Post on 02-Jul-2019
1
DIGITAL ENTREPRENUERSHIP DEVELOPMENT
HANDBOOK:
KAEDAH MENINGKATKAN JUALAN
DENGAN MENGGUNAKAN
2
ISI
KANDUNGAN PENGENALAN FACEBOOK 3
RASIONAL FACEBOOK 5
CARA BUAT PAGE 7
TIPS & TRICK 10
JENIS POSTING JUALAN 16
TEKNIK SOFT SELL 17
TEKNIK HARD SELL 20
TEKNIK TEASER 24
CARA BUAT FACEBOOK AD & 32
3
PENGENALAN FACEBOOK:
1. Facebook (FB) secara dasarnya merupakan satu platform website social
yang anda dapat membentuk komuniti (Friends atau Fans) dengan
mengundang saudara mara, kawan-kawan dan rakan sepejabat untuk
mengikuti dan berinteraksi dengan anda melalui akaun FB yang anda
hasilkan. Anda dapat berkongsi info terkini terhadap kehidupan harian
anda melalui penulisan, berkongsi gambar, berkongsi video dan
sebagainya bersama komuniti tersebut.
2. Akaun FB boleh dibahagikan kepada:
i. FB Profil:
Akaun individu yang mengandungi latarbelakang individu
tersebut. Akaun FB profil adalah semata-mata untuk tujuan sosial
yang mana ia diikuti oleh “Friends” anda
ii. FB Page:
Adalah akaun yang dihasilkan oleh seseorang individu untuk
tujuan perniagaan.Bagaimanapun, untuk menghasilkan FB page
tersebut, individu tersebut perlu mempunyai FB profilnya sendiri
terlebih dahulu. Mereka yang mengikuti FB page tersebut adalah
terdiri dari kenalan dan juga sesiapa yang berminat untuk
mengikuti FB Page tersebut. Mereka dikenali sebagai “Fans”
3. Jika diperhatikan, adalah amat mudah untuk membesarkan komuniti FB
anda dan ini boleh dicapai dengan
i. Secara langsung iaitu menjemput mereka menekan butang like
pada FB page anda.
ii. Secara tidak langsung di mana anda menyertai mana-mana
komuniti (FB Page) yang berkaitan dengan tujuan untuk
mempromosikan FB Page anda kepada komuniti tersebut
4. Penekanan perlu diberikan kepada perkataan “Komuniti”. Ini adalah
kerana dalam dunia digital yang tiada sempadan, anda mampu
membina sebuah komuniti yang besar dengan mudah berbanding
dengan dunia nyata. Dengan adanya komuniti yang besar, anda lebih
mudah untuk menjenamakan dan memasarkan produk atau
perkhidmatan anda.
4
CONTOH FACEBOOK PROFILE:
CONTOH FACEBOOK PAGE:
5
Promosikan produk di FB
page Usahawan
Page Produk Usahawan
Jika berminat mereka
akan bertanya (enquiry)
mengenai produk
melalui:
- FB Messenger
- Whatapps
- SMS
- Wall Posting
Usahawan perlu mahir
melakukan jualan (closing)
dengan pendekatan “soft
sales” yang efektif setelah
enquiry dibuat oleh
pelanggan.
Jualan dihantar melalui
pos.
3
4
RASIONAL FB UNTUK USAHAWAN:
Facebook kini telah berkembang menjadi suatu medan di mana para
usahawan menjadikannya sebagai tempat memasarkan produk perniagaan
mereka. Setelah membina komuniti yang besar, maka adalah lebih mudah
untuk mempromosikan produk-produk yang ingin dijual kepada mereka yang
sudah mengenali anda dalam alam maya.
Di samping itu, FB juga mengadakan perkhidmatan berbayar yang mana anda
boleh mengiklankan produk anda kepada segmen-segmen yang menjadi
sasaran anda. Tetapi apakah sebenarnya yang terjadi apabila anda berniaga
di dunia FB, sila rujuk rajah di bawah;
Kitaran Perniagaan FB:
Promosi usahawan dilihat pada
wall individu tertentu
1
2
Usahawan
Komuniti
anda
melalui
wall feed
(percuma)
Pihak luar
melalui
sponsored
post
(berbayar)
6
Dari rajah boleh disimpulkan bahawa FB adalah merupakan sebuah medium
penjualan dan promosi yang mudah digunakan tetapi terdapat beberapa
perkara yang perlu diketahui:
1. FB merupakan secara asasnya sebuah laman social dan bukannya
laman untuk berniaga, maka majoriti yang melawat laman tersebut
adalah untuk bersosial.
2. Produk anda adalah satu dari beribu-ribu produk yang dipasarkan
melalui FB
3. Sungguhpun anda ada beribu-ribu kenalan di dalam komuniti (follower)
anda, hanya 3% ke 5% sahaja dari jumlah tersebut yang dapat melihat
posting anda di wall mereka. Anda perlu berbelanja (Boost post) untuk
memastikan semua follower anda dapat melihat posting tersebut
4. Sekiranya anda ingin mempromosikan produk anda ke demografi yang
lebih besar maka anda perlu berbelanja di FB Ads
Oleh itu FB merupakan sebuah platform yang sesuai untuk anda melakukan
penjenamaan (branding) produk anda tetapi untuk memastikan aktiviti promosi
yang menghasilkan jualan, maka anda perlu benar-benar faham:
1. Demografi yang sesuai untuk disampaikan mesej penjenamaan dan
promosi anda
2. Kaedah copywriting yang sesuai untuk menarik perhatian demografi
yang ditujukan untuk berhubung dengan anda (enquiry)
3. Kaedah melakukan closing yang efektif melalui aplikasi komunikasi digital
yang sedia ada
4. Nilai (budget) yang ingin dibelanjakan untuk memastikan kempen
promosi berbayar anda mencapai matlamatnya
5. Penghantaran produk-produk yang telah dijual perlu sampai kepada
pelanggan dalam keadaan yang selamat dan dalam masa yang telah
ditetapkan
7
CARA BUAT PAGES:
1. Pergi ke https://facebook.com/pages/create
2. Pilih kategori pages. Untuk kategori yang paling sesuai, pilih ‘Brand &
Product’
3. Pilih kategori page, letakkan nama page dan tandakan’ I agree’. Klik Get
Started
8
4. Masukkan penerangan ringkas kedai, alamat website dan klik Save Info.
Gunakan formula ini:
<Kelebihan kami> + <untuk tempahan, sila hubungi nombor>
5. Masukkan website (jika ada) & alamat FB untuk kedai agar senang orang
nak ingat alamat Facebook untuk kedai kita. Alamat Facebook ini sedikit
sebanyak membantu carian di Google
6. Upload gambar untuk gambar profil page di sini atau skip sahaja untuk
permulaan. Anda boleh ubah gambar profil pada bila-bila masa.
