Post on 14-Dec-2015
description
PENGENALAN
Acara lari berganti-ganti adalah sejenis sukan olahraga yang berasal dari Amerika
Syarikat. Salah satu aktiviti yang menimbulkan idea seumpama ini ialah perjalanan kereta kuda
jarak jauh yang lebih dikenali sebagai pony express di mana surat-surat atau berita disampaikan
dari satu tempat ke satu tempat yang lain .
Satu lagi aktiviti yang menjadi punca utama lahirnya acara ini ialah permainan pasukan
ahli bomba yang dinamakan kereta bomba . Ahli daripada satu pasukan bomba akan berlari
dengan pantas dan menyentuh kereta bomba ini sebagai syarat kepada ahli bomba lain dalam
pasukan untuk bersedia.
Perlumbaan ini juga diubahsuai melalui satu perlumbaan yang bermula di Universiti
Pennsylvania , Amerika Syarikat . Pada mulanya , perlumbaan ini dimulakan dengan seorang
pelari membawa bendera dan menyampaikan kepada pelari lain yang menanti dihadapan .
Pada tahun 1893 . dua orang peminat olahraga dari Universiti Pennsylvania , iaitu Frank
Ellis dan Laussat Geyelin memulakan acara ini buat kali pertama pada abad ke-19 di Amerika
Syarikat .Larian ini dalam jarak metrik , dengan satu pasukan terdiri empat orang . Seorang akan
berlari sejauh 402.34 mter (suku batu) dengan membawa baton untuk diterima olh rakan-
rakannya . Setiap perserta berlari pada jarak yang sama .
Pada tahun 1895 , Amerika Syarikat telah mewujukan ‘Pennsylvania Relay Carnival’
yang merupakan acara tahunannya .Dari situ acara lari berganti-ganti ini dikembangkan
kebandar-bandar lain di Amerika Syarikat dan terus mendapat sambutan yang amat mengalakkan
. Selepas itu acara ini tersebar kenegara-negara lain .
ACARA- ACARA LARI BERGANTI-GANTI
Terdapat perbagai acara lari berganti-ganti yang dipertandingan , diantaranya ialah 4 X
100 meter , 4 X 200 meter , 4 X 400 meter , 4 X 800 meter , 4 X 1500 meter dan lari berganti-
ganti jarak jauh . Walaubagaimanapun , dalam kebanyakan pertandingan olahraga sama ada di
peringkat sekolah ,negeri , kebangsaan atau antarangbangsa ,hanya acara 4 X 100 meter dan 4 X
400 meter yang didedahkan atau dipertandingan . Kedua-dua acara ini disertai oleh perserta
lelaki dan wanita .
1
Selain daripada itu terdapat juga lari berganti-ganti secara campuran atau gabungan
seperti acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ,4 X 400 meter dan 4 X 800 meter meter .Namun
begitu , acara –acara ini jarang diadakan.
Pada prinsipnya , seseorang pelari akan berlari pada jarak yang sama , sama ada dalam
acara 4 X 100 meter , 4 X 400 meter ataupun jarak yang lain . Sungguhpun begitu , dalam larian
sebenar terdapat jarak larian dikalangan empat pelari terlibat kerana wujudnya pertukaran baton
yakni ada perlari yang berlari pada jarak yang lebih jauh atau lebih dekat daripada yang lain .
Objektif lari berganti-ganti ialah membawa baton dari tempat permulaan sehingga
penamat menerusi empat orang perserta secepat mungkin .Perkara penting yang menjadi faktor
utama dalam menentukan kejayaan dalam acara ini ialah persefahaman di antara pelari didalam
pasukan.
ALATAN
Bagi acara ini balapan , baton , pakaian sukan , kasut berpaku (spike ) serta baton
diperlukan
Rajah 1 : Kelengkapan athlit olahraga
ACARA 4 X 100 METER
Didalam tugasan ini kami memilih acara 4 X 100 meter sebagai permulaan . Sebelum
itu kami akan membincangkan tentang :
2
i) Pemilihan pelari
ii) Gaya memegang baton
iii) Gaya permulaan larian
iv) Cara manukar baton
v) Zon pertukaran baton
PEMILIHAN PELARI
Pelari Pertama
Pelari pertama mestilah mempunyai permulaan yang baik sambil tangan memegang
baton dan berkeupayaan berlari diselekoh . Kebiasannya pelari pertama adalah pelari kedua
terbaik dalam satu-satu pasukan . Ketiga-tiga aspek ini penting kerana dibandingkan dengan
pelari pertama akan berlari lebih jauh bersama baton.
Pelari Kedua
Pelari kedua ini hendaklah berkeupayaan berlari dengan pantas pada garisan lurus .Dia
juga mesti bijak daripada segi menerima dan menghantar baton . Selalunya jika pelari perlari
perlari pertama membawa baton pada tangan kanan , pelari kedua hendaklah menerima
dengan tangan kiri atau sebaliknya .
Pelari Ketiga
Kriteria utama bagi pelari ketiga ialah kebolehan dan kemampuan berlari di selekoh
dan menerima baton mengunakan tangan kanan jika pelari kedua memberikan menggunakan
tangan kiri atau sebaliknya . Daripada segi keupayaan biasanya pelari ke tiga terpantas dalam
pasukan diletakan sebagai pelari ketiga .
