Post on 23-Jun-2015
EKONOMI ASAS Pengenalan Kepada Ekonomi
Format Peperiksaan Ekonomi Asas SPM
Perkara Kertas 1 Kertas 2
Jenis instrumen Objektif Subjektif
Jenis item Aneka pilihan & gabungan
Respon terhad & struktur
Bil. Soalan 40 soalanBhg A
5 soalan (plh 3)Bhg B
1 soalan (wajib)
Jum markah 40 Bhg A; 75Bhg B; 25
Tempoh 1 jam 15 minit 2 jam
Wajaran konstruk
Pengetahuan & kefahaman 60%Kemahiran 40%
Pengetahuan & kefahaman 60%Kemahiran 40%
Nilai 5%
PENGERTIAN EKONOMI
• Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ekonomi?
• Ekonomi ialah sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber ekonomi yang terhad untuk mengeluarkan barang-barang dan perkhidmatan yang dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad.
Sumber Ekonomi Ciri-ciri Contoh
Tanah
Sumber semula jadi yang dianugerahkan oleh tuhan. Penawarannya terhad.
Modal
Alat-alatan dan mesin yang digunakan dalam proses pengeluaran. Penawarannya terhad
Buruh
Tenaga manusia sama ada fizikal atau mental yang digunakan dalam proses pengeluaran. 2 jenis tenaga buruh iaitu buruh mahir dan buruh tidak mahir.
Usahawan
Mereka yg menggabungkan faktor2 pengeluaran dalam proses pengeluaran. Mereka merancang, mengurus dan mengambil risiko dalam proses pengeluaran barangan atau perkhidmatan.
• Mengapakah individu menghadapi masalah ekonomi?
• Masalah ekonomi wujud kerana sumber ekonomi adalah terhad sedangkan kehendak manusia adalah tidak terbatas.
Terangkan istilah-istilah ekonomi berikut
• Kehendak individu
• Keinginan seseorang untuk mendapatkan pelbagai jenis barang dan perkhidmatan.
• Kekurangan
• Satu keadaan apabila kehendak manusia yang tidak dapat dipenuhi dengan sumber-sumber ekonomi yang ada.
• Pilihan
• Keadaan yang timbul berikutan masalah kekurangan sehingga memaksa manusia membuat pilihan. Pilihan dibuat antara pelbagai kehendak mengikut keutamaan.
• Kos Lepas
• Nilai barangan atau perkhidmatan kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barang atau perkhidmatan yang terbaik.
Unit Ekonomi
Kekurangan Pilihan Kos
Lepas Contoh
Isi Rumah
Pendapatan dan masa berbanding dengan kehendak yang tidak terbatas
Untuk memaksimumkan kepuasan
Barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan barangan terbaik.
Firma
Faktor2 pengeluaran berbanding dgn projek pengeluaran yg tidak terhad
Memaksimumkan keuntungan
Projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih projek terbaik
Kerajaan
Sumber hasil berbanding dengan pelbagai projek pembangunan yang tidak terhad
Untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat.
Nilai projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan kerana memilih projek terbaik
Jenis Barang
Jenis barang/Ciri-ciri
BarangPercuma
BarangAwam
BarangEkonomi
Penawaran Tidak terhad Terhad Terhad
Bayaran Tidak perlu bayar
Tidak perlu bayar
Perlu bayar
Penggunaan Tidak boleh dikecualikan
Tidak boleh dikecualikan
Hanya digunakan bagi mereka yang
mampu bayar
Kos lepas Tiada kos lepas Wujud kos lepas
Wujud kos lepas
Harga Tiada harga Ada harga Ada harga
Contoh Udara, air hujan Hospital, Balai polis, Jalan
raya
Komputer, buku
Masalah Asas Ekonomi
Masalah asas ekonomi Maksud Tujuan
Apa yang hendak dikeluarkan
Jenis barang yg hendak dikeluarkan.Bergantung pada kehendak dan keperluan masyarakat.
