binti Abdul Rahman, ingin kami nyatakan di
sini bahawa, puanlah inspirasi kami, puan juga
pemberi sinar kepada harapan kami, puanlah
penjana sumber ilham untuk kami contohi,
keserlahan karisma puan dalam mendidik anak
bangsa jelas terbukti. Kehadiranmu puan, seolah-
olah memberikan sayap untuk kami terbang lebih
jauh dan tinggi dalam menangani arus dan
cabaran era pendidikan keguruan.
Puan Noorul Aini, ketahuilah dari lubuk hati yang
suci dan ikhlas ini,terimalah ungkapan…… you
raise me up
5 Deklamasi Sajak
Patarai
11.10
pagi
Yang diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman,
Serta sidang dewan yang dihormati,
Keindahan lagu tadi kini disambut pula oleh
garapan indah luahan rasa seorang pensyarah
IPGIK. Terimalah Warkah untuk Puan Noorul Aini.
6 Tayangan
Multimedia
11.20
pagi
Hadirin yang dihormati sekalian
Norani Abd Rahim IPGIK
46
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itulah adat, itulah lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk dihadapi
Namun kaki perlu mengorak pergi
Atas nama kehendak perjalanan …..
Warga dewan yang dihormati,
Marilah sama-sama kita hayati persembahan
multimedia yang merakamkan perjalanan suka
duka seorang pemimpin, Yang Diraikan Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman
7 Ucapan
Timbalan
Pengarah
11.40
pagi
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan
multimedia sempena persaraan Yang Diraikan
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman. Mudah-
mudahan segala visi dan misi beliau akan dapat
terus direalisasikan walaupun beliau tidak lagi
bersama-sama kita.
Hadirin yang dihormati,
Majlis kini diteruskan dengan mempersilakan Yang
Berusaha Encik Shaari bin Osman, Timbalan
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas untuk menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya membacakan profil Yang Diraikan
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…
Norani Abd Rahim IPGIK
47
8 Ucapan
Pengarah
12.10
t/hari
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman atas
ucapan beliau sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Tidak sempurna jika ada lesung tiada alunya
Tidak ada gunanya jika ada perahu tak ada
pendayung
Begitulah juga
Tidak lengkaplah majlis ini jika insan yang
diraikan tidak berbicara
Kini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan amanat
beliau.
Dipersilakan dengan segala hormatnya..
9 Cenderamata
Oleh Jpp
12.30
t/hari
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi.
Diharapkan semoga amanat yang telah
disampaikan tadi dapat dijadikan panduan dan
membakar semangat semua warga IPGIK untuk
meneruskan perjuangan murni beliau.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Norani Abd Rahim IPGIK
48
Menjadi resam gadis srikandi
Berani berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali
Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan budi kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati
Sebagai menghargai sumbangan dan
perkhidmatan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti
Abdul Rahman, majlis dengan dengan segala
hormatnya mempersilakan Saudara Kamarul
Syukri bin Kamaruzaman, Yang Di Pertua Pelajar,
Jawatankuasa Perwakilan pelajar, IPG kampus
Ilmu Khas mewakili pelajar-pelajar IPGIK untuk
menyampaikan cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan kepada Yang Diraikan Puan
Noorul Aini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….
10 Penyampaian
Sijil
Perkhidmatan
Oleh Timbalan
Pengarah
12.50 t/
hari
Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha
Encik Shaari bin Osman untuk menyampaikan Sijil
Perkhidmatan daripada Kementerian Pelajaran
Malaysia kepada Yang Diraikan Puan Noorul Aini.
Dipersilakan…
11 Persembahan
Koir – Lagenda
1.00
petang
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Encik Shaari atas penyampaian
Sijil Perkhidmatan kepada yang Diraikan Puan
Noorul Aini sebentar tadi.
Norani Abd Rahim IPGIK
49
12 VVIP
Meninggalkan
Dewan
1.10
petang
Hadirin yang dihormati,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Ibarat mendaki telah sampai ke puncak
Ibarat berjuang telah sampai ke destinasi
Begitulah …..rentetan liku-liku perjuangan Yang
Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman,
bermula daripada seorang guru biasa sehinggalah
berjaya ke puncak kerjaya sebagai Pengarah, di
Institusi ulung yang telah melahirkan guru-guru
yang berwibawa.
Sepohon jati panjang sedepa
Segenggam umbut berat sekati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati
Istimewa ungkapan rasa buat Yang Diraikan Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman….
Tuai padi antara Nampak
Esok jangan layu-layuan
Puan, Intailah kami sementara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang
bersejarah ini. Sekian, wabillahi Taufik
Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Norani Abd Rahim IPGIK
50
Mengumumkan …Yang Diraikan Puan Noorul Aini
binti Abdul Rahman meninggalkan majlis
MAJLIS BERSURAI
Pengacara : Norani Abd Rahim
Norani Abd Rahim IPGIK
51
Bil CUE MASA Teks Pengacaraan
1 Ketibaan VVIP 2.00 petang Mengumumkan ketibaan…
Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan,
Rektor,
Institut Pendidikan Guru,
diiringi oleh
Yang Berusaha Profesor Mohd Said bin Abu,
Pengarah Galeri Shah Alam,
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman,
Pengarah,
InstItut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
dan
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman ke pentas
utama dan seterusnya mengambil tempat.
SKRIP PENGACARA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN AMERAN LANTERA DAN KARNIVAL SENI
Tarikh : 26 April 2010
Masa : 2.00 petang
Tempat : Galeri Shah Alam
Norani Abd Rahim IPGIK
52
2 Bacaan Doa 2.10 petang Bismillahirrahmanirrahim
Sempurna alas dihampar rata
Tangan berseni mengukir buah
Pembuka bicara pemanis kata
Meraikan tetamu sepenuh jiwa
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam sejahtera
dan salam satu Malaysia…
Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan
Rektor,
Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Yang Berbahagia Profesor Mohd Said bin Abu
Pengarah
Galeri Shah Alam
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman
Timbalan pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Dihormati Puan Azizah binti Sulaiman
Ketua Jabatan
Norani Abd Rahim IPGIK
53
Jabatan Pendidikan Seni Visual
IPG Kampus Ilmu Khas
Yang Berbahagia Dato / Datin
Ketua-ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit,
Barisan pensyarah
Para guru
Para pengiat sendiri
Para pelajar
Seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.
Yang Berbahagia Dato/ Datin dan hadirin yang
dihormati,
Bagi memberkati majlis penutupan pameran
Lantera Dan Karnival Seni, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Dihormati Ustaz
Jainudin bin Ngah untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan……
3 Ucapan Alu-
Aluan
2.20 petang Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Ustaz Jainudin bin Ngah atas pimpinan bacaan
doa sebentar tadi.
