Post on 02-Jan-2020
HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN
PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA
JENNY WEE CHIN SIOK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: HUBUGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KOSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya JENNY WEE CHIN SIOK
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk
tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam (AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh ___________________ ________ ____________________________ _ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: SL 17, L1101, TAMAN YUNG SENG PH 1, JALAN PETANAK, PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN 96400 MUKAH, NAMA PENYELIA SARAWAK. Tarikh: _ ___ Tarikh:__ ___ ______________30 APRIL 2008 ______________30 APRIL 2008
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia Minor Matematik)”.
Tandatangan : ……………………………………….......................
Nama Penyelia : ................................................................................... PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : ……………………………………….......................... 30 APRIL 2008
HUBUNGAN SIKAP TERHADAP MATA PELAJARAN SAINS DENGAN PENGUASAAN KONSEP ASAS SAINS PELAJAR TINGKATAN DUA
JENNY WEE CHIN SIOK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia/Matematik)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan : .........................................................
Nama Penulis : ........................................................ JENNY WEE CHIN SIOK
Tarikh : ......................................................... 30 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Kepada Tuhan yang Maha Esa dan Maha Kuasa,
Ayah dan ibu yang amat saya hormati,
Abang dan kakak saya yang amat saya kasihi.
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyelia saya Prof.
Madya Aziz bin Nordin yang memberi tunjuk ajar dan dorongan sepanjang proses
menjalankan kajian ini. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua pensyarah
Fakulti Pendidikan yang telah banyak memberi pandangan dan nasihat kepada saya
dalam menjayakan kajain ini.
Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada pengetua, guru-guru
dan semua responden kajian iaitu pelajar-pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah
Menengah Kebangasaan Three Rivers, Mukah, Sarawak yang telah bekerjasama
dalam proses mengutip data untuk kajian ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-
rakan saya yang sudi menbantu dan memberi nasihat serta tunjuk ajar kepada saya
bagi melengkapkan bab-bab dalam projek sarjana muda.
Saya juga ingin berterima kasih kepada ayah, ibu, abang dan kakak yang
amat saya sayangi atas sokongan moral dan bantuan kewangan dalam menyiapkan
projek sarjana muda ini. Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat secara lansung atau tidak dalam memberikan
sokongan, cadangan dan sebagainya.
v
ABSTRAK
Sikap dan penguasaan konsep asas sains merupakan satu perkara yang
penting dalam pembelajaran sains yang berterusan. Kajian diskriptif ini bertujuan
untuk mengukur tahap sikap terhadap sains di kalangan 107 orang pelajar Tingkatan
Dua di sebuah sekolah di kawasan Mukah, Sarawak. Kajian ini juga mengukur
hubungan antara sikap dan penguasaan konsep asas sains di kalangan pelajar. Di
samping itu, kajian ini juga melihat sama ada terdapat perbezaan sikap terhadap sains
dan penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina. Aspek sikap yang dikaji
adalah minat dan persepsi pelajar terhadap sains. Manakala, aspek konsep asas sains
yang diuji adalah berdasarkan topik-topik yang telah dipelajari semasa Tingkatan
Satu. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik dengan
kebolehpercayaan α = 0.918. Dua jenis statistik digunakan dalam kajian ini iaitu
statistik diskriptif untuk melihat min, frekuensi, peratusan dan sisihan piawai
manakala statistik inferensi menggunakan kolerasi Pearson dan ujian-t. Keputusan
kajian mendapati bahawa pelajar Tingkatan Dua mempunyai minat (57.9%) dan
persepsi (72.0%) yang tinggi terhadap sains (65.4%) dan tahap penguasaan konsep
asas sains yang sederhana (43.9%). Selain itu, hasil kajian juga mendapati bahawa
terdapat hubungan yang signifikan antara minat dan persepsi dengan penguasaan
konsep asas sains. Manakala, hasil kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara sikap dan tahap penguasaan konsep asas sains berdasarkan jantina.
