Post on 30-Nov-2015
description
1EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
BAB 1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Tajuk tugasan pada semester ini ialah tentang kemahiran-kemahiran asas
kaunseling dan teori-teori kaunseling yang boleh diamalkan oleh guru biasa di
sekolah kelak.
Konsep asas bimbingan menurut Tang Chee Yee (1989) ialah bantuan atau
pertolongan yang diberi kepada murid-murid biasa atau normal yang sedang dalam
perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek, fizikal, emosi, kejiwaan dan
kerohanian mereka. Selain itu, menurut Crow dan Crow (1983) dalam kajian Tan
Chee Yee (1989) mengatakan bahawa erti bimbingan ialah sebarang bantuan atau
pertolongan yang diberikan kepada pelajar dengan betul. Hal itu boleh ditafsirkan
sebagai suatu aspek pendidikan yang fungsinya berhubung dengan perkembangan
dan penyesuaian kanak-kanak. Jadi, bimbingan boleh ditafsirkan sebagai suatu
faktor yang disedari dan disusun dalam alam sekeliling sekolah seseorang individu
yang direka bentuk secara tidak langsung, untuk membantuknya dalam penyesuaian
kepada semua aspek hidup.
Definisi bimbingan menurut Sapora Sipon (2008) menyatakan bahawa
bimbingan adalah satu proses membantu individu untuk membuat keputusan yang
akan memberi kesan kepada kehidupan mereka. Misalnya, memilih gaya hidup yang
diingini. Gladding (2003) dalam kajian Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008)
menjelaskan perbezaan ketara antara bimbingan dan kaunseling ialah bimbingan
berfokus kepada membantu individu memilih apa yang paling mereka inginkan dan
hargai.
Seterusnya, definisi kaunseling menurut Jones (2004) dalam kajian Sapora
Sipon & Hapshah Md Yusof (2008) menjelaskan istilah kaunseling mempunyai
pelbagai makna. Pertama, ia melibatkan individu yang menerima kaunseling.
Dimensi seterusnya ialah sebagai satu perhubungan, intervensi, satu proses
psikologikal dan mempunyai matlamatnya. Menurut Patterson (1995) mendefinisikan
kaunseling sebagai satu proses interaktif melalui satu perhubungan yang unik antara
kaunselor dengan klien yang mengarah keada perubahan klien dalam aspek tingkah
2EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
laku, kepercayaan dan kemahiran membuat keputusan. Mereka juga menjelaskan
perubahan dalam kaunseling juga melibatkan kebolehan berdaya tindak balas ke
atas situasi semasa untuk memaksimakan peluang dan meminimakan keadaan
yang merosakkan. Secara ringkasnya, kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku
yang bebas dan bertanggungjawab di pihak klien diiringi dengan kebolehan
memahami dan mengurus emosi.
Malahan, menurut Patterson & Welfel (1994) berpendapat bahawa kaunseling
adalah satu proses interaktif yang bercirikan satu perhubungan yang unik di antara
kaunselor dengan klien yang menyumbang kepada perubahan dalam diri klien
seperti tingkah laku, mempercayai, keupayaan untuk berdaya tindak. Oleh itu,
kaunseling perlu menghasilkan tingkah laku klien yang bebas dan bertanggungjawab
diikuti dengan kebolehan memahami dan mengurus emosi yang negatif.
Kesimpulannya, bimbingan dan kaunseling merupakan dua aspek yang
berbeza dari segi takrifnya. Bimbingan lebih kepada cara seseorang guru itu
membantu murid-murid dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau memberi ruang
kepada murid-murid untuk membuat pilihan yang lebih baik manakala kaunseling
pula adalah suatu proses sistematik yang memerlukan kawasan kondusif dan
teraputik bagi membincangkan perubahan dalam diri klien sama ada dari segi
tingkah laku dan sebagainya. Perubahan ini seharusnya mencakupi pelbagai aspek
dalam diri klien itu sendiri dan klien harus merasakan perubahan itu sebagai suatu
perubahan yang positif iaitu berubah kepada kebaikan.
3EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
BAB 2
2.0 KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING
2.1 Konsep
Menurut Ee Ah Meng et. al (2011) mengatakan bahawa kaunselor-kaunselor
di sekolah memerlukan kemahiran-kemahiran asas dalam menjalankan sesi
bimbingan dan kaunseling. Kemahiran-kemahiran ini penting bagi memudahkan
kaunselor mendapat gambaran bagi memulakan kaunseling pada peringkat awal
setiap senario yang bakal berlaku dalam proses kaunseling. Menurut Zainal Abidin &
Wan Abdul Kader (2008) menyatakan sebelum memulakan kaunseling, kaunselor
hendaklah membuat persediaan awal tentang prosedur menyediakan tempat yang
sesuai, prosedur pengambilan klien (pelajar yang bermasalah) dan memberi jaminan
serta keyakinan kepada klien bahawa apa yang dipercakapan dalam sesi kaunseling
nanti akan dirahsiakan. Seterusnya, akan dinyatakan kemahiran-kemahiran yang
spesifik yang menjadi asas dalam semua pendekatan kaunseling untuk
menghasilkan kesan teraputik. Tiap-tiap kemahiran ini akan didefinisikan, diberi
penerangan bagaimana dan bila hendak membuat bagaimana dan bila hendak
digunakan dan membuat penaksiran sejauh mana impaknya terhadap klien.
Selain itu, dalam satu sesi kaunseling yang berjaya, kaunselor haruslah cuba
menjadikan klien berasa selesa pada awal setiap sesi. Nyatakan sebab pertemuan
dengan jelas. sambil menekankan yang kaunselor berasa prihatin dengan keadaan
yang dihadapi oleh klien dan bersedia memberikan bantuan. Jika tidak klien akan
berasa terancam dan menjadi defensif.
2.2 Jenis Kemahiran Asas Kaunseling
2.2.1 Kemahiran Memahami
Menurut Ee Ah Meng et. al (2011) menyatakan bahawa seseorang kaunselor
hendaklah sering berusaha memahami masalah pelajar sebelum cuba
menyelesaikannya. Sesetengah daripada kita bersikap kurang sabar. Sebaik sahaja
mendengar sesuatu masalah, kita terdorong untuk menyelesaikannya dengan
segera. Hal ini bukanlah cara yang berkesan dalam usaha membantu pelajar.
4EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Setelah berusaha memahami masalah, barulah kaunselor akan mendapat
gambaran yang lebih jelas dan jitu tentang kesulitan yang dihadapi pelajar. Dalam
keadaan seperti ini, barulah kaunselor berupaya menolong pelajar menyelesaikan
masalahnya. Sebagai contoh, seorang pelajar ini telah menyatakan kepada
kaunselor bahawa ada seorang guru yang telah memalukan dia di hadapan pelajar-
pelajar lain dan dia berasa terhina dengan keadaan tersebut. Kaunselor harus
menanyakan lebih lanjut perihal perkara yang dimalukan itu. Setelah kaunselor
mendapat jalan cerita daripada pelajar, kaunselor perlu membuka ruang kepada
pelajar untuk meluahkan lagi apa yang terbuku di hati mereka di samping kaunselor
cuba memahami situasi pelajar secara mendalam.
Menurut Ee Ah Meng et. al (2011) lagi, kemahiran untuk memahami masalah
klien hendaklah diperkukuh agar kaunselor memperoleh gambaran menyeluruh
serta latar belakang sesuatu masalah. Dalam konteks situasi yang dinyatakan
seperti di atas, kaunselor hendaklah berupaya mengemukakan soalan secara
beransur-ansur agar suatu senario masalah pelajar dapat dikembangkan. Pelajar
dalam kes tersebut jelas mengalami perasaan kecewa kerana dia telah menjadi
mangsa guru. Oleh hal demikian, kaunselor hendaklah membantunya
mengendalikan rasa kecewa itu.
