Post on 07-Feb-2018
i
KAJIAN WARNA SEMULAJADI DENGAN MENGAPLIKASIKAN BAHAN
KIMIA
MALINA BT SELUHOR
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Seni Gunaan Dengan Kepujian
(Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: KAJIAN WARNA SEMULAJADI DENGAN MENGAPLIKASIKAN
BAHAN KIMIA
SESI PENGAJIAN: 2004/2005
Saya MALINA BT SELUHOR
mengaku membenarkan tesis/Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat
Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi
5. *sila tandakan
Disahkan
__________________________ ___________________________
Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia
Tarikh: Tarikh:
Alamat Tetap:
Kampung Sesok Baru,
96400,Mukah Sarawak.
Catatan: *Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
*Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa
Organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan
Sebagai SULIT atau TERHAD
(Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan seperti termaktub di
dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan
oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) SULIT TERHAD
SULIT
TIDAK TERHAD
iii
Projek bertajuk “Kajian Warna Semulajadi Dengan Mengaplikasikan Bahan Kimia”
telah disediakan oleh Malina Bt Seluhor dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan
dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan
Kepujian (Teknologi Seni reka Tekstil dan Fesyen)
Diterima untuk diperiksa oleh:
__________________________
(Dr. Nazlina Shaari)
Tarikh:
__________________________
i
ISI KANDUNGAN
Isi kandungan ………………………………………………………………..i-ii
Penghargaan ……………………………………………………………..…iii
Abstrak …….………………………………………………………….……iv
Abstract …….……………………………………………………….………v
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan ……………………………………………………..……...1-2
1.0.1 Kategori warna semulajadi ……………………………………………3
1.1 Penyataan masalah ………………………………………..……..……...3
1.3 Objektif kajian ……………………………………………….………...3-4
1.4 Skop Kajian ………………………………………………………………4
1.5 Limitasi Kajian …………………………………………………….........4
BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.0 Pengenalan ………………………………………………………….….5
2.1 Metodologi Kajian ………………………………………………….….5
2.2 Kaedah Primer …………………………………………………….……5-6
2.3 Kaedah Sekunder ………………………………………………….…….7
2.4 Kesimpulan ………………………………………………………….….7
BAB 3 EKSPERIMEN
3.0 Pengenalan ………………………………………………………….….…8
ii
3.1 Penyediaan proses eksperimen ……………………………………….…...9
3.2 Peralatan yang digunakan dalam eksperimen……………………………....11
3.3 Penyediaan mordan………………………………………………….……...9
3.4 Proses mewarna ……………………………………………………………10-11
3.5 Proses selepas mewarna…………………………………………………….12
3.6 Kesimpulan…………………………………………………………………13
3.7 Resipi penghasilan warna pertama…….…………………………………....14
3.8 Resipi penghasilan warna kedua……………………………………….…...15
3.9 Proses penghasilan warna pertama……………………………………….....16-19
3.10 Proses penghasilan warna kedua……………………………………….….20-23
3.11 Buah yang digunakan dalam eksperimen…………………………….…....24
3.12 Ciri-ciri buah jering…………………………………………………….….24
3.13 Warna yang terhasil daripada buah jering……………………………....…25
3.14 Ciri-ciri buah Pinang………………………………………………….…....26
3.15 Warna yang terhasil daripada buah pinang…………………………….…..27
3.16 Mordan yang dugunakan………………………………………………...…28-29
3.17 Hasil eksperimen kain tidak dibasuh dengan air…………………….….….30
3.18 Hasil eksperimen terhadap kain yang dibasuh…………………………….31-32
3.19 Hasil eksperimen kain yang direndam dengan sabun………….………….33-34
3.20 Hasil eksperimen kain yang direndam dengan softlan……………………35
3.21 Hasil eksperimen kain yang terdedah pada suhu bilik…………….………36
3.22 Hasil eksperimen kain yang terdedah dengan cahaya matahari………..….37-38
iii
BAB 4 PRODUK AKHIR
4.0 Pengenalan ………………………………………………………………..39
4.1 Teknik …………………………………………………………………….39
4.2 Motif ……………………………………………………………………….39
4.3 Fabrik yang digunakan …………………………………………………….40
4.4 Rekaan pertama ……………………………………………………………40
4.5 Rekaan kedua ………………………………………………………………41
4.6 Kesimpulan ………………………………………………………………...42
BAB 5 KESIMPULAN
5.0 Pengenalan …………………………………………………………………43
5.1 Kelebihan……………………………………………………………………43
5.2 Kelemahan ………………………………………………………………….43
5.3 Kesimpulan …………………………………………………………………44
RUJUKAN
iv
Abstrak
Kajian ini tertumpu kepada eksperimentasi terhadap buah-buahan yang
berpotensi untuk penghasilan warna semulajadi. Eksperimentasi turut dilakukan
terhadap mordan yang berpotensi untuk pengekalan warna semulajadi ini. Mordan yang
digunakan adalah mordan semulajadi dan mordan bahan kimia .Selain itu penyerapan
warna terhadap kain turut dikaji bertujuan untuk mengetahui fabrik yang sesuai
digunakan untuk pewarna semulajadi ini, Kajian turut dilakukan terhadap tempoh masa
Ketahanan warna kesan daripada pendedahan cahaya dan angin.
