Post on 19-Dec-2015
description
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata pelajaran / Kelas
Dunia Sains & Teknologi / 3 Panglima
Tema / Tajuk Sains Hayat / ManusiaMasa 8.10 – 9.10 pagiBil.murid 35 orangSP 2.1.1 dan 2.1.2Objektif pembelajaran
Di akhir pembelajaran, murid dapat:a) mengenalpasti jenis gigi iaitu gigi kacip, gigi taring dan gigi
gerahamb) menghubungkaitkan jenis gigi dan fungsinya.
Aktiviti P&P Set induksi1. Guru bertanya soalan kepada murid samada mereka
menggosok gigi atau tidak sebelum ke sekolah.2. Murid diminta menunjukkan gigi masing-masing dan
diminta melihat gigi rakan bersebelahan mereka.3. Guru memanggil beberapa orang murid untuk bercerita
tentang gigi rakan mereka (dari segi warna, bentuk dsb).
Langkah 14. Guru menunjukan model gigi kepada murid.5. Guru memperkenalkan tajuk yang hendak diajar.6. Guru membimbing murid mengenal pasti jenis gigi, iaitu
gigi kacip, gigi taring dan gigi geraham (sambil menunjukan kedudukan gigi tersebut pada model gigi).
7. Murid diminta berbincang secara pasangan tentang fungsi gigi mengikut jenisnya.
8. Beberapa kumpulan diminta mempersembahkan hasil perbincangan mereka.
9. Guru membimbing murid menghubungkaitkan antara jenis gigi dan fungsinya (murid memperbetulkan jawapan mereka).
Langkah 210. Murid diminta membentuk kumpulan seramai 7 orang.11. Murid menjalankan aktiviti mencantumkan gambar.
Aktiviti:a) Setiap kumpulan diberi manila kad dan dua sampul
surat. Sampul surat 1 mengandungi gambar tiga jenis gigi yang telah digunting, manakala sampul surat 2 mengandungi fungsi-fungsi gigi.
b) Murid diminta mencantum semula gambar dan tampal pada manila kad serta memadankan fungsi
dengan jenis gigi yang betul.12. Murid mempersembahkan hasil kerja kumpulan mereka.
Langkah 313. Murid membuat latihan pada lembaran kerja yang diberi.
Penutup14. Murid menyanyi lagu “Gigi Saya” mengikut lirik yang
diberi.15. Guru membuat kesimpulan tentang tajuk yang telah
dipelajari.
EMK Nilai murni, TMKBahan Bantu Belajar
Model gigi, Manila kad, Sampul Surat, Gambar, Laptop, dan LCD
Penilaian P&P Guru mengedarkan lembaran kerjaRefleksi Semua murid menguasai tajuk yang dipelajari.
Lampiran:
Lirik lagu: “Gigi Saya”
Saya ada gigi cantik, putih, bersih sekali,Hari-hari gosok gigi,Gigi kuat, senang hati.
Gigi kacip …….. potong-potong,Gigi taring…….. koyak-koyak,Gigi geraham…... hancur-hancur,Itu fungsi gigi saya.