2.2.2 Kemahiran Penstrukturan
Menurut Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008), penstrukturan
merupakan satu kemahiran yang sangat penting di dalam sesuatu sesi kaunseling.
Hal ini adalah kerana sekiranya penstrukturan dilakukan dengam baik dalam
sesuatu sesi kaunseling itu, ia akan dapat membina hubungan yang mesra dengan
klien. Proses penstrukturan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk formal atau
tidak formal. Terdapat dua persoalan yang penting dalam penstrukturan, iaitu
perlukah penstrukturan itu dilakukan secara formal dan bilakah masa yang sesuai
untuk melakukannya. Oleh yang demikian, kaunselor perlu pandai dalam melakukan
penstrukturan.
Selain itu, Choong Lean Keow (2010) mengatakan bahawa penstrukturan
merujuk kepada usaha guru bimbingan dan kaunseling menerangkan tentang apa itu
kaunseling termasuk peranan guru bimbingan dan kaunseling serta kanak-kanak
dalam kaunseling. Apabila kanak-kanak memahami apa yang akan berlangsung
5EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
semasa mereka menjalani sesi tersebut, seacra tidak langsung akan meningkatkan
motivasi untuk mengambil bahagian secara aktif.
Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008) ada mengatakan bahawa
penstrukturan formal adalah perlu sekiranya klien merupakan klien rujukan atau klien
baharu yang datang pertama kali untuk menjalankan sesi kaunseling. Penstrukturan
formal tidak perlu sekiranya klien itu pernah berjumpa dengan kaunselor sebelum ini
ataupun sekiranya klien itu ingin menceritakan masalahnya.
Dalam penstrukturan ini, kaunselor perlu menerangkan peranan atau
tanggungjawab seorang kaunselor dan klien sebelum memulakan sesi kaunseling.
Kebiasaannya, sesi kaunseling akan mengambil jangka masa selama 30 minit
hingga 45 minit. Segala perbincangan antara kaunselor dengan klien adalah
dirahsiakan. Hal ini kerana salah satu etika dalam kaunseling ialah etika kerahsiaan
yang mana para kaunselor harus menyimpan rahsia klien sekiranya perkara tersebut
tidak membahayakan nyawa klien ataupun orang di sekelilingnya.
Penstrukturan yang mudah dan ringkas ini dapat membantu klien memahami
apa yang akan dilaksanakan dan apa yang diharapkan daripadanya. Segala perkara
yang dibincangkan nanti akan dirahsiakan oleh kaunselor. Hal ini akan menimbulkan
rasa selamat dan percaya kepada kaunselor dan klien akan menceritakan apa
sahaja yang mengganggu atau timbul dalam fikirannya.
Contoh penstrukturan :
“...Dalam sesi ini, saya sebagai seorang kaunselor dan anda pula sebagai
klien. Sesi ini akan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Peranan saya
secara ringkasnya untuk mendengar, memahami dan cuba untuk membantu
anda. Peranan anda adalah untuk menceritakan apa yang mengganggu hidup
anda. Sesi ini akan dirahsiakan ini terbatas sekiranya isu yang dibincangkan
melibatkan keselamatan nyawa anda.”
(Sapora Sipon, 2008)
6EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
2.2.3 Kemahiran Memimpin
Menurut Sapora Sipon et. al (2006) mengatakan bahawa kemahiran
memimpin boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu memimpin secara
tidak langsung dan memimpin secara langsung.
Tujuan kemahiran memimpin secara tidak langsung ialah membolehkan klien
memulakan dan mengambil tanggungjawab terhadap sesi yang sedang berjalan.
Selain daripada itu, tujuan memimpin secara tidak langsung ialah untuk menjemput
klien menceritakan atau memperincikan ceritanya.
Contoh soalan yang menunjukkan memimpin secara tidak langsung ialah :
“Apa yang anda hendak bincangkan pada hari ini?”
“Barangkali kita boleh mulakan sesi dengan anda beritahu saya di mana anda
sekarang?”
“Bolehkah anda beritahu saya lebih lanjut tentang perkara itu?”
Contoh-contoh ini menunjukkan kaunselor mengajukan beberapa soalan yang
tidak formal kepada klien serta membuka ruang kepada klien untuk menceritakan
permasalahan yang mereka hadapi dengan lebih lanjut. Selain itu, struktur ayat yang
digunakan tidak tegas sekaligus tidak menimbulkan rasa ketidakselesaan klien bagi
sesi kaunseling tersebut.
Tujuan kemahiran memimpin secara langsung ialah untuk menggalakkan
klien memperincikan, menjelaskan atau menggambarkan apa yang diperkatakan.
Antara tujuan kemahiran memimpin secara langsung ialah untuk menentukan tujuan
memimpin, meluahkan dengan perkataan yang dapat memperincikan secara
khusus, menggunakan soalan terbuka dan membolehkan klien bebas mengikut
pimpinan anda. Dalam kemahiran memimpin adakalanya terdapat elemen cadangan
seperti :
“Beritahu saya tentang ibu anda?”
“Boleh anda gambarkan apa yang berlaku baru-baru ini?”
7EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Sebagaimana yang kita ketahui soalan terbuka merupakan soalan bertujuan
menjemput perbincangan, penjelasan dan huraian yang panjang lebar. Hal ini
kerana ia tidak memerlukan jawapan yang khusus. Klien boleh bercerita tanpa
sebarang sekatan. Selain itu, kaunselor juga seharusnya memberi peluang untuk
klien menghabiskan cerita mereka terlebih dahulu sebelum membuat sebarang
kesimpulan kecil atau cadangan bagi menyelesaikan masalah klien.
2.2.4 Kemahiran Membuat Refleksi Perasaan
Menurut Jones (2004) dalam kajian Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof
(2008) mendapati kemahiran membuat refleksi perasaan melibatkan keupayaan
kaunselor berkomunikasi dan mengalami perasaan klien malahan refleksi perasaan
melibatkan kemahiran pihak yang menghantar dan menerima.
Kemahiran pihak menerima melibatkan kemahiran memahami mesej muka
dan badan klien, memahami mesej suara klien, memahami mesej lisan klien,
memahami reaksi emosi diri dan mengambil kira konteks mesej yang disampaikan
oleh klien. Sebaliknya kemahiran bagi pihak yang menghantar ialah bertindak balas
dalam cara yang menunjukkan kaunselor memahami perasaan klien melalui
perkataan dan frasa dan memeriksa ketepatan pemahaman kaunselor.
Menurut Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008), refleksi perasaan
merupakan pengulangan atau menyebut semula percakapan klien dalam satu
rangkai kata yang pendek tetapi padat. Pengulangan dibuat oleh kaunselor
lazimnya, hanyalah sebagai pembayang yang mencerminkan perasaan atau
keseluruhan isi yang disampaikan oleh klien tadi. Membuat refleksi perasaan
bukanlah sekadar mengulang semula perkataan yang diluahkan oleh klien, tetapi
merupakansatu cara untuk membuat kesimpulan tingkah laku klien yang dapat
membayangkan isi, pemikiran, perasaan dan tindakannya sendiri.
Kaunselor cuba untuk memahami apa yang dialami atau dirasai oleh klien
secara emosi. Jadi, klien akan terdorong untuk menyatakan segala perasaannya
dengan lebih mendalam lagi kepada kaunselor tersebut tanpa was-was lagi. Menurut
Amir Awang (1987) dalam kajian Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008) tujuan
utama kaunselor membuat refleksi perasaan ini ialah untuk memberikan pemusatan
kepada perasaan klien sebenar dan bukannya perasaan helah semata-mata. Selain
8EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
itu, ia juga membolehkan klien untuk melihat kembalinya perkara-perkara yang telah
dikatakan olehnya tadi dengan lebih jelas dan terang daripada yang asal. Walau
bagaimanapun, kemahiran membuat refleksi perasaan ini bergantung rapat kepada
kebolehan klien untuk menentukan perasaan dan tanda bagi perasaannya.
