Post on 26-Dec-2015
description
SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA BARU
90200, KOTA KINABATANGAN
SABAH
KERTAS KERJA
HARI SUKAN PRASEKOLAH
SK JAYA BARU
22 MEI 2014
1.0 PENDAHULUAN
Program Pendidikan Prasekolah adalah merupakan sebuah program yang diwujudkan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan tujuan menyuburkan potensi kanak-
kanak dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk
sikap positif sebagai persediaan untuk masuk ke sekolah rendah.
2.0 RASIONAL
Kemahiran fizikal dan kognitif merupakan aspek pembelajaran yang selaras dengan
kehendak Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Disamping itu juga, ia memenuhi
keperluan asas kemahiran bersosial bagi murid-murid prasekolah selaras dengan
tuntutan konsep Pendidikan Prasekolah untuk menyediakan pengalaman
pembelajaran yang pelbagai dan menarik dengan interaksi secara terus kepada
persekitaran.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama “Hari Sukan Prasekolah” adalah untuk menggalakkan murid bermain
sambil belajar sejajar dengan saranan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Selain itu,
melalui program ini juga, murid didedahkan dengan semangat kesukanan seperti
semangat berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk menang.
4.0 OBJEKTIF
Objektif Hari Sukan Prasekolah ialah:
1. Memberi peluang kepada murid untuk menunjukkan potensi perkembangan
fizikal dan psikomotor melalui aktiviti sukan.
2. Memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi
dan bersosialisasi.
3. Memberi peluang kepada murid prasekolah untuk melakukan aktiviti yang
menggembirakan dalam pembelajaran.
5.0 PENYERTAAN
Hari Sukan ini melibatkan murid-murid kelas Pra Ceria, Pra Gemilang dan Pra
Wawasan di SK Jaya Baru seperti berikut:
Murid dibahagikan kepada 4 buah rumah sukan iaitu Merah Jambu, Oren, Ungu
dan Hijau Epal.
*Rujuk Lampiran I
Penyertaan ibu bapa murid prasekolah akan diambil pada Hari Sukan berlangsung. Ia
melibatkan acara individu, berpasangan dan berpasukan.
6.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 22 Mei 2014
Masa : 7.30 pagi
Tempat: Padang sekolah SK Jaya Baru
7.0 ATURCARA PROGRAM
Rujuk lampiran II
8.0 JAWATANKUASA KERJA
Penasihat : En. Muin Amil Amza
Pengerusi : Pn. Masni Ali
Pengelola : Pn. Aiza Husna A. Rahim
Setiausaha : Cik Siti Sara Ahmad
Bendahari : En. Mohd. Alley Dzaiham Hamzah
AhliJawatankuasa
Hadiah : Pn. Nasliah Madali
Peralatan : Pn. Ratna Jasman
Dokumentasi : Pn. Siti Aslisa Ahmad
Kebajikan&Keselamatan: Semua guru prasekolah dan PPM
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH
1 Hadiah Murid
Piala
(14 emas, 14 Perak, 28 Gangsa)
Medal
(10 emas, 10 perak, 10 gangsa)
Hamper
Hadiah Ibu Bapa
Johan (11 Pemenang)
N. Johan (11 Pemenang)
Ketiga (3 Pemenang)
RM 4 x 56
RM 4 x 30
RM 8 x 54
RM 15 x 11
RM 12 x 11
RM 10 x 3
RM 224
RM 120
RM 432
RM 165
RM 132
RM 30
2 Perkakas dan bahan aktiviti
*rujuk lampiran III
RM 147
JumlahKeseluruhan RM 1250
* Pembiayaan program ini ialah daripada peruntukan BKKP Prasekolah.
10.0 PENUTUP
Melalui Program HARI SUKAN Prasekolah ini, pihak sekolah khususnya Prasekolah
SK Jaya Baru, Kinabatangan berharap agar murid-murid prasekolah akan mendapat
faedah yang berguna khususnya dalam meningkatkan tahap keyakinan diri dan
semangat untuk bergaul dan bersosialisasi antara rakan sebaya dan masyarakat
sekitarnya. Program yang dirancang ini juga dapat memberi peluang kepada murid-
murid melakukan aktiviti yang menggembirakan dan berpeluang menerokai
persekitaran yang lebih luas tanpa mengabaikan aspek keselamatan.
Disediakan oleh,
……………………..
(SITI SARA AHMAD)
Setiausaha HARI SUKAN Prasekolah,
SK Jaya Baru,
Kinabatangan.
Disokong oleh,
………………………..
(AIZA HUSNA A. RAHIM)
Pengerusi HARI SUKAN Prasekolah,
SK Jaya Baru,
Kinabatangan.
Diluluskan oleh,
……………………..
(MUIN AMIL AMZA)
Guru Besar,
SK Jaya Baru,
Kinabatangan.
