Post on 19-Jan-2020
SULIT
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
DOKUMEN SEBUT HARGA
UNTUK
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERABOT, KERTAS DINDING DAN
PERMAIDANI UNTUK BILIK LATIHAN ICT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
NO. SEBUT HARGA: JPA/19/2018
DISEDIAKAN OLEH:
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
SEKTOR PEROLEHAN DAN ASETARAS 9, BLOK C1, KOMPLEKS C
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN62510 WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA
TEL : 03-8885 3000FAKS : 03-8888 9369
SENARAI LAMPIRAN
SULIT
SULIT
1. Lampiran 1 : ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA
2. Lampiran 2 : JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL
3. Lampiran 3 : JADUAL TAWARAN HARGA
4. Lampiran 4 : SURAT AKUAN SEBUT HARGA
5. Lampiran 5 : SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA
6. Lampiran 6 : KESALAHAN RASUAH (AKTA PENCEGAHAN RASUAH (2009)
7. Lampiran 7 : LAMPIRAN Q
SULIT2
SULIT
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
_________________________________
DOKUMEN PELAWAAN
SEBUT HARGAMEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERABOT, KERTAS DINDING
DAN PERMAIDANI UNTUK BILIK LATIHAN ICT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
MUSTAHAK PENYEBUTHARGA DIKEHENDAKI MEMAHAMI DAN MEMATUHI SYARAT DAN
PERATURAN YANG TELAH DITETAPKAN BAGI SEBUT HARGA INI
1. PERIHAL
1.1 Jabatan Perkhidmatan Awam mempelawa Penyebutharga bagi Membekal, Menghantar dan Memasang Perabot, Kertas Dinding dan Permaidani Untuk Bilik Latihan ICT Jabatan Perkhidmatan Awam, arahan kepada Penyebutharga seperti di Lampiran 1.
2. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BAGI PENYEBUTHARGA
2.1 Penyebutharga yang dipelawa mestilah daripada mana-mana syarikat tempatan yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di dalam kod bidang: 020101 DAN 020103. Sila sertakan salinan sijil berkaitan dan juga sijil taraf Bumiputera (sekiranya ada) dari Kementerian Kewangan.
020101 (Perabot, Perabot Makmal dan Kelengkapan Berasakan Kayu/Rotan/Fabrik/Logam/Plastik (Workstation); dan
020103 (Permaidani dan Ambar)
2.2 Penyebutharga mestilah berdaftar dengan ePerolehan dan eP- enabled.
2.3 Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan adalah merupakan jaminan ke atas Sebut Harga yang dikemukakan. Oleh itu sekiranya Penyebutharga menarik balik tawaran sebelum Sebut Harga dipertimbangkan atau menolak tawaran setelah Sebut Harga diberikan kepadanya, maka tindakan akan diambil berdasarkan 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP)/PK 8 – Tindakan Tatatertib ke atas Syarikat
SULIT1
SULIT
dan Firma Perunding yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.
3. SYARAT-SYARAT AM SEBUT HARGA
3.1 Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh Penyebutharga.
3.1.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujui terima tawaran yang terendah atau mana-mana tawaran.
3.1.2 Kerajaan berhak menimbang tiap-tiap satu butiran sebagai satu tawaran yang berasingan atau bersekali.
3.1.3 Sekiranya terdapat apa-apa perkhidmatan/perkara di dalam Lampiran 3 (Jadual Tawaran Harga) yang tidak diletakkan harga, maka ia akan dianggap bahawa kos item atau barangan tersebut telah pun dimasukkan di lain-lain bahagian atau barangan di dalam Lampiran 3. Sebarang tuntutan tambahan untuk perkhidmatan tersebut tidak akan dilayan.
3.1.4 Penyebutharga hendaklah mengganti rugi Kerajaan dengan sepenuhnya sekiranya berlaku sebarang perlakuan, tuntutan, kos atau perbelanjaan yang berbangkit daripada atau disebabkan oleh sebab-sebab atau perlanggaran paten hakmilik dan rekabentuk, ‘trademark’, nama atau pun apa-apa hak yang dilindungi di dalam apa-apa kerja, material atau benda/sistem atau cara-cara menggunakan, cara-cara kerja atau susunan yang digunakan atau dibekalkan oleh Penyebutharga.
