Post on 20-Jun-2015
kertas kerja permainan tradisional
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH DARUL AMAN.
KERTAS KERJA :
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
IPG KAMPUS DARULAMAN
DIKEMUKAKAN OLEH :
PISMP SN/PJ/BI
SEMESTER 5
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN.
TARIKH :
9 MAC 2011
TEMPAT :
PADANG IPG KAMPUS DARULAMAN
JABATAN BERTANGGUNGJAWAB :
JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN
IPG KAMPUS DARULAMAN
ISI KANDUNGAN
1.0 Butiran projek
2.0 Pengenalan
3.0 Rasional pertandingan
4.0 Kepentingan
5.0 Objektif
6.0 Perancangan
7.0 Pelaksanaan karnival
8.0 Tempoh aktiviti
9.0 Tempat
10.0 Aturcara
11.0 Jawatankuasa Induk Karnival Permainan Tradisional Ipg Kampus Darulaman
12.0 Penyertaan
13.0 Anggaran kewangan
14.0 Peralatan dan kemudahan
15.0 Penutup
KERTAS KERJA
KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA, KEDAH.
BUTIRAN PROJEK
1.1 Nama Projek : Karnival Permainan Tradisional
1.2 Penganjur : PISMP SN/PJ/BI (Semester 5)
1.3 Tarikh : 9 Mac 2011
1.4 Tempat : Padang IPG Kampus Darulaman
Penyertaan : PPISMP SEM 2
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai budaya yang diwarisi dari
masyarakatnya yang berbilang kaum. Di antaranya termasuklah permainan tradisional yang
merupakan sebahagian daripada warisan budaya seluruh masyarakat malaysia. Permainan
tradisional merujuk kepada permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat itu
untuk satu tempoh yang tertentu. Semua kaum mempunyai jenis permainan tradisional mereka
masing-masing. Permainan tradisional bukan hanya dimainkan oleh kanak-kanak bahkan juga oleh
golongan dewasa. Permainan tradisional yang dipilih oleh kami ialah tuju tin, sepak raga bulatan,
rebut negeri, guli dan kabadi.
RASIONAL PERTANDINGAN
3.1 Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan
Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan Semester 5, Ambilan Januari 2009.
3.2 Penganjuran karnival ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman
mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu pertandingan.
3.3 Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama juga dapat dipupuk
dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan karnival ini.
3.4 Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam meyediakan para guru yang
benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu alternatif ke arah melahirkan insan guru
yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang
matang dan sedia menghadapi cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental
teruji melalui aktiviti sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan
persediaan fizikal dan mental.
3.5 Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai kembali rasa cinta
terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di kalangan seluruh masyarakat
malaysia sejak sekian lamanya.
3.6 Berdasarkan kepada keperluan inilah, kumpulan PISMP SN/PJ/BI semester 5 berusaha menyediakan
satu karnival pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan kemantapan
rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan.
KEPENTINGAN
4.1 Melalui permainan tradisional juga kita dapat mengenali budaya kaum lain kerana permainan
tradisional itu sendiri merupakan lambang dan menggambarkan corak kehidupan masyarakat
tersebut.
4.2 Permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi kerana di dalamnya terkandung
pelbagai nilai budaya masyarakat yang memilikinya.
4.3 Karnival permainan tradisional ini secara tidak langsung dapat menarik minat guru pelatih untuk
bergiat cergas dalam bidang sukan tradisional yang semakin dilupakan.
4.4 Kepentingan penganjuran karnival seumpama ini dapat membantu membangunkan dan
meningkatkan keupayaan fizikal dan tahap kecergasan yang ada pada setiap guru-guru pelatih.
4.5 Selain itu, karnival ini juga dapat menguji kemahiran kognitif guru-guru pelatih untuk berfikir secara
kritis dan kreatif serta berupaya untuk mengesan dan menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul
dengan tepat.
4.6 Penganjuran karnival ini, mampu menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap
guru pelatih. Perkara yang sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.
OBJEKTIF
5.1 Memenuhi syarat kandungan kurikulum pembelajaran dalam PISMP Semester 5 Ambilan Januari
2009.
5.2 Memberi peluang kepada bakal guru menimba pengalaman baru dalam menguruskan karnival sukan
dan pertandingan permainan agar dapat diaplikasikan ketika bertugas di sekolah kelak.
5.3 Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan, sosial dan budaya.
5.4 Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam menghayati dan menghargai warisan
permainan dari pelbagai bangsa di Malaysia serta menjadikannya sumber dalam pendidikan.
5.5 Mendapat pendedahan dan pengalaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran aktiviti
kebudayaan, kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain.
5.6 Memupuk kerjasama dan keyakinan diri yang tinggi terutama ketika mengendalikan kejohanan
olahraga seperti ini.
5.7 Membina kerjasama dan hubungan erat di antara para guru pelatih di dalam institut atau pihak luar.
5.8 Melahirkan para insan guru yang seimbang dan bersepadu dari segi rohani, jasmani, emosi, sosial
dan intelek.
PERANCANGAN
6.1 Melantik Jawatankuasa Induk.
6.2 Menentukan bidang tugas.
6.3 Perancangan kertas kerja.
6.4 Membuat anggaran perbelanjaan.
6.5 Mengenalpasti dan meyediakan keperluan program seperti peralatan permainan, persiapan tempat,
padang dan trek, hadiah dan cenderamata, acara yang dipertandingkan, bahan dokumentasi,
pengangkutan, keselamatan dan kebajikan.