Pelari Keempat/Akhir
Pelari akhir biasanya merupakan pelari terpantas dalam satu-satu pasukan kerana pada
bahunya terletak keputusan yang bakal di capai oleh sesebuah pasukan lari berganti-ganti 4 X
100 meter .Pelari ini harus berkebolehan berlari di garisan lurus . Walaupun dari segi jarak
sebenar pelari terakhir ini adalah yang terpendek , namun dari segi kepantasan dan kelajuan ,
ia amat penting.
3
GAYA MEMEGANG BATON
Baton perlu dipegang oleh pelari sama ada untuk permulaan larian ataupun semasa
berlari .Pelari hendaklah memastikan baton dipegang dengan kemas , selesa dan tidak
menghalang pelari daripada berlari , dan dapat diberikan kepada rakan dengan baik dan licin .
Berikut adalah gaya memegang baton :
1. Gaya permulan
Baton boleh dipegang dalam beberapa cara mengikut keselesaan pelari berkenaan .
Bagi pelari pertama yang akan memulakan larian , cara memegang yang sering
digunakan ditunjukan pada rajah di bawah :
Rajah 2 : Jenis-jenis cara memegang baton
2. Semasa berlari
Baton dipegang kejab (kuat ) dipangkal baton yang berdekatan dengan tangan.
4
Rajah 3 : Berlari dengan membawa baton
PERKARA-PERKARA PENTING
Berikut ialah perkara-perkara penting dalam larian 4 X 100 meter
1. Jarak Larian oleh keempat-empat pelari 4 X 100 meter adalah tidak sama . Jika
pertukaran baton dilakukan selepas atau di luar zon pertengahan pertukaran , maka
setiap pelari berlari pada jarak berikut.
Pelari Jarak larian Jarak larian dengan baton
Pelari 1 101.5 meter 101.5 meter
Pelari 2 121.5 meter 99.5 meter
Pelari 3 121.5 meter 99.0 meter
Pelari 4 120.0 meter 97.5 meter
2. Latihan menerima dan menyerahkan baton.
Pelari kedua dan ketiga perlu mengadakan latihan menerima dan menyerahkan baton
. Ini adalah kerana kedua –dua pelari terlibat dalam kedua-dua aktiviti ini.
3. Pemilihan mengikut keupayaan berlari .
Walaupun biasanya pemilihan dibuat berdasarkan kepantasan larian setiap pelari ,
keupayaan berlari mengikut kedudukan atau peringkat perlu diberikan perhatian
juga .
5
4. Mempunyai semangat berpasukan.
Oleh sebab lari berganti-ganti merupakan acara berpasukan , persefahaman dan
semangat kerjasama sesama ahli adalah penting .
GAYA PERMULAAN LARIAN
Bagi acara lari berganti-ganti , hanya pelari pertama terlibat dalam kedudukan
permulaan .Kebiasaannya pelari pertama menggunakan permulaan gaya dekam dan
memegang baton . Pelari-pelari lain hanyalah berlari pada kedudukan ataudalam kawasan
masing-masing menggunakan permulaan gaya berdiri
.
Rajah 4 : Permulaan berlari 4 X 100 meter
Rajah 5 : Permulaan gaya berdiri
CARA MENUKARKAN BATON
Dalam acara lari berganti-ganti , baton digenggam itu mestilah menghabiskan satu
pusingan larian iaitu sejauh 400 meter secara bergilir-gilir dalam jarak 100 meter bagi
setiap perserta . Dalam acara ini , kelancaran pertukaran amat membantu dalam
pencapaian larian pasukan itu . Terdapat dua cara menukarkan baton iaitu :
i. Hantaran dari bawah ke atas (Upsweep)
ii. Hantaran dari atas ke bawah (Downsweep)
6
Hantaran dari atas ke bawah (downsweep)
Cara ini adalah paling pantas dan sering digunakan . rasikonya , jika tidak diberi
dengan betul dan tepat , baton akan mudah terjatuh. Jika perlari pertama membawa baton
dengan tangan kanan , maka pelari kedua akan memecut dari sebelah kanan lorongnya.
Sambil berlari dia akan membuka tapak tangan atau menadah unyuk menerima baton .
Pelari pertama hendaklah memberi isyarat untuk pelari kedua memgangkat dan membuka
tangannya.
Rajah 6 : Hantaran baton dari atas kebawah
Pelari pertama akan memberi baton dengan pergerakan tangan dari atas ke bawah
, atau secara memukul tapak tangan pelari kedua . Pelari kedua akan membawa baton
dengan tangan kiri , dan memberi kepada pelari ketiga dengan tangan kiri . pelari ke tiga
akan membawa baton pada tangan kanan akan memberi kepada pelari terakhir yang akan
menerima baton dengan tangan kiri untuk memecut ke garisan penamat .
Hantaran dari bawah ke atas (Upsweep)
Cara ini adalah kurang risikonya , tetapi memerlukan persefahaman yang baik antara
penghantar dan penerima menjadikan hantaran lebih pantas dan menarik . Jika pelari pertama
membawa baton dengan tangan kanan , maka pelari kedua akan menerima dengan tangan kiri .
Diikuti pula dengan pelari ketiga dengan tangan kanan dan pelari akhir akan menerima dengan
tangan kiri dan memecut . Pelari pertama , kedua dan ketiga akan memberi baton dengan
pergerakan tangan dari bawah ke atas . Pelari yang menerima baton akan menghulurkan tangan
sambil membuka tapak tangan menghala ke bawah .