9
7. Klik ‘Add to Favorite’ untuk memasukkan page kita pada bahagian
Favorite agar senang nak buka kembali page kita. Kemudian klik ‘Next’.
8. Bagagian target audiens sangat penting. Akan dibincangkan kemudian.
Klik Skip
9. Tahniah! Pages kita dah pun siap!
10
TIPS & TRICK:
1. Set matlamat dan strategi yang jelas
i. Kenapa: Kenapa anda perlu guna Facebook? Cari apa dan di
mana target pasaran produk/servis anda dan fokus pada strategi
berkaitan yang boleh buat duit
ii. Apa: Apa matlamat anda dan apa yang anda mahukan di
Facebook. Adakah anda mahu:
a. Cipta jenama / product awareness?
b. Bina komuniti anda sendiri?
c. Tunjukkan kepakarn dalam bidang anda?
d. Mahu mendidik orang sekeliling tentang produk anda?
e. Supaya orang ramai sentiasa ingat pada produk anda?
f. Menambahkan jaringan prospek?
g. Mahu tarik audiens pergi ke laman web anda?
h. Cari ejen/stokes/investor/rkan kongsi?
i. Jadikan tempat untuk customer servis?
j. Tingkatkan jualan?
iii. Siapa: Siapa kumpulan sasaran prospek yang anda mahu?
Anda harus tahu siapa kumpulan sasaran anda di Facebook. Lebih
banyak cirri-ciri mereka yang anda tahu,lebih senang anda susun
strategi untuk dapatkan mereka
iv. Bagaimana: Bagamana anda mahu capai matlamat anda guna
Facebook? Cari strategi terbaik dengan sentiasa perhati dan kaji
setiap apa yang yang telah anda lakukan. Ulang mana-mana
strategi yang Berjaya dan perbaiki strategi yang gagal. Strategi
berbeza mengikut matlamat anda. Contohnya, kedai kopi ambil
keputusan untuk menambahkan jualan melalui Facebook
sebanyak 10% dalam tempoh 6 buln. Antara strategi yang kedai
tersebut boleh guna ialah:
a. Buat posting setiap pagi mengenai apa menu istimewa hari
tersebut, dengan beri kod kupon supaya jualan dari
Facebook boleh dijejak
b. Pos gambar pelanggan bertuah anda setiap hari & tag
Facebook mereka
c. Galakkan pelanggan pos gambar mereka sendiri di kedai
anda menikmati kopi dan tag FB anda
2. Tukar Nama Username Facebook:
i. Cipta URL khas untuk FAB page anda. Ia akan memudahkan
pelanggan cari anda di Facebook dengan hanya taip
www.facebook.com/namakedaianda.
ii. Facebook Page URL anda penting untuk SEO di Google dan
Facebook. Sekiranya URL anda hanya nombor di belakang
(default), brand anda tidak akan keluar sekiranya pelanggan taip
11
nam kedai anda untuk cari . Brand/kedai anda juga akan
kelihatan tidak professional sekiranya tidak guna URL yang
diubahsuai khas untuk FB anda.
iii. Untuk ubah URL, pastikan jumlah likes FB page telah mencecah 25
orang dulu barulah boleh tukar. Pergi ke:
https://www.facebook.com/username dan tukar username
kepada nama kedai.
3. Cipta watak/suara di sebalik bisnes anda
i. Pengguna Facebook majority suka berinteraksi dengan orang lain,
bukannya dengan bisnes yang terlalu kaku.
ii. Sesiapa sahaja yang uruskan page anda haru pandai menulis
dengan cara yang santai dan disukai ramai, menggunakan stail
yang melambangkan bisnes anda.
iii. Mereka juga boleh sekali sekala menyuarakan pendapat mereka
sebagai individu yang bersama-sama pelanggan (memahami
dengan seolah-olah berada dalam situasi mereka), bukannya
sebagai wakil syarikat tetapi pendapat tersebut harus positif
kepada bisnes anda.
iv. Jika nak tambah admin, boleh klik Admin Roles pada bahagian
Edit Page > Edit Settings. Hati-hati jangan add orang sesuka hati,
hanya add orang yang boleh menjaga pages kita sahaja.
v. Dan tetapkan peranan orang yang kita jadikan admin itu sebagai
‘Content Creator’ jika tugas dia hanyalah menulis post dan reply
post.
vi. Anda harus bersabar dalam membina hubungan baik dengan
audiens anda, Libatkan diri dalam perbualan dengan ikhlas, dan
beri penghargaan kepada pelanggan tetap di FB untuk bantu
bina hubungan yang positif dengan audiens.
4. Buat posting dengan kerap i. Berbeza dengan media massa seperti majalah, TV, atau media
online yang lain seperti laman web, media sosial dibuat bertujuan
untuk pengguna update dengan kerap.
ii. Statistik menunjukkan dalam 50% pengguna Facebook memeriksa
FB mereka sekurang-kurangnya sekali sehari untuk melihat
sebarang updates dari orang lain yang mereka suka.
5. Rancang kalendar posting anda sendiri
Cara paling senang untuk setiasa terhubung dengan pengikut FB anda
ialah dengan cipta calendar posting anda sendiri. Rancang awal idea
apa yang mahu anda kongsi, bercerita dan sebagainya setiap minggu
12
dan bulan. Anda juga boleh buat ikut hari, contohnya, hari Isnin ialah hari
untuk berkongsi tips, hari Selasa untuk beri tawaran kupon dan
sebagainya. Kalendar ini terpulang kepada anda untuk corakkannya
berdasarkan pattern ausdiens anda sendiri.
