Post on 18-Mar-2019
i
EFIKASI KENDIRI DAN
PENGUASAAN KEMAHIRAN MANIPULATIF
DALAM KALANGAN PELAJAR KKTM SRI GADING
SALIHAH BINTI SOMBAR @ ABDUL HAMID
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
i
EFIKASI KENDIRI DAN TAHAP PENGUASAAN KEMAHIRAN
MANIPULATIF DALAM KALANGAN PELAJAR KKTM SRI GADING
SALIHAH BINTI SOMBAR @ ABDUL HAMID
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
JUN 2016
iii
DEDIKASI
Alhamdulillah
Teristimewa buat,
Pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul, Mohamad Ikhwan Bin Juhari
Ibunda tersayang, Ume Faezah Binti Md. Adnan
Anak-anak syurga yang soleh, Muhammad Miqdad & Muhammad Amsyar
Jutaan penghargaan dan terima kasih atas segala kasih sayang, sokongan padu,
pengorbanan serta doa yang kalian titipkan untuk kejayaan diri ini.
Juga untuk adik beradik yang dikasihi kerana Allah,
diharapkan kejayaan ini menjadi kejayaan untuk seluruh keluarga kita yang tercinta.
Sungguh ilmu Allah itu sangat luas untuk kita pelajari dan terokai.
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah kerana dengan izinNya saya telah dapat
menyempurnakan laporan sarjana ini. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar
Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.
Setinggi-tinggi penghargaan saya rakamkan kepada penyelia Projek
Sarjana, Dr Aini Nazura Binti Paimin @ Abdul Halim atas segala bimbingan,
dorongan dan sokongan yang diberikan sepanjang tempoh penyelidikan Projek
Sarjana saya ini. Saya amat terhutang budi di atas tunjuk ajar yang diberikan tanpa
rasa jemu dalam proses saya menyiapkan Projek Sarjana ini. Jutaan terima kasih
juga diucapkan kepada panel penilai, Dr Mohd Hasril Bin Amiruddin dan Dr.
Marina Binti Ibrahim Mukhtar di atas pandangan yang diberikan dalam usaha
untuk memperbaiki kajian ini. Tidak dilupakan juga, ucapan penghargaan
ditujukan khusus buat pensyarah-pensyarah yang banyak membantu, mengajar dan
memberi pandangan berkenaan analisis dapatan untuk Projek Sarjana ini seperti Dr
Lai Chee Sern dan Dr Hut Kemri daripada Universiti Malaya.
Sekalung penghargaan ditujukan khas kepada seluruh ahli keluarga yang
banyak membantu dan memberi sokongan moral khusus buat suami tercinta, ibunda
tersayang, anak-anak soleh serta adik beradik yang dikasihi.
Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada pihak Bahagian Kemahiran dan
Teknikal MARA, Pengarah KKTM Sri Gading, sahabat-sahabat pensyarah dan
semua pelajar yang terlibat dalam kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan
seperjuangan yang banyak memberi perangsang dan berkongsi maklumat di
sepanjang proses menjalankan kajian ini. Hanya Allah yang mampu membalas segala
jasa dan sumbangan yang kalian berikan.
v
ABSTRAK
Kemahiran manipulatif merupakan suatu kemahiran yang perlu dikuasai oleh
pelajar aliran teknikal mahupun vokasional. Namun begitu, kebanyakan pelajar
institusi pengajian tinggi kurang yakin dengan kemampuan mereka menguasai
kemahiran manipulatif dan telalu mengharapkan kepada pengawasan daripada
pensyarah. Justeru, kajian ini dijalankan dalam kalangan pelajar Diploma Teknologi
Pembinaan di KKTM Sri Gading bagi mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran
manipulatif pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains berdasarkan Domain
Psikomotor Ferris dan Aziz, tahap efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan
eksperimen sains serta hubungan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif
dengan efikasi kendiri dalam melaksanakan eksperimen sains. Pendekatan kaedah
tinjauan digunakan bagi memperolehi data berbentuk kuantitatif. Instrumen yang
digunakan ialah ujian pasca eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies dan soal
selidik efikasi kendiri. Seramai 94 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini dipilih
melalui kaedah persampelan rawak sistematik. Dapatan kajian dianalisis secara
deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS). Berdasarkan analisis skor min dan sisihan piawai, kajian mendapati bahawa
tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar berada pada tahap kelima iaitu
pengoperasian peralatan-separa mahir manakala skor min bagi tahap efikasi kendiri
pelajar (tahap keyakinan dan motivasi) dalam melaksanakan eksperimen pula berada
pada tahap yang tinggi. Korelasi Pearson menunjukkan bahawa terdapat hubungan
yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif dengan efikasi
kendiri pelajar dalam melaksanakan eksperimen dengan nilai pekali korelasi yang
sangat lemah. Dapatan kajian ini menunjukkan faktor kemahiran manipulatif, tahap
keyakinan dan motivasi perlu dipertimbangkan dalam kajian yang melibatkan
sesuatu eksperimen atau kerja amali.
vi
ABSTRACT
Manipulative skills are highly demanded skills to be dominated by technical or
vocational stream students. However, most of the students in higher education
institutions are less confident on their manipulative skills and highly rely on
lecturer’s supervision. The same scenario also faced by the Diploma of Construction
Technology students in KKTM Sri Gading. Thus, this study was conducted to
identify the level of mastery of the manipulative skills in performing science
experiments based on the Ferris and Aziz Psychomotor Domain, the level of self-
efficacy in performing science experiments and, relationship between the levels of
mastery of the manipulative skills of students with their self-efficacy in performing
science experiments. The study was applying survey method to obtain quantitative
data. The instruments used were post-test experiment of Thermal Expansion of Solid
Bodies and self-efficacy questionnaire. Ninety-four students were selected using a
systematic random sampling. The findings were analysed using descriptive and
inferential analysis aided by Statistical Package for the Social Sciences (SPSS).
Based on the analysis of the mean score and standard deviation, this study found that
the levels of mastery of the manipulative skills of students are on the fifth level,
namely operation of equipment-semi-skilled. Meanwhile, findings revealed a high
value of mean scores for self-efficacy (self-confidence and motivation) in
implementing science experiment. Finding of the Pearson correlation analysis
revealed a significant and very weak relationship between manipulative skills and
self-efficacy factors. The findings suggest that manipulative skills, self-confidence
and motivation factors should be considered by researchers when carrying out
research involving an experiment or practical work.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 9
1.4 Objektif Kajian 10
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Skop kajian 11
1.7 Batasan kajian 11
1.8 Kepentingan kajian 12
1.9 Kerangka konsep kajian 12
1.10 Definisi operasi 14
1.10.1 Kemahiran manipulatif 14
1.10.2 Pelajar 14
1.10.3 Domain psikomotor 15
1.10.4 Efikasi kendiri 15
1.11 Rumusan 15
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 17
2.1 Pengenalan 17
2.2 Teori-teori Domain Psikomotor 17
2.2.1 Domain Psikomotor Dave (1970) 18
viii
2.2.2 Domain Psikomotor Simpson (1972) 18
2.2.3 Domain Psikomotor Harrow (1972) 19
2.2.4 Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) 20
2.3 Perbezaan Domain-domain Psikomotor 23
2.4 Justifikasi pemilihan Domain Psikomotor
Ferris dan Aziz 26
2.5 Konsep kemahiran manipulatif 27
2.6 Kemahiran manipulatif dan hubungannya dengan Domain
Psikomotor Ferris dan Aziz 28
2.7 Perbandingan dengan kajian-kajian lepas 30
2.8 Efikasi Kendiri 31
2.9 Perbandingan dengan kajian-kajian lepas 33
2.10 Rumusan 34
BAB 3 METODOLOGI 36
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka bentuk kajian 36
3.3 Kerangka operasi kajian 37
3.4 Populasi dan sampel kajian 39
3.5 Instrumen Kajian 40
3.5.1 Ujian pasca eksperimen 40
3.5.2 Soal selidik efikasi kendiri 45
3.6 Kajian Rintis 46
3.7 Kaedah pengumpulan data 47
3.8 Kaedah analisis data 49
3.10 Rumusan 52
BAB 4 ANALISIS DATA 53
4.1 Pengenalan 53
4.2 Analisis maklumat demografi sampel kajian 53
4.3 Analisis Persoalan Kajian 1 56
4.4 Analisis Persoalan Kajian 2 60
4.5 Analisis Persoalan Kajian 3 65
4.6 Rumusan 67
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 68
5.1 Pengenalan 68
5.2 Perbincangan 68
5.2.1 Perbincangan dapatan kajian tahap penguasaan
kemahiran manipulatif pelajar KKTM Sri
Gading dalam melaksanakan eksperimen sains
ix
berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan
Aziz 69
5.2.2 Perbincangan dapatan kajian efikasi kendiri
pelajar KKTM Sri Gading terhadap eksperimen
sains 71
5.2.3 Perbincangan dapatan kajian hubungan antara
efikasi kendiri dengan tahap penguasaan
kemahiran manipulatif pelajar KKTM Sri
Gading dalam menjalankan eksperimen sains 72
5.3 Kesimpulan 73
5.4 Cadangan 74
5.4.1 Cadangan kepada pelajar 74