Dato – datin, dan hadirin yang dimuliakan,
Bagi meneruskan acara, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan pula Yang Berbahagia
Profesor Haji Mohd Said bin Abu, Pengarah,
Norani Abd Rahim IPGIK
54
Galeri Shah Alam untuk menyampaikan ucapan
alu-aluan.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan….
4 Ucapan
Pengarah
2.30 petang Yang Berbahagia Dato / Datin, hadirin yang
dihormati,
Kini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan pula Yang Berusaha Puan Noorul
Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut
Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan….
5 Ucapan
Perasmian
2.50 petang Dato- datin, hadirin yang dimuliakan,
Bunga melur tumbuh di pagar
Dipetik gadis di Danau Lumayan
Ucapan alu-aluan telahpun didengar
Menyususl kini upacara perasmian
Kiambang mekar cantik berseri,
Tasik terhampar di tengah taman
Kesudian Yang Berbahagia Dato kami hargai
Kekal terpahat zaman-berzaman
Tanpa melengahkan masa, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Yang Berbahagia
Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor, Institut
Pendidikan Guru, untuk menyampaikan ucapan
Norani Abd Rahim IPGIK
55
dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan
Lantera dan Karnival Seni.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan……
6 Tandatangan
Di Eazel
3.00 petang Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan atas
ucapan dan perasmian penutupan sebentar tadi.
Dato- datin, hadirin yang dihormati,
Sebagai tanda perasmian penutupan Pameran
Lantera dan Karnival Seni ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan,
Rektor, Institut Pendidikan Guru untuk
menandatangani poster Perasmian Pameran
Lantera dan Karnival Seni di eazel.
7 Hadiah
Pemenang
3.10 petang Begitulah tadi temeterilah bukti berlangsungnya
majlis Perasmian Penutupan Pameran Lantera
dan Karnival Seni anjuran bersama-sama Jabatan
Pendidikan Seni Visual, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas dan Galeri Shah Alam. Terima
kasih diucapkan…
Yang Berbahagia Dato/Datin, seterusnya hadirin
yang dihormati,
Sepanjang Pameran Lantera dan Karnival Seni
yang berlangsung selama sebulan, diadakan
Norani Abd Rahim IPGIK
56
pertandingan yang disasarkan kepada murid
sekolah rendah.
Majlis sekali lagi mempersilakan Yang Berbahagia
Datuk Dr Haili bin Dolhan, Rektor Institut
Pendidikan Guru untuk menyampaikan hadiah
kepada pemenang-pemenang. Dipersilakan…
Untuk pertandingan menggambar, pemenang
utama bagi tahap 1 ialah ………………………
Pemenang menggambar tahap 2 ialah
……………………….
8 Persembahan
Tarian
3.30 petang Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin Dolhan atas
penyampaian hadiah sebentar tadi.
Dato-datin, dan hadirin yang dimuliakan,
Pastinya irama dan lagu tidak dapat dipisahkan
Itulah indahnya seni budaya kita
Kini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
adik-adik dari SK Sri Langat, Banting, Selangor
untuk mempersembahkan dua buah tarian iaitu
tarian inang dan tarian kontemporari. Kita berikan
tepukan yang gemuruh kepada adik-adik dari SK
Sri Langat…
Norani Abd Rahim IPGIK
57
Dipersilakan…
9 Persembahan
Artis Conlay
3.50 petang Begitulah lincahnya adik-adik kita menarikan dua
buah tarian, tarian Inang dan Tarian Kontemporari.
Untuk makluman, SK Sri Langat merupakan salah
sebuah Sekolah Kluster Kecemerlangan ,
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam bidang
sains dan kebudayaan. Untuk makluman semua,
pasukan tarian sekolah ini bakal membuat
persembahan dalam Children Folks Festival di
Korea Selatan pada 10 hingga 16 Ogos 2010
nanti. Syabas diucapkan.
Bagi menambah kemeriahan Majlis Penutupan
Lantera dan Karnival Seni ini, kita akan
dipersembahkan oleh sekumpulan artis yang
menggelarkan diri KUMPULAN ARTIS CONLAY.
Kumpulan ini sering di membuat persembahan di
istana mahupun di Istana Budaya. Baiklah, tanpa
membuang masa, kita saksikan persembahan
daripada KUMPULAN ARTIS CONLAY.
Dipersilakan….
10 VVIP
MENINGGALK
AN MAJLIS
4.00 petang Begitulah kehebatan dan kemeriahan alunan lagu
dan muzik yang dipersembahkan oleh Kumpulan
Artis Conlay. Terima kasih diucapkan.
Hadirin yang dimuliakan,
Norani Abd Rahim IPGIK
58
Inilah yang dikatakan,
Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan,
Dengan berakhirnya persembahan itu tadi, maka
berakhirlah Majlis Penutupan Lantera dan Karnival
Seni anjuran bersama-sama Jabatan pendidikan
Seni Visual, Institut pendidikan Guru kampus Ilmu
Khas dengan Galeri Shah Alam.
Terima kasih dan sekalung penghargaan kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan
Majlis Perasmian Penutupan Lantera dan Karnival
Seni ini. Majlis memohon kemaafan atas segala
kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung.
Majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman dan Yang
Berbahagia professor Haji Mohd Said Abu untuk
mengiringi Yang Berbahagia Datuk Dr Haili bin
Dolhan melawat ke galeri dan ke tapak karnival
dan seterusnya menikmati jamuan ringan yang
disediakan…
Sekian, wabillahi taufikwalhidayah
wasalamualakum warahmatullahi wabarakatuh…
Pengacara : Norani Abd Rahim
Norani Abd Rahim IPGIK
59
BIL CUE MASA TEKS
1 Ketibaan VVIP 8.00 pagi Mengumumkan ketibaan…
Yang Berbahagia Dr Hajah Sharifah Bee binti
Aboo Bakar,
Timbalan Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru (Sektor Pengurusan
),
Kementerian Pelajaran Malaysia,
diiringi oleh
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman,
Pengarah IPGM Kampus Ilmu Khas.
2 Bacaan Doa 8.10 pagi Yang Berbahagia Dr Sharifah Bee binti Aboo
Bakar,
Timbalan Pengarah,
Bahagian Pendidikan Guru (Sektor Pengurusan
)
Kementerian Pelajaran Malaysia,
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
SKRIP JURUACARA
MAJLIS PERASMIAN SEMINAR PENYELIDIKAN 2009
TARIKH : 30 SEPTEMBER 2009
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : AUDITORIM TESL
Norani Abd Rahim IPGIK
60
Rahman,
Pengarah
IPGM Kampus Ilmu Khas.
