Post on 23-Jun-2020
ms 2
Santun Bicara - Saadiah Said
Salam & SENYUM
- Abdul Aziz Hj. Redwan
Walking Down The Memory
Lane - Chong Lian How
WARNA warni
SPSK
Karnival SKK
Pendidikan Anti Dadah
Distress Centre
RENTETAN Jauhari- JSLC
MUKA DEPAN En. Abdul Aziz bin Hj. Redwan,
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, membicarakan dua perlakuan
mudah yang biasa dilakukan tetapi mampu memberi impak yang besar dalam semua aspek kehidupan iaitu
SALAM dan SENYUM
BICARA BUKU - Nor Ezah
LAMAN nurani Utx Zamri Wahab
NUKILAN Jauhari
Si Kecil & Beg Sekolah Terima kasih Senyuman
SEMBANG iT
MINDA Jauhari
Actuation Number
MS 3
MS 4
MS 8
MS 13
MS 19
MS 29
MS 32
MS 35
MS 36
MS 39
ms 3
Terbitan ; Jabatan Pelajaran Johor Penaung: Hj. Mohd Nor bin A. Ghani (Pengarah Pelajaran Johor) Penasihat: En. Md. Hasidin bin Haji Zaini (Timbalan Pengarah Pelajaran Johor) Ketua Editor : Pn. Hjh. Saadiah binti Said (KS Sektor Pengurusan Akademik) Penolong Ketua Editor : Haji Abd Jalil bin Satari Editor: Sahibul Bahrin bin Ahmad Mohd Nasrudin bin Hj. Hashim Mohd Azmi bin Abdul Rahman Zulkapli bin Ayob Musleha binti Mohd. Ghozali Faizul Anuar bin Saharudin Hjh Maimunah binti Samat Md. Hadzrin bin Suleiman Salmah binti Mahmud Sasidharan A/L Baskaran Md. Asid bin Md. Azali Mohd Nasrudin bin Hj Hashim Ujang bin Mohamed Lazim Hashim bin Bahrin Norazam bin Abdullah Azura binti Abdullah Mustafa bin Ibrahim Suria binti Abd. Jamil Husna bt Mohd Tabi Teknikal: Yasmin binti Jeffrey Tang Amiruddin bin Abd Manaf Grafik /Rekaletak: Hussin bin Kadir Publisiti:
Ketua Editor : Hjh. Saadiah binti Said
Detik inilah pentingnya kita merenung, mengimbau dan membelek-belek semula buku catatan yang dirasakan amat
penting itu. Berkira-kiralah antara kejayaan dengan kegagalan
yang telah dicatatkan. Semoga catatan tersebut memberikan
isyarat kepada kita, apakah dan di manakah yang perlu kita gandakan usaha untuk mencapai ETR yang telah kita akujanjikan?
Doa dan harapannya, semoga 2013 akan menghasilkan suatu
kejayaan yang lebih besar kepada kita semua. InsyaAllah.
Bila direnung dan difikirkan kembali, buku catatan masih berperanan penting dalam era futuristic dan penjelajahan dunia
maya ini. Jika suatu ketika dahuku buku catatan akan dikaitkan
dengan `Buku Kecil 555’ sebagai suatu bentuk dokumentasi kiraan
hutang piutang, kini semuanya tinggal menjadi sejarah dan nostal-gia. Malah, berkemungkinan besar generasi muda kini yang lebih
selesa dilabel `Generasi Y’, tidak kenal apa itu `Buku 555’ Biarlah
persoalan itu tidak perlu dijawab. Cuma, dalam catatan kita hari ini,
apakah kejayaan kita sepanjang 2012 telah memenuhiIsasaran
yang dirancang atau hanya sebahagian kecil sahaja kejayaan yang telah kita raih. Andainya ini yang berlaku, maka KPI kita belum
terjamin dicapai berdasarkan sasaran yang telah dirancang pada
awal tahun 2012. Bagaimana harus kita mulakan jendela 2013
sekiranya kejayaan yang diraih pada 2012 jauh daripada sasaran (ETR) yang telah dipersetujui bersama, samaada dalam unit atau
sektor yang kita menjadi anggota organisasinya?
Tahunmendatang (2013) merupakantahun yang dirasakan lebih mencabar terutama bagi pengurus-pengurus pendidi-
kan.Pelancaran awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 – 2025 oleh YAB PerdanaMenteri Malaysia pada 11
September 2012 adalah hamparan luas cabaran yang mendatang. Gagasan transformasi pendidikan yang digarap menerusi 11
Anjakan di samping 95 Inisiatif yang telah diterapkan secara jelas
dan tuntas menuntut kita sebagai pengurus pendidikan menyambut
gagasan itu dengan tindakan yang drastic dan dinamik. Drastik bukan bermakna terburu-buru, tetapi secara terancang dan
berfokus agar memberi impak yang besar lantas mampu memani-
festasikan gagasanbesar yang terkandungdalam PPPM tersebut.
Inilah ketika yang terbaik bagi kita menilai dan meneliti semula perancangan aktivtiti atau program yang telah difikirkan
sebelum ini.Muhasabahlah diri secara integriti dan telus, adakah
langkah dan rentak kerja kita telah menuju kearah falsafah yang terkandung di dalam PPPM atau perlu memurnikan semula derap
langkah kita kearah yang lebih teratur, tersusun dan jelas
haluannya?
ms 4
Selain itu, bersalaman membayangkan perkara yang tersirat mengenai siapa diri kita sebenarnya. Bersalaman juga memberi petanda bahawa kita mempercayai dan mengalu-alukan kedatangan orang lain. Secara umumnya kita bersalaman dalam pelbagai situasi seperti :
1. Apabila bertemu, terutamanya untuk pertemuan yang pertama kali
2. Sebelum berpisah 3. Apabila mengucapkan tahniah 4. Selepas berjanji ataupun mematerai
perjanjian Bersalaman juga penting kerana ia juga
adalah sunnah atau amalan Nabi Muhammad. Mark Ford , pengarang buku Self Improvement of Relationship Skills Through Body Language menyatakan keutamaan bersalam dalam komunikasi bisnes. Menurut beliau, dengan bersalam, kualiti komunikasi dapat dijangka seawal minit pertama ‘perlawanan’ bermula. Perhatikan juga jarak antara kita semasa bersalaman. Ia dapat menentukan kadar keintiman kita dengan individu yang disalami.