5.4.2 Cadangan kepada pensyarah 75
5.4.3 Cadangan kepada KKTM Sri Gading 75
5.4.4 Cadangan untuk kajian lanjutan 76
5.5 Penutup 76
RUJUKAN 78
LAMPIRAN 83
x
SENARAI JADUAL
2.1 Domain Psikomotor Dave (1967) 18
2.2 Domain Psikomotor Simpson (1972) 19
2.3 Domain Psikomotor Harrow (1972) 20
2.4 Domain Psikomotor Ferris dan Aziz 21
2.5 Perbezaan aplikasi domain-domain psikomotor 24
2.6 Komposit perbezaan tahap-tahap Domain Psikomotor
Dave (1970), Domain Psikomotor Simpson (1972),
Domain Psikomotor Harrow (1972) dan Domain
Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) 24
3.1 Bilangan sampel untuk setiap program dan kelas 40
3.2 Instrumen ujian pasca eksperimen Thermal Expansion
of Solid Bodies 42
3.3 Keputusan inter-rater reliability untuk soalan ujian
pasca eksperimen 44
3.4 Interpretasi nilai Cronbach alpha 47
3.5 Julat skor min untuk intepretasi tahap kemahiran
manipulatif dan tahap efikasi kendiri pelajar 50
3.6 Nilai skewness dan kurtosis untuk data ujian dan
efikasi kendiri 50
3.7 Aras kekuatan nilai pekali korelasi 51
3.8 Kaedah analisis data 51
4.1 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut
jantina 54
xi
4.2 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut
kelulusan tertinggi (SPM atau Sijil) 54
4.3 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut
keputusan GPA semester Julai-Disember 2015 55
4.4 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut
gred Technical Science 1 semester Julai-Disember 2015 55
4.5 Skor min dan sisihan piawai skor ujian pasca eksperimen
Thermal Expansion of Solid Bodies 57
4.6 Taburan bilangan pelajar mengikut jumlah skor ujian
pasca eksperimen berdasarkan tahap Domain Psikomotor
Ferris dan Aziz (2005) 57
4.7 Skor min, intepretasi dan sisihan piawai setiap soalan
ujian 58
4.9 Analisis skor min dan sisihan piawai efikasi kendiri 60
4.10 Analisis skor min dan sisihan piawai untuk tahap
efikasi kendiri (Tahap keyakinan) 62
4.11 Analisis skor min dan sisihan piawai untuk tahap
efikasi kendiri (Tahap motivasi) 64
4.12 Pekali korelasi dan signifikan 66
xii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka konsep kajian 13
2.1 Kategori kemahiran manipulatif 27
3.1 Kerangka operasi kajian 38
3.2 Nilai gandaan n persampelan sistematik 39
3.3 Julat skor min 49
xiii
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN/TATANAMA/ISTILAH
KKTM - Kolej Kemahiran Tinggi MARA
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
BPPDP - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
TIMSS - Trend International Mathematics and Science Study
CLAS - Chemistry Laboratory Anxiety Scales
DTC - Diploma Teknologi Pembinaan (Sistem Termaju)
DTF - Diploma Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan
Penyelenggaraan)
DTG - Diploma Teknologi Pembinaan (Geo-struktur)
DTH Diploma Teknologi Pembinaan (Turapan dan Jalan Raya)
DTM - Diploma Teknologi Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan
Penyelenggaraan)
IEA - International Association for the Evaluation of Educational
Achievement
IKM - Institut Kemahiran MARA
JPU - Jadual Penentu Ujian
PLTV - Pendidikan Latihan dan Vokasional
FSTPI - Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan
UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
FPTV - Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
IPMA - Institut Pendidikan MARA
GPA - Grade Point Average
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA
SURAT
A Carta Gantt Projek Sarjana 1 & 2 83
B Contoh Soalan & Maklum Balas Temu Bual
Berstruktur 85
C Jadual Penentu Ujian (JPU) Ujian Pasca
Eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies 88
D Soalan Ujian Pasca Eksperimen Thermal
Expansion of Solid Bodies 89
E Rubrik Penilaian Tahap Penguasaan Kemahiran
Manipulatif 97
F Soal Selidik Efikasi Kendiri 100
G Ulasan Pengesahan Pakar 104
H Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 117
I Analisis Ujian Kebolehpercayaan (Kajian Rintis) 123
J Analisis Maklumat Demografi 126
K Analisis Output SPSS Kajian Sebenar 130
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015 telah menggiatkan usaha
untuk mengarusperdana Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV)
bagi meningkatkan kualiti dari aspek latihan dan penghasilan tenaga kerja (Unit
Perancang Ekonomi, 2015). Justeru, graduan teknikal dan vokasional perlu menyahut
cabaran ini dengan mempersiapkan diri mereka dari segi pengetahuan, kompetensi,
ketrampilan dan sikap yang dianggap sebagai nilai tambah berharga untuk diterima
dalam pasaran kerja. Kompetensi merupakan gabungan antara pengetahuan,
keterampilan dan kemampuan yang dikuasai bagi melaksanakan perlakuan-perlakuan
kognitif, afektif dan psikomotor dengan berkesan. Hal ini jelas membuktikan bahawa
perkaitan kemahiran psikomotor dalam bidang vokasional yang menjadi salah satu
komponen bagi meningkatkan kompetensi seseorang pelajar vokasional (Othman,
2012).
Kemahiran psikomotor dalam bidang sains pula lebih dikenali sebagai
kemahiran manipulatif kerana ia melibatkan aktiviti fizikal seperti menggunakan dan
mengendalikan peralatan sains, bahan-bahan makmal dan spesimen dengan cara
yang betul dan selamat (Shakor & Noor, 2013). Kemahiran manipulatif dan
kemahiran proses sains merupakan cabang kepada kemahiran saintifik (Fadzil,
2014). Kemahiran saintifik adalah kemahiran-kemahiran penting yang perlu dikuasai
dalam menjalankan aktiviti mengikut kaedah saintifik manakala kemahiran proses
sains lebih menjurus kepada kemahiran kognitif.
2
Seiring dengan penubuhan pelbagai institut latihan kemahiran awam, Kolej
Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Sri Gading turut ditubuhkan sebagai salah satu
kolej teknikal dan vokasional yang menekankan penguasaan kemahiran atau
praktikal berbanding teori dengan peratusan 60 % praktikal dan 40% teori
(Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran Teknikal MARA, 2012). Tidak
terkecuali untuk kurikulum Technical Science yang juga menekankan aktiviti
eksperimen dalam mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep sains
kerana kursus ini merupakan gabungan konsep fizik dan pengetahuan asas dalam
bidang teknologi kejuruteraan.
Secara ironinya, aktiviti eksperimen Technical Science diharap dapat
meningkatkan penguasaan kemahiran manipulatif dan kompetensi diri pelajar dalam
kursus-kursus teknikal. Namun begitu, wujud permasalahan yang mana kebanyakan
pelajar tidak memiliki atau tidak menguasai kemahiran manipulatif yang sepatutnya
telah dipelajari dari sejak bangku sekolah lagi. Hal ini turut dibangkitkan oleh kajian
berkenaan kemahiran psikomotor pelajar di peringkat diploma elektrik yang
memperlihatkan kekurangan dari aspek pengendalian alatan, malah turut mencakupi
keupayaan pelajar menganalisis dapatan eksperimen (Salim, Puteh & Daud, 2012).
Situasi ini sudah lama dibangkitkan oleh Ferris dan Aziz (2005) yang mengutarakan
kerisauan berkenaan tahap penguasaan kemahiran psikomotor pelajar kejuruteraan
yang kurang memberangsangkan walaupun mereka mendapat keputusan yang
cemerlang dalam peperiksaan.
Kemahiran psikomotor pelajar teknologi kejuruteraan dijangkakan berkait
rapat dengan minat dan efikasi kendiri pelajar terhadap kursus-kursus yang
melibatkan praktikal. Efikasi kendiri ialah penentuan pencapaian dan motivasi
individu berdasarkan kepada kepercayaan terhadap diri sendiri (Bandura & Schunk,
1981). Minat dan efikasi kendiri pelajar dijangkakan akan merosot sedikit demi
sedikit apabila pelajar tidak mampu mengintegrasikan kemahiran manipulatif dalam
proses pembelajaran sains atau teknikal yang berorientasikan eksperimen. Kajian
berkaitan efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains adalah terlalu terhad dan
lebih banyak dipelopori oleh pengkaji-pengkaji luar negara. Kebanyakan kajian yang
telah dilaksanakan pula lebih memfokuskan kepada perkaitan antara efikasi kendiri
dengan tahap kebimbangan dan sikap mereka dalam kejayaan melaksanakan
eksperimen sains (Kurbanoglu & Akim, 2010) serta pembelajaran sains secara
keseluruhannya (Akilli, 2015; Tüysüz, Demet, & Demirci, 2010; Zimmerman, 2000).
3
Justeru, kajian ini mengambil kira efikasi kendiri pelajar sebagai salah satu
faktor yang mempengaruhi penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam
menjalankan eksperimen sains.
1.2 Latar Belakang Masalah
Isu kemerosoton penyertaan dan pencapaian para pelajar dalam bidang sains sama
ada di peringkat institut pengajian tinggi, sekolah menengah dan sekolah rendah
sudah lama diketengahkan dan dikaji oleh para ilmuwan seperti pensyarah,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Perancangan dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), pelajar pasca siswazah pendidikan dan
agensi antarabangsa (Phang, Abu, Ali & Salleh, 2014). Malah kajian Phang et al.
