Post on 16-Feb-2015
Pendahuluan
Memanglah menjadi hasrat setiap pasangan suami isteri untuk mendapat zuriat yang
berpontensi tinggi dan berkeupayaan mencapai kecemerlangan dalam bidang yang diceburi
apabila dewasa kelak. Corak kehidupan masa kini amatlah memberi penekanan terhadap
pencapaian intelek yang tinggi serta kemahiran yang sesuai dengan kehendak masyarakat dan
negara.
Penekanan terhadap kecemerlangan telah menggalakkan penubuhan intitusi -intitusi yang
menawarkan program -program pengayaan (enhancement programes ) yang bertujuan untuk
melengkapkan anak -anak dengan kemahiran membaca , menulis , dan mengira dari kecil lagi.
Institusi -intitusi ini juga mengaturkan aktiviti -aktiviti atau kurikulum yang menekankan aspek
penyampaian maklumat dalam aktiviti -aktiviti harian kanak -kanak tersebut. Pengusaha -
pengusaha tadika berlumba -lumba untuk memberikan program pengayaan kepada anak -anak
murid mereka dengan menggunakan berbagai -bagai teknologi pembelajaran yang dikatakan
sesuai dan boleh meningkatkan teknologi pembelajaran yang dikatakan sesuai dan boleh
meningkatkan prestasi intelek kanak -kanak.
Pengalaman yang diperoleh daripada program -program intervensi ke atas kanak -kanak cacat
telah membolehkan para profesional memahami konsep by pass strategies , iaitu strategi -
strategi yang membolehkan kanak -kanak cacat memperoleh sesuatu kemahiran dengan
menggunakan keupayaannya. Umpamanya , seorang kanak -kanak pekak boleh berhubung
dengan menggunakan bahasa isyarat , kanak -kanak buta boleh membaca menggunakan
braille dan kanak -kanak spastik yang lemah anggota kakinya boleh berjalan dengan
menggunakan alat yang dinamakan orthosis.
Pendidikan khas adalah program atau perkhidmatan yang dibina untuk memenuhi keperluan
kanak-kanak berkeperluan khas. Oleh kerana keperluan setiap kanak-kanak adalah berbeza,
pendidikan khas memerlukan fleksibiliti dan motivasi dalam amalan pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Strategi dan teknik pengajaran yang diubah suai untuk diserapkan ke
dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kelas biasa. Perlaksanaan sesuatu program
pendidikan khas juga memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan melibatkan hak-hak asasi
manusia dan persamaan peluang.
Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani,
dan juga pendidikan yang berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk
pendidikan khas ini juga sebahagian daripada kurikulum biasa yang telah diubah suai dengan
tujuan memenuhi keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis
kecacatan/ kurang upaya
Terencat Akal
Definisi
Terencat akal - individu mempunyai kefungsian mental yang terhad menghadapi masalah
dalam kemahiran berkomunikasi, menjaga diri sendiri, kemahiran sosial. mengakibatkan
perkembangan dan pembelajarannya lambat berbanding kanak-kanak biasa.
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya
pemikiran yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran. Mereka yang kerencatan
akal yang teruk (severe mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap atau menjaga diri.
Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya mempunyai masalah mempelajari cara-cara
hidup seperti menjaga diri. Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-kecacatan fizikal/anggota,
penglihatan dan pendengaran. Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang terlibat
kerencatan akal.
Evans (1983) mendefinisikan kerencatan mental sebagai individu yang tidak dapat belajar
secepat orang yang normal; tidak dapat menyimpan maklumat sebaik mereka yang normal,
dan tidak memahami dengan jelas serta sukar menggunakan maklumat yang diperlukan
dalam sesuatu situasi kepada situasi yang lain. Persatuan Kerencatan Mental Amerika
(AAMR) mendefinisikan terencat akal sebagai:
“Mental retardation is a disability characterized by significant limitations both in intellectual functioning and in adaptive behavior as expressed in conceptual, social, and practical adaptive skills.This disability originates before age 18.”