Saya percaya, para peminat bola sepak
Liga Perdana Inggeris pasti masih ingat tentang skandal bintang Chelsea iaitu John Tery yang berkonflik dengan pemain Manchester City, Wayne Bridge. Seperti lazimnya , para pemain akan bersalaman sebelum pertarungan bermula. Namun dalam perlawanan liga pada Februari 2010, ‘pertarungan’ antara John Terry dan Wayne Bridge telah bermula walaupun sebelum wisel dibunyikan.
Kuasa Sentuhan Tangan
Sejak kecil lagi kita diasuh oleh ibu bapa supaya bersalaman. Kita dididik agar menghormati orang tua dengan cara bersalaman apabila bertemu ataupun untuk berpisah. Budaya bersalaman jelas dapat dilihat tatkala hari raya. Biasanya apabila ibu bapa bersalaman, maka anak-anak akan diingatkan agar bersalaman juga .
Anak-anak diasuh agarbersalaman dan mencium tangan orang tua mereka setiap pagi sebelum ke sekolah sebagai tanda mereka meminta restu untuk pergi menuntut ilmu. Ibu bapa pula pasti tersenyum sambil mendoakan semoga mereka cemerlang di dunia dan akhirat. Salam itu juga adalah doa. Semoga usaha anak-anak menuntut ilmu yang bermanfaatitu diberkati Allah.
Dalam konteks komunikasi non-verbal, bersalaman mempunyai kuasa yang hebat. Bersalaman mempunyai makna, nilai, dan signifikasi tersendiri. Namun begitu bersalaman dapat membina ataupun meruntuhkan kredibiliti kita tetapi bergantung kepada cara kita bersalaman.
“Bersalaman adalah protokol bisnes yang sempurna” – Barbara Pachter
“Tiadalah daripada dua orang Islam yang bertemu lalu bersalam-salam melainkan dosa kedua-duanya diampunkan sebelum mereka
berpisah.”
Hadis Riwayat Abu Daud, At-Tarmizi dan Ibnu Majah
Editor; Mohd Azmi bin Abdul Rahman
ms 5
Selain itu, kuasa bersalaman juga memberikan
impak yang besar dalam proses temuduga. Menurut Carole Kolle, pengarah firma sumber
manusia yang berpengkalan di Texas, AS menyebut,
“As an employer, I like to have a handshake from whoever I'm interviewing and to be looked in the eye. That tells me a lot at the very beginning.” (Sebagai majikan, saya
ingin supaya mereka yang ditemuduga menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan
saya. Dengan itu saya dapat mengetahui banyak
rahsia dan perkara, dari mula mereka menyertai
organisasi saya).
Penulis;
ABDUL AZIZ BIN HJ. REDWAN Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Sekolah
Ceritanya bermula apabila Terry kelihatan menghulurkan tangan.
Namun dia tidak mendapat respons yang sewajarnya daripada Bridge. Salam yang dihulur tidak disambut.
Tingkah laku sedemikian memberikan petanda yang jelas
bahawa perang dingin antara mereka berdua masih berlarutan. Mujur tidak tercetus perang lebih besar yang melibatkan aksi yang
lebih hangat di atas padang.
Kita juga dapat menilai makna yang tersirat di sebalik genggaman tangan semasa bersalaman. Dalam menilai makna itu, ambil kira faktor berikut:
1. Kadar kekuatan genggaman 2. Bilangan kali tangan digoyangkan 3. Siapa yang menghulurkan tangan terlebih dahulu
Kata Uma Jagdsan, pakar etika sosial dari India, “Bersalam adalah perkara terpenting yang memberi impresi pertama.” Ia dapat digunakan bagi menilai watak rakan kita. Beliau mengesyorkan supaya kita menggoyangkan tangan dengan agak bersemangat. Namun tidak melebihi tiga saat.
Selain itu, bersalaman dapat digunakan bagi membina kepercayaan orang lain kepada kita.
Bersalaman juga sebagai tanda kita menghormati, memulia, dan meninggikan darjat rakan kita. Dalam masa sama kita tidak perlu merendah-rendahkan diri.
ms 6
Teknik bersalam sambil menyentuh siku orang yang ingin kita pengaruh dengan tangan kiri
semasa bersalaman dapat memberi kesan hebat dalam komunikasi. Kajian menunjukkan kebarangkalian kita berjaya mempengaruh individu lain dengan teknik ini meningkat sehingga tiga
kali ganda. Tiga sebab teknik ini dikatakan berkesan adalah:
1. Sentuhan pada siku dapat mengikat jiwa
2. Siku tidak dikira sebagai angggota badan yang eksklusif ataupun sulit
3. Menyentuh orang yang tidak dikenali dapat memberi impresi pertama
Apabila siku rakan berjaya disentuh,
langkah yang lebih berani adalah dengan menyentuh bahu rakan kita.
Namun etika sosial seperti perbezaan
umur pasti membataskan kita daripada
melakukan hal sedemikian. Kita terhalang daripada menggunakan
teknik ini kepada semua orang. Apatah
lagi terhadap orang yang lebih berusia daripada kita.
Nilaikan terlebih dahulu siapa yang memulakan inisiatif menghulur tangan.
Tidak mengapa apabila orang yang
pertama kali kita jumpa tidak
menghulurkan tangan. Kita dapat gantikan salam itu dengan anggukan
kepala. Jangan lupa senyum. Kita
dapati nanti dia membalas senyuman dengan menghulurkan tangan.
Apabila kita melangkah masuk ke pejabat orang lain, pastikan kita membimbit beg dengan tangan kiri. Dengan ini tangan kanan bebas. Ia sentiasa bersedia bagi bersalaman pada bila-bila masa. Elakkan teragak-agak menyambut salam apabila ada orang menghulurkan tangan. Puncanya kerana kita terpaksa menukar beg ke tangan kiri. Hal ini nampak seperti kita tidak bersedia hendak bertemu seseorang.
Kebaikan bermula daripada diri kita dan kebaikan itu pasti akan datang kembali kepada kita.
Salam dan senyum akan memberi kesan kepada hati. Salam dan senyum juga menunjukkan kita sentiasa bersama walaupun berbeza kerjaya. Senyuman adalah tindakan menguasai diri melalui nilai optimis. Kuasa senyuman mampu mengubah emosi dalam diri dan emosi orang yang berada di sekeliling kita.