3.1.5 Para 3.1.1 dan 3.1.2 di atas ini tidaklah memudaratkan apa-apa hak Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi kerana kemungkiran kontrak.
3.1.6 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan mana-mana tawaran boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
3.1.7 Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan Penyebutharga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul
SULIT2
SULIT
mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
3.1.8 Pembekal perlu mengemukakan nombor pendaftaran Cukai Barang Dan Perkhidmatan (GST) sekiranya ada.
4. SPESIFIKASI TEKNIKAL
4.1 Spesifikasi Teknikal seperti di Lampiran 2 adalah penting dan perlu dibaca, difahami dan diuruskan seperti mana yang diminta. Kegagalan memahami serta menguruskannya dengan tidak betul boleh mencacat dan menggagalkan tawaran pelawaan Sebut Harga.
4.2 Penyebutharga dikehendaki membuat ulasan/kenyataan yang sewajarnya di ruangan yang ditetapkan. Kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan penilaian terhadap tawaran yang dibuat.
4.3 Sebelum menghantar tawaran Sebut Harga, Penyebutharga hendaklah memeriksa dokumen Sebut Harga dan jadual spesifikasi dengan teliti dan sekiranya mendapati sebarang kesilapan atau kekeliruan hendaklah mendapatkan penjelasan dan pengesahan daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.
4.4 Sebarang tuntutan berkenaan alasan ketidaktahuan (plea of ignorance) yang dibuat kemudian tidak akan dilayan.
5. TARIKH TUTUP SEBUT HARGA
5.1 Tarikh dan masa tutup bagi penerimaan tawaran Sebut Harga ini adalah seperti berikut:
Tarikh Tutup : 11 Julai 2018 (Rabu) Masa : 12.00 tengah hariNombor Rujukan : JPA(S)19/2018
6. KEHADIRAN LAWATAN TAPAK / TAKLIMAT
66.1 Syarikat sesi taklimat akan diberikan kepada penyebutharga dan
penyebutharga DIWAJIBKAN hadir. Sila bawa bersama Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan dan Sijil Taraf Bumiputera (jika ada), dengan salinan fotostat (tidak dikembalikan). Hanya penama di Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat sahaja yang boleh menghadiri sesi taklimat atau lawatan tapak. Petender tidak boleh
SULIT3
SULIT
mewakilkan pegawai selain daripada penama di dalam Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan. Taklimat yang akan adakan seperti berikut :
Tarikh : 4 Julai 2018 (Rabu)Masa : 9.30 pagiTempat : Bilik Mesyuarat Rafflesia,
Aras 3, Blok C1, Kompleks C, Persint 1, Putrajaya
6.2 Hanya penama di Sijil Pendaftaran Syarikat SAHAJA yang boleh menghadiri sesi taklimat/lawatan tapak. Syarikat TIDAK DIBENARKAN menghantar wakil selain dari penama di Sijil Pendaftaran Syarikat (Sila bawa salinan Sijil Pendaftaran Syarikat semasa sesi taklimat/lawatan)
6.3 Kehadiran sesi taklimat/ lawatan tapak adalah WAJIB.
7. DOKUMEN SEBUT HARGA
7.1 Penyebutharga dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir butir di dalam lampiran berikut:
78
8.1Lampiran 2 - Jadual Spesifikasi Teknikal
Lampiran 2A - Pengalaman Syarikat Berkaitan Perisian Enjin Integrasi Vitria ISM
Lampiran 2B - Pengalaman Pegawai Dalam Perisian Enjin Integrasi Vitria ISM
Lampiran 3 - Jadual Tawaran Harga
8. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM DOKUMEN
8.1 Semua dokumen hendaklah diisi dengan lengkap di ruangan yang ditentukan sama ada ditaip atau ditulis dengan kemas dan terang. Maklumat yang tidak jelas akan menjejaskan tawaran yang dibuat. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, Penyebutharga
SULIT4
SULIT
dibenarkan menaip atau menulis maklumat itu di dalam kertas tambahan.
8.2 Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam dokumen hendaklah ditandatangani ringkas oleh Penyebutharga dan diberi tarikh serta diletakkan cop syarikat.
9. PENGHANTARAN DOKUMEN SEBUT HARGA
9.1 Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.
9.2 Dokumen Sebut Harga yang lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri. Dokumen sebut harga yang dihantar hendaklah mengandungi:
a. Kategori Teknikal yang mengandungi Lampiran 2 b. Kategori Kewangan yang mengandungi Lampiran 3 dan
Lampiran 3Ac. Kategori Maklumat Tambahan yang mengandungi Lampiran 5,
Lampiran 6, Lampiran 7, Lampiran 9; dan d. Sesalinan Sijil Pendaftaran yang sah laku (CIDB, PKK dan
SPKK)
Maklumat Tambahan yang berkaitan dengan Tawaran Spesifikasi Teknikal seperti Curriculum Vitae (CV), sijil-sijil yang berkaitan bagi menyokong pengalaman dan qualification kakitangan teknikal yang terlibat dalam projek ini, brosur, katalog dan Technical Specification Manuals hendaklah disertakan sebagai rujukan kepada jawatankuasa penilaian sebut harga.
9.3 Sampul tersebut dimasukkan dalam satu sampul dan dituliskan:
a. Perkhidmatan Membekal dan Memasang Distribution Box dan Outlet Socket Serta Kerja-kerja Berkaitan Untuk Bilik Latihan ICT Jabatan Perkhidmatan Awam; dan
b. No. Sebut Harga Bil. JPA(S)19/2018
di atas sampul surat berkenaan. (Maklumat ini wajib diisi. Jika tidak, markah penilaian tawaran tuan akan terjejas).
9.4 Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri (sealed) dan ditandai dengan jelas seperti
SULIT5
SULIT
arahan pada para 9.2 dan 9.3. Sampul surat hendaklah dihantar ke alamat:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 Putrajaya.
9.5 Dokumen tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut harga yang telah ditetapkan beralamat seperti di para 9.4.
9.6 Tawaran sebut harga juga boleh dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta. Bagaimanapun JPA tidak akan bertanggungjawab secara langsung atau tidak kepada sebarang kelewatan, kehilangan atau sebagainya terhadap tawaran sebut harga yang dihantar melalui pos atau agensi penghantaran swasta.
10. TEMPOH SAH SEBUT HARGA
9
10.1 Semua tawaran harga (Lampiran 3) yang ditawarkan di dalam dokumen Sebut Harga ini hendaklah sah dan tidak boleh ditarik balik dalam tempoh sekurang-kurangnya 90 hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.
11. PEMBATALAN PERKHIDMATAN DALAM SEBUT HARGA
11.1
JPA berhak untuk membatalkan salah satu perkhidmatan yang telah dinyatakan dalam dokumen Sebut Harga ini pada bila-bila masa, sekiranya diperlukan.
11.2 Sebarang kos yang terpaksa ditanggung oleh pihak Penyebutharga kerana urusan Sebut Harga ini adalah menjadi tanggungjawab pihak Penyebutharga dan pihak JPA tidak akan bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.
12. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA
SULIT6
SULIT
12.1
JPA adalah berhak mempersetujui Sebut Harga sama ada semuanya atau sebahagiannya.
12.2 JPA tidak terikat mempersetujui Sebut Harga yang rendah sekali atau mana-mana Sebut Harga jua pun.
12.3 JPA akan memberi notis bertulis kepada Penyebutharga yang berjaya apabila tawarannya dipersetujui.
12.4 Notis ini boleh mengandungi syarat-syarat tawaran atau pengubahsuaian kepada syarat-syarat tawaran. Sebut Harga itu tidak boleh diterima sehinggalah persetujuan bertulis daripada Penyebutharga menyatakan bahawa pengubahsuaian syarat itu adalah diterima.
12.5 Apabila dipersetujui maka suatu perjanjian hendaklah disifatkan sebagai telah dibuat di antara Kerajaan dengan Penyebutharga dan suatu perjanjian akan diadakan selepas persetujuan tersebut.
13. KEPUTUSAN SEBUT HARGA ADALAH MUKTAMAD
13.1 JPA tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran dari Penyebutharga. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Sebut Harga ini tidak akan dilayan.
14. BANTAHAN
14.1 Bantahan rasmi secara bertulis yang disertai dengan butir-butir lengkap berkaitan dengan penentuan Spesifikasi Teknikal yang menjurus kepada sesuatu jenama (jenis) tertentu boleh dibuat oleh Penyebutharga dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh iklan tawaran Sebut Harga.
14.2 Bantahan hendaklah dialamatkan kepada:
Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p.: En. Azhar bin Seman)
SULIT7
SULIT
15. URUS SETIA SEBUT HARGA
15.1 Penyebutharga yang memerlukan penjelasan lanjut hendaklah menghubungi pegawai secara bertulis seperti alamat di para 14.2 (Untuk perhatian: En. Azhar bin Seman)
15.2 Sebarang pertanyaan berhubung dengan masalah pengendalian sistem ePerolehan hendaklah menghubungi khidmat bantuan ePerolehan di talian 03-79857777 / 03-79857888 atau e-mel bantuan@eperolehan.com.my
16. TAWARAN HARGA PENYEBUTHARGA
16.1 Merujuk kepada 1Pekeliling Perbendaharaan (1PP/PK 5), kadar fi perkhidmatan akan dikenakan sebanyak 0.4% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM4,800 bagi setiap transaksi bayaran yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi kontrak yang melibatkan beberapa kali pembayaran (multiple payment) sama ada melalui Jadual Penghantaran (Delivery Schedule), Pencapaian Perkhidmatan (Milestone), Bayaran Kemajuan (Progressive Payment) atau mengikut permintaan (as-and-when-required) yang ditetapkan dalam tempoh kontrak. Sehubungan itu, caj sebanyak 0.4% akan dikenakan atas nilai invois/tawaran harga yang dikemukakan dan;
Kadar fi perkhidmatan sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had maksimum berjumlah RM9,600 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta atau lebih bagi pembelian yang melibatkan hanya sekali bayaran (one time payment).
16.2 Pembayaran akan dikenakan ke atas perkhidmatan yang sebenar sahaja tertakluk kepada perubahan atau penambahan dalam skop perkhidmatan.
16.3 Tawaran harga yang dikemukakan melalui Sistem ePerolehan dan Manual perlulah sama dan bernilai untuk tempoh Kontrak selama satu (1) tahun.
17. PENUTUP
SULIT8
SULIT
17.1 Penyebutharga dinasihatkan agar memberi perhatian terhadap arahan-arahan yang terkandung di dalam dokumen pelawaan semasa mengisi dokumen-dokumen tawaran. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran tersebut ditolak.
SULIT9
SULIT
LAMPIRAN 1
SULIT10
SULIT
ARAHAN KEPADA PENYEBUTHARGA(LAMPIRAN INI TIDAK PERLU DIKEMBALIKAN)
1. PERIHAL SEBUT HARGA
1.1 Penyebutharga daripada syarikat bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan sahaja dan memiliki kod bidang: 020101 DAN 020103 dipelawa untuk mengambil bahagian dalam Membekal, Menghantar dan Memasang Perabot, Kertas Dinding dan Permaidani Untuk Bilik Latihan ICT Jabatan Perkhidmatan Awam.
1.2 Sebarang urusan / pertanyaan yang melibatkan Sebut Harga mestilah berurusan terus di alamat:
Jabatan Perkhidmatan AwamBahagian Khidmat PengurusanSektor Perolehan & AsetAras 9, Blok C1, Kompleks CPusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 PUTRAJAYA.(u.p: En. Azhar bin Seman)
1.3 Dokumen Tawaran hendaklah mengandungi syarat-syarat berikut:
(a) Semua tawaran harga oleh syarikat hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST;
(b) Syarikat hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran dan mengemukakan nombor pendaftaran GST kepada Agensi;
(c) Sekiranya syarikat yang berjaya adalah berdaftar GST dengan JKDM, Kementerian/Jabatan akan mengeluarkan:
(i) SST/Pesanan Tempatan/Inden Kerja kepada syarikat dengan tawaran harga termasuk kenaan GST bagi perolehan perkhidmatan; dan
(ii) CoGSTR bagi perolehan pembekalan untuk pelepasan kenaan GST
SULIT11
SULIT
(d) Bagi syarikat yang mengisytiharkan tidak dikenakan cukai bawah Akta GST, tetapi akan menjadi syarikat yang berdaftar GST setelah ditawarkan perolehan tersebut, syarikat hendaklah:
(i) Memaklumkan dengan segera kepada Kementerian/Jabatan berkenaan perubahan status pendaftaran syarikat tersebut di bawah Akta GST; dan
(ii) Syarikat hendaklah membuat permohonan untuk pelarasan bagi kenaan GST.
