Post on 11-Nov-2015
description
TAHAP PENGETAHUAN DAN KEPUASAN GURU TERHADAP LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH SEGAMATGOH GEOK POH
SMK TINGGI SEGAMATboboforent@yahoo.comSUPIAN BIN HASHIM
SK CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT
sufiansegamat@gmail.com
MOHD. FARIDZ SUNAIDI BIN MD ZUKISMK DATUK BENTARA DALAM, SEGAMAT
mfaridzsunaidi@yahoo.com.sgMOHD RIZAL BIN ATAN
SMK PERANTAU DAMAI, MUADZAM SHAH
nabiluqail@yahoo.com.myABSTRAKLatihan dalam perkhidmatan (LDP) adalah suatu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dalam membangun dan meningkatkan profesionalisme keguruan secara berterusan selaras dengan Dasar Latihan Kebangsaan. Peningkatan ilmu pengetahuan akan membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku para guru dalam menangani segala perubahan dan pembangunan yang berlaku dalam bidang pendidikan. Kajian ini berkaitan dengan tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah dalam daerah Segamat, Johor. Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan berasaskan sekolah berdasarkan keperluan Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia ( SKPM ). Pada masa yang sama juga kajian ini ingin mengkaji tahap kepuasan guru dari segi pengurusan, pengendalian dan juga manfaat yang diperolehi setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Data kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 17.0. Hasil kajian rintis menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi dengan nilai sebanyak 0.7841. Dapatan kajian sebenar telah menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan adalah tinggi tetapi tahap kepuasan adalah pada tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian juga menunjukkan hubungan positif yang kuat dalam kolerasi antara tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru. Dalam pada itu, didapati juga bahawa pembolehubah bebas seperti jantina dan bidang pengajaran guru tidak mempengaruhi tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan di sekolah. Namun, pembolehubah yang lain seperti kaum dan pengalaman mengajar menunjukkan perbezaan antara tahap pengetahuan dan tahap kepuasan. Akhir sekali, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk kajian lanjutan bagi meningkatkan tahap kepuasan guru seterusnya memartabatkan profesion keguruan bagi mencapai hasrat k-ekonomi menjelang tahun 2020.Kata Kunci : Latihan dalam perkhidmatan (LDP), Sistem Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM), profesionalisme keguruan, tahap pengetahuan, kepuasan guru. PENGENALANMenurut Dasar Pembangunan Sumber Manusia Negara, pembangunan sumber tenaga manusia adalah satu usaha ke arah memberikan latihan semula secara berterusan kepada pekerja. Melalui pemberian latihan semula secara berterusan kepada pekerja, ianya bukan sahaja akan melahirkan tenaga pekerja yang mempunyai pelbagai kemahiran malahan dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan produktiviti di dalam organisasi seterusnya meningkatkan daya saing tenaga kerja di pasaran antarabangsa. Oleh itu, bidang pengurusan, sains dan teknologi, perkhidmatan pendidikan dan penyelidikan memerlukan para pekerja yang mempunyai tahap kompetansi yang tinggi. Menurut Fong Chan Onn (2001), peningkatan tahap kemahiran pekerja sama ada dari peringkat asas ataupun pemberian latihan semula secara berterusan adalah penting bagi sesebuah organisasi dalam mencapai matlamat yang diharapkan. Sumber tenaga manusia merupakan aset yang paling berharga dalam sesebuah organisasi. Oleh yang demikian, program latihan dalam perkhidmatan adalah salah satu alat yang penting untuk memperkembangkan lagi potensi sumber tenaga manusia seterusnya meningkatkan mutu dan kualiti kakitangan dalam organisasi.Selaras dengan dasar Latihan Kebangsaan Kerajaan, program latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang diadakan oleh pihak sekolah adalah salah satu aspek inovasi yang terkini dalam bidang pendidikan di negara kita kerana program LDP adalah satu usaha pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam meningkatkan kemahiran profesionalisme perguruan secara berterusan. Peningkatan dalam ilmu pengetahuan dan kemahiran ini akan membawa kepada perubahan sikap dan tingkah laku para guru dalam menangani segala perubahan dan pembangunan yang berlaku dalam bidang pendidikan.Peranan guru juga telah berubah dari sebagai seorang dispenser of knowledge kepada facilitarship kepada para pelajar untuk belajar (Arfah: 1992). Menurut Mogana ( 1994 ) dalam ( Khoo: 1997 ) lagi, kemahiran metodologi serta pengetahuan guru harus ditingkatkan dari semasa ke semasa dalam kerjayanya agar dapat memberikan motivasi kepada pelajar dan meningkatkan kualiti guru dalam bilik darjah. Berdasarkan laporan Jemaah Nazir Sekolah, aspek perkembangan staf atau LDP merupakan salah satu aspek yang sering kali dititikberatkan kerana ianya penting bagi membantu pihak sekolah meningkatkan mutu pendidikan. Keadaan ini disebabkan oleh perkembangan teknologi maklumat dan ledakan IT seperti penggunaan komputer serta bahan elektronik yang lain dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Lantas LDP perlulah dijadikan sebagai satu budaya sekolah dan dilaksanakan sepanjang tahun mengikut keperluan dan kesesuaian semasa. Menurut Joyce dan Calhoun (1999), ... Staff development programs must be carefully designed as educational programs for students and the implication of not doing is so serious. (Lokman Bin Mohd Tahir & Kalsom Binti Saleh, UTM ).
LATAR BELAKANG MASALAH
Sebelum pengenalan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), LDP adalah kurang diberi perhatian. Pelaksanaannya bergantung kepada inisiatif pengetua untuk menjalankannya demi kepentingan dan pembangunan sekolah pada masa tersebut ( Mohamad Sani, 1992 dalam Abdul Razak (1997). Tetapi setelah KBSM diperkenalkan pada tahun 1988, ldp telah menjadi agenda penting bagi menyampaikan hasrat dan maklumat berkaitan pelaksanaan KBSM. Pusat Perkembangan Kurikulum telah menyediakan Pukal Latihan KBSM (1990) dan pengetua telah dilantik sebagai pengurus kepada LDP di sekolah agar KBSM dapat disampaikan secara terus menerus kepada guru-guru tanpa sebarang had masa.Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam yang wartakan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 tahun 2005 menetapkan setiap penjawat awam mengikuti latihan sekurang-kurangya 7 hari dalam setahun. Selaras dengan itu dan sebagai langkah memartabatkan profesion keguruan (PPIP Teras 5), setiap guru mesti mengikuti kursus 7 hari dalam setahun sehinggalah pelaksanaan Latihan Dalam perkhidmatan (LDP) berasaskan sekolah bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru pada tahun 2008.Menurut perangkaan daripada Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malayisa, pada tahun 2009, seramai 321,000 orang guru telah mengikuti kursus berasaskan sekolah dengan 33% guru telah mengikuti kursus kurang daripada 3 hari, 63% guru telah mengikuti kursus antara 3 hingga 7 hari sementara yang 5% pula mengikuti kursus lebih daripada 7 hari.Dalam pada itu, dapatan permantauan yang dilaksanakan pada tahun 2009 juga mendapati 92.8% guru telah memberikan respons yang positif terhadap pelaksanaan latihan guru berasaskan sekolah. 96.6% guru tersebut menyatakan latihan guru berasaskan sekolah dapat meningkatkan profesionalisme mereka. Lantas pada tahun 2010, Unit LDP telah merancang sebanyak 159 kursus dengan bilangan peserta seramai 664632 orang ini juga telah menggunakan perbelanjaan secara keseluruhan sebanyak RM 126 juta (Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia). Ketika negara mengalami kegawatan ekonomi, Pendekatan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam Tahun 2010 dan 2011 secara Belended Approach, Mentor-Mentee, Coaching, Book Review dan Sesi Perkongsian Ilmu melalui mesyuarat Panitia telah diperkenalkan. Sehubungan itu, Mesyuarat Pengurusan KPM Bil 19/2009 yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Tan Seri KSU pada 18 November 2009, telah meminta supaya kursus 7 hari ini digantikan dengan pembacaan 7 buah buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010 ( Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia). Semua perubahan tersebut bertujuan menyediakan peluang perkongsian ilmu melalui LDP berasaskan sekolah bagi meningkatkan ketrampilan para guru ke arah menghadapi cabaran globalisasi.PERNYATAAN MASALAH
LDP merupakan satu proses peningkatan mutu perkhidmatan pendidikan yang berterusan bermula dari seseorang itu mula menjadi guru pelatih sehinggalah seseorang guru itu bersara. Namun begitu, didapati LDP yang dianjurkan kurang mendapat sambutan. Ada tanggapandalam kalangan gurumengatakan LDP sebagai programLetih dan Penat, masa tidak bersesuaian iaitu selepas waktu persekolahan atau pada hari Sabtu serta kursus yang ditawarkan tidak releven dengan bidang tugas sebagai seorang guru di sekolah sehinggakan timbulnya salah faham dalam kalangan guru.Justeru, kajian ini dibuat untuk mengkaji tahap pengetahuan dengan tahap kepuasan guru-guru terhadap LDP berasaskan sekolah di sekolah menengah daerah Segamat, Johor supaya guru-guru boleh mengubah sikap dan tanggapan bahawa LDP yang dihadiri adalah sebahagian daripada syarat perkhidmatan. Sebaliknya latihan dalam perkhidmatan yang dihadirinya itu berupaya meningkatkan kualiti pendidikan kerana ianya berupaya menjadi perangsang kepada para guru untuk terus belajar dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sebagai seorang pendidik di sekolah.OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk:i. Mengenal pasti tahap pengetahuan dalam kalangan guru-guru di sekolah menengah daerah Segamat terhadap program latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
ii. Mengenal pasti tahap kepuasan guru-guru di sekolah menengah daerah Segamat dalam menghadiri kursus latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap pengetahuan guru di sekolah menengah daerah Segamat terhadap program latihan dalam perkhidmatan mengikut demografi ( jantina, kaum, bidang dan pengalaman mengajar).