Antara dua perkara yang perlu diberi perhatian sebelum seseorang itu boleh diklasifikasikan
sebagai kerencatan mental ialah:
a. Kefungsian Intelektual Kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti sebagai berfungsi pada
tahap intekletual di bawah paras normal. Untuk menentukan tahap ini, ujian kecerdasan lazim
digunakan.
b. Tingkah Laku Adaptasi Kebolehan kanak-kanak kerencatan mental dikenal pasti menurut
sejauh manakah mereka berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling seperti bercampur
gaul, menjaga diri sendiri, berkomunikasi dan sebagainya.
Ciri- Ciri Terencat Akal
Menurut Marilyn Friend (2005), ciri-ciri individu terencat akal ialah:
Ciri Kognitif
i.Ingatan
Kanak-kanak terencat akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang
sepatutnya dilakukan atau lupa perkara baru yang dipelajari.
ii.Generalisasi
Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat genealisasi dalam akademik,
tingkah laku, dan interaksi sosial.
iii.Metakognisi
Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka sukar menyelesaikannya.
iv.Motivasi
Mereka mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu
tugasan dan mudah putus asa.
v.Bahasa
Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa seperti mengambil masa yang lama
untuk memahami konsep mudah seperti atas, bawah, tepi dan sebagainya.Perolehan bahasa
mereka kurang tepat daripada segi struktur dan kandungan.
Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran kanak-kanak terencat akal biasanya perlu bekerja lebih keras,
membuat latihan banyak, dan memerlukan masa yang lama berbanding murid-murid normal
yang lain.
Ciri Sosial
Kebiasaannya mereka kurang diterima oleh rakan sebaya menyebabkan mereka
berkelakuan tidak matang, tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi social dan mempunyai
masalah menguasai kiu-kiu sosial halus sehingga aksi-aksi mereka sering disalah tafsir oleh
murid-murid lain.
Ciri Tingkah Laku Tambahan
Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal yang menunjukkan tingkah laku yang
khusus seperti mahukan ganjaran tertentu, menarik rambut,
menggigit atau tabiat suka mencederakan diri.
Ciri Emosi
Mereka perlukan perhatian akibat daripada perasaan kesunyian, kemurungan, dan juga
kemahiran sosial.
Ciri Fizikal dan Kesihatan
Mempunyai masalah kesihatan sampingan selain kecacatan yang dialami seperti penyakit
jantung berlubang dan sebagainya.
Punca – Punca Terencat Akal dan Langkah Pencegahan
Sebilangan daripada kanak-kanak sebegini akan dikenal pasti kerana mengidap salah satu
daripada punca-punca yang ada seperti masalah perinatal atau meningitis. Sindrom Downs
mempunyai ciri-ciri tertentu dan akan dikenal pasti sebagai terencat akal. Sebilangan besar
kanak-kanak yang terencat akal akan dikesan semasa pihak doctor membuat ujian
perkembangan –developmental assessment. Mereka harus dirujuk kepada pakar kanak-kanak
untuk siasatan yang mendalam.
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk disebabkan oleh keabnormalan genetik
seperti sindrom Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30% disebabkan oleh meningitis dan
masalah prenatal manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu. Kanak-kanak sebegini
mempunyai ukuran IQ (intelligence quotient) kurang daripada 50. Kebanyakan kanak-kanak
yang kurang teruk kerencatan akal (IQ diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya.
Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi serebrum atau masalah perinatal.
Persatuan Kerencatan Mental Amerika (AAMR) telah mengklasifikasi sebab-sebab
kerencatan akal kepada tiga kategori umum iaitu Pranatal (berlaku sebelum kelahiran
bayi), Perinatal (berlaku semasa kelahiran bayi) dan Posnatal (berlaku selepas kelahiran
bayi).