7
Rajah 7 : hantaran baton dari bawah ke atas
Dalam acara menukar baton ini , terlebih dahulu baton perlu dibawa berlari bersama dan
seterusnya akan diserahkan kepada pelari-pelari lain . Terdapat dua cara atau teknik membawa
baton antara seorang pelari dengan pelari lain .teknik yang selalu digunakan ini ialah :
i. Teknik selang-seli tanpa pandang
ii. Teknik selang –seli dengan pandang
Teknik selang –seli tanpa pandang
Dalam teknik ini , pelari pertama dan ketiga berlari sambil membawa baton dengan
tangan yang sama . Pelari kedua dan ke empat berlari membawa baton dengan tangan yang sama
juga . Ini bermakna kedudukan tangan yang memegang baton di sepanjang larian adalah kiri ,
kanan , kiri . kanan atau kanan , kiri , kanan , kiri .
Semasa melakukan pertukaran baton , setiap pelari yang menerima baton akan berlari
terus tanpa menoleh kebelakang untuk melihat baton . hanya isyarat yang akan menentukan
samaada pelari yang akan menerima baton itu berjaya atau tidak .
8
Rajah 8 : teknik selang seli tanpa pandang
Teknik selang seli dengan pandang
Kedudukan pelari adalah sama seperti teknik di atas (pertama) iaitu kanan , kiri , kanan ,
kiri atau sebaliknya .Pelari akan terus berlari seperti biasa , dan yang berbeza adalah ketika
berlaku pertukaran baton . Pelari yang menerima baton akan memandang kebelakang . Tidak
dinafikan cara ini adalah lebih tepat dan berrisiko rendah , tetapi disebabkan penerima baton
terpaksa menoleh , bererti dia sudah kehilangan beberapa saat daripada masanya. Kemungkinan
juga dia akan menerima baton dilar kawasan yang dibenarkan kerana terlalu menumpukan
perhatian kepada baton .
9
Rajah 9 : Teknik selang seli dengan pandang
PERBEZAAN
1. Hantaran dan penerimaan tanpa pandang
a) Pelari yang menerima baton hanya menghulurkan tangannya ke belakang
selepas isyarat diterima , sambil pandangan difokuskan ke hadapan.
b) Pelari hendaklah merapatkan jari dengan ibu jari serta membentuk huruf V
. tangan hendaklah sentiasa diluruskan tanpa cuba menggoyang-
goyangkannya.
c) Pelari yang memberi baton hendaklah menggengamnya diantara ibu jari
dengan jari yang lain sambil menghulurkan kehadapan .
d) Baton hendaklah diberikan kepada pelari yang menerima dengan tapak
tangannya , tetapi pelari yang membawa baton tidak boleh melepaskan
baton dengan serta merta.
e) Sebaik pelari yang memberi baton hendaklah membiarkan baton itu ditarik
daripada tangannya oleh penerima . Selepas itu dia hendaklah mengawal
dirinya dengan terus berlari sambil memperlahankan kelajuan
2. Hantaran dan penerimaan dengan pandang
10
a) Pelari yang akan menerima baton hendaklah dengan pantas menoleh ke
belakang ke arah pelari yang membawa baton .Sambil berlari , penerima
hendaklah menghulurkan tangan kebelakang secara lurus.
b) Tangan pelari yang akan menerima baton hendaklah menghala ke atas
dalam kedudukan terbuka.
c) Pelari yang memberi baton akan menggengam baton diantara ibu jari
dengan jari yang lain.
d) Pelari yang memberi baton menurunkan baton lalu meletakkan baton pada
tangan pelari yang menerima . Baton tidak boleh terus dilepaskan tetepi
penerima hendaklah menggengam baton.
e) Penerima hendaklah menarik baton daripada pemberi , berpaling ke
hadapan lalu meneruskan larian.
f) Perlakuan yang sama hendaklah dilakukan kepada pelari kedua , ketiga
dan keempat
ZON PERTUKARAN BATON
Setiap pelari akan berlari dalam lorong-lorong diatas belapan bulat berukuran 400
meter yang mengandungi lapan lorong.Pelari pertama dalam setiap pasukan memulakan
perlumbaan daripada setiap pasukan memulakan perlumbaan daripada garisan permulaan
yang diatur secara berganjak.Dia berlari diselekoh dan menghantar baton kepada pelari
kedua dalam pasukannya . Prosedur ini dilakukan daripada pelari kedua kepada pelari
ketiga dan akhirnya kepada pelari keempat yang akan mengakhiri perlumbaan.
rajah 10 : Zon pertukaran baton
11
Pada tanda 100 meter , 200 meter dan 300 meter di balapan 400 meter ditandakan tiga
zon penukaran baton. Setiap zon berukuran 20 meter panjang . baton mestilah bertukar
tangan diantara dua pelari didalam zon tersebut
Satu tanda lagi yang dipanggil zon pemecutan ditandakan pada 10 meter di
belakang zon penukaran baton.Pelari yang akan menerima baton boleh mula berlari
dalam zon pemecutan, tetapi baton mesti diterima di dalam zon pertukaran baton.
ASPEK-ASPEK ASAS BIOMEKANIK
Dalam acara lari berganti-ganti 4 X 100 meter, aspek-aspek biomekenik
pergerakan athlit dapat dijelaskan secara keseluruhan seperti di bawah;
Hukum Newton Pertama ( Inersia)
Semua pelari yang asalnya pegun akan mula bergerak atau memecut dari
kedudukan sedia apabila otot betis memberikan daya. Dengan ini dia akan berlepas
dengan pantas.