(2014) turut menerangkan salah satu punca yang menyumbang kepada permasalahan
ini ialah penguasaan kemahiran saintifik dan proses sains pelajar yang rendah dalam
menjalankan aktiviti amali sains yang disifatkan sebagai salah satu pendekatan utama
bagi mengukuhkan kefahaman pelajar dalam sesuatu topik sains yang mereka
pelajari.
Bukti kewujudan permasalahan ini telah diterangkan secara terperinci oleh
kajian oleh Salim et al. (2012) yang dijalankan terhadap pelajar diploma tahun satu
di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam. Dapatan kajian tersebut mendapati
bahawa hanya segelintir sahaja pelajar yang berupaya membaca serta menganalisis
dapatan yang diperolehi daripada eksperimen yang mereka jalankan iaitu sebanyak
37%. Walau bagaimanapun, 72.7% pelajar berupaya mengenal pasti peralatan yang
perlu digunakan untuk sesuatu aktiviti amali, namun 44% sahaja pelajar yang
mencapai tahap kompeten dalam penggunaan peralatan. Khusus bagi pengajian
peringkat pengajian tinggi, permasalahan ini bertambah runcing dengan sistem
pemarkahan amali yang hanya bergantung kepada laporan semata-mata tanpa
mengambil kira penguasaan kemahiran yang sepatutnya pelajar kuasai semasa
menjalankan eksperimen.
Kajian daripada Baharom, Khoiry, Hamid, A.Mutalib dan Hamzah (2015)
turut memaparkan dapatan yang agak mengecewakan untuk pencapaian domain
psikomotor pelajar institusi pengajian tinggi dalam menjalankan kerja amali. Secara
puratanya 2.3 daripada 4.00 atau 57.5% pelajar yang mampu menjalankan
4
eksperimen dengan jayanya dengan pengawasan yang minima. Manakala lebih 40%
pelajar di institut pengajian tinggi masih memerlukan pengawasan maksimum
daripada para pensyarah sepanjang menjalankan eksperimen walaupun pelbagai
penerangan berkenaan eksperimen telah diberikan.
Kerisauan yang sama turut diutarakan oleh Ferris dan Aziz (2005) yang
mendapati bahawa para pelajar kejuruteraan mampu menjawab kertas peperiksaan
dengan cemerlang, namun tidak dapat menjalani kerja-kerja praktikal dengan baik.
Kajian Baharom et al. (2015) turut mengukuhkan kenyataan Ferris dan Aziz (2005)
dengan menunjukkan nilai 36% daripada para pelajar kejuruteraan adalah exam-
based students. Mereka itu ialah para pelajar yang tidak berupaya bertindak
cemerlang dalam penilaian domain psikomotor walaupun berjaya mendapat markah
yang cemerlang dalam peperiksaan.
Kajian Muda & Saat (2010) yang bertujuan mengenal pasti tahap kemahiran
manipulatif pelajar sekolah menengah turut mendapati bahawa kemahiran pelajar
kebanyakannya berada pada tahap kedua iaitu pengendalian peralatan dan bahan.
Tahap ini memaparkan tahap pelajar pada aras kebolehan meniru tatacara
pengendalian eksperimen daripada guru. Walau bagaimanapun, dapatan kajian boleh
dipertikaikan memandangkan pelajar terlalu bergantung kepada arahan guru dan
tidak mampu untuk mengurus pelaksanaan eksperimen dengan baik. Secara tidak
langsung, pelajar tidak berupaya menjiwai peranan eksperimen sains sebagai salah
satu pendekatan terbaik untuk mengasah kemahiran psikomotor mereka dan
mengukuhkan kefahaman terhadap konsep dan fenomena sains.
Akibat daripada permasalahan dalam menjalankan eksperimen atau kerja-
kerja praktikal, berlaku penurunan pada tahap pencapaian akademik pelajar dalam
subjek sains. Kenyataan ini dibuktikan oleh kajian Feyzioglu (2009) yang mendapati
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik pelajar
dengan keberkesanan perlaksanaan eksperimen melalui aplikasi kemahiran proses
sains asas dan kompeten dengan nilai korelasi yang tinggi iaitu .608 dan .074. Malah,
pencapaian pelajar turut dipengaruhi oleh kebolehan mengaplikasi kemahiran
manipulatif dan kognitif pada tahap yang lebih tinggi bagi menganalisis dapatan
eksperimen. Situasi tersebut jelas memaparkan kesan kegagalan eksperimen yang
sepatutnya berfungsi sebagai salah satu kaedah pembelajaran terbaik dalam proses
pengukuhan kefahaman pelajar terhadap konsep-konsep sains.
5
Keputusan pencapaian sains pelajar Malaysia dalam Trend International
Mathematics and Science Study (TIMSS) bagi tahun 2007 dan 2011 turut mendapat
kesan negatif daripada kegagalan penguasaan kemahiran psikomotor kerana
pembelajaran sains seharusnya diperluaskan kepada aktiviti mind-on and hands-on
seperti eksperimen sains yang perlu dijadikan komponan utama dalam kurikulum
sains (Martin, Mullis, Foy, & Stanco, 2011). Jadual 1.1 menunjukkan secara
terperinci kedudukan dan skor Malaysia sepanjang empat tahun penyertaan Malaysia
dalam TIMSS.
Jadual 1.1: Kedudukan Malaysia berdasarkan skor TIMSS pada tahun 1999,
2003, 2007 dan 2011 (Phang et al., 2014)
Tahun Kedudukan / Bil negara menyertai TIMSS Skor
1999 22 / 38 492
2003 20 / 50 510
2007 21 / 60 471
2011 32 / 63 426
Jadual di atas dipetik daripada kajian Phang et al. (2014). Ia merupakan
rumusan keseluruhan TIMSS daripada International Association for the Evaluation
of Educational Achievement (IEA) yang dijalankan oleh Martin et al. (2011).
Dapatan ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian terkini Malaysia iaitu pada tahun
2011 mencatatkan penurunan drastik jika dibandingkan dengan tahun-tahun
sebelumnya dari aspek kedudukan Malaysia berdasarkan skor TIMSS. Dari awal
penglibatan Malaysia hingga kini, keputusan pencapaian Malaysia berada pada tahap
sederhana. Malaysia mencatat markah 492 pada awal penyertaan dan kemudiannnya
meningkat kepada 510 pada tahun kedua penyertaan. Walau bagaimanapun, markah
tersebut terus menurun kepada 471 pada tahun 2007 dan pada tahun 2011, markah
tersebut semakin menurun kepada 426.
Malah, Malaysia tersenarai sebagai salah satu negara yang mengalami
penurunan daripada keempat-empat kandungan domain yang dinilai. Lebih
menyedihkan lagi, di antara tiga negara yang menunjukkan purata penurunan
sepanjang empat kali sepanjang penganjuran TIMSS, Malaysia antara tiga negara
yang mencatatkan penurunan yang paling besar iaitu 51 dan 66 mata. Di samping itu,
refleksi TIMSS 2007 daripada Darus (2012) turut mendapati bahawa kemahiran
6
pelajar berada pada tahap sederhana dalam mengenal pasti dan mengaplikasikan
pengetahuan saintifik yang asas bagi beberapa topik sains. Walaupun penilaian
TIMSS lebih memberikan penekanan terhadap aspek teori berkaitan sains, kegagalan
pelajar menguasai teori sains memberikan gambaran kepincangan keseluruhan
subjek sains yang seharusnya menekankan penguasaan kemahiran manipulatif dalam
usaha memantapkan pemahaman teori pelajar.
Kewujudan masalah dalam melaksanakan eksperimen sains adalah berpunca
daripada elemen pelaksanaan eksperimen seperti fasiliti, guru dan pelajar itu sendiri.
Menurut kajian Ahmad, Osman dan Halim (2010), persekitaran pembelajaran sains
seperti kelengkapan makmal sains yang lengkap dan kondusif memberi impak
terhadap sikap positif dan pencapaian kognitif pelajar. Persekitaran pembelajaran
yang membina berupaya mendatangkan semangat kepada pelajar untuk belajar
berbanding dengan bilik darjah yang konvensional. Namun berdasarkan kajian yang
dijalankan di Jordan, kebanyakan guru mengeluh berkenaan kelas yang terlalu padat
dan kelengkapan makmal yang kurang mencukupi dan sekaligus menyumbang
kepada permasalahan dalam menjalankan eksperimen sains (Al-Amoush, 2012).
Kajian daripada Phang et al. (2014) juga mendapati terdapat penurunan peratus
pencapaian sains pelajar di luar bandar iaitu sebanyak hampir 10.2% berbanding
sekolah di bandar adalah berpunca daripada kedudukan demografi sekolah serta
kekurangan kemudahan amali dan makmal.