Memenuhi kehendak individu yg tidak terhad.Sumber ekonomi yg terhad tdk dibazirkan
Berapa yang hendak dikeluarkan
Jumlah kuantiti brg dan perkhidmatan yg akn dikeluarkan.Ditentukan oleh jumlah permintaan masyarakat
Kuantiti barangan yg mencukupi dikeluarkan.Tdk wujud masalah lebihan & kurangan dlm pasaran
Bagaimana hendak dikeluarkan
Kaedah untuk mengeluarkan barang sama ada intensif buruh atau intensif modal.
Output dimaksimumkan.Kos pengeluaran diminimumkan.
Untuk siapa dikeluarkan
Siapa yg akan memperoleh barang dan perkhidmatan yg dikeluarkan.Bergantung kepada corak agihan pendapatan dan kekayaan masyarakat.
Menjamin barangan diagihkan kepada individu atau golongan yang tertentu.
Ulangkaji
• "Faktor-faktor ekonomi adalah kekurangan sedangkan kehendak manusia adalah tidak terbatas".
Bagaimana seseorang individu menyelesaikan masalah di atas?
• Kekurangan, Pilihan dan Kos Lepas
• "KEPIKO"
• "Pantai Medical Central"/"Hospital Besar Kota Bharu"
Jelaskan perbezaan antara kedua-dua jenis barang di atas?
• Penawaran, Bayaran, Penggunaan, Kos Lepas, Harga.
Sistem Ekonomi & Penyelesaian Masalah Asas Ekonomi.
• Sistem Ekonomi; Merupakan gabungan peraturan yang diamalkan oleh pihak pengeluar dan pengguna dalam ekonomi
• Ada 4 iaitu;
• Sistem Ekonomi Kapitalis
• Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
• Sistem Ekonomi Campuran
• Sistem Ekonomi Islam
Sistem Ekonomi Kapitalis
• Ciri-ciri;
• Pemilikan sumber. Swasta @ individu. Kerajaan tidak campur tangan.
• Pembuat keputusan. Ditetapkan oleh pengguna dan pengeluar.
• Pilihan. Wujud kebebasan dalam memilih barangan dan pekerjaan.
• Persaingan. Terdapat persaingan bebas antara pengeluar.
• Motif. Mencapai keuntungan maksimum.
• Penyelesaian MAE;
• Apa yang hendak dikeluarkan. Pengguna bebas memilih barang, pengeluar mengeluarkan berdasarkan permintaan yang tinggi.
• Berapa yang hendak dikeluarkan. Melalui mekanisme pasaran.
• Bagaimana hendak dikeluarkan. Teknik pengeluaran paling cekap.
• Untuk siapa dikeluarkan. Corak agihan pendapatan dan kuasa beli yang tinggi.
Sistem Ekonomi Perancangan Pusat
• Ciri-ciri;
• Pemilikan sumber. Milikan mutlak kerajaan.
• Pembuat keputusan. Ditetapkan oleh kerajaan.
• Pilihan. Tidak wujud pilihan.
• Penentu harga. Ditentukan oleh kerajaan.
• Persaingan. Tidak wujud persaingan.
• Motif. Memaksimumkan kebajikan masyarakat dan taraf hidup rakyat.
• Penyelesaian MAE;
• Apa yang hendak dikeluarkan. Ditentukan oleh kerajaan.
• Berapa yang hendak dikeluarkan. Ditentukan oleh kerajaan dan bancian.
• Bagaimana hendak dikeluarkan.Ditentukan oleh kerajaan.
• Untuk siapa dikeluarkan. Kerajaan yang menetapkan, diagihkan secara adil.
Sistem Ekonomi Campuran
• Ciri-ciri;
• Pemilikan sumber. Individu bebas memiliki sumber namun terdapat sumber yang dimiliki kerajaan
• Pembuat keputusan. Pengguna dan pengeluar bebas membuat keputusan, untuk barang awam kerajaan yang buat keputusan.
• Pilihan. Individu bebas membuat pilihan walaubagaimanapun terdapat kawalan dari kerajaan.
• Penentu harga. Harga barang ditentukan oleh mekanisme harga, kerajaan mengawal untuk kebajikan masyarakat.
