Post on 20-Mar-2019
KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG BAIK
DARIPADA PERSEPSI PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA,
SKUDAI, JOHOR.
SITI ASFARINA BINTI SARIMIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KEUTAMAAN CIRI-CIRI PENGAJARAN PENSYARAH YANG BAIK DARIPADA
PERSEPSI PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, SKUDAI, JOHOR.
SITI ASFARINA BINTI SARIMIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah
(Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2009
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah S.W.T yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan nabi Muhammad S.A.W .
Alhamdulillah, kupanjatkan kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin, serta
limpah kuniaNya maka kajian Projek Sarjana Muda ini dapat disiapkan. Kutujukan
dedikasi ini khas untuk semua yang tersayang.
Buat Ayahanda
SARIMIN BIN MAARUF
Pendorong dan idolaku
Buat Bonda
SITI ESAH BINTI SAMIAN
Engkaulah sumber inspirasi dan semangatku
Selautan kasih sayang dan pengorbanan Abah dan Emak tidak dapat kuhitung. Hanya
segulung Ijazah di tangan sebagai tanda membalas jasa dan penat lelahmu selama ini.
Buat penyelia
EN AHMAD JOHARI BIN SIHES
Terima kasih atas segala ilmu dan tunjuk ajar yang diberikan kepadaku
Buat kekanda-kekanda ku, adindaku, sanak saudara dan rakan-rakan seperjuangan,
Terima kasih di atas segala doa, dorongan dan bantuan secara langsung atau tidak
langsung dari kalian semua. Semoga Kejayaanku Ini Di berkatiNya.
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
dapatlah saya menyempurnakan penyelidikan yang dijalankan ini. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tingi penghargaan dan
ribuan terima kasih buat En. Ahmad Johari Bin Sihes selaku Pensyarah Pembimbing
Projek sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat buah fikiran dan
tunjuk ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih buat pensyarah yang terlibat dalam
memberikan kerjasama yang tidak terhingga dan maklumat yang disampaikan dalam
memastikan penyelidikan ini berjalan dengan lancar.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4 yang banyak membantu memberikan
kerjasama bagi menyiapkan penulisan ini.
Semoga Allah S.W.T memberkati kalian semua.
Sekian terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ciri-ciri pengajaran pensyarah
yang baik daripada persepsi pelajar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Johor. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 100 orang pelajar yang
terdiri daripada pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
Kemahiran Hidup yang mewakili Fakulti Pendidikan dan pelajar tahun empat
kursus Sarjana Muda Mekanikal Tulen yang mewakili Fakulti Kejuruteraan
Mekanikal. Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang terdiri
daripada bahagian A dan B. Bahagian A terdiri daripada latar belakang responden
manakala bahagian B pula mengandungi 40 item berdasarkan kepada 4 persoalan
kajian iaitu merangkumi aspek personaliti, penyampaian pengajaran, interaksi dan
juga penilaian. Kesahan item-item diperolehi menerusi perbincangan dengan
pakar-pakar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5.
Hasil daripada analisis data disusun mengikut urutan keutamaan item yang dipilih
oleh semua responden dan perbandingan telah dibuat di antara Fakulti Pendidikan
dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. Dapatan kajian menunjukkan daripada
keempat-empat aspek ini, pelajar memberi keutamaan kepada pensyarah yang
sentiasa bersifat terbuka, berkebolehan menyampaikan pengajaran dengan jelas,
mudah untuk berbincang, dan dapat melakukan penilaian yang adil. Beberapa
cadangan telah dibuat bagi melahirkan pensyarah dan juga pendidik yang
berkualiti daripada aspek pengajaran. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan
panduan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagi mewujudkan lebih ramai
generasi pendidik yang berkualiti.