vi
ABSTRACT
The attitude and mastery of basic concept is an important matter in continuos
learning of science. The aim of this descriptive study is to determine the attitude of
107 Form Two students towards science in Mukah, Sarawak. This study also
identified the relationship between attitude and mastery level of science basic
concept among students. In addition, this study was also looking towards the
differences between attitude and mastery level of science basic concept bsed on
gender. The aspect of students’ attitude towards science is tested according to
interests and perception. The science basic concept includes the topics being learned
by students during Form One. The instrument used in this study is a questionnaire
with reliability α = 0.918. There are two kinds of statistic used viz descriptive
statistic and inference statistic. Descriptive statistic was used to obtain mean,
frequency, percentage and standard deviation while inference statistic used is
Pearson Correlation and t-test. The findings of the study mentioned that as a whole,
Form Two students are highly interested (57.9%) and have good perception (72.0%)
on science. The mastery level of students’ science basic concept is moderate
(43.9%). Apart from that, findings of the study also found that there is significant
relationship between students’ interest and perception towards science with mastery
level of science basic concept. The finding of this study showed that there is no
significant difference between attitude and mastery level of science basic concept
among male and female students.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Hipotesis Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Kepentingan Kajian 10
1.9 Definisi Operasional 11
1.9.1 Sains 12
1.9.2 Sikap 12
1.9.3 Minat 13
viii
1.9.4 Persepsi 13
1.9.5 Proses Pengajaran 14
1.9.6 Proses Pembelajaran 14
1.9.7 Penguasaan 14
1.9.8 Pencapaian 15
1.10 Penutup 15
BAB 2 SOROTAN KAJIAN 16
2.1 Pengenalan 16
2.2 Konsep Pengajaran Dan Pembelajaran 16
2.3 Konsep Sikap 18
2.3.1 Konsep Minat 20
2.3.2 Konsep Persepsi 21
2.4 Kajian-kajian Lepas Mengenai Sikap
(Minat dan Persepsi) 22
2.5 Penguasaan 26
2.6 Penutup 30
BAB 3 METODOLOGI 31
3.1 Pengenalan 31
3.2 Reka Bentuk Kajian 31
3.3 Pensampelan Dan Tempat Kajian 32
3.4 Instrumen Kajian 32
3.4.1 Bahagian A 33
3.4.2 Bahagian B 33
3.4.3 Bahagian C 34
3.5 Kajian Rintis 34
3.6 Prosedur Kajian 35
3.7 Analisis Data 36
3.8 Penutup 38
BAB 4 ANALISIS DATA 39
4.1 Pengenalan 39
4.2 Latar Belakang Responden 39
ix
4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Kelas 40
4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Jantina 40
4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Bangsa 41
4.2.4 Taburan Respoden Mengikut
Keputusan Peperiksaan Sains 41
4.3 Sikap Terhadap Sains 42
4.3.1 Taburan Responden Mengikut
Minat Terhadap Sains 43
4.3.2 Taburan Responden Mengikut
Persepsi Terhadap Sains 45
4.3.3 Taburan Responden Secara
Keseluruhan Mengenai Sikap 46
Terhadap Sains
4.4 Penguasaan Konsep Asas Sains 47
4.4.1 Taburan Responden Bagi
Bahagian A 47
4.4.2 Taburan Responden Bagi
Bahagian B 48
4.4.3 Taburan Responden Bagi
Bahagian C 49
4.4.4 Taburan Responden Secara
Keseluruhan Mengenai
Penguasaan Konsep Asas
Sains 49
4.5 Analisis Hipotesis Kajian 50
4.5.1 Hubungan Antara Minat
Terhadap Sains Dengan
Penguasaan Konsep Asas
Sains 50
x
4.5.2 Hubungan Antara Persepsi
Terhadap Sains Dengan
Penguasaan Konsep Asas
Sains 51
4.5.3 Perbezaan Minat Terhadap
Sains Berdasarkan Jantina 52
4.5.4 Perbezaan Persepsi Terhadap
Sains Berdasarkan Jantina 53
4.5.5 Perbezaan Penguasaan
Konsep Asas Sains
Berdasarkan Jantina 53
4.6 Penutup 54
BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN 56