Menurut Julius Fast, penulis buku Body Language, “Senyuman adalah cara mudah untuk
menunjukkan saya suka berbual-bual dengan anda”. Selain itu, Anthony D’angelo menyebut senyuman merupakan alat bagi mengunci hati orang lain.
sebab sebutir mutiara, lautan
yang dalam diselam orang
ms 7
Penulisan ini saya akhiri dengan sisipan sebuah cerita melalui pemerhatian. Seorang lelaki kacak bergaya kelihatan termenung keseorangan sewaktu rakan-rakannya yang lain sedang menikmati juadah tengah hari. Namun wajah kacaknya tidak menjadikan orang di sekelilingnya teruja untuk melihatnya berkali-kali. Rakan sekerjanya yang kelihatan “biasa-biasa” pula dilihat rancak berbual dengan pelbagai lapisan pekerja.
Lelaki kacak itu terus memerhatikan rakannya yang tidak putus-putus disapa orang. Tertarik dengan situasi itu, lantas lelaki kacak bertanya kepada rakannya apakah berbezaan antara mereka berdua walhal mereka mempunya pangkat dan kedudukan yang sama dalam organisasi.
Lelaki yang “biasa-biasa” itu tersenyum sambil berkata , “ Bezanya hanya 2S iaitu
salam dan senyum”. Apabila tersenyum
bermakna kita telah membina lingkaran positif di sekeliling kita.
Senyuman yang penuh keikhlasan berupaya menguasai orang lain dengan nilai yang amat optimis. Senyumlah dengan ikhlas sebagai insuran sosial yang tidak perlu dibayar dengan wang ringgit.
Senyuman yang ikhlas juga mempunyai kuasa memancarkan sinar wajah. Senyumlah...
Senyum Tak Perlu Kata Apa-apa...
Peribahasa ada menyatakan, sebab sebutir mutiara, lautan yang
dalam diselam orang. Disebabkan senyuman kita yang seindah mutiara, pasti ramai yang senang berurusan dengan kita. Ini akan
“menguatkan” lagi organisasi kita. Syaratnya kita sentiasa mengukir
senyuman setiap kali bertemu pelanggan. Ternyata kuasa senyuman
mampu memberi kesan kepada kualiti perkhidmatan.
ms 8
Walking Down The Memory Lane - My teaching career :1980-2011
During Chinese New Year luncheon this year, a sen-
ior friend asked me: “Why did you enter the teaching line? If you worked in the corporate sector, you would
have been somebody in an important position. Did you
regret?”
That seemed a little flattering but on the other
hand, it had a tinge of negative connotations concern-
ing the teaching profession.I replied, “Regrets? Of course not!!! It was my ambition to be a teacher and not
because I had no choice. Without teachers, there will be
no doctors, engineers, lawyers, accountants, dentists,
architects, pharmacists………Teachers provide students the basic knowledge and prepare them for tertiary
education. I did not become rich but I had full satisfac-
tion from being a teacher and later a school principal”.
I was always grateful to my teachers who had not
only taught me to read, write and count but also had
trained me to be a leader. Since I was young, I was given responsibilities of being class monitor, prefect,
librarian, president or secretary or treasurer of clubs and
societies. I learnt to manage time so as to plan my work smoothly. I respected them and I wanted to be like them
so that I could educate the next generation. My parents
had always given me moral support in my studies. My elder sister who was a teacher also encouraged me to
be a teacher.
Penulis :
PN. CHONG LIAN HOW K.M.N Mantan Pengetua
SMK Sultan Ibrahim, Kulai.
Editor; Mohd Azmi bin Abdul Rahman
ms 9
I went to Kulai English Primary School, con-
tinued my secondary education at SMK Sultan Ibrahim,Kulai and English College, Johor Bahru. I
finally graduated with Bachelor of Science with
Education (Hons) from University of Malaya in
1980. I studied hard and it was considered smooth sailing for me. I started my teaching life
on 27 April 1980.
My first posting was at SMK Sultan Alauddin in Bukit Besar, Kulai. I travelled daily together with
3 other teachers in a hired car. The students in
the FELDA scheme school were obedient and
easy to teach. I did not have any problem even though almost 100% of the students were Ma-
lays. From day one of my teaching career, I
have set my mind to love all my students irre-spective of their race or background. I promised
myself to be fair and just in dealing with my stu-
dents. I also constantly reminded myself the
work ethics that I had sworn to abide, in front of my first school principal, En Zohdan.
I got married in May 1980. My husband was
working in Kuala Lumpur. I managed to get a transfer to SMK Khir Johari, Beranang , Selangor.
It is also a rural school and more than 90% of the
students were Malays. I could mix with them well, went to their fruit orchards during durian season.
I also attended their numerous kenduris. Besides the routine teaching, I was the Science Panel Head and a member of the Board of Directors in the school co-operative. I was selected to attend an intensive course in TESL (Teaching Enclish as Second Language) in University of Malaya . It was a conversion course to convert Science teachers to become English Language teachers.
I was transferred to SMK Tinggi Kajang in December 1988. For those few years, the new academic
year began in December so as to hold public examinations before November, to avoid floods in December. However, due to problems in adjusting the financial year, that practice was stopped.
Bersama suami di Istana Negara
ms 10
I was the Assistant Examinations Secretary for
the school. Selangor State Education Depart-ment appointed me to be one of the Key Per-
sonnel in training other teachers for KBSM
Mathematics. I also had the opportunity to
teach Form Six students. In 1990, I applied to teach in SMK
Engku Husein in Semenyih as we bought a
house there and my children also attended the primary school there. I had a challenging
experience in SMK Engku Husein. There were
more disciplinary problems. The school princi-
pal, Datin Siti Zahara had confidence in me and so I was appointed the Examinations
Secretary, Ketua Bidang Sains & Matematik and later,Afternoon Supervisor. I received my first Excellent Service Award in 1993 from the
Ministry of Education Malaysia.
I returned to Johor in 1995 as my hus-
band found a new job in Johor Bahru. My next school was SMK Permas Jaya 1. My ca-
reer continued with more challenges as the
Afternoon Supervisor. Being a new school, students of lower achievements were sent
there from other schools. Discipline of the stu-
dents was poor. We managed to change the image of the school and in 2002, we started
the Form Six classes and KAA(Kelas Aliran
Agama).
From then, the school improved a lot. I had very close relationship with all the students and
teachers for the 10 years in SMK Permas Jaya.
In January 2006, I was transferred to SMK Tmn Molek as Senior Assistant for Students’ Affairs.
The school had a very big enrolment, there were
about 2200 students. I had quite a tough time dealing with students who played truant and
smoked. I was fortunate to have a supportive prin-
cipal, Mr Tamilvanthan and helpful discipline teachers. My service in SMK Tmn Molek was short,
only nine months.
I was appointed the DG 48 Principal for SMK Tmn Johor Jaya 1 on 16 September 2006. I did
not have any training for principalship. There was
no formal immersion programme. I sought advice and help form my previous principals. My sister
and brother-in-law who were retired school heads
became my unofficial mentors.
My sister and brother-in-law who were retired school heads became my
unofficial mentors
SMK Taman Molek
I attended a 1 month course for new principals at Institut Aminuddin Genting in April 2007. I learnt to manage the manpower and finance, besides planning to improve the school academic and co-curricular performance.
I got my transfer to SMK Kota Kulai in June 2007 upon my request as I had bought a house in Kulai. My experience in SMK Kota Kulai was sweet and memorable. All the administrators worked as a strong cohesive team. The teachers were all very cooperative and we ran our programmes smoothly as planned. The students were very obedient and harmonious. I did quite a lot of infrastructure development projects.
I was promoted to DG52 Principal in SMK
Sultan Ibrahim, Kulai on 16/9/2008. I was both happy and afraid. Happy as I was given a
chance to serve my Alma Mater. Afraid
was
because I heard of the complexities in running such a big school with 3 different streams, the
Main Stream, the Form Six stream and the Spe-
cial Education stream. The school buildings, being old, needed a lot of repair and mainte-
nance work. Academic performance of STPM
results have been excellent, often being in the
top 3 at state level. However, more effort is needed to improve the SPM and PMR results.
There was no time to lose, I managed to
get my administrative team to work along with me. I got the support of the community and
some old boys of the school. The Alumni was
formally registered in 2009 after much hard
work and cooperation from Mr M G Parry, the first principal of SMK Sultan Ibrahim Kulai and
several very concerned ex-students. . Many
projects were carried out to improve the school facilities such as upgrading of the
school hall, completing the school concrete
perimeter wall and painting it, upgrading of the school canteen, painting of 3 blocks,
changing the roofs of 3 blocks, rewiring of
electrical cables, renovating the boys open
toilet, upgrading the parking area, providing WIFI zone, new signage board at the main
gate, completing the pavilion at the field and
providing uniform curtains to all rooms at highly subsidized rate.
ms 11
My biggest project was forming the Unity
Drum Team which consists of 24 Chinese Fes-tive Drums, 16 Malay Kompang, 1 Jidur and
10Indian Tappe . We were grateful to Rotary
Club of Kulai, Rakan Muda Department, Alumni
Society and the local community for helping us to finance the initial setting up. We were
successful in getting a grant of RM50,000 from
the CIMB Foundationfor 2 consecutive years 2009 and 2010. I wish to thank all the teachers,
staff and workers of SMKSI for co-operating with
me. Due to the good track record of perform-
ing at school. district and state level for either the education sector or community, CIMB
Foundation has offered the school drum team
another RM50,000.00 grant for 2011.
I placed a lot of emphasis in racial har-
mony and unity in school. Without fail, the
school as a whole will celebrate all the major
festivals of all the races together. The celebra-tions will include performances which are both
entertaining and educational so as let the dif-
ferent races have mutual understanding. Stu-dents will also participate in suitable competi-
tions related to the festivals.
Without exception, I will stand at the school gate with a few administrators, teachers
and prefects to welcome the students, teach-
ers and visitors every day. We promote greet-
ing each other to inculcate the polite culture.
Meanwhile, that is gentle version of Zero Late Programme. The programme is a great success,
whereby the latecomers have decreased tremen-
dously and the school gets good comments from
parents and the community. I wish to thank all the teachers and staff who
have worked with me with so much co-operation
and commitment. The officers of District Education Office have given me much support while I was a
school principal. I wish to express my appreciation
and heartfelt gratitude to the Johor State Education
Director for giving the Excellent Service Award 2010 (APC) and nominating me to be conferred the Bin-
tang K.M.N. (Kesatria Mangku Negara) 2011 award
from His Majesty The Yang Di Pertuan Agong. I sin-cerely hope that more and more education
officers, school headmasters and principals will be
conferred awards.
Last but not least, my heartfelt thanks to my husband and children. I have always put career
ahead of them. They understood and gave me
support all the way. I have a blissful family life which had a great contribution to my success in my
career.
Dikurniakan Bintang K.M.N oleh Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong
ms 12
ms 13
Satu inovasi dari Sektor Jaminan Kualiti JPN Johor yang memberi impak besar terhadap Sistem Pengurusan Dokumen terutamanya Pengurusan Kurikulum di semua sekolah Negeri Johor. Sistem ini juga mendapat pengiktirafan dari JNJK dalam membantu proses pemverikasian anugerah ’New Deal’ Pengetua dan GuruBesar
Jawatankuasa Teknikal SPSK yang merupakan pakar pengurusan do-kumen sedang berbeng-kel memurnikan semua aspek Prosedur Kualiti SPSK dari masa kese-masa mengikut keper-luan dan perkemban-gan arus perdana Pen-gurusan Kurikulum
ms 14
Editor; Mohd Azmi bin Abdul Rahman
ms 15
Persembahan Tarian Zapin oleh SJKT Masai, Pasir Gudang
Persembahan Muzik tradisional orang asli oleh SK Pengkalan Tereh, Kluang
Persembahan Muzik Angklong oleh Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru
Pasukan Koir murid-murid cacat pendengaran
SMPK Vokasional Indahpura, Kulaijaya
Alunan syahdu Kumpulan Nasyid
SKPK Princess Elizabeth, Johor Bahru
ms 16
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh En. Md Hasidin Bin Hj Zaini, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
Objektif
• Membugarkan aktiviti-aktiviti kokurikulum Pendidikan Pencegahan Dadah
• Mencungkil potensi-potensi pelajar dalam acara pertandingan karnival
• Mempertingkatkan kefahaman dan pengetahuan penyalahgunaan dadah.
Secara keseluruhan karnival ini telah dapat memberi nilai tambah mengenai pengetahuan dan kefahaman penyalahgunaan dadah melalui pendekatan yang lebih praktikal dan mendekatkan para pelajar.
500 orang murid dan 240 orang guru telah menjayakan karnival ini
yang berlangsung pada 30 Jun 2012 di dewan terbuka
SK Temenggong Abdul Rahman 1 Johor Bahru
Acara-acara pengisian karnival;
• Pertandingan Boria, Dikir Barat, Video Kreatif, Laman Web, Mencipta Lagu PPDa
• Pameran Kesihatan
• Kuiz
ms 17
Persemb
aha
n taria
n oleh murid
SK Gela
ng Pa
tah, Johor Ba
hru
Peserta Perta
nding
an D
ikir Bara
t
Pertand
inga
n Video Krea
tif da
n
Lam
an w
eb
Pertandingan Boria
ms 8
Tuan Pengarah diiringi oleh En.Mohamad Narawi bin Mohamed Ali, Ketua Sektor, Sektor Psikologi dan Kaunseling dan ketua-ketua sektor lain mencuba semua peralatan yang disediakan
ms 19
Sebahagian daripada 240 orang pemimpin pelajar dari sekolah-sekolah seluruh Johor beratur ke meja pendaftaran untuk saringan pertama Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) kohot 2 di Kem Tasek Utara, Johor Bahru.
