Post on 23-Jan-2020
JABATAN URUSAN HAJIKEMENTERIAN HAL EHWAL UGAMA
PERSIAPAN IBADAH HAJI
PERSIAPAN IBADAH HAJI
Persiapan ‘Aqidah dan Ketaqwaan
Persiapan Kewangan
Persiapan Mental dan Fizikal
Persiapan Ilmu Pengetahuan
Persiapan Tazkiyah Nafs
1. PERSIAPAN ‘AQIDAH DAN KETAQWAAN
‘Aqidah Sahihah iaitu ‘aqidah yang betul perlulah
bersumberkan daripada al-Qur’an dan al-Sunnah.
Ketaqwaan adalah usaha untuk mengerjakan
perintah Allah, sama ada yang fardhu mahupun yang
sunat dan meninggalkan larangan Allah.
1. PERSIAPAN ‘AQIDAH DAN KETAQWAAN
Persiapan ‘Aqidah dan Ketaqwaan adalah bekalan yang paling
utama dan mesti dipersiapkan.
Perlu menjaga sembahyang lima waktu, tidak menunda-
nunda waktunya dan mengerjakannya secara berjemaah di
masjid sebagai latihan amali bagi membiasakan diri untuk
berjemaah di Masjid an-Nabawi dan Masjidil Haram.
1. PERSIAPAN ‘AQIDAH DAN KETAQWAAN
Orang-orang yang berbekalkan ‘Aqidah Sahihah dan Ketaqwaan akan:
i. Dipermudahkan segala urusan diberikan jalan keluar daripada kesukaran
yang dihadapi, sepertimana firman Allah Ta’ala:
“Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan memudahkan
baginya jalan keluar (dalam urusannya). (Surah At-Thalaq, Ayat 2)
ii. Tidak dimudharatkan oleh apa pun dan di mana pun mereka berada.
2. PERSIAPAN KEWANGAN
Persiapan kewangan adalah antara syarat utama
diwajibkan seseorang itu untuk menunaikan ibadah haji.
Kewangan yang akan digunakan sebagai perbelanjaan
untuk menunaikan ibadah haji itu mestilah bersumberkan
daripada yang halal.
Disamping itu, dituntut juga untuk meninggalkan
makanan dan minuman yang haram bahkan yang shubhah
sebelum berangkat menunaikan ibadah haji.
2. PERSIAPAN KEWANGAN
Orang yang membelanjakan hartanya dan membuat
persiapan kewangan untuk ibadah haji hendaklah dia
ikhlas dan yakin bahawa semua itu akan diganti oleh Allah
Ta’ala,
sebagaimana hadith yang diriwayatkan dari Anas bin
Malik berkata: ‘Telah bersabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi
Wasallam :
2. PERSIAPAN KEWANGAN
(اهلل، إن دعوه أجابهم، وإن أستغفروه غفر هلماحلجاج والعمار وفد )
‘Adapun orang yang haji dan orang yang umrah
adalah tetamu Allah, kalau dia berdoa akan
dikabulkan. Kalau dia meminta ampun, maka dia
akan diampuninya.’
2. PERSIAPAN KEWANGAN
Persiapan kewangan ini adalah bagi mengelakkan
seseorang itu bergantung kepada bantuan dan meminta-
minta daripada orang lain.
Persiapan Kewangan perlu juga disiapkan untuk
membolehkan seseorang itu membuat amal kebajikan di
Tanah Suci seperti sedekah, wakaf dan sebagainya.
3. PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL Persiapan mental dan fizikal ini perlu bagi seseorang itu
agar dapat mengerjakan ibadah haji dengan baik dan
sempurna dan sebagai persiapan bagi menghadapi
perkara-perkara seperti berikut:
i. Perpisahan dengan keluarga tersayang.
ii. Ujian di perjalanan seperti kelewatan pesawat, susah
untuk makan, minum, berehat dan sebagainya.
3. PERSIAPAN MENTAL DAN FIZIKAL
iii. Kesukaran pelaksaan haji antaranya menghadapi larangan-
larangan ihram, tinggal dalam khemah dengan kawasan yang
terhad serta bilangan tandas yang sedikit di ‘Arafah dan Mina,
keadaan cuaca yang panas, kesesakan dalam mengerjakan
manasik haji dan sebagainya.
iv. Pertemuan dengan bangsa lain dengan karenah yang pelbagai.
v. Iklim yang berbeza berbanding Negara Brunei Darussalam.