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat tahap kepuasan guru di sekolah menengah daerah Segamat terhadap program latihan dalam perkhidmatan mengikut demografi (jantina, kaum, bidang dan pengalaman mengajar).
v. Mengenal pasti hubungan di antara tahap pengetahuan dengan tahap kepuasan guru di sekolah menengah daerah Segamat terhadap program latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
.METODOLOGI KAJIANREKA BENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian menurut Mohd Majid Konting (1990) adalah kaedah tertentu untuk memperoleh maklumat yang diperlukan bagi menyelesaikan masalah (Fadhlina, 2008, UTM). Kajian ini merupakan satu tinjauan mengenai tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru-guru di sekolah menengah daerah Segamat berkaitan latihan dalam perkhidmatan yang dijalankan di sekolah. LDP merupakan satu program memartabatkan profesion keguruan yang penting dalam PPIP Teras 5, ini kerana melalui latihan dalam perkhidmatan yang dilaksanakan di peringkat sekolah, para guru akan mengalami perubahan tingkah laku dan sikap dalam aktiviti pengajaran (Griffin, 1983 ); dan pada masa yang sama juga, tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru juga akan bertambah melalui program latihan dalam perkhidmatan yang diikuti (Main, 1985 ).Berdasarkan Model Operasi Latihan Dalaman, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (PPK, 1990 ) dan Wood ( 1982 ), tahap pengetahuan guru terhadap LDP yang dilaksanakan ditinjau dari segi objektif, matlamat, keperluan, kepentingan dan faedah menyertainya manakala tahap kepuasan guru pula ditinjau dari aspek tahap kepuasan latihan dan tahap kepuasan kerja. Memandangkan kajian ini merupakan satu tinjauan melalui soal selidik dan jumlah respondennya seramai 186 orang, maka reka bentuk kajian yang digunakan adalah kajian deskriptif. Reka bentuk kajian ini adalah sesuai kerana soal selidik digunakan untuk mengukur pembolehubah yang berkaitan dengan satu fenomena (Mohd Majid Konting, 1990 ).LOKASI, POPULASI DAN SAMPLE KAJIAN
Lokasi kajian ini ialah di lima buah sekolah menengah dalam daerah Segamat, Johor. Kelima-lima buah sekolah menengah ini merupakan sekolah di kawasan Bandar Segamat. Populasi kajian ini ialah seramai 186 orang guru dari 5 buah sekolah menengah daerah Segamat. Pemilihan guru-guru ini sebagai responden kajian kerana merekalah kumpulan sasaran yang menghadiri serta mengikuti kursus latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan di sekolah masing-masing. Pemilihan sampel kajian adalah menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Dalam pada itu, penentuan saiz sampel pula adalah berdasarkan kaedah Krejcie ,R. V and Morgan D.W (1970) dalam buku Azizi et.al ( 2007 ).
INSTRUMEN KAJIAN
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian adalah berbentuk soal selidik. Ini kerana melalui soalan yang dikemukan melalui soal selidik, pengkaji dapat mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, pengetahuan dan kepuasan. ( Oppenheim,1996 dalam Fadhlina, 2008, UTM ). Menurut Mohd Najib ( 2003 ) juga, soal selidik adalah salah satu alat pengukuran yang biasa digunakan dalam bidang penyelidikan pendidikan kerana ia adalah cara yang paling mudah bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan dengan fakta, kepercayaan, perasaan dan sebagainya.
Soal selidik ini terdiri daripada 3 bahagian yang meliputi Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C. Seperti biasa, Bahagian A adalah maklumat berkaitan dengan demografi responden yang meliputi jantina, kaum, bidang yang diajar dan juga pengalaman mengajar; Bahagian B mengandungi 11 soalan berkaitan tahap pengetahuan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan manakala Bahagian C pula mengandungi 28 soalan berkaitan tahap kepuasan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan. Dalam pada itu, 5 daripada soalannya adalah tahap kepuasan terhadap pengurusan latihan dalam perkhidmatan di sekolah; diikuti 10 soalan kepuasan terhadap pengendalian latihan dalam perkhidmatan di sekolah dan selebihnya 13 soalan lagi adalah kepuasan terhadap manfaat yang diperoleh setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah.
Jadual 1 : Item Soal Selidik Mengikut Kriteria
Aspek yang dikajiItem soalanJumlah
Tahap pengetahuanb1-1111
Tahap kepuasan
i. Pengurusan
ii. Pengendalian
iii. Manfaat yang diperolehiCi 1-5
C ii 1-10
C iii 1-135
10
13
Soalan soal selidik yang dikemukakan kepada para responden adalah berbentuk tertutup dengan menggunakan Skala Likert Lima Aras untuk pilihan jawapan bagi setiap soalan yang dikemukan.
Jadual 2 : Skala Likert Lima Aras ( Tahap Pengetahuan )
LikertSkor
Sangat Tidak Setuju ( STS )1
Tidak Setuju ( TS )2
Tidak Pasti ( TP )3
Setuju ( S )4
Sangat Setuju ( SS )5
Jadual 3: Skala Likert Lima Aras ( Tahap Kepuasan )
LikertSkor
Sangat tidak puas hati1
Tidak puas hati2
Tidak pasti3
Puas hati4
Sangat puas hati5
Kesemua soalan soal selidik yang dikemukan telah digubal dan diubahsuai oleh pengkaji berdasarkan kesesuaian tajuk kajian pengkaji sendiri dari kajian Connors (1987), Mahmood (1991), Leela (1992), Mohd Zin (1996) dan Khoo Teng Seng (1997) dengan mengambil kira teknik-teknik mereka bentuk soal selidik seperti yang disarankan oleh Sheal (1989 ) dan Uma Sekaran (1992) dalam kajian (Khoo Teng Seng, 1997 UUM ). ANALISIS DATA1.Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Latihan Dalam Perkhidmatan Yang Dilaksanakan Di SekolahJadual 4.1: Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Program Latihan Dalam PerkhidmatanTahap pengetahuanMinSisihan PiawaiTahap
Tahap keseluruhan 3.940.589Tinggi
Jadual 4.1 menunjukkan min keseluruhan tahap pengetahuan guru terhadap program latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah Daerah Segamat. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan guru terhadap program latihan dalam perkhidmatan di sekolah adalah tinggi dengan min 3.94 dan sisihan piawai 0.598. Terdapat 11 item yang berkaitan dengan tahap pengetahuan guru terhadap program latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah Daerah Segamat. Jadual 4.2 di bawah menunjukkan taburan responden mengikut peratus, min, dan sisihan piawai bagi meninjau tahap pengetahuan guru terhadap program latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah Daerah Segamat. Berdasarkan analisa jadual 4.2, didapati bahawa pernyataan Matlamat mengemaskini ilmu pengtahuan guru termasuklah diri saya menjadi objektif latihan dalam perkhidmatan mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.300 dan sisihan piawai 3.023 dengan 0.5 peratus responden sangat tidak setuju, 5.4 peratus responden tidak setuju, 5.4 peratus responden tidak pasti, 62.4 peratus responden setuju dan 25.8 peratus responden menyatakan sangat setuju. Pernyataan yang mencatatkan nilai min kedua tertinggi ialah kenyataan Saya memahami tentang rasional mengadakan latihan dalam perkhidmatan di sekolah saya dengan nilai min 4.253 dan sisihan piawai 0.628. Tiada responden yang menyatakan sangat tidak setuju, 1.6 peratus tidak setuju, 5.4 peratus tidak pasti, 59.1peratus setuju dan 33.9 peratus sangat setuju.
