Post on 07-Sep-2020
POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAHJABATAN KEJURUTERAAN AWAM
DIPLOMA GEOMATIK UKURKURSUS PENGAJIAN MALAYSIA DUB 1012
TAJUK:DELEGASI KE LONDON DALAM PROSES
MENUNTUT KEMERDEKAAN. SATU KAJIAN TINDAKAN.
NAMA PENSYARAH:ENCIK MOHAMMAD NOOR ZAIDI BIN
ZAWAWI
AHLI KUMPULAN
NAMA AHLI NO. MATRIKS
WAN AHMAD NURUDIN BIN WAN SABRI
02DGU16F1009
MUHAMMAD AMIN BIN MOHD AZMAN
02DGU16F1060
MOHAMAD ALIFF HAIQAL BIN HASHIM
02DGU16F1042
MUHAMMAD BIN MOHD TAUFEK
02DGU16F1051
PENGHARGAAN
Alhamdullilah, segala puji ke hadrat Ilahi diatas limpahan rahmat dan Inayah-Nya,
dapatlah kami menyiapkan kajian Pengajian Malaysia yang bertajuk Delegasi Ke
London Dalam Proses Menuntut Kemerdekaan. Selawat dan salam ke atas rasul
junjungan, Nabi Muhammad S.A.W.
Pada kesempatan yang penuh bermakna ini, kami ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohammad Noor Zaidi Bin
Zawawi selaku pensyarah Pengajian Malaysia yang telah memberikan tunjuk ajar
dan dorongan kepada kami sepanjang proses kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Pada kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada kedua ibu bapa kami
yang berjauhan kerana sentiasa memberikan sokongan moral mahupun kewangan
kepada kami sepanjang melaksanakan kajian ini. Sokongan moral daripada mereka
berdua amat penting di saat-saat kami ketandusan idea.
Buat teman-teman seperjuangan, terima kasih juga diucapkan kerana sudi
memberi bantuan kepada kami seperti memberi sokongan dan mengeluarkan idea-
idea bernas sewaktu kami hampir berputus asa mnyiapkan kajian ini. Segala idea
kalian kami sambut dengan lapang dada. Semoga segala usaha dan cita-cita kita
diberkati Allah hendak-Nya.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
dalam menyelesaikan kajian ini. Segala budi dan jasa yang kalian hulurkan hanya
Allah S.W.T yang dapat membalasnya. Semoga kita beroleh rahmat dan
perlindungan daripada Allah S.W.T .
PENGENALAN
Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu telah mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 setelah sekian lama dijajah oleh kuasa luar. Satu
proses yang agak panjang telah diambil bagi mendapatkan kemerdekaan dengan
pelbagai proses dan cabaran dilalui.
Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun selama 4 tahun dan seterusnya
pernah ditadbir oleh British. Peristiwa pernah dijajah oleh kuasa luar menjadikan
rakyat Tanah Melayu kesedaran betapa semangat mereka untuk keluar daripada
jajahan kuasa luar dan seterusnya memiliki tanah air sendiri tanpa ditadbir oleh
kuasa luar.
Semangat untuk merdeka yang disuarakan oleh rakyat telah membuka mata
pembesar-pembesar di Tanah Melayu ketika itu. Pembesar-pembesar di Tanah
Melayu telah menempuh pelbagai cabaran dan proses termasuklah telah
mengadakan satu rundingan ke London diketuai oleh Tunku Abdul Rahman pada
1956 dan mengambil masa selama 3 minggu. Matlamat rombongan ini diadakan
bertujuan berunding kemerdekaan antara Tanah Melayu dengan British.
Setelah melihat kepada kesungguhan dalam memerdekakan Tanah Melayu,
usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejak dari itu, Tanah Melayu telah membentuk
sebuah negara yang mantap dan matang sehinggalah tercetusnya idea untuk
menukar Tanah Melayu kepada Malaysia. Akhirnya, terbentuklah Malaysia pada
16 September 1963 yang kini dikenali sebagai Hari Malaysia.
TINJAUAN DELEGASI KE LONDON
Dalam usaha mencapai kemerdekaan daripada penjajah, semua negara di dunia
mempunyai pelbagai kisah dan pengalaman tersendiri dalam memperjuangkan
kemerdekaan. Ada yang berjuang sehingga berlakunya pertumpahan darah dan
melibatkan kehilangan nyawa, ada yang terpaksa bersekutu dengan militan dan
gerakan bawah tanah. Pada masa yang sama, ada juga yang percaya tanpa
keganasan atau senjata boleh membawa kepada keamanan dan kemerdekaan.