Yang Berusaha Puan Darawisah binti Sayuti
Timbalan Pengarah
IPGM Kampus Ilmu Khas.
Yang Berusaha Pengarah-Pengarah IPGM
Yang Berusaha Ketua-Ketua Jabatan,
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesionalisme Keguruan IPG-IPG
Para pembentang kertas penyelidikan,
Para tetamu, hadirin yang dihormati dan
seterusnya, para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat
berkumpul di auditorium ini untuk sama-sama
bertukar-tukar maklumat terkini berkaitan
dapatan penyelidikan dalam bidang pendidikan.
Hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Al-
Norani Abd Rahim IPGIK
61
Fathil Ustaz Mohd Abdul Basir untuk
membacakan doa. Dengan segala hormatnya
dipersilakan....
3 Persembahan
Koir
8.20 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Al-Fathil Ustaz Mohd Abdul Basir atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Majlis kini dimulakan dengan persembahan koir
yang akan menyampaikan empat buah lagu iaitu
lagu Negaraku, lagu IPGM, lagu IPGM Kampus
Ilmu Khas dan lagu Malaysia Satu.
Dipersilakan....
4 Ucapan Alu-
Aluan
Pengarah
8.30 pagi Terima kasih diucapkan kepada kumpulan koir.
Untuk pengetahuan semua, kumpulan koir tadi
dipersembahkan oleh pelajar Pra PISMP Muzik
Sem 1 dan Semester 3 di bawah bimbingan En
Shahril bin Abdul Rahman, pensyarah, Jabatan
Pendidikan Muzik. Syabas diucapkan.
Khabar bukan sebarang majlis
Khabar sudah rebak ke bumi
Isik-isik dah berbunyi
Iyang-iyang dah mengiang
Berhimpun pepat kita di sini
Majlis bukan sebarang majlis
Dari tujuh petala langit air mawar direnjis
Norani Abd Rahim IPGIK
62
Bayu berpuput mega menangis
Tangis gembira duka dipipis
Petanda bahagia keringat terhakis
Melihat hadirin tersenyum manis
Sebelum memulakan majlis, pihak kami ingin
mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Dr
Hajah Sharifah Bee binti Aboo Bakar, para
pembentang kertas penyelidikan juga tuan-tuan
dan puan-puan ke Institut Pendidikan Guru
Malaysia Kampus Ilmu Khas. Selamat datang
diucapkan ke Seminar Penyelidikan 2009.
Untuk pengetahuan semua,
Seminar Penyelidikan 2009 merupakan acara
tahunan yang dirancang oleh pihak IPGM
Kampus Ilmu Khas bermatlamat untuk
berkongsi pengalaman dan dapatan terkini
mengenai usaha memperkayakan proses
pengajaran dan pembelajaran. Tahun ini, tema
yang dipilih adalah Melestarikan
Profesioanlisme Keguruan Melalui Inovasi
Penyelidikan.
Hadirin yang dihormati,
Kini majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul
Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, IPGM
Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan
Norani Abd Rahim IPGIK
63
ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan....
5 Ucapan
Perasmian
9.00 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang berusaha Puan Noorul Aini atas
ucapannya sebentar tadi.
Umpama ....
Begitulah penting dan meriahnya majlis ini jika
kita tidak mendengar ucapan daripada tetamu
kehormat kita.
Kini, majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Berbahagia Dr Sharifah
Bee binti Aboo Bakar, Timbalan Pengarah,
Bahagian Pendidikan Guru ( Sektor
Pengurusan ) , Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya
merasmikan Seminar Penyelidikan 2009.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...
6 Sesi Ucap
Utama
9.10 pagi Hadirin yang dihormati,
Demikianlah tadi berakhirnya majlis perasmian
Seminar Penyelidikan 2009 yang telahpun
dianjurkan oleh Jabatan Penyelidikan dan
Inovasi Profesionalisme Keguruan, IPGM
Kampus Ilmu Khas. Semoga seminar ini akan
memberi seberapa banyak input berkaitan
penyelidikan dan inovasi profesionalisme bagi
Norani Abd Rahim IPGIK
64
memantapkan profesioan keguruan di negara
ini.
Hadirin yang dihormati,
Kini majlis beralih kepada pembentangan Ucap
Utama atau Keynote Speech yang akan
disampaikan oleh Miss Joana Logan daripada
Queensland University of Technology, Australia.
Sehubungan itu, majlis mempersilakan Puan
Josephine Teo Chen untuk mempengerusikan
sesi ucap tama ini. Dipersilakan.
Beliau akan menyampaikan tajuk Roles of
Library in Research Endeavour. Without any
further, I would like to call upon please welcome
Miss Joanna Logan.
7 Jamuan
Ringan
VVIP
Meninggalkan
Dewan
9.40 pagi Terima kasih diucapkan kepada Miss Joana
Logan atas sesi ucap tama dan terima kasih
juga diucapkan kepada Puan Josephine Teo
kerana mempengerusikan sesi sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Untuk pengetahuan semua, seminar
penyelidikan ini akan berlangsung secara
serentak di dua lokasi iaitu di Auditorium ini dan
juga di Bilik Seminar, Tingkat 3 di blok ini juga.
Tajuk-tajuk bagi sesi pembentangan kertas
Norani Abd Rahim IPGIK
65
penyelidikan telahpun tercatat di dalam buku
atur cara, jadi tepuk dada, tanyalah selera.
Tajuk yang manakah menjadi keperluan dan
minat tuan-tuan dan puan-puan, silalah ke
lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Namun,
untuk pengetahuan juga, kita akan berkumpul
semula di auditorium ini sekali lagi pada pukul
3.15 petang untuk mengikuti Sidang Pleno dan
juga Majlis Penutupan.
Sementara itu di ruangan foyer blok ini juga
disediakan beberapa pameran hasil
penyelidikan daripada pelajar KSPK pra sekolah
dan juga pelajar QUT, pameran buku dan
pameran Literasi Bahasa. Sehubungan itu tuan-
tuan dan puan-puan dijemput untuk
menyaksikan pameran-pameran yang
disediakan.
Hadirin yang dihormati,
Kini dijemput Yang Berbahagia Dr Hajah
Sharifah Bee dan para tetamu, Urus Setia
Seminar Penyelidikan, pensyarah, guru-guru
KSPK pra sekolah, dan juga guru-guru KDP 14
minggu Bahasa Inggeris ke jamuan ringan yang
diadakan di luar auditorium ini.
Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah
Norani Abd Rahim IPGIK
66
Wassalamualaikum Warahmatuulahi
Wabarakatuh.
8 9.45 pagi Majlis Bersurai
Pengacara : Norani Abd Rahim
Norani Abd Rahim IPGIK
67
BIL CUE MASA TEKS
1 Ketibaan
VVIP
8.00 pagi Mengumumkan ketibaan...
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman, Pengarah
IPGM Kampus Ilmu Khas
dengan diiringi oleh
Yang Berusaha Puan Santhi Periasamy,
Ketua Jabatan,
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesioanlisme
Keguruan ,
IPGM Kampus Ilmu Khas.
2 Bacaan doa 8.10 pagi Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman,
Pengarah
IPGM Kampus Ilmu Khas.
Yang Berusaha Puan Darawisah binti Sayuti
Timbalan Pengarah
IPGM Kampus Ilmu Khas.
SKRIP JURUACARA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN SEMINAR PENYELIDIKAN 2009
TARIKH : 30 SEPTEMBER 2009
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : AUDITORIM TESL
Norani Abd Rahim IPGIK
68
Yang Berusaha Puan Santhi Periasamy
Ketua Jabatan
Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme
Keguruan
Para pembentang kertas penyelidikan,
Para tetamu, hadirin yang dihormati dan seterusnya,
para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul
sekali lagi di auditorium ini pada hari ini setelah
sejak pagi kita mendengar beberapa kertas
penyelidikan dibentangkan dengan jayakan.
Hadirin yang dihormati,
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fathil
Ustaz Mohd Abdul Basir untuk membacakan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan....
3 Ucapan alu-
aluan KJ
R&D
8.30 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-
Fathil Ustaz Mohd Abdul Basir atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Norani Abd Rahim IPGIK
69
Tanpa membuang masa majlis kini mempersilakan
Yang Berusaha Puan Santhi Periasmy, Ketua
Jabatan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi
Profesioanlisme Keguruan untuk menyampaikan
kata alu-aluan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan….
4 Ucapan
Pengarah
8.40 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
yang Berusaha Puan Santhi atas ucapannya
sebentar tadi.
Kini, dipersilakan pula yang berusaha Puan Noorul
Aini binti Abdul Rahman, Pengarah IPGM Kampus
Ilmu Khas untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya menrasmikan majlis penutupan seminar
penyelidikan 2009.
Dengan segala hormatnya, dipersilakan…
5 Penyampaian
Cenderamata
9.00 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman atas ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis penutupan seminar penyelidikan 2009.
Sebagai tanda penghargaan, majlis kini
mempersilakan Yang Berusaha Puan Santhi
Periasmy menyampaikan cenderamata kepada
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman.
Norani Abd Rahim IPGIK
70
Dipersilakan…
6
Majlis
bersurai
9.10 pagi
Hadirin yang dihormati,
Dengan ini, maka berakhirlah Seminar Penyelidikan
2009 yang dianjurkan oleh pihak Penganjur, Jabatan
Penyelidikan dan Inovasi Pprofesioanlisme
Keguruan. Sekalung penghargaan dirakamkan
kepada para pembentang kertas penyelidikan, para
tetamu, para peserta seminar dan adik-adik pelajar.
Semoga kita berjumpa lagi pada masa-masa akan
datang.
Sekian. Terima kasih dan assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh.
7 Majlis bersurai
Pengacara : Norani Abd Rahim
Norani Abd Rahim IPGIK
71
BIL CUE MASA ANN
1 VVIP ambil
tempat
8.30 pagi Mengumumkan ketibaan…
Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Mat Som,
wakil Rektor Institut Pendidikan Guru,
dengan diiringi oleh
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman,
Puan Rose Maria Ira Hj Ahmad Jailani,
Puan Khayati, Encik Shaari Osman masuk ke dewan
ini dan seterusnya mengambil tempat.
2 Sebelum
Ucapan
Pengarah
8.40 pagi Bismillahirrahmanirrahim
Sempurna alas dihampar rata
Tangan berseni mengukir buah
Pembuka bicara pemanis kata
Meraikan tetamu sepenuh jiwa
SKRIP PENGACARA MAJLIS
PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN ACEH
TARIKH : 24 APRIL 2010
MASA : 8.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
Norani Abd Rahim IPGIK
72
Yang Berbahagia Encik Zulkifli bin Mat Som
Wakil kepada Rektor
Institut Pendidikan Guru
Yang Berbahagia Ibu Hajah Rahmawati binti Abu
Bakar
Selaku Ketua Gabungan Organisasi Wanita Aceh
Tengah
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berusaha Pengarah-pengarah IPG
Yang Berusaha Puan Rose Maria Ira binti Hj Ahmad
Jailani
Wakil daripada Bahagian Pendidikan Guru
Yang diraikan para tetamu dari Gabungan
Organisasi Wanita Aceh tengah, Indonesia
Ketua-ketua Jabatan,
Para pensyarah,
Para pelajar,
Seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati
sekalian.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan
salam sejahtera.
Norani Abd Rahim IPGIK
73
Ucapan
Pengarah
Terlebih dahulu SELAMAT DATANG diucapkan
kepada tuan-tuan dan puan-puan khususnya kepada
Ibu-ibu daripada Gabungan Organisasi Wanita Aceh
Tengah, Indonesia ke Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.
Hadirin yang dihormati,
Bagi memulakan acara, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Yang Berusaha Puan Noorul Aini
binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan
Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur untuk
menyampaikan kata alu-aluan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…..
3 Ucapan Wakil
Acheh
9.00 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman atas ucapannya sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Tidak lengkap teruna tanpa si dara
Tidak indah berbual tanpa bersuara
Tidak berserilah majlis ini jika tetamu serumpun tidak
berbicara…
Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan
pula Yang Berbahagia Ibu Rahmawati binti Abu
Bakar, selaku Ketua Gabungan Organisasi Wanita
Norani Abd Rahim IPGIK
74
Aceh, Indonesia untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan…
4 Tarian
Selamat
Datang
9.10 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Ibu Rahmawati binti Abu Bakar
atas ucapannya sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sebagai pembuka tirai kepada acara persembahan
kebudayaan, kami dengan bangganya ingin
mempersembahkan TARIAN SELAMAT DATANG.
Selamat menonton.
5 Lagu Inang
Berzaman
Dan Lagu
Ilham
Pujangga
9.20 pagi Begitulah tadi kehalusan dan keluhuran budi
menyambut para tetamu dari Aceh, Indonesia
melalui tarian Selamat Datang sebagai tanda
ingatan.
Hadirin yang dihormati,
Persembahan mengalu-alukan tetamu istimewa ini
diteruskan lagi dengan menampilkan kini vocal-vokal
hebat melalui persembahan nyanyian oleh
pensyarah dan staf di kampus ini. Dipersilakan
Encik Rosman dengan lagunya INANG BERZAMAN
dan diikuti oleh Encik Yusri dengan lagunya ILHAM
PUJANGGA.
Dipersilakan…..
Norani Abd Rahim IPGIK
75
6 Tarian Kurik
Kundi
9.40 pagi Begitulah tadi persembahan memukau daripada
Encik Rosman dan En Yusri. Mereka berdua ini
kami anggap sebagai artis di kampus ini. Terima
kasih Encik Rosman dan En Yusri.
Kini, acara diteruskan dengan menyaksikan
persembahan TARIAN KURIK KUNDI yang akan
disampaikan oleh sekumpulan pelajar daripada
Kelab Siswa Budaya, institut ini. Dipersilakan…
7 Ibu Hariani –
Persembahan
Kebudayaan
Aceh
10.00
pagi
Terima kasih diucapkan kepada kumpulan pelajar
yang telah mempersembahkan tarian lagu KURIK
KUNDI sebentar tadi. Lagu KURIK KUNDI itu
adalah nyanyian Dato Siti Nurhaliza. Saya percaya
ibu-ibu kenal sama Siti Nurhaliza…ya..kawan
baiknya Kris Dayanti.
Hadirin yang dihormati,
Kini, masa yang ditunggu-tunggu untuk kita sama-
sama menyaksikan persembahan kebudayaan dari
Aceh Tengah. Untuk bercerita dan memperkenalkan
budaya daerah ini, dipersilakan IBU HARIANI tampil
ke pentas.
Dipersilakan…
8 VVIP
Meninggalkan
Majlis
10.30
pagi
Terima kasih Ibu Hariani.
Wow..persembahan yang memukau, penuh dengan
keunikan dan keaslian warisan tradisi. Terkesima
Norani Abd Rahim IPGIK
76
kami dibuatnya. Syabas dan tahniah. Kita berikan
tepukan yang gemuruh sekali lagi kepada kumpulan
kebudayaan dari Aceh Tengah ini sekali lagi.
Hadirin yang dihormati,
Dengan persembahan itu, maka berakhirlah program
kebudayaan yang boleh dianggap pertukaran
kebudayaan antara Malaysia dan Indonesia.
Diharapkan program seperti ini dapat menyuburkan
minat terhadap seni dan warisan negara masing-
masing.
Terima kasih sekalung budi
Daripada kami seikhlas hati
Kerna sudi hadir ke mari
Erat silaturrahim kekal abadi
Akhir kata, terima kasih dan sekalung penghargaan
kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan program kebudayaan ini.
Majlis memohon kemaafan, atas segala
kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung.
Majlis kini mempersilakan para tetamu kehormat dan
juga tetamu yang lain untuk menikmati jamuan yang
disediakan.
Sekian, wabillahi taufik walhidayah
Norani Abd Rahim IPGIK
77
wasassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diumumkan ini Yang Berbahgia Encik Zulkifli bin Mat
Som, Yang Berbahagia Ibu Rahmawati binti Abu
Bakar dan Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti
Abdul Rahman meninggalkan majlis.
Pengacara : Puan Norani Abd Rahim
Norani Abd Rahim IPGIK
78
BIL CUE MASA TEKS
1 Perarakan
Masuk VVIP
Lagu
Negaraku
Lagu Hari
Kualiti
(Semua
Berdiri )
9.00 pagi Mengumumkan ketibaan
Yang Berbahagia Datuk Asariah binti Mior
Shaharuddin, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia ( Sektor Pembangunan Profesionalisme
Keguruan ),
diringi oleh Yang Berusaha Puan Noorul Aini binti
Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas
dan barisan Ketua Jabatan masuk ke dalam dewan.
2
Selesai lagu
Negaraku
9.05 pagi
Sidang hadirin dipersilakan duduk.
Lagu Negaraku dan lagu Kualiti itu tadi telah
dinyanyikan oleh kumpulan koir institut ini dengan
anggotanya seramai 41 orang di bawah pimpinan
TEKS PENGACARA MAJLIS
HARI KUALITI DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG
IPGIK TAHUN 2010
TARIKH : 5 OGOS 2010
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
Norani Abd Rahim IPGIK
79
Encik Shahril bin Abdul Rahman, Pensyarah, Jabatan
Pendidikan Muzik.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
kumpulan koir Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas atas persembahan sebentar tadi.
3 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang Berbahagia,
Dato’ Asariah bt Mior Shaharudin,
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Yang Berusaha,
Dr Mohd bin Abd Rahman
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Jaminan Kualiti
Mewakili Rektor
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berusaha
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berusaha
Encik Shaari bin Osman
Timbalan Pengarah
Norani Abd Rahim IPGIK
80
IPG Kampus Ilmu Khas
Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Barisan penerima anugerah Hari Kualiti dan Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang
Seterusnya pensyarah-pensyarah sekalian.
4 Bacaan Doa 9.15 pagi Langit berawan indahnya buana
Hijau rumput menutup bumi
Hadir tuan secantik bunga
Menambah seri majlis kami
Yang Berbahagia dato’ / datin,
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memberkati majlis pada pagi ini, majlis dengan
sukacitanya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Haji
Jainudin bin Ngah, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan
Islam dan Moral untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..
5 Ikrar
Perkhidmat
an Awam
9.20 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-
fadhil Ustaz Haji Jainudin bin Ngah atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.
Yang Berbahagia Dato / Datin,
Hadirin yang dimuliakan,
Kini,
Norani Abd Rahim IPGIK
81
Majlis diteruskan dengan bacaan Ikrar Perkhidmatan
Awam. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan Yang Dihormati Encik Dzulkapli bin
Wagini, Pensyarah Kanan Unit Kokurikulum, untuk
mengetuai lafaz ikrar perkhidmatan awam.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.....
6 Ucapan
Pengarah
9.30 pagi Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati
Encik Dzulkapli bin Wagini atas pimpinan lafaz ikrar
perkhidmatan awam sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Kini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman,
Pengarah, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dipersilakan…
7 Persembah
an
Prasekolah
9.50 pagi Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharudin atas
penyampaian ucapan professional sekali gus
merasmikan Hari Kualiti dan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang, Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu
Khas tahun 2009.
Terima kasih sekali lagi Yang Berbahagia Dato…
Norani Abd Rahim IPGIK
82
Yang Berbahagia Dato/ Datin
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kita berehat seketika dengan memberi laluan kepada
anak-anak prasekolah IPG Kampus Ilmu Khas untuk
mempersembahkan satu persembahan istimewa tarian
1Malaysia.