Hukum Newton Kedua (F=MA)
Untuk bergerak lebih laju lagi, pelumba harus menambah daya otot-otot kaki serta
pehanya. Daya ini dapat dijana dengan mengangkat peha tinggi, menolak hujung kaki
kebawah ,mencondong badankan bdan dan menghayun kedua dua tangan. Hayunan
kedua-dua tangan yang kuat akan mmbantu peningkatan kelajuan larian.
Hukum Newton Ketiga (F1 = F2)
Pelari pertama dalam keadaan sedia untuk memulakan larian mengunakan blok
peermulaan, kaki pelari berada di blok permulaan sambil mengenakan daya ke atasnya.
Pada waktu yang sama blok permulaan juga mngnakan sesuatu tindak balas ke atas kaki
pelari.
Sistem Tuas
Pelari yang sedang memecut lazimnya hanya akan menyentuh balapan pada
hujun kakinya sahaja. Dalam hal ini tuas kelas kedua sedang beroperasi kerana pada
12
hujung kakinya sahaja. Dalam hal ini tuas kela dua sedang beroperasi kerana beban atau
berat badan pelari berada di tengah –tangah antara daya yang dibekalkan oleh otot betis
dan hujung kaki yang mnyentuh balapan selaku fulcrum
Pusat graviti dan stabiliti
Dalam sesuatu permulaan yang pantas , pusat graviti haruslah sedekat mungkin
pada pingir tapak sokongan . Tangan pelari adalah tapak sokongan utama .Badan
hendaklah dinaikan selari dengan bumi supaya semasa athlit keluar daripada blok , pusat
graviti brgerak dalam satu garisan lurus . Perubahan pada kedudukan pusat graviti
kehadapan membantu pelari memecut kehadapan . bada pelari yang condong kehadapan
memudahkan pergerakan.
Momentum
Apabila jejeri kaki belakang tidak menyentuh balapan , kaki belakang yang dalam
keadaan rehat akan malalui atau mengalami pecut iaitu kira-kira dua kali kelajuan badan
apabila kaki itu ‘flex’ dipeha, lutut dan sendi pergelangan kaki .Ini akan menghaslkan
pergerakan hadapan peha dan berlakunya pemindahan momentem sudut kepada kaki
hadapan . Pemendekan jejari atau pemanjangan bahagian tubuh akan menambah halaju
hasil daripada keabadian momentum sudut
Semasa hayunan kehadapan lengan dibengkokkan pada sudut kira-kira 90 darjah
untuk memberi lebih kelajuan .dengan ini akan menghasilkan memontum untuk memberi
lebih kelajuaan . Dengan ini akan menghasilkan momentum untuk membantu pergerakan
kehadapan.
Geseran
Kedudukan badan semasa berlari dapat dikekalkan kerana paku pada tapak kasut
membolehkan athlit bergerak dengan lebih stabil dan tidak mudah tergelincir ketika
berlari kegarisan lurus atau pun selekoh . Ini adalah kerana garisan diantara tapak kasut
berpaku dengan balapan menyebabkan athlit itu tidak stabil.
Daya Sentirifugal dan Sentripetal
Pelari yang berlari diselekoh akan mencondongkan badan kedalam. Daya yang
meghala kepusat putaran yang dikenakan oleh jisim badan yang berputar serta
mengakibatkan bdn tersebut mengikut selekoh . pelari akan melajukan hayunan tangan
13
diluar manakala tangan diluar manakala tangan dibahagian dalam diperlahankan .
Langkahan kaki di bahagian dalam dipendekkan dan kaki dibahagian luar dipanjangkan.
LANGKAH-LANGKAH ANSUR MAJU
Beberapa lngkah ansur maju perlu dititikberatkan dalam acara lari
berganti-ganti . dibawah ini beberapa aktiviti diikuti langkah ansur maju yang perlu
dijalankan untuk atlit beraksi lebih cemerlang :
1. Gaya Memegang baton
2. Gaya permulaan Larian
3. Cara Menukar Baton
4. Zon Pertukaran Baton
Aktiviti : Gaya memegang Baton
i) Genggaman
Ansur maju
1. Genggaman bebas
Rajah 11 :Genggaman baton secara bebas
Butir-butir mengajar
i) Gunakan jari-jari untuk menggeggam
ii) Genggaman di hujung di tengah dan di pangkal baton
2 Genggaman dengan cara yang betul
Butiran mengajar
i) Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari membentuk ‘V’ menghala kebawah
14
ii) Letakan baton di antara bentuk ‘V’
iii) Genggam baton dibahagian hujung.
