Post on 05-Dec-2014
description
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
1.0 PENGENALAN
Kurikulum Pendidikan Jasmani digubal untuk memenuhi pertumbuhan dan
perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas dan produktif.
Konsep pergerakan asas menjelaskan bagaimana kemahiran pergerakan boleh
dilakukan. Ini dapat memudahkan murid-murid untuk memahami dan mengetahui asas
bagi konsep tersebut. Konsep pergerakan melalui aktiviti dan permainan mendedahkan
murid-murid dengan peluang untuk meneroka pergaulan dan membina pemahaman
tentang pelbagai jenis pergerakan badan.
Konsep pergerakan asas dibahagikan kepada empat iaitu yang pertama ialah
kesedaran tubuh badan. Kita perlu tahu yang tubuh badan kita ini boleh bersifat elastik
seperti mengilaskan badan, melentik dan lain-lain lagi. Badan terdiri daripada pelbagai
anggota badan dan boleh bentuk pelbagai bentuk seperti bulat, lebar, sempat, terkilas,
simtri, tak simtri dan lain-lain.
Konsep yang kedua ialah konsep kesedaran ruang. Ia melibatkan lokasi, arah,
aras, laluan, dan ekstensi. Lokasi terdiri daripada ruang khas dan ruang am manakala
arah adalah seperti atas, bawah, kiri – kanan, depan – belakang dan lain-lain. Aras pula
terbahagi kepada tiga iaitu aras rendah, sederhana dan tinggi. Bagi laluan pula, ia
terdiri daripada lurus, melengkung dan zig-zag. Ekstensi terbahagi kepada dua iaitu
besar – kecil dan jauh – dekat.
Konsep yang ketiga ialah beban. Beban akan mempengaruhi sesuatu
pergerakan dan kekuatan sesuatu pergerakan. Ia boleh dibahagikan kepada tiga iaitu
masa, daya, dan aliran. Manakala konsep yang keempat pula ialah perhubungan. Ia
boleh dibahagikan kepada dua iaitu perhubungan dengan objek dan perhubungan
dengan manusia. Perhubungan dengan objek ialah atas – bawah, dekat- jauh ,keliling,
sisi, bertemu – berpisah. Manakala dengan manusia pula ialah solo, berpasangan,
berkumpulan dan lain-lain.
1
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
Terdapat empat komponen dalam pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor,
pergerakan bukan lokomotor dan manipulasi alatan. Pergerakan lokomotor merupakan
sesuatu pergerakan yang memerlukan seseorang bergerak dari satu tempat ke tempat
yang lain. Dengan kata lain, dasar menyokong pelaku pergerakan berubah mengikut
pergerakan. Contoh pergerakan ialah berjalan, berlari, melompat , melompat ketingting,
skip, merangkak dan lain-lain lagi.
Manakala bagi pergerakan bukan lokomotor pula, pergerakan kategori ini
melibatkan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan.
Contohnya, berdiri, duduk, mengilas badan, dan lain – lain lagi.
Komponen pergerakan asas yang terakhir ialah manipulasi alatan. Kemahiran ini
merupakan kemahiran asas yang menyediakan murid sekolah untuk mempelajari
kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi
kacang, bola, gelung, tali dan alatan sukan yang lain.
2
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
2.0 MATLAMAT
Kertas kerja ini bertujuan bagi merancang pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor
dengan memanipulasikan alatan seperti yang telah dipilih. Kertas kerja ini juga dijadikan
sebagai panduan untuk menghadapi ujian amali pergerakan asas.
3.0 OBJEKTIF
Pada akhir penyediaan kertas kerja ini, kami dapat :-
i. Meningkatkan tahap kecergasan tubuh badan melalui pergerakan lokomotor dan
pergerakan bokan lokomotor.
ii. Meningkatkan daya kreativiti semasa proses menjana idea dalam menghasilkan
pelbagai bentuk pergerakan asas.
iii. Meningkatkan keupayaan dalam memanipulasikan alatan bersama-sama
pergerakan yang dihasilkan.
iv. Meningkatkan tahap koordinasi melalui perlaksanaan pergerakan yang
melibatkan gabungan anggota badan.
v. Meningkatkan kesedaran kesefahaman mengenai tubuh sebagai perantaraan
untuk pergerakan.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Murid-murid sekolah rendah tahap 1 iaitu dari tahun 1 hingga tahun 3.