Dari jumlah ini akan dipilih 60orang layak ke saringan kedua. Akhirnya cuma 20orang sahaja yang akan terpilih menganggotai kumpulan elit JSLC kohot 2.
Editor; Hussin bin Kadir
ms 20
Menyediakan modal insan bertaraf dunia sebagai persediaan menerajui pembangunan pesat
di negeri Johor, khususnya di Wilayah Pembangunan Iskandar
20 orang pemimpin pelajar yang melepasi saringan akhir diperkenalkan kepada Tuan Pengarah dan terpilih mengganggotai kumpulan elit Majlis Pemimpin Muda Johor Kohot ke 2. Sebuah sesi taklimat bersama ibu bapa pelajar berkenaan diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Jabatan Pelajaran Johor
Ms 21
Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) ditubuhkan untuk menggerakkan
Program Pengantarabangsaan Sekolah-Sekolah Negeri Johor
JSLC
Ahli-ahli Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC) menjalani kursus dan bengkel persediaan untuk program peringkat
antarabangsa. Mereka dilatih agar;
Bijak berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat tempatan mahu pun global
Bijak mengendalikan pelbagai isu dan permasaalahan
Bijak memberi idea atau cadangan yang membina dan inovatif
Latihan dijalankan di Kem Tasek Utara dan di Unit Pengantarabangsaan SPSPK
Jabatan Pelajaran Johor
Ms 22
IDFR Young Diplomats Programme
Ahli-ahli JSLC diberi latihan selok-belok pengantarabangsaan di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), Wisma Putra di bawah Program Diplomat Muda (Young Diplomat Programme). Mereka menjalani sebuah modul latihan yang biasanya diberi kepada calon-calon pegawai diplomat yang akan dihantar bertugas di kedutaan-kedutaan Malaysia di seluruh dunia
IDFR Institute of Diplomacy and Foreign Relations
Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri
WISMA PUTRA Kementerian Luar Negeri
Ms 23
Y.Bhg En. Zeljko Bosnjak, Duta Besar Republik Croatia dan pegawai-pegawainya sudi beramah mesra, berkongsi pengalaman dan bergambar kenangan bersama anggota JSLC
Young Diplomats Programme IDFR memberi peluang kepada para diplomat muda Johor
mempraktikkan kemahiran diplomatik yang dipelajari dengan membuat kunjung hormat kepada
Duta Besar Republik Croatia
Pengisian 10 hari latihan eksklusif yang diperolehi di IDFR
Kemahiran Hubungan Antarabangsa (persepsi dan interpretasi)
Perhubungan/Komunikasi Diplomatik
Kemahiran komunikasi Interpersonal
Penampilan diri
Kemahiran pendokumentasian
Literasi persembahan dan Pengucapan Awam
Etiket Sosial dan protokol
JSLC di Kedutaan Republik Croatia
Ms 24
Perbadanan Pembangunan Iskandar Malaysia (IRDA) merupakan ‘Strategic Partner’ kepada Jabatan Pelajaran Johor dalam pembentukan Majlis Pemimpin Muda Johor (JSLC).
Pada 10 Mac 2012, di Dewan Pameran Persada Johor International Convention Centre, berlangsung Majlis Pelancaran Iskandar Malaysia and City Transformation Programme. oleh YAB Dato Sri Najib bin Tun Abd. Razak, Perdana Menteri Malaysia.
JSLC diberi penghormatan duduk di barisan kedua dalam majlis tersebut yang turut dihadiri oleh tokoh-tokoh politik negara, ketua-ketua jabatan kerajaan dan pemimpin korporat.
Iskandar Malaysia Corridor and City Transformation Programme
Strategic Partnership
Ms 25
JISLC Johor International Student Leaders Conference 2012 — organised by JSLC Theme; Student Leaders for Sustainable Development
Taklimat oleh New Castle University, Nusajaya
DYTM Tengku Mahkota Johor mencemar duli memberi perkenan
merasmikan majlis dan beramah mesra dengan para peserta
persidangan
4 pillars of the Earth Charter; • Community of life • Ecological
integrity • Social and
economic justice and democracy
• Non-violence ad peace
Kenangan manis bersama rakan peserta
persidangan dari Australia dan Belgium
JISLC berjaya menghimpunkan lebih 600 orang peserta dari
23 buah negara dan dari negeri-negeri seluruh
Malaysia Lawatan ke beberapa IPT antarabangsa di EduCity,
Nusajaya dan acara menanam pokok sebagai simbolik kepada ‘ecological integrity’
Ms 26
INAUGURAL DIVERSITY & INCLUSION
YOUTH CAMP Open Hearts and Minds
DYMM Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Sultanah Johor berkenan mencemar duli
menyampaikan Titah DiRaja
The Inaugural Diversity & Inclusion Youth Camp 2012 adalah sebuah perkemahan siswa bertaraf antara-bangsa telah berlangsung pada 26-28 Mac 2012 di Kampus Univer-siti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai.
JSLC yang dianggotai pelajar-pelajar tingkatan 5 (bukan siswa universiti) telah dijemput khas atas titah DYMM Sultanah Johor untuk turut serta dalam perkemahan ini.
Namun kehadiran mereka memberi impak yang besar. Setiap ahli JSLC telah mempersembahkan penam-pilan hebat setanding dengan siswa-siswi dari pelbagai universiti antarabangsa yang hadir. Malah ramai yang telah dilantik men-getuai kumpulan perbengkelan.
Ada juga yang diberi kepercayaan mewakili kumpulan untuk tugas pembentangan. Suatu manifestasi jelas kepada kualiti setiap individu dalam JSLC, hasil dari Program Pembentukan Pemimpin Muda Johor dengan ‘brand’ tersendiri.
Victoria-Johor International Programme;
Snowy River Campus, School of Student Leaderships, Australia 15 orang ahli JSLC dan 20 orang pemimpin pelajar dari beberapa Secondary Colleges
sekitar Negeri Victoria berkampung di sini menjalani latihan fizikal, mental dan spiritual
tentang kepimpinan selama 10 hari
Ms 27
Di balai berlepas KLIA
Southern Cross Railway Station, Melbourne
Dari KLIA, terbang 7 jam ke Melbourne International Airport. Bermalam
di Melbourne, keesokannya ke Southern Cross Railway Station, 4 jam dengan keretapi ke Snowy River Town Centre
dan 2 jam lagi menaiki bas ke Snowy River Campus.
