Post on 11-Aug-2015
description
Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Di Peringkat
Taska.
Mohd Fadzle Shukran
Azizah Fazil
Mardziah Adzra’ai
Wan Ili Nadrah Wan Sharifuddin
Nur Emalina Abd Razak
Norazekin Muaaz
Jabatan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknik dan Vokasional
Universiti Pendidikan Sultan Idris
18 Oktober 2010
ABSTRAK
Penulisan ini adalah mengenai kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-
kanak di peringkat taska. Dewasa ini, pertambahan jumlah ibu yang bekerja
terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur telah menyebabkan permintaan
untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taman asuhan kanak-kanak
(taska) semakin meningkat. Taska adalah premis di mana empat atau lebih kanak-
kanak di bawah umur empat tahun dari satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga
dengan upah. Dapatan-dapatan daripada kajian lepas menunjukkan terdapat trend
perkembangan dan isu-isu yang terdapat di taska. adalah untuk melihat
perkembangan dan isu yang ada di Taska. Kini isu tentang Taska juga telah banyak
dibincangkan bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam
pengurusan Taska.
1
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
PENGENALAN
Pertambahan jumlah ibu yang bekerja terutamanya di pusat bandar seperti Kuala
Lumpur telah menyebabkan permintaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-
kanak atau taman asuhan kanak-kanak (taska) semakin meningkat.
Taska dapat di definisikan sebagai mana-mana premis di mana empat orang
atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari lebih daripada satu isi
rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah. Terdapat empat jenis taska yang
terdapat di Malaysia iaitu taska di rumah, taska di Institusi, taska di tempat kerja dan
taska komuniti.
Taska di rumah merupakan suatu taman asuhan kanak-kanak yang diterima
masuk kurang daripada sepuluh orang kanak-kanak dalam rumah orang yang di
daftarkan. Taska di Institusi merupakan satu taman asuhan kanak-kanak yang
menerima masuk sepuluh orang kanak-kanak atau lebih. Taska di tempat kerja pula
merupakan suatu taman asuhan kanak-kanak di tempat kerja yang menerima masuk
sepuluh orang atau lebih. Manakala taska Komuniti pula, merupakan taman asuhan
kanak-kanak yang menerima masuk sepuluh orang atau lebih kanak-kanak di suatu
kawasan tertentu dan yang menerima bantuan daripada Kerajaan Negeri. (Jabatan
Kebajikan Masyarakat, 2009)
Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali dengan nama
Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah Baru
Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat
2
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan
miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan Rakyat
(PKR) atau Progrm Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu
bergiat di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu
juga melalui TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu
bapa dan masyarakat.
Kini isu tentang TASKA juga telah banyak dibincangkan bagi memperbaiki
kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam pengurusan TASKA. Antara isu yang
dibincangkan adalah berkaitan dengan dasar, akta, pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai untuk kanak-kanak yang berumur antara 2-4 tahun itu. Ini kerana
kanak-kanak mempunyai pelbagai kerenah, kehendak dan perangai yang perlu
diberi perhatian.
Kajian 1 : Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak Berusia Dua Tahun
Kajian ini telah membuktikan pertumbuhan bahasa kanak-kanak meliputi tiga
komponen bahasa, iaitu sintaksis, fonologi dan semantik. Pada umumnya kanak-
kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun. Peringkat
fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna kepada
kanak-kanak. Kajian ini cuba melihat perkembangan bahasa kanak-kanak dari aspek
“penerimaan’ dan ‘pengeluaran’ yang merupakan dua ciri penting dalam medium
bahasa lisan.
3
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Pertumbuhan sintaksis bermula pada waktu seseorang kanak-kanak mulai
menerbitkan ayat-ayat yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Pada umumnya
kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun.
Peringkat fonologi pula lebih kepada pengeluaran bunyi bahasa yang bermakna
kepada kanak-kanak.Dengan berinteraksi dengan kedua ibu bapanya melalui bunyi-
bunyi tertentu (cooing) dan membebel, seseorang bayi itu sebenarnya sudah mula
mencipta bahasa untuk berkomunikasi pada usia akhir satu tahun (Mei-Yu 2000).
Manakala peringkat semantik pula ialah peringkat di mana kanak-kanak mula
memahami maksud ayat sebutannya atau ayat-ayat yang diterimanya.