Dipersilakan…
8 Begitulah hebat dan keletahnya anak-anak prasekolah
IPG Kampus Ilmu Khas yang berani mempamerkan
persembahan yang menghiburkan.
Untuk makluman Yang Berbahagia Dato dan hadirin
sekalian, anak-anak prasekolah tadi telah pun
membuat persembahan yang sama dalam
Persidangan Pendidikan Prasekolah Kebangsaan
yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pada
1 Julai 2010 di Pearl International Hotel, Kuala
Lumpur.
Berikan tepukan yang gemuruh sekali lagi kepada
murid-murid prasekolah IPG Kampus Ilmu Khas.
8 Vvip Naik
Pentas –
Penyampaia
n Anugerah
10.00
pagi
Yang Berbahagia Dato/ Datin
Sidang hadirin yang dimuliakan…
Kini tibalah saatnya kita beralih kepada acara
Penyampaian Anugerah Kualiti tahun 2009. Anugerah
Kualiti ini adalah antara pengiktirafan pihak
Norani Abd Rahim IPGIK
83
Pengurusan IPG Kampus Ilmu Khas kepada staf yang
telah memberikan sumbangan terbaik sama ada
secara individu mahupun secara berpasukan bagi
tahun 2009.
Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman untuk menjemput dan
mengiringi Yang Berbahagia Dato Asariah binti Mior
Shaharuddin bagi menyampaikan anugerah kepada
penerima-penerima.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…
9 Anugerah
Indv. Kreatif
Transforma
si Landskap
10.05
pagi
Kita mulakan penganugerahan dengan Anugerah
Kualiti IPGIK tahun 2009 bagi kecemerlangan
individu. Untuk pengetahuan, penerima anugerah
kualiti akan menerima sebuah trofi, sijil dan
cenderamata.
Anugerah pertama ialah Anugerah Individu Kreatif
Transformasi Landskap.
Penerima hadiah kualiti ini telah melakukan
transformasi landskap yang kreatif dan menarik di
jabatan tempat beliau bertugas iaitu di Jabatan
Pendidikan Muzik. Bukan itu sahaja, beliau juga turut
menyumbangkan idea kreatif dan tenaga mengubah
dan menguruskan landskap di Kencana Sari,
bersebelahan Dewan Dato Razali Ismail ini.
Norani Abd Rahim IPGIK
84
Majlis kini mempersilakan penerima Anugerah Individu
Kreatif Transformasi Landskap…..Encik Rosdin bin
Mohd Yusof.
Dipersilakan…
10 Anugerah
Kreatif
Merealisasi
kan Galeri
Tan Sri
Rafie Mahat.
Anugerah
Indvidu
Kreatif
Merealisasi
kan Galeri
10.10
pagi
Penerima anugerah ini bukan calang-calang orangnya.
Minat yang mendalam, komitmen yang padu dan
usaha yang bersungguh-sungguh merupakan asas
kecemerlangan beliau merealisasikan sebuah galeri
yang menghimpunkan rakaman pensejarahan IPG
kampus Ilmu Khas. Bermula dengan cetusan idea
sehingga wujudnya galeri ini, beliau tanpa jemu-jemu
masih lagi mengumpul gambar, artifak dan dokumen
untuk dijadikan tatapan generasi pendidik pada masa
hadapan.
Hadirin sekalian, penerima Anugerah Individu Kreatif
Merealisasikan Galeri Tan Sri Rafie Mahat,
dipersilakan Yang Berbahagia Datin Noraini binti
Mohamed.
Dipersilakan…
11 Anugerah
Staf Paling
Cekap Dan
Komited ( 2
Orang )
10.15
pagi
Seterusnya Anugerah Staf Paling Cekap dan
Komited.
Kedua-dua penerima anugerah ini berkhidmat di Unit
Cetak. Kehebatan dan keikhlasan mereka bekerja
tanpa mengira masa juga tanpa bicara sangat
memudahkan perkhidmatan yang diperlukan.
Norani Abd Rahim IPGIK
85
Hadirin sekalian, penerima Anugerah Staf paling
Cekap dan Komited, dipersilakan Encik Ahmad Fuad
bin Zakaria…..
ENCIK AHMAD FUAD BIN ZAKARIA TERIMA
ANUGERAH
dan Encik Mat Zali bin Mahmud. Dipersilakan…
12 Anugerah
Staf Paling
Cekap Dan
Komited (2
Orang )
10.20
pagi
Anugerah Lama Berkhidmat ( Staf Sokongan )
Kedua-dua penerima anugerah ini telah pun
mencurahkan baktinya di IPGIK ini melebihi 20 tahun
tanpa jemu.
Dipersilakan Encik Subramaniam A/L
Sokalingam………
EN SUBRAMANIAM TERIMA ANUGERAH
Dipersilakan juga Puan Puruvathy A/P Muniandy…….
13 Anugerah
Pasukan
Sukan
Cemerlang
10.25
pagi
Hadirin sekalian, seterusnya kita beralih kepada
Anugerah Kualiti IPGIK tahun 2009 (
kecemerlangan pasukan/unit dan jabatan).
Kumpulan penerima bagi kategori ini akan menerima
sebuah trofi dan juga sijil.
Anugerah pertama bagi kategori ini ialah Pasukan
Sukan Cemerlang 2009.
Norani Abd Rahim IPGIK
86
Untuk pengetahuan semua, pasukan cemerlang ini
telah menjadi Johan Pertandingan Bola Sepak
KAGUM tahun 2009 setelah menunggu kejayaan lebih
daripada 5 tahun.
Hadirin sekalian, Pasukan Sukan Cemerlang tahun
2009 dianugerahkan kepada pasukan Bola sepak
KAGUM. Dipersilakan Encik Zulkarnain bin Ali
mewakili pasukan bola sepak untuk menerima
Anugerah Pasukan Sukan Cemerlang 2009.
Dipersilakan…
14 Unit Inovatif
2009
10.30
pagi
Unit Inovatif 2009
Unit ini telah membangunkan sistem pengurusan
praktikum terancang bagi melicinkan pengurusan
pentadbiran praktikum. Sistem ini digunakan pada
tahun 2009 masih ditambah baik dari semasa ke
semasa mengikut maklum balas yang diterima
daripada AJK pengurusan Praktikum.
Anugerah Inovatif 2009 dianugerahkan kepada Unit
Praktikum. Dipersilakan Encik Adam Prakash bin
Abdullah selaku Ketua Unit Praktikum untuk menerima
anugerah ini.
15 Anugerah
Inov
Pengurusan
Rekod
10.35
pagi
Seterusnya Anugerah Inovatif Pengurusan Rekod
2009
Kumpulan inovatif ini telah pun menghasilkan sistem
pengurusan bagi tujuan penyimpanan fail secara
Norani Abd Rahim IPGIK
87
elektronik. Sistem yang digunakan mulai Mei 2009 ini
dapat mengesan fail surat dan dokumen secara
pantas pada bila-bila masa.