vi
ABSTRACT
This research is conducted in order to identify the characteristics of a
good teaching technique employed by the lecturers from the perception of students
in Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor. This descriptive research involves
a sample group of 100 students which comprises of fourth-year students from the
Bachelor’s Degree in Technology and Life Skills Education representing the
Faculty of Education, and fourth-year students from the Bachelor’s Degree of Pure
Mechanical Engineering representing the Faculty of Mechanical Engineering. The
instruments of the research conducted include questionnaires which comprise 2
sections which is part A and B. Part A includes respondent’s background while
part B contains 40 items which concerns with 4 main aspects in the research. The
aspects are personality, delivery of subject material, evaluation method and
interaction with students. The validity of the items is verified by discussing with
experts. The accumulated data is then analyzed using the Statistical Package for
Social Science (SPSS) for Windows Version 11.5 software. All the findings from
the analysis of the data are sorted according to the priority of the items chosen by
all respondents and comparison is made between the respondents in the Faculty of
Education and the Faculty of Mechanical Engineering. Results of the study shows
that from all aspect, students prefer lecturers with a tolerant attitude, capable of
delivering the subject material clearly, more open to discussion and give a fairer
assessment. A few suggestions have been made in order to hopefully produce
lecturers and educators with higher qualities in standards of teaching. It is the hope
of the writer of this project that the fruits of this project will help to guide the
relevant parties in creating a generation of educators with high quality.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
i
ii
iii
iv
v
vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
xi
xiii
xiv
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektf Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 11
1.9 Penutup 13
viii
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Keberkesanan Pengajaran 14
2.3 Hubungan Gaya Pengajaran Derngan Gaya
Pembelajaran
16
2.4 Personaliti Pensyarah 18
2.5 Pendekatan Penyampaian Pengajaran Pensyar 20
2.6 Interaksi Pensyarah Dan Pelajar 21
2.7 Penilaian 24
2.8 Sorotan Kajian Terdahulu 27
2.9 Penutup 30
3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 32
3.3 Tempat Kajian 33
3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 33
3.5 Instrumen Kajian 34
3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 35
3.7 Prosedur Kajian 35
3.8 Analisis Data 36
3.10 Penutup 36
4 ANALISA DATA DAN KEPUTUSAN
4.1 Pengenalan 37
4.2 Analisis data
4.2.1 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Jantina
4.2.2 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Kursus
38
38
39
40
40
ix
4.2.3 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Umur
4.2.4 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Bangsa
4.2.5 Taburan Peratusan Responden Mengikut
Kelulusan Akademik Tertinggi
41
4.3 Keputusan Dan Analisis Bahagian B
4.3.1 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pensyarah Yang Baik Daripada Aspek
Personaliti.
4.3.2 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pensyarah Yang Baik Daripada Aspek
Penyampaian Isi Pelajaran.
4.3.3 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pengajaran Pensyarah Yang Baik
Daripada Aspek Interaksi Pensyarah
Dan Pelajar.
4.3.4 Persepsi Pelajar Tentang Ciri-Ciri
Pengajaran Pensyarah Yang Baik
Daripada Aspek Kaedah Penilaian Yang
Dilakukan Oleh Pensyarah Kepada
Pelajar.
4.3.5 Perbezaan Responden diantara pelajar
Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti
Mekanikal terhadap pengajaran
pensyarah yang baik.
42
43
47
52
57
62
4.4 Penutup 66
5 PERBINCANGAN RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 67
5.2 Perbincangan Kajian 68
x
5.2.1 Perbincangan Analisis Faktor Demografi
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian
79
71
5.3 Perbincangan : Perbandingan Diantara
Responden FP Dan FKM Terhadap Ciri-ciri
Pengajaran Pensyarah Yang Baik Daripada
Persepsi Pelajar.
75
5.4 Cadangan Tindakan 80
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 81
5.6 Penutup 82
RUJUKAN 83
Lampiran A-B 89 - 96
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Perbezaan diantara pengajaran berkesan dan
pengajar berkesan
17
4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
jantina
39
4.2Kekerapan dan pPeratusan responden mengikut kursus 40
4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
umur.
41
4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
bangsa
41
4.5 Kekerapan dan peratusan responden mengikut
kelulusan akademik tertinggi
42
4.5 Jadual analisis item soalan kajian satu dari aspek
personaliti pensyarah
44
4.6 Urutan kedudukan item dari aspek personaliti
penyarah
47
4.7 Analisis item soalan kajian dari aspek
penyampaian pengajaran pensyarah
48
4.8 Urutan kedudukan item dari aspek penyampaian
pengajaran pensyarah
52
4.9 Jadual analisis item soalan kajian dari aspek
interaksi
53
4.10 Urutan kedudukan item dari aspek interaksi 57
4.11 Jadual analisis item soalan kajian dari aspek
penilaian
58
4.12 Urutan kedudukan item dari aspek penilaian 62
xii
4.13 Perbandingan urutan keutamaan item bagi
responden FP dan FKM dari aspek personaliti
pensyarah
63
4.14 Perbandingan urutan keutamaan item bagi
responden FP dan FKM dari aspek penyampaian
pengajaran pensyarah
64
4.15 Perbandingan urutan keutamaan item bagi
responden FP dan FKM dari aspek interaksi
65
4.16 Perbandingan urutan keutamaan item bagi
responden FP dan FKM dari aspek penilaian
66
xiii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN KETERANGAN
4 SPH Pelajar tahun empat Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan Kemahiran
Hidup
4 SMM Pelajar tahun empat kursus Sarjana Muda
Mekanikal Tulen
UTM Universiti Teknologi Malaysia
ƒ Kekerapan
% Peratus
SPSS Statistical Package for Social Science
UNIPEN Unit Pengajaran dan Pembelajaran
CTL Centre for Teaching and Learning
IPT Institut Pengajian Tinggi
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 88
B Pengesahan Soal Selidik 96
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pendidik bukan sahaja bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu
kepada murid dan penuntut tetapi mereka juga bertanggungjawab untuk membentuk
peribadi pelajar yang mulia. Pendidik atau pengajar memainkan peranan yang amat
penting dalam pembentukan generasi yang akan mengambil alih daripada generasi
semasa. Dengan perkataan lain pendidik menentukan jaya atau tidaknya sesuatu bangsa,
sesuatu negara, sesuatu tamadun.