v
Abstract
The research in an experimentation of local fruits which is potential to produce
natural dye using chemical and natural mordant. Material used in this research is focus
on natural fiber. The purpose of the study is to identify and produce materials from
natural extracts. The research will show the durability and reaction of the material
when exposed to the outdoor.
BAB 1
LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan
Pewarna semulajadi merupakan bahan pewarna yang terhasil daripada sumber
semulajadi seperti daun, buah-buahan, sayuran, akar, herba, bunga dan kulit haiwan.
Penggunaan warna semulajadi mula ditemui pada zaman awal dan zaman pertengahan
Renaissance pada 2500 sebelum masihi. Penggunaannya dalam industri pula bermula di
Mediteranean barat dan di utara Eropah. Florida, Itali pada abad ke-14 merupakan salah
satu negara yang terkenal dalam penghasilan warna, manakala pada zaman Renaissance
dan di Eropah warna semulajadi yang terpenting adalah warna indigo.
Penghasilan warna semulajadi memerlukan proses yang sempurna, warna
semulajadi akan dimasak dalam tempoh masa tertentu untuk mendapatkan warna. Di
Afrika Barat bahan pewarna daripada bahan semulajadi akan digelek untuk
mengeluarkan warna. Warna semulajadi telah digunakan dalam kehidupan seharian
masyarakat sejak zaman dahulu lagi, contohnya di Afrika Barat dan di utara Asia,
pakaian yang menggunakan warna semulajadi akan digunakan untuk aktiviti
ritual,warna semulajadi juga dijadikan untuk membezakan status dan identiti antara
golongan bangsawan dan rakyat biasa.
Penghasilan bahan pewarna semulajadi disokong oleh bahan chemical yang
dikenali sebagai mordan. Antara contoh mordan adalah alum, tawas, cuka, kapur, buah
limau, halia, kunyit, urea, simen, tar, chrome, tin, vinegar, asid tartarik dan alginate.
Penggunaan mordan adalah sangat penting untuk penghasilan warna semulajadi.
Hal ini kerana untuk menghasilkan bahan pewarna semulajadi ini memerlukan bahan
2
sokongan untuk mendapatkan hasil yang kekal. Disamping itu mordan juga berperanan
sebagai bahan untuk membantu penyerapan warna keatas permukaan kain. Penggunaan
mordan sebagai bahan campuran dalam bahan pewarna semulajadi akan membantu
menjadikan warna lebih terang dan akan mengubah warna. Selain itu, mordan
mempunyai kepentingan yang tersendiri kerana hasil eksperimentasi akan mendapat
hasil yang berlainan dengan penggunaan mordan yang pelbagai dan teknik
pencampuran mordan dalam pewarna semulajadi, hal ini kerana pencampuran mordan
boleh dilakukan selepas mewarna atau pun sebelum mewarna atas permukaan kain.
Mordan juga berperanan untuk membantu mempercepatkan pengeluran warna terhadap
sesuatu bahan. Antara contoh pewarna semulajadi adalah seperti kuning, indigo, ungu,
merah, hijau dan perang sebagainya.