Di samping itu, elemen peranan guru turut memberi impak yang besar
terhadap keberkesanaan pelaksanaan eksperimen sains. Seiring dengan kajian Ahmad
et al. (2010) yang menekankan aspek kepentingan seseorang guru untuk
bertanggungjawab memupuk kemahiran manipulatif dan memantau pelaksanaan
eksperimen sains bagi mencapai objektif eksperimen yang disasarkan. Oleh kerana
itu, peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan kandungan pembelajaran,
malah lebih meluas mencakupi aspek psikososial dalam aktiviti penyiasatan atau
eksperimen. Walau bagaimanapun, kajian Kamarudin, Halim, Osman dan Meerah
(2009) menyatakan bahawa kebanyakan guru jarang mengintegrasikan amali sains
dalam pengajaran mereka dan sekaligus mengakibatkan guru-guru tidak menguasai
kemahiran manipulatif dan tidak begitu kompeten untuk menguruskan pengejaran
dan pembelajaran dalam kelas amali sains.
Selain keberkesanan peranan guru, para pelajar juga merupakan elemen
utama dalam pelaksanaan eksperimen sains kerana pelajar akan bertindak sebagai
7
pelaksana aktiviti. Eksperimen atau amali perlu diberikan penekanan bagi
memastikan pelajar terlibat secara langsung dengan aktiviti eksperimen sains yang
bertujuan untuk membina pengalaman pelajar berinteraksi dengan bahan, memupuk
kemahiran memerhati dan memahami fenomena semulajadi yang berkaitan dengan
sains (Hofstein & Mamlok-naaman, 2007). Namun, kajian Fadzil (2014)
menjelaskan bahawa salah satu punca utama kegagalan pelajar menguasai konsep
sains adalah kerana para pelajar tidak mampu untuk menjalankan eksperimen sains
dengan baik dan situasi ini amat dibimbangi kerana dikhuatiri akan berterusan
sehingga pelajar melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Justeru kajian
ini menumpukan perhatian kepada para pelajar KKTM Sri Gading bagi memastikan
graduan yang dihasilkan adalah kompeten dari ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan,
kemahiran psikomotor dan sifat-sifat yang terpuji. Tujuan kajian ini selari dengan
misi penubuhan KKTM dan Institut Kemahiran MARA (IKM) iaitu meneraju bidang
keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera
(Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA, 2012). Misi ini
jelas menunjukkan betapa berharganya setiap graduan yang dihasilkan oleh KKTM
kerana mereka adalah aset kepada MARA dan negara untuk membela rakyat
bumiputera pada masa akan datang.
Terdapat dua faktor yang dijangka menyumbang kepada permasalahan
pelajar KKTM Sri Gading dalam melaksanakan eksperimen sains iaitu penguasaan
kemahiran manipulatif yang kurang memberangsangkan dan efikasi kendiri pelajar
yang rendah terhadap kerja-kerja amali sains. Dari aspek kemahiran manipulatif
pelajar dalam menjalankan eksperimen, kajian daripada Salim et al. (2012)
menyatakan bahawa penglibatan pelajar secara total dalam kerja-kerja amali adalah
sangat penting kerana ia bertujuan melatih dan menerapkan kemahiran psikomotor
atau kemahiran hands-on yang tidak dapat mereka pelajari di dalam kelas-kelas teori.
Secara tidak langsung, para pelajar juga akan didedahkan kepada penguasaan
kemahiran-kemahiran generik lain yang menyokong kepada kemahiran psikomotor
seperti bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan kemahiran menulis
laporan. Semua kemahiran ini merupakan tunjang kepada peningkatan kemahiran
teknikal pelajar.
Malah, terdapat satu kajian yang melibatkan persepsi pelajar terhadap
kepentingan aktiviti amali dan dapatan kajian menunjukkan bahawa 100% pelajar
percaya bahawa aktiviti amali mampu meningkatkan associated skills dalam domain
8
psikomotor di samping meningkatkan kemahiran psikomotor atau manipulatif pelajar
(Salim, Haron, Hussain & Ali, 2013; Duit & Tesch, 2010). Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa kajian yang mendapati bahawa majoriti pelajar tidak menguasai
kemahiran psikomotor atau kemahiran manipulatif dengan berkesan di peringkat
sekolah rendah, menengah mahupun pengajian tinggi (Fadzil, 2014; Muda & Saat,
2010; Ferris & Aziz, 2005).
Penguasaan kemahiran psikomotor turut dipengaruhi oleh efikasi kendiri
pelajar terhadap eksperimen sains. Malah, Kurbanoglu dan Akim (2010) juga telah
membuktikan perkaitan antara efikasi kendiri, sikap dan kebimbangan pelajar dalam
menjayakan eksperimen kimia yang merupakan salah satu cabang dalam sains. Ia
mempunyai kesan yang mendalam ke atas pemilihan pelajar terhadap aktiviti sains
yang berkaitan, usaha yang mereka peruntukkan dalam menjalankan aktiviti-aktiviti
tersebut serta kegigihan yang mereka pamerkan apabila menghadapi kesukaran.
Walau bagaimanapun, kajian Baharom et al. (2015) mencatatkan 42.5%
pelajar di insititusi pengajian tinggi masih memerlukan kepada pengawasan dan
penyeliaan pensyarah disebabkan kurangnya keyakinan diri yang merupakan salah
satu cabang dalam efikasi kendiri dalam menjalankan aktiviti amali. Manakala,
Phang et al. (2014) turut mendapati bahawa kebanyakan pelajar di Malaysia
mempunyai sikap yang positif dan penghargaan yang mendalam terhadap sains,
namun keyakinan diri pelajar dalam adalah rendah dan ia menyumbang kepada
penurunan kadar penyertaan dan pencapaian dalam bidang sains. Malah, terdapat
juga kajian yang turut membuktikan bahawa efikasi kendiri pelajar jurusan
pendidikan sains atau bakal guru terhadap literasi saintifik hanya pada tahap agak
mencukupi (Demirel & Caymaz, 2015). Bagaimana mungkin pelajar pendidikan
yang bakal menjadi guru mampu untuk mendidik pelajar mereka menguasai
kemahiran saintifik seandainya literasi sains dan kemahiran manipulatif mereka
hanya pada tahap asas.
Rentetan daripada situasi itu, terdapat penurunan sikap dan semangat
pelajar terhadap pembelajaran amali atau eksperimen sains dan situasi tersebut lebih
ketara pada transisi pelajar dari peringkat rendah ke pendidikan menengah dan
dibimbangi berlanjutan hingga ke peringkat pengajian tinggi (Fadzil & Saat, 2013).
Jika tidak dibendung, ia dikhuatiri turut mempengaruhi pencapaian akademik pelajar
secara keseluruhannya kerana kajian Yaacob & Shah (2009) telah membuktikan
9
bahawa terdapat hubungan antara efikasi kendiri pelajar dengan pencapaian
akademik pelajar.
Secara kesimpulannya, keterangan sebelum ini telah membincangkan
beberapa masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam mengendalikan eksperimen sains
dan perkaitannya dengan kemahiran manipulatif, penurunan prestasi pelajar, efikasi
kendiri dan tahap kompetensi pelajar terhadap subjek-subjek yang memerlukan
pembelajaran secara hands-on. Seandainya masalah ini dibiarkan berlanjutan, pelajar
KKTM Sri Gading tidak akan dapat menguasai kemahiran manipulatif sebaiknya
untuk diaplikasikan dalam alam pekerjaan atau di peringkat pengajian yang lebih
tinggi.
1.3 Penyataan Masalah
Masalah yang dihadapi oleh sebilangan besar pelajar di KKTM Sri Gading adalah
berkenaan dengan kebolehan mereka dalam melaksanakan kerja-kerja amali di
makmal sains dengan berkesan. Masalah ini telah dibuktikan dengan maklum balas
temu bual berstruktur bersama dua orang pensyarah Technical Science yang
melaporkan bahawa para pelajar terlalu bergantung kepada pensyarah dari aspek
mengecam alatan, melaksanakan eksperimen dan apatah lagi menganalisis dapatan
kajian terutama bagi eksperimen yang melibatkan aspek keselamatan seperti
eksperimen Thermal Expansion of Solid Bodies. Kelemahan dalam melaksanakan
eksperimen tersebut menyumbang kepada permasalahan dalam memahami topik
Material Sciences yang meliputi ciri-ciri serta dan sifat bahan-bahan yang digunakan
dalam bidang pembinaan.
Justeru, kajian ini dianggap releven untuk dilaksanakan pada masa kini selari
usaha kerajaan yang sedang giat mengarusperdanakan dan memperkasa kualiti
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (PLTV) dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh dan Kesebelas. Hal ini kerana sampel kajian ini adalah terdiri
daripada pelajar aliran teknikal dan vokasional yang mana berbeza dengan sampel
kajian-kajian lain yang turut menyentuh berkenaan aspek kemahiran manipulatif atau
psikomotor pelajar. Malah, instrumen yang diaplikasikan untuk kajian iaitu ujian
pasca eksperimen dan soal selidik efikasi kendiri juga berbeza berbanding kajian-
kajian lepas yang majoritinya menggunakan soal selidik. Hal ini menyebabkan
10
dapatan kajian-kajian lepas tidak dapat digeneralisasikan kepada pelajar di KKTM
Sri Gading.