Rajah 12 :Genggaman baton yang betul
Aktiviti : gaya permulaan larian
Ansur maju
1. Lompat ketinting (menentukan kaki yang kuat)
Butiran mengajar
i) Kaki sebelah di bengkokkan sebelah lagi lurus
ii) Lompat guna bebola kaki
iii) Ulang beberapa kali
Rajah 13 :Lompat ketinting
2. Duduk dekam (tanpa Blok)
15
a.)Cara menempatkan tapak kaki
Butiran mengajar:
i) Hujung jari kaki hadapan betul-betul di belakang garisan
ii) Gunakan kaki yang kuat dihadapan
iii) Hujung jari kaki yang kuat selari di belakang tumit
iv) Angkat kaki depan, letak betul-betul diluruh perut tapak kaki yang kuat.
v) Angkat kaki yang kuat, letak hujung jari selari dengan belakang tumit kaki
tidak kuat
Rajah 14 : Cara menempatkan tapak kaki tanpa blok
b) gaya kegarisan
Butiran mengajar
i) letakkan kaki yang tidak dominan di hadapan
ii) kaki yang dominan letakan di belakang
iii) lakukan (i) dan (ii) seperti aktiviti di 2 (a).
iv) Bengkokkan lutut , bwa berat badan kehadapan
v) Lutut selri dengan hujung jari kaki di hadapan
vi) Jarak lutut dan kaki dihadapan ialah satu tapak tangan
vii) Tangan di buka seluas bahu
viii) Buka jari dan mencecah bumi
ix) Genggam baton tanpa menyentuh tanah
x) Kepala relek , mata tumpu ke satu titik sejarak satu meter kehadapan
16
Rajah 15 :Gaya kegarisan tanpa blok
c) Gaya sedia.
Butiran mengajar:
i) Kepala menunduk angkat punggung
ii) Kedua-dua tangan lurus dan masih seluas bahu
iii) Pinggang dan punggung lebih tinggi dripada paras kepala dan bahu
iv) Sudut lutut di kaki hadapan dalam 90 darjah
v) Sudut lutut dikaki belakang dalam 100 darjah
vi) Tangan sebagai sokongan
Rajah 16 :Gaya sedia tanpa blok
d) Gaya Berlepas
Butiran mengajar:
i) Hanyunan tangan kencang dan pantas
ii) Tekanan kaki sama berat dan serentak.
17
iii) Rerus meluru ke hadapan
iv) Badan condong ke hadapan , lutut di angkat tinggi.
Rajah 17 :Gaya berlepas tanpa blok
3. Duduk dekam dengan blok
a) Cara menempatkan blok
Butiran mengajar :
i) Jarak hadapan bahagian blok dengan garisan antara 30 cm hingga 50 cm
ii) Jarak bahagian belakang blok dengan bahagian hadapan bergantung
kepada gaya dekam seseorang atlit .
iii) Pasang blok dengan ketat .
Rajah 18 : Cara menempatkan blok permulaan
b) Kedudukan ke garisan
i) Letakkan kaki yang kuat di belakang dan sebelah lagi di hadapan
18
ii) Kaki di hadapan selaras dengan lutut kaki di belakang
iii) Luruskan kedua-dua tangan semasa menyokong berat badan
iv) Buka tangan seluas bahu
v) Letakan kedua-dua tangan di belakang garisan
vi) Buka jari tangan bebas
vii) Genggam baton tanpa menyentuh tanah , tetapi jari masih menyokong
viii) Mata pandang satu titik yang jaraknya satu meter kehadapan.
Rajah 19 : Kedudukan kegarisan dengan blok
b) Kedudukan sedia
Butiran mengajar :
i) Kedudukan lutut kaki di hadapan lebih kurang 90 darjah dari aras bumi , lutut
kaki belakang lebih kurang 120 darjah dari aras bumi.
ii) Pinggang lebih tinggi dari bahu
iii) Bahu lebih tinggi daripada kepala
iv) Tangan diluruskan
v) Kepala masih kedudukan seperti dalam aktiviti ke garisan
vi) Tekan kedua-dua kaki dengan kuat pada blok permulaan
vii) Kedudukan mata sama seperti dalam kedudukan ke garisan
19
Rajah 20 : Kedudukan sedia dengan blok
d) Kedudukan berlepas
Butiran mengajar:
i) Tolak blok permulaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki
ii) Bergerak lurus ke hadapan
iii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan
iv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu pelepasan
v) Jarak langkah pertama secara sederhana
20
Rajah 21 :Kedudukan berlepas
4. Hayunan tangan semasa berlari
Ansur-ansur maju :
a) Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur (tanpa baton)
Butiran mengajar :
i) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan disisi badan
ii) Hayun tangan ,jari-jari tangan tidak menyentuh lantai
iii) Badan condong kehadapan
iv) Bawa siku jauh ke belakang
Rajah 22 : Aktiviti menghayun tangan
21
d) Kedudukan berlepas
Butiran mengajar:
i) Tolak blok permukaan dengan kuat dan pantas dengan kedua-dua kaki
ii) Bergerak lurus ke hadapan
iii) Condongkan badan , mata masih ada titik tumpuan.
iv) Hayunan tangan sekuat yang boleh untuk membantu perlepasan
v) Jarak langkah pertama secara sederhana
5. Hayunan tangan semasa berlari
Ansur-ansur maju :
a) Menghayun tangan dengan kedudukan berlunjur ( tanpa baton)
Butiran mengajar :
i) Bengkokkan siku 90 darjah , tangan di sisi badan
ii) Hayunkan tangan , jari-jari tangan tidak menyentuh lantai.
iii) Badan condong ke hadapan
iv) Bawa siku jauh ke belakang
b) Menghayun tangan dengan baton sambil berdiri (statik)
Butiran mengajar :
i) Berdiri dengan sebelah kaki di hadapan dan sebelah lagi di belakang.
ii) Badan condong kehadapan sedikit
iii) Bengkok siku 90 darjah , tangan di sisi badan
iv) Hayunkan tangan , jari tidak melepasi bahu
v) Tolak siku ke belakang sejauh yang mungkin
22
Rajah 23 : Menghayun tangan dengan memegang baton
6. Ketinggian lutut semasa berlari
Ansur-ansur maju :
a) Lari setempat.