1.4 Semua peralatan dan perisian yang dibekalkan hendaklah merupakan peralatan yang baru atau tulen dan belum digunakan. Pihak Kerajaan berhak menolak mana-mana mesin yang didapati tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan
1.5 Spesifikasi, kualiti dan model yang dibekalkan hendaklah sama seperti yang dinyatakan di dalam Sebut Harga ini.
1.6 Kos bagi perkhidmatan ini hendaklah termasuk kos tenaga buruh, kos sewa pengangkutan, perlindungan insuran dan apa-apa kos yang terlibat dan berkaitan.
1.7 Harga Tawaran hendaklah diisi di dalam ruangan Jadual Tawaran Harga yang disediakan dan hendaklah disahkan dan ditandatangani dengan sempurna.
2. PENYERAHAN DOKUMEN SEBUT HARGA
2.1 Penyebutharga hanya dibenarkan mengemukakan satu tawaran sahaja.
2.2 Penyebutharga perlu mengunci masuk ke sistem eP di dalam Kategori Tawaran Teknikal dan Tawaran Harga.
SULIT12
SULIT
3. PERTANYAAN
3.1 Pertanyaan mengenai Spesifikasi Sebut Harga boleh berhubung dengan pegawai berikut:
Spesifikasi :
- En. Arizan bin Jahidsapian 03 – 8885 5017- En. Muhamad Sarizan bin Jamaludin 03 – 8885 5040
Urus Setia
- En. Azhar Bin Seman 03 - 8885 3246- Pn. Nadiah binti Ahmad 03 - 8885 3236
4. KESIMPULAN
Penyebutharga dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya semasa mengisi dokumen Jadual Spesifikasi Teknikal (Lampiran 2), dan Jadual Tawaran Harga (Lampiran 3) dengan memberikan maklumat tambahan yang diperlukan. Maklumat yang TIDAK lengkap akan menyebabkan dokumen tawaran Sebut Harga tersebut ditolak.
SULIT13
SULIT
LAMPIRAN 2
SULIT14
SULIT
LAMPIRAN 2
JADUAL SPESIFIKASI TEKNIKAL
Bil. Jenis Perabot Deskripsi Mandatori Pematuhan Kepada
Mandatori(Ya/Tidak)
Penerangan Kepada
Pematuhan(Sila berikan keterangan setiap item
yang disyorkan)
1. Meja Komputer
a) Max. size : 1500W x 800D x 750H m
b) Material Table Top : Melamine ChipboardLeg : Laven Metal Leg
c) Including L Metal Trunking Tray
d) Kuantiti : 19 unit
YA
YA
YA
YA
2. Medium Back Chair
a) Max size : 580W x 635D x 1040 - 1140H mm
b) Base : Chrome
c) Kuantiti : 2 unit
YA
YA
YA
3. Low Back Chair
a) Max. size : 580W x 635D
b) Base : Chrome
c) Kuantiti : 36 unit
YA
YA
YA
4. Round Banquet Table
a) Size : 1800W x 900D x 750H mm
YA
SULIT15
SULIT
Bil. Jenis Perabot Deskripsi Mandatori Pematuhan Kepada
Mandatori(Ya/Tidak)
Penerangan Kepada
Pematuhan(Sila berikan keterangan setiap item
yang disyorkan)
b) Material : Table Top : Melamine Chipboard 16mm Metal Leg : 32mm x 32mm Mild Steel Square
c) Kuantiti : 9 unit
YA
YA
5. Banquet Chair
a) Size : 430W x 450D x 950H mm
b) Material : Fabric
c) Frame : Epoxy Black
d) Kuantiti : 100 unit
YA
YA
YA
YA
6. Banquet Chair Trolley
a) Model : BQ - TROLLEY
b) Saiz : 560W x 600D x 1250H mm
YA
YA
7. Kertas dinding
a) Keluasan min. :118m2
b) Ketebalan min. : 2mm
c) Kerja-kerja memasang kertas dinding dengan anggaran keluasan 118m2
dan anggaran ketebalan minimum 2mm.