Sehubungan itu, kemahiran ini pula dibahagikan kepada tiga bahagian
penting iaitu refleksi isi, refleksi perasaan dan refleksi pengalaman. Pertama, refleksi
isi ialah pernyataan semula oleh kaunselor mengenai idea yang sampaikan oleh
klien. Kedua, refleksi perasaan ialah pernyataan semula oleh kaunselor tentang
perasaan dan sikap yang dinyatakan oleh klien. Ketiga, refleksi pengalaman dibuat
setelah kaunselor memerhatikan gerak-geri tubuh badan semasa sesuatu
pengalaman diperkatakan oleh klien.
2.2.5 Interpretasi
Menurut Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008), kemahiran membuat
interpretasi merupakan satu proses yang digunakan oleh kaunselor untuk
memberikan maklum balas atau “feedback” kepada klien supaya klien berupaya
untuk melihat masalahnya dari satu sudut berbeza. Selain itu, interpretasi digunakan
untuk merujuk dan membuat tafsiran untuk maksud tersirat dalam mesej klien.
Selain itu, Ee Ah Meng et. al (2011) mengatakan kemahiran membuat
interpretasi adalah untuk menyemak pemahaman masalah yang dikemukakan klien.
Dia akan mementingkan aspek intelek kata-kata klien. Interpretasi membolehkan
kaunselor memperoleh satu gambaran yang lebih jelas mengenai masalah yang
dihadapi klien.
Oleh yang demikian, kaunselor perlu betul-betul menguasai kemahiran ini
agar kaunselor tidak membuat interpretasi salah yang akan menyebabkan gangguan
dalam proses kaunseling yang sedang berjalan itu. Interpretasi akan dikatakan
berjaya sekiranya ia boleh meransang pemahaman dan memberi fokus ke atas
masalah klien. Seterusnya, tujuan kaunselor membuat interpretasi adalah untuk
membantu klien mentafsir peristiwa hidup mereka. Selain itu, ia membantu klien
melihat perkara yang tidak dapat dilihatnya dengan mudah, tersorok atau tidak
disedarinya.
9EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Menurut Ishamuddin Hj. Ismail (1999) dalam kajian Sapora Sipon & Hapshah
Md Yusof (2008) ini menjelaskan beberapa tujuan interpretasi. Pertama, kaunselor
menawarkan satu bentuk ruang rujukan (perspektif) yang baru. Masalah adalah
sama, yang diubah adalah persepsi iaitu dengan memberi alternatif atau wawasan
kepada yang diperkatakan. Kedua, mengenal pasti perhubungan-perhubungan
antara mesej-mesej dan tingkah laku klien yang berterus-terang dan yang berbentuk
kiasan. Ketiga, membantu klien untuk lebih memahami terhadap perkara-perkara
yang tidak dapat dilihat (yang tersirat) dengan mudah. Keempat, menokok tambah
pemahaman diri klien atau memberi wawasan (celik akal) supaya klien dapat
mencapai perubahan yang diingini.
Tambahan pula, metafora dan fantasi juga memainkan peranan penting
dalam kemahiran ini. Contohnya,
“Dalam banyak keadaan saya melihat anda sebagai ‘teddy bear’ yang lembut
dan besar yang berada di satu tempat dengan pelbagai posisi.”
“Saya berfantasi tentang apa yang Rizal katakan tadi. Saya gambarkan Rizal
menyelusuri jalan kayu yang rapuh, menuju ke simpang jalan dan tidak dapat
memutuskan mana satu jalan yang ingin ditujui. Rizal tidak pasti, lantas
melambung syiling dan berlari girang ke arah jalan yang telah diputuskan
berdasarkan syiling tersebut. Adakah ia sesuai?”
Tujuan penggunaan metafora adalah untuk memberi pengalaman kepada
klien untuk memahami dirinya dan kaunselor meletakkan dirinya untuk
mempengaruhi kliennya. Selain daripada itu, penggunaan klien adalah juga untuk
memperluaskan bahasa deria klien melalui pertanyaan seperti bagaimana
kehidupan klien diteruskan, bagaimana klien melihat kisah silamnya dan bagaimana
masa hadapannya.
2.2.6 Konfrontasi
Menurut Ea Ah Meng et. al (2011) mengatakan bahawa kemahiran
konfrontasi digunakan apabila kaunselor mendapati apa yang dinyatakan oleh
pelajar adalah berlainan daripada tindakannya. Konfrontasi juga digunakan apabila
klien tidak mahu mengaku sesuatu atau tidak ingin melihat sesuatu perkara atau
masalah dari sudut yang berlainan.
10EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Kemahiran konfrontasi menimbulkan risiko kerana mencabar klien. Klien atau
pelajar mungkin berasa tergugat apabila guru bimbingan mula menggunakan
konfrontasi. Hal demikian, klien mungkin akan menamatkan sesi bimbingan dan
tidak ingin berjumpa dengan guru bimbingan lagi.
Seterusnya, Ee Ah Meng (1995) mengatakan bahawa kemahiran ini
menunjukkan kepada klien yang huraian tentang dirinya atau satu-satu situasi
adalah berbeza dengan pandangan guru bimbingan. Konfrontasi digunakan apabila
klien tidak mahu mengaku sesuatu, tidak mahu bertindak atau tidak melihat dari
sudut yang berlainan.
Selain itu, Tang Chee Yee pula menyatakan bahawa konfrontasi ini adalah
percubaan yang dibuat oleh kanselor dengan sengaja untuk menolong klien supaya
klien dapat memeriksa kesan dan hasil tingkah lakunya. Antara tujuan kemahiran
konfrontasi ialah klien menyedari perlakuannya yang membinasakan dan
merosakkan, mengurangkan tingkah laku yang membinasakan, membina tingkah
laku yang sihat dan positif.
2.2.7 Kemahiran Melakukan Dorongan Minima
Menurut Sapora Sipon et. al (2006), dorongan minima diperlukan untuk
memberikan sokongan dan dorongan klien untuk meneruskan perbincangan.
Dorongan minima merupakan respons atau ungkapan ringkas ataupun pergerakan
positif yang menggalakkan klien terus bercakap dan memberikan penjelasan. Antara
contoh dorongan minima adalah seperti “hm...m”, “teruskan”, “kemudian”, “jadi”,
“terangkan lagi”, “oh....”, sentuhan, angguk kepala, kerutan di dahi, senyuman, ya
dan lain-lain lagi.
Seterusnya, tujuan kaunselor mengadakan dorongan minima adalah untuk
memberangsangkan klien untuk terus bercerita. Selain itu, ia menunjukkan
kaunselor sedang mendengar dan faham apa yang sedang diperkatakan oleh klien.
11EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
2.2.8 Kemahiran Menghadapi Kesenyapan
Menurut Ee Ah Meng et. al ( 2011) mengatakan bahawa dalam kaunseling
ada kalanya berlaku kesenyapan. Penghentian sementara ini mempunyai pelbagai
erti. Klien berhenti bercakap kerana dia berasa tidak selesa untuk memberikan
maklumat dengan lebih lanjut. Mungkin dia sedang mengadakan penerokaan diri,
iaitu dia akan mendapat celik akal terhadap masalah yang dihadapinya. Ada
kemungkinan klien itu sedang mencari idea dan perasaan untuk disampaikan. Jika
boleh, biarlah klien itu mula bercakap selepas kesenyapan itu. Bagi memecahkan
kesenyapan, kaunselor boleh menggunakan tindak balas seperti “nampaknya,
saudari sedang memikirkan sesuatu. Boleh saya berkongsi?”, “mungkin saudara
sudah sedia untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang difikirkan tadi.”
Manakala, menurut Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008) menyatakan
bahawa kesenyapan ini merupakan satu petanda yang baik kerana ia memberikan
masa kepada kaunselor dan klien untuk memikirkan tindakan apa yang seharusnya
diambil seterusnya. Selain itu, ia juga memberikan peluang kepada klien yang tidak
sempat menghabiskan hujahnya tadi berfikir kembali dengan tenang mengenai
hujahnya itu atau mengingat kembali sesuatu yang barangkali dia terlanjur
mengatakannya atau mahu mengubah fikirannya.
Walau bagaimanapun, kaunselor haruslah mengelakkan kesenyapan yang
terlalu panjang kerana ia akan menghentikan terus pokok cerita yang
diperbincangkan tadi. Secara ringkasnya, adalah penting bagi kaunselor untuk
membenarkan keadaan senyap ini setelah klien dan kaunselor telah melakukan
perkara penting. Klien perlu diberi masa untuk memikirkan sesuatu tanpa sebarang
gangguan.
12EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
BAB 3
3.0 CARA MENGGUNAKAN KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING DALAM
MENGENALPASTI MASALAH PELAJAR
Sebagai mana yang telah kita sedia maklum bahawa guru biasa
berkemungkinan besar akan menjadi guru bimbingan dan kaunseling apabila sudah
berada di alam sekolah. Hal ini kerana tugas guru bukan sahaja sebagai tenaga
pengajar semata-mata malah menjadi penasihat kepada murid, menjadi pemangkin
semangat murid serta menjadi tempat luahan perasaan serta masalah-masalah
yang dihadapi oleh murid-murid. Oleh hal demikian, guru-guru harus mempunyai
kemahiran asas kaunseling ini dalam mengenalpasti masalah murid agar dapat
memberikan perkembangan yang positif kepada murid-murid demi masa hadapan
mereka.
Terdapat pelbagai kemahiran asas yang boleh digunakan oleh guru biasa
dalam mengenalpasti masalah murid. Antaranya ialah kemahiran mendengar,
kemahiran membalas, kemahiran menyoal, kemahiran membina hubungan,
kemahiran penstrukturan, kemahiran berkomunikasi, kemahiran interpretasi,
kemahiran menghadapi kesenyapan, kemahiran konfrontasi, kemahiran dorongan
minima, kemahiran empati dan lain-lain lagi.
3.1 Kemahiran Mendengar
Menurut Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008) menyatakan bahawa
kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting
dalam sesi kaunseling. Guru perlu lebih banyak meluangkan masa untuk mendengar
masalah murid dan memahami apa sahaja yang diperkatakan oleh murid tersebut.
Malah, guru perlu memberikan tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk
mendengar semua percakapan klien tersebut.
Selain dari tutur kata, gerak geri murid semasa bercakap juga guru harus
perhatikan. Hal ini kerana ada maksud tersirat setiap perlakuan mereka. Dikatakan
bahawa segala tingkah laku murid itu turut memainkan peranan yang penting dalam
menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu. Gerak geri lisan seseorang
dikatakan dapat menggambarkan perasaannya yang sebenar. Hal ini termasuklah
perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Oleh itu, kemahiran mendengar
13EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
ini melibatkan seluruh deria yang terdapat pada diri seorang guru bimbingan dan
kaunseling. Apabila kita memberikan tumpuan sepenuhnya kepada murid tanpa
berbelah bahagi, ini bererti kita menyediakan diri untuk mendengar segala luahan
murid berkenaan.
Oleh yang demikian, amat penting bagi guru bimbingan dan kaunseling
mendengar dan memahami dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun
tingkah laku bukan lisan murid. Dengan berbuat demikian, barulah guru bimbingan
dapat benar-benar memahami mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak
langsung, tindakan ini dapat menunjukkan kesediaan guru bimbingan untuk
berhadapan dengan murid.
Guru bimbingan dan kaunseling juga boleh menunjukkan kemahiran
mendengar dengan beberapa cara. Antara caranyanya ialah dengan menyatakan
semula. Guru menyatakan semula apa yang telah dikatakan oleh pelajar dengan
tepat. Selain itu guru juga dapat menunjukkan guru menguasai kemahiran dengar
dengan menggambarkan semula apa yang telah diceritakan pelajar. Guru akan
memfokuskan kepada isi kandungan serta perasaan pelajar. Namun begitu, guru
perlulah menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan guru benar-benar
faham dan mendengar masalah yang diceritakan oleh pelajar tadi. Kemahiran
mendengar guru dapat dilihat apabila guru mampu memberikan respons terhadap
apa yang diceritakan pelajar.
Contoh situasi kemahiran mendengar yang boleh dilihat ialah seperti yang berikut:
Murid: Saya berasa kecewa kerana disisihkan oleh keluarga dan juga rakan-
rakan.
Guru : Boleh kamu ceritakan dengan lebih lanjut mengenai masalah kamu ini?
Murid : Mereka tidak mengendahkan saya malah mereka langsung tidak
menghiraukan sama ada saya ada ataupun tidak.
Guru : Apa yang menyebabkan mereka tidak mengendahkan kamu?
Murid : Mungkin kerana saya tidak bijak dan mereka tidak yakin dengan
14EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
kebolehan saya dalam apa jua perkara yang saya lakukan.
Guru : Jadi mereka sisihkan kamu kerana faktor kognitif yang awak alami.
3.2 Kemahiran Menyoal
Menurut Ee Ah Meng et. al (2011), setiap guru pembimbing perlu memiliki
kemahiran menyoal. Hal ini diperlukan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat
mengenai sesuatu masalah murid. Selain itu, Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof
(2008), soalan merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam sesebuah
sesi kaunseling. Kaedah ini merupakan cara yang paling mudah untuk mendapatkan
sesuatu masalah.
Soalan-soalan yang dikemukakan haruslah berkaitan dengan usaha
menggalakkan murid menjelajah dan memahami perasaannya. Di samping itu,
soalan yang ditanya perlu mempunyai tujuan tertentu dan berupaya untuk menarik
perhatian murid untuk meluahkan perasaan dan masalahnya tanpa merasa dirinya
tergugat.
Seterusnya, menurut Sapora Sipon et. al (2006) mengatakan bahawa
matlamat menyoal adalah untuk mendapatkan maklumat dengan cepat,
mendapatkan maklumat lanjut serta mendapatkan kepastian. Dalam sesi kaunseling
terdapat dua bentuk soalan yang dapat digunakan iaitu soalan tertutup dan soalan
terbuka.
Soalan tertutup ialah soalan yang menghadkan kepada satu atau beberapa
perkataan sahaja dan jawapan ini dapat memberikan maklumat yang khusus.
Sebagai contoh, “adakah anda datang bekerja semalam?”, “siapakah yang pergi
bersama awak ke Langkawi?”. Soalan jenis ini bertujuan untuk mendapatkan
maklumat yang khusus mengenai sebarang persoalan yang berkaitan dengan murid
tersebut. Soalan tertutup adalah soalan yang khas cukup sekadar dijawab dengan
gerak balas yang ringkas, tepat dan padat. Hal ini kerana ia lebih spesifik dan
memerlukan jawapan yang mempunyai satu atau dua perkataan sahaja seperti ‘ya’
atau ‘tidak’.
15EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Antara situasi yang boleh berlaku antara guru bimbingan dan murid ialah :
Soalan tertutup ini juga digunakan bertujuan untuk menggalakkan sesi
kaunseling daripada terkeluar dari tajuk perbincangan, memenuhi jurang maklumat
yang spesifik dan mengurangkan percakapan klien yang banyak.
Seterusnya ialah jenis soalan terbuka. Menurut Sapora Sipon & Hapshah Md
Yusof (2008) , soalan jenis ini bertujuan menjemput perbincangan, penjelasan dan
huraian yang panjang lebar. Selain itu, soalan terbuka dapat memberi ruang kepada
klien meluahkan perasaannya mengikut arah yang dipilihnya sendiri dan
dikhususkan oleh kaunselor. Oleh itu, murid dapat mengawal perundingan itu secara
sendiri.