Pendidik bukan sahaja dipertanggungjawab untuk membekalkan generasi baru
dengan ilmu pengetahuan tetapi juga untuk menyemai nilai-nilai hidup yang boleh
menentukan jaya atau tidaknya masyarakat dan bangsa. Mungkin peranan ini yang
terletak di bahu mereka dianggap terlalu berat tetapi bagi seorang pengajar yang baik
akan dapat melaksanakannya dengan ikhlas dan bertanggungjawab.
Begitu juga dengan peranan pensyarah sebagai tenaga pengajar adalah sama
penting dalam melahirkan pelajar yang berketrampilan dan berkesan. Keberkesanan
pensyarah atau pendidik melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka untuk
mendidik dan menyampaikan pengajaran bergantung kepada pelbagai faktor yang lazim
dibincangkan dalam kajian-kajian mengenai pembelajaran. Penyampaian kuliah dalam
kelas di universiti, maktab perguruan dan mana-mana institusi pendidikan mempunyai
kesan yang mendalam kepada pendidikan setiap pelajar.
2
Menurut Highter (dalam Esah Sulaiman 2004), pengajaran dikatakan suatu sains
kerana pengajaran perlu dilaksanakan secara sistematik dengan maklum balas tentang
pengajaran digunakan untuk mempertingkatkan mutu pengajaran pada masa hadapan.
Terdapat sesetengah pandangan yang menganggap tugas mengajar itu adalah senang dan
tidak membebankan. Namun begitu, sejauhmanakah kebenarannya kerana bukan semua
individu boleh memikul beban tugas sebagai pengajar atau pendidik. Walaupun mereka
mempunyai kepakaran didalam bidang tertentu tetapi bagi mereka yang tidak memiliki
diploma atau ijazah pendidikan untuk mengajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi,
mampukah mereka untuk menjadi seorang pendidik yang baik? Mereka harus
mempunyai kemahiran atau teknik yang betul untuk menyampaikan ilmu dengan
berkesan.
Pengajaran yang baik dihasilkan oleh keupayaan untuk merangsang murid
supaya menimbulkan minat mereka untuk melibatkan diri di dalam proses pembelajaran,
mengadakan suasana yang boleh mendatangkan proses pemikiran serta mengekalkan
konsep itu (Atan Long 1978). Seorang pengajar yang baik ini sentiasa memfokuskan
ciri-ciri pengajaran yang berkualiti. Mereka harus sentiasa menunjukkan perancangan
dan penyampaian yang baik. Penyampaiannya mestilah menimbulkan minat dan
menggalakkan pelajar untuk belajar. Pengajaran disampaikan mengikut rangka masa
yang ditetapkan, beberapa alat bantuan digunakan dalam proses pengajarannya dan
terdapat pula pelbagai cara untuk menilai prestasi pelajarnya. Interaksi antara tenaga
pengajar dan pelajar haruslah sentiasa mesra dan positif.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
“Staf akademik di Institut Pengajian Tinggi (IPT) lazimnya terdiri dari
golongan profesional dengan latar belakang pendidikan dan disiplin yang
berbagai-bagai. Oleh itu, keperluan golongan profesional ini dilatih untuk
menjadi pendidik profesional di IPT adalah merupakan hakikat yang perlu
diterima oleh semua pihak. Di kebanyakan IPT di negara maju, seseorang
profesional lazimnya perlu mengikuti latihan ikhtisas pengajaran tertentu
(misalnya Teaching Certificate in Higher Learning Education) untuk
membolehkan ianya dilantik sebagai seorang pendidik profesional.”