Jadual 4.2: Taburan Responden Mengikut Tahap Pengetahuan Terhadap Program Latihan Dalam Perkhidmatan
Pernyataan1
Bil ( % )2
Bil ( % )3
Bil
( % )4
Bil
( % )5
Bil
( % )Min
SP
B1Saya memahami tentang rasional mengadakan latihan dalam perkhidmatan di sekolah saya.-
-3
1.610
5.4110
59.163
33.94.253
0.628
B2Latihan dalam perkhidmatan di sekolah saya dilaksanakan berdasarkan keperluan SKPM.-
-3
1.618
9.7113
60.852
28.04.151
0.648
B3Program latihan dalam perkhidmatan di sekolah saya tercatat dalam blue print sekolah.-
-2
1.142
22.691
48.951
27.44.027
0.738
B4Latihan dalam perkhidmatan adalah satu alternatif bagi meningkatkan tahap profesionalisme saya.-
-11
5.917
9.195
51.163
33.94.129
0.808
B5Saya percaya latihan dalam perkhidmatan dapat memupuk semangat kerja berpasukan.21
11.333
17.731
16.773
39.228
15.13.290
1.244
B6Saya percaya bahawa latihan dalam perkhidmatan merupakan satu budaya yang mesti diamalkan dalam era k-pendidikan.1
0.58
4.319
10.296
51.662
33.34.129
0.802
B7Matlamat mengubah sikap guru adalah antara objektif latihan dalam perkhidmatan.30
16.127
14.535
18.8
77
41.417
9.13.129
1.250
B8Matlamat mengemaskini ilmu pengtahuan guru termasuklah diri saya menjadi objektif latihan dalam perkhidmatan.1
0.510
5.410
5.4116
62.448
25.84.300
3.023
B9Meningkatkan pengetahuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah juga objektif utama latihan dalam perkhidmatan.1
0.55
2.78
4.3122
65.550
26.94.156
0.668
B10Meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah juga objektif utama latihan dalam perkhidmatan.1
0.522
11.817
9.1114
61.332
17.23.828
0.871
B11Latihan dalam perkhidmatan yang berstruktur menyegarkan semula semangat bekerja.1
0.512
6.520
10.8120
64.533
17.73.925
0.767
Nilai purata min dan sisihan piawai (N=186)3.94
1.04
Ini diikuti pula dengan kenyataan Meningkatkan pengetahuan guru dalam pengajaran dan pembelajaran adalah juga objektif utama latihan dalam perkhidmatan mencatat nilai min 4.156 dan sisihan piawai 0.668. 0.5 peratus responden menyatakan sangat tidak setuju, 2.7 peratus menyatakan tidak setuju, 4.3 peratus menyatakan tidak pasti, 65.6 peratus setuju dan 6.9 peratus sangat setuju. Sebaliknya, kenyataan yang mencatatkan nilai min kedua rendah adalah Saya percaya latihan dalam perkhidmatan dapat memupuk semangat kerja berpasukan dengan nilai min 3.290 dan sisihan piawai 1.244. 11.3 peratus responden menyatakan sangat tidak setuju, 17.7 peratus menyatakan tidak setuju, 16.7 peratus menyatakan tidak pasti , 39.2 peratus menyatakan setuju dan 15.1 peratus menyatakan sangat setuju. Akhir sekali, kenyataan yang mencatakan nilai min yang paling rendah ialah Matlamat mengubah sikap guru adalah antara objektif latihan dalam perkhidmatan dengan nilai min 3.129 dan sisihan piawai 1.249. 16.1 peratus responden menyatakan sangat tidak setuju, 14.5 peratus menyatakan setuju, 18.8 peratus responden menyatakan tidak pasti 41.4 peratus responden setuju dan 9.1 peratus responden menyatakan sangat setuju.
2.Tahap Kepuasan Guru Terhadap Latihan Dalam Perkhidmatan Yang Dilaksanakan Di Sekolah
Jadual 5.1: Tahap Kepuasan Guru Terhadap Program Latihan Dalam PerkhidmatanTahap kepuasanMinSisihan PiawaiTahap
Kepuasan terhadap pengurusan3.7040.575Tinggi
Kepuasan terhadap pengendalian3.7240.585Tinggi
Kepuasan terhadap manfaat yang diperolehi3.2850.764Sederhana
Tahap keseluruhan 3.5710.483Sederhana
Dapatan kajian daripada Jadual 5.1 menunjukkan tahap keseluruhan kepuasan guru terhadap program latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah Daerah Segamat adalah pada tahap yang sederhana dengan min 3.571 dan sisihan piawai 0.483. Namun, tahap kepuasan guru terhadap pengurusan dan pengendalian latihan dalam perkhidmatan di sekolah adalah tinggi, min kepuasan terhadap pengurusan latihan dalam perkhidmatan adalah 3.704 dan sisihan piawai 0.575 manakala min kepuasan terhadap pengurusan latihan dalam perkhidmatan di sekolah adalah 3.724 dan sisihan piawai 0.585. Sebaliknya, tahap kepuasan guru terhadap manfaat yang diperolehi daripada latihan dalam perkhidmatan di sekolah adalah pada tahap sederhana dengan min 3.285 dan sisihan piawai 3.764. Jadual 5.2 menunjukkan taburan responden mengikut peratus ( % ), min, dan sisihan piawai bagi meninjau tahap kepuasan guru terhadap program latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah daerah Segamat. Berdasarkan analisis terhadap tahap kepuasan pengurusan latihan dalam perkhidmatan di sekolah menengah Daerah segamat, didapati bahawa kenyataan Makanan dan minuman semasa latihan dalam perkhidmatan mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 3.936 dengan sisihan piawai 0.702. Tiada seorang pun responden menyatakan mereka sangat tidak puas hati; 5.4 peratus responden menyatakan tidak puas hati; 11.8 peratus responden tidak puas hati. Kebanyakan responden menyatakan mereka puas hati terhadap makanan dan minuman yang disediakan semasa latihan dalam perkhidmatan, iaitu 66.7 peratus sementara 16.1 peratus pula menyatakan sangat puas hati.Jadual 5.2: Taburan Responden Mengikut Tahap Kepuasan Terhadap Pengurusan Program Latihan Dalam Perkhidmatan
Pernyataan1
Bil ( % )2
Bil ( % )3
Bil
( % )4
Bil
( % )5
Bil
( % )Min
SP
Ci1Tempat latihan dalam perkhidmatan dijalankan1
0.510
5.419
10.2130
69.926
14.03.914
0.708
Ci2Makanan dan minuman semasa latihan dalam perkhidmatan.-
-10
5.422
11.8124
66.730
16.13.936
0.702
Ci3Pemakluman tentang tarikh / hari / dan masa latihan dalam perkhidmatan diadakan.3
1.620
10.820
10.8126
67.717
9.13.720
0.837
Ci4Jangka masa pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan.10
5.438
20.420
10.8109
58.69
4.83.371
1.032
Ci5Maklumat untuk mengikuti latihan dalam perkhidmatan.1
0.532
17.217
9.1130
69.96
3.23.581
0.830
Purata min dan sisihan piawai (N=186)3.70
0.82
Sebaliknya, kenyataan Jangka masa pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan mencatakan nilai min terendah 3.371 dan sisihan piawai 1.032. 5.4 peratus responden sangat tidak puas hati; 20.4 peratus tidak puas hati; 10.8 peratus responden tidak pasti; 58.6 peratus puas hati dan 4.8 peratus sangat tidak puas hati. Keseluruhannya, tahap kepuasan guru terhadap pengurusan program latihan dalam perkhidamatan di sekolah adalah tinggi dengan min 3.704 dan sisihan piawai 0.575.