Masalah Pranatal
1-Peringkat Prenatal ( sebelum kelahiran bayi)
2-Peringkat Perinatal ( semasa kelahiran bayi)
3-Peringkat pasca natal / post natal ( selepas kelahiran bayi)
1-Peringkat Prenatal
a.Baka
Ini disebabkan didalam kromosom yang menyebabkan sindrom Down ataupun Mongoloid,
kanak- kanak ini mempunyai 42 kromosom berbanding kanak- kanak normal iaitu
46 kromosom. (Istilah Sindrom merujuk kepada symptom atau cirri-ciri yang menentukan
sesuatu penyakit ataupun keadaan )
b. Jangkitan
Kecacatan di bahagian otak atau sistem saraf yang berlaku sewaktu proses mengandung.
Ibu yang menghidap campak, rubella, atau siflis . Jangkitan ini akan memnyebabkan
kecacatan embrio. ( Rubella sejenis demam campak. Siflis sejenis penyakit berjangkit
melalui hubungan sulit )
c. Dadah dan alcohol
Dadah terdapat dalam pelbagai bahan seperti bahan pembekuan, pencegahan pembekuan,
steroid, kuinina, hormon, antibodi danautihistamin. Penggunaan dan pengambilan barang ini
oleh ibu mengandung mestilah mendapat nasihat dan persetujuan doctor. Alkohol boleh
membantutkan perkembangan janin. ( contoh dadah dan ubatan yang berbahaya ialah
rokok, alcohol, dan logam berat plumbum.)
d. Pemakanan
Kurang zat makanan sewaktu proses mengandung. Tiada pemakanan seimbang,
kekurangan, vitamin dan protein.e. Bahan kimia / sinaran X- Pencemaran alam sekitar oleh
bahan kimia memberi kesan kepada kesihatan. Bahan Kimia akan masuk ke dalam tubuh
melalui air, makanan, dan udara.
2-Peringkat Perinatal
Pelbagai masalah boleh timbul semasa kelahiran seseorang bayi sehingga menyebabkan ia
dilahirkan cacat.
a. Bayi yang dilahirkan dalam keadaan tidak cukup matang atau berat badan kurang daripada
2500g mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami kecacatan.
b.Usia kandungan adalah penting kerana akan menentukan kematangan organ dalaman janin
yang sedang berkembang. Kelahiran pada usia kandungan 21-34 minggu, peluang bayi untuk
hidup adalah tinggi.
c. Punca kelahiran pramatang ialah pemakanan ibu yang tidak seimbang juga penggunaan
dadah dan merokok oleh ibu.
d.Ibu yang mengalami kesukaran melahirkan anak seperti terpaksa menggunakan forcep
dan vakum semasa proses kelahiran.
e. Penyakit herpes simplex iaitu penyakit yang berjangkit melalui hubungan seks. Ibu yang
menghidap penyakit ini terutamanya di bahagian genetalia mempunyai kemungkinan tinggi
melahirkan bayi cacat.
f. Kekurangan oksigen semasa kelahiran boleh mencederakan otak seseorang bayi sehingga
menyebabkan kerencatan mental.
3- Peringkat Posnatal/ pasca natal bayi yang dilahirkan tanpa sebarang kecacatan kurang
upaya boleh mengalami kecacatan mungkin disebabkan penyakit, keadaan persekitaran
dan kemalangan.
a. Penyakit - Penyakit Encephalitis disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan
jika tidak dirawat menyebabkan kerencatan otak. Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan
yang dijangkiti rabies. Meningitis disebabkan oleh virus dan bacteria yang menyerang tisu otak
dan tulang belakang. Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah. Jika
tidak dirawat dengan segera kerencatan akal akan berlaku.
b. Persekitaran kehidupan keluarga yang miskin menyebabkan kekurangan kemudahan dan
bahan memperkembangkan fizikal dan mental. Kebanyakkan saintis berpendapat IQ
seseorang boleh berubah mengikut keadaan alam sekeliling.
c. Pencemaran alam sekeliling juga boleh menyebabkan kerencatan mental kanak-kanak yang
terdedah dengan logam berat seperti plumbum, dan merkuri melalui makanan atau
pernafasan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi dan
sebahagiannya mengalami kerencatan akal. Contoh keracunan plumbum ialah lead poisoning
seperti cat rumah,paip air dan petrol.