Menurut Shaffer (1999), Berdasarkan kajian, usia dua tahun, perkataan
pertama bagi kanak-kanak akan muncul dipanggil peringkat “holofrasa” kerana
perkataan yang dikeluarkan oleh kanak-kanak biasanya terdiri daripada satu atau
dua patah perkataan mudah dalam satu masa. Bagi mereka ujaran satu perkataan
tersebut seolah-olah mewakili makna keseluruhan ayat yang lengkap. (Mohd Rasdi
Saamah, 2004)
Menurut Bukatko & Daehler (1995) pula, perkataan pertama kanak-kanak
biasanya sangat berbeza daripada sebutan perkataan orang dewasa, dan
perkataan-perkataan awal tersebut kebanyakannya kerap kali tidak jelas dan hanya
terhad kepada nama-nama objek, orang atau perkara-perkara tertentu sahaja.
(Mohd Rasdi bin Saamah, 2004). Jelasnya,perkataan awal kanak-kanak lebih
berbentuk kontekstual. Kanak-kanak akan menggunakan perkataan tunggal untuk
membezakan seseorang atau sesuatu benda dalam keadaan yang berbeza
(misalnya memanggil “ma” apabila melihat ibunya masuk ke bilik), kemudian
4
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
melabelkan objek dengan menghubungkan kepada seseorang (misalnya menyebut
“ma” apabila melihat gincu bibir ibunya atau tas tangan kepunyaan ibunya), atau
bagi menggambarkan kehendak (menyebut “ma” sambil menghulurkan kedua-dua
belah tangan supaya didokong oleh ibunya). Mengikut Barret (1985) pada
kebiasaannya pada tahap ini kanak-kanak lambat menghasilkan perkataan. Tetapi
apabila mereka memperoleh lebih daripada sepuluh patah perkataan, kanak-kanak
tersebut mula menambah perkataan baru dengan kadar yang cepat atau dipanggil
“ledakan perbendaharaan kata” (vocabulary spurt).(Mohd Rasdi Saamah, 2004).
Bukatko & Daehler (1995) juga telah menjelaskan, kebiasaannya kanak-
kanak berusia dua tahun mula menggabungkan perkataan bagi menghasilkan ayat
(Mohd Rasdi bin Saamah, 2004). Kelazimannya ayat pertama yang mereka
gunakan terdiri daripada dua patah perkataan dan sekali-sekala lebih panjang
sedikit. Mengikut Berk (2000) ayat-ayat awal kanak-kanak mempunyai perkataan-
perkataan asas seperti yang digunakan dalam telegram, iaitu hanya menggunakan
kata nama dan kata kerja dengan mengabaikan kata fungsi, kata penentu, kata ganti
nama diri, kata ganti nama penunjuk dan kata kerja bantu (Mohd Rasdi Saamah,
2004).
Meskipun ayat pertama kanak-kanak tidak mempunyai tatabahasa
sebagaimana pertuturan orang dewasa, tetapi mereka jauh lebih banyak
menggabungkan rangkaian perkataan biasa. Sebutan yang dikeluarkan oleh kanak-
kanak mempunyai struktur ayat yang tersendiri iaitu terdiri daripada beberapa
perkataan yang digelar “kata dasar” yang digunakan dalam posisi tetap, dan
digabungkan dengan perkataan yang jarang digunakan yang dirujuk sebagai “kata
5
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
ganti ” dan mudah digantikan dengan perkataan-perkataan lain. Sebagai contoh,
kanak-kanak akan menggunakan perkataan satu perkataan sebagai kata dasar, dan
menjadikan ayat sebagai “nak nasi”, “nak air”, ”, “nak ikut” atau “banyak biskut”,
“banyak kereta”, “banyak epal” dan sebagainya. Selain itu kreativiti juga memainkan
peranan penting pada peringkat awal pertuturan kanak-kanak. Ayat-ayat yang
disebutkan oleh kanak-kanak pada peringkat ini biasanya tidak terdapat dalam
sebutan orang dewasa.
Kajian bahasa kanak-kanak ini telah menarik perhatian ramai ahli bahasa
dan ahli psikolinguistik. Walau bagaimanapun, tujuan utama kajian ini berbeza-beza
mengikut minat dan orientasi tiap-tiap pengkaji yang terlibat. Ada di antara mereka
yang mengkaji tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dan ada pula di antaranya
yang mengkaji tentang tahap perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian tentang
bahasa kanak-kanak telah dibuat sejak lebih daripada empat puluh tahun yang lalu,
bermula dengan kajian Chomsky, melalui bukunya Syntatic Structure (1957).