Jadual 5.3: Taburan Responden Mengikut Tahap Kepuasan Terhadap Pengendalian Program Latihan Dalam Perkhidmatan
Pernyataan1
Bil ( % )2
Bil ( % )3
Bil
( % )4
Bil
( % )5
Bil
( % )Min
SP
Cii1Isi kandungan program latihan dalam perkhidmatan sesuai dengan keperluan pekerjaan di sekolah.2
1.120
10.818
9.7122
65.624
12.93.785
0.843
Cii2Kandungan latihan dalam perkhidmatan adalah relevan dan bersesuaian dengan bidang tugas anda sebagai guru.3
1.625
13.419
10.2110
59.129
15.63.737
0.936
Cii3Bahan latihan dalam perkhidmatan adalah relevan dan bersesuaian dengan bidang tugas anda sebagai guru.6
3.225
13.428
15.1111
59.716
8.63.570
0.940
Cii4Bahan yang diberikan semasa latihan dalam perkhidmatan adalah tersusun dari yang mudah hingga ke peringkat yang sukar yang difahami.6
3.225
13.436
19.4109
58.610
5.43.495
0.908
Cii5Penyampaian fasilitator menarik dan tidak membosankan anda.1
0.532
17.229
15.6103
55.421
11.33.597
0.921
Cii6Pendekatan yang digunakan oleh fasilitator dalam mengendalikan latihan dalam perkhidmatan.1
0.536
19.431
16.7100
53.818
9.73.527
0.931
Cii7Penjelasan oleh fasilitator semasa mengendalikan latihan dalam perkhidmatan.1
0.526
14.026
14.0102
54.831
16.73.731
0.920
Cii8Alat bantu mengajar yang digunakan oleh fasilitator semasa penyampaian adalah bersesuaian dengan situasi sekolah.2
1.139
21.027
14.5104
55.914
7.53.479
0.943
Cii9Suara fasilitator adalah jelas ketika menyampaikan maklumat.-
-3
1.613
7.0125
67.245
24.24.140
0.599
Cii10Intonasi yang digunakan oleh fasilitator ketika menyampaikan bahan ceramah adalah sesuai.-
-3
1.622
11.8100
53.861
32.84.177
0.694
Nilai purata min dan sisihan piawai (N=186)3.42
0.86
Bagi analisa kepuasan terhadap pengendalian latihan dalam perkhidmatan di sekolah pula, kenyataan Intonasi yang digunakan oleh fasilitator ketika menyampaikan bahan ceramah adalah sesuai mencatatkan nilai min tertinggi 4.177 dan sisihan piawai 0.694. Tiada seorang pun responden yang menyatakan mereka sangat tidak puas hati; hanya 1.6 peratus sahaja yang tidak puas hati; 11.8 peratus tidak pasti; 53.8 peratus puas hati dan 32.8 peratus sangat puas hati.
Sebaliknya bagi kenyataan Alat bantu mengajar yang digunakan oleh fasilitator semasa penyampaian adalah bersesuaian dengan situasi sekolah pula mencatatkan nilai min terendah 3.479 dan sisihan piawai 0.943. 1.10 peratus responden sangat tidak puas hati; 21.0 peratus tidak puas hati, 14.5 peratus tidak pasti; 55.9 peratus puas hati dan 7.5 peratus sangat puas hati. Kesimpulan daripada analisis tahap kepuasan guru terhadap pengendalian program latihan dalam perkhidmatan di sekolah juga adalah tinggi dengan min 3.724 dan sisihan piawai 0.585.Berdasarkan jadual 5.4, kenyataan Latihan dalam perkhidmatan yang diterima dapat menjana pengetahuan tentang tugas saya mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 3.785 dan sisihan piawai 1.001. 1.1 peratus responden menyatakan mereka sangat tidak setuju; 17.2 peratus tidak setuju; 4.8 peratus responden menyatakan tidak pasti. Seramai 104 orang responden atau 55.9 peratus responden setuju dengan kenyataan ini manakala 21.0 peratus responden menyatakan mereka sangat setuju. Dalam pada itu, kenyataan yang mencapai nilai min kedua tinggi, iaitu nilai min 3.720 dan sisihan piawai 0.934 ialah Saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi selepas mengikuti latihan dalam perkhidmatan di sekolah. 1.6 peratus sangat tidak setuju; 12.4 peratus tidak setuju; 14.5 peratus tidak pasti, 55.4 peratus setuju dan 16.1 peratus sangat setuju.
Jadual 5.4: Taburan Responden Tahap Kepuasan Guru Terhadap Manfaat Yang Diperolehi Setelah Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan
Pernyataan1
Bil ( % )2
Bil ( % )3
Bil
( % )4
Bil
( % )5
Bil
( % )Min
SP
Ciii1Latihan dalam perkhidmatan yang diterima dapat jana pengetahuan tentang tugas saya2
1.132
17.29
4.8104
55.939
21.03.785
1.001
Ciii2Latihan dalam perkhidmatan yang diterima dapat jana kemahiran tentang tugas saya6
3.239
21.021
11.3100
53.820
10.83.479
1.041
Ciii3Saya mempunyai pengetahuan yang mencukupi selepas mengikuti latihan dalam perkhidmatan di sekolah3
1.623
12.427
14.5103
55.430
16.13.720
0.934
Ciii4 Saya mempunyai kemahiran yang mencukupi selepas mengikuti latihan dalam perkhidmatan di sekolah6
3.245
24.242
22.681
43.512
6.53.258
1.002
Ciii5Saya mempunyai pengetahuan untuk mengenalpasti masalah pelajar secara khusus setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan.12
6.559
31.727
14.574
39.814
7.53.102
1.127
Ciii6Saya mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti masalah pelajar secara khusus setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan30
16.151
27.433
17.761
32.811
5.92.850
1.212
Ciii7Saya mempunyai pengetahuan untuk menghasil bahan bantu mengajar ( BBM ) untuk pelajar saya setelah mengikuti latihan dalam perkhidmataan17
9.156
30.127
14.577
41.49
4.83.027
1.132
Ciii8Saya mempunyai kemahiran untuk mengendalikan bahan bantu mengajar ( BBM ) untuk pelajar saya setelah mengikuti latihan dalam perkhidmataan38
20.453
28.527
14.557
30.611
5.92.731
1.258
Ciii9Saya mempunyai pengetahuan penggunaan komputer setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan3
1.655
29.619
10.294
50.515
8.13.339
1.039
Ciii10Saya mempunyai kemahiran penggunaan komputer setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan16
8.647
25.329
15.683
44.611
5.93.140
1.126
Ciii11Saya bersedia menggunakan dapatan baru dalam menyampaikan isi pengajaran setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan ini.8
4.342
22.645
24.281
43.510
5.43.231
1.000
Ciii12Saya berasa seronok apabila dapat mengajar dengan berkesan setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan14
7.520
10.819
10.2111
59.722
11.83.575
1.074
Ciii13Latihan dalam perkhidmatan yang diadakan di sekolah adalah bertujuan menggalakkan perkongsian pengalaman sesama guru21
11.328
15.19
4.899
53.229
15.63.468
1.244
Nilai purata min dan sisihan piawai (N=186)3.29
1.09
Sebaliknya, kenyataan Saya mempunyai kemahiran untuk mengendalikan bahan bantu mengajar ( BBM ) untuk pelajar saya setelah mengikuti latihan dalam perkhidmataan mempunyai nilai min yang paling rendah 2.731 dan sisihan piawai 1.258. 20.4 peratus sangat tidak setuju; 28.5 peratus tidak setuju; 14.5 peratus tidak pasti; 30.6 peratus setuju dan 5.9 peratus sangat setuju. Di samping itu, kenyataan yang mempunyai niilai min yang kedua terendah ialah kenyataan Saya mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti masalah pelajar secara khusus setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan iaitu nilai minya 2.850 dan sisihan piawai 1,212. 16.1 peratus sangat tidak setuju; 27.4 peratus tidak setuju; 17.7 peratus tidak pasti; 32.8 peratus setuju dan hanya 5.9 perats sangat setuju.