Lampiran I
Senarai Murid Prasekolah Mengikut Pembahagian Rumah Sukan
MERAH JAMBU OREN UNGU HIJAU EPAL
Aina (W) Angelisa (C) Asnizam (C) Fakrul (G)
Izwani (C) Irdina (C) Haris (G) Irwan (W)
Maisarah (G) Mazwa (C) Hedryansyah (C) Khairil (C)
Norhad (G) Ikhsan (W) Syahrul (W) Syakimie (W)
Zafwan (C) Alif (C) Normanshah (W) Ramdan (G)
Mazwal (W) Syahfiq (G) Mizie (G) Irfan (W)
Rasydan (W) Rizman (C) Mulia (C) Nasirah (W)
Aqila (W) Azrina (W) Azzlieyn (C) Fahtiah (W)
Fatiha (W) Najwa (W) Iman (G) Qaseh (W)
Saidatul (G) Zaza (W) Nurain (C) Hidayah (G)
Syafiza (G) Syakinah (G) Alyaa (W) Ifti (C)
Nadirah (G) Nurul (C) Ain (W) Memy (C)
Rachell (W) Balqis (C) Aisyah (G) Shairah (G)
Syaireliah (G) Zieqry (W) Dermansyah (W)
Lampiran II
ATURCARA HARI SUKAN PRASEKOLAH 2014
7.00 pagi : Sarapan pagi
: Pendaftaran ibu bapa
7.20 pagi : Senaman pagi
7.30 pagi : Hari Sukan Prasekolah
Acara 1 - Lari 50m (L & P)
Acara 2- Menguntai manik
Acara 3 - Lari sambil mengepit belon dan meletupkan belon
Acara 4 - Aiskrim Gergasi
Acara 5 - Baling belon air dalam baldi
Acara 6 - Isi air dalam botol
9.00 pagi : Rehat
9.30 pagi : Sukaneka Ibu Bapa
Acara 1 - Kutip kacang menggunakan Chopstick
Acara 2 - Kepit belon antara kepala sambil berlari
Acara 3 - Tarik Tali (L & P)
11.00 pagi : Pengumuman pemenang
HARI SUKAN PRASEKOLAH
Acara 1 - Lari 100m
Rumah Sukan Lelaki Perempuan
Merah Jambu
Oren
Ungu
Hijau Epal
Acara 2 - Menguntai manik
gelung rotan murid pergerakan
Murid berlari ke arah gelung berisi manik dan rantai
Murid menguntai manik sehingga habis dan meleraikan semula
Murid berlari ke arah rakan sekumpulan dan acara diteruskan oleh peserta
seterusnya sehingga semua ahli pasukan bermain
Kumpulan paling cepat menyudahkan permainan dikira sebagai pemenang.
Acara 3 - Lari sambil mengepit belon dan meletupkan belon
gelung rotan murid pergerakan kon
Murid mengepit belon dan berlari zig-zag ke arah kerusi
Murid meletupkan belon dengan duduk di atas kerusi
Murid berpatah balik ke arah rakan sekumpulan dan acara diteruskan oleh
peserta seterusnya sehingga semua ahli pasukan bermain
Kumpulan paling cepat menyudahkan permainan dikira sebagai pemenang.
Acara 4 - Aiskrim Gergasi
gelung rotan murid pergerakan kon
Murid berlari sambil membawa “Aiskrim Gergasi”
Murid berpatah balik ke arah rakan sekumpulan dan acara diteruskan oleh
peserta seterusnya sehingga semua ahli pasukan bermain
Kumpulan paling cepat menyudahkan permainan dikira sebagai pemenang.
Acara 5 - Baling belon air dalam baldi
gelung rotan murid pergerakan baldi
Murid berlari ke arah baldi berisi belon air
Murid membaling belon air ke dalam baldi dengan satu percubaan
Murid berpatah balik ke arah rakan sekumpulan dan acara diteruskan oleh
peserta seterusnya sehingga semua ahli pasukan bermain
Kumpulan paling banyak belon air yang tidak pecah dikira sebagai pemenang.
Acara 6 - Isi air dalam botol
gelung rotan murid pergerakan baldi botol
Murid berlari ke arah baldi dan mengambil span basah
Murid belari ke arah botol dan cuba mengisi air ke dalam botol
Murid berpatah balik ke arah rakan sekumpulan dan acara diteruskan oleh
peserta seterusnya sehingga semua ahli pasukan bermain
Kumpulan paling banyak air di dalam botol dikira sebagai pemenang.
HARI SUKAN IBU BAPA
Acara 1 (Individu) - Kutip kacang menggunakan Chopstick
peserta piring
Permainan secara individu ( 8 peserta)
Peserta mengutip kacang tanah di dalam piring menggunakan chopstick
Peserta paling cepat menghabiskan kesemua 20 kacang tanah di kira sebagai
pemenang
Acara 2 (Berpasangan) - Mengepit belon antara kepala
gelung rotan peserta pergerakan kon belon
Peserta secara berpasangan mengepit belon dengan menggunakan kepala
Peserta berjalan secara zig-zag dan berpatah balik
Peserta paling cepat menyudahkan permainan dikira sebagai pemenang
Acara 3 (Berkumpulan) - Tarik Tali
peserta tali
Setiap pasukan ada 8 orang
Permainan dijalankan antara 2 pasukan
Pasukan yang berjaya menjatuhkan pasukan lawan dikira sebagai pemenang
Lampiran III
Anggaran Perbelanjaan
Peralatan Pertandingan:
- Baldi (K) : RM 5 x 4 = RM 20
- Span : RM 1.50 X 4= RM 6
- Pewarna Makanan: RM 2 X 4 = RM 8