Tapak perkemahan ini dibawah kelolaan Victorian State Department of Education
and Early Childhood Development
Ms 28
ms 29
Penyelia berasal dari bahasa Latin yang bermaksud
mandur atau pengawas. Ia ditakrifkan sebagai a manager at the
first level of management. Buku setebal 147 muka surat ini
mengandungi 12 bab yang menjelaskan secara terperinci berkai-
tan tajuk. Ia memiliki penulisan yang telus, mudah dan secara
terus menerangkan kepada tajuk (straight to the point). Buku ini
sesuai dibaca oleh sesiapa jua penyelia di mana-mana or-
ganisasi. Saya berpendapat ianya releven kepada kita yang ber-
tugas di dalam organisasi pendidikan dalam menjalankan tu-
gasan kita sebagai pemantau sekolah.
Secara umumnya penulis menyatakan ba-
hawa penyelia ialah individu yang mewakili pengurus
dan berhubung terus dengah pekerja. Tugas penye-
lia adalah memastikan pekerja bawahannya men-
jalankan tugas selaras dengan matlamat organisasi
nya. Tajuk ini juga menggariskan beberapa ciri pen-
yelia yang baik seperti optimistik, professional, berto-
lak ansur, berwawasan, cekap dan jujur. Dalam men-
jalankan tugas sebagai pemantau sekolah, ciri-ciri
seperti ini sangat sesuai dimiliki dan diaplikasikan
ke dalam tugasan kita sebagai pegawai pendidikan. Tajuk ini juga menggariskan beberapa ciri penyelia yang baik
seperti optimistik, professional, bertolak ansur, berwawasan,
cekap dan jujur
Tajuk buku : PANDUAN MENJADI PENYELIA EFEKTIF Penulis : Hamdan Abd. Kadir Eliza Seth Bakhtiar Yusof Penerbit : PTS Publications and Distributors, 2005 ISBN : 9789831927953 Tebal : 147 muka surat Pengulas : Pn. Hjh Nor Ezah binti Mohammad Pengetua SMK Taman Daya 2, Passir Gudang
ms 30
Saya lebih tertarik untuk mengulas lanjut perihal Bab 2 yang menerangkan berkaitan tugas
dan tanggungjawab penyelia yang wajib diketahui bagi memastikan sesebuah organisasi itu berkembang maju. Ada empat tugas utama penyelia iatu merancang, mengatur, memimpin dan
mengawal yang menyamai strategi POLC – Plan, Organize, Lead & Control. a. Merancang (Plan) : menguruskan keperluan dan tindakan secara berjadual.
b. Mengatur (Organize): menyediakan segala sumber yang akan diperlukan
sepanjang perjalanan program termasuk manusia, kewangan dan peralatan.
c. Memimpin (Lead): membimbing pekerja untuk mencapai objektif program.
d. Mengawa (Control)l: melaksanakan keperluan mengikut piawaian ‘value for money’.
Dalam banyak situasi atau keadaan,
penyelia akan menggunakan kapasiti yang berbeza untuk ke empat-empat tugas ini. Ter-
dapat penyelia yang cenderung kepada mer-
ancang keperluan organisasi, ada yang
memiliki kekuatan terhadap mengatur dan memimpin maupun mengawal.
Sebagai penghubung di antara pen-gurus dan pekerja bawahannya, penyelia perlu
membuat pelaporan kepada pengurusan dan
juga memastikan pekerja bawahannya dilayan
dengan adil dan saksama.
Hal yang sama kita laksanakan iaitu mela-
porkan dapatan pemantauan kepada pengu-rusan atasan serta mengambil tindakan terha-
dap isu yang dihadapi oleh pihak sekolah.
Penyelia atau fasilitator perlu memiliki
Kemahiran Memimpin kerana pemimpin
adalah model yang sering menjadi perhatian
masyarakat. Penyelia sepatutnya dapat mem-
pengaruhi dan menggerakkan kumpulan
pekerja menuju arah yang ditentukan dengan
cara yang menyeronokkan tanpa dipaksa. Ini
dilihat sangat bersesuaian dengan tugasan
pegawai pemantau pendidikan yang perlu
mengajak para guru-guru di sekolah untuk
bersama menghayati program kecemerlan-
gan akademik yang telah dirancang.
pemimpin adalah model yang sering
menjadi perhatian masyarakat
Ms 31
Ianya juga releven apabila kebanyakan kita
selalu menjadi fasilitator kepada bengkel-
bengkel maupun mengendalikan kursus-
kursus untuk para guru. Kemahiran kita
memimpin mereka akan menjadikan
objektif yang dirancang dapat dicapai
dalam keadaan yang harmoni.
Akhirnya, penyelia juga bertanggungjawab
terhadap diri sendiri. Penyelia perlu
sentiasamemperbaharui dan meningkatkan
prestasi kerjanya. Penyelia perlu terus
menimba ilmu pengetahuan agar para
pekerja bawahan maupun pegawai atasan
akan memandang tinggi serta hormat
terhadap kredibiliti dirinya. Di samping itu
penyelia juga dikehendaki memajukan diri
melalui program-program latihan. Dengan
ini mereka akan terus dapat menguasai
beberapa kemahiran utama yang
diperlukan supaya berupaya menjalankan
tugas dengan cemerlang di tempat kerja.
Kesedaran Diri
Penyelia Berkesan Pengaturan
Dan Pelaksanaan
Kefahaman Teknik-teknik dan
Proses Menyelia
Proses Tiga Penjuru
Penyelia atau fasilitator perlu memiliki Kemahiran Memimpin kerana pemimpin
adalah model yang sering menjadi perhatian masyarakat
ms 32
KEMATIAN Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan “menanti” saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermak-sud :”Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Tahukah kita bahawa Malaikat Maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati. Oleh kerana Malaikat Maut adalah makhluk ghaib, manu-sia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan Malai-kat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat Maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, di-dapati orang itu gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.” Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah-olah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah “pinjamkan” nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu Alam Barzakh dan Alam Akhirat? Tiada seorang pun di dunia ini dapat meng-gambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkan betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.
Penulis;
Ust.ZAMRI BIN ABD. WAHAB Sektor Pendidikan Islam
ms 33
Kalau hendak diikutkan, siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan Khusnul Khatimah (kebajikan). Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:”Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir hendak mati.