Dalam kajian ini lebih menumpukan terhadap warna semulajadi yang terhasil
daripada buah-buahan tempatan yang terdapat di Sarawak. Pelbagai jenis buah-buahan
telah dijadikan bahan untuk memperoleh warna. Antara buah yang telah digunakan
adalah seperti buah jering, petai, buah pinang, buah asam kelubi, buah rotan,buah
avocado dan buah rozel. Pelbagai jenis buah tempatan telah digunakan dalam kajian ini
bertujuan untuk mengetahui buah yang berpotensi untuk memgeluarkan warna serta
warna yang kekal lama setelah menyerap pada fabrik
Manakala bagi fabrik pula, fabrik yang digunakan adalah fabrik serat
semulajadi, iaitu fabrik satin, habotai dan kapas. Penggunaan fabrik serat semulajadi
dalam eksperimen ini kerana warna semulajadi hanya akan menyerap terhadap serat
semulajadi. Berlainan serat, kualiti penyerapan warna adalah berbeza.
Kesimpulannya warna semulajadi merupakan warna yang paling unik serta
menarik di dunia. Hal ini kerana, warna semulajadi merupakan warna yang telah
3
mencetus idea unrtuk memperkembangkan warna dalam pelbagai jenis seperti warna
remazol, aniline dye,acid dye,vat dye dan sebagainya.
1.0.1 Kategori warna semulajadi
Rajah 1: Terdapat dua kategori warna semulajadi iaitu substantive dan adjective
1.1 Penyataan masalah
Warna yang terhasil daripada bahan semulajadi mudah luntur warnanya.
Pewarna semulajadi memerlukan penjagaan yang rapi
Bahan pewarna semulajadi ini tidak boleh terlalu terdedah dengan cahaya
matahari, kerana ia akan mengakibatkan warna mudah pudar.
1.2 Objektif kajian
Mengkaji bahan-bahan semulajadi daripada tumbuhan yang berpotensi sebagai
bahan pewarna.
Warna semulajadi
Substantive
(warna kekal)
Adjective
(Adjektif)
- Dihasilkan secara terus
daripada bahan warna.
- Tidak memerlukan sebarang
bahan tambahan untuk
mengeluarkan
- Warna yang kekal pada
fabrik.
- Dikenali sebagai warna
mordan
- Memerlukan bahan
tambahan untuk
menghasilkan warna.
- Bertindak secara reaktif
4
Menganalisa permasalahan hasil daripada eksperimen yang telah dijalankan.
Eksperimentasi bahan pewarna semulajadi dengan campuran mordan terhadap
pelbagai jenis fabrik.
Menghasilkan warna semulajadi daripada buah yang berpotensi.
1.3 Skop kajian
Kajian ini telah dijalan disekitar kuching, antara di bangunan Tun Jugah, iaitu
ditempat terdapatnya penggunaan warna semulajadi. Selain itu skop kajian juga turut
dijalankan di Pusat Kraftangan Cawangan Sarawak.
1.4 Limitasi kajian
Bagi limitasi kajian pula lebih kepada penggunaan bahan daripada buah-buahan
tempatan yang di terdapat disekitar Sarawak. Tujuan menggunakan buah-buahan
tempatan adalah kerana senang untuk mendapatkan sumber buah tersebut disekitar
Kuching.
Antara buah yang telah digunakan dalam kajian ini adalah seperti buah asam
kelubi, buah jering, buah pinang, buah petai dan buah rotan.
5
BAB 2
METODOOGI PENYELIDIKAN
2.0 Pengenalan
Metodologi penyelidikan merupakan kaedah yang digunakan dalam kajian untuk
pengumpulan data sumber untuk mendapatkan maklumat. Dalam metodologi
penyelidikan terbahagi kepada dua iaitu data sekunder dan data primer.
Data primer adalah maklumat yang diperolehi daripada sesi temubual atau
temuramah, pengedaran borang soal selidik dan persampelan. Manakala bagi data
sekunder pula, maklumat diperolehi daripada bahan-bahan bacaan ilmiah dan
sebagainya serta daripada pemerhatian.
2.1 Kaedah primer
Dalam kajian ini lebih menumpukan kepada hasil maklumat yang diperolehi
daripada data primer. Maklumat diperolehi daripada eksperimen yang telah dijalankan.