5.1 Pengenalan 56
5.2 Rumusan Kajian 56
5.3 Perbincangan 58
5.3.1 Sikap Pelajar Terhadap Sains 58
5.3.2 Hubungan Sikap Pelajar
Terhadap Sains Dengan
Penguasaan Konsep Asas
Sains 59
5.3.3 Perbezaan Antara Sikap
Pelajar Terhadap Sains Dan
Penguasaan Konsep Asas
Sainsn Berdasarkan Jantina 60
5.4 Cadangan Tindakan 60
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 62
5.6 Penutup 64
RUJUKAN 65
LAMPIRAN A 77
xi
LAMPIRAN B 88
LAMPIRAN C 89
LAMPIRAN D 91
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Item Mengikut Aspek Sikap Terhadap Sains 33
3.2 Taburan Item 36
3.3 Skor Bagi Item Positif 36
3.4 Tahap Minat, Persepsi dan Sikap Terhadap Sains
Berdasarkan Min Skor 37
3.5 Tahap Penguasaan Konsep Asas Sains 37
3.6 Tahap Pencapaian Dengan Gred 38
4.1 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Kelas 40
4.2 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina 40
4.3 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa 41
4.4 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengikut
Keputusan Peperiksaan Sains 42
4.5 Taburan Kekerapan (Dan Peratusan) Dan Min
Mengikut Minat Terhadap Sains 43
4.6 Taburan Kekerapan (Dan Peratusan) Dan Min
Mengikut Persepsi Terhadap Sains 45
4.7 Kekerapan Dan Peratusan Responden dalam Aspek
Minat dan Persepsi Terhadap Sains 46
4.8 Kekerapan Dan Peratusan Responden Berdasarkan
Sikap Terhadap Sains 47
4.9 Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Bahagian A 48
4.10 Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Bahagian B 48
4.11 Kekerapan Dan Peratusan Responden Bagi Bahagian C 49
4.12 Kekerapan Dan Peratusan Responden Mengenai
xiii
Pengetahuan Konsep Asas Sains 49
4.13 Analisis Korelasi Antara Minat Terhadap Sains
Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains 50
4.14 Analisis Korelasi Antara Persepsi Terhadap Sains
Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains 51
4.15 Analisis Ujian-t Bagi Minat Terhadap Sains
Antara Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 52
4.16 Analisis Ujian-t Bagi Persepsi Terhadap Sains
Antara Pelajar Lelaki Dengan Pelajar Perempuan 53
4.17 Analisis Ujian-t Bagi Penguasaan Konsep Asas
Sains Antara Pelajar Lelaki Dengan Pelajar
Perempuan 54
xiv
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
AAAS American Association for the Advancement of Science
BPPDP Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
E-V Expectancy-Value
FPN Falsafah Pendidikan Negara
KBSM Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KBSR Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
IAEP International Assessment of Educational Progress
MAOS Multidimensional Achievement Orientation Scale
MPCL Mooney Problem Check List
SES Social economy status
SPSS Statistical Packages for Social Science
STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
TED Lowa Test of Educational Development
TIMSS Trends in International Mathematics and Science Study
UKM Universiti Kebangsaan Malaysia
UMNO United Malay National Organisation
UTM Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 77
B Surat Pengesahan Diri Pelajar 88
C Surat Pengesahan EPRD 89
D Surat Pengesahan Soal Selidik 91
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Pembangunan sains dan teknologi ke arah membolehkan negara menjadi
maju sepenuhnya di mana semua warga negara hidup dalam keadaan aman, selesa,
bersih dan moden merupakan wawasan hidup masyarakat abad ke-21. Malaysia
mempunyai wawasan menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
Wawasan 2020 adalah testimoni yang nyata mengenai matlamat, sasaran dan
peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan, badan-badan berkanun, badan
bukan kerajaan, pihak swasta dan lain-lain agensi.
