Post on 06-Jun-2015
description
SEKOLAH TINGGI WADI SOFIA
PERMAINAN TRADISIONAL
Nama:Nurul Farhana Binti Abd. GhaniTingkatan:3/2008I/C No:930802-14-6900Angka Giliran:G.Pembimbing:En. Arjuna@Mohd.Noor
Yunus
PERMAINAN TRADISIONAL
(KITE)
ISI KANDUNGAN
1. Tajuk:2. Senarai Kandungan:3. Penghargaan:4. Objektif:5. Kaedah Kajian:6. Hasil Kajian:7. Rumusan:8. Lampiran:9. Rujukan:
PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T
kerana dengan limpah kurnianya kepada saya kesihatan untuk menyiapkan kertas
kursus sejarah ini dengan sempurna serta dapat menyiapkannya dalam jangka masa
yang ditetapkan.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan Pengetua Sekolah Tinggi
Wadi Sofia iaitu Datuk Hassan Harun yang telah memberikan kebenaran kepada
saya untuk menjalankan kajian ini.Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada En. Arjuna@Mohd Noor Yunus selaku guru Sejarah yang sentiasa
memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjalankan atau menyiapkan kertas kerja
ini.Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang turut membantu.
Selain itu,ucapan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang banyak
membantu dari segi kewangan dan moral,dalam menyiapkan dan melancarkan
proses untuk kertas kerja ini.
Sekian terima kasih…
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:
(A)Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber
sejarah yang sahih.Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah
dengan tatacara yang betul,jelas dan tepat.
(B)Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang permainan tradisional di
kalangan masyarakat mengikut adat Melayu.
(C)Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak sukatan pelajaran Peperiksaan
Penilaian Rendah (PMR).
(D)Kajian ini juga dapat menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan
tradisional di kalangan masyarakat melayu di Negara kita kerana ia
melambangkan setiap kaum dan adat tradisinya yang tersendiri.
KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan kaedah-kaedah kajian yang berikut:
(A)Temu bual
~Saya mengumpul maklumat tentang adat perkahwinan Melayu dengan
menemubual ahli keluarga saya serta jiran-jiran saya.
(B) Penyelidikan perpustakaan
~ Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan adat-
adat perkahwinan melayu.
(C) Pemerhatian
~Pengajaran guru sejarah dan penerangan guru penilai.
(D)Penyelidikan
~Melayari internet dan mencari maklumat di laman web serta melawat tempat kajian.
PENDAHULUAN
Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular
di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang,
sawah padi dan sebagainya.Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati
oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar.Bukan itu
sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang
Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival
ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.
SEJARAH WAU MALAYSIA
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta
asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di
Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai
persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.
Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari
negara China.
Mitos Permainan Wau
Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara
Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.Diceritakan bahawa ada sepasang suami
isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan
menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang
bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana
suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka
beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.
Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu.
Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga
melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang
telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa
anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut
sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang
menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.
LATAR BELAKANG WAU
Selain wau, nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan berasal dari
perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan
Kedah menggunakan perkataan tersebut. Perkataan layang-layang pula digunakan di
kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia
seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri
Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-
pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang
diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.
SENI PERTUKANGAN : FILIGREESeni pertukangan perak adalah salah satu cabang kesenian orang-orang Melayu yang
amat terkenal di negeri Kelantan. Kemahiran pertukangan logam orang-orang dipercayai
telah wujud sejak zaman-berzaman, hasil pengaruh tamadun Hindu dan Islam yang
memang terkenal dengan pertukangan barangan logam seperti emas dan tembaga. Bagi
masyarakat yang telah mengenali seni pertukangan perak filigree atau turut dikenali
dengan dawai pintal, mengakui bahawa seni perak filigree mempunyai keindahannya
yang tersendiri. Keindahan yang dimaksudkan ini bukan sekadar kehalusan ragam hiasan
pada penciptaan suatu motif yang terselindung di sebaliknya menghikut daya imiginasi
jiwa pencipta itu sendiri.Kebanyakan barangan filigree memaparkan peralatan perhiasan
diri yang menjadi kegemaran kaum wanita. Pelbagai motif terdapat dalam pertukangan
filigree ini antaranya motif bunga-bungaan dan motif wau.
Tarian Siti Wau Bulan
Asal-usul tarian ini adalah dari Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu. Tarian ini
menggambarkan wau bulan yang sedang diterbangkan dengan penuh keriangan yang juga
merupakan salah satu acara tradisi semasa musim menuai padi. Tarian ini ditarikan oleh
penari lelaki dan perempuan dengan diiringi alat muzik tradisional seperti gendang dan
seruling.
BAHAGIAN PERINCIAN WAU
Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala
wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.
BAHAGIAN UTAMA WAU
Teknik Pembuatan Wau Tradisional
Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan,
gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan
sebuah wau.Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama
untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan
mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi
memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh
terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti.Oleh itu terdapat beberapa petua serta
pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.
Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh
Mencari dan Menebang Buluh
1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak
atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai
banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai
semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di
waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi,pastikan penebang menindih bayangnya.
Meraut Buluh
Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan
seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan
pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan
mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan
dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan.
Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-
1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar
lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter
dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5
Sentimeter.
Mengukur,Melukis dan Menyobek Corak
Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau
tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :
1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk
bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan
mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor
pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi
corak asas bagi wau.
4. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji
pada bahagian tepinya sahaja.Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan
menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal
kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh
dan tulang rentas sayap wau.Berlainan pula dengan wau yang hendak
diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu,
belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya
mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang
mempunyai sehingga lapan warna.
5. Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu:-
Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau.
Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara
memanjang untuk membentuk rambu.
Kesimpulan
Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini
haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah
negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi
terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan
dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat
diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.
Jenis-jenis wau
Berbagai jenis dan bentuk wau telah dicipta. Wau burung, wau pari, wau katak, wau
bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah,
wau barat dan yang sangat digemari oleh orang Melayu ialah wau bulan. Rekacorak
bermotifkan awan larat pada kebiasaannya adalah menghiasi kebanyakan wau yang
dihasilkan dengan berwarna-warni. Kelantan dan Terengganu sehingga kini masih
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik, selain dijadikan untuk
permainan ianya juga sebagai hasil kraftangan dan hiasan dinding.
Membuat Wau
Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja-kerja meraut buluh
untuk dijadikan rangka, mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada
rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang
belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan
benang mengikut bentuk serta jenisnya.
Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna.Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua
menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang
telah ditebuk ditampalkan
Di bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi
dengan rambu-rambu halus yang berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul
akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi
dengung apabila diterbangkan diudara. Busul diperbuat dari daun rembia atau
mengkuang yang telah direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk seperti
alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah
bawah wau bagi mengimbangi wau-Teraju Tiga.
Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi dipanggil juru anjung yang memegang tali. Apabila
angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan
menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan
menambah cantik lagi wau yang dihias berwarna warni.
Di masa kini walaupun wau masih mendapat tempat dikalangan masyarakat Melayu
tetapi layang-layang juga tidak kurangnya telah mendapat perhatian oleh masyarakat
tempatan dan juga antarabangsa.Pelbagai bentuk dan corak layang-layang telah dicipta,
ada layang-layang yang berbentuk orang, kapal berangkai dan ada yang dimainkan
dengan menggunakan dua utas tali. Kebanyakkan pertunjukan wau dan layang-layang
masih mendapat tempat di Malaysia,terutama ketika hari-hari sambutan perayaan atau
pertandingan wau antarabangsa.
1) Selepas menjalankan kajian ini, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adat
resam yang terdapat di negara yang tercinta ini.Saya juga rasa sangat bertuah
kerana dapat mengenali dengan lebih mendalam tentang permainan tradisional.
Bak kata perpatah melayu, tak kenal maka tak cinta. Selepas kajian ini, saya
lebih menghormati dan menghayati adat permainan tradisional orang melayu.
Saya akan cuba untuk mengamalkan tradisi dan budaya bangsa yang begitu unik
dan indah.Jika semua rakyat masyarakat kita dapat mengenali dan memahami
adat-adat permainan tradisional dengan mendalam, maka akan timbul semangat
bersefahaman dan hormat-hormati antara kaum. Persefahaman yang timbul ini
bukan sahaja dapat mengelakkan sebarang perselisihan faham yang mungkin
berlaku antara kaum malah dapat menjalinkan semangat muhibah atau
semangat masyarakat antara kaum.Semangat muhibah yang wujud ini mungkin
membolehkan perpaduan rakyat.Malaysia yang berbilang kaum ini terus
berkekalan.Rakyat Malaysia yang bersatu-padu ini juga dapat berganding bahu
dalam semua aspek untuk membangunkan negara yang tercinta sehinggakan
semua rakyat berbangga sebagai rakyat Malaysia.
2) Umum mangetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berjaya
memupuk semangat perpaduan di hati rakyatnya yang berbilang kaum. Namun
itu bukan sesuatu perkara yang mudah untuk dilakukan dalam jangka masa yang
terdekat. Oleh itu, usaha untuk memupuknya telah dimulakan sejak negara
belum merdeka lagi. Setelah melebihi separuh abad, usaha itu kini boleh dilihat
jelas hasilnya. Tetapi kita masih perlu melakukan sesuatu untuk memastikan
perpaduan ini berterusan.Antara langkah-langkahnya ialah kita perlu menjaga
dan mempertahankan maruah bangsa dan negara. Tanggungjawab ini perlu
dipikul oleh semua kaum yang menetap di negara ini. Dalam masa yang sama,
perpaduan akan wujud jika tanggungjawab dijalankan dengan penuh rasa hormat
dan bekerjasama.Selain itu, kita perlu peka terhadap isu-isu semasa tentang
dunia terutamanya yg berkaitan dengan bangsa dan negara. Itu menunjukkan
rasa prihatin kita terhadap negara, maka masyarakat akan moncontohi kita dan
menunjukkan rasa bersemangat untuk setia kepada negara.Dalam masa yang
sama, perpaduan akan wujud kita sentiasa bekerjasama dan tolong- menolong
antara satu sama lain. Ia akan memberikan semangat kekitaan pada diri bangsa
Malaysia.Semua kaum juga perlu mematuhi peraturan dan undang-undang
negara untuk hidup aman dan damai dalam masyarakat luar kerana tahap
disiplin kita yang tinggi.