Daripada analisis, didapati tahap kepuasan guru terhadap manfaat yang diperolehi setelah mengikuti latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah adalah pada tahap yang sederhana dengan nilai min 3.285 dan sisihan piawai 0.764. Konklusinya, bolehlah dikatakan tahap kepuasan guru sekolah menengah di daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan adalah sederhana sahaja iaitu nilai min 3.571 dan sisihan piawai 0.484.
ANALISIS BERDASARKAN HIPOTESIS KAJIAN1.Perbezaan Tahap Pengetahuan dan Tahap Kepuasan Guru Berdasarkan JantinaHo 1:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan jantina guru.Jadual 6.1: Analisis Ujian-t Tentang Perbandingan Tahap Pengetahuan Latihan Dalam Perkhidmatan Antara Guru Lelaki Dan Guru PerempuanPembolehubahNMinSisihan piawaitdfNilai signifikan
Lelaki 603.9460.577.128184.618
Perempuan 1623.9340.597.129119.787
Jadual 6.1 menunjukkan analisis ujian t tentang perbandingan tahap pengetahuan latihan dalam perkhidmatan antara guru lelaki dan guru perempuan. Dapatan kajian mendapati nilai p=0.618 >0.05. Hipotesis nol diterima dan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina guru dengan tahap pengetahuan terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah.
Ho 2:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan jantina guru.Jadual 6.2:Analisis Ujian-t Tentang Perbandingan Tahap Kepuasan Latihan Dalam Perkhidmatan Antara Guru Lelaki Dan Guru PerempuanPembolehubahNMinSisihan piawaitdfNilai signifikan
Lelaki603.5800.488.171184.818
Perempuan1623.5670.483.171114.943
Jadual 6.2 menunjukkan analisis ujian t tentang tahap kepuasan latihan dalam perkhidmatan antara guru lelaki dan guru perempuan. Dapatan kajian mendapati nilai p=0.818 >0.05. Hipotesis nol diterima juga dan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina guru dengan tahap kepuasan terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah.
2.Perbezaan Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kepuasan Berdasarkan Kaum, Bidang Pengajaran Dan Pengalaman MengajarHo 3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan kaum.Jadual 6.3: Analisis Anova Tentang Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru Berdasarkan Kaum
PembolehubahMindfFNilai Signifikan
KaumAntara kumpulan0.37821.091.338
Dalam kumpulan0.346183
Jadual 6.3 menunjukkan analisis ANOVA tentang perbezaan tahap pengetahuan berdasarkan kaum. Dapatan kajian perbezaan tahap pengetahuan berdasarkan kaum mendapati nilai p= 0.338 > 0.05. Maka hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kaum dengan tahap pengetahuan.
Ho 4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan bidang pengajaran.Jadual 6.4: Analisis Anova Tentang Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru Berdasarkan Bidang PengajaranPembolehubahMindfFNilai Signifikan
Bidang pengajaranAntara kumpulan0.08830.250.861
Dalam kumpulan0.351182
Jadual 6.4 menunjukkan analisis ANOVA tentang perbezaan tahap pengetahuan guru berdasarkan bidang pengajaran. Dari jadual 4.14 didapati nilai p=0.861 > 0.05. Maka hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang sinifikan antara bidang pengajaran dengan tahap pengetahuan.
Ho 5:Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap pengetahuan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan pengalaman mengajar.Jadual 6.5 menunjukkan analisis ANOVA tentang perbezaan tahap pengetahuan berdasarkan pengalaman mengajar guru. Didapati nilai p = 0.04 < 0.05. Maka hipotesis nol perlu ditolak kerana ianya menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan tahap pengetahuan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan di sekolah.
Jadual 6.5: Analisis Anova Tentang Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru Berdasarkan Pengalaman MengajarPembolehubahMindfFNilai Signifikan
Pengalaman mengajarAntara kumpulan0.85942.5600.04
Dalam kumpulan0.335181
Signifikan pada aras 0.05
3.Perbezaan Tahap Kepuasan Berdasarkan Kaum, Bidang Pengajaran Dan Pengalaman Mengajar.Ho 6: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan kaum.Jadual 6.6:Analisis Anova Tentang Perbezaan Tahap Kepuasan Guru Berdasarkan KaumPembolehubahMindfFNilai Signifikan
KaumAntara kumpulan1.95329.095.000
Dalam kumpulan0.215183
Signifikan pada aras 0.05Jadual 6.6 menunjukkan analisis ANOVA tentang perbezaan tahap kepuasan berdasarkan kaum. Dapatan kajian mendapati nilai p= 0.00 < 0.05. Hipotesis nol akan ditolak dan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kaum dengan tahap kepuasan
Ho 7: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan bidang pengajaran.Dari jadual 6.7 dapatan kajian perbezaan kepuasan berdasarkan bidang pengajaran pula, didapati nilai p=0.988 > 0.05. Hipotesis nol diterima dan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara bidang pengajaran dengan tahap kepuasan guru.Jadual 6.7:Analisis Anova Tentang Perbezaan Tahap Kepuasan Guru Berdasarkan Bidang Pengajaran
PembolehubahMindfFNilai Signifikan
Bidang pengajaranAntara kumpulan0.01030.044.988
Dalam kumpulan0.237182
Ho 8: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan berdasarkan pengalaman mengajar.
Jadual 6.8: Analisis Anova Tentang Perbezaan Tahap Pengetahuan Guru Berdasarkan Pengalaman Mengajar
PembolehubahMindfFNilai Signifikan
Pengalaman mengajarAntara kumpulan0.17040.724.577
Dalam kumpulan0.235181
Sementara bagi dapatan kajian perbezaan tahap kepuasan berdasarkan pengalaman mengajar pada jadual 6.8 pula, didapati nilai p = 0.577 > 0.05. Maka hipotesis nol diterima juga kerana ianya tidak menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan tahap kepuasan guru.
4.Hubungan Di Antara Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kepuasan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Segamat Terhadap Program Latihan Dalam Perkhidmatan Yang Dianjurkan Oleh Pihak Sekolah.Ho 9:Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru di sekolah menengah Daerah Segamat terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan di sekolah.Jadual 6.9: Kolerasi antara tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan di sekolahTahap pengetahuanTahap kepuasan
Tahap pengetahuanKolerasi Pearson
Sig. ( 2 tailed )
N 1
.
186.519***
.000
186
Tahap kepuasanKolerasi Pearson
Sig. ( 2 tailed )
N.519***
.000
1861
.
186
Jadual 6.9 menunjukkan nilai kolerasi Pearson bagi tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru adalah bersamaan dengan 0.000. Ini menunjukkan kolerasi yang sangat lemah. Memandangkan nilai p= 0.519*** adalah lebih besar daripada 0.05, maka hipotesis ditolak. Ini bermakna terdapat hubungan positif dan kuat antara tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan di sekolah.PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
1.Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Latihan dalam Perkhidmatan 1.1Tahap Pengetahuan Guru Terhadap Latihan dalam Perkhidmatan Berdasarkan DemografiHasil kajian menunjukkan walaupun tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap pengetahuan dengan jantina, kaum dan bidang pengajaran guru terhadap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh sekolah. Namun, dari segi pengalaman mengajar ada menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan kajian oleh Jeffs ( 1986 ) juga mendapati bahawa keperluan perkembangan staf untuk guru veteran adalah berbeza dengan guru novi yang baru mencecah kaki ke alam pengajaran. Kenyataan ini disokong oleh Al- Ramaiah ( 1992 ) yang mana faktor demografi seperti jantina, kaum, umur, pengalaman dan kelayakan perlu diambil kira semasa mengaturkan program latihan dalam perkhidmatan di sekolah.