Tambahan pula, soalan terbuka juga membolehkan murid memberi maklumat
tanpa menimbulkan rasa defensif dan membolehkan murid mengeluarkan pendapat
sendiri. Malah, soalan jenis ini membolehkan murid bebas bercerita atau
menerangkan segala permasalahan yang mereka hadapi. Selain itu, soalan terbuka
juga digunakan pada permulaan sesi kaunseling untuk mendapatkan maklumat lebih
jelas dan menggalakkan murid pendiam untuk bercakap.
Walau bagaimanapun, kaunselor perlu memastikan bahawa tidak terlalu
banyak soalan ditanya pada satu masa. Hal ini kerana murid akan keliru dan tidak
tahu soalan mana yang harus dijawab terlebih dahulu. Soalan yang bermula dengan
“mengapa” yang memerlukan murid membuat penjelasan perlu dielak kerana
mungkin akan menakutkan murid lantas mereka menjadi defensif.
Guru : Bila kejadian itu berlaku?
Murid : Semalam.
Guru : Berapa lama kamu rahsiakan hubungan kamu ini?
Murid : Dua tahun yang lalu.
Guru : Siapakah yang bertegas untuk rahsiakan hubungan ini?
Murid : Saya.
16EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Antara situasi yang boleh berlaku antara guru bimbingan dan murid ialah :
3.3 Kemahiran Membina Hubungan
Menurut Sapora Sipon & Hapshah Md Yusof (2008) mengatakan bahawa
kemahiran membina perhubungan merupakan langkah yang paling awal dalam sesi
kaunseling. Tujuannya adalah untuk membina hubungan yang mesra, saling
mempercayai dan rasa selamat antara guru dan pelajar supaya pelajar sedia
berbincang. Guru mesti bijak mencipta suasana sekeliling dan tingkah laku yang
menyakinkan dan menunjukkan kemesraan. Terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil kira dalam membina kemahiran perhubungan, antaranya ialah :
Membina suasana alam sekeliling
Suasana teraputik
Ruang untuk berkomunikasi
Penampilan diri
Ekspresi muka
Guru : Kalau tidak keberatan, bolehkah Aisyah ceritakan bagaimana
pergaduhan itu terjadi?
Murid : Pergaduhan itu pada awalnya hanya melibatkan Siti dan Zahirah.
Saya cuba pertahankan Siti kerana saya yakin Siti tidak bersalah.
Semua ini berlaku gara-gara khabar angin yang dibawa oleh rakan-
rakan lain.
Guru : Boleh Aisyah tolong jelaskan kepada cikgu tentang khabar angin
tersebut?
Murid : Khabar angin itu berkaitan dengan keluarga Siti. Ada rakan yang
membawa cerita bahawa keluarga Siti pernah bercerita buruk
tentang ibu Zahirah. Zahirah dan Siti adalah jiran di Taman Tunku
Sarina. Apabila Zahirah tahu, dia terus menyerang Siti. Ketika itu
waktu rehat. Saya tidak pasti Zahirah mendengar khabar itu
daripada siapa.
17EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Kontak mata
Senyuman
Nada suara
Selain itu, bagi membina suasana alam sekeliling yang bersesuaian dengan
perbincangan yang akan berlangsung, guru perlu menyediakan kerusi meja yang
yang sesuai dan selesa supaya dapat mengelakkan gangguan seperti bergoyang-
goyang sehingga menggangu komunikasi. Keadaan bilik perbincangan haruslah
tidak terlalu panas, sempit mahupun terlalu bising. Malahan, tempat menjalankan
sesi kaunseling juga perlu berada dalam keadaan yang kemas supaya tidak
menyakitkan mata guru mahupun pelajar.
Seterusnya, suasana teraputik merujuk kepada suasana yang aman dan tenang
tanpa gangguan seperti bunyi bising dari luar, bau yang kurang menyenangkan,
keselesaan bilik kaunseling dan sebagainya. Suasana yang teraputik dapat
merangsang pelajar untuk lebih tenang semasa sesi perbincangan tanpa sebarang
rasa terancam atau ketidakselesaan.
Justeru itu, seorang guru biasa juga perlu peka kepada ruang untuk
berkomunikasi memandangkan ruang ini berbeza bagi setiap individu. Guru perlu
sensitif kepada perkara-perkara yang dapat menjadi petunjuk dalam menentukan
ruang antara guru dan pelajar. Antara perkara yang perlu dibincangkan termasuklah
agama, budaya, umur, latar belakang etnik dan perbincangan. Bagi memastikan
pelajar berasa selesa semasa sesi kaunseling, guru perlu memastikan jarak di
antara guru dan pelajar tidak terlalu dekat sehingga menimbulakn ketidakselesaan
kepada dua-dua pihak atau terlalu jauh sehingga menyukarkan komunikasi. Jarak
yang sesuai ialah antara 1 hingga 1.5 meter dapat menimbulkan rasa selesa pelajar
dan membuatkan pelajar berasa mereka diberikan perhatian yang baik.
Penampilan diri seseorang memainkan peranan yang penting dalam
menentukan ‘first impression’ orang lain kepada kita. Pelajar akan berasa yakin
apabila melihat guru yang berpenampilan kemas dan rapi berbanding guru yang
selekeh dan tidak terurus. Penampilan guru juga dapat menentukan keberkesanan
hubungan yang akan terjalin seterusnya. Malah cara berpakaian yang menjolok
mata, berpakaian selekeh, bau minyak wangi yang terlalu kuat juga akan
menganggu tumpuan pelajar.
18EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Dalam sesi kaunseling, ekspresi muka dapat membantu menerangkan erti mesej
yang hendak disampaikan. Maka penting bagi guru untuk mempamerkan ekspresi
muka yang dapat menyakinkan pelajar. Wajah atau mimik muka adalah hasil
kombinasi daripada sinaran atau pandangan mata, kerutan dahi, muka dan hidung
dan riak yang lahir daripada muka semasa berinteraksi. Misalnya mulut tersenyum
tetapi nada suara mengejek. Senyuman begini akan disalahtafsirkan oleh pelajar
sebagi memperli dan sebagainya.
Kontak mata antara guru dan pelajar menunjukkan minat, tanda hormat,
menimbulkan rasa percaya dan rasa kesungguhan. Kontak mata tidak semestinya
tertumpu kepada mata pelajar tetapi menumpukan pandangan ke arah muka pelajar.
Kontak mata yang berlebihan pula akan mengundang rasa tidak selesa kepada
pelajar untuk meneruskan sesi kaunseling.
Senyuman guru boleh meredakan ketegangan emosi di pihak pelajar. Pelajar
akan berasa selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman juga
harus diberi mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak
sesuai, pelajar akan silap memberi interpretasi. Guru juga harus faham akan
senyuman pelajar. Terdapat senyuman yang bertujuan untuk menutup rasa takut,
risau, keliru atau serba salah.
Nada suara perlu digunakan dengan betul mengikut kesesuaian masa. Nada
suara selalunya membawa emosi yang terkandung di dalam sesuatu perkataan atau
ayat. Contohnya perkataan ‘sayang’ yang disebut secara lembut bererti sayang yang
sebenar. Tetapi jika ‘sayang’ yang disebut dengan nada yang keras mungkin bererti
marah.
Antara situasi yang menggambarkan kemahiran membina perhubungan ialah :
Guru menyediakan bilik yang selesa dan mewujudkan suasana yang teraputik
sebelum memulakan sesi kaunseling. Guru menyambut kedatangan pelajar dengan
muka yang manis dan tenang. Komunikasi dimulakan apabila pelajar dilihat telah
bersedia.
Guru : Baiklah, apa yang saya boleh bantu kamu?
19EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Pelajar : Saya nak bincang mengenai masalah saya dalam perhubungan cinta.
Guru : Hmm.. Silakan.
Pelajar : Saya rasa ibu bapa saya telah tahu tentang hubungan saya dengan Naim.
Guru : (angguk)
Pelajar : Mereka pasti akan halang hubungan ini demi pelajaran saya. Saya takut
untuk kecewa kerana saya terlalu sayangkan Naim.