Kajian-kajian tersebut meliputi pelbagai aspek yang mempengaruhi
pemerolehan dan perkembangan bahasa kanak-kanak termasuklah pengaruh
persekitaran. Di Malaysia, kajian tentang pemerolehan bahasa serta bagaimana
kanak-kanak menguasai bahasa ibunda mereka juga telah lama dibuat. Namun
kajian-kajian tersebut lebih bersifat umum, tidak spesifik sebagaimana yang telah
dibuat di barat. Mangantar (1990) dalam kajiannya tentang pertumbuhan bahasa
Melayu oleh bayi Melayu mendapati kajiannya sama seperti yang diperolehi oleh
Clark (1973; 1977) dalam teorinya yang disebut hipotesis ciri semantik (Mohd Rasdi
Saamah, 2004).Perbezaan yang ketara dalam kajiannya ialah bayi-bayi yang
6
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
diamatinya tidak pernah melalui peringkat penyempitan erti kata sebagai yang biasa
dilaporkan dalam pemerolehan semantik bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris.
Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk memerhati dan melaporkan
penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun (2.0+) dari
segi penerimaan (receptive ) dan penghasilan bahasa kanak-kanak yang berusia
lebih daripada dua tahun (2.0+) dari segi pengeluaran (productive). Kajian ini
merupakan satu kajian kes tentang pemerolehan bahasa kanak-kanak dari aspek
‘penerimaan’ dan ‘pengeluaran’. “Penerimaan’ dan ‘pengeluaran’ adalah dua ciri
penting dalam medium bahasa lisan. Kajian tentang penguasaan bahasa kanak-
kanak ini berpusat kepada penguasaan tatabahasa rumus ayat (syntax grammatical
rules) yang dikatakan tidak sama dengan sistem orang dewasa.
Kajian ini telah dibuktikan melalui dua orang kanak-kanak melalui rakaman
suara dimana seorang kanak-kanak berusia 2 tahun 3 bulan manakala rakannya
berusia 2 tahun 4 bulan. Kedua-duanya berketurunan Melayu dan bertutur dalam
bahasa Melayu dialek Kelantan sebagai bahasa ibundanya. Hasil dari rakaman
suara tersebut mendapati ayat-ayat dalam dialog dikategorikan ke dalam dua
bahagian iaitu ayat yang difahami (receptive) dan kedua, ayat-ayat yang dihasilkan
melalui ujaran yang dikeluarkan (productive). Kedua-dua jenis ayat tersebut
dianalisis dari segi bentuk dan masalah pemahaman. Ayat-ayat (dalam bentuk
sebutan) jenis pengeluaran (produktif) ialah ayat-ayat yang disebutkan oleh kanak-
kanak itu dan diterima oleh orang lain. Pertamanya ialah ciri-ciri ayat dan keduanya
masalah memahami ayat-ayat yang pelbagai itu. Daripada ayat-ayat sebutan yang
dikumpulkan didapati kanak-kanak berada pada Fasa Peralihan. Pada dasarnya,
7
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
banyak ayat yang dikeluarkan terdiri daripada pola satu kata, dua kata dan tiga kata
ataupun lebih. Kanak-kanak menggunakan bahasanya untuk memberikan nama
atau menyebut benda-benda, sama ada dengan menggunakan pengalaman hidup
dunianya ataupun dengan mengagak-agak. Seperti contoh, Bah (Bas) ; Apa bah?
Oyi.; (Apa abah? Lori);Ayon. (payung) ; Acuk (kasut) ; Ato. (Kereta) dan lain-lain.
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa aspek ayat memainkan
peranan penting dalam penguasaan bahasa kanak-kanak dalam menuju kebolehan
bahasa orang dewasa. Penguasaan ayat merupakan satu daripada dua perkara
penting dalam menguasai sistem bahasa selain morfologi. Kedua-duanya dikenali
sebagai lexicogrammar. Penguasaan ayat juga tidak dapat dipisahkan daripada
penguasaan fonologi dan semantik sesuatu bahasa.
Kajian 2 :Mendirikan Pusat Penjagaan Kanak-kanak di Tempat Kerja.