• Persaingan. Pengeluaran barang swasta wujud persaingan antara pengeluar, untuk barang awam kerajaan pengeluar tunggal.
• Motif. Pihak swasta memaksimumkan keuntungan. Kerajaan memaksimumkan kebajikan masyarakat.
• Penyelesaian MAE;
• Apa yang hendak dikeluarkan. Barang swasta diselesaikan oleh mekanisme harga. Barang awam ditetapkan kerajaan.
• Berapa yang hendak dikeluarkan. Barang swasta ditentukan oleh mekanisma pasaran. Barang awam ditetapkan oleh kerajaan.
• Bagaimana hendak dikeluarkan. Barang swasta ditentukan oleh pihak swasta bermatlamatkan keuntungan maksimum. Kerajaan menetapkan bagi barang awam berobjektif memaksimumkan kebajikan masyarakat.
• Untuk siapa dikeluarkan. Barang swasta berdasarkan corak agihan pendapatan manakala kerajaan mengeluarkan barang awam untuk semua rakyat.
Sistem Ekonomi Islam
• Ciri-ciri
• Pemilikan sumber. Di miliki oleh Allah s.w.t. Individu pemegang amanah. Sumberdigunakan dengan cekap tanpa pembaziran.
• Pembuat keputusan. Ditentukan oleh pengguna dan pengeluar. Keputusan berasaskan prinsip dan hukum islam.
• Pilihan. Unsur Islam diutamakan bila membuat pilihan, tidak bercanggah dengan prinsip Islam.
• Penentu harga. Ditentukan oleh kuasa pasaran. Kerajaan akan campur tangan jika berlaku ketidakadilan.
• Persaingan. Persaingan antara pengeluar dalam mengeluarkan barang swasta yang halal. Barang awam dikeluarkan oleh kerajaan Islam.
• Motif. Mencapai kebahagian di dunia dan akhirat, iaitu al-Falah.
• Penyelesaian MAE;
• Apa yang hendak dikeluarkan. Ditentukan oleh pengguna dan pengeluar berlandaskan prinsi dan hukum Islam.
• Berapa yang hendak dikeluarkan. Ditetapkan oleh kuasa pasaran dengan berlandaskan prinsip Islam.
• Bagaimana hendak dikeluarkan. Teknik yang dapat memaksimumkan keuntungan berlandaskan prinsip Islam.
• Untuk siapa dikeluarkan. Ditentukan oleh corak agihan pendapatan berdasarkan prinsip serta hukum Islam. Pembayaran zakat demi keadilan masyarakat.
Ulangkaji
• Terangkan perbezaan antara Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Perancangan Pusat.
• Pemilikan sumber
• Sistem Ekonomi Kapitalis, bebas dimiliki pihak swasta dan individu.
• Sistem Ekonomi P. Pusat, milik mutlak kerajaan.
• Pembuat Keputusan
• Kapitalis, ditentukan oleh pengguna & pengeluar.
• Perancangan Pusat, ditentukan oleh kerajaan.
• Pilihan
• Kapitalis, wujud kebebasan pilih barang dan pekerjaan.
• Perancangan Pusat, tidak wujud kebebasan.
• Penentu Harga.
• Kapitalis, ditentukan oleh mekanisme harga.
• Perancangan Pusat, ditetapkan oleh kerajaan.
• Persaingan
• Kapitalis, wujud persaingan bebas antara pengeluar.
• Perancangan Pusat, tidak wujud persaingan langsung
• Motif
• Kapitalis, mencapai keuntungan maksimum.
• Perancangan Pusat, maksimumkan kebajikan masyarakat
• Sumber
• Keputusan
• Pilihan
• Harga
• Persaingan
• Motif
• "SUKEPI HAPEM"
Latihan
• Jelaskan perbezaan antara Sistem Ekonomi Kapitalis dengan Sistem Ekonomi Campuran menyelesaikan masalah asas ekonomi.
• Apa,Berapa,Bagaiman dan Untuk Siapa.
• "ABBU"