Keledek ladang kontrak beri pulangan...

Post on 26-Dec-2019

26 views 0 download

Transcript of Keledek ladang kontrak beri pulangan...

Keledek ladang kontrak beri pulangan lumayanOleh Mariam Mas Yaacob

SEKTOR pertanian masa kini semakinberkembang seiepas peltiagai program dilaksanakan Pengeluaran hasil

pertanian melalui sistem ladang kontraksudah lama dipraktikkan bagi membolehkan pengusaha menumpukan sepenuhnyaterhadap peningkatan pengeluaran hasil

Ladang kontrak adaiah pakatan strategikantara pengeluar dan pemasar bagi menangani lambakan hasil disebabkan masalahpasaran yang berhubungkait dengan kualitidan mutu hasil keluaran

Pertubuhan Peladang Kawasan PPK Johor Bahru Timur mempraktikkan ladangkontrak melalui jalinan kerjasama dengaiLembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan Fama bagi mengusahakan tanaman keledek gendut dan merah di Zon PengeluaranMakanan Sedili Kota Tinggi Johor

Konsep ladang kontrak sudah banyak diusahakan di Johor dengan peltiagai jenistanaman makanan Antara jenis tanamanmakanaii dan tempat yang sudah dan akandiusahakan secara ladang kontrak ialah tanaman jambu batu di PPK Muar Tengahtanaman nanas di PPK Pontian Tengahtanaman nangka madu mastura di Sedilitanaman sayuran kacang panjang dan sayuran campuran di PPK Pontian Tünur

Projek tanaman keledek im pada awalnyadilaksanakan oleh usahawan tetapi kurangberjaya kerana aspek pengeluaran tidakdiberi penekanan Melalui konsep ladangkontrak antara PPK dan Fama penekananterhadap pengeluaran hasil bermula peringkat penyediaan tapak hingga ke peringkat pemasaran yang dipantau secaraberjadual

Pemantauan pelaksanaan projek akan dibuat oleh Jabatan Agensi MOA Ine manakala pihak Fama pula akan menentukankualiti au kuantiti yang diperlukan mengikut gred

Mengikut konsep berkenaan PPK atauusahawan yang terbabit perlu mengikutispesifikasi ditetapkan oleh Fama berhubungvarieti keledek jadual penanaman dan jangkamasa pengeluaran serta kuantiti hasil

Penilaian sebenarkos hektar akan dibuat

oleh pihak Jawatankuasa MOA Ine dan jadual operasi akan dimaklumkan setelah menerima laporan daripada pihak terbabit Dalam hal ini PPK akan memberi tumpuanterhadap aspek pengeluaran manakala Fama tertumpu kepada segi pemasaran

Seüap kos yang terbabit berkaitan pengeluaran akan disahkan oleh Jawatankuasa Ladang Kontrak Daerah Pihak Famatidak terikat dengan penentuan harga sebaliknya ia akan ditetapkan mengikut keadaan semasa

Fama memberi jaminan bahawa hargayang ditawarkan kepada PPK dan usahawanmelebihi harga kos pengeluaran

Penentuan jadualpengeluaran adaiah berasaskan kepada keupayaan pengeluar dankebiasaannya tiga hingga lima tan metrik 0 4 hektar mampu dikeluarkan setiapminggu Di samping itu jadual pengeluaranhendaklah disesuaikan untuk tempoh setahun bermula Julai hingga September setiap tahun

Pada masa itu jumlah pengeluaran yangdiperlukan mencecah 10 tan semmggu Jadual pengeluaran hasil juga perlu dibuatpada musim panas kerana harga pada musim itu agak tinggi

Penentuan harga di ladang ditetapkanmengikut harga di Pasar Borong Kuala Lumpur dan Johor Bahru Harga akan ditentukan 50 peratus pada peringkat ladang danselebihnya ditentukan mengikut permintaan pasaran

Kaedah penentuan harga setiap kilogramkeledek daripada peringkat ladang hinggakepada pengguna contohnya ialah harga diladang 50 sen harga borong 85 sen dan hargapengguna ialah RM1 50

Penentuan harga turut dipengaruhi oleh

gred keledek yang dijual Bagi mendapatkanharga tinggi di pasaran keledek perlu digred terlebih dulu Secara keseluruhan ke

ledek hanya mempunyai dua gred iaitu gredA yang bersaiz besar dan berasaskan varietidengan purata berat 500 gm biji dan gred Byang bersaiz sederhana dengan anggaranberat tiga biji setiap kilogram

Keledek yang dihasilkan pula perlu dibungkus mengikut Standard pasaran iaitu10 kg unit dengan tempoh dua minggu jaminan kualiti seiepas dikutip Bagi menambah pendapatan untuk menampung kos operasi tanaman keledek boleh diselang selikandengan tanaman labu Taiwan kerana iamampu mengeluarkan hasil seiepas enambulan ditanam selain mudah dipasarkan

PPK dan usahawan yang terbabit dalamprojek tanaman keledek ini perlu memberifokus kepada aspek pengeluaran denganberpandukan Amalan Pertanian BaikGAP Usahawan juga akan diberi pende

dahan melalui lawatan ke projek yang berjaya manakala PPK akan menyelaras dalamaspek pengeluaran termasuk perkhidmatankepada usahawan bagi memastikan projekberjaya

Penulis ialah Timbalan Ketua PengarahPembangunan Lembaga PertubuhanPeladang LPP yang juga Alumni UPMKelas 1972 Ruangan ini dikelolakanPersatuan Alumni UPM dengankerjasama Berita Harian