Kajian yang telah dijalankan membincangkan motif untuk menubuhkan pusat-pusat
penjagaan kanak-kanak di tempat kerja. Penemuan kajian ini memberikan contoh
yang baik tentang bagaimana sebuah penjagaan kanak-kanak yang beroperasi di
Malaysia. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan banyak organisasi untuk
menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak ini. Terdapat banyak cabaran dan masalah
yang dihadapi tetapi ini tidak bermakna bahawa ia tidak dapat dilaksanakan.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Zoharah Omar et al (2007), ibu bapa
perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah penjagaan anak-anak mereka
semasa mereka bekerja. Banyak organisasi masa kini memberi bantuan penjagaan
8
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
anak-anak semasa mereka bekerja. Perangkaan bilangan pekerja diperoleh
daripada Kementerian Sumber Manusia 2006, iaitu peningkatan bilangan pekerja
meningkat dari 65.1% pada 2001 kepada 66.9 % pada tahun 2006 dan penyertaan
golongan perempuan dalam bidang pekerjaan, walaupun rendah tetapi ia masih
meningkat dari 44.4% pada 2001 kepada 46.1% pada tahun 2006. (Zoharah Omar
et al, 2007)
Menurut kajian yang dijalankan oleh Noor Rahamah (2005) menunjukkan
bahawa wanita yang bekerja bergantung kepada ibu, ibu mertua dan rakan-rakan
untuk menjaga anak-anak mereka semasa waktu bekerja. Berdasarkan jadual di
bawah, hanya seorang responden generasi ke tiga yang mendapat bantuan
pembantu rumah, dan masih duduk sebumbung dengan ibu bapa. Seramai 10 orang
responden daripada generasi kedua yang bekerja menghantar anak-anak yang
masih kecil ke rumah ibu yang berdekatan. Data mikro juga menunjukkan 40 orang
responden daripada generasi ke tiga mendapat bantuan daripada pembantu
rumah,ibu mertua dan rakan-rakan untuk menjaga anak-anak semasa mereka dan
suami keluar bekerja. (Noor Rahamah Hj abu Bakar, 2005)
Penjagaan Generasi 1 Generasi 2 Generasi 3
9
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Bil % Bil % Bil %
Ibu - - 10 50.0 - -
Ibu Mertua - - - - 10 25.0
Pembantu Rumah - - 10 50.0 10 25.0
Rakan - - - - 20 50.0
Jumlah - - 20 100.0 40 100.0
Jadual 1:Penjagaan anak-anak bagi ibu yang bekerja mengikut generasi.
Apabila menemubual beberapa orang responden generasi pertama, mereka
menyatakan lebih selesa untuk menjaga cucu daripada diberikan kepada pembantu
rumah atau dihantar ke taska. Seramai 20 orang responden generasi ke tiga pula
menyatakan bahawa mereka lebih mempercayai anak-anak dijaga oleh rakan
daripada dihantar ke taman asuhan kanak-kanak. Taman asuhan mengambil
bilangan kanak-kanak yang ramai dan asuhan secara individu tidak boleh dibuat
dengan baik. Secara umumnya didapati bahawa perubahan dalam struktur keluarga
dan corak pekerjaan wanita memberi sokongan kepada ahli keluarga terdekat untuk
menjaga anak-anak dan ini dapat membantu ibu yang ingin menyertai pekerjaan
formal. (Noor Rahamah Hj abu Bakar, 2005)
Selain itu menurut kajian yang telah dijalankan oleh Zoharah et all (2007) dan
disokong oleh Aminah (2007), penyelesaian lain yang sering dilakukan oleh
pasangan yang bekerja ini ialah menyediakan pembantu di rumah untuk
menguruskan anak-anak mereka ataupun menghantar anak-anak mereka ke rumah
pengasuh. Penyelesaian yang diambil oleh pekerja kolar biru di Malaysia ialah
10
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat asuhan yang tidak berlesen kerana
lebih murah daripada pusat asuhan yang berlesen. Berdasarkan statistik Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) berdaftar
dengannya di seluruh negara ialah 422 sehingga Februari lalu. Daripada jumlah itu,
jumlah Taska yang berdaftar di sektor awam ialah sebanyak 11. Dilaporkan dalam
kajian Aminah (2007) bahawa sebahagian besar pekerja iaitu sebanyak 52,7%
perempuan berkahwin menghantar anak-anak mereka kepada pengasuh bayi, dan
hanya sebahagian kecil 3% daripada pekerja menghantar anak-anak mereka ke
pusat penjagaan kanak-kanak. Terdapat sebahagian besar pengasuh bayi tidak
mempunyai pendidikan formal dan telah menyebabkan beberapa kes keganasan.