Kalendar posting bukan sahaja bantu mudahkan cari bahan untuk
posting, malah akan buatkan post anda menarik, teratur & dirancang
dengan baik. Cari frekuensi yang sesuai paling sesuai untuk audiens
anda.
6. Beri nilai dalam posting
i. PERATURAN 80/20.
Cuba untuk beri content original dan bermanfaat kepada
pengikut anda dalam 80% dan tidak lebih dari 20% sahaja content
untuk menjual (hardsell)
ii. CONTENT YANG RELEVAN
Beri pelbagai content berlainan tetapi relevan dengan produk
atau servis anda. Jangan menyimpang terlalu jauh dari matlamat
utama anda buat FB page untuk bisnes anda!
iii. APA KEBAIKAN UNTUK MEREKA?
Setiapkali buat posting, anda harus ingat, audiens mahukan
sesuatu kebaikan untuk diri mereka sendiri, bukan semata-mata
hanya bercerita mengenai anda sahaja.
7. Galakkan komen dan reply secepat mungkin
i. Minta audiens untuk beri maklumbalas dan kongsi pendapat
mereka tentang produk dan servis anda. Secaraa tak langsung
anda juga akan dapat dengar dari pihak mereka dan
memperbaiki segala kekurangan bisnes anda yang mereka lihat.
ii. Posting sedemikian akan membuatkan merek rasa dihargai dan
dekat dengan anda, seterusnya jadikan mereka pelanggan setia
anda.
iii. Cuba Tanya soalan. Di hujung posting anda, jangan lupa seltkan
soalan supaya mereka beri responssamada komen, like atau
share.Apabila mereka beri respon, segera balas semula untuk
jadikan perbualan itu berterusan – seboleh-bolenya dalam tempoh
24 jam. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, kebarangkalian
untuk mereka berinteraksi dengan anda semula jadi lebih rendah
dan buatkan mereka lari dari bisnes anda.
iv. Pastikan setting anda (di bahagian Manage Permission) benarkan
audiens untuk post di FB page anda, dan beri mereka untuk hantar
private message kepada anda.
13
8. Guna gambar & video
i. Gambar & video merupakan cara pantas untuk dapat attention
dari audiens dan bantu mesej anda menyerlah di ruangan News
Feed.
ii. Anda boleh gunakan gambar untuk buat posting jualan soft sell
atau hardsell atau teaser untuk mendapat impak yang maksimum.
iii. Posts dan iklan FB bergambar biasanya dapat engagement yang
lebih tinggi.Gunakan sehingga 6 keping gambar untuk iklan anda
dan kaji gambar jenis macam mana yang beri impak paling baik
iv. Untuk iklan bergambar, biarkan teks kurang dari 20% sahaja dari
keseluruhan atau ia tidak akan muncul dlam ruangan News Feed.
v. Gambar lifestyle sentiasa jadi pilihan audiens FB. Cuba kongsikan
gambar pelanggan anda sedang menikmati produk anda.
Contoh selain gambar lifestyle:
a. Behind the scene: Peniaga pakaian boleh pos gambar stok
yang baru tiba.
b. Tutorial: Personal trainer boleh pos video tutorial bagaimana
nak buat senaman tertentu yang betul
vi. Jangan pos gambar anda sahaja. Tunjukkan produk anda sedang
dipakai/diguna oleh pelanggan yang berpuas hati dan gembira
dengan produk tersbut.
vii. Cover image size: 851 pixels by 315 pixels and may not include
more than 20% text. Your Cover Should Talk. It is prime real estate
on your Facebook Page and it’s the first thing your Page visitors will
notice. Your Cover image should express who you are as a business
and your Page visitors should understand what your business is
about at a glance.
viii. Profile image size: Upload images 180 pixels by 180 pixels (shows at
160 pixels by 160 pixels)
9. Pin post yang penting ke bahagan paling atas page anda.
i. Apabila anda buat psoting baru, post yang lama akan turun ke
bawah dan semakin jauh dari timeline utama anda. Bagi post
yang penting, pin ke bahagian atas supaya ia kekal dapat dilihat
oleh audiens.
ii. Contoh posting yang sering di pin ialah new lead-gen offers, events
akan datang, atau pengumuman produk yang penting.
iii. Untuk pin post, klik anak panah di bahagian kanan atas post
tersebut dan klik ‘pin to top’. Ia akan muncul di bahagian atas dan
14
ada tand bookmark kecil warna oren. Anda hanya boleh pin SATU
sahaja pos dalam satu masa.
10. Promote your Facebook page
Sentiasa promote FB page anda di medium lain seperti laman web,
instagram, kad bisnes, letterhead dan sebagainya
11. Lebih interaktif dengan promosi, peraduan, games, surveys, etc.
i. Pengguna amat suka apabila Facebook menjadi ‘Fun” terutama
jika ada sesuatu yang menyebabkan mereka menjadi ketagih
untuk sentiasa melawati dan mengunakannya.
ii. Penyelidikan menunjukkan koupon dan barangan percuma
adalah antara sebab utama seseorang melawati dan follow
sesebuah page bisnes Facebook.
iii. Facebook juga boleh digunakan untuk kaji selidik. Kaji selidik
perlulah pendek dan mempunyai ‘link’ untuk pengguna menjawab
dan boleh juga dikongsi (share)
iv. Sentiasa mengadakan tawaran istimewa (masa terhad) untuk
menarik pengguna melawati page disamping membantu jualan.
Pastikan ‘link’ untuk “call to action’ mudah untuk digunakan
12. Guna Facebook Insights untuk mengenali pelanggan anda
i. Facebook Insights membantu untuk mengenali siapa yang
sebenarnya melawati page anda. Laporan segementasi yang jelas
akan membantu anda menghasilkan sesuatu tawaran yang kena
dengan citarasa meraka
ii. Contohnya, sekiranya laporan segementasi menunjukkan majority
yang melawat page anda berumur 18 ke 20 tahun, wanita dan
duduk dibandar. Maka pastikan jenis buku yang dijual kena
kepada segmentasi tersebut.
15
FLOW MEMBUAT JUALAN DI FACEBOOK:
Check gambar resit, nombor,
tarikh & waktu pembayaran
Soft Sell, Hard Sell, Teaser
Buat posting jualan
Promote Post Engagement,
Get More Like, Clicks to Website
Pembaca berminat, dia
akan:
PM kita untuk ketahui
cara bayaran.
SMS kita untuk tahu cara
bayaran.
Pergi website untuk
membeli.
Tulis ayat closing sale dan
balas melalui:
PM
SMS
Letak ayat closing sale
di website
Closing Sales
Buat iklan di Facebook Ads
Pembeli baca iklan
Terima bukti pembayaran
Pos barang & hantar nombor
tracking kepada pembeli
Hantar barang
16
JENIS POSTING JUALAN
Posting jualan di Facebook biasanya terdiri daripada 3 jenis:
1. Soft sell
Soft Sell ialah teknik di mana kita berkongsi ilmu dulu, lepas tu baru menjual.
Kalau buat banyak kali pun tak ada masalah, selagi share ilmu, tak ada
masalah nak menjual selepas sharing.
2. Hard sell
Hard sell ialah teknik di mana kita terus menjual. Itu saja.
3. Teaser
Teaser ialah sejenis teknik pengiklanan di mana kita usik / berikan sedikit
preview apa yang pengguna akan dapat. Iklan ini sesuai digunakan semasa
kita nak keluarkan produk/koleksi baru.
17
TEKNIK SOFT SELL
1. Soft sell ialah teknik berkongsi maklumat terlebih dahulu barulah menjual.
Dengan soft sell, kita boleh guna banyak kali sebab orang ramai suka
baca maklumat.
Contohnya:
i. Menjual dalam diam (stealth selling)
ii. Bercerita sambil menjual
iii. Berkongsi baru menjual
iv. You give first, and then you receive
2. Soft sell sesuai untuk menaikkan kepercayaan pelanggan terhadap kita
kerana dengan berkongsi maklumat, kita akan dapat:
i. Menunjukkan kepakaran
ii. Menaikkan kepercayaan
iii. Mengajar prospek akan produk kita
iv. Memudahkan produk dikenali
3. Di Facebook, cara yang paling sesuai untuk tulis post ialah:
TAJUK
PENGENALAN CERITA
PENCERITAAN BUAT DALAM
BULLET POINT
CALL TO ACTION
18
Contoh Posting Jualan Teknik Soft Sell
TEKNIK SOFT SELL TANPA MENJUAL DI POSTING YANGSAMA
>> RAHSIA KULIT YANG CANTIK dalam 3 HARI <<
Ramai orang yang ada masalah kulit yang tak
cantik tapi malu nak mengaku. Selalunya mereka
selalu salah beli barang sebab tu pakai asyik tak
menjadi saja.
Sebab muka orang kan lain-lain.
Jadi, cara untuk mendapatkan kulit cantik yang
tak ramai orang tahu ialah:
1) Basuh muka setiap hari
Jika anda rasa muka baru bangun pagi atau
muka berminyak, basuhlah muka dengan air
bersih selalu. Kulit kita ni kalau kena air, dia akan
segar secara selalu.
2) Gunakan sabun pencerah muka
Zaman sekarang ni banyak sabun pencerah muka
yang best, so gunakan sebaik mungkin!
Ingin mencerahkan lagi dan mencantikkan lagi
muka dengan cepat?
Like FB page <Nama FB Page> untuk mengetahui
pelbagai tips lain yang lebih menarik!
TAJUK - Tulisan besar & simbol
panah untuk penegasan
- Beri tempoh masa untuk
tawaran lebih
menggiurkan
PENCERITAAN Kongsi tips penyelesaian.
Buat dalam bentuk bullet.
1. Point pertama
Terangkan point di atas
2. Point kedua
Terangkan point di atas
PENGENALAN - Cerita masalah berkaitan
yang dihadapi oleh target
- Beri sebab mengapa solusi
sedia ada tidak cukup
CTA (Call to Action) - CTA untuk promo laman
web atau FB page tanpa
perlu menjual (hardsell)
- Bole juga minta audiens
share post kepada kawan-
kawan lingkungan
mereka.
PENCERITAAN - Tanya soalan berdasarkan
tips sebelum ni untuk solusi
lebih baik
19
Contoh Posting Jualan Teknik Soft Sell
TEKNIK SOFT SELL DENGAN MENJUAL DI POSTING YANGSAMA
>> RAHSIA KULIT YANG CANTIK dalam 3 HARI <<
Ramai orang yang ada masalah kulit yang tak
cantik tapi malu nak mengaku. Selalunya mereka
selalu salah beli barang sebab tu pakai asyik tak
menjadi saja.
Sebab muka orang kan lain-lain.
Jadi, cara untuk mendapatkan kulit cantik yang
tak ramai orang tahu ialah:
1) Basuh muka setiap hari
Jika anda rasa muka baru bangun pagi atau
muka berminyak, basuhlah muka dengan air
bersih selalu. Kulit kita ni kalau kena air, dia akan
segar secara selalu.
2) Gunakan sabun pencerah muka
Zaman sekarang ni banyak sabun pencerah muka
yang best, so gunakan sebaik mungkin!
Ingin mencerahkan lagi dan mencantikkan lagi
muka dengan cepat?
Dapatkan muka cantik dan berseri dengan SABUN
CERAH MUKA ABC!
Dengan produk ini, anda akan dapat:
1) Menjadikan kulit PUTIH dan BERSERI SERTA-
MERTA!
Hanya dengan penggunaan setiap hari, anda
akan mendapat hasil yang cepat dan berkesan!
2) HARUM dan WANGI!
Sekali pakai, bukan saja muka cantik, malah bau
pun WANGI seharum KASTURI!
Berminat?
Jika berminat, sila klik sini
https://www.facebook.com/messages/namakedai
dan tulis “Saya berminat dengan <produk>”.
TAJUK - Tulisan besar & simbol
panah untuk penegasan
- Beri tempoh masa untuk
tawaran lebih
menggiurkan
PENCERITAAN Kongsi tips penyelesaian.
Buat dalam bentuk bullet.
3. Point pertama
Terangkan point di atas
4. Point kedua
Terangkan point di atas
PENGENALAN - Cerita masalah berkaitan
yang dihadapi oleh target
- Beri sebab mengapa solusi
sedia ada tidak cukup
CTA (Call to Action) - CTA untuk promosi produk
dengan guna hasil untuk
tarik minat . Cth: Dapatkan
<HASIL> dengan
<PRODUK>
PENCERITAAN - Tanya soalan berdasarkan
tips sebelum ni untuk solusi
lebih baik
PUJUK DENGAN BERI
KELEBIHAN Selepas perkenalkan
produk, terangkan
kelebihan produkdalam
bentuk bullet point untuk
memujuk psikologi audiens
CTA UNTUK CLOSING - CTA untuk close sale. Beri
arahan apa yang perlu
mereka buat sekiranya
berminat . Cth: Klik <link>
untuk dapatkan
<PRODUK>
20
TEKNIK HARD SELL
A - Attention
I - Interest
D - Desire
A – Action
1. ATTENTION
Secara ringkasnya kita TARIK PERHATIAN. Tak kisahlah dalam apa jenis
pengiklanan sekalipun, mula-mula sekali mesti tarik perhatian.
Gunakan magic words untuk menjadikan ayat iklan lebih menarik seperti
Rahsia, Strategi, Teknik, Taktik, Panas, Percuma, Diskaun, Terhad,
Bagaimana, Penggunaan Nombor
2. INTEREST
INTEREST ni ialah menarik minat, kita tarik minat untuk orang terus
mendengar apa yang kita nak sampaikan.
3. DESIRE DESIRE ialah menyenaraikan FAEDAH produk kita kepada pelanggan
supaya mereka lebih tertarik dan ingin memilikinya.
Ingat! Jangan ceritakan CIRI-CIRI, sebaliknya ceritakan FAEDAH-FAEDAH
yang boleh pelanggan dapat apabila menggunakan produk kita.
4. ACTION Letak CTA (Call to Action) untuk suruh mereka beli. Contoh teknik:
i. Teknik Terus Letak Harga dan Cara Beli
Kebaikan:
a. Memudahkan orang mengetahui cara membeli dengan
cepat.
b. Keburukan:
c. Terus letak harga akan membuatkan orang lari walaupun dia
berminat pada awalnya.
d. Tiada orang komen dan like jika berminat (tiada interaksi dengn
audiens).
ii. Teknik PM/SMS untuk mendapatkan harga
Kebaikan:
a. Mudah untuk tahu ada orang berminat atau tidak dengan
produk kita.
21
b. Memudahkan kita dapat likes & komen (Interaksi dengan
audiens tinggi)
c. Keburukan:
d. Orang mungkin malas nak PM/SMS
Seeloknya kita minta dia PM kita untuk harga barulah kita bagitahu
cara untuk membuat pembayaran. Jika dia berminat dengan
produk kita, dia akan terus PM/SMS untuk tahu lebih lanjut.
iii. CTA untuk suruh orang beli
a. Suruh orang PM kita jika berminat.
b. Letakkan link yang membawa pembeli ke ruangan mesej.
iv. Bonus
Untuk menguatkan lagi post jualan, berikan BONUS untuk pembeli
terawal.
v. Jaminan
Letakkan jaminan supaya pelanggan rasa selamat apabila
membeli produk kita.
vi. Reminder
Letakkan peringatan yang offer yang berikan ini mungkin akan
tamat bila-bila masa sahaja.
22
Contoh Posting Jualan Teknik Hard Sell
Contoh 1
>>INGIN KURUS CEPAT?<<
-Anda mengalami masalah berat badan?
-Runsing makan sikit tapi berat naik jugak?
-Ingin jadi kurus seperti Nielofa?
Ramai yang menghadapi masalah nak turun
berat badan tapi tak tahu caranya.
Macam kawan saya dulu nak turun berat
badan memang susah, tapi lepas dah cuba
<produk> ini barulah dia boleh turun berat badan.
Iaitu..
UBAT KURUS BADAN XYZ!
Dengan ubat kurus ni, anda akan dapat:
1) KURUS serta merta!
Dengan produk XYZ ini, anda dah tak perlu
pergi ke gym sebab hanya dengan sekali makan
sahaja, terus kurus!
2) < Terangkan kelebihan >
< Jelaskan kelebihan >
Berminat?
Jika berminat, sila klik sini
https://www.facebook.com/messages/namakedai
dan tulis "Saya berminat dengan <produk>".
BONUS untuk 10 pembeli terawal iaitu <HADIAH>
bernilai RMXXX!
Produk ini dijamin berkesan atau wang anda akan
dikembalikan dalam masa 30 hari!
P/S: Offer ini mungkin akan ditarik balik pada bila-
bila masa sahaja.
CEPAT BERTINDAK SEKARANG!
Like page kami untuk lebih banyak lagi! ->Nama
Page
ATTENTION - Tulisan besar & simbol
panah untuk penegasan
- Soalan pendek (3 patah
perkataan) untuk tarik
perhatian dengan cepat
INTEREST - Tanya masalah mereka
untuk kekalkan minat
orang baca
- Beri situasi berkaitan
masalah
- Kaitkan dengan orang
sekeliling & bagaimana
mereka berjaya atasinya
ACTION - Beri CTA untuk beli
- Teknik PM/SMS untuk
mendapatkan harga
- Beri bonus untuk pembeli
terawal (tambah urgency)
- Letak jaminn supaya
orang lebih yakin
- Letak tempoh had masa
offer (tambah lebih
urgency)
- -CTA supaya bertindak
sekarang
DESIRE - Perkenalkan produk
- Beritahu apa faedah yang
akan mereka dapat
dengan produk & jelaskan
kelebihan
- Buat dalam bullet point
23
Contoh 2
INTEREST - Berkongsi gambar /
testimonial dari pelanggan
terdahulu untuk tarik minat
& keyakinan audiens
ACTION - Beri CTA untuk terus beli
- Teknik letak harga dan
terus bawa ke link jualan
ATTENTION & DESIRE - Gambar merupakan salah
satu cara terbaik untuk
tarik perhatian audiens
- Gambar produk dipakai
buatkan audiens boleh
lebih teringin untuk
memilikinya
24
TEKNIK TEASER
Teaser ialah sejenis teknik pengiklanan di mana kita usik / berikan sedikit preview
apa yang pengguna akan dapat. Iklan ini sesuai digunakan semasa produk kita
baru lagi nak launch.