Penyebab utama kanak-kanak terencat akal yang ditemui di hospital.
1. Palsi serebrum
Palsi serebrum yang dipanggil Cerebral Palsy (CP) dalam bahasa Inggeris merupakan salah
satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak tertentu yang
mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan.
Ia boleh berlaku semasa seseorang itu masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia
dilahirkan atau dalam beberapa tahun pertama selepas dia dilahirkan.
Bahagian-bahagian otak yang mengalami kerosakan itu tidak akan sembuh buat selama-
lamanya. Walaubagaimanapun, kerosakan itu juga tidak akan bertambah teruk. Hal ini
bermaksud kerosakan itu akan berkekalan. Oleh itu, individu-individu palsi serebrum akan
mengalami ketidakupayaan tersebut sepanjang hidup mereka. Mereka akan mengalami
masalah pergerakan badan di mana motor kasar dan motor halus mereka terjejas. Mereka akan
mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti harian seperti berjalan, menguruskan diri,
makan, menulis dan sebagainya.
Individu yang mengalami palsi serebrum adalah unik. Keadaan fizikal seseorang individu palsi
serebrum adalah berbeza dengan individu palsi serebrum yang lain. Tiada dua individu palsi
serebrum yang mengalami tahap ketidakupayaan yang sama. Tahap ketidakupayaan
seseorang individu itu boleh dikategorikan dari sangat minima hingga sangat teruk. Seseorang
yang dikategorikan pada tahap sangat minima biasanya berupaya menjalani kehidupan harian
seperti biasa tanpa sebarang bantuan. Sebaliknya seseorang yang dikategorikan pada tahap
sangat teruk pula memerlukan penjagaan sepanjang hari. Dia bergantung sepenuhnya pada
orang lain untuk melakukan segala aktiviti harian termasuk bergerak dan makan.
Secara umumnya, palsi serebrum boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu spastik (spastic),
athetosis (athetoid) dan ataxia (ataxic). Seseorang itu mungkin juga mengalami gabungan dua
atau ketiga-tiga jenis palsi serebrum. Selain itu, mereka yang mengalami palsi serebrum
biasanya juga mengalami ketidakupayaan atau masalah lain. Ia termasuklah masalah
pertuturan, masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah pembelajaran, terencat akal,
masalah tingkahlaku, epilepsi dan masalah pertumbesaran.
Sungguhpun palsi serebrum tidak dapat diubati, namun keadaan fizikal seseorang mereka
boleh bertambah baik dengan menjalani terapi seperti fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi
pertuturan; pengambilan ubat untuk mengurangkan ketegangan otot dan mengawal epilepsi;
menjalani pembedahan untuk mengurangkan ketegangan otot atau memperbetulkan anatomi
yang abnormal dan sebagainya.
2. Sindrom Downs
Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang terlibat lahir dengan ciri-ciri
fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-masalah kesihatan yang berkaitan dengannya
Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada
sesuatu penyakit Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon
Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866.
Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko menjadi tinggi
dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil.
Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah kanak-kanak itu bagi mengesan
kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian juga boleh dilakukan semasa
kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan ultrasound atau analisis cecair mentuban (amniotic
fluid)
Ciri-ciri fizikal
Tubuh yang pendek
Kepala bersaiz kecil
Raut wajah yang rata dengan kedudukan mata sedikit ke atas
Lidah terjelir
Satu garis lurus di tapak tangan, tangan yang besar, jari tangan yang pendek dan jurang
yang besar di antara ibu jari dengan jari kedua kaki.
Pertumbuhan yang lambat.