Oleh yang demikian, kajian ini perlu dijalankan bagi mengenal pasti tahap
penguasaan kemahiran manipulatif berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz,
tahap efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains dan hubungan antara efikasi
kendiri dengan penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan
eksperimen sains. Maklumat ini perlu untuk digeneralisasikan kepada keseluruhan
pelajar KKTM Sri Gading bagi aspek penguasaan kemahiran manipulatif yang
merupakan tunjang kepada peningkatan kemahiran teknikal dan kompetensi pelajar
selari dengan usaha penghasilan tenaga kerja yang berkualiti dalam membangunkan
negara.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai tiga objektif yang ingin dicapai iaitu:
i. Mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam
menjalankan eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan
Aziz.
ii. Mengenal pasti tahap efikasi kendiri pelajar dalam menjalankan eksperimen
sains.
iii. Mengenal pasti hubungan antara tahap penguasaan kemahiran manipulatif
dengan efikasi kendiri pelajar dalam menjalankan eksperimen sains.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mencari penyelesaian terhadap persoalan kajian berikut:
i. Apakah tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan
eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz?
ii. Apakah tahap efikasi kendiri pelajar dalam menjalankan eksperimen sains?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penguasaan
kemahiran manipulatif pelajar dengan efikasi kendiri dalam menjalankan
eksperimen sains?
11
1.6 Skop kajian
Kajian ini memfokuskan kepada mengenal pasti kemahiran manipulatif pelajar
KKTM Sri Gading dalam melaksanakan eksperimen bagi subjek Technical Science 2
khusus untuk topik Material Sciences. Walau bagaimanapun, hanya satu eksperimen
sahaja yang dijalankan untuk kajian ini iaitu eksperimen Thermal Expansion of Solid
Bodies atas masalah kekangan peralatan yang dihadapi oleh KKTM Sri Gading.
Kajian ini mengaplikasikan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) sebagai
panduan bagi mengenal pasti kemahiran manipulatif berdasarkan tujuh peringkat
iaitu: (i) pengecaman peralatan dan bahan, (ii) pengendalian peralatan dan bahan,
(iii) pengoperasian peralatan-asas, (iv) pengoperasian peralatan-kompeten,
(v) pengoperasian peralatan-mahir, (vi) perancangan operasi kerja dan (vii) penilaian
hasil kerja dan merancang penambahbaikan.
Efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains turut diukur berdasarkan
soal selidik efikasi kendiri yang telah diadaptasi daripada Chemistry Laboratory
Anxiety Scales, CLAS yang dibangunkan oleh Kurbanoğlu dan Yücel (2014).
Manakala, responden kajian hanya melibatkan pelajar semester dua bagi kelima-lima
program Diploma Teknologi Pembinaan di KKTM Sri Gading.
1.7 Batasan kajian
Batasan kajian yang telah dikenal pasti adalah dari aspek pemilihan sampel kajian
yang hanya melibatkan pelajar semester dua Diploma Teknologi Pembinaan di
KKTM Sri Gading. Ini kerana kursus Technical Science ini hanya ditawarkan untuk
pelajar semester satu dan dua di KKTM Sri Gading sahaja, sedangkan KKTM-
KKTM lain diwajibkan mempelajari Engineering Science yang melibatkan
pembelajaran teori sahaja. Walau bagaimanapun, pelajar semester satu tidak
dilibatkan dalam kajian ini kerana mengambil kira proses transisi pelajar dan aspek
penyesuaian diri daripada alam persekolahan menengah kepada sistem pendidikan di
KKTM Sri Gading.
Malah, kajian ini hanya menilai tahap penguasaan kemahiran manipulatif
pelajar berdasarkan satu eksperimen sahaja iaitu eksperimen Thermal Expansion of
12
Solid Bodies kerana kekangan dari aspek bilangan set eksperimen yang KKTM Sri
Gading miliki iaitu hanya dua set sahaja untuk setiap set eksperimen.
1.8 Kepentingan kajian
Kajian ini penting bagi memberikan input kepada pelbagai pihak berkenaan efikasi
kendiri dan penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan
eksperimen sains dengan lebih terperinci. Antara kepentingan kajian ini dijalankan
adalah untuk:
i. Memberi maklum balas terhadap pihak pengurusan KKTM Sri Gading untuk
menyediakan perancangan rapi bagi mempertingkatkan lagi tahap penguasaan
kemahiran manipulatif dan efikasi kendiri pelajar sama ada untuk
menjalankan eksperimen-eksperimen bagi kursus Technical Science atau
kerja amali kursus-kursus teknikal.
ii. Memberi panduan kepada tenaga pengajar dalam melipat gandakan usaha
untuk mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang
lebih berkesan sebagai usaha meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
manipulatif dan efikasi kendiri pelajar dalam tugasan amali.
iii. Memberikan kesedaran kepada pelajar berkenaan kepentingan efikasi kendiri
terhadap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam usaha menggilap
kompetensi diri bagi meningkatkan nilai kebolehpasaran mereka untuk
diterima bekerja dalam industri pembinaan.
1.9 Kerangka konsep kajian
Kerangka konsep yang dipersembahkan dalam Rajah 1.1 menerangkan perkaitan
antara variabel atau pemboleh ubah yang terlibat dalam kajian ini.
13
Rajah 1.1: Kerangka konsep kajian
Bagi mencapai objektif kajian pertama, pemboleh ubah tidak bersandar atau
Independent Variable (IV) adalah tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar
adalah berdasarkan tujuh tahap yang disenaraikan dalam Domain Psikomotor Ferris
dan Aziz, manakala pemboleh ubah bersandar atau Dependent Variable (DV) ialah
eksperimen sains. Bagi mencapai objektif kedua, efikasi kendiri pelajar terhadap
eksperimen sains merupakan pemboleh ubah tidak bersandar dan eksperimen sains
pula adalah pemboleh ubah bersandar. Efikasi kendiri pelajar perlu dikaji bagi
mengenal pasti perkaitan antara efikasi kendiri dengan pelaksanaan eksperimen sains
dengan berkesan.
Objektif kajian yang terakhir menjurus kepada hubungan antara efikasi
kendiri dengan tahap penguasaan kemahiran manipulatif pelajar dalam menjalankan
eksperimen sains berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz. Pemboleh ubah
bersandar adalah efikasi kendiri pelajar terhadap eksperimen sains manakala
pemboleh ubah tidak bersandar adalah tahap penguasaan kemahiran manipulatif
pelajar yang diukur berdasarkan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz.
Efikasi Kendiri Eksperimen (Amali)
Sains
Kemahiran
manipulatif pelajar
Pengecaman peralatan dan bahan
Pengendalian peralatan dan bahan
Pengoperasian peralatan-asas
Pengoperasian peralatan-kompeten
Pengoperasian peralatan-mahir
Perancangan operasi kerja
Penilaian hasil kerja dan merancang
penambahbaikan
Tahap keyakinan
Tahap motivasi
14
1.10 Definisi operasi
Definisi operasional ialah penerangan bagi terma yang digunakan oleh pengkaji
untuk menjelaskan perihal responden, pembolehubah bersandar dan tidak bersandar
yang ingin dikaji dalam kajian.
1.10.1 Kemahiran manipulatif
Kemahiran manipulatif atau kemahiran psikomotor ialah kemahiran pelajar untuk
mengendalikan peralatan atau bahan dengan mahir dan terkawal. Kemahiran ini
dipamerkan oleh pelajar ketika menjalankan eksperimen sains di dalam makmal.
Kajian ini dijalankan bagi mengukur tahap penguasaan kemahiran manipulatif
pelajar Diploma Teknologi Pembinaan KKTM Sri Gading semester dua yang
mengambil kursus Technical Science 2. Kemahiran manipulatif yang ingin dikaji
mencakupi pelbagai aspek seperti pengurusan sistematik terhadap operasi kerja,
pematuhan kepada segala undang-undang dan langkah-langkah keselamatan dalam
makmal, kemahiran teknikal dalam menjalankan eksperimen serta kemahiran dalam
aspek pungutan data (Fadzil, 2014). Walau bagaimapaun, khusus untuk kajian ini,
kebolehan pelajar dalam menganalisis dan menilai dapatan eksperimen turut diambil
kira bagi memastikan ia selari dengan tahap-tahap dalam Domain Psikomotor Ferris
dan Aziz
1.10.2 Pelajar
Pelajar yang dimaksudkan adalah merujuk kepada pelajar Diploma Teknologi
Pembinaan semester dua di KKTM Sri Gading yang mengambil kursus Technical
Science 2. Sampel kajian dipilih berdasarkan persampelan secara sistematik
mencakupi kelima-lima program di KKTM Sri Gading iaitu Diploma Teknologi
Pembinaan (Perkhidmatan Bangunan dan Penyelenggaraan, DTM), Diploma
Teknologi Pembinaan (Forensik Bangunan dan Penyelenggaraan, DTF) Diploma
Teknologi Pembinaan (Sistem Termaju, DTC), Diploma Teknologi Pembinaan
15
(Turapan dan Jalanraya, DTH) dan Diploma Teknologi Pembinaan (Geo-struktur,
DTG).
1.10.3 Domain psikomotor
Domain psikomotor melibatkan kecekapan fizikal dari aspek pergerakaan motor atau
fizikal anggota badan seperti mata, tangan, kaki dan postur badan (Salim et al.,
2012). Fokus kajian ini adalah untuk mengukur tahap penguasaan kemahiran
manipulatif pelajar semester dua KKTM Sri Gading berdasarkan Domain Psikomotor
Ferris dan Aziz (2005) yang terdiri daripada tujuh aras iaitu i) pengecaman peralatan
dan bahan, (ii) pengendalian peralatan dan bahan, (iii) pengoperasian peralatan-asas,
(iv) pengoperasian peralatan-kompeten, (v) pengoperasian peralatan-mahir, (vi)
perancangan operasi kerja dan (vii) penilaian hasil kerja dan merancang
penambahbaikan.