YA
YA
YA
8. Permaidani (tile carpet)
a) Keluasan : 100m2
b) Ketebalan min. : 176mm
YA
YA
SULIT16
SULIT
Bil. Jenis Perabot Deskripsi Mandatori Pematuhan Kepada
Mandatori(Ya/Tidak)
Penerangan Kepada
Pematuhan(Sila berikan keterangan setiap item
yang disyorkan)
c) Kerja-kerja membuka permaidani sedia ada dan membersih semula kesan pada lantai konkrit
d) kerja-kerja membekal dan memasang permaidani baru
YA
YA
PEMBEKALAN MESTI DIBEKALKAN DALAM TEMPOH ENAM PULUH (60) HARI DARI TARIKH SURAT SETUJU TERIMA DITANDATANGANI
TANDATANGAN:
NAMA:
Sila tandatangan dan lengkapkan nama penama yang menyediakan keperluan spesifikasi teknikal di Lampiran 2 tanpa sebarang nama syarikat/cop syarikat
SULIT17
SULIT
GAMBARAJAH SUSUN ATUR PELAN LANTAI
SULIT18
SULIT
LAMPIRAN 3
SULIT19
SULIT
LAMPIRAN 3
JADUAL TAWARAN HARGA
BIL. PERKARA Jumlah (RM)Bilangan Harga Seunit (RM)
1. Meja Komputer 18 unit
2. Medium Back Chair (Pengajar) 2 unit
3. Low Back Chair (Pelajar) 36 unit
4. Round Banquet Table 9 unit
5. Banquet Chair 100 unit
6. Banquet Chair Trolley 1 unit
7. Wallpaper 118m2
8. Karpet 100m2
JUMLAH KESELURUHAN
Tempoh bekalan selesai dilaksanakan : ........ hari (selepas surat setuju terima dari pihak Kerajaan ditandatangani)
TANDATANGAN :
NAMA :
JAWATAN :
COP SYARIKAT :
**NOTA : SETIAP HARGA YANG DITAWARKAN AKAN DIKENAKAN POTONGAN SEBANYAK 0.8% SEMASA PROSES PEMBAYARAN KERANA MELALUI
SISTEM E-PEROLEHAN
SULIT20
SULIT
LAMPIRAN 4
SULIT21
SULIT
SURAT AKUAN SEBUT HARGA
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,Jabatan Perkhidmatan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Sektor Perolehan dan Aset,Aras 9, Blok C1, Kompleks C,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62510 W.P Putrajaya.
Tuan,
NO. SEBUT HARGA : JPA(S)19/2018
SEBUT HARGA MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERABOT, KERTAS DINDING DAN PERMAIDANI UNTUK BILIK LATIHAN ICT JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga yang telah ditentukan di dalam Lampiran 3. Tawaran ini mempunyai sah laku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh Sebut Harga ini ditutup.
2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya :
a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh Kerajaan untuk penerimaan tawaran kami;
b) Bahawa Kerajaan tidak terikat untuk menerima Sebut Harga dengan harga yang terendah atau mana-mana Sebut Harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu Sebut Harga;
c) Bahawa Kerajaan berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian tawaran Penyebutharga mengikut pakej atau menerima tawaran yang sama lebih daripada satu Penyebutharga;
d) Bahawa keputusan Lembaga Sebut Harga adalah muktamad;
e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal akan ditandatangani antara pihak kami dengan Kerajaan selaras dengan tawaran yang diberikan;
f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga ini berserta dengan Surat Setuju Terima hendaklah menjadi sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;
SULIT22
SULIT
g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang diberikan adalah palsu, Kerajaan boleh menarik balik penganugerahan Sebut Harga yang diberikan kepada dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan
h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat – syarat seperti mana yang dinyatakan di dalam dokumen ini.