(Buletin P&P UTM, 2004)
Sebagaimana yang kita ketahui, guru tanpa latihan menghadapi masalah untuk
mengendalikan kelas dengan baik. Sekiranya guru tidak dapat mengawal kelas dengan
baik, murid-murid pasti akan menghadapi masalah dimana mereka tidak dapat belajar
dengan sempurna. Oleh sebab itu, seseorang guru harus menyediakan dirinya terlebih
dahulu sebelum masuk ke alam perguruan.
Menurut Noran Fauziah dan Ahmad Mahdzan (1993), pensyarah universiti tidak
wajib mendapat latihan ikhtisas perguruan sebagaimana yang telah diwajibkan kepada
guru sekolah berijazah. Ini kerana secara umumnya guru di sekolah telah mengikuti
latihan mengajar dengan baik serta mempelajari teknik-teknik pengajaran yang terdapat
dalam bidang pedagogi, sosiologi serta falsafah pendidikan. Boleh dikatakan sebahagian
besar daripada keseluruhan tenaga pengajar di UTM tidak mempunyai kelayakan yang
khusus dalam bidang pendidikan terutamanya yang berhubung dengan pedagogi.
Sebaliknya pensyarah-pensyarah ini hanya diberikan latihan intensif dalam suatu jangka
masa tertentu sebagai persediaan kepada mereka memulakan tugas sebagai tenaga
pengajar di UTM. Latar belakang pengalaman mereka dalam pengajaran banyak
bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka sebagai tenaga pengajar.
4
Bagi melahirkan pelajar yang berkesan, pensyarah terlebih dahulu perlu mampu
dan berkeupayaan tinggi menjalankan peranan mereka dengan cemerlang dan berkesan
(Salimah, 2002). Mengajar dengan baik dan bijak disamping mempunyai personaliti
yang baik serta bermotivasi tinggi ialah ciri-ciri yang perlu dimiliki oleh seorang
pendidik berkesan.
Pada umumnya kejayaan seorang pensyarah bergantung kepada kecekapan,
kemahiran dan keberkesanan dalam pengajaran. Permasalahan yang cuba di kaji ialah
mengenai keprofesionalan seorang pensyarah dalam melaksanakan pengajarannya
dengan baik dan berkesan. Kajian mengenai penilaian pelajar terhadap tahap pengajaran
pensyarah adalah wajar dilaksanakan memandangkan banyak kelemahan pensyarah
dalam menyampaikan pengajaran sering dirunguti oleh pelajar.
Penyelidikan yang berkaitan dengan keberkesanan pengajaran pensyarah di
institusi pengajian tinggi adalah kurang, tetapi terdapat banyak laporan yang tidak
memuaskan berkenaan kecekapan pensyarah menyampaikan pengajaran yang telah
dibuat (Tifla, 1998). Pada peringkat universiti seorang tenaga pengajar atau pensyarah
diberi kebebasan untuk melaksanakan pengajaran mengikut kemahiran masing-masing.
Situasi ini adalah berbeza jika dibandingkan dengan sistem pengajaran di sekolah kerana
guru perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Dalam Rang Undang-Undang Pendidikan 1995, terdapat perkara yang
menyatakan Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada Dasar Pendidikan
Kebangsaan. Pensyarah sebagai pendidik juga terlibat secara langsung di dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara ini. Oleh itu, peranan pensyarah dalam
memenuhi aspirasi Negara adalah melalui penyampaian ilmu dan kemahiran kepada
pelajar dengan baik dan berkesan. Menurut Ryans (dalam Shahri, 1992), guru yang
cekap dapat dibezakan dengan pengetahuan dan kemahiran profesionalnya. Kredibiliti
5
seorang pensyarah dapat dinilai melalui tahap pencapaian pelajar serta kejayaannya
mencapai objektif pengajaran dengan berkesan.
Pelajar berada paling hampir dengan pensyarah semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar juga mengalami sendiri bagaimana sesuatu pengajaran
dilaksanakan oleh pensyarah. Pelajar juga boleh menilai samada pengajaran yang
disampaikan oleh pensyarah dapat difahami, dilaksanakan dengan baik dan proses
pembelajaran berjalan dengan lancar. Oleh itu, pelajar berhak untuk menentukan ciri-ciri
seorang pensyarah yang baik mengikut persepsi mereka. Dengan ini, kita dapat
mempertingkatkan lagi mutu pengajaran sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Penilaian dari pelajar adalah penting untuk mengetahui sejauhmana pengajaran
seorang pensyarah itu berkesan. Tambah beliau lagi peilaian bukanlah bertujuan untuk
mencari kelemahan pensyarah sebaliknya ia bermatlamat untuk mempertingkatkan
kewibawaan dalam pengkaedahan, pengetahuan, kemahiran dan sikap yang bersepadu.