1. Tajuk menarik
Letakkan tajuk yang menarik contohnya:
i. AKAN TERBIT TAK LAMA LAGI
ii. RAHSIA <PRODUK> AKAN DITERBITKAN!
iii. BAKAL DIBONGKARKAN!
2. Preview
Usik sedikit pelanggan dengan letakkan ayat-ayat yang menarik minat
dia untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Elok letakkan benefit/apa
yang orang akan dapat dengan produk ini.
3. Tanya ada yang berminat tak?
Tanya soalan untuk menggalakkan pembaca mengambil bahagian
dalam post kita. Lagi best kalau letak offer yang diorang tak boleh tolak
kalau tempah awal-awal dengan kita
25
Contoh Posting Jualan Teknik Teaser
Contoh 1
Contoh 2
26
PENGENALAN FACEBOOK ADS
Sekarang anda dah tahu selok belok tentang Facebook, lihat pula bagaimana
anda mahu melonjakkan potensi FB page anda kepada audiens.
Salah satu cara untuk menjadikan FB page anda lebih ‘wow’, ialah dengan
mengeluarkan sedikit jumlah duit untuk membuat FB Ads (iklan FB berbayar).
Ramai yang tidak gemar dengan idea untuk bayar iklan di FB. Jadikan bajet
untuk FB Ads sebagai salah satu bil utility anda – kos yang perlu anda bayar
untuk berbisnes di Facebook!
Kelebihan FB ads berbanding iklan platform lain, anda boleh target audiens
yang anda mahu dalam pelbagai kategori dengan tujuan pengiklanan yang
berlainan, hanya dengan sejumlah kecil wang.
CARA BUAT FACEBOOK ADS
Untuk membuat Facebook Ads, ada 3 bahagian yang perlu anda faham dan
timbangkan iaitu:
1. Jenis pengiklanan
2. Target audiens – Kumpulan sasaran
3. Kos iklan
27
CARA BUAT FACEBOOK ADS
1. Klik butang gear atau panah di bahagian kanan atas dan klik ‘Create
Advert’ atau anda boleh taip URL: https://facebook.com/ads/create
2. Tentukan tujuan utama anda buat iklan. Adakah anda mahukan trafik ke
laman web anda? Lebih banyak ‘likes’ di Facebook page? Lebih
engagement dengan fans? Setiap metric di bawah ada nilai kelebihan yang
tersendiri, jadi anda harus pilih betul-betul objektif utama anda mahu buat
iklan sebelum memulakannya.
Antara objektif & jenis kempen iklan popular yang sering digunakan ialah:
i. Promote Page - Page Likes
ii. Boosted Posts – Page Post Engagement
iii. News Feed Ads
Sekiranya anda masih baru kepada iklan FB dan tidak tahu di mana hendak
bermula, dicadangkan untuk mula dengan kempen Facebook Likes.
28
KEMPEN PAGE LIKES
Sesuai digunakan untuk:
1. Mendapatkan lebih banyak likes. Lebih ramai orang like page anda,
buatkan page anda kelihatan lebih popular dan menyebabkan orang lain
like page anda jugak (domino’s effect)
2. Memberi kesedaran tentang produk kita (brand awareness). Sebagus mana
pun produk anda, tetapi audiens tidak tahu kewujudannya/kelebihan,
produk anda tidak akan ke mana-mana
Cara buat iklan Page Likes:
3. Klik Promote your Page (Page Likes) & pilih page yang ingin kita promosikan
3. Pilih 6 keping gambar yang berasingan.
29
3. Headline & ayat promosi.
i. Headline
Apabila anda iklankan FB page, tajuk headline iklan anda akan
secara automatik sama seperti nam FB page anda. Tukarkan nama
tersebut kepada headline iklan anda sendiri untuk menjadikan iklan
terssebut lebih mengujakan. Selain dari pilihan gambar, Headline
juga adalah salah satu kriteria utama yang akan menentukan iklan
anda akan berjaya beri impak pada audiens atau tidak.
Masukkan headline yang menarik perhatian pembaca untuk tajuk
iklan kita. 3 patah perkataan pun sudah cukup. Maksimum 25 huruf.
a. Ingin fesyen cantik?
b. Ingin duit lebih?
c. Mahukan kulit muda?
ii. Ayat iklan
Beri arahan CTA. Letakkan ayat yang boleh membuatkan orang klik
contohnya:
a. Adakah anda inginkan <hasil produk>? KLIK SEKARANG!
b. Ketahui bagaimana anda boleh <dapat hasil>. KLIK SINI!
c. Dapatkan <produk> terkini! KLIK SEKARANG!
HEADLINE
AYAT IKLAN
30
KEMPEN PAGE POST ENGAGEMENT
1. Sesuai digunakan untuk:
i. Membuat sales
ii. Mengajak orang berinteraksi dengan page anda
2. Kempen boost post akan menaikkan reach sesuatu post dengan cepat,
namun ianya memakan duit. Tapi reach yang diperolehi adalah sangat
banyak.
3. Teknik ini hanya digunakan oleh orang yang sudah biasa bermain ads.
Jika ada duit, boleh guna.
4. Syarat menggunakan BOOST POST:
i. Iklan mesti bagus.
ii. CTR mesti tinggi.
5. Cara buat iklan Page Post Engagement:
i. Klik Boost your post (Page Post Engagement) & pilih page yang ingin
kita promosikan
ii. Sekiranya anda ingin boost posting yang sedia ada, pilih sahaja
posting tersebut. Sekiranya belum, anda boleh klik icon ‘+’ untuk
membuat posting baru untuk tujuan iklan.
31
iii. Sebaiknya masukkan sekali gambar kerana post bergambar akan lebih
mudah menarik perhatian audiens.
iv. Gunakan teknik soft sell ( rujuk mukasurat sebelum ini)
v. Cara lain untuk boost post:
a. Boost post boleh dibuat melalui page kita, pada post yang kita
ingin boost post akan ada satu butang Boost Post.
b. Klik dan pilih harga untuk mendapatkan pendedahan.