Dalam konteks kemerdekaan negara ini, negara kita telah memilih untuk tidak
melibatkan pertumpahan darah dan kehilangan nyawa, ia dicapai melalui cara yang
berhemah iaitu melalui rundingan tanpa perlu menumpahkan darah. Inilah perkara
paling unik yang membezakan Malaysia dengan negara-negara lain dalam
perjuangan kemerdekaan setelah dijajah selama 446 tahun. Tarikh keramat 31
Ogos 1957 terus terpahat dalam sejarah sebagai hari negara ini bebas dari
cengkaman penjajah yang sentiasa menjadi dalang demi untuk kepentingan
sendiri.
PERCUBAAN PERTAMA UNTUK
MENDAPATKAN KEMERDEKAAN
TERJADI PADA 1954
TIDAK BERJAYA
BERTEMPAT DI
LONDON
Sebelum Tunku Abdul Rahman dan rombongan berangkat ke London pada
21 April 1954, sepucuk surat telah dihantar kepada Setiausaha Tanah Jajahan
Takluk British, Olivier Littleton untuk mengadakan pertemuan. Tetapi jawapan
yang diterima adalah sebaliknya.
Pada tahun yang berikut, Pilihan Raya Persekutuan yang pertama diadakan.
Parti Perikatan yang ketika itu merupakan gabungan UMNO dan MCA
memenangi 51 daripada 52 kerusi kerusi yang ditandingi. Satu kerusi lagi
dimenangi oleh PAS di kawasan Kerian, Perak. Tunku Abdul Rahman dilantik
sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu yang pertama dan MIC yang
mewakili kaum India menyertai parti tersebut pada tahun 1955. Beliau membentuk
sebuah kabinet yang dianggotai oleh 10 orang menteri yang terdiri enam orang
daripada UMNO, tiga orang daripada MCA dan seorang daripada MIC.
Pada tahun 1955, Tunku Abdul Rahman sekali lagi pergi ke London untuk
berunding tentang kemerdekaan Malaya. Tunku Abdul Rahman telah membawa
rombongan untuk berunding di London. Antara anggota rombongan tersebut
adalah Tunku Abdul Rahman, seorang setiausaha, empat wakil PERIKATAN.
Rundingan mengenai Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ini berlangsung
selama 3 minggu di London merupakan satu lagi kejayaan Parti PERIKATAN.
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu dan pemimpin
Parti Perikatan telah menghantar satu memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan
British di London pada Ogos 1955 untuk membuat rundingan kemerdekaan bagi
Tanah Melayu. Memorandum tersebut diserahkan kepada Alan Lennox-Boyd,
Setiausaha Negara Tanah Jajahan. Pada 1 Januari 1956, Tunku Abdul Rahman
telah mengetuai rombongan ke London untuk menuntut kemerdekaan. Rundingan
ini melibatkan empat orang wakil Raja Melayu dan empat orang wakil Perikatan.
Wakil Raja-raja
Melayu
Dato’ Panglima Bukit Gantang Haji Abdul Wahab bin
Toh Muda Abdul Aziz (Wakil Sultan Perak)
Dato’ Nik Ahmad Kamil (Wakil Sultan Kelantan)
Dato’ Mohd Seth Mohd Said (Wakil Sultan Johor)
Abdul Aziz Majid (Wakil Sultan Selangor)
Abdul Kadir Shamsuddin (Setiausaha wakil raja-raja)
Wakil Perikatan Tunku Abdul Rahman
Dato’ Abdul Razak Hussein
ROMBONGAN KE LONDONBERLANGSUNG SELAMA 3
MINGGU
PERJANJIAN LONDON DIMETERAI
KEMERDEKAAN PADA AKHIR BULAN OGOS
RUNDINGAN KEMERDEKAAN
Dr. Ismail Abdul Rahman
Kolonel H.S.Lee
T.H.Tan (Setiausaha Perikatan)
Wakil Kerajaan
British
Alan Lennox-Boyd (Setiausaha Negara Tanah Jajahan
British)
John Hore (Menteri Negara)
Donald MacGillivary (Pesuruhjaya Tinggi British bagi
Persekutuan Tanah Melayu)
David Watherston (Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah
Melayu)
Oscar Spencer (Menteri Hal Ehwal Ekonomi
Persekutuan Tanah Melayu)
Individu yang terlibat dalam rundingan ke London
Perjalanan Tunku Abdul Rahman bersama rombongan kemerdekaan ke
london mengambil masa yang agak lama kerana mereka pergi ke london dengan
belayar menaiki kapal. Tujuan mereka memilih kapal laut berbanding kapal
terbang adalah kerana pihak rombongan delegasi kemerdekaan ingin merangka
dan menyusun segala hujah dan membidas segala pertanyaan dan kekeliruan yang
akan dilontarkan pihak British. Akan tetapi mereka pulang ke tanah air menaiki
kapal terbang kerana mereka ingin menyatakan berita gembira kepada rakyat tanah
air. Pada 1hb Januari 1956, Tunku dan rombongan bertolak ke Karachi, Pakistan
dengan kapal laut MV Asia dari Singapura. Dari Karachi, mereka meneruskan
penerbangan ke Kaherah seterusnya ke London.