Hasil daripada eksperimen, antara maklumat yang diperolehi adalah bahan yang
berpotensi mengeluarkan warna serta mordan yang berpotensi untuk menyokong proses
penghasilan warna semulajadi.
2.2.1 Eksperimen
Dalam kajian ini, eksperimen telah dijalankan terhadap beberapa jenis mordan
yang berpotensi untuk menghasilkan warna. Mordan yang digunakan merupakan
mordan semulajadi dan mordan daripada bahan kimia. Mordan semulajadi yang
digunakan dalam eksperimen ini adalah seperti lengkuas, halia, kapur, tuak, buah limau,
6
asam jawa, tawas dan alum. Manakala mordan daripada bahan kimia pula adalah seperti
asid tartarik dan copper. Setiap mordan yang digunakan dalam eksperimen mempunyai
kepentingan masing-masing terhadap tindak balas dengan warna yang terhasil. Antara
tindak balas mordan terhadap warna yang terhasil adalah seperti untuk memekatkan
warna, memberi ton kepada warna serta sebagai bahan pemati warna.
Tujuan eksperimen dijalankan adalah untuk mengumpul maklumat bagi
mengetahui kelemahan dan permasalahan warna semulajadi. Selain itu, eksperimen
dijalankan adalah untuk mengetahui buah yang berpotensi mengeluarkan warna serta
mordan yang sesuai untuk warna semulajadi. Eksperimen turut dijalankan adalah untuk
mengatasi kelemahan dan permasalahan warna semulajadi.
2.3.2 Pemerhatian
Pengumpulan maklumat melalui data primer turut diperolehi daripada
pemerhatian. Pemerhatian merupakan sesuatu yang penting selain daripada
memperolehi maklumat yang bahan bacaan serta maklumat yang turut diperolehi
daripada eksperimen.
Melalui pemerhatian hasil daripada eksperimen yang dijalankan, akan
mengetahui kelemahan, serta langkah yang sesuai untuk menghasilkan warna
semulajadi ini. Selain itu melalui pemerhatian daripada proses eksperimen yang
dijalankan akan mengetahui secara lebih mendalam mengenai warna semulajadi ini,
disamping untuk mendapat keputusan eksperimen yang baik.
7
2.4.3 Persampelan
Selain itu untuk memperoleh maklumat dalam kajian ini, kaedah persampelan
turut dilakukan. Persampelan diperolehi daripada hasil eksperimen yang dijalankan.
Tujuan persampelan dilakukan adalah untuk mengetahui bahan yang sesuai digunakan
untuk warna semulajadi, bahan ini adalah merangkumi kesesuaian fabrik yang sesuai
digunakan untuk warna semulajadi. Selain itu, melalui persampelan akan mengetahui
kelemahan dan kelebihan warna semulajadi. Hasil daripada persampelan akan
memudahkan utuk mengetahui buah yang berpotensi untuk digunakan sehingga ke akhir
kajian.
2.3 Kaedah sekunder
Data sekunder pula berperanan untuk melengkapkan lagi data primer. Hal ini
bertujuan untuk mendapatkan hasil kajian secara menyeluruh. Data yang di perolehi
digunakan untuk membuat perbandingan dari segi cadangan responden tentang hasil
kajian. Data sekunder dapat di perolehi melalui kaedah pencarian maklumat melalui
internet, pembacaan buku-buku, risalah-risalah dan jurnal.
2.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, kajian ini telah menggunakan kaedah metodologi
penyelidikan bagi mendapatkan maklumat dan keputusan eksperimen dengan tepat.
Hasil daripada kajian yang telah dijalankan melalui eksperimen turut memperolehi
permasalahan warna semulajadi ini.
8
BAB 3
EKSPERIMEN
3.0 Pengenalan
Kajian ini merupakan kajian yang mementingkan eksperimentasi untuk
mendapatkan hasil yang tepat. Dalam kajian ini telah menjalankan beberapa eksperimen
untuk mengetahui mordan yang berpotensi dan sesuai digunakan untuk warna
semulajadi ini, selain itu pelbagai jenis buah-buahan tempatan turut digunakan dalam
eksperimen ini. Tujuan pelbagai jenis buah digunakan dalam kajian ini adalah untuk
mengetahui buah yang berpotensi untuk dijadikan bahan pewarna. Eksperimen terhadap
beberapa jenis fabrik turut dijalankan, iaitu dengan menggunakan fabrik dari serat
bukan semulajadi dalam eksperimen ini. Hal ini kerana serat fabrik yang berlainan, akan
menyebabkan kualiti penyerapan warna adalah berbeza. Fabrik daripada serat
semulajadi akan cepat menyerap pada serat berbanding serat saintifik atau serat
campuran. Selain itu warna yang menyerap pada serat semulajadi akan kekal lama
walaupun warna kelihatan pudar.
