Post on 16-Aug-2015
ISU DAN CABARAN DUNIA
GCI 1022
CABARAN PERTAHANAN DAN KEDAULATAN NEGARA
Pensyarah : En Zubaidillah bin Sulaiman
Pembentang : Aidil Shazwan bin Mohd
PENGENALANMALAYSIA IALAH NEGARA YANG MEMPUNYAI
PENDUDUK PELBAGAI KAUM, AGAMA DAN BUDAYA. WALAUPUN PERNAH DIJAJAH OLEH KUASA BARAT DAN JEPUN SELAMA LEBIH EMPAT ABAD, NAMUN
HARI INI MALAYSIA BERDIRI SEBAGAI SEBUAH NEGARA BERDAULAT. PADA HARI INI KITA
MEMPUNYAI HAK DAN KUASA SEPENUHNYA ATAS URUSAN PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
NEGARA KITA SENDIRI. HAL INI BERMAKNA KITA TIDAK PERLU MENGIKUT TELUNJUK MANA-MANA
KUASA BESAR BAGI MENENTUKAN ARAH DAN HALA TUJU NEGARA SAMA ADA DARI SEGI POLITIK,
EKONOMI MAHUPUN SOSIAL.
Pertahanan negara disebut juga pertahanan nasional adalah segala usaha untuk
mempertahankan kedaulatan negara, keutuhan wilayah sebuah negara dan keselamatan segenap
bangsa dari ancaman dan gangguan terhadap keutuhan bangsa dan negara.
JENIS PERTAHANAN
PERTAHANAN NONMILITER
Benteng jatidiri seseorang individu harus disulam dengan semangat patriotisme dan nasionalisme dalam ertikata mempertahankan kedaulatan negara serta memiliki nilai kesetiaan yang tak berbelah bagi terhadap bangsa dan negara. Kekuatan dalaman perlu lahir dalam bentuk yang paling mantap tanpa dipisahkan oleh faktor geografizikal, kepelbagaian kaum, umur,gender dan sebagainya. Fenomena pembinaan jatidiri yang kukuh di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia sememangnya penting tatkala negara mengalami masalah seperti ‘serangan’ ekonomi oleh spekulator indeks yang sentiasa mencari ruang dan peluang untuk menjatuhkan nilai matawang negara-negara membangun termasuklah di rantau Asia Tenggara.
Selain itu sikap bersatu padu juga harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan sesebuah negara . Di negara kita , sikap bersatu padu dipupuk melalui kebudayaan kebangsaan. Ini kerana masyarakat Malaysia mempunyai pelbagai etnik budaya . Matlamatnya adalah ke arah mengukuhkan perpaduan bangsa. Kedaulatan negara menekankan perpaduan rakyat kerana hanya dengan perpaduan sahaja kedaulatan dapat dikekalkan . Perpaduan masyarakat adalah prasyarat kepada pembentukkan sebuah negara . Selain perpaduan rakyat, proses penjanaan generasi muda sebagai persiapan di hari depan juga amat penting. Ini adalah kerana generasi muda pada hari ini adalah pemimpin pada masa akan datang. Justeru, kerajaan telah memperkenalkan (PLKN) dalam usaha melahirkan generasi muda yang mempunyai semangat patriotisme yang
tinggi. Jika dianalisa, perlaksanaan PLKN bertitik tolak atas beberapa cabaran sama ada bersifat psikologi
mahupun politik
PERTAHANAN MILITER
ANCAMAN LUAR Penjajahan merupakan sesuatu yang jelas
apabila sesebuah kuasa besar atau negara jiran mengambil alih negara itu secara paksa dengan kuasa tentera.
Mereka hanya ingin menguasai seumber alamnya seperti minyak dan air ataupun kedudukannya dari segi geografi
Penjajahan itu boleh juga berbangkit daripada ideologi kuasa besar yang mahukan kuasa untuk mendominasi wilayah dunia
Apabila negara dijajah, kedaulatan akan hilang sekaligus identitinya juga hilang.
ANCAMAN DALAMAN Terdiri daripada geakan fanatism politik,
agama dan kaum Contohnya ialah gerakan komunis yang trdiri
daripada PKM Kumpulan Militan al Mannah, kumpulan Al-
Arqam yang suatu ketika dahulu dipercayai telah menubuhkan suatu unit bergelar Tentera Badar
Sesetengah ancaman ini masih wujud tetapi dalam bentuk lain sekaligus memerlukan pantauan berterusan oleh pihak berkuasa
CONTOH ISU MASA KINIPeristiwa pencerobohan oleh pengganas Sulu dari kalangan Royal Sulu Forces (RSF) telah mengejutkan rakyat Malaysia daripada buaian mimpi empuk yang dinikmati semenjak hujung tahun 1990, apabila elemen terakhir daripada Partai Komunis Kalimantan Utara (PARAKU) meletakkan senjata mereka . Akibat daripada buaian mimpi empuk ini, ramai rakyat Malaysia sebelum kejadian pencerobohan di Lahad Datu ini langsung tidak mengambil peduli akan isu-isu pertahanan negara (Biarpun negara dikejutkan dengan kejadian mencuri senjata oleh kumpulan militan al Maunah pada tahun 2000 dan penculikan di pusat peranginan di Pulau Sipadan dan Ligitan pada tahun 2001, elemen ancaman daripada kedua-dua kumpulan tersebut dilihat dapat ditangani.).
USAHA YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENGEKALKAN KEDAULATAN
NEGARA
PEMERINTAH MEMPERKUKUH SISTEM PERTAHANAN &
KESELAMATAN NEGARA. MENGANJUR PROGRAM ATAU AKTIVITI UNTUK
MENANAM SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN RAKYAT.
MEMPERKUKUH EKONOMI NEGARA: ELAKKAN DARIPADA PENJAJAHAN EKONOMI MENJADI NEGARA PENGELUAR ATAU
PEMBUAT BUKANNYA NEGARA PENGGUNA MEWUJUDKAN SISTEM SOSIAL DAN
PENDIDIKAN YANG BOLEH MELAHIRKAN MODAL INSAN BERTARAF DUNIA.
MASYARAKAT MENJAGA DAN MENGEKALKAN PERPADUAN
DALAM KALANGAN KAUM. MEMBANTU MENJAYAKAN USAHA-USAHA
KERAJAAN DALAM BIDANG KESELAMATAN, EKONOMI & SOSIAL.
INDIVIDU
CINTA AKAN NEGARA, BERSEMANGAT PATRIOTIK & SANGGUP BERKORBAN UNTUK NEGARA.
MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN DAN TEKNOLOGI SEMASA.
MENJAGA AKHLAK SUPAYA TIDAK TERLIBAT DALAM GEJALA SOSIAL.