1:Berpeluh pada pelipis pipinya;
2:Berlinang air matanya;
3:Lubang hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdul-lah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian “menjemput” manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut seperti disembelih. Itulah tanda azab yang diterimanya disebab-kan dosa dan kekufuran mereka.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermak-sud: ”Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan Malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya me-lalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan Malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan Malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan ke-mudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan Malaikat masuk dan menarik rohnya dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikata-kan saat nazak orang itu”.
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kece-lakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diser-ang penyakit berbahaya seperti kanser, jan-tung, Aids, denggi, H1N1 dan taun.
Kematian “menjemput” manusia secara perlahan-lahan atau beransur-
ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha
dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan Malaikat masuk dan menarik rohnya dari dadanya hingga sampai ke kerongkong
ms 34
Seorang yang sedang sakit tenat, men-
jadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah
masih member peluang supaya mereka sedar
akan kesilapan yang mereka lakukan selama
hidup di dunia. Maka, waktu itu mereka masih
berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan.
Begitu juga halnya dengan orang mati menge-
jut disebabkan kemalangan. Ia memberi pen-
gajaran dan peringatan kepada mereka yang
masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai
berusaha untuk memperbaiki diri.
Justeru, bagi mereka yang masih diberi-
kan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengam-
bil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah
menjadikan sebab kematian itu bagi me-
menuhi janji-Nya kepada Malaikat
Maut.Saidina Abbas meriwayatkan dalam se-
buah hadis antara lain menerangkan Malaikat
Izrail berasa sedih apabila ditugaskan men-
cabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara
makhluk bernyawa itu adalah termasuk manu-
sia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu
Rasul, Nabi, Wali dan Orang Soleh.
Malaikat Maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s. Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan ban-yakkan bersabar.Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian.
Kita yang masih hidup, peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membantu kita bertemu Allah.
memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk
memperbaiki diri.
Letusan sebiji bom atom telah meragut lebih lima ratus ribu nyawa di Bandar Hiroshima dan Nagasaki
ms 35
KISAH SI KECIL DAN BEG SEKOLAH Semalam Ku soroti si anak kecil Melangkah bersama beg di bahu Yang berisi buku Sekolah tempat di tuju Bersama azam menuntut ilmu Semalam Ku berikan sebuah senyuman Mengiringi perjalanan Ku titip doa bermohon Si kecil anak watan Menjadi harapan agama, bangsa dan negara Duhai anak kecil Mengertikah kamu Dikau bakal berdiri di hadapan Menjadi tiang tunggak warisan Tanamkanlah semangat waja bak besi Berani dan pantang mengalah Walau dihadiri dugaan dan rintangan yang datang Pada seorang anak Perjalananmu masih panjang Cita-citamu masih jauh untuk digapai Usahlah alpa Hanya kamu yang bisa tentukan Warna kehidupan putih atau hitam Duhai si kecil Kenangi damainya dirimu dalam sebuah negara yang aman Bisa riang dalam pembelajaran Tidak pada si kecil Di sebuah negara Palestin dan Afghanistan Sering diulit deru tembakan Yang entah bila akan berkesudahan Pada si kecil Ayah bonda menanam harapan Agar dirimu cemerlang di masa hadapan Ya.. Mungkin kini masih tiada pengertian Harapan esok Dikau bahagia dalam kehidupan
Penyair’ Musleha Mohd. Ghozali
SPA, JPNJ
Nukilan Mak Ngah Leha, Sektor Pengurusan Akademik
Saatku hampir rebah Hadirnya insan dengan senyuman Bagai mengerti sebuah kedukaan Lagu tuturnya bersulam senyum Indah.. bagai terawang bersama angin yang menderu Insan itu Tetap setia dengan senyuman Membangkit satu nilai yang tak terungkap Menjadi seru satu kebangkitan Bagai membunuh sepi dan duka yang tersimpan Duhai insan.. Berikan aku secangkir senyuman Agar dapat ku tebar di dada malam Untuk ku padamkan segala kepahitan Syukur atas senyuman itu Untuk ku pacakkan keazaman lama Yang semakin menghilang pergi dan sepi Umpama malam tanpa pamitan bintang yang berseni Terima kasih senyuman Kerna memberi aku rasa Entah bagaimana hendak diungkap Biarlah hati yang merungkai makna
TERIMA KASIH SENYUMAN
Nukilan Mak Ngah Leha, Sektor Pengurusan Akademik
ms 36
Kenali Kamera Digital Anda
Pernahkah anda ditawarkan sebuah kamera digital terpakai dengan harga yang amat menarik? Fizikalnya cantik, semua komponen berfungsi dengan baik, ditambah dengan beberapa aksesori, menjadikannya kelihatan seperti sebuah tawaran yang tidak boleh dilepaskan.
Tetapi, pernahkah anda terfikir berapa lamakah kamera berkenaan boleh digunakan sebelum ia ’meninggal dunia’.
‘Meninggal dunia’ yang dimaksudkan ialah, kamera itu tidak boleh lagi berfungsi merakam imej. Boleh memfokus, bo-leh ‘petik’ atau klik, tetapi tiada apa-apa yang dirakam. Kam-era itu sudah hilang fungsi utamanya. Dalam bahasa Inggeris, ‘the camera was dead’. Jika disorot kembali era kamera dulu-dulu, imej dirakam pada segulung plastik polyester yang dipanggil filem. Setiap gulung filem pada lazimnya akan memberi 36 atau 37 kepin-gan (frame) gambar. Habis jumlah itu, tukar kepada gulungan filem yang baru dan begitulah seterusnya. Kehabisan filem, bermakna kamera itu tidak boleh merakam gambar lagi. Sama juga keadaannya dengan senapang yang kehabisan peluru. Kamera digital juga sebenarnya mempunyai konsep ‘filem’ yang hampir serupa. Bezanya, kamera digital tidak merakam imej pada filem, tetapi pada satu komponen yang dipanggil ‘image sensor’. Komponen inilah yang mengganti-kan filem merakam cahaya yang masuk dan ditukar bentuk secara elektronik kepada rakaman imej (gambar). Kemudian imej ini disimpan ke dalam satu ruang penstoran yang terda-pat dalam berbagai-bagai bentuk dan format.
Persoalannya, bilakah sebuah kamera digital itu dikata-kan mati (dead )? Adakah image sensor nya habis seperti segulung filem?