3
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
5.0 PANDUAN PERLAKSANAAN DEMONSTRASI
5.1 Prosedur Perlaksanaan Demonstrasi
PERGERAKAN KEMAHIRAN AHLI AKTIVITI
1 Bukan Lokomotor
AMembongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolekkan bola kanan ke kiri di atas lantai.
2 Lokomotor ABerjalan sambil memutar bola menggunakan kedua belah tapak tangan.
3 Bukan Lokomotor
A+BMengilaskan badan ke kanan dan ke kiri, dalam posisi melutut sambil meleret bola di atas lantai ke arah pasangan.
4 Lokomotor A+BBerlari sisi bersama pasangan sambil melantun dan menyambut bola dengan menggunakan sebelah tangan.
5 Bukan Lokomotor
B+CMembongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolek bola di atas peti lombol ke arah pasangan.
6 Lokomotor CMerangkak di atas tilam sambil melantun bola menggunakan sebelah tangan.
7Bukan
Lokomotor CBerdiri, kedua belah kaki di buka luas sambil memutar gelung di leher
8 Lokomotor CBerlari tendang belakang sambil menghayun gelung dalam bentuk lapan di hadapan badan dengan sebelah tangan.
9 Bukan Lokomotor
CBerdiri atas sebelah kaki sambil memutar gelung di hadapan muka dengan menggunakan tapak tangan.
10 Lokomotor CBerjalan mengelilingi skitel sambil menggolekkan gelung di atas lantai.
Berdiri atas kedua belah lutut sambil
4
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
11 Bukan Lomotor
C+D melambung dan menyambut gelung bersama pasangan dengan menggunakan sebelah tangan.
12 Lokomotor DBerjalan di atas bangku sambil memutar gelung di hadapan badan.
13 Bukan Lokomotor D
Berdiri, kedua kaki dibuka luas sambil melambung dan menyambut tali dengan tangan kanan dan kiri secara bergilir-gilir.
14 Lokomotor DMerangkak melepasi tangga sambil menggolekkan bola di atas lantai.
15 Bukan Lokomotor
A+B+DA+D membengkokkan badan, sebelah kaki depan dan sebelah kaki di belakang sambil menggoyangkan tali bersama, B berdiri meletak dan mengangkat kaki sambil memutarkan tali di sisi badan.
16 Lokomotor B+ Di) Skip lompat sambil memutar tali
bersama pasangan di sisi dan melepasi badan dengan sebelah tangan.
ii) Gallop berlari sambil memutar tali bersama pasangan di sisi badan dengan sebelah tangan.
17 Bukan Lokomotor
BBerdiri silang kaki sambil menghayun tali dalam bentuk lapan dari kanan ke kiri.
18 Lokomotor BBerlari sambil memutar bola mengelilingi badan.
19 Lokomotor BMelompat di atas papan anjal sambil melambung dan menyambut bola.
20 Bukan Lokomotor
A+B+C+DA+B+C+D berdiri di atas sebelah kaki dan mengilas badan sambil melambung dan menyambut bola bersama rakan-rakan.
5
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
5.1.1 Jenis-jenis Pergerakan
Pergerakan-pergerakan yang terlibat ialah pergerakan lokomotor dan bukan
lokomotor dengan memanipulasikan tiga jenis alatan tangan seperti berikut:
6
Alatan Gambar
Bola
Gelung
Tali
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
AKTIVITI / PERLAKSANAAN GAMBAR
1. Bukan Lokomotor (individu)
Membongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolekkan bola kanan ke kiri di atas lantai.
2. Lokomotor (individu)
Berjalan sambil memutar bola menggunakan kedua belah tapak tangan.
3. Bukan Lokomotor (berpasangan)
Mengilaskan badan ke kanan dan ke kiri, dalam posisi melutut sambil meleret bola di atas lantai ke arah pasangan.
7
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
4. Lokomotor (berpasangan)
Berlari sisi bersama pasangan sambil melantun dan menyambut bola dengan menggunakan sebelah tangan.
5. Bukan Lokomotor (berpasangan)
Membongkokkan badan, kaki kangkang dan lurus sambil menggolek bola di atas peti lombol ke arah pasangan.
6. Lokomotor (individu)
Merangkak di atas tilam sambil melantun bola menggunakan sebelah tangan.
8
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
7. Bukan Lokomotor (individu)
Berdiri, kedua belah kaki di buka luas sambil memutar gelung di leher.
8. Lokomotor (individu)
Berlari tendang belakang sambil menghayun gelung dalam bentuk lapan di hadapan badan dengan sebelah tangan.
9. Bukan Lokomotor (individu)
Berdiri atas sebelah kaki sambil memutar gelung di hadapan muka dengan menggunakan tapak tangan.