(Zoharah Omar et al, 2007)
Buat masa ini tidak banyak majikan swasta membuka Pusat Asuhan Kanak-
Kanak (PAKK) dan statistiknya agak mengejutkan iaitu cuma 16 yang ditubuhkan
syarikat swasta di seluruh negara. Berikutan itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia,
Datuk Maznah Mazlan mahu kerjasama MEF supaya majikan menubuhkan PAKK
bagi kepentingan kakitangannya.
Manakala di sektor awam tidak begitu bermasalah kerana terdapat banyak
pusat asuhan yang telah ditubuhkan. Apa yang penting, selain majikan sendiri,
peranan perlu dimainkan oleh kesatuan sekerja, badan bukan kerajaan dan
organisasi khas untuk memperjuangkan mengenai penyediaan pusat jagaan kanak-
kanak di tempat kerja.Setakat ini, kerajaan cuma memberi insentif kepada majikan
dan ibu bapa yang menghantar anak ke PAKK. Bagi majikan, mereka akan
mendapat dua kali ganda pengecualian cukai sekiranya menyediakan ruang
11
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
menempatkan PAKK, manakala mulai 2007 kadar potongan cukai sehingga
RM2,400 kepada pembayar cukai (bagi majikan menyediakan elaun khas untuk
PAKK). (Dr. Sabitha Marican, 2009)
Malah hampir separuh wanita juga menyatakan kesanggupan untuk berhenti
kerja kerana perasaan bersalah membelakangkan keluarga dan tiada masa santai
atau bermesra untuk anak-anak, suami ataupun diri sendiri. Oleh yang demikian,
kesedaran terhadap pusat jagaan anak-anak di tempat kerja akan dapat meleraikan
masalah kehilangan modal insan wanita yang berharga. Oleh hal demikian,
keperluan bantuan pusat asuhan akan lebih dirasakan kerana peratusan wanita
berkahwin yang bekerja pada tahun 2002 sudah mencecah 62.5 peratus. Ditambah
60 peratus pelajar di institusi pengajian tinggi ialah wanita. Kita tidak dapat lari dari
kenyataan bahawa kehadiran wanita di tempat kerja akan meningkat. Walaupun
penjagaan anak adalah tanggungjawab suami isteri, kadangkala naluri keibuan itu
sendiri membuat wanita lebih rela menggalas tanggungjawab dalam membesarkan
anak. Oleh itu, kewujudan pusat penjagaan anak satu langkah yang tepat. Pendek
kata, memetik ucapan Perdana Menteri, anak-anak inilah yang akan menjadi
pemimpin, pereka, usahawan, penyelidik atau ahli professional negara kita. (Dr.
Sabitha Marican, 2009)
Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian di atas ialah alternatif yang
digunakan oleh ibu bapa yang bekerja untuk menjaga anak-anak mereka semasa
mereka bekerja. Berdasarkan kajian tersebut didapati kebanyakkan ibu bapa yang
bekerja lebih suka menghantar kepada ibu, ibu mertua atau rakan mereka sendiri
menjaga anak-anak mereka daripada menghantar ke pusat asuhan kanak-kanak.
12
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Mereka juga sering menghantar anak-anak mereka ke pusat yang tidak berlesen
kerana lebih murah daripada pusat asuhan yang berlesen.
Hanya segelintir sahaja yang menghantar anak-anak mereka ke pusat
asuhan ataupun menyediakan pembantu di rumah. Masalah ini disebabkan oleh
kurang kepercayaan kepada pusat asuhan dan juga pembantu rumah. Hal ini
berlaku disebabkan oleh ibu bapa kurang percaya terhadap kebolehan penjaga yang
tidak mempunyai pendidikan formal. Selain itu, pusat asuhan juga sering mengambil
bilangan kanak-kanak dengan kuantiti yang banyak. Oleh itu, mereka tidak dapat
memberi tumpuan sepenuhnya dan akhirnya berlaku keganasan. Hal sebegini hanya
boleh diatasi sekiranya pusat asuhan didirikan di tempat kerja ibu ataupun bapa. Ibu
bapa yang bekerja dapat meluangkan masa untuk melihat anak-anak mereka
apabila waktu rehat dan dapat melihat kebajikan anak mereka dalam jarak yang
dekat.
KESIMPULAN
13
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Berdasarkan kajian yang diperolehi, telah dibuktikan pertumbuhan bahasa
kanak-kanak meliputi tiga komponen bahasa, iaitu sintaksis, fonologi dan semantik.