Image sensor; komponen yang
menggantikan peranan filem
Pelbagai rupa, format dan jenama
alat penstoran
ms 37
Setiap kamera digital, tidak kira model,
jenama, jenis atau kategorinya akan terda-
pat satu komponen yang di panggil ‘shutter unit’. Apabila klik kamera (sebenarnya mene-
kan shutter release button), ‘shutter unit’ akan terbuka dan membenarkan cahaya
masuk untuk memberi pendedahan (exposure) kepada ‘image sensor’.
‘Shutter unit’ ini adalah komponen
mekanikal yang dikawal pergerakannya secara
elektronik. Seperti lazimnya, setiap alatan mekanikal mempunyai jangka hayat. Alatan itu
akan haus (worn out) dan akhirnyan terus tidak
boleh digunakan. Samalah seperti tayar atau
cakera klac (clucth disc) bagi sebuah kereta. Cuma, ‘shutter unit’ ini hayatnya dikira dari
berapa jumlah ia digunakan (klik kamera), dan
dipanggil ’SHUTTER ACTUATION’ atau ’SHUTTER COUNT’. Jadi, setiap kali kamera diklik (tekan
’shutter release button’ ), maka semakin pendek
hayatnya. Dari itu jangan suka-suka klik sana
klik sini, petik sana petik sini tanpa sebab atau keperluan. Memang kelihatan seperti tiada
apa-apa berlaku sebab petikan kamera tidak
terhad kepada 36 atau 37 keping seperti kamera filem. Tetapi sebenarnya setiap kali klik
kamera, ’shutter count’ terus bertambah dan
semakin menghampiri penghujung hayatnya.
Berapa jumlah ’shutter count’ bagi setiap
kamera adalah berbeza-beza dan ia ditentukan oleh pengeluar kamera itu. Ia sekitar
dari lebih kurang 30,000-50,000 bagi kamera
kompak, 70,000 -150,000 bagi kamera DSLR, dan sehinggalah 300,000 - 400,000 bagi
sesetengah kamera profesional. Mungkin juga
jumlah shutter count ini menjadi salah satu ciri
yang menentukan harga sesebuah model kamera itu.
’SHUTTER ACTUATION’
Image sensor
Shutter unit
Shutter unit Inilah komponen yang boleh menyebabkan kamera ‘mati’
Boleh diganti, tetapi tidak berbaloi. Lebih ekonomik beli kamera baru sahaja. Harga barang ganti dan upahnya hampir separuh harga kamera
Keratan rentas sebuah DSLR
Penulis;
HUSSIN KADIR Sektor Jaminan Kualiti
ms 38
Seorang jurufoto era kamera filem terpaksa membawa kertas dan pen/pensil untuk mencatat jenis dan model kamera digunakan, masa, ISO filem digunakan, apacer, shutter speed, jenis lensa, jarak fokus lensa (focal length) dan macam-macam lagi sebagai rujukan dan rekod setiap kali keluar membuat tugasan. Hal ini tidak perlu lagi di era kamera digital. Disamping merakam imej atau gambar, sebenarnya kamera juga merakam semua perkara yang disebut di atas malahan bertimbun lagi maklumat teknikal lain berkenaan setiap gambar yang diambil.
Maklumat tersebut dipanggil ’metadata’ atau EXIF (Exchangeable Image File Format) Mengelak dari memperkatakan tentang data lain yang bertimbun itu, tumpuan kali ini ditujukan kepada ’shutter count’ atau ’shutter actuation’.
Ada banyak kaedah untuk melihat metadata berkenaan. Nikon dan Canon mempunyai kaedah dan perisian mereka sendiri untuk memperolehi data berkenaan. Satu kaedah lain dan bersifat lebih umum ialah dengan menggunakan perisian yang boleh dimuat turun secara percuma seperti ’ExifTool’ atau ’Opanda IExif’
Metadata atau EXIF data
Melihat data EXIF dengan ’Opanda IExif’ Muat turun perisian ini dan install ke dalam Program File komputer seperti biasa. Klik All Program dan akan kelihatan seperti ini;
Seterusnya klik pada tab ‘EXIF’ dan klik ‘open ’ kepada gambar terakhir kamera yang digunakan. Lebih mudah jika gambar itu dalam format jpeg. ‘Thumbnail ’ gambar yang dipilih akan terpapar disudut kiri atas. Juga terpapar segala macam data berkenaan gambar dan kamera yang digunakan.
Rajah sebelah menunjukkan jumlah shutter release atau shutter count bagi kamera berke-naan ialah 19888. Ini bermakna jika kamera itu mempunyai 100,000 shutter count, maka hayat kamera ini masih panjang lagi. Kalau hendak dijual, bolehlah dibeli.
ms 39
APAKAH PEKERJAAN MEREKA? Ahmad, Meng dan Muthu adalah tiga orang dewasa. Setiap orang memegang 2 jawatan daripada beberapa jawatan yang ada. Jawatan-jawatan itu adalah konstraktor, guru, agen insurans, penyanyi, pekedai dan tukang gunting. Daripada fakta-fakta berikut, apakah pekerjaan mereka?
• Kontraktor dan agen insurans tidak boleh bercampur gaul dengan baik kerana kontraktor itu mengeji agen insurans.
• Agen insurans dan pekedai itu selalu pergi berenang bersama-sama dengan Muthu.
• Kontraktor itu mencintai adik perempuan penyanyi itu.
• Ahmad berhutang pada pekedai itu se-banyak RM200.00
• Penyanyi itu selalunya membawa hadiah-hadiah ke rumah guru itu.
• Meng biasanya menewaskan Ahmad dan penyanyi itu dalam permainan
BERLUMBA 10 Km
Seorang pelari, seorang penunggang
basikal dan seorang penunggang mo-
tosikal akan berlumba sejauh 10 kilo-
meter. Pelari itu dengan kelajuan 10 km
sejam bermula pada pukul 1.10
petang. Penunggang basikal. Dengan
kelajuan 12 km sejam bermula pada
pukul 1.20 petang. Penunggang moto-
sikal dengan kelajuan Cuma 20 km se-
jam keranan jalan sesak bermula pada
pukul 1.40 petang.
Bagaimanakah kesudahan perlumbaan-
mereka ? BURUNG DAN BELALANG 5 ekor burung berupaya menagkap 5 ekor bela-lang dalam masa 5 minit. Berapa ekor burungkah yang diperlukan untuk menangkap 100 ekor bela-lang dalam masa 100 minit ?
sila emailkan jawapan anda kepada: emajalahjpnj@gmail.com
Editor: ZULKAPLI AYOB SPA, JPN JOHOR