32
CARA BUAT FACEBOOK ADS
1. Target Audiens
i. Gunakan kelebihan pilihan advanced targeting yang disediakan
Facebook. Anda tidak akan jumpa kelebihan seperti ini di tempat
yang lain. Pengguna FB Ads boleh pilih untuk target audiens
berdasarkan lokasi, umur, jantina, status perhubungan, kerja,
bahasa, pelajaran dan macam-macam lagi.
ii. Pilih audiens ideal anda berdasarkan interest targeting (minat).
Pemilihan berdasarkan interest merupakan salah satu senjata yang
hebat dalam proses pengiklanan.
iii. Bina rangkaian kawan yang baru atau fokus kepada yang sedia
ada.Anda boleh target FB Ads anda ekslusif untuk ppengguna
dalam kelompok rakan FB anda, atau anda boleh pilih untuk target
mereka dan kawan-kawan mereka, ataupun sesiapa sahaja yang
tiada kaitan dengan rangkaian network anda. Semakin luas jaringan
yang ada mahu target, semakin tinggi kos iklan anda
2. Cara cari targeted Interest Pelanggan Di Facebook
Taip : “Pages like by people who like <nama page>”
Gantikan <nama page> tu dengan nama page anda. Sekiranya page
masih baru, ganti dengan nama page pesaing terdekat produk anda.
Bila kita search, kita akan dapat banyak senarai orang yang like page
kita/pesaing. Gunakan hasil search ini untuk menambahkan senarai
targeted interest semasa buat Facebook Ads.
33
3. Cara isi targeting di FB Ads
Berdasarkan kajian ringkas yang anda buat sebelum ini, mulakan isi cirri-
ciri target audiens yang anda mahu iklan anda disampaikan
i. Pilih lokasi untuk keluarkan iklan di ‘Location’. Pilih ‘City’ untuk
memilih lokasi yang lebih kecil contohnya bandar-bandar utama
ii. Tukar lingkungan umur dari 25 ke 55 tahun. Dan pilih jantina untuk
target prospek kita.
iii. Pilih target pelanggan jika nak.
iv. Pilih jenis hubungan prospek dengan page kita.
v. Pilih kecenderungan minat prospek di bahagian More
Demographics.
vi. Pilih target bahasa (selalunya dibiarkan).
34
CARA BUAT FACEBOOK ADS
KOS IKLAN
1. Masukkan nama kempen, bajet seharian dan tempoh iklan berjalan (jika
perlu)
Pilih bajet iklan setiap hari (per day) atau bajet sepanjang masa(lifetime):
Pilihan bajet seharian memblehkan anda kawal berapa jumlah kos iklan
yang anda mahu gunakan untuk kempen tersebut setiap hari. Contoh
jika anda letak RM15, sebaik sahaja kos iklan anda hit jumlah RM15, iklan
FB anda akan dihentikan dan bermula semula keesokan harinya. Kitaran
ini akan berterusan sehingga habis tempoh iklan yang anda tetapkan.
Bajet sepanjang masa pula membolehkan anda kawal berapa jumlah
keseluruhan kos iklan yang anda mahu labor sepanjang tempoh masa
yang telah anda tetapkan. Setiap bajet yang anda pilih ini tertakluk
kepada satu jenis kempen iklan sahaja.
2. Klik Show Advanced Options untuk lihat jenis bayaran yang kita buat di
Facebook.
Bidding option: Anda boleh pilih pelbagai cara bidding untuk kawal kos
iklan FB. Anda boleh bid untuk clicks, impressions, atau objektif iklan anda
(cth: FB page post engagement). Jika anda pilih recommended (pilih
berdasarkan default), bidding anda akan secara automotik dibuat untuk
bantu anda capai objektif iklan anda.
Tempoh iklan berjalan
Nama kempen iklan
Bajet seharian
35
i. COST PER IMPRESSION (CPM) – Lajukan iklan yang keluar
CPM ialah Cost per Impression atau dengan kata lain teknik
pengiklanan di mana kita hanya bayar satu harga sahaja untuk
setiap 1000 kali iklan itu keluar.
Ada beza dengan CPC:
a. CPC (Cost Per Click): 1 klik = kos
b. CPM (Cost Per Thousand Impressions): 1000 kali keluar iklan =
kos
Kelebihan teknik ini ialah iklan kita cepat tersebar kepada orang
lain. Kekurangannya ialah iklan kita boleh cepat naik dan boleh
cepat turun. Sangat berisiko.
ii. Teknik mengunakan CPM
a. Pastikan CTR iklan kita mencecah 4% ke atas (dan mempunyai
sales yang bagus) Jika kita pilih CPC (costs per clicks): Iklan kita
banyak orang klik dan banyak orang membeli (sehingga CTR
mencecah 4% ke atas), dicadangkan tukar daripada CPC ke
CPM. Supaya iklan kita akan keluar dengan lebih cepat lagi
dengan kos yang lebih rendah.
b. Tengok prestasi iklan kita setiap hari
Jika iklan kita berjalan dan mempunyai respon/sales, biarkan
iklan berjalan. Jika sudah tiada respon, hentikan iklan dan buat
yang baru
36
CARA KETAHUI IKLAN BAGUS
1. Sekiranya kita dah buat iklan, dah tarik ramai orang dan banyak iklan
sudah dihantar. Bagaimana nak periksa samada iklan kita itu bagus serta
effektif ataupun tidak?
2. Ini dapat diperiksa dengan memeriksa peratusan CTR. CTR ialah Click
Through Rate, dimana ianya ialah peratusan klik yang diperolehi
daripada orang yang tengok iklan kita.
3. Peratusan CTR yang elok
i. Jika CTR ialah 0.4% ke atas, itu bermakna ianya cukup OK.
ii. Jika CTR ialah 2% ke atas, bermakna iklan kita sudah bagus dan
boleh diteruskan.
iii. Jika CTR ialah 4% ke atas, itu bermakna iklan kita adalah sangat
bagus dan boleh terus gunakan teknik CPM atau BOOST POST jika
diperlukan.
4. Apa yang menjadi keutamaana ialah tahap ROI (Return On investment)
Apa yang paling penting bila kita buat iklan ialah, bukannya teknik yang
digunakan, bukanlah berapa bajet yang dikeluarkan, bukanlah benda-
benda itu semua, tetapi berapa Pulangan Pelaburan (ROI) iklan kita
i. Berapakah pulangan yang kita dapat?
ii. Berapakah keuntungan yang kita dapat dari hasil pelaburan iklan?
