Post on 31-Dec-2015
description
PROPOSAL KAJIAN
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOSWER DALAM
PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK BAGI TAJUK
LOKUS DALAM DUA MATRA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR
DIMAKTAB RENDAH SAINS MARA KOTA KINABALU
NAMA : Hanafiah Eddy Chong Junairi
NO MATRIK : M20131000793
PENSYARAH : Prof. Dr Mohammad Bin Ibrahim
KOD KURSUS : GRU 6014
1
Pengenalan
Matapelajaran Matematik merupakan matapelajaran yang cukup sinonim dengan
penggunaan formula, angka-angka serta bentuk-bentuk yang memerlukan pelajar untuk
menghafal serta memahami konsep dengan betul. Dengan perkembangan kurikulum
yang semakin kompleks, para pelajar memerlukan kemahiran kognitif yang tinggi untuk
menguasai matapelajaran ini. Matematik merupakan matapelajaran yang sangat
penting dan merupakan matapelajaran wajib lulus diperingkat sijil pelajaran Malaysia
selain matapelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin maju, seharusnya
para pendidik mengambil peluang untuk menggunakan kemajuan ini sebagai satu
pemangkin dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Para penyelidik telah banyak menghasilkan alat bantu mengajar dalam
perlbagai bentuk contohnya koswer pengajaran ataupun perisian multimedia.
Penggunaan perisian multimedia merupakan salah satu cara untuk menumpukan
pengajaran berpusat atau berasaskan pelajar. Ini kerana, dengan adanya teknologi ini,
ia akan memberikan satu kelebihan kepada pelajar untuk mendalami pengetahuan dan
kemahiran dengan hanya menekan tetikus tanpa perlu ke perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat.
Dalam memastikan keerkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi
semua matapelajaran khususnya, penggunaan perisian multimedia sudah tidak asing
bagi para pendidik. Menurut Vijaya Kumaran KK Nair (1996), multimedia merupakan
gabungan teknologi grafik yang statik, animasi, tayangan video, teknologi bunyi dan
audio. Penggunaan teknologi multimedia bukanlah bermaksud untuk menggantikan
peranan guru, tetapi untuk menambah menambahbaik peranan guru kepada tahap
fasilitator. Teknologi multimedia terbukti Berjaya mewujudkan satu situasi pembelajaran
yang berkesan dan menyeronokan. Hal ini terjadi kerana pelajar akan mengingati 20%
daripada apa yang mereka lihat, 30% daripada apa yang mereka lihat dan 60%
sehingga 70% melalui interaksi.
2
Menurut Ismail (2002), perisian meldimedia boleh menjadi pemudah cara yang
baik bagi pengajaran dan pembelaajran. Para guru sentiasa mencari pendekatan baru
bagi mengajar matapelajaranya yang mana pendekatan ini dapat merangsang
seterunya memotivasikan pelajar untuk melakukan pembelajaran berpusatkan pelajar
seperti penyelidikan, menelaah dan menulis untuk mendapatkan maklumat yang
diperlukan. Salah satu pendekatan yang dapat menjadikan pelajar untuk melakukan
proses pencarian maklumat adalah melalui perisian multimedia berbantukan komputer.
Kajian ini ingin meninjau keberkesanan penggunaan koswer Matematik dalam
kalangan pelajar tingkatan dua semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas di sebuah Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu. Sekolah ini terletak di
Putatan, Sabah. Kajian ini menumpukan kepada matapelajaran Matematik bagi tajuk
Lokus Dalam Dua Matra yang mana tajuk ini terkandung didalam sukatan pelajaran di
bawah kurikulum bersepada sekolah menengah (KBSM) bagi pelajar tingkatan dua.
Penyataan Masalah
Secara umumnya, terdapat ramai warga pendidik khususnya guru Matematik
menghadapi masalah untuk menerapkan kefahaman tentang konsep asas kepada
pelajar terhadap tajuk Lokus Dalam Dua Matra di tingkatan dua. Pelajar tidak faham
dan tidak berminat terhadap apa yang mereka pelajari adalah kesan negatif daripada
kegagalan guru untuk menerangkan konsep ini.
Penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas merupakan alat bantu mengajar yang dapat membantu guru dalam
meningkatkan prestasi pelajar dalam kebanyakan matapelajaran di sekolah khususnya
bagi matapelajaran Matematik. Perisian multimedia dapat memberi motivasi kepada
pelajar dengan menjadikan pembelajaran lebih menarik kerana pelajar memahami apa
yang dipelajarri dalam konteks yang sebenar (Rozinah , 2002).
Perisian koswer yang berkualiti akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Yusuf (1997) berpendapat satu perisian yang baik
3
mestilaj bersesuaian dengan objektif pengajaran dan pembelajaran. Sehubungan itu,
pengkaji inign mengkaji sejauh mana keberkesanan penggunaan koswer Matematik
terhadap pencapaian prestasi dan juga minat dalam penggunaan konsep asas tajuk
Lokus Dalam Dua Matra terhadap pelajar tingkatan dua di MRSM Kota Kinabalu.
Kerangka Konseptual
Kajian ini bertujuan untuk menunjukan keberkesanan kaedah pembelajaran
menggunakan koswer Matematik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Lokus
Dalam Dua Matra terhadap pelajar tingkatan dua di MRSM Kota Kinabalu. Rajah di
bawah merupakan kerangka konseptual untuk melihat peningkatan kefahaman konsep
Antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawanalan, pencapaian minat bagi
kumpulan eksperimen dann juga peningkatan prestati bagi kumpulan eksperimen.
Bagi melihat perbezaan prestasi kefahaman konsep, pengkaji akan
menggunakan ujian pra dan ujian pasca terhadap kedua-dua kumpulan. Boring kaji
selidik akan diberi kepada keupulan rawatan untuk melihat tahap minat kumpulan
tersebut terhatap kaedah pembelajaran menggunakan koswer Matematik. Untuk
menguji pencapaian prestasi, pengkaji akan menganalisa min markah ujian pra dan
pasca kumpulan eksperimen.
KAEDAH PEMBELAJARAN
PEMBELAJARAN MENGGUNAKAN
KOSWER MATEMATIK
KONSEP ASAS
MINAT
PENCAPAIAN PRESTASI
PERBEZAAN MIN UJIAN PASCA
KUMPULAN RAWATAN DAN KUMPULAN
KAWALAN
UJIAN SOAL SELIDIK
PERBEZAAN MIN UJIAN PRA DAN PASCA KUMPULAN RAWATAN
Kerangka Konseptual
4
Objektif Kajian
Kajian ingin menentukan keberkesanan koswer bagi matapelajaran Matematik
dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra terhadap kefahaman konsep bagi pelajar di MRSM
Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam melakukan kajian ini, pengkaji inign mencapai beberapa objektif iaitu:
i. Mengenalpasti kesan positif keatas minat pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran didalam kelas yang menggunakan koswer Matematik
ii. Membandingkan pencapai pelajar terhadap dua kaedah iaitu kaedah
konvensional(biasa) dan kaedah menggunakan koswer
Pengkaji akan menjalanka kajian mengan menggunakan rekabentuk eksperimen
dimana sampel dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama diajar
menggunakan koswer (kumpulan rawatan) manakala kumpulan kedua yang dijadika
kumpulan kawalan diajar menggunakan kaedah biasa(konvensional). Kaedah
konvensional bermaksud, guru akan mengajar seperti biasa tanpa menggunakan
koswer dan pelajar bertindak sebagai kumpulan penirima pasif.
Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada objektif kajia diatas, kajian ini dilakukan untuk menjawab
beberapa soalan kajian, iaitu :
i. Adakah penggunaan koswer Matematik bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra
mampu memberi kesan positif terhadap minat pelajar didalam kelas.
ii. Adakah pencapaian pelajar yang menggunakan kaedah pembelajaran
menggunakan koswer berbeza dengan perncapaian pelajar yang menggunakan
kaedah pembelajaran konvensional.