Menurut Al- Ramaiah lagi, guru-guru muda mungkin mempunyai tahap pengetahuan yang berlainan mengenai objektif mengikuti latihan dalam perkhidmatan berbanding guru veteran. Dapatan kajian daripada Amir ( 1993 ) dalam kajian Khoo ( 1997 ) juga ada menyatakan guru veteran yang pengalaman mengajar lebih daripada 16 tahun mempunyai tujuan mendapatkan pengetahuan bagi kandungan pelajaran pilihan kedua semasa mengikuti latihan dalam perkhidmatan.2.Tahap Kepuasan Guru Terhadap Latihan dalam Perkhidmatan 2.1Tahap Kepuasan Guru Terhadap Latihan dalam Perkhidmatan Berdasarkan DemografiKeputusan kajian juga menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar dengan tahap kepuasan guru. Menurut Kajian Ong ( 1992 ) dalam kajian Khoo ( 1997 ), guru yang berpengalaman lebih 15 tahun lebih cenderung kepada kaedah aktif seperti main peranan dan stimulasi oleh fasilitator semasa mengendalikan program LDP sementara guru yang pengalaman mengajarnya kurang daripada 10 tahun tidak kisah sama ada kaedah yang digunakan oleh fasilitator bersifat aktif ataupun pasif. Kenyataan ini juga mempunyai persamaan dengan kenyataan yang dikemukan oleh Lawrence et. Al ( 1974 ) yang menyatakan bahawa faktor pengalaman dan latar belakang guru akan memberi kesan kepada penggunaan kaedah LDP.
2.2Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengurusan Latihan Dalam Perkhidmatan
Dalam satu perbincangan dan taklimat kepada guru di dua sekolah semasa mengedarkan borang soal selidik, mereka menyatakan secara lisan bahawa mereka tidak puas hati dengan jangka masa dan hari yang digunakan untuk pihak sekolah menjalankan program LDP. Mereka menyatakan jangka masa selepas waktu mengajar di sesi petang dan hari Sabtu selepas kegiatan ko-kurikulum kurang sesuai kerana guru telah penat dengan aktiviti lain menyebabkan mereka kurang memberi perhatian terhadap isi kandungan latihan yang ingin disampaikan.
Dapatan kajian oleh Abdul Razak (1997) juga menyatakan bahawa kebanyakan sesi latihan dalaman dijalankan pada hari Sabtu dalam minggu persekolahan. Dalam pada itu, dapatan kajian oleh Abdul Razak (1997) juga menyatakan bahawa kebanyakan sesi latihan mengambil masa selama 2-3 jam selepas waktu persekolahan ataupun 4-5 jam pada hari Sabtu. yang dibuat Abdul Razak (1997) merumuskan bahawa kebanyakan LDP yang dijalankan di sekolah tidak akan kurang dari sejam dan juga tidak akan melebihi 8 jam manakala tempat yang digunakan untuk menjalani LDP adalah bilik media, perpustakaan ataupun makmal. Namun begitu, bilik medialah yang menjadi tumpuan utama memandangkan bilik ini dilengkap dengan pelbagai alat bantu mengajar.
Dalam pada itu, dapatan kajian Abdul Razak (1997) juga menyatakan bahawa makanan dan minuman yang disediakan untuk peserta merupakan satu pengiktirafan oleh pihak pengurusan sekolah. Para responden juga menyatakan bahawa mereka berpuas hati dengan maklumat untuk mengikuti LDP kerana pihak pentadbir akan mengeluarkan notis atau melalui suart siaran menyatakan tajuk latihan, tarikh, hari, masa dan tempat LDP yang akan dijalankan. Jadi, guru-guru tidak ada alasan untuk tidak mengikuti LDP yang dijalankan di sekolah memandangkan mereka telah diberitahu selewat-lewatnya tiga hari sebelum pelaksanaan LDP di sekolah.
2.3Tahap Kepuasan Guru Terhadap Pengendalian Latihan Dalam PerkhidmatanProgram LDP yang dijalankan perlulah merangkumi pelbagai bidang yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran guru. Hal ini selaras dengan kajian Orlich (1989) yang menyatakan bahawa kegagalan LDP yang dijalankan di sekolah adalah kerana tiada penglibatan guru di dalam perancangan aktiviti. Guru tidak terlibat dalam perancangan maka pihak sekolah kurang jelas akan keperluan yang diperlukan oleh guru. Menurut Burnham dan O Sullivan (2004), setiap guru memerlukan bidang latihan yang berbeza mengikut peringkat kerjaya yang berlainan. Dari kajian, tahap kepuasan guru terhadap pengendalian LDP menunjukkan tahap yang tinggi dengan min 3.724 dan sisihan piawai 0.585. Namun begitu, isi kandungan dan bahan program LDP perlulah relevan dengan bidang tugas guru di sekolah dan bahan yang diberikan perlulah tersusun. Hal ini sama seperti yang dinyatakan dalam kajian Abdul Razak ( 1997 ) yang menyatakan bahawa dimensi perancangan adalah penting bagi menjayakan sesuatu program latihan. Perancangan penting untuk meyediakan pelbagai media pengajaran, pihak pentadbir ataupun jawatankuasa pelaksana LDP perlu memastikan bahan kursus diedarkan sebelum sesi bermula, memilih fasilitator berdasarkan kepakaran dalam bidang tertentu dan menjadikan pendidikan bersepadu sebagai prinsip latihan dalaman.
Pendekatan yang digunakan oleh fasilitator dalam mengendalikan program LDP juga penting. Sekiranya tujuan diadakaan LDP adalah untuk menyampaikan maklumat, maka kaedah kuliah adalah kaedah yang paling sesuai. Akan tetapi, sekiranya tujuan LDP adalah menunjukkan sesuatu proses dan prosedur, maka kaedah pandang dengar dengan berbantukan komputer adalah kaedah yang paling sesuai. Begitu juga dengan objektif LDP yang menginginkan guru memindahkan situasi semasa latihan kepada situasi sebenar di dalam kelas, maka Al Ramaiah (1992) mencadangkan kaedah syarahan, latihan dalam kumpulan atau pembengkelan adalah kaedah yang paling sesuai digunakan.
Namun begitu, Vaughan dan Korman ( 1977 ) dalam kajian Khoo ( 1997 ) menyatakan bahawa kaedah kuliah kurang berkesan kerana sekiranya bidang latihan adalah untuk mengajar kemahiran, maka kemahiran yang dipelajari semasa latihan sukar dipindahkan kepada situasi kerja yang sebenarnya. Kenyataan ini juga ternyata dalam kajian Abdul Razak ( 1997 ) bahawa kaedah tunjuk cara atau demonstrasi menjadi kaedah utama penyampaian fasilitator. Ini kerana melalui kaedah ini terdapatnya pembahagian dan pembentukan guru kepada kumpulan yang lebih kecil. Keadaan ini seterusnya menggalakkan perkongsian maklumat serta penglibatan peserta secara aktif. Di samping itu, kecekapan fasilitator menggunakan media pengajaran, suara dan intonasi yang jelas juga merupakan faktor kepuasan guru terhadap pengendalian LDP.
2.4 Tahap Kepuasan Guru Terhadap Manfaat yang Diperolehi Setelah Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan
Dari kajian, tahap kepuasan guru terhadap manfaat yang diperolei setelah mengikuti LDP adalah sederhana sahaja dengan purata min 3.285 dan sisihan piawai 0.764. Menuru Robbins (1993) dalam kajian Abdul Razak (1997), keberkesanan ialah pencapaian sesuatu matlamat. Maka, dalam program latihan dalaman, hasil yang diharapkan adalah peningkatan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap dalam kalangan guru.