Bagi merealisasikan hasrat ini, ramai tenaga manusia yang mempunyai
kepakaran dalam bidang sains dan teknologi diperlukan. Kita memerlukan
warganegara yang bersifat kritis, kreatif dan berketerampilan yang mengamalkan
budaya sains dan teknologi. Warganegara yang berbudaya sains dan teknologi
mempamerkan ciri-ciri seperti celik sains, bersifat terbuka, bersemangat ingat tahu
dan ingin mencuba, menghargai sumbangan sains dan teknologi, membuat
keputusan berdasarkan fakta yang nyata, menghargai keseimbangan alam,
mempunyai iltizam, dan kesanggupan untuk menyumbang kepada kemajuan sains
dan teknologi.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan nisbah 60:40 iaitu 60%
pelajar dalam bidang sains dan teknikal dan 40% pelajar dalam bidang sastera
2
merupakan salah satu contoh kesungguhan kerajaan untuk membangunkan wawasan
itu. Pada tahun 2000, kedudukan nisbah ini menunjukkan pencapaian dasar ini
masih jauh daripada sasarannya. Hanya terdapat 27.7% sahaja pelajar yang
menceburi diri dalam jurusan sains dan teknikal sementara yang selebihnya dalam
jurusan sastera. Perkara sedemikian berlaku disebabkan kurangnya minat pelajar
terhadap bidang sains dan teknikal. Pencapaian ini masih jauh daripada sasaran
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mencapai 60% pelajar dalam jurusan sains
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001).
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dilaksanakna dalam
sistem pendidikan sekarang telah bermula sejak 1989 bagi pelajar Tingkatan Satu
dalam mata pelajaran Sains adalah hasil kesinambungan daripada Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dilaksanakan sejak 1982 di 103
buah sekolah dan keseluruhannya pada tahun 1983. KBSR dan KBSM seharusnya
dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dengan mengembangkan
potensi mereka secara menyeluruh serta memupuk nilai-nilai murni yang diterapkan
dalam semua mata pelajaran KBSM, demi mencapai kesepaduan dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani di kalangan pelajar seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Negara (FPN) (Mok Soon Sang, 2002). Falsafah Sains Negara
menyatakan pendidikan sains di Malaysia memupuk budaya sains dan teknologi
dengan memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetatif,
dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat menguasai ilmu sains dan
berketerampilan teknologi. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan sama ada di
makmal, di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah seharusnya dapat menjana
pemikiran pelajar ke arah minda yang kreatif, inovatif dan produktif.
Kurikulum Sains bagi sekolah menengah dicorakkan untuk menyediakan
pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran sains, menguasai kemahiran dan strategi
berfikir demi membolehkan mereka menyelesaikan masalah serta membuat
keputusan dalam kehidupan harian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002).
Sains merupakan satu mata pelajaran yang menjadi wadah untuk menjana individu
yang berketerampilan dan berakhlak mulia serta bertanggungjawab mengurus alam
dan sumbernya demi kesejahteraan manusia dan keharmonian alam (Lee Shok Mee,
3
1994). Menurut Fong Chan Onn (1999), usaha untuk mempopularkan sains di
kalangan orang ramai telah menjadi agenda negara sebagai satu strategi yang
memastikan matlamat itu dicapai menjelang tahun 2020.
Sains adalah satu bidang yang merangkumi pengetahuan, kemahiran, sikap
saintifik dan nilai murni. Apabila pelajar dibimbing untuk menghubungkaitkan
fakta dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pembelajaran baru dengan
ilmu yang sedia ada serta mengaplikasikann ilmu ini dalam kehidupan harian, ilmu
pengetahuan sains akan menjadi lebih bermakna kepada mereka. Sains juga
merupakan satu proses yang mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian
masalah. Ia memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar yang
melibatkan strategi berfikir, kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Penerapan
sikap saintifik dan nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran dilakukan
secara berterusan sepanjang pelajaran. Pendidikan dapat menyediakan ahli-ahli
masyarakat supaya berguna kepada diri sendiri dan dapat memberikan sumbangan
untuk pembangunan masyarakat itu (Atan, 1988).