5
Hipotesis Kajian
Dalam kajian ini, beberapa andaian telah dibuat. Andaian ini adalah berdasarkan
beberapa kajian lepas yang dilakukan oleh para penyelidik. Andaian atau hipotesis
berhubung dengan penyataan masalah ini ialah :
: Tidak terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang diajar menggunakan
koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah knovensional bagi
tajuk Lokus Dalam Dua Matra.
: Terdapat perbezaan pencapaian pelajar yang diajar menggunakan
koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah knovensional bagi
tajuk Lokus Dalam Dua Matra.
: Tidak terdapat kesan positif terhadap minat pelajar yang diajar
menggunakan koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah
knovensional bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra.
: Terdapat terdapat kesan positif terhadap minat pelajar yang diajar
menggunakan koswer dengan pelajar yang diajar menggunakan kaedah
knovensional bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra.
Kepentingan Kajian
Pengkaji membahagikan kepentingan kajian kepada lima pihak iaitu Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM), Organizasi Mara, sekolah dan juga kepada pelajar. pecahan
kepentingan ini akan diterang satu per satu.
1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
Bagi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), kajian yang dilakukan boleh
dijadikan rujukan KPM untuk digunapakai di sekolah-sekolah di seluruh malaysia
khususnya di bawah KPM. Selain itu, kajiaan ini boleh menjadi garispanduan
6
untuk melaksanakan kaedah pengajaran menggunakan koswer bagi matapelajaran
Matematik dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra di tingkatan dua.
2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)
Bagi MARA, kajian ini dapat dijadikan rujukan bahagian pendidikan
menengah MRSM dalam menyediakan asas-asas yang mencukupi bagi
melaksanaknakan kaedah pembelajaran menggunakan koswer bagi
matapelajaran Matematik dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra di tingkatan dua
3. Sekolah
Pembelajaran berbantu multimedia dijangkan dapat meningkatkan pretasi
pelajar di samping memberi pendedahan kepada guru dan pelajar kepada
penggunaan teknologi multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Ini secara
tidak langsung dapat meningkatkan imej sekolah yang terlibat sebagai sebuah
sekolah yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan pelajar yang
cemerlang.
4. Guru
Melalui kajian ini, guru-guru Matematik akan mudah untuk manjalankan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran seterusnya meringankan beban guru. Oleh
yang demikian, pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia
khususnya koswer, akan dapat memovivasikan guru-guru untuk membuat
inovasi pada pengajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran lebih
difahami dan diikuti oleh pelajar.
5. Pelajar
Pembelajaran yang menggunakan teknologi multimedia khususnya
koswer, memudahkan pelajar mempelbagaikan bahan rujukan. Kerana ia boleh
diaplikasikan dengan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti teks, video, visual
pembelajaran, meneliti gambar dan sebagainya. Selain itu, pelajar tidak perlu
terikat dengan sesuatu gaya pembelajaran keran pembelajaran menggunaka
7
koswer multimedia ini dapat menangani masalah perbezaan pelajar dengan
mengindividukan pengajaran mengikut kebolehan mereka (Sharifah Alawiah,
1987). Ini secara tidak langsung akan dapat meningkatkan kefahaman pelajar
seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.
Difinasi Operational
Kajian ini menggunakan bebeapa difinasi tentang kata dan frasa seperti.:
Lokus Dalam Dua Matra.
Lokus Dalam Dua Matra adalah merupakan satu lintasan set titik-titik yang
memenuhi syarat-syarat tertentu (Cheng Chooi Yoon, Khaw Phoay Eng, Yong
Kien Cheng, 2003)
Multimedia.
Multimedia adalah gabungan teks, grafik, bunyi(audio) , animasi dan video
yang berasaskan penggunaan komputer atau media elektronik lain. (Tay Vaugh,
2001)
Koswer.
Koswer boleh didefinasikan sebagai satu set arahan yang terperinci yang
dilaksanakan oleh system komputer bagi membolehkan komputer memproses
data kepada maklumat bagi mempersembahkan sesuatu tugas tertentu.
Pengajaran
Pengajaran adalah aktiviti yang rumit dan melibatkan penggunaan
bermacam-macam bentuk dan jenis kemahiran. Ianya juga melibatkan
perhubungan antara guru dan pelajar dan juga pelajar dengan pelajar yang lain
(Omardin, 1997)
8
Pembelajaran
Menurut Baharuddin (2001), pembelajaran adalah perubahan tingkah laku
yang berlaku kepada pelajar akibat daripada interaksi dengan persekitaran.
Secara umumnya, pembelajaran diertikan sebagai proses dengan kaedah-
kaedah tertentu sehingga orang memperolehi pengetahuan dan cara tingkah
laku yang sesuai dengan keperluan.
9
Kajian literature
Dalam kajian literatur ini, pengkaji akan membincangkan beberapa
perkara seperti ciri-ciri pembelajaran dan teori-teori yang berkaitan dengan
koswer multimedia. Selain itu, kajian-kajian yang lepas turut dinyatakan didalam
kajian literature ini.
Pada peringkat permulaan, penggunaan komputer adalah bagi membantu
proses pembelajaran dan pengajaran berdasarkan teori-teori pembelajaran yang
dikeluarkan oleh ahli-ahli psikologi tingkahlaku B.F Skinnker dan Parlov.
Penggunaan komputer pada masa itu digunakan bagi membekalkan proses
pembelajaran berbentuk latihtubi keatas isi pembelajaran yang telah dipelajari
sebelum itu.
Bentuk pembelajaran latihtubi ini dibina berdasarkan konsep diantara
stimulus respon yang hangat diperjuangkan ketika itu. Interaksi bentuk stimulus
respon iaitupelajar dengan teknologi adalah satu paradigm yang besar
pengaruhnya pada peringkat permulaan (Becker dan Hativa, 1994). Dengan lain
perkataan pembinaan perisian multimedia atau laman sesawang pembelajaran
pasa peringkat awal menumpukan kepada perhubungan antara stimulus dan
respon bagi memastikan proses pembelajaran berlaku.
Bentuk pengajaran berpusatkan pelajar serta pendekatan teori
konstruktivisme menjadi pegangan utama ketika membangukan perisian
multimedia. Teori kognitif dleksibel iaitu sala satu cabang dari teori
konstruktivisme menjadi pilihan yang semakin mendapat tempat dalam
menangani persekitaran pembelajaran bagi dominan ilmu yang kompleks. (Spiro
etal, 1991)
Multimedia akan mengubah cara pengajaran biasa yang memperlihatkan
pelajar pintar akan menemui dan meneroka tahap uang diajar oleh guru melalui
kaedah biasa. Guru bertindak sebagai pembimbing sepanjang aktiviti
pembelajaran dan bukanya sebagai pembekal. Teras kepada proses pengajaran
dan pembelajaran adalah satu altenatif dalam mempelbagaikan kaedah
10
pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti.
Oleh itu, perisian multimedia(koswer) ini dapat memperkaya proses
pembelajaran. Ia bukan bermatlamat untuk menggantikan guru untuk mengajar,
tetapi adlah satu oendekatan baru untuk membantu guru seperti dalam kaedah
biasa.
Kajian Lepas
Belum ada kajian yang lepas yang telah dilakukan terhadap kefahaman
konsep bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Namun ramai pengkaji yang telah
mengkaji keberkesanan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Ahmad (1997) telaj menjalankan kajian keatas murid-murid tahun lima di
Sekolah Kebangsaan Jabi yang berkaitan dengan keberkedanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi matapelajaran
Matematik untuk tajuk operasi asas Matematik. Dalam kajian itu, beliau
mendapati terdapat perubahan sikap yna positif dalam kalangan responden yang
terlibat untuk mencuba setiap soalan dikemukakan didalam komputer.