9
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
10. Lokomotor (individu)
Berjalan mengelilingi skitel sambil menggolekkan gelung di atas lantai.
11. Bukan Lokomotor (berpasangan)
Berdiri atas kedua belah lutut sambil melambung dan menyambut gelung bersama pasangan dengan menggunakan sebelah tangan.
12. Lokomotor (individu)
Berjalan di atas bangku sambil memutar gelung di hadapan badan.
10
13. Bukan Lokomotor (individu)
Berdiri, kedua kaki dibuka luas sambil melambung dan menyambut tali dengan tangan kanan dan kiri secara bergilir-gilir.
14. Lokomotor (individu)
Merangkak melepasi tangga sambil menggolekkan bola di atas lantai.
15. Bukan Lokomotor (bertiga)
A+D membengkokkan badan, sebelah kaki depan dan sebelah kaki di belakang sambil menggoyangkan tali bersama, B berdiri meletak dan mengangkat kaki sambil memutarkan tali di sisi badan.
16. Lokomotor (berpasangan)
i) Skip lompat sambil memutar tali bersama pasangan di sisi dan melepasi badan dengan sebelah tangan.
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
5.2 Pelan Kedudukan Ujian Amali Pergerakan Asas
11
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
6.0 RUMUSAN
Dalam proses menyediakan kertas kerja ini kefahaman kami terhadap
pergerakan asas menjadi lebih mendalam serta terperinci. Dengan menggunakan
pengetahuan sedia ada dan maklumat tambahan, kami berjaya merancang rangkaian
pergerakan untuk menghadapi ujian amali yang bakal kami hadapi kelak. Penyediaan
kertas kerja ini juga telah membantu kami untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
Walaubagaimanapun, kami menyedari wujudnya kekurangan dan kelemahan dalam
diri kami sepanjang tempoh merancang dan melaksanakan rancangan penyediaan
kertas kerja ini.
Dalam proses menyediakan rangkaian pergerakan ini, kami juga agak keliru
dengan kemahiran melompat setempat iaitu sama ada ia tergolong dalam komponen
pergerakan lokomotor atau pergerakan bukan lokomotor. Kekeliruan kami ini akhirnya
dapat diatasi dengan tunjuk ajar dan bimbingan pensyarah kami iaitu Pn. Lily Rozita
Binti Mohamad.
Terdapat pelbagai kelebihan dan juga manfaat yang telah kami perolehi setelah
meneliti serta mengkaji baik buruk dalam usaha menyiapkan kertas kerja. Dari segi
manfaat luarannya secara tidak langsung kami telah memahami objektif serta matlamat
adanya matapelajaran Pergerakan Asas ini sebagai salah satu matapelajaran minor
kami.
Di samping itu, kami juga dapati bahawa pengetahuan dan kemahiran yang kami
perolehi terutamanya berkaitan dengan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.
Kami juga telah berusaha mencari maklumat, mengumpul ilmu yang berkaitan,
mengambil foto sebagai bahan bukti bersama dalam kumpulan dan secara tidak
langsung dapat mengeratkan talian persaudaraan antara kami. Kertas kerja ini juga
dapat memupuk sifat jujur dalam diri kami serta bersikap amanah terhadap
tanggungjawab yang diberi serta melahirkan sifat kerjasama dalam kalangan rakan-
rakan kumpulan dan seperjuangan.
12
PENDIDIKAN JASMANI - PERGERAKAN ASAS 2011
Selain itu, dalam usaha mereka dan mencipta serta memilih gerakan yang
sesuai untuk dipersembahkan semasa ujian amali telah menjadikan kami lebih kreatif
dalam mencipta pergerakan yang sesuai bagi kumpulan kami. Kami juga telah berjaya
mencuba untuk mengelaskan pelbagai gerakan yang yang dilakukan dan dibahagikan
mengikut jenis pergerakan samada lokomotor ataupun bukan lokomotor.
Kesimpulannya, setelah kami melakukan tugasan ini secara tidak langsung kami
semakin lebih memahami konsep pergerakan asas ini, kami percaya bahawa kami
dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan untuk sesi pengajaran di
sekolah kelak. Oleh yang demikian, kami berharap agar kertas kerja ini dapat
memenuhi segala kehendak pensyarah dan kriteria yang diberikan. Akhir sekali, kami
juga amat berharap agar kami dapat mengaplikasikan segala ilmu dan pelajaran yang
dipelajari dari subjek pergerakan asas sewaktu berada di sekolah kelak.
13