Guru : (membuat kontak mata terhadap pelajar)
3.4 Kemahiran Berempati
Menurut Ee Ah Meng et. al (2011), kemahiran berempati merupakan satu
kemahiran iaitu kaunselor cuba memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh
klien (atau pelajarnya). Oleh itu, kemahiran ini sangat penting kerana ia bukan
sahaja dapat membantu guru bimbingan memahami perkara yang dinyatakan oleh
murid tetapi dia juga dapat merasai perasaan yang dialaminya.
Respons atau kenyataan guru bimbingan mengandungi dua aspek iaitu aspek
kognitif dan aspek afektif (perasaan). Aspek kognitif itu ialah perihal sering
dimalukan di hadapan rakan-rakan lain manakala aspek afektif ialah perasaan sedih.
Murid : Saya berasa sedih kerana Amir dan Firdaus sering memalukan
saya depan rakan-rakan yang lain. Saya tahu saya hanyalah anak
tukang sapu, tapi saya pun ada maruah.
Guru: Kamu sedih kerana Amir dan Firdaus selalu mengejek kamu di
hadapan rakan-rakan lain.
Murid : Saya tahu saya tidak mampu untuk memakai kasut baharu, beg
baharu, baju baharu dan seluar baharu setiap tahun. Terdapat
pelbagai kekangan wang dalam keluarga saya. Saya perlu mengalah
demi adik-adik yang masih kecil.
Guru : Mungkin kerana hal demikian mereka berdua itu sering
memperkatakan mengenai diri kamu.
20EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Kemahiran berempati guru pembimbing akan membentuk gambaran kepada murid
bahawa guru telah memahami idea dan perasaannya, dia terdorong untuk
menceritakan masalahnya dengan lebih lanjut. Hal ini penting untuk membantu guru
memahami kesulitan murid dengan lebih lanjut serta jelas. Apabila senario
keseluruhan dicapai, barulah guru berada dalam keadaan yang baik untuk
membantu murid menyelesaikan masalahnya.
3.5 Parafrasa
Menurut Tang Chee Yee (1989), memparafrasa meliputi kebolehan
mengenalpasti perasaan klien. Perbezaan dengan refleksi perasaan adalah nyata.
Satu menekankan aspek emosi dan satu lagi aspek kognitif klien. Dalam kemahiran
ini, guru bimbingan harus berusaha memaklumbalaskan initisari atau kandungan
perbualan antara guru dengan murid. Malahan, kemahiran ini berguna dalam
penjelasan isi yang mengelirukan, mementingkan beberapa isu dan memeriksa
persepsi-persepsi.
Seterusnya, menurut Ee Ah Meng et. al (2011) mengatakan kemahiran
memparafrasa ini ialah respons seseorang kaunselor meringkaskan kenyataan klien
dari semasa ke semasa. Kemahiran ini dikenali sebagai parafrasa juga
meningkatkan ingatan guru terhadap isi-isi penting yang telah dinyatakan oleh murid.
Pada masa yang sama, parafrasa juga boleh meningkatkan pemahaman diri murid
tentang masalah-masalah yang dihadapinya. Parafrasa menimbulkan kesedaran diri
yang seterusnya mungkin akan memberikan celik akal kepada klien untuk
menyelesaikan masalah-masalahnya.
Murid : Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Hal ini menyebabkan saya
sentiasa dimarah dan dihalau keluar kelas dengan serta-merta.
Saya kecewa dengan tindakan cikgu itu. Saya datang lambat kerana
perlu menolong ibu membungkuskan nasi lemak sebelum ibu keluar
meniaga dan menyediakan makanan untuk adik-adik saya.
Guru: Nampaknya Nurul marah kerana sering dimarah san dihalau keluar
kelas walaupun Nurul mempunyai sebab-sebab tertentu yang
munasabah.
21EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
BAB 4
4.0 TEORI
4.1 Pengenalan
Manusia mempunyai ciri-ciri yang unik yang diciptakan dan sering menimbulkan
pelbagai persoalan dalam melakukan sesuatu perkara. Sehubungan itu, semua
manusia mempunyai pendapat dan pemikiran, mengawal hala tuju hidup, bebas
mengejar minat tanpa mengganggu hak orang lain. Manusia sering berubah dalam
bertingkah laku dan menyesuaikan diri dengan situasi, persekitaran, budaya dan
pengalaman lepas. Oleh itu, kerjasama individu lain diperlukan bagi membantu
memudahkan penyelesaian sesuatu masalah.
Menurut kamus Dewan, teori adalah pendapat yang dikemukakan untuk
menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan. Teori Kaunseling adalah membicarakan
mengenai manusia mengubah tingkah laku.Terdapat tiga teori dalam kaunseling
iaitu:
Teori pemusatan perorangan
Teori REBT (Rational Emotional Behaviour Theory)
Teori tingkah laku / Behaviour
4.2 Perbandingan Teori
Teori-teori ini sangat penting dalam kaunseling bagi memudahkan kaunselor
atau guru bimbingan menjalankan tugas dalam mengesan dan membantu masalah
yang dihadapi oleh klien. Antara teori-teori yang wujud adalah teori Pemusatan
Perorangan, RET dan Behavioris. Terdapat beberapa aspek perbandingan yang
boleh dikesan dan dibuat yang wujud antara teori-teori tersebut.
Antaranya adalah dari segi tokohnya. Teori Behavioris telah dipelopori oleh
beberapa orang tokoh. Antaranya adalah B.F. Skinner dan Ivan Pavlov. Bagi teori
Pemusatan Perorangan pula adalah Carl Rogers dan akhir sekali, teori RET telah
diasaskan oleh Albert Ellis.
Seterusnya, dapat pula dilihat perbandingan teori-teori yang wujud dari segi
konsepnya. Teori Behavioris berkonsepkan tingkah laku manusia boleh dipelajari
22EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
dan diubah dengan memanipulasi situasi pembelajaran, di mana teori ini
berfokuskan kepada tingkah laku klien. Bagi teori Pemusatan Perorangan pula
menekankan keupayaan klien menentukan dan menyelesaikan masalah sendiri
melalui luahan perasaan kerana teori ini berfokuskan kepada emosi klien. Teori RET
pula berkonsepkan kepada andaian yang bersifat hipotetikal, iaitu individu-individu
mempunyai keupayaan bertindak sama ada yang berbentuk rasional mahupun yang
tidak rasional di mana teori ini berfokuskan kepada kognitif klien.
Selain itu, dari segi matlamat pula teori Behavioris bermatlamat Bertujuan
untuk membasmi tingkah laku yang tidak betul dan membantu klien menguasai
kemahiran atau tingkah laku baru dengan menyediakan keadaan dan persekitaran
yang teraputik yang sesuai dan mampu buat klien berubah. Hal ini kerana teori ini
menganggap manusia boleh menjadi baik. Bagi teori Pemusatan Perorangan. Teori
ini bermatlamatkan Bantu klien meningkatkan keyakinan diri serta spontan,
mencapai perasaan bebas dan bersepadu bagi diri seseorang individu serta
menghasilkan klien yang menghargai diri sendiri dan berupaya mengurus
kehidupan sendiri. Selain itu, dapat membantu klien dalam meningkatkan keyakinan
diri dan menangani perasaan dengan lebih baik. Teori RET pula bermatlamat untuk
menstrukturkan semula pemikiran klien agar klien memperoleh pandangan dan
falsafah hidup yang lebih positif dan rasional. Mendemonstrasi kepada klien bahawa
kata-kata dalam diri adalah penyebab gangguan dan menilai kembali kata-kata
dalam diri bagi menolak idea yang tidak logik. Selain itu, menolong individu
mengenal dan menerima kelakuan yang diterima. Teori ini akan membolehkan klien
memikirkan apa yang terbaik untuk diri masing-masing secara waras.