Begitu juga dengan pernyataan Sherman (1988), dalam kajian yang terdahulu telah
mendapati bahawa hasil daripada penilaian yang dilakukan oleh dua orang pensyarah
terhadap pengajaran mereka dapat diperbaiki berikutan menerima maklum balas dari
pelejar-pelajarnya.
Menurut Barton di dalam buku yang ditulis oleh Miller (1974), pula berpendapat
penilaian yang dilakukan oleh pelajar dalam menentukan kualiti pengajaran adalah lebih
baik berbanding dengan penilaian oleh rakan sekerja atau pihak pentadbir. Manakala
Barack dalam hasil penulisan Glezer dan Meyer (1991), mengemukakan pandangan
bahawa sikap dan penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah berkemungkinan
lebih berguna pada peringkat organisasi dalam sesebuah institusi untuk kepentingan dan
keperluan kepada seseorang pensyarah.
Dapat dirumuskan bahawa penilaian daripada pelajar amat penting bagi
mendapatkan maklum balas mengenai pengajaran yang dilakukan oleh pensyarah. Ini
6
kerana pelajar merupakan kompenan penting di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu penilaian pelajar terhadap pengajaran pensyarah dapat
meningkatkan kesedaran pensyarah terhadap tahap kekuatan dan kelemahan pengajaran
mereka. Ianya secara tidak langsung boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kualiti
pengajaran mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Setiap pensyarah mempunyai ciri-ciri dan kaedah pengajaran yang berbeza-beza.
Pelajar-pelajar pula sentiasa mempunyai persepsi yang berbeza terhadap keutamaan ciri-
ciri dan pengajaran pensyarah yang dianggap sebagai baik. Terdapat pensyarah yang
sentiasa ditunggu-tunggu oleh pelajar dan ada juga pensyarah yang pelajar tidak merasai
apa-apa jika mereka tidak ada. Ini menunujukkan terdapat banyak ciri-ciri pensyarah dan
pengajaran pensyarah yang disukai dan diminati oleh pelajar yang perlu kita kaji.
Dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji mengenai persepsi pelajar tahun
akhir Fakulti Mekanikal Tulen dan Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia,
Skudai Johor terhadap keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik. Antara
permasalahan yang akan dinilai ialah :
1) Personaliti pensyarah
2) Pengajaran pensyarah dalam menyampaikan isi pelajaran
3) Interaksi pensyarah dan pelajar
4) Penilaian yang dilakukan oleh pensyarah kepada pelajar
Kajian ini cuba untuk mengenal pasti sejauhmana keempat-empat aspek ini
mempengaruhi persepsi pelajar untuk menilai keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah
yang baik mengikut keutamaan mereka. Penggunaan aspek-aspek tersebut akan
dikenalpasti melalui penilaian oleh pelajar tahun akhir di Fakulti Pendidikan dan Fakulti
7
Mekanikal setelah empat tahun mempelajari hampir semua mata pelajaran dengan
beberapa orang pensyarah yang berlainan.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dirangka bagi tujuan untuk mendapat maklum balas daripada pelajar
megenai keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang baik daripada persepsi pelajar.
Oleh itu kajian ini bertujuan untuk :
i. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik daripada aspek personaliti.
ii. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik daripada aspek penyampaian isi pelajaran.
iii. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik daripada aspek interaksi pensyarah dan pelajar.
iv. Mengenalpasti persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran
pensyarah yang baik daripada aspek kaedah penilaian yang dilakukan oleh
pensyarah kepada pelajar.
v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan pendapat di antara pelajar
Fakulti Pendidikan dan pelajar Fakulti Mekanikal terhadap keutamaan ciri-
ciri pengajaran pensyarah yang baik daripada persepsi mereka.
8
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan kepada
pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul. Persoalan
kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :
i. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek personaliti ?
ii. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek penyampaian isi pelajaran ?
iii. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek interaksi pensyarah dan pelajar ?
iv. Apakah persepsi pelajar tentang keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah yang
baik daripada aspek kaedah penilaian yang dilakukan oleh pensyarah kepada
pelajar ?
v. Adakah terdapat perbezaan pendapat di antara pelajar Fakulti Pendidikan dan
pelajar Fakulti Mekanikal terhadap keutamaan ciri-ciri pengajaran pensyarah
yang baik daripada persepsi mereka ?