Kanak-kanak mulai menggabungkan dua kata pada umur menjelang dua tahun.
Sesungguhnya, aspek ayat memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa
kanak-kanak dalam menuju kebolehan bahasa orang dewasa. Oleh itu, sebagai
penjaga kepada kanak-kanak tidak kira ibu bapa atau pengasuh mestilah berusaha
mengetahui dan memahami pertuturan oleh anak mereka dan membimbing kepada
pertuturan yang betul untuk menuju kepada kebolehan bahasa orang dewasa.
Manakala bagi kajian kedua pula, sesungguhnya, terdapat pelbagai alternatif
boleh digunakan oleh ibu bapa yang bekerja untuk menjaga anak-anak mereka
semasa mereka bekerja. Berdasarkan kajian yang dibuat, ibu bapa lebih suka dan
gemar menghantar anak mereka kepada ibu, ibu mertua atau rakan meraka
daripada menghantar ke pusat asuhan kanak-kanak. Terdapat juga ibu bapa yang
salah menghantar anak-anak mereka ke pusat asuhan yang tidak mempunyai lesen
kerana yurannya jauh lebih murah daripada pusat asuhan yang berdaftar dan
mempunyai lesen. Perkara ini berlaku adalah disebabkan adanya rasa kurang
percaya dan tidak yakin terhadap kebolehan penjaga di pusat asuhan. Terdapat juga
pusat asuhan yang mengambil terlalu ramai bilangan kanak-kanak sehingga
kekurangan penjaga. Ini menyebabkan perkara-perkara yang tidak diigini berlaku
sebagai contoh, terdapatnya bayi yang meninggal dunia akibat tercekik air susu. Ini
diakibatkan oleh kecuaian penjaga di pusat asuhan tersebut. Oleh itu, sebagai
alternatif untuk mengatasi masalah ini, pusat asuhan boleh didirikan di tempat kerja
ibu ataupun bapa. Justeru, ibu bapa yang bekerja dapat menjenguk dan meluangkan
14
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
masa untuk melihat anak-anak mereka ketika pada waktu rehat walaupun dalam
masa bekerja.
RUJUKAN
15
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Barret, M. D, (1985). Issues In The Study of Children’s Single Word Speech. Dlm.
M. D.Barret (Ed.), Children Single-Word Speech. Chichester, England: Wiley.
Berk, L. E, (2000) Child Development (5th Ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Bukatko, D. & Daehler, M. W, (1995). Child Development: A Thematic Approach.
Boston:Houghton Mifflin Company.
Dr. Sabitha Marica, (2009, April 21). Realisasikan Pusat Asuhan Anak, Utusan
Malaysia.
Jabatan Kebajikan Masyarakat, (2009). Jenis-jenis taska. Diperoleh pada 18
September,2010.Daripadahttp://www.jkm.gov.my/jkm/index.php?
option=comcintent&view=category&id=178&itemid=502&lang=ms
Mangantar Simanjuntak, (1990). Pertumbuhan dan Perkembangan Bahasa Kanak-
Kanak. Jurnal Dewan Bahasa 34(9): 692 –704.
Mei-Yu, Lu, (2000). Language Development in the Early Years. ERIC Digest D154.
1 Oktober.
Mohd Rasdi Saamah, (2004). Kajian mengenai Pemerolehan Bahasa Kanak-kanak
Berusia Dua Tahun. Jabatan Pengajian Melayu. IPGM Kampus Tengku Ampuan
16
Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SHV 4193)
Afzan: Kuala Lipis Pahang diperolehi pada 24 September 2010
http//jpmipgmtaa.webs.com/Penulisan/Microsoft Word–bahasa kanak-kanak–
jurnal IPGMTAA.pdf
Noor Rahamah Abu Bakar, (2005). Faktor-faktor yang mempengaruhi Segregasi
Pekerjaan Mengikut Gender di Malaysia: Satu ilustrasi di Malaysia, hlm.49.
Bangi: Pusat Pengajian Sosial,Pembangunan dan Persekitaran,FSSK,UKM.
Shaffer, D. R, (1999). Development Psychology: Childhood & Adolescence (5th Ed.).
Pacific Grove, CA: Brook Cole Publishing Company.
Zoharah Omar, Aminah Ahmad & Rusinah Joned (2006). Establishing a childcare
center at workplace in Malaysia: Issues and challenges: hlm.239. Serdang:
Department of Profesional Development and Continuing Education,Faculty of
Educational Studies, Universiti Putra Malaysia.
17