Namun begitu, pengetahuan dan kemahiran merupakan dua perkara yang berbeza. Dari kajian menunjukkan kebanyakan guru mempunyai pengetahuan tetapi kemahiran yang sebenarnya kurang. Kajian Alice Ong ( 1993 ) dalam kajian Khoo ( 1997 ) juga menyatakan bahawa kebanyakan guru hanya diberikan pengetahuan dan teknik asas sahaja semasa mengikuti latihan dalam perkhidmatan tetapi tidak diberikan masa yang panjang untuk memikir, menghayati, mencuba dan berbincang dengan rakan guru yang lain bagi mengatasi masalah yang wujud dalam situasi yang sebenarnya semasa di bilik darjah. Keadaan ini menyebabkan guru kurang yakin untuk menggunakan dapatan baru dalam penyampaian isi pengajaran semasa berada di dalam kelas.Di samping itu, kenyataan saya mempunyai pengetahuan untuk mengenalpasti masalah pelajar secara khusus setelah mengikuti LDP yang mana minnya 3.102 dan sisihan piawai 1.127 tetapi kenyataan saya mempunyai kemahiran untuk mengenalpasti masalah pelajar secara khusus setelah mengikuti LDP pula minnya ialah 2.850 dan sisihan piawai 1.212. Kenyataan ini juga ada diulas dalam kajian Khoo ( 1997 ) yang mana pihak pentadbir berpendapat bahawa kemahiran berfikir dan kepintaran emosi dalam kalangan guru adalah penting dalam penghasilan pelajar yang cemerlang dan berdisiplin memandangkan gejala keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar sememangnya serius. Oleh yang demikian, diharapkan melalui LDP inilah, guru-guru dapat menyemaikan benih-benih kemahiran berfikir dan kepintaran emosi yang kukuh kepada pelajarnya.
Begitu juga dengan kenyataan saya mempunyai pengetahuan menghasilkan bahan bantu mengajar ( BBM ) untuk pelajar setelah mengikuti LDP nilai minnya 3.027 dan sisihan piawai 2.731 dengan kenyataan saya mempunyai kemahiran mengendalikan bahan bantu mengajar (BBM) untuk pelajar setelah mengikuti LDP nilai minya 2.731 dan sisihan piawai 1.258. Keadaan ini jelas menunjukkan teori dan pratikal adalah dua keadaan yang berbeza. Oleh itu, dalam kajian Abdul Razak (1997) juga ada menyatakan bahawa kebanyakan pentadbir meletakkan kursus kemahiran berfikir sebagai prioriti utama untuk latihan dalam perkhidmatan kerana terdapatnya saling hubungkaitan di antara kemahiran berfikir dengan kreativiti dan inovatif guru dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang bersesuaian. Hasil kajian Koshiyama ( 1994 ) juga disokong oleh Abdul Razak (1997) yang mendapati guru-guru memerlukan latihan dalam penghasilan peralatan bantu mengajar.
Akhir sekali, kebanyakan responden juga berpuas hati dan berasa seronok apabila dapat mengajar dengan berkesan setelah mengikuti LDP. Mereka bersetuju bahawa LDP yang diadakan di sekolah adalah bertujuan menggalakkan perkongsian sesama guru. Ini selaras dengan kajian oleh Black & Amstrong (1995) dalam kajian Abdul Razak (1997) yang menyatakan bahawa responden tidak menganggap bahawa bercakap dengan rakan daripada sekolah lain sebagai satu kaedah perkembangan staf yang baik. Namun begitu, Mathison (1992) dalam kajian Abdul Razak (1997) menyatakan bahawa antara kepuasan yang diperolehi setelah mengikuti LDP di sekolah ialah guru berpeluang untuk bersama-sama dengan guru lain dan berbincang mengenai pengalaman masing-masing.
3.Hubungan Antara Tahap Pengetahuan Dan Tahap Kepuasan Guru Terhadap Latihan Dalam PerkhidmatanDapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif dan kuat antara tahap pengetahuan dan tahap kepuasan guru terhadap LDP berasaskan sekolah. Lantaran itu, Oldroyd dan Hall (1991) dalam kajian Khoo (1997) telah memperincikan Kursus Dalam Perkhidmatan kepada tiga kumpulan, iaitu professional education; professional traning dan professional support. Oldroyd ( 1991 ) juga menyenaraikan beberapa kriteria penting untuk melaksanakan program LDP iaitu objektif kursus yang jelas, berdasarkan keperluan guru ataupun organisasi, berpandukan pengetahuan dan kemahiran sedia ada para guru dan sentiasa diselia dan dinilai keberkesanannya dengan memfokuskan kepada amalan dalam tugas seharian seorang guru.
KESIMPULANProgram LDP berasaskan sekolah perlulah dijalankan secara berterusan dengan memberi penekanan terhadap aspek pengurusan, pengendalian dan member impak besar terhadap organisasi dan bukannya dianjurkan semata-mata untuk memenuhi syarat keperluan berkursus tujuh hari dalam setahun. Jawatankuasa pelaksana LDP perlu mengurus dan mengendalikan latihan dalam perkhidmatan di sekolah mengikut perancangan yang sistematik dengan mengkaji keperluan dan keberkesanan setiap latihan dalam perkhidmatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah sama ada ianya relevan dengan bidang tugas guru di sekolah ataupun sebaliknya. Hal ini penting kerana apabila keperluan dan kepuasan guru dipenuhi, maka mereka akan mempunyai semangat dan motivasi yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugas di sekolah. Hal yang sama ini juga dikupas oleh (Furman , 1987 dalam Khoo, 1997) yang mana program yang dibentuk untuk meningkatkan kemahiran, kepakaran, pengetahuan dan kefahaman guru untuk membantu mereka menjadi lebih efektif perlu diberi perhatian yang serius.
Walau bagaimanapun, sikap dan minat guru sendiri, suasana kerja di sekolah, sikap pentadbir dan program LDP yang dianjurkan perlulah sesuai dengan situasi kerja sebenar guru di sekolah dan bukannya pada teori dan tiada sebarang praktikal. Maka, perancangan yang sistematik dan rapi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan kos, masa, hari, tempat dan manfaat diperolehi setelah menghadiri LDP mencapai matlamat yang asal, iaitu meningkatkan profesion perguruan dan pada masa yang sama dapat membantu para guru menempuh pelbagai cabaran alaf baru dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam pendidikan di sekolah dari semasa ke semasa.
BIBLIOGRAFIAbd. Rahim Abd. Rashid. (2006). Agenda Perubahan Pengurusan Sumber Manusia dan Kerjaya. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.Abdul Razak Bin Husin ( 1997 ). Keberkesanan Pengurusan Latihan dalaman Di Sekolah- Sekolah Menengah Dalam Daerah Padang Terap/ Pendang, kedah Darul Aman. Universiti utara Malaysia.
Al- Ramaiah ( 1992 ). Kepimpinan Pendidikan: cabaran Masa Kini. Selangor. IBS Buku Sdn. Bhd.
Amin Senin ( 2008 ). Pembangunan Profesional Guru. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala LumpurAmir Mohd Saleh ( 1993 ). Inservice Training Needs Assement For Malaysia Secondary School Teachers. Doctoral Dissertation, University of Michigan.
Arfah A. Aziz ( 1992 ). Managing Teachers And Their Roles: Training, Motivation And Assessment, Jurnal Pendidikan Bahasa, Kuala Lumpur, Institut Bahasa.Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan ( 2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.
Bennett, R ( 1981 ). Managing Personnel and Performances An Alternative Approach. London: Business Books.
Black , D. R. Amstrong, P. ( 1995 ). Some Aspect of Staff Development In International Schools: International Journal of Education Management. Vol.9, No. 4.
C.O. Ajidahun ( 2007 ). Model Derald Silver: The Traning, Development And Education of Library Manpower In Information Technology In University Libraries In Nigeria, World Libraries, Volume 17, Number 1.
Chan, See- Chay ( 1985 ). Human Resources Development: Educational Leadership Training And Maintenance of Republic of China On Taiwan. Universiti of Microilm International Michigan: Tesis Phd.
Chan, Siew Meng ( 1996 ). Sikap Guru di Sekolah Menengah Harian Gred A di Zon Pudu, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumper Terhadap Kursus Dalam Perkhidmatan. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana. ( Tidak diterbitkan ).
Craft, A ( 1996 ). Continuing Professional Development: A Parctical Guide For Teachers And Schools. London: Routledge.
