Post on 15-Apr-2016
description
KERTAS CADANGANMAJLIS TANDATANGAN AKUJANJI ANTARA
PELAJAR PT3, SPM DAN STPM BERSAMA IBU BAPA DAN GURU TAHUN 2014
1.0 PENDAHULUAN
Ibu bapa sememangnya berperanan penting dalam menentukan kejayaan anak-anak. Ibu bapa tidak sewajarnya mengambil sikap sambil lewa dan melepaskan tanggungjawab mendidik kepada guru semata-mata. Mereka harus sedar bahawa masa anak-anak bersama mereka adalah lebih lama berbanding guru di sekolah. Mereka juga perlu sentiasa memastikan anak-anak belajar di rumah dan mengetahui akan masalah anak-anak. Hakikatnya ibu bapa dan guru ada tanggungjawab tersendiri dalam mencorakkan kejayaan anak-anak atau pelajar. Atas Kesedaran inilah majlis ini diadakan bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru agar berganding bahu dalam mencorakkan kejayaan anak-anak. Di samping itu juga, para pelajar perlulah menanamkan tekad untuk berjaya dan berusah dengan gigih.
2.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan untuk menetapkan satu matlamat yang harus dicapai oleh para pelajar dalam peperiksaan awam yang akan ditempuhi pada tahun ini.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Para pelajar tahu matlamat mereka dan tahu apa yang perlu mereka lakukan untuk mencapai kejayaan
3.2 Perjanjian pelajar kepada ibu bapa dan guru bahawa mereka akan terus berusaha untuk mencapai kejayaan
3.3 Menanam sikap akan berusaha bersungguh-sungguh demi menunaikan janji dan mencapai matlamat yang diimpikan.
3.4 Menyedarkan ibu bapa bahawa mereka memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak sehingga berjaya, bukan hanya tanggungjawab itu diserahkan kepada guru semata-mata
3.5 Melihat matlamat dan target yang ingin dicapai oleh para pelajar
4.0 SASARAN
380 pelajar tingkatan 3,5 dan 6 Atas yang akan menduduki PMR, SPM dan STPM tahun 2006.
5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT
Tarikh : 25 Mei 2014Tempat : Dewan IlmuMasa : 8.00 – 10.30 pagi
6.0 PENGISIAAN PROGRAM
6.1 Majlis tandatangan akujanji bersama ibu bapa dan guru tingkatan di Dewan Asrama6.2Ceramah Keibubapaan
“ Peranan Ibu Bapa dalam Menjana Kecemerlangan Anak-anak “
7.0 ARTIKEL CRC
Artikel 05 :
Negara mestilah menghormati hak dan tanggungjawab ibubapa dan keluarga luas untuk memberikan bimbingan kepada kanak-kanak yang sesuai dengan keupayaan berkembangnya.
Artikel 18:
Ibubapa mempunyai tanggungjawab untuk membesarkan kanak-kanak, dan negara hendaklah menyokong mereka dalam hal ini negara hendaklah memberikan bantuan yang sewajarnya kepada ibubapa dalam pembesaran anak.
Artikel 28:
Kanak-kanak mempunyai hak terhadap pendidikan, dan kewajipan negara untuk memastikan bahawa pendidikan utama percuma dan wajib, menggalakkan pendidikan menengah dalam berbagai bentuk yang mudah diperolehi oleh setiap kanak-kanak dan untuk menjadikan pendidikan tinggi diadakan kepada semua atas dasar keupayaan. Disiplin sekolah
hendaklah selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak itu. Negara hendaklah melibatkan diri dalam kerjasama antarabangsa untuk melaksanakan hak ini.
7.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi : Pn.Hjh Rosidah bt Abdul Shukor(Pengetua)
Naib Pengerusi : Pn.Roslina bt Othman(Penolong Kanan Pentadbiran)
Pn.Hjh Noor Mizah bt Ghazali( Penolong Kanan HEM )
Setiausaha : En.Ariffin bin ahmad
Penyelaras : En.Rafizan bin Mohammed Zain
Ahli Jawatankuasa : Sambutan/Disiplin dan kawala
Semua Guru KananSemua Guru Mata Pelajaran Penyelaras Tingkatan 3Penyelaras Tingkatan 5Penyerlaras Tingkatan 6
PA System dan LCD
1. En.Muzauwadi bin Datar2. En.Bukhairi bin Zakaria
Disiplin dan Keselamatan: 1. En.Baharuddin bin Ariffin2.En Khairuddin bin Sabran
. Jamuan VIP 1. En.Abd.Ghani bin Omat
Jamuan Pelajar 1.Mohamed Mohainudin bin Md Hanifa
8.0 ANGGARAN PERBELANJAANBayaran Penceramah : RM 400.00Jamuan Ibubapa RM 500.00Jamuan Pelajar RM 1000.00
JUMLAH RM 1900.00
9.0 SUMBER9.1 PCG Kaunseling RM 900.009.2 Sumbangan PIBG RM 1000.00
JUMLAH RM 1900.00
10.0 PENUTUP
Adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini , bilangan pelajar cemerlang SMK Seri Manjung akan meningkat dan seterusnya meningkatkan band sekolah tahun ini dari Band 3 ke Band 2. Namun demikian ibu bapa, pihak sekolah perlulah bekerjasama dalam merangsang minda anak-anak atau pelajar dalam mencipta kecemerlangan dan hasrat sekolah tercapai
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
……………………… …………………………..Setiausaha Pengetua