Hadirin sekalian, penerima Anugerah Inovatif
pengurusan rekod tahun 2009 diserahkan kepada
Jabatan hal Ehwal Pelajar. Dipersilakan Tuan Haji
Saharudin bin Suhadi, Ketua Jabatan, Jabatan Hal
Ehwal Pelajar untuk menerima anugerah.
16 Anugerah
Inov Prog
Sokongan
Pelajar
10.40
pagi
Anugerah Inovatif Program Sokongan pelajar 2009.
Jabatan ini telah pun mereka bentuk satu Program
Sokongan Akademik bagi tujuan membantu pelajar
mahir membuat tugasan dengan lebih efektif. Setiap
pensyarah akan membimbing 2 hingga 3 orang pelajar
untuk menghasilkan tugasan akademik terbaik.
Majlis kini mempersilakan Puan Aziah binti Aziah,
Ketua Jabatan, Jabatan Pengkhususan Bahasa
Inggeris untuk menerima anugerah.
17
ANUGERAH
KREATIF
P&P
10.45
pagi
Anugerah Kreatif P&P
Hasil inovatif pensyarah jabatan ini telah mendapat
pengiktirafan apabila mereka mendapat tempat Naib
Johan Pertandingan Inovasi P&P peringkat
kebangsaan pada tahun 2009. Keyboard Fun Task
Tick merupakan kaedah perisian untuk membantu
permainan keyboard sekali gus menyokong p&p lebih
Norani Abd Rahim IPGIK
88
berkesan dan bermakna.
Dipersilakan pemenang Anugerah Kreatif P&P,
Jabatan Pendidikan Muzik. Dipersilakan Encik Mah
Kok Heng, Ktua jabatan, Jabatan Pendidikan Muzik
untuk penerima anugerah.
18 Anugerah
Utama
Kualiti 2009
10.50
pagi
Hadirin sekalian,
Pemenang Utama Anugerah Kualiti IPGIK tahun
2009
Hadiah utama ini dianugerahkan kepada Kolej
Kediaman IPGIK kerana telah berjaya menjadi Johan
kebangsaan dalam Pertandingan Pengurusan,
Kebersihan dan Keceriaan Kolej Kediaman IPG 2009.
Untuk pengetahuan, Kolej Kediaman ini telah
menerima piala pusingan, wang berjumlah RM10,000
dan juga sijil penghargaan.
Majlis dengan penuh bangganya mempersilakan
Ketua Warden Asrama IPG Kampus Ilmu Khas untuk
menerima hadiah.
19 Kategori
Staf
Sokongan
2011
10.55
pagi
Seterusnya, tibalah masanya kita beralih kepada acara
kemuncak iaitu penyampaian Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang tahun 2009.
Kategori Staf Sokongan 11
Sekali pandang macam Hang Jebat
Norani Abd Rahim IPGIK
89
Mutu kerjanya sungguhlah hebat
Kerja disuruh mesti dibuat
Hati ketua kerap terubat
Dipersilakan Encik Anuar bin Ahmad untuk menerima
anugerah perkhidmatan cemerlang 2009.
ENCIK ANUAR BIN AHMAD
Berkebun bertanam menjadi hobi
Jari Hijau jolokan buatnya
Kalau disapa tersengehlah dia
Rambut beetle sangatlah bergaya
Dipersilakan Encik Rusdin bin Mohd Yusof untuk
menerima anugerah…
ENCIK RUSDIN BIN MOHD YUSOF
Setiap kerjanya mengikut prosedur
Berhati mulia ikhlas dan jujur
Jika tersua pasti menegur
Jasa dan sumbangan sukar diukur
Dipersilakan Encik Sharif bin Karim
ENCIK SHARIF BIN KARIM
Pusat Sumber tempat bertugas
Lembut orangnya tetapi tegas
Pantas bekerja sentiasa kermas
Itulah Puan Surati sentiasa bergegas
Norani Abd Rahim IPGIK
90
Dipersilakan Puan Surati@Enom binti Marzuki…
PN SURATI@ENOM MARZUKI
Kategori Sokongan 1
Buat kerja tak banyak tanya
Masa terluang menghias bunga
Bangunan asrama menjadi ceria
Senanglah orang mendiaminya
Dipersilakan Puan Izlihan binti Ibrahim….
PUAN IZLIHAN BINTI IBRAHIM
Padang IPGIK hanyalah pemisah
Abang Ajinya di sini, Kak Nonnya di sana
Selalu diusik beliau tak kisah
Sedetik berjauhan sudah merana
Dipersilakan Encik Mohd Dahlan bin Abdul untuk
menerima anugerah…
ENCIK MOHD DAHLAN BIN ABDUL
Asal dari bumi kenyalang
Merantau jauh beribu batu
Melayan pelajar penuh kasih sayang
Pulangnya lewat tak kira waktu
Norani Abd Rahim IPGIK
91
Dipersilakan Puan Rosnea anak Nyokiew
PUAN ROSNEA ANAK NYOKIEW
20 Kategori
Pengurusan
Dan
Profesional
11.30
pagi
Kategori Pengurusan dan Profesional
Bertubuh sederhana mesra orangnya
Pandai bergaul mulia pekerti
Dalam jabatan sentiasa ceria
Setiap tindakan sentiasa berhati-hati
Dipersilakan Dr Liew Mooi Mooi, pensyarah Jabatan
Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan
untuk menerima anugerah perkhidmatan cemerlang…
DR LIEW MOOI MOOI
Buat lawak siap dengan gaya
Orangnya cool segak bergaya
Bermain gitar memang kepakarannya
Tauke kombo dialah orangnya
Ya, sudah terang lagi bersuluh…dipersilakan Encik
Jamaludin bin Teh Ibrahim, pensyarah, Jabatan
Pendidikan Muzik….
EN JAMALUDIN BIN TEH IBRAHIM
Kecil-kecil tampak bergaya
Nampak garang tapi penyayang
Bila berbual banyak jenaka
Ramai pula orang yang sayang
Dipersilakan Tuan Haji Komari, pensyarah Jabatan
Norani Abd Rahim IPGIK
92
Ilmu Pendidikan untuk menerima anugerah…
TUAN HAJI KOMARI BIN HUSIN
Pendiam orangnya kurang bicara
Nilai-nilai murni jadi topik utama
Setiap langkahnya penuh bermakna
Vijayaletcmy itulah namanya
Dipersilakan Puan Vijayaletchmy A/P Muniyandy,
pensyarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral…..