Berapa Kita Labur VS Berapa Kita Dapat?
37
TEKNIK CLOSING SALE
Closing sale adalah sangat penting untuk membuat jualan. Oleh itu, susunannya
perlu mengikut turutan dan meyakinkan. Ini caranya:
1. BERI SALAM
Mulakan reply dengan beri salam.
Jika non muslim, boleh tulis “Salam sejahtera <nama >”
2. TERIMA KASIH
Kemudian ucapkan terima kasih sebab dia PM kita dan berminat dengan
produk kita.
3. TERANGKAN PRODUK/SERVIS SEKALI LAGI
Terangkan sekali lagi dengan detail tentang produk kita. Apa yang dia
akan dapat, apa pilihan yang ada dan lain-lain. Terangkan sampai habis.
4. BERIKAN TESTIMONY (JIKA ADA)
Testimoni adalah sangat POWERFUL. Sangat meyakinkan pelanggan. Jika
ada testimoni, tulis macam ni:
Jika kita ada screenshot/gambar testimoni lebih baik kerana impak dari
testimonial bergambar lebih meyakinkan dan dekat dengan pembeli
UPSELL
Beri salam
Terima kasih
Terangkn produk / servis sekali
lagi
Beri testimoni
Letak kredibiliti
Bonus
Jaminan
Cara Bayaran
Sense of Urgency
38
5. LETAKKAN KREDIBILITI
Kredibiliti ialah bukti kepercayaan orang terhadap produk. Jika
produk/servis kita pernah keluar dalam TV misalnya, produk kita akan
Nampak lebih credible
6. BONUS (JIKA ADA)
Untuk mengikat pelanggan dengan produk kita, masukkan bonus! Sebab
bonuslah yang membezakan kita dengan orang lain.
7. JAMINAN
Tambahkan lagi keyakinan pelanggan dengan meletakkan jaminan
pulangan wang! Untuk meyakinkan pelanggan yang wang mereka
selamat dilaburkan.
8. CARA BAYARAN
Ini ialah bahagian paling PENTING sekali! Iaitu bahagian pembayaran.
Terangkan bagaimanakah caranya untuk membuat pembayaran
seringkas dan semudah yang mungkin.
9. SENSE OF URGENCY
Masukkan elemen yang memaksa orang untuk bertindak cepat.
Contohnya:
i. Teknik produk nak habis
ii. Produk ini hanya tinggal <bilangan> unit je lagi
iii. Teknik masa terhad
iv. Promosi hanya sah sehingga <tarikh> sahaja
v. Teknik gunakan masalah pelanggan
vi. Adakah <nama> ingin tunggu lama lagi untuk selesaikan
<masalah>? Tempah sekarang kalau nak hilangkannya dengan
segera!
10. UPSELL
Jika kita ada produk tambahan yang BOLEH MENAMBAH NILAI PEMBELI,
maka jualkan sekali sebagai UPSELL. Kebanyakan orang yang membeli
akan memilih upsell sebanyak 70%. Rugi jika tak buat upsell.
11. CTA SURUH BELI
JANGAN TUNGGU LAGI DAN BERTINDAK SEKARANG!!
Sila like page kami untuk lebih banyak lagi
39
CONTOH AYAT CLOSING SALE
Assalamualaikum/Salam sejahtera <nama>.
Terima kasih <nama> kerana berminat dengan
<produk>.
Untuk pengetahuan <nama>, produk ini
didatangkan dengan:
1) Video tutorial bagaimana menjual baju kurung
Dalam video ini <nama> akan belajar macamana
nak jual baju kurung dengan senang.
2) Video tutorial bagaimana membina website.
Video ini pula menunjukkan bagaimana membina
website untuk menjual baju wanita.
Untuk pengetahuan <nama>, produk ini sudahpun
mendatangkan hasil 5 angka kepada seorang
pengguna kami. Ini testimoninya:
“Wah sekali tengok terus pandai jual baju!
Memang power!” – Cik Tipah
Dan satu lagi >> http://website.com/testimoni.jpg
Produk ini sudahpun keluar dalam TV3 disebabkan
keberkesanannya membantu orang ramai.
Dan BONUS untuk pembeli produk ini, <nama>
akan dapat VIDEO BONUS bernilai RMXXX secara
PERCUMA!
Produk ini juga didatangkan dengan jaminan
pulangan wang sebanyak 100% selama 30 hari.
Berminat?
Harga asal produk ini ialah RMXXX tetapi <nama>
tak perlu bayar RMXXX, <nama> hanya bayar
RMXX sahaja.
Jika berminat:
1. Buat pembayaran di <nombor akaun> dan
hantarkan bukti pembayaran ke <email>
2. Kami akan sahkan pembayaran.
3. Produk dihantar menggunakan <cara
penghantaran produk>
Untuk pengetahuan <nama>, produk ini hanya
tinggal <bilangan> unit je lagi/promosi hanya sah
sehingga <tarikh> sahaja. Lebih baik tempah
sekarang sebelum habis.
BERI SALAM
TERIMA KASIH
TERANGKAN PRODUK - Buat dalam bullet point
- Ceritakan kelebihan atau
hasil yang akan mereka
dapat dengan produk
anda
BERI TESTIMONI
BERI KREDIBILITI - Produk pernah keluar TV
BERI BONUS - Bonus percuma atau free
gift untuk pembeli
JAMINAN - Tambah keyakinan untuk
beli sebab penjual tidak
akan tawarkan gantirugi
kecuali mereka betul-betul
yakin produk berkesan
CARA BAYARAN
SENSE OF URGENCY - Buatkan mereka rasa perlu
beli secepat mungkin
40
Adakah <nama> berminat dengan teknik
pemasaran di Internet? Dengan teknik ini, <nama>
akan dapat memasarkan website <nama>
dengan lebih berkesan lagi.
Harga asal ialah RMXXX tetapi <nama> hanya
perlu tambah RMXX sahaja untuk
mendapatkannya.
JANGAN TUNGGU LAGI DAN BERTINDAK
SEKARANG!!
Sila like page kami untuk lebih banyak lagi
page>
UPSELL
CALL TO ACTION - Suruh mereka beli
sekarang