Kecacatan mental yang ringan atau sederhana
Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan
Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur, Kanak-kanak berkeadaan
lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.Lambat atau
sukar dalam pembelajaran Lambat dalam pertuturan
Kanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan
khas dan rawatan pertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang
kemudahan perkhidmatan pemulihan kanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir
dengan tempat tinggal.
Penyakit jantung kongenital
Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit
jantung berbanding dengan kanak-kanak biasa. Doktor akan membuat saringan terhadap
kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantung kongenital dan
merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan
atau pembedahan.
Kecacatan pertumbuhan perut, Intestinal atresia, Tiada dubur
Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang
berlaku, tetapi kadar kejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
Mudah mendapat jangkitan
Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera
bila demam atau nampak kurang sihat.
Pencegahan, penjagaan dan rawatan pesakit yang terencat akal
1. Ibubapa memahami bahawa kerencatan akal berlaku bukannya kerana kesilapan mereka.
Ibubapa akan diberi keterangan mengenai punca kerencatan akal dan apakah yang harus
dibuat untuk menjamin keselesaan hidup pesakit dan keluarga. Menjamin pesakit dijaga di
rumah keluarga dan bukannya di hospital atau rumah kebajikan.
2. Menjamin pesakit akan menerima bimbingan dan pengajaran untuk mengatasi masalah yang
dihadapi. Misalnya seorang yang berkerencatan akal yang kurang serius tetapi mengalami
masalah pendengaran patut diberi tunjuk ajar untuk menolongnya bercakap (terapi percakapan
dan bahasa dan sign language) dan sekiranya diperlu alat pendengaran (hearing aids) patut di
beli.
3. Menjamin pesakit diberi sokongan untuk belajar mengguna alat-alat yang sedia ada untuk
membuat kerja harian dan berfungsi seberapa normal yang boleh. Misalnya pesakit tidak boleh
berjalan, kerusi beroda (wheel chair) dapat disediakan ataupun "calipers" untuk menguatkan
kaki pesakit dapat disediakan. Kesemua alat-alat ini boleh diperolehi dari Jabatan Pemulihan
Carakerja (Occupational Therapy)
4. Memastikan bahawa semua masalah perubahan yang berkaitan dengan kerencatan akal
pesakit diberi rawatan yang tertentu tanpa kesan sampingan. Umpamanya sawan akan dirawati
dengan ubat antikonvulsant, masalah muntah-muntah harus diberi perhatian, infeksi kencing
dan sembelit mesti dirawati. Masalah psikologi tidak patut dihindarkan. Penilaian penglihatan
dan pendengaran juga mesti dilakukan.
5. Memastikan otot-otot dan sendi-sendi berada didalam keadaan yang normal dan tidak terjadi
kontraktur dan kelemahan. Pihak fisioterapi mesti memberi masa untuk mengajar dan
menggalakkan ibubapa supaya senaman yang dipilih dapat dilakukan dirumah.
6. Menjamin persekolahan yang dipilih sesuai dengan tahap pencapaian pesakit. Misalnya
pesakit yang buta boleh dididik di sekolah biasa dengan syarat-syarat tertentu. Pesakit yang
mengalami kerencatan akal yang teruk boleh dijaga di pusat-pusat seperti Pusat Spastik atau
Wisma Harapan. Pesakit Sindrom Downs mempunyai persatuan tertentu.
7. Memastikan soal kewangan mencukupi. Keluarga yang amat miskin boleh dirujuk kepada
pihak kebajikan atau badan-badan sukarela.
Tugasan 2
Pendidikan Khas di Malaysia .
Takrif Sekolah Khas
Pendidikan khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
Sekolah Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.
Program Pendidikan Khas Integrasi disediakan untuk murid-murid berkeperluan khas
bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. la
diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah
teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara
pengasingan dan separa inklusif.
Di antara program yang ditawarkan ialah:
Prasekolah
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
Berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus
diri tanpa bantuan orang lain.
Pelajaran Rendah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
berumur 6+ hingga 14+ tahun disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan
yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma.
Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum
kebangsaan atau kurikulum alternatif.
Pelajaran Menengah
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:
Berumur 13+ hingga 19+ tahun, disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri
tanpa bantuan orang lain
Pelajaran menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.
Pendidikan Teknik dan Vokasional
i) Sekolah Khas
Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata
pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah
Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.
ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran
Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru
Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah
Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor
Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak
Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan
Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah
Tempoh Pengajian
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas rendah adalah enam (6) tahun.
Tempoh belajar bagi murid-murid berkeperluan khas menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana-mana peringkat iaitu
samada rendah atau menengah mengikut keperluan murid berkenaan.
Masalah Penglihatan
Masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak -kanak yang
memerlukan pendidikan kerana masalah penglihatan. Kaedah penyampaian pembelajaran dan
bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-kanak ini supaya dapat
mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka.
Punca masalah penglihatan
a.Baka dan keturunan
b.Komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
c.Rubella - rubella adalah penyakit virus berjangkit seakan -akan cacar yang boleh
menyebabkan kecacatan kepada bayi sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yang mengandung
antara satu hingga tiga bulan.
d. Sifilis
d. Kecederaan
Ciri-ciri masalah penglihatan ;
a). Rupa
- Bebola mata yang selalu berputar -putar.
- Tidak bertindak balas dengan cahaya.
- Mata yang selalu bergerak -gerak.
b). Tingkah laku
- Selalu memusing kepala ke sebelah sehaja
-Kerap berkelip
-Kerap menggosok mata
c). Aduan
- Selalu mengadu sakit kepala
- Penglihatan yang kabur
- Nampak 2 imej pada 1 objek.
Masalah Pendengaran
Masalah pendengaran adalah masalah yang menjejaskan komunikasi atau memahami apa
yang diperkatakan oleh orang lain.
Punca masalah pendengaran :
Jangkitan telinga kronik
Faktor keturunan
Kecacatan kongenital
Sakit kuning yang teruk semasa bayi
Penggunaan dadah ototoksik
Jangkitan virus atau bakteria
Proses penuaan dan tumor.
Ciri-ciri masalah pendengaran ;
kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas
Kelihatan selalu berkhayal
Buitr-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal
Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi
Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur
Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.
Masalah-masalah sampingan yang dihadapi
Dengan kesedaran tentang pentingnya integrasi dikalangan pelajar-pelajar berkeperluan khas
untuk mendapatkan pendidikan bersama pelajar-pelajar normal maka pendidikan yang bercorak
pengasingan sudah tidak sesuai. Kini keperluan pendidikan pelajar-pelajar berkeperluan khas
berorientasikan kepada komuniti sebenar. Mereka sememangnya berhak untuk belajar seiring
rakan-rakan normal yang sebaya dengan mereka di sekolahsekolah biasa. Bagaimanakah
pelajar-pelajar berkeperluan khas ini dapat belajar di program-program percantuman
Pendidikan Khas di sekolah-sekolah biasa ?. Adakah guru-guru kelas biasa mahu pun
pentadbir sekolah dapat mengurus dan memenuhi keperluan khas pelajar-pelajar berkenaan ? .
Sudah pasti ianya memerlukan pengetahuan dan kemahiran tertentu untuk melaksanakannya.
Oleh yang demikian, melatih dan menyediakan guru-guru khas bagi mendidik pelajar-pelajar
berkeperluan khas ini adalah menjadi satu keperluan. Kewujudan program-program Pendidikan
Khas di sekolah biasa, merupakan satu cabaran yang perlu dihadapi oleh guru-guru kelas dan
pentadbir di sekolah-sekolah biasa (Marozas dan May, 1988). Sikap positif semua personal
memainkan peranan penting bagi mewujudkan program percantuman Pendidikan Khas yang
efektif. Di sini, guru Pendidikan Khas memainkan peranan yang amat penting sebagai ejen
pemangkin bukan sahaja kepada kejayaan pelajar itu sendiri bahkan juga kepada
keberkesanan dan kejayaan sesebuah program Pendidikan Khas.