Selain itu, Poh Swee Hiang (1997), telah menyatakan bahawa multimedia yang
moden merujuk kepada perisian pengajaran yang disimpan didalam cakera laser
atau CD-ROM dan dibaca dengan menggunakan komputer. Multimedia
diserapkan bagi memangkinkan kualiti pengajaran seperti Matematik dan sains.
Kanagambal (1997) dalam satu kajianya, meyatakan bahawa situasi
dimana komputer digunakan untuk mengajar mendapati pelajar dapat
mempelajari sesuatu dengan lebih cepat, lebih mudah mengingati kembali bahan
yang telah dipelajari dan memperolehi sikap positif terhadap komputer. Didapati
juga pelajar dapat perinteraksi dengan komputer secara aktif dan fleksibel dalam
pengajaran dimana pelaar menentukan cara menggunakan bahan benbantu
komputer tersebut.
11
Penggunaan perisian kursus(koswer) pendidikan melalui CD-ROM juga
dapat membantu meningkatkan pengajaran guru dan menarik minat pelajar.
dalam kajian yang telah dilakukan oleh Rion Sumarji(1997) bertajuk “ pengajaran
dan pembelajaran sains berbantukan komputer” mendapati pembelajaran yang
menggunakan kaedah pencarian (exploratory) dan penemuan lebih Berjaya
berbanding pelajar yang hanya didedahkan denga kaedah tradisional.
Selain itu, kajian ilmiah yang telah dijalankan oleh Kulik et. al. (1983;
1984; 1986) dan Robyler (1988) telah membuktikan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran berbantukan komputer atau dalam erti kata lain penggunaan
perisian pendidikan (koswer) telah meningkatkan mutu dan juga prestasi
pengajaran san pembelajaran. Satu kajian perbandingan telah menunjukan
bahawa pelajar yang menerima pengajaran guru boleh mengingati kembali fakta
Matematik 73% lebih daripada pelajar yang diajar guru sahaja( Hasselbring.
et.al, 1988)
Multimedia dalam pendidikan
Multimedia ialah integrasi atau gabungan elemen-elemen teks, audio,
grafik, animasi dan video dengan menggunakan komputer sebagai alat kawalan
persembahan untuk membolehkan proses pembelajaran secara signifikan.
Rekabentuk pengajaran berbantukan perisian multimedia adalah satu disiplin
tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi
memperolehi matlamat utama pengajaran.
Faedah perisian multimedia dalam pendidikan
Menurut Jamaluddin dan Zaidatun (2003), penggunaan perisian
multimedia sudah semestinya mendatangkan kebaikan kepada pelajar didalam
pendidikan. Penggunaanya dapat mengatasi kelemahan serta masalah yang
dihadapi didalam proses pengajaran biasa didalam kelas yang dilaksanakan
secara tradisional. Ianya menjadi perangksang kepada guru serta mendaji alat
yang dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan.
Antara beberapa fardah pembelajaran dengan perisian multimedia ialah:
12
i. Menyokong pembelajaran kendiri
Penggunaan teknologi multimedia membolehkan pembelajaran
kendiri dilaksanakan dengan lebih berkesan. Pelajar boleh mimilih masa,
kandungan, serta hala tuju pembelajaran mereka dengan kasar yang
cepat kerana program multimedia memberi peluang serta kebebasan
kepada pelajar untuk memilih maklumat yang digemari mengikut
kebolehan individu. Pelajar juga berpeluang belajr tajuk yang susah
berulang kali sehingga pemahaman dicapai.