Ketiga-tiga teori ini mempunyai pandangan yang berbeza-beza terhadap
manusia. Ini kerana teori Behavioris memandang manusia sebagai neutral di mana
manusia berpotensi menjadi baik dan jahat. Tingkah laku yang ditonjolkan boleh
digalakkan dan juga dihalang daripada berulang. Teori ini percaya bahawa tingkah
laku baik atau jahat itu boleh dipelajari atau ditiru. Bagi teori kedua pula iaitu teori
Pemusatan Perorangan, manusia adalah baik, positif dan rasional. Manusia
merupakan seseorang yang ada maruah dan patut dihormati. Dalam teori ini
mengatakan bahawa manusia boleh menangani masalah sendiri serta tingkah laku
masing-masing. Bagi teori seterusnya pula, tokohnya melihat bahawa manusia
bersifat tidak rasional dan sentiasa cenderung kepada kegagalan.
23EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Perbandingan juga dapat dilihat dari segi peranan kaunselor. Dalam teori
Behavioris kaunselor perlu memantau tingkah laku yang kurang wajar dan
mengamalkan kemahiran dalam menguruskan tingkah laku tersebut. Bagi teori
Pemusatan Perorangan pula kaunselor bertanggungjawab menjadi pemudah cara
kepada klien, memberi dorongan yang wajar dan menjadi pendengar yang aktif.
Dalam teori ini hubungan yang berkesan antara kaunselor dan klien menentukan
keberkesanan kaunseling. Kaunselor akan mendengar dengan aktif dan bertindak
sebagai cermin yang tidak beremosi kepada klien. Berbeza pula dari teori RET di
mana kaunselor akan menstruktur semula kognisi klien. Hal ini supaya klien
memperoleh satu pandangan dan falsafah hidup yang lebih positif dan rasional.
Kaunselor juga membantu klien melawan penilaian yang tidak rasional dengan
memberi fokus kepada kaedah A-B-C-D-E.
Dari segi teknik dan strategi teori pula terdapat juga perbandingan yang dapat
kita lihat. Teknik yang boleh digunakan untuk teori Behavioris adalah kontrak
kontingensi, pembentukan, modeling, ekonomi token, main peranan, latihan asertif,
desensitasi bersistematik dan pelaziman aversif. Teori ini lebih bertumpukan kepada
teknik yang melibatkan aktiviti-aktiviti yang dilakukan secara langsung. Berlainan
pula dalam teori Pemusatan Perorangan di mana teknik yang digunakan adalah
ketulenan, penerimaan tanpa syarat dan juga empati. Akhir sekali, teori RET. Teori
ini menggunakan teknik kognitf iaitu dengan menstrukturkan pemikiran klien, emotif
dengan menggunakan kaedah spontan dalam mendedahkan klien untuk mengenali
diri sendiri dan behavioral dengan memberikan tugasan rumah.
Maka jelaslah bahawa ketiga-tiga teori ini dapat dilihat perbandingannya dari
aspek-aspek di atas. Teori-teori di atas adalah berbeza dari semua segi dan masing-
masing mempunyai kelemahan dan kelebihan. Tiada teori yang lebih berkesan
namun semua teori boleh digunakan bergantung kepada keadaan dan kes klien.
24EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Jadual 1: Perbandingan teori kaunseling
Teori
Perbezaan
Teori Behavioris Teori Pemusatan
Perorangan
Teori Rasional Emotif
(RET)
Tokoh • B.F. Skinner• Ivan Pavlov
• Carl Rogers • Albert Ellis
Konsep • Kebanyakan tingkah laku manusia boleh dipelajari dan diubah dengan memanipulasi situasi pembelajaran.
• Menekankan keupayaan klien menentukan dan menyelesaikan masalah sendiri.
• Berasaskan kepada andaian yang bersifat hipotetikal, iaitu individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada yang berbentuk rasional mahupun yang tidak rasional.
25EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Matlamat • Bertujuan untuk membasmi tingkah laku yang tidak betul dan membantu klien menguasai kemahiran atau tingkah laku baru
• Menyediakan keadaan dan persekitaran yang teraputik yang sesuai dan mampu buat klien berubah.
• matlamat dinyatakan secara tingkah laku.
• Bantu klien meningkatkan keyakinan diri serta spontan.
• Mencapai perasaan bebas dan bersepadu bagi diri seseorang individu.
• Menghasilkan klien yang menghargai diri sendiri dan berupaya mengurus kehidupan sendiri.
• Mendemonstrasi kepada klien bahawa kata-kata dalam diri adalah penyebab gangguan dan menilai kembali kata-kata dalam diri bagi menolak idea yang tidak logik.
• Menolong individu mengenal dan menerima kelakuan yang diterima.
Pandangan Terhadap Manusia
• Manusia dilahirkan neutral
• Mempunyai potensi untuk menjadi jahat atau baik, rasional atau tidak rasional
• Tingkah laku boleh digalak atau dihalang daripada berulang
• Semua tingkah laku baik atau jahat adalah
• Manusia adalah baik, positif dan boleh dipercayai
• Mempunyai maruah serta harga diri yang patut dihormati
• Berkebolehan menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masing-masing
• Manusia bersifat tidak rasional dan cenderung kepada kegagalan
• Gangguan diri adalah disebabkan oleh pemikiran negatif atau tidak
26EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
dipelajari/ditiru
Peranan kaunselor
• Memantau tingkah laku yang kurang wajar mengamalkan kemahiran mengurus tingkahlaku tersebut
• Menyempurnakan tugasan yang diberikan merancang untuk mengukuhkan tingkah laku yang wajar sambil menghapuskan tingkah laku yang tidak wajar
• Pemudah cara
• Tunjuk sifat empati
• Memberi dorongan yang wajar (tidak memberi nasihat)
• Pendengar yang aktif
• ** Kaunselor ibarat cermin yang tidak beremosi
• Menstruktur semula kognisi klien, termasuk pemikiran dan kepercayaan tidak rasional agar klien memperoleh satu pandangan dan falsafah hidup yang lebih positif dan rasional
• Membantu klien melawan penilaian yang tidak rasional dengan memberi fokus kepada analisis A-B-C-D-E
Teknik atau Strategi
• Kontrak Kontingensi
• Pembentukan
• Modeling
• Ekonomi Token
• Main Peranan
• Latihan Asertif
• Desensitasi Bersistematik
• Pelaziman Aversif
• Ketulenan
• Penerimaan secara positif tanpa syarat
• Empati
• Refleksi Perasaan
• Kognitif Menstruktur semula pemikiran & kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan akronim ABCDE.
• Emotif (unsur kecindan)
• Behavioral (kerja rumah)
27EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
5.0 KESIMPULAN
“ Kaunseling merupakan proses teratur yang melibatkan perbincangan rapi tentang
masalah yang dihadapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya
menerusi bimbingan dan nasihat.”
(Kamus Dewan, 1998)
Kaunseling merupakan satu proses pembelajaran kearah mencapai
kesempurnaan kendiri. Bagi mencapai tujuan itu kaunselor perlu menggunakan
beberapa teori atau kaedah yang bersesuaian dengan klien. Walaubagaimanapun,
semua itu bergantung kepada kesungguhan dan kesanggupan klien untuk
melakukan perubahan dan keikhlasan kaunselor dalam menjalankan tugasnya.
28EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
RUJUKAN
Choong Lean Keow (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor :
Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng (1995). Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak (Asas Pendidikan 4).
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar bakti Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng et. al (2011). Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling. Selangor : Oxford
Fajar Sdn. Bhd.
Malek Muhamat Said (2009). Mengurus Khidmat Bimbingan & Kaunseling Sekolah.
Kuala Lumpur : PTS Publishing Sdn. Bhd.
Sabariah Siron (2005). Teori Kaunseling Dalam Perhubungan Menolong. Selangor :
Pearson Malaysia Sdn. Bhd.
Sapora Sipon & Hapshah (2008). Pengantar Kaunseling Individu. Selangor : Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.