Tujuan eksperimen dijalankan adalah untuk mengetahui kelemahan dan
kelebihan warna semulajadi. Hasil daripada keputusan eksperimen, seterusnya akan
mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi kelemahan warna semulajadi ini. Selain itu
hasil daripada eksperimen yang dijalankan. Potensi warna semulajadi dalam pelbagai
aspek iaitu dari segi ketahanan warna terhadap fabrik serat saintifik dan serat
semulajadi, tindak balas warna setelah dicampur dengan mordan yang terdiri daripada
mordan semulajadi dan mordan daripada bahan kimia turut dijadikan sebagai panduan
dalam menjalankan kajian.
9
3.1 Penyediaan proses eksperimen
Sebelum menjalankan sebarang eksperimen peralatan dan barang keperluan
adalah sangat penting supaya eksperimen dapat dijalankan dengan lancar .Antara bahan
yang diperlukan dalam setiap eksperimen yang akan dijalankan adalah seperti:
i) Buah yang dipilih untuk menghasilkan warna
ii) Air mineral
iii) Asam keping
iv) Garam
Buah tempatan yang didapati berpotensi untuk menghasilkan warna semulajadi
ini adalah seperti buah jering, asam kelubi, buah pinang dan buah rotan.
Selain itu penggunaan air dari sumber semulajadi juga merupakan sesuatu yang
penting untuk mendapatkan hasil warna yang lebih tepat. Air daripada sumber
semulajadi ini adalah seperti air sungai yang tidak tercemar, air telaga dan air laut,
dalam eksperimen telah menggunakan air mineral sermulajadi. Tujuan penggunaan air
semulajadi ini adalah untuk menyesuaikan nilai ph dengan warna semulajadi ini lebih
sesuai menggunakan bahan campuran daripada bahan sumber semulajadi serta untuk
mendapatkan hasil yang menberangsangkan.
Manakala penggunaan garam dan asam keping sebagai bahan campuran semasa
merebus warna semulajadi pula adalah untuk mendapatkan warna semulajadi yang lebih
pekat dan membantu proses mempercepatkan proses pengeluaran warna semasa proses
memasak dijalankan. Penggunaan garam dalam campuran warna perlulah dalam kuantiti
yang senderhana, hal ini kerana penggunaan garam yang berlebiahan akan melambatkan
proses pengeringan warna pada fabik apabila menggunakan teknik sapuan warna pada
permukaan kain. Manakala penggunaan asam keping dalam kuantiti yang banyak tidak
10
akan mendatangkan sebarang kesan terhadap warna semulajadi .Hal ini kerana semakin
banyak kuantiti asam keping digunakakan dalam campuran warna semulajadi ini akan
menjadikan warna lebih terang dan pekat.
3.2 Peralatan yang digunakan dalam proses eksperimen
Sepanjang menjalankan eksperimen beberapa peralatan utama yang digunakan
dalam setiap eksperimen yang dijalankan, peralatan tersebut adalah seperti:
i) Periuk alluminium
ii) Pengisar/ blender
iii) Penimbang
iv) Penyukat air
v) Penapis / Fabrik maslin
vi) Lesung batu apabila diperlukan
vii) Senduk
viii) Sarung tangan
3.3 Penyediaan mordan
Mordan merupakan bahan yang digunakan dalam warna semulajadi sebagai
bahan untuk menjadikan warna lebih pekat, mengubah warna dan mematikan warna
semulajadi. Terdapat dua jenis mordan iaitu mordan semulajadi dan mordan daripada
bahan kimia.
