Post on 14-Mar-2019
KERTAS KERJA
KARNIVAL CETUSAN SENI UKM 2013
TARIKH
13 Disember 2013
TEMPAT
Panggung Seni (DECTAR) dan Dataran Panggung Seni
ANJURAN
Kelab Pengurusan Seni
Urusetia ARTISUKMA UKM
DENGAN KERJASAMA
Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar (JPPel) UKM dan Pusat Akreditasi
Pembelajaran (PAP)
TEMA
“MAHASISWA PEWARIS SENI BUDAYA”
KELAB PENGURUSAN
SENI ARTISUKMA
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk memohon kelulusan bagi mengadakan
Karnival Cetusan Seni UKM 2013. Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menjadikan
aktiviti kesenian ini sebahagian daripada aktiviti kokurikulum yang melibatkan para
pelajar UKM.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG
2.1 Pengenalan Ringkas Kelab
Urusetia ARTISUKMA merupakan sebuah urus setia yang bergiat aktif dalam
pelbagai aktiviti kesenian samada di dalam dan di luar universiti. Urus setia ini
telah wujud sejak tahun 1972 lagi dan mempunyai lebih 40 buah kelab di
bawah naungannya. Antaranya adalah Kelab Pengurusan Seni, Kelab Teater
Teknikal, Kelab Muzik Kertuk dan Rebana Ubi, Kelab Teater Seni Lakon,
Kelab Dikir Barat Tunas Warisan, Kelab Nasyid Firasat Inzar dan banyak lagi.
2.2 Sejarah/Rekod
Program kesenian merupakan program yang dapat membina mahasiswa
kreatif, berwawasan dan dinamik. Sesungguhnya selama penubuhan Urusetia
ARTISUKMA ini, pelbagai program kesenian telah dijalankan di bawah
naungan Pusat Kebudayaan Jabatan Perkhidmatan Pelajar UKM.
Banyak kejayaan yang telah berjaya dilakar sepanjang penubuhan Urusetia
ARTISUKMA. Antaranya ialah Johan Pesta Pantun 2009, Juara Keseluruhan
Festival Kesenian Universiti-Universiti Malaysia (FestKUM) 2009, Anugerah
Perkembangan Budaya Kategori Kebudayaan/Kesenian dan Juara Teater
Peringkat MAKUM 2012.
Pada keseluruhannya program kesenian ini bukan sahaja telah berjaya
memberi peluang untuk pelajar mengasah bakat masing-masing malah ia juga
telah berjaya menaikkan imej dan mengharumkan nama UKM.
2.3 Bagaimana lahirnya idea untuk program ini
Memandangkan kesenian merupakan komponen yang penting dalam cara
hidup manusia, maka kepimpinan dalam bidang kesenian patut dibina agar
mahasiswa dan mahasiswi dapat memberikan sumbangan positif dan manfaat
terhadap universiti. Semoga cita-cita murni UKM tercapai sejajar dengan visi
dan misi yang telah didokong selama ini.
3.0 MISI
Kelab Pengurusan Seni Urusetia ARTISUKMA berharap dengan adanya program ini
akan dapat melatih dan memperluaskan lagi kebudayaan serta memartabatkan budaya
bangsa. Lagi, ianya juga bertujuan untuk melatih dan melahirkan individu yang
berketrampilan, fleksibel dan dinamis. Urusetia ARTISUKMA turut berhasrat
penyertaan program seperti ini akan dapat menjadi salah satu cara bagi mencapai misi
dan visi Pusat Kebudayaan JPPel, UKM.
4.0 MATLAMAT
4.1 Menjadi badan organisasi pelajar yang menerapkan nilai-nilai kualiti,
integrasi dan intelek.
4.2 Menjadi tanda aras bagi semua program yang bakal dianjurkan oleh persatuan-
persatuan lain.
4.3 Menerapkan aspek jati diri mahasiswa yang merangkumi khidmat masyarakat,
kemahiran komunikasi dan maklumat, pembelajaran sepanjang hayat, beretika,
kemahiran pemikiran kritikal, kepimpinan dan kerja berpasukan, kemahiran
pengurusan dan keusahawanan dan kemahiran kreatif serta inovatif.