Butiran mengajar :
i) Lompat berselang seli , lutut diangkat setinggi yang boleh
ii) Mulakan dengan perlahan-lahan diikuti dengan pantas
Perhatian
Lakukan berulang-ulang
Rajah 24 :Larian Setempat
b) Lari Skip
23
Butiran Mengajar :
i) Melonjak dengan bebola kaki dibelakang , jangkau menggunakan kaki di hadapan
sejauh mungkin
ii) Lutut kaki dibelakang dikuncikan semasa melonjak ,lutut kaki dihadapan diangkat
setinggi boleh
iii) Kuatkan hayunan tangan semasa melonjak .
Rajah 25 :larian Skip
c) Menglangkah dengan melepasi halangan 0.5 meter
Butiran mengajar :
i) Angkat lutut setinggi yang bolehdan jangkau ke hadapan sejauh yang boleh .
ii) Hayunkan tangan dengan kuat
Rajah 26 :Melangkah dengan melepasi halangan
24
Aktiviti : Cara Menukarkan Baton ( dari bawah ke atas )
Ansur-ansur maju :
a) Menghantar tanpa baton (statik)
Butiran mengajar :
i) Hayun kaki sepantas yang boleh.
ii) Semasa tangan lurus disisi badan ,hulurkan tangan ke hadapan
iii) Separas pinggang (45 darjah) sepantas yang boleh.
iv) Condongkan badan sedikit.
v) Sebelah kaki dibelakang dan sebelah lagi dihadapan.
Rajah 27 : menghantar tanpa baton (static)
b) Menerima tanpa baton (statik)
Butiran mengajar:
i) hayun tangan sepantas yang boleh
ii) kemudian luruskan siku ,jari-jari menhala ke bawah
iii) Ketika tangan disisi badan,hayunkan tangan ke belakang
iv) Sepantas yang boleh separas pinggang
v) Tapak tangan dibuka dan menghala ke bawah
vi) Rapatkan jari-jari kecuali ibu jari untuk membenyuk huruf ‘V’
vii) Ibujari menghala ke arah badan
viii) Tangan sentiasa lurus dan tidak di goyang-goyangkan
25
Rajah 28 :menerima tanpa baton (statik)
c) Menghantar dan menerima tanpa baton (berpasangan) secara statik.
Butiran mengajar :
i) A berdiri di hadapan kanan B di belakang kiri dalam jarak satu meter,
ii) Berdiri dengan sebelah kaki dihadapan dan sebelah kaki di belakang.
iii) Condong badan sedikit.
iv) Hayun tangan sepantas yang boleh
v) A segera meluruskan tangan kiri dan menghulurkan ke belakang
vi) Separas pinggang apabila mendapat isyarat ‘up’ daripada B
vii) Jari-jari A dirapatkan kecuali ibujari yang membentuk ‘V’
viii) Menghala kebawah.Ibujari menghala kebadan
ix) B dengan segera meluruskan tangan kanan dan menghulur kehadapan lalu
memukul tapak tangan A dari bawah ke atas.
x) Kaki di belakang B ikut lajak
26
Rajah 29 : Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara
statik
Peringatan:
1. Lakukan beberapa kali dan ubah kedudukan B sebagai penerima dan A
sebagai penghantar
2. Bagi aktiviti menghantar dan menerima tanpa baton secara dinamik
a) Ulang butir-butir mengajar di atas
b) Satu kumpulan empat orang.
d) Pelari pertama dan ketiga mengunakan tangan kanan manakala
Pelari kedua dan keempat menggunakan tangan kiri
e) Berlari perlahan-lahan, setiap pelari akan bergilir-gilir memukul
Tapak tangan pelari di hadapannya
f) Pelari pertama akan memukul tangan pelari kedua , kemudian
Pelari pertama akan berlari ke hadapan pelari keempat
g) Seterusnya pelari kedua memukul tapak tangan pelari ketiga dan pelari
kedua akan berlari kehadapan pelari pertama tadi.
h) Lakukan aktiviti itu berulang-ulang sehingga tamat dalam jarak 20 meter.
Rajah 30 :Menghantar dan menerima tanpa baton
d) Menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara statik
- berpasangan
Butiran mengajar
27
i) Hayun tangan sepantas yang boleh ,penerima berdiri dihadapan
Kanan dan pemberi berdiri di belakang kiri atau sebaliknya.
ii) Badan condong ke hadapan
iii) Pemberi memberi isyarat ‘up’ kepada penerima
iv) Penerima meluruskan tangan dan menghulurkan ke belakang
separas pinggang tanpa melihat tanpa melihat .
v) Jari-jari penerima di rapatkan kecuali ibu jari ,untuk membentuk ‘V’
Menghala ke bawah
vi) Pemberi meluruskan tangan dan menghulurkan baton dari bawah
Sehingga memasuki bentuk ‘V’ (diantara ibu jari dan jari telunjuk)
Penerima
vii) Penerima memegang baton yang berhampiran pegangan pemberi
menggunakan jari telunjuk dan ibu jari kemudian di Bantu jari-jari
y
ang lain .
viii) Pemberi lepaskan baton setelah baton itu ditarik oleh penerima
ix) Pastikan kedua-dua pelari menggunakan tangan yang berbeza.
x) Kaki di belakang pemberi ikut lajak
Rajah 31 :Menghantar dan menerima baton (static)
Perhatian:
1. Lakukan aktiviti di atas berulang-ulang dimana kedua-dua pelari bergilir-
gilir kedudukan
3. Aktiviti menghantar dan menerima baton (dengan alat) secara dinamik :
a) Secara empat orang, berdiri dalam jarak satu meter bagi setiap pelari .