Pembelajaran berbantu multimedia sebagai salah satu media
pembelajaran yang dapat digunakan secara berkesan untuk memenuhi
keperluan pelajar yang berbeza dari segi keupayaan, intelek dan gaya
pembelajaran. Pembelajaran individu merupakan satu sisitem yang
pelbagai dan prosedur pembelajaran yang fleksibel dimana pelajar
diberikan tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan
pembelajaran mereka.
ii. Membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran
Perisian multimedia khususnya koswer telah membukan jalan baru
dalam bidang pendidikan. Ciri-ciri perisian multimedia yang lebih mesra
tidak menjemukan, tidak memenatkan dan tidak menyakitkan hati
menjadiakan ia amat sesuai digunakan terutamanya terhadap pelajar
yang kurang cerdas. Contohnya, strategi latih tubi dimana beberapa
percubaan perlu dilakukan oleh pelajar. pembelajaran menggunakan
multimedia dapat memberikan tindak balas serta merta kepada pelajar.
secara tidak langsung ia dapat memberi peneguhan yang sangat positif.
iii. Membantu imaginasi terhadap perkara abstrak
Elemen-elemen media yang terdapat dalam pengajaran dan
pembelajaran berasaskan multimedia seperti suaralatar, muzik, warna,
animasi dan visual boleh menambahkan realism dalam pembelajaran
secara latih tubi, ulangkaji dalam makmal, permainan simulasi dan
13
sebagainya. Dengan ini, elemen multimedia dapat menerangkan sesuatu
pengajaran yang kompleks menjadi mudah untuk difahami dengan
contoh-contoh yang sebenar yang mana contoh-contoh ini tidak dapat
diterangkan dengan menggunakan teks.
iv. Keseronokan belajar dan menjana pemikiran pelajar
Menerusi penggunaan multimedia, ianya berbeza dengan
pengajaran dan pembelajaran biasa yang memperlihatkan guru membaca
teks di hadapan sambil pelajar mendengar. Penggunaan perisian
multimedia menjadikan pelajar lebih seronok belajar apabila perisian tajuk
yang digunakan ada menggunakan animasi dan watak-watak tertentu
yang dilakonkan mengikut tema kurikulum subjek itu. Selain itu,
oenggunaan multimedia ini mampu melahirkan pelajar yang mahir berfikir,
kreatif dan kritis. Ciri-ciri inilay yang diharapkan oleh pihak kementerian
pendidikan dalam menyediakan pelajar yang cemerlang.
Koswer multimedia dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra.
Multimedia dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra melibatkan
elemen-elemen multimedia iatu grafik, teks, audio dan interaktiviti. Proses
pembelajaran didalam tajuk ini diambil darimapa “CD-ROM Mathematic
Form 2”. Perisian ini dilengkapi bukan sahaja dengan penerangan
mengenai definasi Lokus Dalam Dua Matra malah menyediakan paparan
yang membolehkan guru serta pelajar membuat simulasi terhadap contoh
dan latihan yang berkaitan.
Selain itu, terdapat kemudahan butang pautan bagi membolehkan
pengguna menggunakan perisian ini dengan mudah. Didalam tajuk ini
juga, di sediakan elemen-elemen multimedia seperti audio, teks,
penceritaan(narration) dan juga animasi bagi menampakan perisian in
lebih menarik.
14
Kesimpulan tinjauan literatur
Kajian lepas telah banyak menyatakan bahawa penggunaan
perisian multimedia mampu menigkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran. Hasilnya, prestasi dan pencapaian pelajar
akan meningkat selain motivasi mereka didalam subjek Matematik.
Suasana pembelajarn seperti ini akan membantu pelajar untuk menguasai
kemahiran kognitif yang diperlukan untuk mendapatkan pengetahuan.
Penggunaan kesemua elemen didalam multimedia aldah penting bagi
merangsang pemikiran pelajar.
Oleh itu, dalam kajian ini, pengkaji berharap untuk mengkaji
keberkesanan perisian koswer multimedia danam pengajaran dan
pembelajaran bagi menigkatkan prestasi dan minat pelajar tingkata dua di
MRSM Kota Kinabalu bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra.
15
Metodologi Kajian
Dalam metodologi kajian, pengkaji akan menyatakan tentang
kadah perlaksaan ujian bagi mengkaji keberkesanan penggunaan perisian
koswer multimedia di dalam tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Selain itu,
pengkaji akan menyatakan rekabentuk kajian, alat kajian, instrument
kajian, populasi dan persampelan subjek, tempat kajian serta tatacara
kajian.