5.0 OBJEKTIF
5.1 Menilai prestasi amali pelajar-pelajar yang menyertai program-program
kesenian.
5.2 Memberi kesedaran kepada mahasiswa/i tentang kepentingan memelihara
kesenian warisan bangsa.
5.3 Mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa/masyarakat kampus yang
berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan tersendiri.
5.4 Menggalakkan mahasiswa/i mempelajari dan mendedahkan diri dalam bidang
kesenian.
5.5 Merakyatkan seni budaya sambil menjual hasil karya seni.
5.6 Menggalakkan keusahawanan dalam diri mahasiswa.
6.0 TEMA
“MAHASISWA PEWARIS SENI BUDAYA”
7.0 ANJURAN
Kelab Pengurusan Seni, Urusetia ARTISUKMA UKM dengan kerjasama Pusat
Kebudayaan JPPel UKM dan Pusat Akreditasi Pembelajaran.
8.0 TARIKH DAN MASA
Berbagai acara kesenian yang akan dipersembahkan pada hari tersebut seperti Seni
Muzik (tradisional dan moden), Seni Lakon, Seni Rupa, Seni Tari dan Seni Silat.
Tarikh : 13 Disember 2013
Masa : 8.00 pagi – 11.00 malam
Tempat : Panggung Seni (DECTAR) dan Dataran Panggung Seni, UKM
9.0 TEMPAT PROGRAM
Pameran Seni Tampak : Dataran Panggung Seni
Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri : Dataran Panggung Seni
Seni Teater : Panggung Seni
Persembahan Pentas (Muzik & Tarian) : Dataran Panggung Seni
10.0 PUBLISITI
Strategi publisiti :
10.1 Menampal poster-poster dan mengedarkan risalah hebahan
10.2 Media Massa
11.0 CADANGAN PERASMI
11.1 Perasmi Penutup :
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, Selangor.
12.0 PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM
Peserta dianggarkan 1,500 orang yang terdiri daripada :
12.1 Ahli Kelab Pengurusan Seni Urusetia ARTISUKMA.
12.2 Kelab-kelab dibawah naungan Urusetia ARTISUKMA.
12.3 Terbuka kepada mahasiswa/i UKM.
12.4 Kumpulan Kesenian Tempatan
13.0 STRUKTUR ORGANISASI
Rujuk Lampiran A
14.0 TENTATIF PROGRAM (CADANGAN ATURCARA)
Rujuk Lampiran B
15.0 PERINCIAN PROGRAM
Persembahan Pentas
Persembahan dibuat oleh kelab-kelab di bawah ARTISUKMA UKM 2013 mengikut
tentatif yang ditetapkan
Pameran gabungan
Kelab-kelab di bawah Seni Tampak akan bergabung untuk mempamerkan hasil
pameran masing-masing pada 13 Disember 2013
Jualan Barang Hasil Seni
Jualan barangan kraf tangan dan juga hasil seni pelajar-pelajar seni tampak
16.0 BELANJAWAN
Rujuk Lampiran C
17.0 PEJABAT URUSAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat menyurat,
sila hubungi
Kelab Pengurusan Seni
Urusetia ARTISUKMA
d/a : Pusat Kebudayaan
Jabatan Perkhidmatan Pelajar,
Aras 3, Bangunan DECTAR
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
18.0 SYOR/PENUTUP
Pelaksanaan projek ini adalah amat penting dalam usaha Pusat Kebudayaan untuk
menggalakkan kegiatan kesenian di kalangan mahasiswa. Dengan ini, diharapkan
kertas kerja ini akan mendapat kelulusan dari pihak tuan dan bantuan dari segi
kewangan. Kami dahului perhatian dan kerjasama yang pihak tuan berikan dengan
jutaan ucapan terima kasih dalam memudahkan lagi perlaksanaan rancangan yang
telah kami rencanakan.
Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI
Penaung
Y. Bhg. Prof. Tan Sri Dato’ Dr. Sharifah Hapsah Binti Syed Hasan Shahabudin
Naib Canselor, UKM
Pengerusi
Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Othman A. Karim
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni), UKM
Tuan Haji Musa Zainal Abidin Othman
Timbalan Pendaftar, Jabatan Perkhidmatan Pelajar, UKM
Penasihat
Y. Bhg. Dato’ Drs. Rafie Hj. Mohammad
Ketua Pusat Kebudayaan JPPel, UKM
Timbalan Penasihat
Encik Roslan Abd. Salam
Penolong Ketua Pusat Kebudayaan JPPel, UKM
Penyelaras
Encik Herman Bin Aziz
Pusat Kebudayaan, JPPel, UKM
Ketua Pengarah
Muhammad Fahdil Bin Ahmad
FEP / 1 / A143136
0126676910
Timbalan Pengarah
Amanina Yusrina Binti Ahmad Kamal
FUU / 1 / A146479
01139863977
Setiausaha
Sharifah Nuruljannah Binti Syed Amran
FST / 1 / A146709
0172481428
Bendahari
Ummi Amyra Natasha Binti Azhar
FUU /1/ A146704
01112800167
Pengarah Protokol : Alif Quzaifi Bin Mohd Yusri
FEP / 1 / A143110
Pengarah Peralatan : Muhammad Azim Bin Mohd Redzuan
FEP / 1 / A143209
Pengarah Teknikal : Mohamad Zulzafri Bin Mohd Kusaini
FKAB / 1 / A144122
Pengarah Publisiti Dan Media : Koh Kuan Wei
FSSK / 1 / A145146
Pengarah Cenderamata Dan Penerbitan : Nur Qurratu Aini Binti Md. Arris
FKAB / 1 / A143942
Pengarah Latihan : Norhakimah Binti Norhman
FST / 1 / A145926
Pengarah Gerai dan Jualan : Nurul Hidayah Binti Jamil
FTSM / 1/ A146331
Tugas - Tugas Khas : Siti Aishah Binti Mohamad
FSSK / 2 / A140877
Pengarah Jamuan : Khairunnisa’ Binti Asul Kahar
FEP / 1 / A143386
Pengarah Pameran : Nurul Nadiyah Binti Muhamat Isa
FST / 1 / A 145583
Pengarah Persembahan : Siti Nurhidayah Binti Saleh
FEP / 2 / A140773
Pengarah Pakaian : Faezah Binti Mohd Fauzi
FST / 1 / A145756
Pengarah Seni Mempertahankan Diri : Muhammad Firdaus Bin Khalid
FTSM / 1 / A146401
Pengarah Seni Pentas Teater : Muhammad Nashriq Bin Mohd Nasir
FKAB / 1 / A143973
Pengarah Dekorasi Pentas : Siti Nursyuhada Binti Saleh
FEP / 2 / A140840
Lampiran B
TENTATIF PROGRAM
KARNIVAL CETUSAN SENI UKM 2013
13 DISEMBER 2013
PANGGUNG SENI DAN DATARAN PANGGUNG SENI, UKM
TARIKH MASA PERKARA
13 Disember
2013
Jumaat
8.00 pagi -
10.00 malam Gerai Jualan & Pameran
10.00 pagi -
12.30 t/hari Demonstrasi Seni Tampak
2.00 petang -
6.00 petang Demonstrasi Seni Mempertahankan Diri
6.00 petang –
7.30 petang Raptai Majlis Perasmian
8.00 malam -
9.30 malam
Majlis Perasmian
Karnival Cetusan Seni UKM 2013
9.30 malam -
11.00 malam Persembahan Kesenian
Lampiran C
ANGGARAN PERBELANJAAN
Anggaran perbelanjaan projek ini adalah lebih kurang RM 17,500 di antara lain.
Perkara-perkara yang melibatkan perbelanjaan ialah:
a. Poster dan kain rentang RM 500.00
b. Dekorasi pentas RM 1000.00
c. Penyewaan Khemah RM 1500.00
d. Sijil penghargaan RM 300.00
e. Kad jemputan RM 200.00
f. Jamuan selepas persembahan (500 x RM 4.00) RM 2000.00
g. Peralatan pameran RM 1000.00
h. Runcit RM 500.00
JUMLAH RM 7, 000.00
SUMBER KEWANGAN
JPPel RM 3000.00
Pusat Perkembangan Pelajar RM 2000.00
Pusat kebudayaan RM 2000.00
JUMLAH RM 7, 000.00