Sikap seringkali dikaitkan dengan pencapaian pelajar dalam persekolahan
mereka. Guru yang dapat memahami sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang
diajari dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
pelajar. Guru dapat merancangkan strategi atau kaedah pengajaran yang
bersesuaian demi mengubah sikap pelajar. Ini secara lansung dapat meningkatkan
tahap penguasaan pelajar yang seterusnya membawa kepada pencapaian yang
cemerlang. Menurut Alias Baba (1997), prestasi pelajar lelaki lebih baik
dibandingkan dengan pelajar perempuan, pelajar bukan Melayu berprestasi lebih
baik daripada pelajar Melayu, golongan yang berlatar belakang sosio-ekonomi
(SES) tinggi mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding dengan yang miskin
dan mempunyai SES yang rendah. Terdapat perbezaan bagi pecapaian pelajar
dalam mata pelajaran Sains di kalangan pelajar di sekolah bandar dan luar bandar, di
sekolah kebangsaan dengan jenis kebangsaan dan yang mempunyai guru terlatih
yang berpengalaman dengan yang baru mengajar (Jamil Ahmad, 1993).
4
Masalah yang sering timbul di kalangan pelajar dalam pembelajaran sains
ialah pemahaman konsep yang lemah dan tidak berminat dengan pengajaran guru
(Saniah, 2000). Merujuk kepada Teori pelaziman operan Thorndike, tingkah laku
dipelajari melalui rangsangan. Maksudnya, proses pengajaran dan persembahan
yang berkesan mampu memupuk minat pelajar terhadap subjek tersebut. Demi
tujuan ini, guru perlu mempelbagaikan kaedah atau sumber pengajaran yang
menarik. Oleh itu, guru seharusnya lebih kreatif, inovatif dan berani
mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik minat pelajar terhadap ilmu yang
disampaikan (BPPDP, 1996). Menurut Abu Hassan (2003), kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang pelbagai mempengaruhi sikap pelajar terutamanya dari segi minat
dan motivasi pelajar terhadap sains justeru mempengaruhi pencapaian mereka.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran tersebut boleh dilaksankan melalui
pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti eksperimen, perbincangan,
simulasi, projek, lawatan dan kajian masa depan.
Oleh demikian, kajian tentang penguasaan konsep asas pelajar dalam mata
pelajaran Sains melalui proses pengajaran dan pembelajaran adalah perlu dengan
harapan dapat mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi peningkatan
kefahaman dan pencapaian sains pelajar.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pendidikan masa sekarang membolehkan pelajar bersedia menerima cabaran
dan desakan dalam alam pekerjaan masa depan dan juga dalam kehidupan harian.
Oleh demikian, pelajar bukan sahaja memerlukan ilmu pengetahuan malah juga
memerlukan kemahiran berkomunikasi, penyelesaian masalah dan pemikiran kreatif
pada masa akan datang. Maka, sains diperkenalkan di sekolah dengan matlamat
untuk melahirkan insan yang seimbang dari aspek ilmu, kemahiran dan nilai.
Sejak penggunaan Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan Matematik
pada 2003, pelajar luar bandar hilang keyakinan manakala guru semakin tertekan.
5
Dakwaan ini dibuat berdasarkan satu kajian yang diterima UMNO Johor. Kajian
tersebut mendedahkan 8886 individu membabitkan pelajar luar bandar dan guru dari
242 buah sekolah menengah di seluruh negara mengalami keadaan berkenaan.
Kefahaman pelajar terhadap dua mata pelajaran itu semakin merosot dan keputusan
peperiksaan pula merudum (Berita Harian, 2006).
