Post on 29-Jul-2015
MINGGU 2O Tajuk :
1- Jenis-jenis/kategori main@ permainan sosial@ permainan kognitif
2- Ciri-ciri main@ motivasi intrinsik @ bebas utk memilih@ menyeronokkan @ proses penyesuaian@ aktif @ penerokaan@ simulasi
1. Kategori MainO 2 kategori :
1. Permainan sosial
2. Permainan kognitif
a)PERMAINAN SOSIALO Kanak-kanak bermain bersama-sama dalam
kumpulan.
O Berlaku secara berperingkat dalam perkembangan kanak-kanak sesuai dengan peranannya sebagai persediaan kanak-kanak mencapai kematangan bermasyarakat dan menghadapi alam dewasa.
O Oleh yang demikian , permainan sosial dibahagikan mengikut perkembangan kanak-kanak
Permainan sosial ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan Sosial
O 1. Main Unoccupied
- kanak-kanak tidak bermain dengan apa-apa alatan atau sesiapa tetapi hanya berada dalam kawasan permainan.
O 2. Main Solitary- kanak-kanak bermain seorang diri
tanpa menghiraukan rakan dan keadaan sekeliling
Permainan sosial ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan SosialO 3. Main Onlooker / Pemerhati
- kanak-kanak memerhatikan rakan-rakannya bermain. Berminat dengan permainan orang lain
O 4. Main Parallel / Selari - kanak-kanak bermain sendirian menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan serta tanpa berbincang. Kongsi alat, main sendiri-sendiri.
Permainan sosial ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan SosialO 5. Main Asociative
- Kanak-kanak bermain sendirian tetapi berinteraksi, bertanya dan meminjam alatan dengan rakan
O 6. Main Cooperative / Koperatif (Gabungan)- Kanak-kanak bermain dalam kumpulan dan bekerjasama untuk mencapai matlamat kumpulan
Apa jenis main yang anda dilihat?
b) Permainan KognitifO Piaget (1962) mengemukakan 3 peringkat
kategori main :1. main latihan (practice play) – melibatkan deria motor dan penerokaan berasaskan fizikal. Usia 6 bulan hingga 2 tahun2. Main simbolik (symbolic play) – termasuk fantasi, sosiodrama, main olok-olok. Melibatkan penggunaan mental (pemikiran) maka aktiviti ini dianggap intelek. Usia 2 – 6 tahun.3. Main yang melibatkan aplikasi peraturan. Usia 7 tahun ke atas.
Permainan kognitif ……. Sambungan
O - gaya dan jenis main berkembang mengikut tahap usia.
O Permainan kognitif amat sesuai dalam pendekatan p&p.
O Bermain merupakan satu proses pembelajaran yang berkesan.
Permainan kognitif ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan Kognitif
O 1. Main berfungsi (Functional)O 2. Main konstruktifO 3. Main simbolikO 4. Main berperaturan
(Piaget :1962)
Permainan kognitif……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan KognitifO 1. Main fungsi
- dialami kanak-kanak sejak usia 6 bulan- melibatkan aktiviti yang berupa gerak balas aktiviti otot.- kanak-kanak bermain alat seperti kotak, bola, kayu dan sebagainya sebagai alat itu sendiri.- kanak-kanak membaling, menjatuhkan, mengetuk dsb- mempunyai ciri pengulangan, manipulasi dan peniruan iaitu melakukan perkara yang diperhatikan atau dicubanya sendiri sebagai penerokaan
Permainan kognitif ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan KognitifO 2. Main konstruktif
- bermain untuk membina pengetahuan dan mengenali dunia- menggunakan pelbagai bahan untuk menghasilkan ciptaan mengikut daya kreativiti-alat yang digunakan bukan sebagai alat dalam keadaan asli seperti main fungsi tetapi membina sesuatu yang lain- kanak-kanak menggunakan kotak, bongkah, pasir dsb untuk menghasilkan rumah, kereta, istana pasir dsb.