PUAN VIJAYALETCHMY A/P MUNIYANDY
Orangnya manis molek berseri
Senang didampingi mudah didekati
Mejar KRS pangkat diberi
Dua puteri penghibur hati
Dipersilakan Puan Nor Azizah binti Atan, pensyarah
Jabatan Pendidikan Seni Visual untuk menerima
anugerah…
PUAN NOR AZIZAH BINTI ATAN
Hitam manis senyum berseri
Rajin cemerlang berhemah tinggi
Tak kira masa sumbangan diberi
Saodah Ismail pensyarah bestari
PUAN SAODAH BINTI ISMAIL
Serius kerjanya seiras wajahnya
Sistematik dan teliti pegangan utama
Norani Abd Rahim IPGIK
93
Mudah didekati bila-bila masa
Mesra orangnya lagi mempesona
Dipersilakan Cik Amyzar binti Alwi, pensyarah dari
Jabatan Pengkhususan Bahasa Inggeris untuk
menerima anugerah…
CIK AMYZAR BINTI ALWI
Nama bermakna apitan 7 bidadari
Pilihan istimewa orang-orang Jawa
Hadirnya di jabatan ibarat tiang seri
Setiap katanya mengundang ketawa
Siapakah agaknya penerima seterusnya?
Dipersilakan Encik Amat Tarop bin Sumo, pensyarah
Jabatan Pengajian Melayu untuk menerima
anugerah…
ENCIK AMAT TAROP BIN SUMO
Hasil buah tangannya ramai yang berkenan
Pengarahan video kepakaran dicurah
Berwajah lembut dan tenang ..oh..Aliza Adnan
Tersenyum sentiasa susah nak marah
Dipersilakan Puan Aliza binti Adnan, Pensyarah
Jabatan Teknologi Pendidikan untuk menerima
anugerah.
Lembut dan tenang lagi bertoleransi
Sesekali bersuara menggelikan hati
Norani Abd Rahim IPGIK
94
Kemudikan jabatan dengan dedikasi
Encik Mokhtar Ahmad sedia berbakti
Dipersilakan Encik Mokhtar bin Ahmad, Ketua Jabatan
Sains Sukan untuk menerima anugerah….
ENCIK MOKHTAR BIN AHMAD
Gemar berpantun maklumlah..Baba dan Nyonya
Menari dan berkaroake tak pernah kalah
Cik Eleanor Ann gerangan empunya
Tak lama lagi dah, 2 tahun lagi bersaralah…
Dipersilakan Cik Eleanor Ann Tan Lye Neo, pensyarah
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk
menerima anugerah..
CIK ELEANOR ANN TAN LY NEO
Orangnya tegas berjati diri
Mutu kerjanya tinggi kualiti
Visi jabatan dijulang pasti
Fuziah Abdul Manaf empunya diri
Dipersilakan Puan Fuziah binti Abdul Manaf,
pensyarah dari Jabatan Pengajian Sosial…
PUAN FUZIAH ABDUL MANAF
Setiap arahan sentiasa dipatuhi
Misi ditepati peraturan diikuti
Peramah penyayang sudah terbukti
Itulah pegangan teguh di hati
Norani Abd Rahim IPGIK
95
Dipersilakan Encik Abdul Rahim bin Talib, Ketua
Jabatan, Jabatan Pendidikan Khas untuk menerima
anugerah…
ENCIK ABDUL RAHIM BIN TALIB
Bergerak pantas berbudi bahasa
Aturkan kursus ikut arahan semasa
Pembentangan laporannya dipuji sentiasa
Apa taknya…sentiasa menepati masa
Dipersilakan Puan Kalsom binti Badros, Ketua Unit
Latihan Dalam Perkhidmatan untuk menerima
anugerah.
PUAN KALSOM BINTI BADROS
Lemah lembut tegas orangnya
Tutur kata mesra bicara
Berdisiplin komited kemas sentiasa
Senyum selalu pabila disapa
Dipersilakan Puan Rohana binti kamarudin, pensyarah
Kanan, Jabatan Matematik dan Sains….
PUAN ROHANA KAMARUDIN
Salam bahagia pembuka bicara
Kata azimat sifu gelarannya
Ceria orangnya berfikiran terbuka
Baru sejenak di alam bersara
Dipersilakan Encik Sadasseevan A/L letchumanan,
Pensyarah Kanan, Jabatan Ilmu Pendidikan untuk
Norani Abd Rahim IPGIK
96
menerima hadiah.
ENCIK SADASSEEVAN A/L LETCHUMANAN
21
VVIP Turun
Pentas
Utama
12.00
t/hari
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Dato Asariah binti Mior Shaharuddin atas
penyampaian anugerah sebentar tadi.
Sebagai tanda penghargaan, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan yang Berusaha Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman untuk menyampaikan
cenderamata berupa buku-buku penulisan ilmiah
khazanah karya pensyarah IPG Kampus Ilmu Khas.
Dipersilakan….
Terima kasih diucapakan kepada Yang Berbahagia
Dato…
22 Lagu IPG
dan
1malaysia
12.05
t/hari
Yang Berbahagia Dato/ Datin
Sidang hadirin sekalian,
Demikianlah berakhirnya majlis Hari Kualiti dan
Anugerah perkhidmatan Cemerlang peringkat Institut
pendidikan Guru kampus Ilmu Khas bagi tahun 2009.
Pihak majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih
kepada Yang Berbahagi Dato Asariah binti Mior
Sahahrudin atas kesudian Yang Berbahagia Dato
hadir dalam majlis ini. Terima kasih dan sekalung
penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
Norani Abd Rahim IPGIK
97
menjayakan hari Kualiti dan Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang ini. Majlis memohon kemaafan atas
segala kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis
ini berlangsung.
Bagi mengakhiri majlis kita ini, majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Yang Berbahagia Dato
Asariah dan tetamu yang lain untuk berdiri dan
bersama-sama menyanyikan lagu IPG dan lagu 1
Malaysia. Diharapkan juga kita dapat bergandingan
tangan semasa menyanyikan lagu 1Malaysia bagi
menyemarakkan semangat sebagai masyarakat yang
harmoni dan sejahtera.
Dipersilakan….
23 VVIP
Melawat Ke
Booth
Pameran
12.30
t/hari
Hadirin Sekalian,
Majlis kini mempersilakan Yang Berbahagia Dato
Asariah melawat ke booth pameran yang berada di
bahagian belakang dewan dan seterusnya ke bilik
Bunga Raya untuk jamuan makan tengah hari.
Sekian. Wabillahi….
Pengacara : Norani Abd Rahim
Norani Abd Rahim IPGIK
98