Dilihat kepada hasil kajian penyertaan pelajar-pelajar Malaysia berbanding
dengan pelajar-pelajar dari 44 buah negara dalam Trends in International
Mathematics and Science Study (TIMSS) (Mullis et al., 2004). Pada tahun 2003,
bagi Sains, pelajar Malaysia mencapai skor purata 510, melebihi skor purata
antarabangsa iaitu 474 (Martin et al., 2004). Daripada kajian ini, didapati Malaysia
menduduki tempat ke-19 daripada 44 buah negara yang mengambil bahagian.
Pelajar adalah elemen yang selalu dilihat prestasinya dan penting dalam
menentukan kejayaan sesuatu pembelajaran. Pencapaian pelajar dalam peperiksaan
selalu dihubungkaitkan dengan kejayaan atau kegagalan persekolahan seseorang
pelajar. Minat dan kecenderungan memainkan peranan yang penting untuk
mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang (Abu Zahari, 1987). Sikap dan
nilai positif seperti minat, bersifat ingin tahu, rajin, yakin dan berdikari dan
sebagainya yang dipupuk dalam pembelajaran adalah penting untuk mempengaruhi
pelajar bersedia belajar dan seterusnya meningkatkan tahap penguasaan pelajar
dalam pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains,
penerapan sikap saintifik dan nilai murni harus berlaku secara berterusan sepanjang
pelajaran sama ada secara bersahaja atau secara terancang.
Ramai guru akan menyoal tentang masa untuk menghabiskan sukatan
pelajaran yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum. Menurut Putit
(1992) dalam kertas kerjanya, menyatakan peruntukan masa yang tidak mencukupi
dalam pembelajaran sains merupakan salah satu masalah dalam pendidikan sains di
Malaysia. Peruntukan masa lima waktu seminggu untuk sains di sekolah adalah
tidak mencukupi. Guru terpaksa membuat pilihan sama ada hendak memastikan
pelajar memahami apa yang dipelajari atau hanya menghabiskan sukatan pelajaran
tanpa kefahaman yang mendalam.
6
Pelajar masing-masing bertangungjawab terhadap pembelajarannya. Peranan
guru adalah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mengalakkan inkuiri
penemuan kendiri di kalangan pelajar. Jika isu atau masalah yang dikemukakan oleh
seorang guru itu relevan dan diminati pelajar, maka penglibatan pelajar dalam
pembelajaran terjamin. Brooks dan Brooks (1993), menuntut bahawa ‘kesudian
pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran bergantung kepada minat
dan persepsi terhadap peringkat kemampuan kendirinya’.
Proses penilaian sepatutnya menghubungkaitkan guru dan pelajar dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Lazimnya, guru tradisi hanya melihat matlamat
penilaian untuk mengukur tahap pencapaian pelajar. Tetapi, penilaian seharusnya
dapat memberi maklum balas kepada guru dan pelajar supaya masing-masing dapat
meningkatkan prestasi pengajaran pembelajaran. Mengemukakan soalan sempit dan
tertutup tidak memberi peluang kepada guru untuk mengesan apa yang berlaku
dalam minda pelajar. Kreativiti dan keberanian menanggung risiko intelek di
kalangan pelajar tidak dapat dipupuk, digalakkan dan disokong oleh guru. Cadangan
yang menarik dibuat oleh Newman, Griffin dan Cole (1989) di mana guru diberikan
tugasan kepada pelajar bukan hanya untuk menentukan gagal atau lulus bagi pelajar-
pelajarnya tetapi untuk memerhati, meninjau dan menganalisis mengenai sejauh
mana dan bagaimanakah guru perlu membimbing pelajar sehingga berjaya
melaksanakan tugasan pembelajaran yang diberi dengan sempurna.
Dalam menentukan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tertentu, sikap
pelajar terhadap mata pelajaran berkenaan adalah penting. Pelajar yang bersikap
positif terhadap sesuatu mata pelajaran seperti Sains akan lebih bersedia untuk
belajar dan seterusnya meningkatkan pembelajaran masing-masing. Sikap boleh
diambil kira sebagai sebahagian daripada cara untuk meramal penyesuaian pelajar
dalam kurikulum sekolah termasuklah pencapaian mereka dalam bilik darjah
(Rammers dan Gage, 1943).