6.6 Menentukan masa pertandingan.
6.7 Post-mortem bersama AJK Induk.
PELAKSANAAN KARNIVAL
7.1 Mengadakan perbincangan secara tidak formal antara Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha
dengan pensyarah penasihat yang terlibat dengan Karnival Pertandingan Permainan Tradisional ini.
7.2 Menetapkan agenda mesyuarat Jawatankuasa Induk (JK Induk).
7.3 Mesyuarat antara JK Induk dan mesyuarat JK Induk bersama para pensyarah penasihat yang terlibat
dari semasa ke semasa untuk memantapkan perjalanan program.
7.4 Hebahan mengenai permainan tradisonal yang dipertandingkan, melalui medium yang sesuai.
7.5 Menentukan pihak kebajikan dan keselamatan yang terlibat seperti
Hospital Jitra, St. John dan PBSM.
TEMPOH AKTIVITI
8.00 pagi – 5.00 petang
TEMPAT
Padang IPG Kampus Darulaman.
10.0 ATURCARA
8.00 pagi : Pendaftaran peserta
8.30 pagi : Senam seni
9.00 pagi : Pertandingan Permainan Tradisional
- Guli
- Rebut negeri
- Kabadi
1.00 petang : Rehat
2.00 petang : Pertandingan Permainan Tradisional
- Sepak raga bulatan
- Tuju tin
4.30 petang : Majlis penutupan dan penyampaian hadiah
5.00 petang : Bersurai
11.0 JAWATANKUASA INDUK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL IPG KAMPUS DARULAMAN Pengerusi : Muhammad Zahhar Bin Mohd HattaNaib. Pengerusi : Nur Wahida Bt OmarSetiausaha : Nor Haziqah Bte RosliNaib Setiausaha : Nur Hanis Hafiza Bt Abu HassanBendahari : Ahmad Abdul Zarif Bin IdrisAJK Urusetia : 1. Siti Yuhanis Binti Mohd Yusri 2. Nornabilah Binti Mansor AJK Teknik : 1. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor 2. Muhammad Firdaus Bin Ramli 3. Zuraida Binti Hasan 4. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab 5. Nisha A/P ArikrishnanAJK Peralatan dan persiapanTempat : 1. Shamshul Aulia Bin Yunus 2. Nurazilah Bt Mat Hussin
3. Mohamad Hafizuddin Bin Mohd Noor AJK Hadiah, Cenderamata dan Sijil : 1. Mohd Farhan Bin Mohammad Fishoul
2. Nurhidayah Bt Bedah
3. Muhammad Firdaus Bin Ramli
AJK Publisiti danDokumentasi : 1. Muhammad Hibatul Hakimi Bin Yosri 2. Norjuliana Bt Shahabuddin
3. Nisha A/P Arikrishnan
AJK Tugas Khas : 1. Noor Ashikin Binti Othman 2. Aqilah Binti Abu Seman 3. Nor Hashimah Bt Abdul Wahab
AJK Kebersihan, Keselamatan dan Pertolongan Cemas : 1. Nur Hasyimah Binti Abdul Aziz
2. Nur Zafirah Binti Mohd Zakari
3. Zuraida Binti Hasan
12.0 PENYERTAAN
Sila lihat lampiran A
13.0 PERALATAN DAN KEMUDAHAN
Dipinjam dari Jabatan Pendidikan Jasmani Kesihatan, Unit GERKO
dan Stor IPG Kampus Darulaman .
14.0 ANGGARAN KEWANGAN
Sila lihat lampiran B .
15.0 PENUTUP
Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua
pihak yang terlibat secara langsung adalah amat diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif pertandingan permainan tradisional ini dapat
dimanfaatkan oleh guru-guru pelatih yang terlibat di samping dapat mengetengahkan maklumat serta
pengalaman yang diperoleh untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Setinggi- tinggi harapan dari pihak
tuan agar permohonan untuk menjalankan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dipertimbangkan
dengan sewajarnya. Semoga harapan kita untuk melahirkan para guru pelatih yang berketrampilan
dan seimbang dari aspek fizikal dan mental akan dapat direalisasikan selaras dengan matlamat BPG.
LAMPIRAN B
Anggaran Kewangan
ITEM ANGGARAN JUMLAH
1. Elaun makanan dan minuman RM 10 x 22 RM 220.00
2. Peserta
- Air minuman 200 botol
3. Alatan
- Fail IPDA (10 keping x 22)
-Manila kad (20 keping)
-White board pen (1 kotak)
-Pen urusetia (15 batang)
-Pen marker (1 kotak)
-Kertas A4 berwarna(Kuning) (1 unit)
-Kertas A4 (1 unit)
-Double tape (3 unit)
-Pita selofen (3 unit)
-Tali tag nama (22 unit)
-Kertas laminating (1 kotak)
-Plastiksampah (1 unit)
-Plastik pembalut hamper (30 keping)
-Ribenkecil (2 gulung)
-Pita selofon (10 gulung)
-Envelope saiz A4 (20 keping)
-Riben besar (10 gulung)
-Sijil (200 keping