Bagi pihak Penyebut Harga
Tandatangan Penyebut harga : ________________________________
Nama Penuh : ________________________________
No. Kad Pengenalan : ________________________________
Alamat / Cap Syarikat : ________________________________
Di hadapan :
Tandatangan Saksi : ________________________________
Nama Penuh Saksi : ________________________________
No. Kad Pengenalan Saksi : ________________________________
Alamat : ________________________________
________________________________
________________________________
SULIT23
SULIT
LAMPIRAN 5
SULIT24
SULIT
(SAP bertarikh 1 April 2010)
SURAT AKUAN PENYEBUTHARGA
Bagi
(Tajuk dan Nombor Tender/Sebut Harga)……………………………………………………
Saya, ...........................…………………………………....... nombor K.P. .........………………...... yang mewakili…………………………………................................................................ nombor Pendaftaran…...........……………………………………………...... dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam .......………………………………................... atau mana-mana individu lain, sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga/Tender* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam ...........……………………………….............. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil:
2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi Sebut Harga di atas; atau2.2 penamatan kontrak bagi Sebut Harga di atas; dan2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih dalam Sebut Harga seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran.
Yang Benar,
……………………………......
SULIT
(Nama Wakil Syarikat) (Nama Syarikat)
(MOF/PKK/CIDB/ROS/ROC/ROB)
(Nama Kementerian/Agensi)
(Nama Kementerian/Agensi)
(Tandatangan)
25
SULIT
(Nama dan No.KP)
Cop Syarikat :Catatan: * Potong mana yang tidak berkaitan.
SULIT26
SULIT
LAMPIRAN 6
SULIT27
SULIT
KESALAHAN RASUAH (AKTA SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA 2009)
1. Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
2. Sekiranya mana-mana pihak menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
3. Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota pentadbiran awam dan menyenaraihitamkan Kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
4. Mana-mana Kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan di bekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi di mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).
28
SULIT
LAMPIRAN 7
29
SULIT
(Kew. 284-Pin. 2/94)Lampiran Q
Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini
KERAJAAN MALAYSIA(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN
SEBUTHARGA UNTUK BEKALAN BARANG-BARANG/PERKHIDMATAN
Kepada (Nama Syarikat). ......................................... Pelawaan Sebutharga dikeluarkan oleh
.................................................................................. Jabatan (Alamat Lengkap)
No. Telefon............................................................... Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
No. Pendaftaran dengan Kementerian Jabatan Perkhidmatan Awam
Kewangan ...... ......... ............................................... Bahagian Khidmat Pengurusan
Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan Sektor Perolehan Dan Aset, Aras 9,
pembelian ini 020101 DAN 020103 Blok C1 Kompleks C, Putrajaya No. Telefon. 03-8885 3236
Tarikh:
1. Sila beri sebutharga untuk bekalan barang-barang/perkhidmatan yang disenaraikan di bawah
tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:
1.1 Syarat Penyerahan/Penyempurnaan kepada Ketua Pengarah dengan sempurna
1.2 Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan akan ditentukan.
1.3 Arahan Pengirim hantar dengan tangan.
1.4 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul surat berlakri dan bertanda
”No. Sebutharga JPA(S)19/2018
1.5 Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran yang berkenaan di alamat di atas
30
No. Sebutharga Bil. JPA(SII)06/2018
SULIT
tidak lewat pada jam 12.00 tengahari 11 Julai 2018
1.6 Tempoh sahlaku sebutharga hendaklah sembilan puluh (90) hari selepas tarikh tutup.
Tarikh:
Nama Pegawai : Azhar bin Seman
Jawatan : Penolong Pengarah
Bil Perihal barang-barang/perhidmatan dan Syarat-syarat Khas
UnitUkuran
Kuantiti/ Kekerapan
Kadar Seunit(RM)
HargaKeseluruhan(RM)
Untuk diisi oleh JabatanUntuk disi oleh
Penyebutharga
MEMBEKAL, MENGHANTAR DAN MEMASANG PERABOT,
KERTAS DINDING DAN PERMAIDANI UNTUK BILIK
LATIHAN ICT JABATAN PERKHIDMATAN
AWAM
Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ditawarkan.......................................
*sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan
1 Lot
Jumlah
(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih; dan
(ii) Tarikh Penyerahan/Penyempurnaan ialah ...........................................
Saya/Kami dengan ini menawar untuk membekalkan barang-barang/perkhidmatan di atas dengan harga dan
syarat-syarat yang ditunjukkan di atas dengan tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.
Tandatangan Penyebutharga : ..........................................
Nama dan K/P : .........................................
31
SULIT
Alamat Syarikat : ..........................................
Tarikh : ..........................................
32