Reka bantuk kajian
Rekabentuk kajian mempunyai dua tujuani iaitu mencari jawapan
kepada persoalan-persoalan kajian dan untuk mengawal varian. Kajian ini
adalah berbentuk quasi-eksperimen yang mana kajian membuat
pemilihan subjek kedalam kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.
Kedua-dua kumpulan akan diberi ujian pra untuk mengkaji pengetahuan
awal pelajar terhadap tajuk Lokus Dalam Dua Matra.
Kumpulan eksperimen akan diajar menggunakan pengajaran terus.
Isi pembelajaran akan dipersembahkan dengan kaedah tutorial dan teknik
penyoalan. Dalam kaedah ini, pengkaji akan menggunakan koswer
sebagai alat bnatu mengajar untuk menerangkan konsep lokus.
Semasa pembelajaran berjalan, soalan-soalan akan ditanya bagi
merangsang minda dan mencetus idea pelajar menggunakan kaedah
biasa. Diakhir pengajaran kedua-dua kumpulan, mereka akan diberi ujian
pos. ini akan dapat membandingkan prestasi pencapaian kedua-dua
kumpulan tesebut.
Instrumen kajian
Pengkaji akan menggunakan beberapa jenis intrumen dalam
menjalankan kajian ini. Contohnya, soalan kaji selidik, ujian pra, ujian
pasca, dan juga perisian multimedia.
16
Soalan kaji selidik
Dalam kajian ini, soalan kaji selidik akan digunakan. Menurut Majid
(2000), penggunaan boring kaji selidik dapat meningkatkan ketepatan dan
kebenaran gerakbalas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak
dipengaruhi oleh geraklaku pengkaji.
Soalan kaji selidik yang akan digunakan dalam kajian ini dibina oleh
penyelidik yang telah melakukan kajian dalam bidang yang sama iaitu Saridah
(2006). Menurut beliau, soal selidik ini dibina berpandukan jadual spesifikasi
tahap afektif Krathwohl dengan mempertimbangkan kategori penerima,
gerakbals, pengjhargaan, organisasi dan ciri nilai.(Saridah, 2006)
Soalan kaji selidik ini akan terbahagi kepada dua bahagian :
Bahagian A
Bahagian ini mengandungi item yang berkaitan dengan latar belakang
pelajar seperti jantina, kaum dan tahap pencapaian akademik terkini.
Maklumat keputusan akademik pelajar akan digunakan untuk melihat
prestasi pelajar di beringkat awal.
Bahagian B
Pada bahagian ini, item akan berkaitan denga factor-faktor yang
mempengaruhi perlaksanaan secara berkesan kaedah penggunaan
koswer. Solan kaji selidik akan diberikan kepada kumpulan
eksperimen(rawatan) iaitu kumpulan yang akan diajar menggunakan
koswer bagi tajuk Lokus Dalam Dua Matra. Terdapat lapan soalan yang
perlu dijawab oleh pelajar dengan koswer dan skala likert akan digunakan
untuk menilai tahap persetujuan terhadap setiap item yang dikemukakan.
Skala likert adalah difikirkan sesuai kerana merupakan pengukuran utama
yang mempunyai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi.
17
Skor Nilai Sangat Tidak
Bersetuju
Tidak
Bersetuju
Tidak Pasti
Bersetuju
Sangat
Bersetuju
Skor 1 2 3 4 5
Skala Likert
Data-data yang diperolehi dianalisa dengan menggunakan taburan kekerapan
dan peratusan bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi
keberkesanan perlaksanaan kaedah pembelajaran menggunakan koswer.
Ujian Pra
Dalam ujian pra, soalan adalah terdiri daripada dua bahagian:
Bahagian A : Bahagian ini mengandungi empat soalan. Pelajar dikehendaki
menuliskan jawapan berdasarkan gambar rajah yang diberikan.
Bahagian B : Bahagian ini mengandungi lima soalan. Empat soalan merupakan
soalan-soalan berbentuk aneka pilihan jawapan. Soalan ke-5 pula adalah
merupaka soalan yang menguji kemahiran membina lokus.