28
b) Ulang butir-butir mengajar di atas (d)
c) Lari perlahan-lahan, setiap pelari bergilir-gilir menghantar dan menerima
baton
Larian beberapa langkah mesti dilakukan kepada pelari seterusnya.
a) Pelari keempat akan meletakan baton diatas tanah setelah menerima
baton ,perlari pertama akan mengutip baton semula dan mengulangi aktiviti
menghantar dan menerima baton.
b) Lakukan aktiviti ini dalam jarak 30 meter.
Rajah 32 :menghantar dan menerima baton (dinamik)
4. Aktiviti berlari dalam jarak 20 meter bagi setiap perserta.
a) Ulang butir-butir mengajar di atas.
Rajah 33 :Berlari dalam jarak 20 meter
Aktiviti :Larian di selekoh
Ansur-ansur maju:
29
1. Berjalan laju dalam jarak 20 meter.
Butiran mengajar :
i) Berjalan sedekat mungkin dengan garisan dalam lorong yang digunakan.
ii) Hayun tangan kanan laju ,manakala tangan kiri di hayun dengan perlahan
iii) Panjangkan langkah kanan ,pendekkan langkah kaki kiri
iv) Angkat lutut setinggi yang boleh
v) Condongkan badan
vi) Mata pandang 3 hingga 5 meter kehadapan.
Rajah 34 :Berjalan laju di selekoh 20 meter
Peringatan:
1. Ulang aktiviti di atas beberapa kali
2 Aktiviti-aktiviti lain:
g) berlari pecut (20 hingga 30 meter)
i) Ulang butir-buir diatas (1)
ii) Lakukan beberapa kali.
30
Rajah 35 : Berlari pecut di selekoh
h) Berlari biasa jarak 20 meter diikuti lari pecut 30-50 meter
i) Ulang butir-butir mengajar (1)
ii) Lakukan beberapa kali.
Rajah 36 :Berlari dalam jarak 20 meter dan diikuti lari pecut
i) Berlari sambil mengejar pasangan dan cuba cuit sebelum sampai ke
tandaan 30 meter:
i) Ulang butir-butir mengajar di atas (1)
ii) Lakukan beberapa kali
Rajah 37 : Berlari sambil mencuit pasangan
Perhatian :
1. Ansur-ansur maju di atas boleh juga di gunakan untuk larian di lorong
lurus.Butir-butir mengajarnya seperti di bawah :
i) Hayunkan tangan sepantas yang boleh.
31
ii) Melangkah dengan kaki di belakang menolak,angkat lutut kaki dihadapan
setinggi yang boleh dan jangkau sejauh yang dapat
iii) Condongkan badan
iv) mata pandang pada satu titik tumpuan dalam jarak dua hingga tiga meter
kehadapan.
Rajah 38 :Larian dilorong lurus
Aktiviti :Zon pertukaran Baton
Ansur-ansur maju :
1. Tanda zon permulaan.
Butiran mengajar :
i) Gunakan tapak kaki untuk membuat jarak pada garisan permulaan.
Rajah 39 :Zon pertukaran baton
Peringatan:
2. Menghantar dan menerima baton di dalam zon pertukaran.
32
a) Setiap pelari yang menunggu baton ,perlu mengukur jarak dengan tapak
kaki masing-masing
b) Setiap jarak yang dilakukan semasa menunggu adalah berbeza bagi setiap
pelari mengikut kepantasan masing-masing.
c) Jarak yang di buat lebih kurang 13 hingga 25 tapak
d) Lakukan aktiviti ini sehingga pertukaran di dalam zon dilakukan dengan
lancar dan pantas.
e) Pelari yang menerima baton haruslah bersedia dan memecut apabila pelari
yang dating sampai ke tempat yang di tandakan.
Rajah 40 :Menghantar dan menerima baton di dalam zon
pertukaran
Di atas adalah beberapa aktiviti dalam acara lari berganti-ganti 4X 100 meter.Setiap
aktiviti telah dicadangkan beberapa langkah-langkah ansur-maju dengan butir-butir
mengajar supaya dapat membantu atlit terlibat menguasai kemahiran-kemahiran dalam
acara tersebut.
PERATURAN ACARA LARI BERGANTI-GANTI.
1. Garisan-garisan 50mm akan di buat melintasi balapan menandakan jarak-jarak
bahagian dan peringkat garisan permulaan.
33
3. Garisan selebar 50 mm akan di buat melintasi balapan 10 meter sebelum dan
selepas garis permulaan untuk menandakan zon pertukaran baton.Baton mestilah
ditukarkan dalam lengkungan diantara dua garisan ini.Garisan-garisan ini
hendaklah di ambil kira dalam ukuran-ukuran zon.
4. Semua pelari acara 4 x 100 meter perlu berlari dalam lorong masing-masing
sehingga ke garisan penamat.