1.10.4 Efikasi kendiri
Efikasi kendiri ialah penentuan pencapaian dan motivasi (Bandura & Schunk, 1981)
serta tahap kecekapan individu (Feltz, 1988) berdasarkan kepada kepercayaan
terhadap diri sendiri (Trujillo & Tanner, 2014; Zimmerman, 2000). Kajian ini
menilai tahap efikasi kendiri pelajar dengan mengintegrasikan elemen tahap
keyakinan dan motivasi pelajar dalam melaksanakan eksperimen sains.
1.11 Rumusan
Bab 1 ini menerangkan secara terperinci berkenaan pengenalan kajian yang
mengandungi latar belakang masalah, penyataan masalah, tujuan kajian, objektif
serta persoalan kajian, kepentingan, skop dan batasan kajian. Di samping itu,
pengkaji juga menyenaraikan definisi operasi serta kerangka konsep kajian yang
menjelaskan secara ringkas konsep keseluruhan kajian ini.
Manakala bab 2 iaitu bab kajian literatur pula menerangkan konsep Domain
Psikomotor Ferris dan Aziz serta justifikasi pemilihannya berbanding dengan
16
domain-domain psikomotor yang lain. Pengkaji juga membincangkan berkenaan
dengan sorotan kajian-kajian lepas berkaitan kemahiran manipulatif dan efikasi
kendiri terhadap eksperimen sains.
Bab metodologi pula menekankan beberapa aspek seperti reka bentuk kajian,
kerangka operasi, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian rintis, kaedah
pengumpulan dan analisis data. Manakala, bab analisis data dan perbincangan
mengupas secara menyeluruh berkenaan dapatan kajian beserta sokongan daripada
kajian-kajian lepas atau maklumat demografi sampel kajian.
17
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab kajian literatur ini, pengkaji mengupas serta menghuraikan beberapa
aspek yang berkaitan dengan takrifan, konsep serta sorotan kajian-kajian lepas
mengenai kemahiran manipulatif dan efikasi kendiri pelajar dalam melaksanakan
eksperimen sains. Malah, pengkaji juga turut menjelaskan secara ringkas Domain
Psikomotor Dave, Domain Psikomotor Harrow, Domain Psikomotor Simpson dan
Domain Psikomotor Ferris dan Aziz bagi menunjukkan perbezaan antara keempat-
empat domain tersebut. Kemudian, penerangan lebih menjurus kepada perbezaan
domain psikomotor dari aspek kesesuaian aplikasi dan justifikasi pemilihan Domain
Psikomotor Ferris dan Aziz sebagai rubrik penilaian dalam kajian ini.
2.2 Teori-teori Domain Psikomotor
Domain psikomotor menekankan aspek kebolehan pelajar memanipulasikan sesuatu
objek atau aktiviti fizikal. Ia merupakan elemen kemahiran fizikal meliputi
koordinasi otak dan aktiviti motor (Salim et al., 2012). Domain psikomotor ini
digunakan secara meluas untuk eksperimen subjek sains, sains kesihatan, seni,
muzik, kejuruteraan, drama, pendidikan jasmani dan sains sukan (Luimnigh, 2007).
Domain psikomotor turut melibatkan aspek-aspek pembelajaran yang dikaitkan
dengan pergerakan motor dan kemahiran demonstrasi serta integrasi antara kesan
kognitif dan afektif dengan perlaksanaan aktiviti fizikal.
18
Terdapat beberapa taksonomi domain pembelajaran psikomotor seperti
Domain Psikomotor Dave (1970), Domain Psikomotor Simpson (1972), Domain
Psikomotor Harrow (1972) dan Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005).
2.2.1 Domain Psikomotor Dave (1970)
Domain Psikomotor Dave telah diperkenalkan dan dibentangkan oleh RH Dave
dalam Berlin Conference pada tahun 1967. Domain ini merupakan domain yang
paling ringkas kerana ia hanya melibatkan lima tahap sahaja iaitu peniruan,
manipulasi, ketepatan, fleksibel dan semulajadi seperti mana yang disenaraikan
dalam Jadual 2.1. Jika dibandingkan dengan domain-domain psikomotor yang lain,
Domain Psikomotor Dave adalah antara domain yang paling menonjol kerana ia
releven dan sesuai digunakan dalam bidang pekerjaan sebenar atau pembelajaran
yang berkaitan dengan pembangunan kehidupan (O’Neill & Murphy, 2010). Oleh
yang demikian, ia lebih menjurus kepada pemerhatian terhadap kemahiran atau
latihan golongan dewasa di tempat kerja.
Jadual 2.1: Domain Psikomotor Dave (1967)
(O’Neill & Murphy, 2010)
Tahap Penerangan tahap
Peniruan Meniru perbuatan, perhatikan kemahiran dan cuba untuk mengulanginya
Manipulasi Menghasilkan semula aktiviti dari arahan atau ingatan
Ketepatan Melaksanakan kemahiran dengan pasti , bebas daripada bantuan
Fleksibel Menyesuaikan diri dan mengintegrasikan kepakaran untuk memenuhi objektif
Semulajadi Kemahiran automatik, penguasaan tidak sedarkan diri aktiviti dan yang
berkaitan di peringkat strategik
2.2.2 Domain Psikomotor Simpson (1972)
Domain Psikomotor Simpson diasaskan oleh Elizabeth Simpson yang
membentangkan takrifan untuk setiap tahap yang disenaraikan dalam domain ini di
Illinois Journal of Home Economics pada tahun 1966. Domain ini terdiri daripada
19
tujuh tahap yang mana tahap satu dan dua daripada domain ini iaitu persepsi dan set
diandaikan setara dengan tahap satu Domain Psikomotor Dave iaitu peniruan dengan
anggapan bahawa penilaian tersebut adalah khusus untuk pelajar yang cergas, sihat
dan sentiasa bersedia. Domain Psikomotor Simpson sebenarnya lebih berguna untuk
golongan pelajar dewasa atau kanak-kanak yang melibatkan pembelajaran bersifat
lebih mencabar iaitu di luar daripada zon selesa. Ini kerana domain ini amat
menitikberatkan soal persediaan deria, persepsi dan persediaan yang rapi sebelum
memulakan kerja amali (O’Neill & Murphy, 2010). Sebagai contoh, ia melibatkan
segala kemahiran yang lebih mencabar seperti situasi yang penuh dengan konflik
dan kecemasan serta tugas-tugas fizikal yang lasak.
Jadual 2.2: Domain Psikomotor Simpson (1972)
(O’Neill & Murphy, 2010)
Tahap Penerangan tahap
Persepsi Kesedaran, keupayaan untuk menggunakan isyarat deria untuk
membimbing aktiviti fizikal
Set Kesediaan untuk bertindak; memerlukan pelajar untuk menunjukkan
kesedaran atau pengetahuan tentang tingkah laku yang diperlukan
untuk menjalankan kemahiran
Pergerakan awal/ Respon
berpandu
Peringkat awal pembelajaran kemahiran yang kompleks; termasuk
tiruan dan percubaan.
Mekanisme Kemahiran asas
Gerak balas nyata yang
kompleks
Mahir dan berupaya melaksanakan kemahiran psikomotor yang
lengkap dengan betul
Adaptasi Boleh mengubah suai kemahiran motor untuk muat situasi baru
Original Kemahiran kreatif, keupayaan untuk membangunkan kemahiran yang
menggantikan kemahiran yang telah dipelajari
2.2.3 Domain Psikomotor Harrow (1972)
Domain Psikomotor Harrow pula diasaskan oleh Anita Harrow pada tahun 1972 dan
ia disusun berdasarkan tahap koordinasi yang melibatkan tindak balas luar sedar dan
keupayaan belajar. Domain ini terdiri daripada enam tahap seperti yang diterangkan
dalam Jadual 2.3 dan lebih menjurus kepada pembangunan kecergasan fizikal,
ketangkasan dan kawalan fizikal. Oleh itu, ia sesuai diaplikasikan bagi pembelajaran
kanak-kanak, kemahiran dan pergerakan yang bersifat ekpresif (Othman, 2012).
20
Malah, ia turut relevan digunakan dalam pembangunan bidang kemahiran berseni
kerana ia melibatkan aktiviti fizikal dan jasmani dengan matlamat yang bermakna.
Domain Psikomotor Harrow adalah satu-satunya domain psikomotor yang
mengambil kira faktor emosi kerana dipercayai emosi boleh mempengaruhi
perlakuan fizikal seseorang seperti pengucapan awam atau persembahan kesenian.