Sebelum menjalankan proses eksperimen penyediaan mordan adalah sangat
penting selain kuantiti mordan yang akan dicampurkan dengan warna semulajadi yang
terhasil. Terdapat dua cara yang digunakan untuk mencampuerkan mordan dengan
11
warna semulajadi ini iaitu yang pertama dengan membancuh terlebih dahulu mordan
dengan air kosong biasa, tetapi air yang digunakan untuk membancuh mordan juga
perlulah air semulajadi iaitu air mineral, mordan yang dah dibancuh akan dicampur
dengan campuran warna semulajadi yang terhasil, cara yang kedua untuk
mencampurkan mordan dengan warna pula adalah mencampurkan terus mordan ke
dalam warna semulajadi yang terhasil , akan tetapi sebelum itu kuantiti warna perlulah
diambil kira terlebih dahulu supaya sesuai dengan kuantiti mordan yang akan
dicampurkan.
Kuantiti mordan yang digunakan untuk membancuh mordan dengan air kosong
adalah sebanyak 50gm mordan dibancuh dengan 1000 ml air. Tetapi cara kedua adalah
lebih berkesan untuk mendapatkan warna menjadi lebih pekat iaitu dengan
mencampurkan mordan terus kedalam warna semulajadi yang terhasil.
3.4 Proses mewarna
Proses eksperimen yang seterusnya ialah proses mewarna. Dalam proses
mewarna diatas permukaan kain terdapat dua kaedah yang boleh digunakan supaya
warna menyerap pada permukaan kain.
Kaedah pertama adalah dengan merendam kain di dalam bekas yang
mengandungi warna. Hasil daripada kaedah ini mendapati bahawa warna cepat
menyerap pada permukaan fabrik. Selain itu tempoh rendaman juga memainkan peranan
yang penting bagi mendapatkan warna yang lebih terang. Hal ini kerana semakin
panjang tempoh masa rendaman akan menjadikan warna yang menyerap pada
permukaan fabrik akan menjadi lebih pekat dan terang. Namun begitu kaedah rendaman
ini juga mempunyai kelemahannya yang tersendiri, atas permuakaan warna akan
12
tumbuh kulat dan akan melekat pada kain serta terdapatnya warna pada permukaan
fabrik, dimana sebahagiannya terang dan sebahagiannya pula cerah. Hal ini berlaku
apabila fabrik direndam dengan warna dalam tempoh masa lebih daripada satu minggu.
Oleh itu untuk mengelakkan hal ini berlaku semasa proses rendaman dijalankan
pengawasan yang rapi perlulah dilakukan.
Kaedah kedua yang boleh digunakan dalam proses mewarna ialah teknik sapuan,
dengan menyapu warna diatas permukaan kain menggunakan berus warna. Kaedah ini
agak sukar kerana warna lambat menyerap pada permukaan kain dan memerlukan
banyak kali sapuan untuk mendapatkan warna yang terang.
Semasa proses mewarna ini, terdapat dua cara digunakan untuk mencampurkan
mordan dengan warna. Mordan boleh dicampurkan terus dengan warna atau pun
mordan boleh disapu terlebih dahulu atas permukaan kain dan mordan boleh disapu atas
permukaan kain selepas mewarna. Selain itu fabrik juga boleh direndam dengan mordan
selepas mewarna dan sebelum mewarna.
Kesimpulannya teknik rendaman dan menyapu warna atas permukaan kain
mempunyai hasil warna yang sangat berbeza.
3.5 Proses selepas mewarna
Proses yang seterusnya selepas mewarna kain ialah proses membersih kain yang
telah menyerap warna. Bagi kain yang direndam dengan warna, kain akan dibasuh
dengan air bersih. Kain hendaklah dibasuh sehingga tidak mengeluarkan warna. Kain
yang siap dibasuh dengan air perlu dikeringkan.Teknik yang betul perlu dilakukan
semasa proses pengeringan, Hal ini kerana supaya warna tidak cepat luntur dan warna
13
akan cepat berubah sekiranya dijemur di bawah cahaya matahari yang terik dan
dibiarkan terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari.
Manakala bagi proses mewarna sapuan pula. Dalam kajian ini semasa
menghasilkan produk akhir, teknik canting telah digunakan untuk menghasilkan corak
dan untuk mengelakkan warna terkeluar ke kawasan yang lain.