Cross, R ( 1981 ). Teachers Know Their Own In- Service Needs. Phi Delta Kappan. 62. 525
Dale, L ( 1982 ). What is staff development. Educational Leadership. Journal of the Assosiation for Supervision and Curriculum Development. October. 1982. hlm 31.
Fadhlina Binti Mohd Azizuddin ( 2008 ). Tahap Kompetensi Guru Sekolah Rendah Terhadap Pengajarab Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Tesis Sarjana Muda teknologi Serta Pendidikan. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Goldenberg, C. dan Gallimore, R. ( 1991 ). Changing Teaching Takes More Than a One Shot Workshop. Journal Educational leadership. 49. 69-73.
Griffin, G. A. 1983. Staff Development: Eighty- second Yearbook of The National Society of Education. Chicago: University oh Chicago Press.
Handy, C. ( 1989 ). The Age of Unreason. London: Business Book.
Hashim Fauzy Yaacob ( 2000 ). Pembangunan Sumber Manusia Di Malaysia: Cabaran Abad Ke-21. Fakulti Pengurusan Dan Sumber Manusia UTM, Skudai. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Tazim
Herman, J. L, Morris, L.L dan Gibbon, Carol T. F ( 1987 ). Evaluator Handbook.: Califonia: SAGE Publications, Inc. 16-18.
Hird, W. H ( 1987 ) Inservice Education and Staff Development In Australia. International Review of Education. Vol, 33, UNESCO.
Houle, C. O. ( 1980 ). Continuing Learning In The Professions. San Francisco: Jossey- Bass Publishers.
Hussein Hj Ahmad 1991. Perkembangan Staf Di Sekolah: Bentuk Dan Cara Pelaksanaan. Jurnal Pengurusan Pendidikan, Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan Malayisa 1 (2) : hlm. 2-9.
Hussein Hj. Ahmad ( 1991 ). Perkembangan Staf Di Peringkat Sekolah: Satu Pendekatan. Kertas kerja Persidangan Majlis Guru-guru Besar, Kuala Terengganu, 26-28 Ogos, 1990.Jeffs, A ( 1986 ). Motivation As A Consideration In Organisation Change And Staff Development Within A Peripatic Support Group. Educational Management and Administration 14.
John Sikula ( 1988 ). Action in Teachers education. The Journal of The Association of Teachers education. Virgina.
Joycy, B. dan Showers, B. ( 1980 ). Improving In- Service Traning: The Message of Research. Educational Leadership/ 37.5 379-385.
Kamarudin Abu dan Ee Ah meng ( 1995 ). Guru dan Pembangunan Negara. Selangor. Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1989 ). Laporan Unit Khas dan Kemajuan Staf. Kuala Lumpur: Bahagian Pendidikan Guru.Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1990 ). Pukal latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bahan Sumber Tambahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1990 ). Pukal latihan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1990 ). Pukal Latihan Pendidikan Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1992 ). Kursus Dalam Perkhidmatan: Kedudukan Masa kini. Unit Kemajuan Staf, Bahagian Pendidikan Guru.Kementerian Pendidikan Malaysia ( 1999 ). Kajian Keberkesanan Program Latihan Dalam Perkhidmatan. Laporan Eksekutif. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pendidikan Guru. ( Tidak diterbitkan )
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2005 ). PPIP 2006-2010. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia (2007 ). Tata Cara dan Prosedur Pengurusan Latihan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri-Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian- Pusat Kegiatan Guru Sektor Pengurusan Manusia dan Latihan . Bahagian Teknologi Pendidikan. Pesiaran Bukit Kiara, 50604 Kuala Lumpur.
Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2008 ). Garis Panduan Pelaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP sebagai Tambahan Secara School Based Di Sekolah Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru.
Khoo Teng Seng ( 1997 ). Persepsi Guru dan Pentadbir Sekolah Rendah Tentang Keperluan Latihan Dala Perkhidmatan Satu Kajian Di Daerah Larut Matang, Perak. Universiti Utara Malaysia.Knowles, M.S. ( 1980 ). The Modern Practice of Adult Education. New York: Cambridge.
Koshiyama, Y ( 1994 ). A Study of The Current State and The Needs of Teacher Training In Japanese Immersion Education In The United States. Dissertation Abstract ( Ph.D ). University Of Southern California, United States.
Lambert, L ( 1989 ). The End of An Era of Staff Development. Education Leadership. 47. 78-81.
Lawrence et. Al ( 1974 ). Patterns Of In Service Education. Gainessville, University Of Florida.
Lokman Bin Mohd Tahir & Kalsom Binti Saleh ( 2009 ). Implikasi Latihan Dalaman Kepada Guru-Guru Sekolah Rendah. Fakulti Pendidikan ,Universiti Teknologi Malaysia.
Maimunah Aminuddin. ( 1992 ). Human Resource Management. Kuala Lumpur, Fajar Bakti.Main. A ( 1985 ). Educational Staff Development. London: Croom Helm.
Markonah Kusmin ( 1997 ). Sikap Guru-guru Sekolah Menengah Daerah Jasin Terhadap Perkembangan Staff. Universiti Malaysia sarawak: Tesis Sarjana. ( Tidak diterbitkan ).
Mathison, S. ( 1992 ). An Evualuation Model For Inservice Teacher Education, Evualuation and Programme Planning. Vol.15, New York, Pergarnon Press Ltd.
Mohamad Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan: Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohamad Mortadza Bin Bohari ( 2005 ). Program Latihan Dalam erkhidmatan: Pemangkin Perkembangan Profesional Guru. Jurnal Akademik 2005. Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesional.
Mohd Radzi A. Jabar ( 1995 ). Pengurusan Latihan Dalaman di Sekolah Menengah di Negeri Perak Darul Ridzuan. Universiti Malaya: Tesis Sarjana. ( Tidak diterbitkan ).
O Sullivan, F. K. Jones & K. Reid ( 1988 ). Staff Development In Secondary School. London: Hodder & Stoughton.
Oldroyd, D dan Hall, V. ( 1991 ). Managing Staff Development: A Handbook For Secondary Schools. London: Paul Chapman Publishing.
Ong, C. Y ( 1992 ). Teachers Improvement Through Staff Development: Problem And Issues, Prosidin Seminar Pendidikan Ke-3. Sri Layang, Pahang, Institut Aminuddin Baki.
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 ( 2005 ). Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, Putrajaya. Robere, R. W dan Travers, P.D. ( 1995 ). Foundation Of Education. Boston: Allyn and Bacon.
Robbins, S.P ( 1993 ). Organizational Behavior: Concepts, Controversies and Application. New jersey: Prentice Hall.
Robinson, D.G. dan Robinson J. C. ( 1989 ). Training For Impact. San Francisco: Jossey- Bass Publishers.
Rohana Zulkifli ( 1994 ). Facilitating Change In The Ministry Of Education Malaysia Through Staff Development. Universiti of Manchester. Tesis Sarjana. ( Tidak diterbitkan ).
Shari Abdul Rahman ( 1995 ). Humanizing Sarawak Education Department Study of the Role in in- service Training. University of Manchester: Tesis Sarjana. ( Tidak diterbitkan )
Sufean Hussein (1996). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka. Sparks, G. M. ( 1983 ). Synthesis of Research on Staff Development for Effective Teaching. Educational leadership. 41. 65-72.
Stufflebeam , D., Madaus, G.F dan Scriven M.S ( 1983 ). Evaluation Models. Boston: Kluwer Nijhoff Publishing. Hlm. 128-136.
Torrington, D dan Weightman, J ( 1994 ). Effective Management People And Organization. Hertfordshire: Practice Hall International ( UK ) Limited.
William, P.A dan Elfmn, J.A ( 1982 ). A Commonsense Approach to Teachers in- Service Training. Phi Delta Kappan. 63. 401 12.
Wood, F. H. dan Thompson, S.K. ( 1980 ). Guidelines for Better Staff Development. Education Leadership. 37. 374-378.
Wood, F.H. ( 1982 ). Practitioners and Professors Agree On Effective Staff Development Practices. Educationer Leadership. Journal of the Assossiation for Supervision and Development. Oct 1982. Hlm. 28-31.