Terdapat beberapa kekangan yang perlu diatasi antaranya:
a. Pembahagian tugas : Guru bilik darjah biasa tidak memberi sokongan dan kerjasama kepada
pengajaran pemulihan dan murid-murid berpendidikan khas yang diletakkan dalam kelas
inklusif.
b. Penyelarasan pengajaran: Terdapat jurang perhubungan antara guru bilik darjah biasa
dengan guru Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas memisahkan diri dan pengajaran
daripada kurikulum biasa. Tidak ada penyelarasan antara isi kurikulum kelas biasa dengan
kelas pemulihan. Keadaan ini menjejaskan pembelajaran murid.
c.Tanggungjawab : Guru kelas biasa menjauhkan diri dari terlibat dengan program khas
pemulihan. Banyak kajian menunjukkan bahawa terdapat kurang kerjasama yang ditunjukkan
oleh guru kelas biasa ini dan ini didapati salah satu yang menjadi faktor murid-murid
menghadapi masalah dalam pembelajaran.
d. Beban tugas : Guru Pendidikan Khas banyak diberikan tugas ko-kurikulum dan lain-lain
apabila mereka tidak dapat menjalankan tugas dengan sempurna, ia memberi gambaran yang
negatif kepada guru lain sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bekerjasama.
e. Alatan / Kelengkapan : Keadaan bilik darjah untuk murid-murid Pendidikan Khas yang jauh
terasing, atau ditempat yang tidak selesa seperti dibawah tangga, dekat dengan kantin, dan
bilik yang terlalu kecil. Kelengkapan asas juga tidak ada, atau tidak mencukupi.
f. Hubungan dengan guru besar dalam program Pendidikan Khas : Guru besar kurang
mendapat pendedahan mengenai program pemulihan atau kelas Pendidikan Khas. Keadaan ini
ada kalanya menjadikan guru besar menganggap kerja dan tanggungjawab guru Pendidikan
Khas senang dan ringan. Oleh itu mereka diberikan tugas lain seperti menjadi Guru Sumber
atau bilik sumber, atau jawatan-jawatan lain.
g. Hubungan dengan ibubapa yang mempunyai anak istimewa: Ibubapa kurang menunjukkan
minat dalam pembelajaran anak-anak istimewa ini. Sebagai contoh, tidak datang berjumpa
guru walaupun diminta untuk datang berjumpa dengan guru. Hal ini adalah disebabkan ibubapa
tidak diberi penerangan tentang fungsi kelas pemulihan atau kelas khas yang dijalankan untuk
anak-anak mereka.
Sesetengah pengetua dan guru tidak menerima secara positif penempatan murid-murid
berkeperluan khas di sekolah-sekolah mereka. Mereka menganggap murid-murid tersebut akan
menjejas prestasi sekolah dalam peperiksaan dan menyusahkan pengurusan / pentadbiran
sekolah. Pihak sekolah (guru besar, guru dan murid) perlu menerima secara positif murid-murid
tersebut dan membenarkan mereka belajar menurut tempuh dan kemampuan masing-masing.
Mereka mempunyai hak yang sama untuk mendapatkan layanan serta pendidikan yang terbaik
agar potensi mereka dapat berkembang ke tahap yang optimum. Ada guru yang tidak berminat
dan tidak mempunyai latihan langsung untuk mengajar murid-murid berkeperluan khas. Jika
guru tidak berminat untuk mendidik murid-murid berkeperluan khas, ia akan menjejaskan murid-
murid tersebut. Demikian juga jika guru tidak mempunyai latihan. Justeru, jikalau tidak ada guru
yang terlatih dalam bidang Pendidikan Khas, pihak sekolah perlu mencari guru yang berminat,
yang sedia untuk belajar ‘on the job’ dan amat prihatin serta penyayang. Hubungan
kepenyayangan (caring relationship) amat mustahak dalam hubungan guru-murid bagi murid-
murid berkeperluan khas.