5. Apabila acara lari berganti-ganti dilarikan dalam lorong ,peserta boleh membuat
tanda di atas balapan dalam lorongnya sendiri iaitu menggaris dengan kasutnya
tetapi ia tidak boleh meletakkan sebarang benda di atas atau tepi balapan.Di
balapan yang di buat dari benda yang tidak boleh di garis dengan kasut,apa-apa
bahan yang diberi oleh pihak pengelola boleh digunakan di atas pertimbangan
Pengadil.
BATON
1. Baton mesti dibawa dengan tangan sepanjang perlumbaan.Jika terjatuh ianya
mestilah di ambil kembali oleh peserta yang menjatuhkannya.Peserta itu boleh
meninggalkan lorongnya untuk mengambil semula baton yang terjatuh.Peserta itu akan
disingkirkan sekiranya dengan berbuat demikian ia akan mengganggu peserta lain.
2. Di dalam semua acara lari berganti-ganti baton mestilah di tukar di dalam zon
pertukaran baton.Pertukaran baton bermula apabila ianya menyentuh tangan pelari
penerima dan ia berakhir apabila baton berada dalam tangan pelari tersebut.
Perbentukan: Baton mestilah tiub kosong dan licin.Berbentuk bulat dan diperbuat
daripada kayu,logam atau benda yang kejor/tegar dalam satu pecehan.Panjangnya tidak
melebihi 30 cm dan tidak kurang daripada 28 cm.Lengkiran antara 120 – 130 mm dan
beratnya tidak kurang dari 50 gram.
1. Pelari-pelari setelah memberi baton hendaklah berada dalam lorong masing-masing
sehingga peserta-peserta lain telah berlalu supaya mengelakkan ganggguan kepada
peserta-peserta lain.
2. Peserta yang dengan sengaja menghalang peserta dari lain-lain pasukan dengan berlari
di lain tempat atau lorong selepas tamat bahagiannya akan menyebabkan pembatalan
pasukannya.
34
3. Bantuan dengan cara menolak atau lain-lain cara akan menyebabkan pembatalan.
4. Apabila suatu pasukan lari berganti-ganti telah mula bertanding hanya dua peserta
tambahan boleh menggantikan keanggotaaan pasukan itu untuk pertandingan
seterusnya.
5. Penggantian hanya boleh dibuat dari senarai nama-nama peserta yang telah tercatit
sama ada untuk acara itu atau acara-acara yang lain.
6. Komposisi pasukan dan giliran ahli-ahli pasukan untuk acara lari berganti-ganti
mestilah dinyatakan secara rasmi sebelum permulaan setiap pusingan pertandingan.
7. Apabila seseorang peserta memulakan pertandingan di pusingan-pusingan
awal,ditukarkan dengan seorang peserta ganti , ianya tidak boleh dikembalikan kepada
pasukan lain.
Rajah 41 : Kedudukan balapan dan pelari 4 X 100 meter
Langkah-langkah keselamatan:
Keselamatan merupakan factor yang amat penting dalam perlaksanaan sesuatu
pengajaran dan pembelajaran.Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang perlu diberi
perhatian serta dititikberatkan semasa mengajar acara tersebut.
1. Kesihatan:
35
Sebelum menjalani satu-satu sesi latihan,seseorang atlit itu perlu di soal selidik dari segi
kesihatan fizikal,mental dan emosinya.Selain itu perlu diketahui beban latihan yang
sesuai dengan keadaan atlit.
2. Pakaian:
Para atlit mesti mengenakan pakaian yang sesuai dan selesa ( tidak ketat ) untuk
membuat pergerakan .Selain itu para atlit di larang memakai barang-barang perhiasan diri
seperti barang kemas yang tajam kerana dikuatiri mencederakan.Kasut atlit haruslah
sesuai dan selesa ( mempunyai tapak yang ada gaseran atau tidak haus) supaya
pergerakan tidak licin atau tidak mudah jatuh.Sarung kaki juga perlu dipakai.Bagi atlit
yang bertudung,ikat dengan kemas (supaya tidak terjerut leher).
3. Tempat Latihan:
Kawasan latihan yang digunakan tidak basah dan licin.Permukaan padang atau balapan
tidak berlubang-lubang (mesti rata).Tiada halangan-halangan seperti tunggul-tunggul
kayu,batu-batu,lonkang,parit dan sebagainya.Ruang yang digunakan hendaklah
selesa,sesuai dan selamat.Elakkan paraatlit menghadap cahaya matahari (ikut
kesesuaian).
4. Alatan:
Semua alatan yang digunakan hendaklah mencukupi dan sesuai dengan bilangan
atlit.Penggunaan alatan juga hendaklah sesuai dan selamat.Penggunaan alatan yang tajam
dan keras seperti blok permulaan dan baton perlu perhatian guru/jurulatih.Segala arahan
pastikan diikuti oleh semua atlit.Para atlit perlu diberi tunjuk cara ( demonstrasi) tentang
cara membawa,memegang,mengguna dan menyimpan alatan tersebut.
5. Prosedur/Disiplin:
Di dalam pengajaran dan pembelajaran , guru mesti memberi arahan ansur maju bagi
acara yang di ajar.Selain itu pastikan semua atlit mengikut arahan peraturan yang
ditekankan semasa mengajar acara tersebut.Pastikan kedudukan para atlit selamat ketika
menghantar dan menerima baton supaya tidak berlaku perlanggaran dan sebagainya.
36
37