Mereka tiba di london pada 14 Januari 1956. Mereka kemudiannya
berunding dengan perwakilan kerajaan British, Setiausaha Negara bagi Tanah
Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi British di Persekutuan Tanah Melayu dan lain-lain.
Rundingan berjalan dari 16 Januari hingga 6 Februari 1956.
Persidangan Meja Bulat di Lancaster House, London bermula pada 18
Januari 1956. Persidangan diadakan untuk membuat rundingan yang berkaitan
dengan kemerdekaan Tanah Melayu, hal-hal kewangan, pentadbiran, keselamatan
dalam negeri, pertahanan dan hal ehwal negeri serta penubuhan jawatankuasa
bebas untuk membentuk perlembagaan baharu dan mengkaji kedudukan istimewa
Raja-raja Melayu. Perjanjian Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
ditandatangani pada 8 Februari 1956 bagi mengakhiri rundingan kemerdekaan
selama tiga minggu tersebut dengan beberapa persetujuan telah berjaya dicapai.
Pada kali ini, beliau berjaya dan hasil daripada rundingan ini Perjanjian
London ditandatangani pada 8 Februari 1956 dan mengikut pada perjanjian
tersebut Tanah Melayu akan mendapat kemerdekaan pada tarikh 31 Ogos 1957.
Selepas persidangan tersebut, sebuah suruhanjaya telah ditubuhkan.
Suruhanjaya ini dinamakan suruhajaya Reid. Dalam penggubalan perlembagaan
Persekututan Tanah Melayu, suruhanjaya ini mestilah mengambil semua
pandangan daripada masyarakat Tanah Melayu. 131 memorandum bertulis
daripada orang perseorangan dan beberapa pertubuhan telah diterima oleh
suruhanjaya tersebut.
Delegasi rundingan kemerdekaan yang kembali dari London pada 20
Februari 1956 disambut dengan meriah sepanjang jalan, iaitu dari Lapangan
Terbang Batu Berendam ke Padang Hilir, Melaka dengan iringan sepasukan
pemuda bermotosikal dan berpuluh kereta. Tunku Abdul Rahman mengumumkan
kemerdekaan akan dicapai secara rasmi pada 31 Ogos 1957 di hadapan 100 000
orang berkumpul di Padang Bandar Hilir, Melaka.
Sejak itu, tanah air ini telah berjaya melakar pelbagai kejayaan dan
kemakmuran yang membanggakan selama 52 tahun untuk dikongsi bersama setiap
warganya tanpa mengira kaum, agama dan kedudukan.
KESIMPULANSejarah untuk mencapai kemerdekaan telah membuktikan bahawa Tanah
Melayu diceroboh oleh kuasa asing. Justeru masyarakat Melayu selaku masyarakat
pribumi telah mengusahakan pelbagai cara untuk mengembalikan kedaulatan
dengan mengorbankan jiwa dan raga mereka. Perjuangan ini kemudiannya disusuli
bersama-sama berusaha untuk memartabatkan sebuah negara yang merdeka.
Kerjasama dan tolak ansur antara kaum akhirnya membuahkan hasil apabila
kemerdekaan berjaya dikecapi dan matlamat mendirikan negara berdaulat tercapai
pada tahun 1957.
Seiring dengan perjalanan masa dan perkembangan politik, rancangan
menubuhkan persekutuan Malaysia yang merangkumi Tanah Melayu, Singapura,
Sabah, Sarawak dan Brunei digagaskan dan akhirnya dilaksanakan pada 16
September 1963. Namun, Singapura telah terkeluar daripada Persekutuan Malaysia
selepas 2 tahun Persekutuan Malaysia ditubuhkan. Penubuhan Malaysia
sesungguhnya telah memberi banyak faedah pada Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak sama ada dari segi politik mahupun sosioekonomi.
LAMPIRAN
ROMBONGAN DELEGASI KEMERDEKAAN KE LONDON
BENDERA UNION JACK DITURUNKAN
DELEGASI KEMERDEKAAN BERSAMA PEMIMPIN PARTI PERIKATAN
TUNKU ABDUL RAHMAN MENANDATANGANI PENETAPAN TARIKH KEMERDEKAAN
PERARAKAN SEMPENA MENYAMBUT KEMERDEKAAN KALI PERTAMA
TANDATANGAN TOKOH YANG TERLIBAT DALAM RUNDINGAN KEMERDEKAAN 1956 DI LONDON
RUJUKAN
m.utusan.com.my/rencana/tiga-kali-ke-london-1.129620
fourstargirls.blogspot.my/2016/03/kursus-pengajian-malaysia-dub-
1012.html?m=1
amirulrique.blogspot.my/2014/10/pengenalan.html?m=1
wanmuhamadsyahmi.blogspot.my/2014/09/pembentukan-kemerdekaan—
malaysia.html?m=1
Buku Pengajian Malaysia Tahun 2016