4. PERSIAPAN ILMU PENGETAHUAN
Apa pun yang akan
dilaksanakan, terutamanya
dalam melaksanakan ibadah
mesti berdasarkan dengan
ilmu pengetahuan bagi
mengelak dari beramal
dengan ikut-ikutan.
4. PERSIAPAN ILMU PENGETAHUAN
Antara perkara yang perlu diketahui sebelum
mengerjakan ibadah haji seperti:
- Ilmu Manasik Haji
- Mengenal Sejarah Makkah dan Madinah
- Belajar Bahasa Arab
- Mengetahui keadaan terkini Makkah, Madinah dan
Masyair
5. PERSIAPAN TAZKIYAH NAFS
Tazkiyah Nafs bermaksud:
“Penyucian jiwa daripada segala penyakit dan aib, kemudian
menghiasinya dengan pelbagai akhlak yang mulia.”
Firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri
(dengan beriman)”. (Surah Ash-Shams, Ayat 9)
5. PERSIAPAN TAZKIAH NAFS
Seseorang yang hendak
melaksanakan ibadah haji perlu
membuat persiapan tazkiyah nafs,
iaitu membersihkan jiwanya
daripada dosa dan sifat-sifat tercela.
Kemudian mengisikannya dengan
sifat dan akhlak yang mulia.
SIFAT TERCELA
Antara sifat-sifat tercela yang perlu dibersihkan adalah seperti:
KUFUR
NIFAQ
FASIQ
RIYA’
CINTA KEDUDUKAN
DENGKI
‘UJUB
SOMBONG
CINTAKAN DUNIA
MENGIKUT NAFSU
SIFAT MULIA
Mengikhlaskan segala amalkebajikan kerana Allah
Rasa takut dan berharaphanya kepada Allah
Sabar dan Redha denganketentuan Allah
Terus menerus & sentiasabertaubat kepada Allah
SIFAT MULIA
JUJUR KEPADA ALLAH
ZUHUD
TAWAKAL
MENCINTAI ALLAH
TAQWA DAN WARAK
SYUKUR
Semua jemaah haji akan tinggal di khemah
yang telah ditentukan.
Cuaca panas pada musim haji.
Tempat atau ruang makan tidak disediakan.
Jemaah beratur untuk mengambil makanan.
Buffet yang dihidangkan dikongsi bersama
tanpa mengira syarikat yang diikuti.
Tandas dan tempat berwudu’ terhad dan
dikongsi bersama jemaah-jemaah negara lain.
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
Hanya tilam, selimut dan tuala kecil
sahaja disediakan.
Keluasan surau yang terhad, tidak dapat
menempatkan semua Jemaah dan
sebahagian Jemaah terpaksa sembahyang
di khemah masing-masing.
Penghawa dingin yang disediakan
berbentuk blower yang dilengkapi
dengan water chiller.
PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN
LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
Lawatan ke tempat-tempat bersejarah ialah agar dapat
mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa sejarah
tempat-tempat berkenaan, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu dapat pengajaran bagi
orang yang mempunyai akal”. (Surah Yusuf, Ayat 111)
...
LAWATAN KE TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH
Antara lain ianya juga sebagai saranan untuk
beribadat dan mendekatkan diri kepada Allah
Ta’ala, terutamanya masjid-masjid.
TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MADINAH
Masjid an-Nabawi
Perkuburan Baqi’
Masjid Quba’
Bukit Uhud
Perkuburan Syuhada Uhud
MASJID AN-NABAWI
MASJID AN-NABAWI
MIHRAB MIMBAR
RAUDHAH
MAQAM RASULULLAH
MAQAM RASULULLAH
PERKUBURAN BAQI’
MASJID QUBA
BUKIT UHUD
MAQAM SYUHADA UHUD
TEMPAT-TEMPAT BERSEJARAH DI MAKKAH
Antaranya:
Masjidil Haram dan Kaabah
Gua Hira’
Gua Thur
MASJIDIL HARAM
KAABAH
TEMPAT SAI’E
KEMUDAHAN
DISEDIAKAN BAGI YANG
MEMERLUKAN
GUA HIRA
GUA THUR
MENERUSKAN AMALAN BAIK SETELAH
BALIK KE TANAH AIR
Sembahyang 5 waktu berjemaah di masjid.
Amalan membaca al-Qur’an
Berzikir dan berwirid
Bersedekah
Saling bantu-membantu atau budaya tolong-menolong
Sifat Sabar