Permainan kognitif ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan KognitifO 3. Main simbolik
- peluang kanak-kanak untuk mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran sosial- menggunakan imaginasi dan main peranan- menggunakan objek lain bagi mewakili objek sebenar. Cth: kotak kereta, daun pinggan dsb- daya kreativiti dan imaginasi yang tinggi dimanipulasikan dalam permainan simbolik- melibatkan situasi peranan orang dewasa dan persekitaran yang pernah dilalui atau diperhatikan- permainan simbolik melibatkan pemikiran aras tinggi (high level play)- meningkatkan penggunaan bahasa, mencapai pemahaman baru, menyelesaikan masalah seterusnya menghasilkan perkembangan pembelajaran yang bermakna
Permainan kognitif ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan KognitifO 4. Main berperaturan
- permainan formal yang melibatkan peraturan- tingkah laku mengikut batas peraturan bermain- kanak-kanak membina peraturan sendiri secara bersama- contoh : permainan ketengteng, dam ular dsb
Permainan kognitif ……. Sambungan
Jenis-jenis Permainan Kognitif
- membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif iaitu kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, mencari alternatif, membuat andaian dan merancang strategi- perkembangan emosi dan sosial termasuk mematuhi peraturan, mengambil giliran, menghormati kawan , berkrompromi, bertolak ansur dsb.
2. Ciri-ciri main1. Penglibatan Aktif
- semua deria digunakan- membangunkan emosi, kemahiran sosial, fizikal dan kognitif kanak-kanak
2. Motivasi Intrinsik- keinginan untuk belajar datang dari dalam diri individu sendiri- penglibatan bukan sahaja untuk mendapat sesuatu ganjaran tetapi lebih kepada kecenderungan dan keseronokan bermain.
Ciri-ciri main…. sambungan
3. Bebas untuk Memilih- bermain sebagai alat atau wahana untuk belajar dan meneroka persekitaran- kanak-kanak bebas memilih jenis permainan yang dikehendaki. Melalui ini kanak-kanak meneroka dan menjelajah alam sekeliling
Ciri-ciri main…. sambungan
4. Menyeronokkan- keseronokan melibatkan emosi dan perasaan- emosi seronok dan teruja maka kesan kepada bermain adalah mendalam- pembelajaran yang berlaku akan berkesan dan kekal lama
Ciri-ciri main…. sambungan
5. Proses Penyesuaianmain simbolik, sosiodrama dan main peranan membolehkan kanak-kanak berkembang ke tahap yang lebih tinggi serta mempelajari peranan dewasa.- belajar menyesuaikan diri dengan persekitaran, peraturan, budaya, keperluan hidup dan peranan yang dijangkakan- main olok-olok seperti main polis, guru, doktor dsb berupaya membina keupayaan penyesuaian diri dalam situasi sebenar.
Ciri-ciri main…. sambungan
6. Penerokaan-
7. Simulasi- main sosiodrama merupakan contoh simulasi yang berbentuk permainan tetapi dibuat menyerupai situasi sebenar.- fokus simulasi adalah proses bukannya hasil- pemupukan nilai seperti kanak-kanak belajar memahami perasaan orang lain, menerima kemenangan dan kekalahan dsb
RumusanO Alam belajar adalah suasana yang dapat
merangsang minat kanak-kanak untuk belajar dalam mencapai perubahan tingkah laku yang merangkumi faktor fizikal, psikososial dan komuniti pembelajaran
O Pengalaman langsung – proses cuba jaya dalam proses pembelajaran
O Main dapat menggalakkan kanak-kanak berimaginasi, berfikir secara kreatif, menghayati nilai, berbahasa dan beretika
Tutorial 3O Banding bezakan prinsip-prinsip
pembelajaran Ewell yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan prinsip pembelajaran Gagne
Soalan ISL
O Layari internet untuk dapatkan maklumat tambahan tentang prinsip PEMBELAJARAN EWELL.
O Banding bezakan prinsip-prinsip pembelajaran yang dibincangkan dalam artikel tersebut dengan PRINSIP PEMBELAJARAN GAGNE.
O Sediakan grafik banding beza dan bentangkan dalam kelas.
SEKIAN
TERIMA KASIH