Tujuan ujian ini dijalankan adalah untuk mengetahui atau mengesan
pengetahuan awal pelajar dalam tajuk kajian.
Ujian Pasca
Ujian pasca akan diberikan sebaik sahaja selesai sesi pengajaran
berlangsung. Soalan adalah sama seperti yang diberikan dalam soalan pra.
Soalan yang diberikan bertujuan untuk menguji sejauh manakah kefahaman
pelajar terhadap tajuk yang diajar semasa pengajaran. Skala pengukuran yang
digunakan adalah skala sela kerana skor yang akan diperolehi adalah dalam
bentuk peratusan.
18
Kedua-dua ujian pra dan pasca yang digunakan pengkaji lepas adalah
berpandukan buku teks dan buku rujukan yang digunakan oleh pelajar. soalan-
soalan ini juga disemak dan mendapat pengesahan daripada guru-guru yang
berpengalaman yang mengajar subjek Matematik. Tujuan pengesahan ini
dilakukan semula adalah supaya soalah tidak mengandungi kesilapa konsep dan
kefahaman.
Populasi dan Sampel kajian
Populasi sasaran kajian adalah terdiri daripada pelajar tingkatan dua di
Maktab Rendah Sains Mara Kota Kinabalu, Sabah. Sampel dipilih dalam
kalangan populasi dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah.
Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar iaitu tiga kelas daripada tingkatan
dua. Sampel yang diambil berdasarkan kepada keupayaan akedemik yang
hamper sama, tanpa mengira jantina, kaum dan latarbelakang keluarga.
Lokasi kajian
Kajian dijalanka di negeri Sabah. Lokasi adalah Maktab Rendah Sains
Mara Kota Kinabalu, Putatan Sabah. Sekolah ini terletak di pesisir bandar dan
merupakan sekolah berasrama penuh dibawah kelolaan MARA. Sekolah ini
menawarkan pendidikan bermula tingkatan satu sehingga tingkatan enam.
MRSM Kota Kinabalu mempunyai pelbagai kemudahan pembelajaran
terutamanya bagi subjek Matematik seperti makmal Matematik yang lengkap
dengan pelbagai alat bantu mengajar seperti projektor dan komputer riba.
Pihak pengurusan MRSM Kota Kinabalu, sangat mementingkan
pencapaian pelajar terutamanya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan
awan seperti PMR, SPM dan STPM. Satu kelebihan bagi pelajar sekolah ini ialah
sekolah menyediakan asrama kepada pelajar. ini secara tidak langsung
memudahkan pelajar untuk membuat perbincangan kumpulan atau menghadiri
kelas intensif yang diadakan oleh para guru.
19
Penganalisaan Data
Soal kaji selidik, ujian pra dan pasca dianalisa menggunakan kaedah
kuantitatif. Data diperolehi daripada soalan kaji selidik dengan menjumlahkan
skor untuk setiap item daripada soalan secara manual dan dengan
menggunakan program Stastiscal Pakage For Social Scinece (SPSS 11.5). Dengan
menggunakan program SPSS ini, purata dan peratusan dapat ditentukan
seterusnya membandingkan ujian pra dan ujian pasca bagi kedua-dua
kumpulan. Statistic inferens juga digunakan untuk mengita nilai-t dalam
menentukan hipotesis kajian.
Bagi menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah pembelajaran yang
digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor untuk setiap
item. Purata min skor yang tinggi bagi setiap item akan menunjukkan
penerimaan yang menggalakan. Manakala min skor yang rendah akan
menunjukan persepsi pelajar terhadap pembelajaran menggunakan koswer
adalah kurang menggalakan.
Penutup
Pengkaji telah melakukan perangcangan dalam melakukan kajian yang
bakal dijalankan sebaik mungkin dan sistematik seterusnya untuk memastikan
perjalan kajian berjalan lancar. Pengkaji berharap perancangan yang teratur dan
sistematik ini akan membuahkan hasil data yang tepat, jitu dan sahih.