Jadual 2.3: Domain Psikomotor Harrow (1972)
(O’Neill & Murphy, 2010)
Tahap Penerangan tahap
Pergerakan refleks Reaksi spontan
Pergerakan asas Pergerakan asas mudah
Keupayaan tanggapan Respon asas
Keupayaan fizikal Ketahanan, kekuatan, fleksibiliti, dan ketangkasan
Pergerakan kemahiran kompleks Kemahiran atau operasi kompleks
Bahasa tubuh Aktiviti atau output ekspresif bermakna
2.2.4 Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005)
Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005) dipelopori oleh Timothy L.J. Ferris dan
S.M. Aziz daripada University South of Australia pada tahun 2005. Domain ini
dibangunkan khusus untuk bidang kejuruteraan dan pengajian peringkat tinggi yang
melibatkan pelajar golongan remaja dan dewasa. Jadual 2.4 di bawah menerangkan
secara terperinci setiap tahap dalam Domain Psikomotor Ferris dan Aziz.
21
Jadual 2.4: Domain Psikomotor Ferris dan Aziz
(Ferris & Aziz, 2005)
Tahap Penerangan Tahap
Pengecaman peralatan dan
bahan
Kebolehan mengecam peralatan dan bahan, pengetahuan tentang
fungsi peralatan
Pengendalian peralatan dan
bahan
Pengendalian peralatan dan bahan dengan betul, kebolehan mengaitkan
bahagian dan maklumat tentang bahagian peralatan
Pengoperasian peralatan-
asas
Kebolehan memegang peralatan dengan betul semasa
menggunakannya dalam suatu tugas peringkat rendah
Kebolehan mengendali dan menjaga keselamatan yang berkaitan
dengan siri asas pengoperasian peralatan tersebut.
Pengoperasian peralatan-
kompeten
Kebolehan mengendalikan peralatan dengan lancar untuk
melaksanakan pelbagai tugas
Kebolehan mengendali dan menjaga keselamatan yang berkaitan
dengan siri asas pengoperasian peralatan tersebut.
Pengoperasian peralatan-
mahir
Kebolehan menggunakan peralatan dengan mudah dan tangkas,
efisien, efektif dan selamat dalam menghasilkan dapatan betul dan jitu.
Perancangan operasi kerja Kebolehan merancang satu spesifikasi kerja untuk menghasilkan hasil
dapatan yang tepat
Penilaian hasil kerja dan
merancang penambahbaikan
Kebolehan menilai hasil dapatan eksperimen serta merancang
penambahbaikan
Penerangan di bawah merupakan ulasan lengkap berkenaan setiap tahap dalam
Domain Psikomotor Ferris dan Aziz berdasarkan jurnal A Psychomotor Skills
Extension To Bloom’s Taxonomy Of Education Objectives For Engineering
Education School of Electrical and Information Engineering oleh Ferris dan Aziz,
(2005):
a. Pengecaman peralatan dan bahan
Tahap paling asas melibatkan kebolehan pelajar mengecam atau mengenal pasti
peralatan dan bahan. Malah, pada tahap ini pelajar seharusnya memahami fungsi dan
tujuan peralatan serta bahan tersebut. Hal ini amat penting dalam memastikan
keberkesanan sesuatu kerja di samping memastikan penekanan terhadap elemen
keselamatan dan kesihatan pelajar.
22
b. Pengendalian peralatan dan bahan
Setiap peralatan dan bahan perlu dikendalikan dengan baik mengikut prosedur dan
peraturan tertentu. Proses tersebut termasuklah dari aspek memegang, memindahkan
serta menyimpan peralatan dan bahan. Ini bagi memastikan semua peralatan
dikendalikan dengan selamat bagi mengelakkan kemalangan terhadap diri pelajar
atau orang lain di sekeliling. Adalah amat penting untuk seseorang pelajar
mengendalikan bahan dan peralatan dengan berhati-hati bagi mengurangkan risiko
kejadian yang tidak diingini.
c. Pengoperasian peralatan-asas
Pengoperasian peralatan asas menitik beratkan kebolehan pelajar untuk
mengendalikan peralatan dengan berkesan dari aspek penggunaan, pemasangan serta
menetapkan pengendalian peralatan dari tahap yang paling asas hingga ke tahap yang
lebih kompleks. Tugas yang dilaksanakan pada tahap ini adalah lebih spesifik yang
mana ia melibatkan penyatuan beberapa prosedur mengikut urutan bagi
menghasilkan satu tugasan yang bermakna serta berjaya mencapai objektif yang
disasarkan. Tahap ini juga melibatkan kompetensi pelajar bagi mempelajari cara
penggunaan peralatan dan bagaimana mengendalikannnya dengan selamat
berdasarkan fungsi utama peralatan tersebut.
d. Pengoperasian peralatan-kompeten
Pada tahap ini, pelajar cekap menggunakan peralatan sebagaimana fungsi peralatan
tersebut. Pelajar juga berkebolehan menyatukan atau mengendalikan peralatan
mengikut prosedur yang betul bagi menyempurnakan sesuatu eksperimen. Hasil atau
dapatan daripada tugasan amali ini mampu mencapai piawaian yang ditetapkan.
Pengendalian peralatan dengan cekap juga membolehkan pelajar mencapai hasil
eksperimen yang konsisten dan sempurna berdasarkan prosedur yang selamat.
23
e. Pengoperasian peralatan-mahir
Kebolehan pelajar mengendalikan peralatan dengan mudah, tangkas, berkesan,
efektif dan selamat mengikut prosedur asas. Pelajar yang mahir mampu
menghasilkan dapatan yang tepat dan jitu dalam konteks yang lebih luas.
f. Perancangan operasi kerja
Pada tahap kompeten ini, pelajar berupaya merancang spesifikasi dapatan
eksperimen yang memenuhi piawaian serta mampu mengadakan transformasi atau
pembaharuan yang bersesuaian bagi menghasilkan dapatan eksperimen yang
diharapkan. Proses perancangan ini memerlukan pemahaman yang mendalam
terhadap sesuatu operasi kerja bagi memastikan dapatan eksperimen memenuhi
kehendak yang disasarkan iaitu dapatan yang berkesan, jitu dan tepat.
g. Penilaian hasil kerja dan merancang penambahbaikan
Pelajar kompeten mampu melihat atau mensasarkan dapatan eksperimen yang
diharapkan serta mengkaji untuk menghasilkan dapatan eksperimen yang lebih
berkualiti. Malah, pelajar berkebolehan untuk mengenal pasti kekurangan pada hasil
dan prosedur yang memerlukan kepada penambahbaikan bagi mengelakkan
kesilapan atau kecacatan pada dapatan eksperimen. Tahap kompeten ini selari dan
seiring dengan penilaian dan perincian karakter dalam skop yang lebih kompleks.
2.3 Perbezaan Domain-domain Psikomotor
Tahap –tahap yang dibangunkan dalam setiap domain psikomotor telah diterangkan
secara ringkas dan rumusan berkenaan perbezaan dari aspek kesesuaian aplikasi
domain-domain psikomotor telah dibincangkan dalam Jadual 2.5. Penerangan dalam
jadual ini lebih menjurus kepada kesesuaian domain-domain untuk diintegrasikan
24
dalam rubrik penilaian sesuatu bidang pembelajaran dan perlu dipastikan bersesuaian
dengan peringkat umur pelajar yang terlibat bidang tersebut.
Jadual 2.5: Perbezaan aplikasi domain-domain psikomotor
Aplikasi Domain Psikomotor
Domain Psikomotor Dave (1967): Relevan diaplikasikan kepada pembelajaran kemahiran atau
pembangunan melibatkan kerja dan kehidupan khusus untuk golongan dewasa.
Domain Psikomotor Simpson (1972): Sesuai digunakan untuk pembelajaran kanak-kanak mahupun
dewasa yang melibatkan pembelajaran kemahiran fizikal yang mencabar serta memerlukan persiapan
yang mantap dari aspek kesedaran, persepsi dan mental.
Domain Psikomotor Harrow (1972): Kesesuaian aplikasi Domain Psikomotor Harrow ini hampir
setara dengan Domain Psikomotor Simpson iaitu relevan untuk pembelajaran kanak-kanak mahupun
dewasa yang melibatkan pembelajaran kemahiran fizikal yang mencabar. Malah, ia turut memberi
tumpuan kepada cetusan emosi yang diterjemahkan daripada pelaksanaan aktiviti-aktiviti fizikal.
Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005): Domain ini dibangunkan khusus untuk bidang
kejuruteraan dan pengajian peringkat tinggi yang melibatkan pelajar golongan remaja dan dewasa.
Jadual 2.6 pula menyenaraikan perbezaan dari aspek komposit tahap-tahap
dalam setiap domain psikomotor. Senarai perbezaan ini menunjukkan beberapa tahap
yang setara bagi keempat-empat domain psikomotor.
Jadual 2.6: Komposit perbezaan tahap-tahap Domain Psikomotor Dave (1970),
Domain Psikomotor Simpson (1972), Domain Psikomotor Harrow (1972) dan
Domain Psikomotor Ferris dan Aziz (2005)
Domain Ferris & Aziz (2005) Harrow (1972) Simpson (1972) Dave (1970)
1. Pengecaman peralatan
dan bahan
Meniru 2. Persepsi
3. Pengendalian peralatan
dan bahan Pergerakan reflex Set
4. Pengoperasian peralatan-
asas
Pergerakan asas Pergerakan awal
5. Keupayaan tanggapan Mekanisme Manipulasi
6. Pengoperasian peralatan-
kompeten Keupayaan fizikal
7. Pengoperasian peralatan-
mahir
Pergerakan kemahiran
(complex operation)
Gerak balas nyata
yang kompleks Ketepatan
8. Perancangan operasi
kerja Adaptasi Fleksibel
9.