Sapora Sipon et. al (2006). Kaunseling Individu Edisi Ketiga. Selangor : Prentice
Hall.
29EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
Tang Chee Yee (1989). Bimbingan dan Kaunseling : Perkhidmatan, Prosedur dan
Kemahiran mengikut sukatan pelajaran 1988. Selangor : Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Zainal Abidin Ahmad & Wan Abdul Kader Wan Ahmad (2008). HBEF2203
Bimbingan dan Kaunseling. Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
REFLEKSI
Nama: Amalina Afiqah Binti Md Suhaimi 901108-07-5580
Syukur Alhamdulillah saya panjatkan segala kesyukuran ke hadrat Illahi kerana
limpah kurniaNya, saya dapat menyiapkan tugasan KKBI ini dengan jayanya.
Sepanjang proses saya melaksanakan tugasan ini saya akui terdapat pelbagai
cabaran dan rintangan yang saya harus tempuh. Antaranya ialah kekangan masa
untuk menyiapkan tugasan ini, saya tidak dapat bertemu dengan pensyarah
pembimbing untuk mengadakan kolaborasi tentang tugasan ini. Malah saya hanya
sempat untuk membuat sedikit rujukan di perpustakaan IPG Kampus Darulaman,
membuat perbincangan dengan rakan-rakan serta guru bimbingan san kaunseling di
SK Padang Pekan yang mana merupakan guru pembimbing saya untuk
matapelajaran Pendidikan Jasmani. Beliau juga merupakan guru bimbingan dan
kaunseling di sekolah tersebut, telah sedikit sebanyak memberi ilmu tentang
pengetahuan tentang maklumat berkaitan dengan tugasan ini.
Dalam tugasan bagi kursus EDU 3107, kumpulan PISMP Semester 7 telah
diberi tanggungjawab untuk melaksanakan topik yang berkaitan dengan jenis
30EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
kemahiran asas kaunseling dan perbandingan teori . Taklimat telah diberikan oleh
pensyarah EDU 3107 iaitu Encik Rosli Bin Wahab pada 8 Januari 2013. Setelah
soalan tugasan diedarkan dan taklimat sudah diberi, saya terus bergerak ke
perpusatakaan institut untuk membuat rujukan. Hal ini kerana pada 20 Januari 2013,
para pelajar semester 7 harus menjalankan sesi praktikum fasa 3 selama tiga bulan.
Oleh itu, kami harus membuat rujukan serta kumpulkan segala maklumat terlebih
dahulu sebelum menyediakannya dalam bentuk penulisan penuh.
Saya akui bahawa tajuk tugasan kali ini agak mencabar minda saya. Hal ini
kerana sebelum ini saya tidak langsung didedahkan dengan kemahiran-kemahiran
asas kaunseling. Saya hanya tahu secara asas yang sangat sedikit berkaitan
dengan kaunseling ini. Walau bagaimanapun, saya mengakui bahawa bimbingan
dan kaunseling ini sangat penting bagi profesion keguruan ini bagi murid-murid di
sekolah rendah.
Bagi saya, tugasan kali ini telah membuka ruang kepada saya untuk
mengalami sendiri bagaimana cara terbaik untuk saya mengaplikasikan kemahiran
tersebut. Hal ini kerana soalan yang kedua meminta para pelajar menyenaraikan
kemahiran asas kaunseling beserta dengan situasi yang bersesuaian dengan
kemahiran yang dipilih. Oleh itu, saya cuba memahami terlebih dahulu kemahiran
tersebut dengan bantuan buku-buku yang telah dipinjam dari Perpustakaan IPG
Kampus Darulaman sebelum membina contoh situasi bagi setiap lima kemahiran
yang telah saya pilih. Selain itu, saya juga telah berkolaborasi dengan pensyarah
EDU 3107 iaitu Encik Sheridean Bin Zakaria dan juga pasangan praktikum saya, Siti
Sarah Binti Abdul Wahab Shaari @ Sharaani.
Seterusnya bahagian yang dilaksanakan oleh Siti Sarah iaitu teori dan
perbandingan teori. Sebelum membuat penulisan mengenai tugasan ini, kami telah
pun menghabiskan perbentangan bagi tajuk teori dan perbandingan teori. Oleh hal
demikian, saya didedahkan dengan lebih banyak tentang teori yang berkaitan
dengan kaunseling iaitu teori behavioris, teori REBT dan pemusatan perorangan.
Saya juga telah mencari bahan-bahan rujukan mengenai tajuk-tajuk ini serta
membuat perbincangan bersama-sama rakan yang lain.
Secara keseluruhannya, saya amat berbangga dengan usaha saya dan tidak
lupa pada jasa rakan-rakan yang bertungkus-lumus membantu saya sama ada
31EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
secara langsung mahupun tidak. Segala ilmu yang saya perolehi ini saya akan
aplikasinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran saya kelak agar ia akan
menjadi satu pembelajaran yang menyeronokkan serta bermanfaat kepada murid-
murid saya suatu hari nanti.
Sekian, terima kasih.
REFLEKSI
Nama: Siti Sarah Binti Abdul Wahab Shaari @ Shaarani 890826-02-5552
Alhamdulillah bersyukur kepada Ilahi kerana diberi peluang untuk menyiapkan
kerja khursus Bimbingan Dan Kaunseling Kanak-kanak. Tugasan ini memperincikan
tentang kemahiran asas kaunseling serta perbandingan teori kaunseling.
Berdasarkan tugasan projek yang telah dilaksanakan ini, saya dapat
menimba pengetahuan dan ilmu yang amat berguna untuk dimanfaatkan dalam
kerjaya saya sebagai seorang guru. Melalui pengalaman saya menyiapkan tugasan
ini, saya telah memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam mengenai kemahiran
asas kaunseling serta perbandingan teori kaunseling yang begitu penting pada
seseorang guru pembimbing.
Walaupun mengahadapi banyak cabaran, namun saya dapat menyiapkan
kerja kursus ini dengan sempurna. Melalui kerja kursus ini juga, saya telah
mendapat banyak pengalaman dan pengetahuan semasa membuat tugasan ini.
Salah satunya ialah pengurusan masa. Walaupun saya terpaksa membuat kerja di
sekolah tetapi saya masih berkesempatan meluangkan masa untuk membuat
32EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK
tugasan ini. Hubungan saya dan rakan saya menjadi agak rapat dengan membuat
tugasan ini. Hal ini kerana setiap kali saya berasa berasa tertekan dan risau
terhadap tugasan, rakan sayalah yang akan memotivasikan saya. Dia selalu
memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada saya untuk menyelesaikan
tugasan ini.
Bimbingan Dan Kaunseling dan menasihati supaya jangan berputus asa
dengan cepat malah selalu membuat kerja dengan ikhlas. saya juga dapat
meningkatkan kefahaman saya tentang bimbingan dan kaunseling dengan lebih baik
dan mendalam. Selain membuat tugasan, saya juga mendapat pengetahuan tentang
cara melaksanakan sebuah sesi kaunseling individu mahupun kelompok. Saya
mendapat tahu mengenai peranan guru biasa sebagai guru pembimbing serta
kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling kepada saya dengan lebih
jelas. Disamping itu, saya dapat memahami peranan guru biasa sebagai guru
pembimbing dengan lebih baik dan dapat melihat perkara yang saya belajar di
kampus semasa membuat tugasan ini serta mendapat tahu bahawa terdapat
pelbagai aspek yang menjadikan sebuah bilik bimbingan dan kaunseling lebih
selesa, teraputik dan baik. Segala ilmu yang saya timba semasa membuat tugasan
ini akan membantu saya pada masa yang akan datang iaitu selepas saya menjadi
seorang guru.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada pensyarah IPG
Kampus Darulaman yang terlibat dalam tugasan ini, guru kaunseling Sekolah
Kebangsaan Padang Pekan dan rakan saya yang telah banyak membantu saya
dalam menyiapkan tugasan ini dengan sempurna.
Sekian. Terima kasih