WAU BULAN
WAU KUCING
WAU DAUN
WAU HELANG
WAU JALABUDI
WAU KENYALANG
WAU MERAK
WAU PUYUH
LAYANG-LAYANG
Kepentingan sukan dan permainan khususnya dalam melahirkan modal insan yang
patriotik telah menjadi salah satu agenda negara untuk dikembangkan pada segenap
lapisan masyarakat. Kerajaan telah menyedari bahawa sukan dan permainan adalah
saluran yang paling berkesan untuk melahirkan generasi yang akan sentiasa menghargai
dan mengamalkan tradisi budaya dan bangsa.
Sukan merupakan alat yang penting bagi mewujudkan perasaan bersatu padu. Permainan
sukan seperti sepak takraw atau bola sepak memerlukan ramai pemain. Oleh itu, sikap
bersefahaman dan bermuafakat adalah perlu untuk mengukuhkan pasukan dalam
memperoleh kemenangan. Masyarakat juga dapat mewujudkan perasaan muhibah atau
semangat bermasyarakat kerana sesuatu permainan ini biasanya akan dihadiri oleh
pelbagai bangsa.
Selain itu, kegiatan sukan tidak mengenal batas kaum, daerah, negeri mahupun negara.
Oleh itu, setiap rakyat yang mewakili negara dalam peringkat antarabangsa, akan
disemai perasaan sedia berkorban untuk bangsa dan negara serta bertanggungjawab
untuk mengharumkan Malaysia di mata dunia. Setiap orang daripada pelbagai
lapisan masyarakat juga boleh menjadi penyokong pasukan negara untuk melahirkan
rasa cinta akan bangsa dan negara Malaysia.
Di samping itu, sukan dan permainan telah menjadi aktiviti kokurikulum sekolah dan
menjadi satu pembelajaran teras. Dengan cara bermain, secara tidak langsung pelajar
akan dididik untuk bermuafakat, tolong-menolong, berlaku adil dan bertimbang
rasa. Konklusinya, melalui sukan dan permainan, setiap modal insan yang patriotik dapat
dibentuk.
Modal insan yang bersemangat patriotik dapat ditanam dalam diri saya melalui aktiviti
sukan dan permainan seperti permainan tradisional wau.Permainan wau telah
mewujudkan rasa cinta dan bangga terhadap bangsa dan negara kita. Sebagai rakyat
Malaysia,saya sentiasa berbangga dengan masyarakat zaman dahulu yang berjaya
mencipta sebuah permainan tradisional yang bukan sahaja popular malah turut
meningkatkan martabat negara kita.
Selain itu,saya bersyukur menjadi warganegara Malaysia.Keunikan Malaysia yang
terkenal dengan pelbagai tarikan seperti wau berjaya menarik minat warga asing untuk
melihat sendiri keunikan yang terdapat di negara kita.
Di samping itu,semangat kekitaan dapat diterapkan dalam diri saya dan masyarakat.Hal
ini dapat digambarkan melalui sikap kerjasama dan bersatu padu sewaktu wau dimainkan
kerana permainan wau memerlukan beberapa orang untuk menaikkannya di udara.Sikap
tolong menolong dapat dibentuk sewaktu menghasilkan wau.
Melalui festival wau dan pertandingan wau,sikap berdisiplin dapat dibentuk dalam diri
kita.Hal ini kerana banyak peraturan yang perlu dipatuhi dalam acara pertandingan
wau.Setiap peserta yang memasuki pertandingan ini perlu mematuhi undang-undang
yang ditetapkan sekaligus dapat menjadikan peserta seorang yang lebih berdisiplin.
Sehubungan dengan itu,negara Malaysia yang aman lagi makmur akan menjadi sebuah
negara yang adil dan bertimbang rasa terhadap rakyatnya.Ini kerana juri bagi
pertandingan wau akan berlaku adil untuk memilih pemenang bagi sesuatu pertandingan
itu.
Bukan itu sahaja,negara kita akan menjadi sebuah negara yang menghargai dan sentiasa
mengamalkan tradisi,adat turun-temurun dan budaya nenek moyang kita supaya tak lapuk
dek hujan,tak lekang dek panas. Walaupun pada masa kini banyak permainan lain yang
canggih dan moden dipopularkan,namun permainan wau tetap dimainkan oleh
masyarakat hari ini. Oleh itu,sudah terang lagi bersuluh bahawa aktiviti sukan dan
permainan dapat melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik