Post on 15-Dec-2015
Definisi Pembersihan Etnik
Pembersihan etnik bererti memaksa kumpulan etnik lain keluar dari kediaman dan
kawasan yang diduduki mereka,dan sekiranya mereka enggan, mereka akan dibunuh.
Tujuannya adalah mendominasi kawasan tersebut untuk kepentingan kumpulan etnik tertentu.
Puak Serb di Bosnia berubah kepada pembersihan etnik sebagai salah satu cara untuk
menghapuskan kumpulan etnik pembangkang. Diertikan sebagai “Pemindahan paksa
kumpulan etnik dari sesuatu wilayah, disertai dengan pembunuhan dan pelanggaran hak
manusia”GoldsteinSerbs.
Perbezaan Etnik di Yugoslavia
• Republik Croatia : (4.67 juta)
– Agama: 77% Roman Katolik; 11% Serbia Ortodok
– Kerakyatan: 78% Croat,12% Serbia
• Republik Persekutuan Yugoslavia (termasuk Kosovo, dan pelarian): (11.21 juta)
– Agama: 65% Serbia Ortodok, 19% Islam, 4% Roman Katolik, 1% Protestan,
11% lain-lain
– Kerakyatan: 63% Serbia, 14% Albania, 6% Montenegro, 4% Hungary, 13%
lain-lain
• Republik Bosnia dan Herzegovina: (3.36 juta)
– Agama: 40% Islam, 31% Serbia Ortodok, 15% Roman Katolik
– Kerakyatan:40% Serbia, 38% Muslim, 22% Croatia
Pendahuluan
Yugoslavia merupakan salah satu negara yang terhasil daripada Perang Dunia
Pertama, tetapi kemudiannya berpecah di penghujung era Perang Dingin. Perlembagaan
Yugoslavia pada tahun 1974 adalah gabungan elemen persekutuan dan persekutuan negeri-
negeri sekaligus membuktikan Yugoslavia merupakan sebuah negara yang goyah. Kematian
Joseph Tito pada tahun 1980 dan ketiadaan kuasa menggantikan beliau
menjadikan Yugoslavia berdepan dengan era keruntuhan. Desakan ekonomi,krisis politik
dalaman, disusuli dengan gerakan nasionalisma dan tuntutan pemisahan wilayah
menambahkan lagi kelemahan Yugoslavia.
Pada tahun 1980-an, ekonomi Yugoslavia yang sebelum ini berada di tahap yang baik
menjadi lemah disebabkan oleh sistem pentadbiran yang tidak efektif. Gerakan nasionalisma
semakin kuat di seluruh negara. Pada tahun 1986, golongan intelek di Akademi Sastera dan
Sains di Belgrade telah mengeluarkan satu memorandum menyeru kebangkitan
nasionalis Serbia. Berikutan dari tindakan, ditambah pula dengan semangat anti komunis,
pergerakan nasionalisme kemerdekaan menjadi semakin kuat di Slovenia dan Croatia.
Semasa era Tito, beliau cuba mensosialkan rakyat Yugoslavia dengan satu budaya
hidup yang sama. Penganut Muslim dan Kristian diberi peringatan bahawa pengamalan ajaran
agama masing-masing mampu menyebabkan kedua-dua pihak saling bermasam muka dan
menyekat proses sosial antara etnik. Cara hidup dan cara berpakaian Islam tradisional telah
dibasmi sehingga tiada ciri-ciri yang dapat membezakan Muslim dengan yang lain, hanya
nama keluarga sahaja yang dapat mencirikan agama mereka. Pendek kata, segelintir sahaja
menyerlahkan identiti Islam. Sesiapa yang mengamalkan ajaran agama akan dibenci oleh
masyarakat atau dipenjarakan. Bentuk pencegahan konflik yang dilaksanakan oleh Tito adalah
Tekanan serta Penafian Konflik.
Punca Krisis
Pada Januari 1990, Parti Komunis, institusi utama kepada penyatuan
rakyat Yugoslavia musnah sama sekali apabila delegasi Slovenia bertindak keluar daripada
Kongres Yugoslavia. Pilihanraya yang melibatkan berbagai parti telah berlangsung beberapa
bulan kemudian menjadikan golongan nasionalis berkuasa di semua wilayah.
Krisis perlembagaan adalah faktor terakhir kepada kemusnahan Yugoslavia ini. Berdasarkan
kepada sistem penggiliran presiden yang dibuat selepas kematian Tito, Stipe Mesic iaitu
seorang Croat sepatutnya menjadi Presiden pada 15 Mei 1991. Serbia dengan
sokongan Montenegro, menghalang perlantikan ini. Slovenia masalah persekutuan ini dengan
mengisytiharkan kemerdekaannya pada 25 Jun 1991 diikuti dengan konflik yang singkat
tanpa masalah etnik dengan Serbia. Perjuangan Croatia untuk merdeka menjadi lebih sukar
apabila Fanjo Tudjman, seorang nasionalis dari Kesatuan Demokratik Croatia (HDZ)
memenangi pilihanraya pada Mei 1990, ini menyebabkan keregangan hubungan dengan
majoriti Serb Croat dengan membangkitkan sejarah lama tentang negara Ustasha fasis yang
dibentuk pada Perang Dunia Kedua. Diikuti pengumuman draf perlembagaan yang tidak
menyebut tentang perlindungan minoriti Serb atau hak-hak budaya mereka, Serb di kawasan
Knin melancarkan kebangkitan pada Ogos 1990 menuntut kuasa autonomi ke atas kawasan-
kawasan yang didominasi Serb di Bosnia. Deklarasi kemerdekaan pada 25 Jun 1991
mencetuskan tentangan yang begitu hebat. Pergaduhan yang melibatkan kumpulan-kumpulan
etnik kemudiannya menjadi ilham dalam perjuangan Republic Croatia untuk mendapat
kemerdekaan dari persekutuan.
Bagi Bosnia-Herzegovina pula, ia memperolehi kemerdekaan sebelum meletusnya konflik
yang lebih besar. Bosnia memperolehi kemerdekaan pada 7 April 1992. Berita ini diterima
oleh puak-puak etnik lain di Sarajevo dengan kegembiraan, kekecewaan dan hasad dengki.
Perdana Menteri Croat di Bosnia meletak jawatan, begitu juga dengan dua orang menteri Serb
dalam kabinet Bosnia. Walau bagaimanapun, kabinet asal Bosnia pimpinan Presiden
Izetbegovic masih mempunyai menteri Muslim Bosnia, serta menteri berketurunan Serb dan
Croat.
Pada tarikh yang sama, negara Serbia yang terletak di timur Bosnia-Herzegovina
melancarkan kempen Serbia Raya (Greater Serbia) iatu usaha menyatukan orang Serb di
Bosnia dan Croatia dengan Serb di Serbia. Tidak semua orang Serb bersetuju dengan gagasan
ini kerana mereka masih taatkan negara asal. Kawasan-kawasan yang termasuk dalam
gagasan ini ialah wilayah di timur dan utara Bosnia yang termasuk dalam propaganda
membentuk Koridor Utara untuk orang Serb. Di Croatia, Presiden Fanjo Tudjman juga
mengemukakan idea Croatia Raya (Greater Croatia) dan menentang minoriti pemberontak
Serb Croatia yang boleh menjadi batu penghalang dalam merealisasikan cita-citanya.
Ditambah pula dengan kemunculan Parti Hak-hak Croatia (HOS) secara terbuka berkempen
menentang Serbia Raya. HOS aktif menentang Serb di Croatia dan kemudian meluaskan
pengaruhnya ke Bosnia-Herzegovina. Pergeseran yang berlaku dalam negara Serbia dan
Crotia merebak ke dalam negara Bosnia sehingga menjerumuskan Bosnia ke dalam
konflik. Bosnia sebagai negara yang terletak di tengah-tengah antara Croatia dan Serbia tidak
ubah seperti pelanduk yang tersepit di antara dua gajah apabila Croatia dan Serbia masing-
masing ingin memperluaskan wilayah mereka hingga ke dalam wilayah Bosnia-Herzegovina.
Dari segi sejarah, apabila Bosnia-Herzegovina dijajah Austria pada
1878, Austria berusaha untuk menangkis aktiviti perluasan wilayah
oleh Serbia. Yugoslavia memperoleh wilayah pada 1918, di
mana Slovenia dan Croatia memutuskan untuk bergabung dengan Serbia dan Montenegro.
Pada tahun 1941, Negara Merdeka Croatia menjajah Bosnia-Herzegovina dan mengumumkan
orang Muslim sebagai “penduduk asal Croat”. Pada penghujung Perang Dunia
Kedua, Bosnia dilindungi oleh Tito yang tidak mahu Bosnia dijadikan agenda dalam
perebutan wilayah oleh republik Croatia dan Serbia. Sempadan Bosnia-Herzegovina menjadi
punca meletusnya konflik antara kedua-dua republik sejak beratus tahun. Pada 1921,
Pertubuhan Muslim Yugoslavia (JMO) berpegang pada kata-kata janji Belgrade bahawa
Bosnia-Herzegovina akan dikekalkan sempadan pemerintahan walaupun negara
baru Yugoslavia dibentuk. Pada tahun 1929, Raja Alexander cuba memperbaiki
konflik Croatia dan Serbia dengan memansuhkan wilayah kebangsaan, dengan cara
melibatkan wilayah Vrbas dan Drina dalam republik Bosnia-Herzegovina.Pada tahun 1939,
Belgrade telah merombak semula sempadan wilayah dengan kawasan Posavina di barat
Bosnia dan hampir keseluruhan kawasan tengah diberikan kepada Croatia; sementara
Cazinska, Krajina, Banja Luka, Sarajevo, dan timur Bosnia diberikan kepada Serbia yang
beribu pejabat di Belgrade. Pembahagian itu telah dibuat tanpa mempedulikan kepentingan
Muslim.
Semasa era Tito, beliau mempertimbangkan untuk membahagikan Bosnia-
Herzegovina tetapi terbukti cara untuk mampu menyebabkan perpecahan dan beliau
menghentikan hasratnya itu. Pada 1943, dalam mesyuarat penentuan wilayah, Serbia meminta
autonomi di bawah kerajaan pusat Yugoslavia, tetapi Muslim Bosnia menginginkan status
republik. Tito memutuskan Bosnia-Herzegovina dinaik taraf sebagai republik, sama
seperti lima republik Yugoslavia yang lain.
Konflik pada peringkat awalnya adalah berunsurkan perebutan kepentingan politik
untuk menguasai pemerintahan negara-negara bekas Yugoslavia serta nasionalis menuntut
kemerdekaan, namun telah merebak menjadi konflik nilai apabila melibatkan faktor sejarah
lama, pergeseran agama, identiti serta budaya. Kedua jenis konflik ini berkembang sehingga
menjadi konflik perhubungan apabila melibatkan puak majoriti dan minoriti sama ada di
Croatia, Serbia dan Bosnia-Herzegovina. Pada peringkat ini, petanda-petanda awal konflik
dapat dilihat dengan begitu dan semuanya sudah terlewat. Tiada satu pun pihak yang
menangani dan mengelakkan konflik ini sama ada di peringkat pemimpin, ataupun parti-parti
politik.
Pelaku-pelaku yang Terlibat
Pelaku yang terlibat dalam krisis ini ialah pelaku individu, pelaku negara, dan pelaku
antarabangsa. Pelaku individu ialah Slobodan Milosevic, Alija Izetbegovic dan Fanco
Judjman. Pelaku negara ialah Serbia, Croatia dan Bosnia-Herzegovina.Pelaku antarabangsa
ialah PBB, EU, NATO dan US.
Slobodan Milosevic melancarkan gagasan Serbia Raya iaitu menyatukan semua orang
Serb di Bosnia dan Croat dengan Serb di Serbia serta meluaskan penaklukan di kawasan timur
dan utara Bosnia dalam gagasan Koridor Utara untuk menempatkan orang Serb apabila cita-
cita beliau berjaya. Alija Izetbegovic adalah seorang nasionalis yang mahu menyatukan
Muslim Bosnia, Croat Bosnia dan Serb Bosnia di bawah sebuah negara yang berbilang etnik
tetapi pada masa yang sama beliau dikenali sebagai pejuang komuniti Islam serta sering ke
negara-negara Islam mencari pengaruh dan rangkaian. Tudjman merupakan nasionalis
Croatia, anti-Serbia dan mahu menubuhkan Croatia Raya untuk seluruh Croatia di tiga negara
tersebut. Walaupun Tudjman amat bersetuju dengan idea Izetbegovic berkenaan kemerdekaan
negara dari Yugoslavia tetapi Tudjman kurang bersetuju dengan cita-cita Islamik Izetbegovic
khususnya kepada Croat Bosnia. Ketiga- tiga pelaku individu inilah yang menjerumuskan
negara masing-masing ke kancah konflik.
Di peringkat antarabangsa, masyarakat antarabangsa yang paling hampir dari segi
geografi- EU- awalnya tidak ambil peduli dengan konflik di Bosnia-Herzegovina kerana
menganggap ia konflik dalaman Yugoslavia dan patut diselesaikan oleh pelaku-pelaku
dalaman itu sendiri sama ada individu, parti atau negara. PBB pula mengharapkan EU
melakukan campurtangan terlebih dahulu dalam konflik disebabkan oleh kekangan sumber
kewangan dan ketenteraan, dan US pula mempunyai misi di Teluk serta agenda dalam
pilihanraya presiden.
Plot Krisis Mengikut Kronologi
Permulaan Krisis 1992 – 1993
Pergeseran di antara kerajaan Bosnia dan Serb Bosnia bermula apabila Izetbegovic
memohon kemasukan polis dan pasukan simpanan di Sarajevo, dan kerajaan meminta Serb
Bosnia meninggalkan bandar pada 4 April 1992. Beberapa pegawai Serb meninggalkan
bandar tetapi berjanji kepada Serb yang masih kekal bahawa mereka akan kembali dalam
beberapa hari. Pada 6 April, Serb mula menembak Sarajevo. Pada 7 dan 8 April, diikuti
dengan pengisytiharan antarabangsa ke atas Bosnia-Herzegovina, tentera Serb merentasi
Sungai Drina (sempadan Bosnia dengan Serbia) dari Serbia, mengepung bandar-bandar
Muslim di Zvornik, Visegrad dan Foca di timur Bosnia. Pada pertengahan April,
keseluruhan Bosnia terhimpit di dalam kancah peperangan.
Bosnia dalam beberapa minggu itu cuba menyekat keganasan etnik dari merebak.
Pertahanan bandar telah dibentuk oleh kerajaan Bosnia iaitu yang melibatkan golongan
Muslim, Serb Bosnia yang setia dan Croat Bosnia. Pentadbiran Croat di Vares berjaya
menghalang konflik etnik, dan usaha gencatan senjata giat dijalankan di Velika Kladusa. Di
Sarajevo, perhimpunan pro-demokrasi dibentuk. Walaubagaimanapun, usaha-usaha ini gagal
kerana semua pihak telah bersedia untuk berperang. SDS, parti kerajaan Bosnia telah
melakukan langkah berjaga-jaga kerana mendapat tahu bahawa populasi Serb telah
meningkatkan jumlah pengkalan dan depot tentera. JNA, tentera Serbia telah
mengepung Sarajevo yang akan memberi kelebihan ketika peperangan kelak. Enam minggu
pertama, pasukan khas dan separa tentera Serb disokong oleh JNA telah memasuki timur
Bosnia melalui Serbia, dan JNA memasuki barat Bosnia dari Croatia.
Pada 26 April, kedua-dua pihak telah dipanggil bermesyuarat di Macedonia. Jeneral
Serb dan Jeneral Croat dipanggil untuk menyelasaikan masalah politik (political settlement)
dalam dalam perbincangan EU, Izetbegovic diarah untuk mengeluarkan saki-baki tentera dan
pegawai JNA keluar dari Bosnia atau beliau merubah struktur tenteranya di Bosnia.
Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak menolak cadangan EU ini.
Pertempuran bersambung apabila Serb Bosnia menyerang dua bandar Muslim.
Keesokannya, Presiden Bosnia, Izetbegovic diculik oleh pegawai JNA di Sarajevo. JNA ingin
menggunakan Izetbegovic sebagai tebusan kepada pengunduran JNA dari Sarajevo dengan
perlindungan UNPROFOR (Tentera Perlindungan PBB). Pihak Muslim tidak menerima cara
ini dan menyerang konvoi JNA dan dua pertiga terkorban ketika dalam perjalanan. Gencatan
senjata ditandatangani pada 18 Mei disusuli dengan pengunduran saki baki JNA dari Bosnia.
Keadaan kemudiannya menjadi bertambah tidak terkawal dan keganasan menular
di Bosnia. Pasukan Palang Merah ditembak dan konvoi PBB dirampas. Tembak-menembak
yang berterusan di Bosnia mengundang minat pihak Barat tentang isu krisis kemanusiaan
dengan kematian ramai orang awam di Sarajevo pada 27 Mei. Lantaran itu, Majlis
Keselamatan PBB pada 30 Mei (Resolusi 757) mengambil tindakan mengenakan sekatan
kepada Yugoslavia (Serbia dan Montenegro). Keganasan berterusan dan masyarakat
antarabangsa menggesa lapangan terbang Sarajevo dibuka untuk membolehkan penerbangan
bantuan kemanusiaan. Pada 20 Mei, gencatan senjata yang memberi izin kepada PBB untuk
mengambil alih lapangan terbang telah dicabuli oleh kedua-dua pihak, yang mana mereka
bertelagah mahu mengawal sempadan di antara lapangan terbang dan bandar.
Pada 26 Jun, Boutros Ghali memberi Serb 48 jam untuk menghentikan serangan ke
atas Sarajevo. Beliau mahu Serb membenarkan PBB mengambil alih lapangan terbang dan
meletakkan senjata berat mereka di bawah pemantauan PBB seperti yang telah dipersetujui
dalam perjanjian gencatan senjata yang dirunding oleh Lewis MacKenzie, komander
UNPRPOFOR di Sarajevo. Pada masa yang sama Presiden Bush bermesyuarat dengan
penasihatnya tentang kemungkinan menggunakan kuasa tentera di Bosnia. Presiden Perancis
pada 28 dan 29 Jun melakukan lawatan ke Sarajevo. Drama berakhir apabila Serb
memulangkan lapangan terbang kepada UNPROFOR.
Di luar Sarajevo, Serb telah berbulan-bulan mengepung bandar-bandar
majoriti Muslim di sepanjang sungai Drina dan Sava dan menghalau keluar orang Muslim.
Serb menghala ke utara dan tengah Bosnia. Muslim kemudiannya mengambil balik kawasan
ini. Pada Jun 1992 Serb melancarkan serangan balik dan memenangi kawasan tengah Bosnia.
Serb juga gagal mengekalkan koridor utara di antara Banja Luca di barat dan Semberija serta
Serbia di timur. Di timur Bosnia, pasukan gerila Bosnia telah melancarkan serangan waktu
musim sejuk 1992 -1993, menentang Serb di Tuzla-Zvornik dan mensasarkan tembakan
mortar ke sempadan Serb Bosnia di timur Srebrenica.
Pada Januari 1993, pertempuran meletus di antara Croat dan Muslim di tengah Bosnia.
Muslim mendapati mereka telah diserang oleh kedua-dua pihak. Hal ini disebabkan konflik
Muslim dan Croat adalah berkenaan pembahagian Bosnia yang dicadangkan di bawah
perancangan Pelan Vance-Owen. Serb telah melancarkan serangan di timur Bosnia pada
musim bunga 1993 dan mencabuli Pelan Vance-Owen. Perkara ini menimbulkan konfrantasi
dengan NATO kerana kebimbangan Serb mungkin akan menyerang bandar. Penghujung
tahun 1993, Muslim begitu terdesak untuk mempertahankan bandar yang berada di bawah
kawalan Croat di tengah Bosnia. Crotia dan Croat Bosnia terlibat dalam pembersihan etnik di
kem-kem Muslim. Sebagai tindak balas, Majlis Keselamatan PBB mengeluarkan kenyataan
pada Februari 1994 mengancam Crotia dengan sekatan. Di peringkat ini Croat dan Serb
sebenarnya telah bersetuju untuk melancarkan serangan bersama menentang Muslim.
Tembakan di Pasar Markala pada Februari membawa kepada pakatan Muslim-Croat-Crotia di
bawah tajaan Amerika. Pemerhati tentera antarabangsa menyifatkan pertentangan di Bosnia
berterusan disebabkan oleh kedua-dua Serb dan Muslim tiada disiplin, lemah dari segi
memberi arahan dan dan kawalan manakala Serb pula tidak mahu mengambil risiko. Tentera
Serb telah dibekalkan dengan minyak oleh Croat selama 18 bulan pada 1993 hingga 1994.
Tetapi bekalan ini terhenti pada Disember 1994 dan ini di fahami sebagai tanda-tanda awal
persedian Croat menentang Serb.
Krisis-krisis Besar, 1993 – 1994
a) Srebrenica, April 1993
Krisis pertama yang diberi tindak balas oleh Barat ialah serangan Serb ke atas
Srebrenica pada awal April 1993 kerana Srebrenica merupakan pusat aktiviti gerila Muslim
yang mana gerila Muslim telah menyerang bandar-bandar dan perkampungan Serb di timur
Bosnia pada musim sejuk 1992 – 1993. Serangan Serb dilihat sebagai provokasi untuk
melemahkan Pelan Vance-Owen. Akibatnya pelarian terperangkap di Srebrenica dan
menimbulkan isu penganiayaan terhadap manusia. Pegawai Memerintah PBB sendiri telah
merentasi garisan Serb dan menaikkan bendera PBB di Srebrenica dalam usaha
menyelamatkan pelarian. Pada April, Serb melancarkan serangan ke Sarajevo serta Srebrenica
dan menghancurkan Srebrenica. Serangan ini dikuti dengan tertangguhnya rundingan
gencatan senjata oleh Jeneral Serb di Sarajevo, beberapa jam sebelum NATO mula
menguatkuasakan zon larangan bebas terbang di Bosnia yang dibuat oleh Majlis Keselamatan
PBB pada Oktober 1992 (Resolusi 781). Tindakan Serb dilihat sebagai satu tindakan hasad
dengki dengan niat politik. Laporan pembunuhan beramai-ramai orang awam di
timur Bosnia telah menyebabkan pentadbiran Clinton mencadangkan sekatan yang lebih ketat
ke atas Serbia dan Montenegro. Owen pernah menyatakan kemungkinan menggunakan
serangan udara untuk meneutralkan serangan, kini berhasrat untuk melakukan pengeboman
terhadap Serb dalam usaha mencegah mereka dari mengepung bandar Muslim. Di
Washington, tekanan yang diterima adalah lebih tinggi kerana
Presiden Czechoslovakia mendesak White House menghentikan Serbia. US mengancam
melancarkan serangan udara. US juga didesak untuk bertindak dalam usaha untuk meredakan
krisis. Kemudiannya Pemerintah PPB di Bosnia diberitahu bahawa Karadzic bersetuju
membenarkan UNPROFOR memasuki Srebrenica dan Muslim Srebrenica diundurkan dalam
72 jam.
b) Situasi yang menjerut di Sarajevo, Julai – Ogos 1993
Krisis ini bermula apabila Serb menawan Trnovo pada Julai 1993 dan peperangan di Bukit
Bjelasnica dan Bukit Igman pada penghujung Julai. Konvoi bantuan kemanusiaan dihalang
dari tiba ke bandar di mana Muslim dan Croat sedang berperang. Pertengahan Julai,
pentadbiran Clinton mula berbincang mengenai langkah-langkah menghalang Serb daripada
terus menakluk Sarajevo. Majlis Keselamatan menerima resolusi pada 23 Julai mengutuk
sekatan di Sarajevo dan meminta agar bantuan diteruskan. Pertempuran di bandar semakin
teruk, pegawai PBB merekodkan 3777 tembakan dilepaskan dalam tempoh 16 jam. Pada
masa yang sama CIA memberitahu pentadbiran Clinton bahawa Serb sudah hampir-hampir
menawan seluruh Bosnia. Pembuat polisi US meminta serangan udara dilakukan ke atas
Serb. Duta NATO memberi amaran bahawa mereka akan mengambil tindakan efektif dan
bersedia menggunakan serangan udara untuk membebaskan sarajevo dari cengkaman Serbdan
meneruskan bantuan kemanusiaan tetapi tidak disebutkan bila tarikh operasi tersebut
dijalankan.
Perkara ini menjadi faktor kepada Karadzic, pada 30 Julai untuk memberitahu media
antarabangsa bahawa beliau akan mengundurkan Serb dari Bukit Igman. Tetapi krisis masih
berterusan. Perundingan berlansung di Pale pada 5 Ogos di antara Serb dan Pemerintah PBB
Serb memberitahun bahawa Serb akan diundurkan jika PBB ingin memasuki kawasan yang
mereka kosongkan dan Karadzic berjanji akan memberi laluan konvoi bantuan. Perundingan
yang dijalankan gagal pada keesokan harinya apabila Jeneral Bosnia memberitahu tentera
kerajaan Bosnia bahawa mereka diizinkan memasuki Igman dan Bjelasnica dengan keizinan
PBB. Akhirnya perjanjian termeterai apabila Serb bersetuju berundur daripada Bukit
Bjelasnica yang akan dimasuki oleh tentera UNPROFOR Perancis.
c) Pengeboman di Pasar Markala, Februari 1994
Dengan penolakan perjanjian pelan pembahagian oleh Owen-Stoltenberg pada musim panas
dan musim luruh 1993, Serb mula menambahkan serangan di Sarejevo. Serangan di Pasar
Markala pada 5 Febuari 1994 mengakibatkan kematian yang ramai dan Serb
dipertanggjungjawabkan. Perancis, telah ditekan oleh Amerika supaya menggunakan
ketenteraan keatas Serb. Pada 7 Februari pula EU mengajak masyarakat antarabangsa
membebaskan Sarajevo dengan segera. Pada 8 Februari, US mahukan senjata berat Serb
dikeluarkan dari kawasan orang awam. 9 Februari NATO melaksanakan tututan terakhir
penguduran senjata berat Serb dari 20 kilometer zon ekslusif penuh (total exclusive zone) dari
bandar dan mengancam menggunakan serangan udara jika Serb tidak mematuhinya.
Komander UN merundingkan Serb supaya mengudurkan senjata dan diletakkan di bawah
kawalan PBB atau penggunaan askar UNPROFOR Rusia untuk memantau perjanjian.
Pembunuhan beramai-ramai Markala ini menghasilkan penglibatan langsung oleh NATO dan
US, serta Rusia di dalam krisis Bosnia- perkembangan yang melibatkan mereka sehingga
setahun setengah kemudiannya.
d) Gorazde, Mac – April 1994
Serb Bosnia menyerang Gorazde mengepung timur Bosniapada Mac 1994
menghancurkan harapan untuk aman hasil daripada kejayaan kata dua NATO pada Februari.
Serangan Serb berakhir pada 26 April apabila Serb berundur dari bandar kerana mendapat
kata dua dari NATO sekali lagi. Serangan Serb ini adalah untuk menggagalkan perundingan
damai dan kemasukan Barat di Bosnia. Serb sudah menentukan beberapa okjektif: untuk
meneutral tentera Bosnia dengan mengepung lebuhraya utara – selatan yang menghala ke
Dataran Drina di Timur. Serb kemudian meletupkan Gorazde pada 10 April. Komander PBB
dan NATO marah dengan serangan tersebut dan bimbang Serb akan menawan bandar, telah
melancarkan serangan udara NATO ke atas kedudukan Serb pada hari yang sama. Serangan
ini disokong oleh Boutros – Ghali yang pada 9 April mengarahkan tentera PBB di Bosnia
untuk menggunakan” apa sahaja cara” untuk menghalau Serb keluar dari Gorazde. Serangan
udara kedua dilakukan pada 11 April. Serb meneruskan serangan serta menggugut “sekali lagi
serangan, kami akan menembak jatuh pesawat – kami tidak jamin keselamatan UNPROFOR
dan akan serang UNPROFOR serta ibupejabat anda”. Pada 15 April Serb Bosnia tiba
mempertahankan Gorazde. NATO melancarkan serangan udara kali ketiga disusuli oleh
pengeboman bandar oleh Serb. Serb telah menmbak jatuh pesawat NATO dan jet Harrier
kepunyaan British. Ketiga-tiga serangan udara NATO adalah terhad kepada sasaran tertentu,
dengan tujuan menakut-nakutkan Serb daripada melakukan serangan disamping meneutralkan
keupayaan tentera Serb Bosnia. Tindak balas kepada serangan NATO, Serb mula menawan
200 pegawai PBB dan orang awam.
Satu kaedah perdamaian diperlukan dengan segera apabila Serb Bosnia meneruskan
serangan. Pada 16 April US memutuskan untuk menggunakan pendekatan sederhana, dengan
harapan perundingan-perundingan seterusnya akan terhasil dan usaha Rusia untuk menarik
Serb keluar dari Gorazde akan berjaya namun usaha Rusia gagal. Pemerhati PBB mula keluar
dari Gorazde selepas mendapati keadaan tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Kedudukan US lebih terdesak, penasihat Clintonmencadangkan penggunaan serangan udara
yang lebih besar. Polisi US seakan mengalami perubahan besar. Selepas April berlaku
perkembangan apabila Serb Bosnia bersetuju meletakkan senjata dan membenarkan kontinjen
UNPROFOR memasuki bandar. Mereka juga mula membebaskan tawanan dan
mengembalikan senjata daripada depot PBB sekitarSarajevo. Serb berjanji mereka tidak akan
memasuki Gorazde dan jaminan ini diulang oleh Karadzic. Tetapi Serb menyerang hospital.
Serb diberikan tarikh akhir untuk keluar dari Gorazde, tetapi Serb terus menyerang kilang.
Komander Bosnia di Gorazde mengadu kepada pemerhati PBB bahawa Serb cuba“membeli
masa” dalam usaha menggagalkan pengundurannya.US mencadangkan zon ekslusif penuh
termasuk Gorazde. NATO memberi kata dua untuk Serb berundur tiga kilometer dari bandar,
termasuk mengundurkan senjata berat sehingga 27 April. NATO kemudiannya
memperluaskan kawasan zon eksklusif penuh sehingga ke Zepa, Tuzla, Bihac dan Srebrenica
yang diisytiharkan kawasan selamat oleh Resolusi Majlis Keselamatan 824 pada 6 Mei 1993.
Sebelum itu, Milosevic telah mengarahkan Karadzic dan Jeneral Serb ke Belgrade, bertemu
dengan Yashushi Akashi, wakil khas Setiausaha Agung PBB dan ketua misi UNPROFOR.
Pada 22 April, Akashi melaporkan adanya perjanjian mengundurkan senjata berat dari bandar
tetapi perjanjian tentang pengunduran tentera Serba tiga kilometer dari bandar. Perjanjian ini
dicabuli dan mengakibatkan peperangan yang berterusan.
Akhirnya satu kata putus telah dikeluarkan bagi menghentikan krisisKrisis diputuska..
NATO merancang serangan besar-besaran ke atas Bosnia yang akan memusnahkan kepungan
tentera Serb dan memaksa pemimpin Serb ke meja perundingan. Sekurang-kurangnya 24
sasaran telah dikenalpasti. Sementara US pula lebih suka menghala sasaran ke Serb Bosnia,
EU juga menghadkan serangan ke atas 20 kilometer zon ekslusif sekitar bandar. Tindakan
segera ini diperlukan kerana adanya tekanan dari Serb Bosnia untuk meningkatkan serangan
tanpa menghiraukan bantahan antarabangsa serta serangan udara.
Akan tetapi Akashi menolakserangan udara yang dirancangkan ke atas Gorazde kerana
atas dasar melindungi pegawai PBB yang masih ditawan Serb. Selepas itu, pengeboman dari
Gorazde semakin berkurangan pada 23 April. Pada 26 April, pertempuran di bandar terhenti
dan tentera kerajaan Bosnia menarik diri dari kawasan pertempuran.
Perkara yang menjadi perdebatan seterusnya ialah tentang kemusnahan dan krisis
kemanusiaan di Gorazde yang dikatakan tidaklah seburuk yang dilaporkan. Jeneral US marah
dengan keadaan itu dan menuduh Muslim Bosnia sengaja mengada-ngadakan cerita untuk
melibatkan campurtangan Barat dalam konflik ini termasuk US. Peristiwa
Gorazde menandakan permulaan keprihatinan kuasa Barat kepada isu krisis kemanusiaan.
Serangan udara misalnya dilihat sebagai tindakan untuk menekan Serb ke meja perundingan,
sekaligus mencapai penyelesaian terhadap peperangan.
Tekanan berterusan di antara UNPROFOR dan pelaku-pelaku peperangan semasa
musim panas 1994. Pada Jun, Akashi berusaha mendapatkan perjanjian gencatan senjata
terakhir di Bosnia. Akan tetapi,pencabulan perjanjian telah berlaku dengan tercetusnya
pertempuran di Cazinska Krajina. Serb menguasai Bukit Igman sekaligus mengepung
Sarajevo. Keganasan di zon ekslusif sekitar Sarajevo berlaku disebabkan oleh Serb Bosnia
dan Muslim Bosnia. Kerajaan Bosnia menggunakan senjata berat di luar zon ekslusif
sementara Serb menggunakan senjata berat di dalam zon eksklusif. Jeneral US memberi
amaran kepada Bosnia bahawa mereka akan menggunakan serangan udara. Serb memotong
bekalan elektrik di Sarajevo dan Bosnia menyerang barisan Serb sekitar bandar. Pertempuran
berakhir apabila Jeneral US mengancam akan menggunakan serangan udara ke atas kedua-
dua pihak. Kerajaan Bosnia marah dengan sikap Jeneral US yang hanya memfokuskan
pencerobohan Bosnia ke atas zon ekslusif tetapi tidak kepada Serb yang mengancam orang
awam dan bantuan kemanusiaan. Mereka menggagalkan gencatan senjata, meneruskan
peperangan dan mendakwa mempertahankan diri dari penceroboh. Jadi, mereka mempunyai
hak untuk mempertahan wilayah dari Serb yang menceroboh dan melakukan pembersihan
etnik.
Pemerintah tentera Bosnia berpendirian bahawa mereka kehilangan banyak wilayah
ketika perjanjian gencatan senjata pada musim bunga 1994; mendakwa Serb menolak
cadangan pemantauan sepanjang gencatan senjata; mengatakan selepas 30 hari gencatan
senjata Serb menolak untuk memperbaharuinya sebaliknya menyeru penyatuan populasi Serb.
Jeneral US berasa tidak puas hati dengan tindakan Muslim Bosnia yang menolak
menandatangani gencatan senjata untuk jangka masa panjang. Beliau menuduh Muslim
Bosnia sengaja mengkehendaki campurtangan NATO dan US menyertai perjuangan pihak
Muslim dan mereka akan berbuat apa sahaja mencapai cita-cita tersebut dengan mengatakan
tentera Bosnia “mengada-ngadakan gambaran peperangan kepada dunia, dan menjadikan
kami bertindak balas dengan serangan udara”. Beliau memberi amaran serangan udara juga
boleh dihalakan kepada Bosnia. Pada penghujung Oktober, PBB dan NATO tidak dapat lagi
mengawal situasi di Bosnia, Sarajevo dan situasi menjadi kucar-kacir.
d) di Bihac, November – Disember 1994
Pertempuran paling hebat pada tahun 1994 berlaku di Bihac, suatu tempat di wilayah
Cazinska Krajina di barat laut Bosnia-Herzegovina. Serb telah berusaha menawan Bihac pada
tahun 1992 tetapi gagal. Pada tahun 1993 tiada pertempuran yang berlaku, tetapi meletus
semula apabila Jeneral Bosnia menerima Pelan Pembahagian Owen-Stoltenberg,
mengisytiharkan autonomi di Cazinska, dan pada Oktober 1993 satu pakatan kerjasama dan
persahabatan dengan Serb Bosnia telah dimeterai. Gencatan senjata pada Januari 1994
menyaksikan tentera Bosnia, tentera Muslim dan pasukan Polis Kelima Bosnia bersatu di
bawah pimpinan Jeneral Bosnia.
Pertempuran meletus pada Februari 1994 apabila Serb menyerang pasukan Polis
Kelima Bosnia kerana ingin menyekat penguasan mereka di Velika Kladusa. Serb telah
diarahkan berundur dari zon ekslusif di Sarajevo disyaki telah memindahkan pasukan artileri
mereka ke Bihac. Pertempuran ini menyebabkan pasukan UNPROFOR Perancic berada
dalam keadaan terperangkap. Pada 10 Mac, Serb mengebom pos pemerhati Perancis dan
membunuh tentera pengaman. Suatu serangan udara NATO ke atas Serb telah diarahkan
apabila beberapa buah kereta kebal tiba berhampiran pos tentera Perancis tetapi tidak dapat
dilaksanakan kerana faktor cuaca. Peretempuran berterusan sehingga musim bunga dan
musim panas 1994.
Keganasan Serb di zon ekslusif Bihac sukar ditentukan kerana zon selamat
diisytiharkan oleh Majlis Keselamatan PBB tanpa berunding dengan pihak yang berperang.
Disebabkan itu juga sempadan zon ini tidak dipatuhi secara terperinci. Pada 14 November,
apabila Serb hampir menawan keseluruhan Bihac, PBB telah mengemukakan peta wilayah
yang baru tetapi pihak-pihak yang terlibat tidak mengetahui bila ia dilukis dan diedarkan.
Krisis di Bihac pada November- Disember 1994 merupakan kemuncak Perang Bosnia
ini. Wilayah Cazinska Krajina, di mana terletaknya Bihac, adalah medan peperangan kepada
pembentukan enam pasukan: tentera Serb Bosnia, tentera Serbia yang merentasi sempadan
Croatia di Krajina, tentera Muslim Bosnia, pasukan Polis Kelima Bosnia, dan tentera
Croatia. Krisis di Bihac mengundang perdebatan antarabangsa tentang kedudukan zon
selamat. Klimaks krisi berlaku apabila tindakan kerajaan Bosnia mempertahankan Bihac pada
awal November menyebabkan Russia mempersoalkan tentang provokasi dan keganasan
Bosnia di zon tersebut. Russia berhujah bahawa apabila PBB mengistiharkan zon selamat,
kerajaan Bosnia tidak diperlukan untuk meletak senjata. Resolusi 913 telah menyeru semua
pihak menghentikan sebarang perbuatan provokatif. PBB juga akan menggunakan serangan
udara untuk menghentikan sebarang keganasan.
Pada 3 November 1994, empat peluru berpandu darat telah dilancarkan ke udara di
Bihac daripada kedudukan Serb. Walau bagaimanapun tiada kematian dicatatkan apabila
salah satu peluru berpandu tersebut mendarat berhampiran sekolah. Terdapat spekulasi yang
menyatakan bahawa sekiranya peluru berpandu tersebut tepat mengenai sekolah, NATo akan
melakukan tindak balas ketenteraan. Serangan ini mungkin reaksi terhadap penawanan
Kupres oleh Croat dan Muslim, atau sebagai tindakan provokasi untuk menghangatkan lagi
konflik. Tindakan itu merupakan tindakan yang paling tidak masuk akal dan paling
memusnahkan oleh Serb sepanjang peperangan. Pembuat polisi US memutuskan pada 12
November mendesak pembentukan zon eksklusif di Bihac. Tetapi cadangan itu ditolak oleh
EU kerana tidak pernah terlintas di fikiran EU bahawa Serb akan menawan Bihac. Serangan
udara pertama yang dilancarkan oleh Serb ke atas zon selamat telah meningkatkan lagi
ketegangan. Pada 18 November pesawat pejuang telah berlepas dari pangkalan udara Udbina
yang kawasan dikuasai Serb Krajina (Crotia) lalu mengebom Bihac. Pengeboman itu
dilancarkan sekali lagi pada keesokan harinya. Pada 19 November Majlis Keselamatan
membenarkan NATO untuk menyerang Serb di Crotia. Pada 21 November pesawat NATO
bertindak membedil pangkalan udara Udbina. Serangan NATO ini bertujuan untuk
merosakkan landasan pesawat sahaja tanpa merosakan pesawat Serb. Pada 23 November
pesawat NATO menyerang tiga kawasan SAM Serb di Bihac, Jeneral US tidak bersetuju
tindakan ini walaupun pada masa yang sama terdapat dua lagi serangan peluru berpandu
dilancarkan terhadap Bihac. Serb mula bertindakbalas kepada serangan ini. Jeneral Serb
dalam suratnya bertarikh 22 November berkata serangan ke atas Udbina adalah serangan yang
ganas dan tidak berperikemanusiaan. Penasihat kepada Karadzic dalam perbualannya melalui
telefon dengan Jeneral US, memberi amaran sekiranya serangan dilakukan sekali lagi, maka
mereka akan mengisytiharkan perang. Serb mula menahan anggota UN serta menghadkan
pergerakan mereka. Di Eropah dan US terdapat desakan supaya pihak Barat menyelesaikan
masalah ini. Serb dikatakan menghina komuniti antarabangsa serta kredibiliti kedua-dua
Majlis Keselamatan dan NATO dipertikaikan.
Pada 23 dan 24 November, media Barat melaporkan pentadbiran US cenderung
mengambil langkah menggunakan kuasa serangan udara untuk menghentikan kejatuhan
Bihac. US membuat pertimbangan bahawa serangan besar-besaran NATO ke atas kedudukan
Serb di Bihac akan dapat menghalang Bihac daripada ditawan dan hal ini dipersetujui oleh
Britain dan Perancis. Pada 23 November, serangan NATO telah mensasarkan kepada radar
SAM Serb. US bersunguh-sungguh untuk menyerang pelancar peluru berpandu milik Serb
dan dipersetujui oleh Perancis. Serb kemudiannya memasuki kawasan tengah Bihac dan
sekaligus meningkatkan reaksi terhadap tindakan Serb, khususnya berkaitan keadaan zon
selamat dan meningkatkan tekanan kepada ketua Serb untuk ke meja rundingan damai. Serb
juga dilihat tiada keinginan untuk meletakkan senjata
Pada 23 November, Akashi bertemu Milosevic dan Presiden Republik bekas Yugoslavia di
Belgrade dengan harapan untuk mendapatkan perjanjian berkenaan gencatan senjata.
Rundingan ini ditentang oleh Serb Bosnia. Karadzic tidak hadir dalam rundingan ini manakala
Serb di Pale menolak cadangan Akashi. PBB menghadapi kesukaran untuk menjadi
pengantara dikalangan mereka .
Mesyuarat NATO pada 24 November diadakan apabila keadaan semakin memuncak
dalam menentukan tindakbalas Barat terhadap tindakan Serb. US mencadangkan supaya
meluaskan lagi zon selamat di Bihac, menamatkan kepungan Serb di Bihac, serta berusaha
untuk mengarahkan tentera kerajaan Bosnia meninggalkan zon selamat. Perkara ini dibantah
oleh Perancis, mereka mendesak supaya US mengawasi kawasan tersebut kelak. Pertikaian
antara Eropah dan US berlaku kerana kegagalan US menghantar tentera untuk operasi PBB
di Bosnia. Sekiranya US tidak bersedia menghantar tentera ke kawasan berisiko tinggi,
Perancis mencadangkan serangan udara dilakukan terhadap Serb dalam usaha membawa
mereka ke meja rundingan. Perancis bimbang Serb akan melakukan tindakbalas dengan
menawan tebusan. Perancis dan Canada kemudiannya menolak cadangan yang dikemukakan
oleh US kerana serangan bukan jalan keluar kepada isu ini, NATO mencadangkan Bosnia dan
Serb mencari penyelesaian secara politik untuk konflik mereka. Sementara penyelesaian
dilakukan dalam tempoh beberapa hari, terdapat beberapa peristiwa yang sedikit sebanyak
telah mengurangkan ketegangan yang berlaku. Pertama, artileri Serb meronda sekitar bandar
tetapi tidak mengganggu orang awam. Kedua, pada hari rundingan NATO, Serb
membenarkan bantuan PBB memasuki Bihac. Ketiga, pihak lain yang terlibat dalam konflik
bertindak meletak senjata. Keempat, kerajaan Bosnia menghadapi dua pilihan samaada
pasukan Polis Kelima dimusnahkan atau berundur.
Serb tidak menghiraukan arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan yang
mengarahkan mereka meletak senjata, yang telah dimeterai bersama oleh kerajaan Bosnia.
Keputusan akhir di Bihac menyaksikan sedikit sahaja perubahan ke atas kawalan kawasan
oleh setiap pihak yang berperang.
e) Tiga Peristiwa Kematian Beramai-ramai
Tiga peristiwa yang paling diberi perhatian dalam peristiwa perang, dan membawa kepada
penglibatan Barat secara langsung kepada peperangan ini: Kematian Kebuluran pada Mei
1992, Pembunuhan Beramai-ramai di Pasar Markala pada Februari 1994, Serangan kedua di
Pasar Markala pada 28 Ogos 1995.
Peristiwa pertama berlaku semasa pemimpin Barat sedang bermesyuarat
di Lisbon untuk pelan tindakan seterusnya di Bosnia. Kedua-dua sekatan ke
atas Yugoslavia (Serbia dan Montenegro) dan pertimbangan berkenaan penglibatan tentera
untuk menghentikan peperangan sekiranya serangan. Kematian melibatkan orang awam yang
tidak bersalah menjadi faktor penting untuk Barat melaksanakan dengan segara sekatan
melalui Majlis Keselamatan pada 30 Mei 1992 dan terlibat secara langsung di bosnia.
Peristiwa kedua membawa kepada tahap Serb dan Croat untuk bekerjasama menyerang
Muslim dan US didesak oleh Perancis untuk menghentikan peperangan ini. Peristiwa ketiga
berlaku di tempat yang sama setahun kemudiannya menyebabkan US mencari jalan untuk
melancarkan serangan udara NATO bertujuan menamatkan peperangan
g) Pembersihan etnik dan Pembasmian kaum (Ethnic Cleansing and Genocide).
Sejumlah 200,000 orang dan lebih telah terkorban, cedera, dan hilang dalam peperangan
di Bosnia sehingga akhir 1994. Padan Oktober 1995 dilaporkan 146,340 terbunuh dan
174,914 cedera di wilayah tenteraBosnia. CIA pada November 1995 menganggarkan 156,500
orang awam mati, dan 10,000 masih hilang, serta 81,000 tentera yang mati dari semua pihak
yang berperang. 20,000 dan lebih wanita menjadi mangsa rogol tentera Serb di Bosnia tetapi
suruhanjaya pakar PBB mengenalpasti 1600 kes sebenar. Suruhanjaya Hak Asasi PBB
mempunyai data sehingga 12,000 kes. Kes rogol oleh Serb adalah dipuncakan dari perbuatan
“rogol pembasmian kaun”. PBB menganggarkan 520,000 orang atau 12 peratus daripada
populasi hilang tempat tinggal. CIA pada November 1995 menganggarkan 900,000 hingga
1.2 juta pelarian berhijrah dari Bosnia ke negara lain dan 1.3 hingga 1.5 juta orang di dalam
negara hilang tempat tinggal.
Tiada data tepat mengenai pembersihan etnik tetapi dianggarkan jumlah yang hilang
tempat tinggal adalah dari satu pertiga hingga dua pertiga daripada populasi keseluruhan.
Jumlah Muslim yang dihalau oleh Serb adalah antara 700,000 hingga 1 juta. Pada Disember
1994 Institut Kesihatan Bosnia melaporkan sejumlah 1.025 juta daripada populasi
keseluruhan 2.14 juta tidak mempunyai tempat tinggal. Sehingga 1.245 juta orang berada di
luar negeri pada penghujung peperangan.
Kempen besar-besaran pembersihan etnik dijalankan oleh Serb Bosnia pada April, Mei
dan Jun 1992 di timur Bosnia.Wanita dan kanak-kanak Muslim biasanya diarah melintasi
medan peperangan. Mereka juga dikurung dan terkorban di sana. Ramai wanita menjadi
mangsa rogol di tempat kurungan. Lelaki dewasa dan kanak-kanak lelaki terus dibunuh
sewaktu ditemui atau dikem tahanan. Mereka mempraktikkan semula nostalgia yang berlaku
dalam Perang Dunia Kedua; pemimpin politik Muslim, guru, golongan professional dan
intelegensia Muslim ditapis dan dibunuh. Gelombang pertama pembersihan etnik mencapai
kemuncak dengan Tragedi Korzarac di mana mereka dikepung dan dibom. Kawasan lain yang
terlibat ialah di utara Bosnia. Serb juga bertanggungjawab ke atas pembinasaan mercu tanda
budaya Muslim seperti masjid, perpustakaan dan seumpamanya.
Pembersihan etnik, perkosaan beramai-ramai dan kekejaman lain yang dahsyat –
membuktikan bahawa Serb juga menjalankan pembasmian kaum (genocide) ke atas Muslim
Bosnia. Lima keadaan dikategorikan sebagai perbuatan pembasmian kaum dalam peperangan.
Pertama, serangan yang berterusan untuk kematian beramai-ramai. Kedua, jenayah yang
dirancang oleh pelaku sesuatu pertubuhan atau komander kepada sesuatu pertubuhan. Ketiga,
mangsa adalah terpilih kerana ahli kepada sesuatu kumpulan. Keempat, mangsa tidak dapat
mempertahankan diri. Kelima, kemusnahan sesuatu kelompok atau masyarakat adalah
dirancang.
Krisis di Bosnia-Herzegovina merupakan krisis yang rumit kerana melibatkan krisis
kepentingan politik serta kepentingan nilai seperti budaya, nilai, agama dan sejarah. Sikap
aktor-aktor dalaman yang terlibat adalah degil dan tidak mahu bertolak ansur. Aktor luar pula
awalnya lambat, tetapi mendapati mereka juga sulit menyelesaikan krisis ini terutamanya
dengan sikap aktor dalaman. Pelbagai kaedah digunakan sama ada untuk mengawal atau
menyelesaikan krisis sama ada perjanjian, resolusi atau perundingan, namun kebanyakannya
menemui jalan buntu. Perang yang memuncak selama dua tahun telah mengorban dan
mencederakan sehingga sejuta orang dan mereka juga kehilangan tempat tinggal, menjadi
mangsa kempen pembersihan etnik dan pembasmian kaum. Sehingga akhirnya apabila aktor-
aktor dalaman bersetuju meletak senjata barulah jalan penyelesaian timbul semula sehingga
membawa kepada kemerdekaan Bosnia-Herzegovina. Walau bagaimanapun, badan-badan
antarabangsa masih diperlukan untuk usaha-usaha penguatkuasaan perjanjian, pengekalan
keamanan dan pembangunan.