Penilaian hasil kerja dan
merancang
penambahbaikan
Original Semulajadi
10. Bahasa tubuh
78
RUJUKAN
Abtholuddin, F. (2013). Hubungan antara Efikasi Kendiri dan Kemahiran Belajar
dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Tesis Sarjana.
Akilli, M. (2015). Regression Levels of Selected Affective Factors on Science
Achievement: a Structural Equation Model with TIMSS 2011 Data. Electronic
Journal of Science Education, 19(1), 1–16.
Al-Amoush, S. A. (2012). Jordanian Chemistry (Student) Teachers’ Beliefs about
Chemistry Teaching and Their Views on Educational Reform.University of
Bremen: Tesis Ph.D.
Artino, A. R. (2012). Academic self-efficacy: from educational theory to
instructional practice. Perspectives on Medical Education, 1(2), 76–85.
http://doi.org/10.1007/s40037-012-0012-5
Baharom, S., Khoiry, M. A., Hamid, R., A.Mutalib, A., & Hamzah, N. (2015).
Assessment Of Psychomotor Domain In A Problem-Based Concrete Labrotary.
Journal Of Engineering Science And Technology, (Special Issue On UKM
Teaching And Learning Congress 2013, June (2015), 1–10.
Bandura, A., & Schunk, D. H. (1981). Cultivating Competence, Self-Efficacy, and
Intrinsic Interest throughProximal Self-Motivation. Journal of Personality and
Social Psychology, 41(3), 586–598
Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA. (2012). Dasar
Pembangunan Kurikulum Program Sijil dan Diploma. Edisi Pertama. Bahagian
Kemahiran Teknikal MARA. Kuala Lumpur.
Ahmad, C. N. C., Osman, K., & Halim, L. (2010). Hubungan Ramalan Persekitaran
Pembelajaran Makmal Sains dengan Tahap Kepuasan Pelajar. Jurnal
Pendidikan Malaysia, 35(2), 19–30.
79
Muda, M. F. C., & Saat, R. M. (2010). Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif
Dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Empat. Jurnal Penyelidikan Pendidikan,11,
1-17.
Chua, L. C. (2006). Sample Size Estimation Using Krejcie and Morgan and Cohen
Statistical Power Analysis: A Comparison. Jurnal Penyelidikan IPBL, Jilid 7.
Chua, Y.P. (2011). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Cohen, J. (1992). Quantitative Methods in Psychology: A Power Primer.
Psychological Bulletin, 112(1), 155–159.
Darus, Z. (2012). Status Pencapaian Malaysia dalam TIMSS dan PISA : Satu
Refleksi. Kementerian Pelajaran Malaysia.
Demirel, M., & Caymaz, B. (2015). Prospective Science and Primary School
Teachers ’ Self -efficacy Beliefs in Scientific Literacy. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 191, 1903–1908
Duit, R., & Tesch, M. (2010). On The Role Of The Experiment in Science Teaching
And Learning – Visions And The Reality Of Instructional Practice *.
Proceedings of the 7th International Conference on Hands-on Science, (25-31
July), 17–30.
Ferris, T. L. J., & Aziz, S. M. (2005). A Psychomotor Skills Extension to Bloom’s
Taxonomy of Education Objectives for Engineering Education. Exploring
Innovation in Education and Research Tainan, Taiwan.
Feyzioglu, B. (2009). An Investigation of the Relationship between Science Process
Skills with Efficient Laboratory Use and Science Achievement in Chemistry
Education. Turkish Science Education, 6(3), 114–132.
Gliem, J. a, & Gliem, R. R. (2003). Calculating, Interpreting, and Reporting
Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales,. 2003 Midwest
Research to Practice Conference in Adult, Continuing, and Community
Education, (1992), 82–88.
Gezer, S. U. (2015). A Case Study on Preservice Science Teachers’ Laboratory
Usage Self Efficacy and Scientific Process Skills. Procedia - Social and
Behavioral Sciences, 174, 1158–1165.
Hofstein, A., & Mamlok-naaman, R. (2007). The Laboratory in Science Education :
The State of The Art. Chemistry Education Research and Practice, 8(2), 105–
107.
80
Idris, N. (2013). Penyelidikan dalam Pendidikan. Edisi Kedua. Kuala Lumpur:
McGraw Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.
Kamarudin, N., Halim, L., Osman, K., & Mohd. Meerah, T. S. (2009). Pengurusan
Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 34(1),
205–217.
Kamaruddin, M. I., & Wahab, N. (2010). Tahap Penguasaan Kemahiran Manipulatif
Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia. Tarikh capaian pada 12 September 2015,
daripada http://eprints.utm.my/11545/
Kırbaşlara, F. G., Veyisoğlub, A., & Özsoy-Güneşa, Z. (2015). Investigating The
Relationships between Pre-Service Science Teachers ’ Self- Efficacy in
Laboratory and Anxiety Towards Chemistry Laboratory. Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 174, 43–50.
Krathwohl, D. R. (2002). Revision of Bloom ’ s Taxonomy: An Overview. THEORY
INTO PRACTICE, 41(4), 212–218.
Kurbanoglu, N. I., & Akim, A. (2010). The Relationships between University
Students’ Chemistry Laboratory Anxiety, Attitudes, and Self- Efficacy Beliefs.
Australian Journal of Teacher Education, 35(8)
Kurbanoğlu, N. İ., & Yücel, E. (2015). Development of Chemistry Laboratory
Anxiety Scale for University Students. The Online Journal of Counseling and
Education.
Luimnigh, O. (2007). Writing Learning Outcomes: A Guide for Academics. Ireland:
University Of Limerick Pres.
Martin, M. O., Mullis, I. V. S., Foy, P., & Stanco, G. M. (2011). TIMSS 2011
International Results in Science: International Association for the Evaluation of
Educational Achievement. United States: TIMSS & PIRLS International Study
Center
Mohd Fadzil, H. (2014). Students ’ Science Manipulative Skills During Transition
from Primary to Secondary School. Universiti Malaya: Tesis Ph.D.
Mohd Fadzil, H., & Mohd Saat, R. (2014). Enhancing STEM Education during
School Transition : Bridging the Gap in Science Manipulative Skills. Eurasia
Journal of Mathematics, Science & Technology Education, 10(3), 209–218.
O’Neill, G., & Murphy, F. (2010). Guide to Taxonomies of Learning Outcomes.
UCD Teaching and Learning Resources.
81
Othman, M. (2012). Tahap Kompetensi Pelajar Melaksanakan Kerja Amali
Berpandukan Domain Psikomotor Simpson. Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia: Tesis Sarjana.
Othman, T. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan & Statistik. Serdang: Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Salim, K. R., Haron, H. N., Hussain, N. H., & Ali, R. (2013). The Achievement of
Laboratory Work Learning Outcomes : Students’ Perceptions. Proceedings of
the Reseach in Engineering Education Symposium, Kuala Lumpur.
Salim, K. R., Puteh, M., & Daud, S. M. (2012). Assessing Students’ Practical Skills
in Basic Electronic Laboratory based on Psychomotor Domain Model. Procedia
- Social and Behavioral Sciences, 56(Ictlhe), 546–555.
Shakor, N. A., & Mat Noor, S. (2013). Keberkesanan Alat Drip-Drop Bagi
Meningkatkan Kemahiran Manipulatif Dalam Eksperimen. Seminar
Penyelidikan Tindakan Pismp 2013 Keberkesanan, 185–191.
Pallant, J. (2010). SPSS survival manual: A step by step guide to data analysis using
SPSS (4th ed.). Maidenhead: Open University Press/McGraw-Hill.
Phang, F. A., Abu, M. S., Ali, M. B., & Salleh, S. (2014). Faktor Penyumbang
Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar Dalam Aliran Sains: Satu Analisis
Sorotan Tesis. Seminar Kebangsaan Majlis Dekan Pendidikan IPTA, 2:4, 63–
71. http://doi.org/10.14221/ajte.2011v36n3.2
Ponton, M. K. (2002). Motivating Students by Building Self-Efficacy. Journal of
Professional Issues in Engineering Education and Practice, 128(1), 1–3.
http://doi.org/10.1061/(ASCE)1052-3928(2002)128:1(1)
Trujillo, G., & Tanner, K. D. (2014). Considering the role of affect in learning:
Monitoring students’ self-efficacy, sense of belonging, and science identity.
CBE Life Sciences Education, 13(1), 6–15. http://doi.org/10.1187/cbe.13-12-
0241
Tüysüz, M., Demet, Y. Õ., & Demirci, N. (2010). What is the motivation difference
between university students and high school students ? Procedia Social and
Behavioral Sciences 2 (2010), 2, 1543–1548.
http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2010.03.232
Unit Perancang Eknomi. (2015). Mentransformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal
dan Vokasional untuk Memenuhi Permintaan Industri. Rancangan Malaysia
Kesebelas 2016 - 2020. Malaysia: Jabatan Perdana Menteri
82
Yaacob, H. F., & Md Shah, I. (2009). Efikasi Diri dan Hubungannya dengan
Pencapaian Akademik Pelajar IPTA, 47–71. Tarikh capaian pada 10 November
2015, daripada
http://eprints.utm.my/14464/1/IshakMd.Shah2009_EfikasiDiridanHubungannya
DenganPencapaianAkademik.pdf