Kajian ini perlu dijalankan bagi mengenal pasti sikap pelajar terhadap mata
pelajaran Sains, termasuklah minat dan persepsi pelajar terhadap sains. Diharapkan
kajian ini dapat menjadi panduan kepada guru untuk memperbaiki pengajaran ke
7
arah yang lebih menarik minat pelajar dan seterusnya memperkukuhkan pemahaman
dan penguasaan pelajar dalam pembelajaran sains.
1.3 Pernyataan Masalah
Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapat kemerosotan mata
pelajaran Sains di kalangan pelajar. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap
pelajar seperti kurang berminat atau menganggapkan sains sukar, sangat kompleks,
rumit dan susah difahami dan berasa takut semasa mempelajari sains serta persepsi
negatif yang lain. Mereka tidak mampu mengaitkan apa yang dipelajari dengan
perkara-perkara yang berlaku dan terdapat di sekeliling mereka (Mohamad, 1999).
Bagi pelajar, sains adalah sukar untuk difahami menyebabkan pelajar tidak memberi
perhatian dalam kelas. Oleh itu, pelajar tidak dapat menerima apa yang guru
sampaikan dalam kelas. Lama-kelamaan, pelajar akan berasa sains merupakan
sesuatu yang semakin susah dan hilang minat untuk mempelajari sains. Kajian yang
dijalankan ini ialah untuk melihat sejauh manakah persoalan sikap mempunyai kesan
tertentu terhadap pelajar. Sikap berkenaan akan dilihat dari aspek minat pelajar di
mana pelajar bersemangat untuk belajar sains dan aspek persepsi pelajar terhadap
sains. Kedua-dua aspek ini kemudian dihubungkan dengan tahap penguasaan konsep
asas sains pelajar bagi mendapat jawapan kepada pertalian antara pembolehubah-
pembolehubah berkenaan. Kajian ini akhirnya cuba mendapat jawapan sejauh
manakah sikap terhadap pelajaran boleh dijadikan faktor mempengaruhi prestasi
mereka di sekolah. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dapat
meningkatkan minat murid terhadap sains. Pelajaran sains yang tidak menarik akan
membosankan murid dan seterusnya mempengaruhi penguasaan dalam sains.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
8
i. Mengenal pasti minat pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran
Sains.
ii. Mengenal pasti persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran
Sains.
iii. Mengenal pasti hubungan sikap terhadap mata pelajaran Sains dengan
penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan Dua.
iv. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap terhadap sains
berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.
v. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan penguasaan konsep asas
sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.
1.5 Persoalan Kajian
Antara persoalan kajian yang dikemukakan ialah:
i. Adakah pelajar Tingkatan Dua berminat terhadap mata pelajaran Sains?
ii. Apakah persepsi pelajar Tingkatan Dua terhadap mata pelajaran Sains?
iii. Adakah terdapat hubungan antara minat pelajar terhadap mata
pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan
Dua?
iv. Adakah terdapat hubungan antara persepsi pelajar terhadap mata
pelajaran Sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan
Dua?
v. Adakah terdapat perbezaan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains
berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua?
9
vi. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran
Sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua?
vii. Adakah terdapat perbezaan tahap penguasaan konsep asas Sains
berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua?
1.6 Hipotesis Kajian
i. Hipotesis Nol 1
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara minat terhadap Sains
dengan penguasaan konsep asas Sains pelajar Tingkatan Dua.
ii. Hipotesis Nol 2
Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara persepsi terhadap
sains dengan penguasaan konsep asas sains pelajar Tingkatan Dua.
iii. Hipotesis Nol 3
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara minat terhadap sains
berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.
iv. Hipotesis Nol 4
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara persepsi terhadap
sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan Dua.
v. Hipotesis Nol 5
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap penguasaan
konsep asas sains berdasarkan jantina di kalangan pelajar Tingkatan
Dua.