Dalam teknik mencanting ini, untuk menanggalkan wax minyak petrol telah
digunakan. Hal ini kerana penggunaan warna semulajadi untuk batik tidak sesuai
menggunakan soda ash untuk menanggalkan wax seperti kebiasaannya dalam teknik
batik. Sekiranya menggunakan soda ash untuk menanggalkan wax, iainya akan
merosakkan warna semulajadi dan akan memyebabkan warna luntur 100%.
Semasa proses menanggalkan wax, didapati bahawa warna telah luntur sebanyak
20% daripada warna sebelum wax ditanggalakan, warna akan luntur setelah kain
dibasuh dengan air. Tempoh masa yang diperlukan untuk menanggalkan wax pada
permukaan kain adalah selama dua minit hingga lima minit.
3.6 Kesimpulan
Kesimpulannya proses eksperimen perlulah teratur dan mengikut peringkat
eksperimen yang tersusun. Selain itu setiap bahan yang digunakan dalam eksperimen
perlulah mengikut sukatan yang betul. Eksperimen yang dijalankan dengan teratur dan
mengikut sukatan yang ditetapkan akan menghasilkan warna yang menarik dan
mendapat hasil yang tepat.
14
3.7 Resipi penghasilan warna pertama
Dalam kajian ini, kategori buah-buahan liar telah dipilih sebagai bahan kajian
utama bagi mendapatkan warna semulajadi. Pemilihan buah asam kelubi digunakan
dalam kajian ini adalah dipengaruhi oleh sifat buah, terutamanya pada bahagian kulit
buah. Hal ini kerana semakin tebal kulit buah asam kelubi yang digunakan, warna yang
terhasil adalah semakin terang dan pekat.
Rajah 2: Bahan penghasilan warna daripada buah asam kelubi (Eleiodoxa conferta)
Resipi penghasilan warna semulajadi daripada buah asam kelubi (Eleiodoxa conferta)
Bahan –bahan :
600 gm isi kulit buah asam kelubi
3000 ml air mineral
100 gm asam keping
100 gm garam
Mordan – 10gm + 50 ml air
15
3.8 Resipi penghasilan warna kedua
Pemilihan buah jering sebagai bahan kajian untuk mendapatkan warna
semulajadi dalam kajian ini adalah disebabkan warna yang terdapat pada bahagian kulit
buah jering itu sendiri. Warna yang terhasil daripada buah jering akan menjadi semakin
terang dan pekat apabila menggunakan buah jering yang dah masak dan tua.
Berdasarkan hasil eksperimen yang telah dijalan didapati bahawa buah jering sangat
berpotensi untuk dijadikan sebagai bahan pewarna.
Rajah 3: Bahan penghasilan warna daripada buah jering (Pithecellobium jiringa)
Resipi penghasilan warna semulajadi daripada buah jering (Pithecellobium jiringa)
Bahan –bahan:
400 gm isi kulit buah jering
600 ml air mineral
50 gm asam keping
50 gm garam
Mordan – 10gm + 50 ml air
16
3.9Proses penghasilan warna pertama
Proses penghasilan semulajadi yang telah dijalankan dalam kajian ini adalah
buah asam kelubi (Eleiodoxa conferta). Buah asam kelubi digunakan sebagai bahan
warna dalam kajian ini adalah kerana buah ini merupakan salah satu daripada buah
tempatan yang mengeluarkan warna. Pemilihan buah asam kelubi sebagai bahan warna
dalam kajian dari awal sehingga ke akhir kajian adalah kerana potensi warna yang
daripada buah asam kelubi ini menyerap fabrik.
Rajah 4: Penghasilan warna semulajadi daripada buah asam kelubi (Eleiodoxa conferta)
Proses penghasilan warna daripada buah asam kelubi(Eleiodoxa conferta)
Proses 1:
Kulit buah dikupas untuk mengasingkan
isi buah dan kulit. Bahagian kulit sahaja
digunakan kerana bahagian kulit lebih
berpotensi mengeluarkan warna.
Proses 2:
Kulit buah yang siap dikupas akan
ditimbang untuk mendapatkan kuantiti.
Hal ini kerana supaya kuantiti air dan
bahan lain yang digunakan untuk
menghasilkan warna asam kelubi ini akan
tepat.