Pakar-pakar yang perlu dilibatkan.
Selain Kementerian Pendidikan Malaysia, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-
Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata
tempat di negara kita. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan
pendidikan khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Children’s Assocation) yang menyediakan intervensi
awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran
hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di
antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang komited kepada
kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6
tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom
down di merata tempat dalam Malaysia.
Pendidikan Khas di Luar negara
Seperti juga di Malaysia, pada peringkat permulaannya pelaksanaan pendidikan khas di barat,
khususnya di Britain dan di Amerika tidak begitu mendapat perhatian.
Namun, berbanding di Malaysia perkembangan dan pembangunan di negara barat lebih cepat
dan maju, supaya dapat membandingkan perkembangan dan pembangunannya dengan apa
yang berlaku di Malaysia.
Di Malaysia, kepesatan pembangunan pendidikan khas bermula apabila Akta Pendidikan 1996
diwartakan dan di Amerika apabila Public Law 1975 diperkenalkan.
Manakala di Britain pengumuman Warnock Report 1978 merancakkan perkembangan
pendidikan khas. Kedua-dua negara tersebut mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal
daripada Malaysia yang kesannya amat besar dari aspek pertumbuhan dan perkembangan
serta kemajuan dalam pendidikan khas.
Dalam hal ini, sudah tentu pihak Kementerian Pendidikan, badan-badan NGO dan pertubuhan-
pertubuhan luar negara yang terlibat mempunyai kepakaran dalam pendidikan khas dan boleh
dijadikan rujukan bagi mengatasi masalah yang dihadapi dan membangunkan pendidikan khas.
PELAN TINDAKANPENDIDIKAN KHAS
MEMBANGUNKAN MODAL INSAN
FOKUS : MENINGKATKAN KEUPAYAAN DAN MENGUASAI KEMAHIRAN ILMU PENGETAHUAN
BIL PROGRAM/ PROJEK
T/ JAWAB TEMPOH KOS/ SUMBER
OUTPUT INDIKATOR PRESTASI
SASARAN
1
2
3
Meningkatkan pengetahuan kemahiran membaca, menulis dan mengira di kalangan pelajar
Meningkatkan penguasaan kemahiran pengurusan diri dan berdikari di kalangan pelajar
Membentuk pemikiran kritis, kreatif dan movatif di kalangan pelajar
Ketua Penyelaras
Ketua Penyelaras
Ketua Penyelaras
Januari hingga November
Januari hingga November
Januari hingga November
Alatan / Dana bekalan kerajaan
Alatan / Dana bekalan kerajaan
Alatan / Dana bekalan kerajaan
Murid-murid menguasai isi pelajaran, kemahiran membaca, menulis dan mengira
Murid-murid menguasai kemahiran pengurusan diri dan berdikari.
Murid-murid menguasai kemahiran berfikir
Peningkatan penguasaan kemahiran membaca, menulis dan mengira
Peningkatan penguasaan kemahiran pengurusan diri dan berdikari
Peningkatan penguasaan kemahiran berfikir.
Murid-murid mengikut tahap penguasaan
Murid-murid mengikut tahap penguasaan
Murid-murid mengikut tahap penguasaan
Rujukan
Evans, D. P. (1983). The lives of mentally retarded people. Boulder, CO: Westview Press.
ITNM.,2007.Keperluan Pendidikan Khas dan Internet, Percetakan Halim Sdn. Bhd., Selangor.
Jamila K.A. Mohamed, 2005, Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istemewa, PTS Professional
Publishing Sdn.Bhd., Pahang.
K.A. Razhiyah, 2005, Menjadi Guru Pendidikan Khas, PTS Professional Publishing
Sdn.Bhd.,K.L
Marilyn Penovich Friend, 2005, Special Education: Contemporary Perspectives For School
Professionals. Pearson/A and B, University of North Carolina, Greensboro.