Post on 11-Jul-2016
description
Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdik lagi bijaksana.Pada suatu hari, Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba dia ternampak Sang Ular yang besar sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.
”Aku harus berhati-hati dengan Sang Ular itu, jikalau ia terjaga habislah aku dimakannya nanti”, bisik Sang Kancil di dalam hatinya. Tanpa membuang masa Sang Kancil pun beredar dari tempat itu. Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untuk mencari makanan,tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang di dalam hutan itu. ” Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimau hendak makan kita”, jerit Sang Arnab dan Sang Monyet sambil berlari lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan diri, tiba-tiba Sang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancil mengigil dan menangis ketakutan.
”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makanan aku Sang Kancil, ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau.
”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku, kasihanilah aku Sang Harimau ” rayu Sang Kancil.
Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya dan dia teringat akan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak di bawah sebatang pokok.”Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yang ku simpan di bawah sebatang pokok, jika engkau memakainya sudah tentu semua binatang akan tunduk dan hormat pada engkau”, kata Sang Kancil. ”Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang sakti itu?!” tanya Sang Harimau. ”Tali pinggang sakti itu ada ku simpan di bawah sebatang pokok tetapi engkau mestilah melepaskan aku dahulu”, kata Sang Kancil. ”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan engkau, tapi ingat!! Kalau kau tipu aku siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau. Sang Kancil pun membawa Sang Harimau ke tempat Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi.” Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi”, bisik Sang Kancil kepada Sang Harimau. Tanpa membuang masa, Sang Harimau pun terus memegang badan Sang Ular yang sedang tidur nyenyak tadi dan melilitkan badan Sang Ular itu ke pinggangnya.”Wah, hebat sungguh tali pinggang sakti ini! Ha..ha...sekarang akulah raja di rimba ini, semua binatang akan takut kepada aku, ha....ha.....ha.....”, ketawa Sang Harimau.
Sang Ular yang sedang tidur nyenyak pun terjaga apabila terdengar suara Sang Harimau itu tadi. Apalagi Sang Ular berasa sangat marah lalu terus membelit pinggang Sang Harimau dengan kuat. Sang Harimau pun menjerit memnita tolong. ” Tolong.... tolong.... tolong.... Sang Harimau meronta-ronta untuk melepaskan dirinya.
”Cis, berani engkau menipu aku Sang Kancil, siaplah engkau”, marah Sang Harimau.Akhirnya, Sang Harimau pun mati dibelit oleh Sang Ular. Selamatlah Sang Kancil daripada dimakan oleh Sang Harimau. Semua haiwan yang tinggal di dalam rimba itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Kancil kerana telah menyelamatkan nyawa mereka.
....Selesailah sudah... Kisah Sang Kancil... Yang Sangat cerdik lagi bijaksana…berjaya menumpas musuh yang ganas…Hidupan hutan… Aman dan gembira….
Hai kawan-kawan,Dari cerita yang saya sampaikan tadi, dapatlah kita semua teladan bahawa setiap masalah yang kita hadapi pasti ada penyelesaian, jika kita menggunakan akal seperti Sang Kancil tadi.
Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah Harimau Yang Tamak.
Pada suatu hari, Maharaja Singa telah mengisytiharkan
kepada penghuni rimba bahawa mereka boleh menyembahkan
satu kehendak mereka kepada baginda. Binatang-binatang
dalam hutan itu pun mengadap Maharaja Singa. Masing-masing
membawa permintaan. Tiap-tiap permintaan itu dikabulkan
oleh baginda.
Setelah mendengar cerita kemurahan hati Raja Singa itu,
timbullah rasa tamak di hati harimau. “Aku mesti minta supaya
rezeki aku lebih murah daripada sekarang. Aku tidak mahu
makan tiga kali sehari. Sebaliknya aku mahu makan tujuh kali
sehari. Kalau aku dapat makan tujuh kali sehari, tentulah aku
akan lebih kuat daripada Singa.”
Setelah berfikir demikian, Sang Harimau pun pergi
mengadap Maharaja Singa.
“Hah! Engkau datang juga, Harimau?” tegur Singa.
“Apakah kehendak engkau?” Harimau terkejut mendengar
suara Singa yang bengis itu. Hatinya berdebar-debar.
“Patik… Patik mahu makan tujuh… tujuh …” kata Harimau
tergagap-gagap.
“Tujuh apa?” sergah Maharaja Singa lebih keras.
“Tujuh hari sekali!” jelas Harimauu terketar-ketar.
“Baik. Dengan ini, aku sebagai Maharaja di hutan ini
akan kabulkan permintaan engkau. Mulai hari ini, engkau akan
dapat rezeki tujuh hari sekali,” kata Singa.
Sang Harimau tersedar yang dia telah tersalah cakap. Dia
hendak mengatakan tujuh kali sehari tetapi dia telah
tersebutkan tujuh hari sekali. “ Tuanku…Patik…Patik…”
“Sudah!” potong Maharaja Singa. “Tiap-tiap binatang
hanya boleh mengemukakan satu permohonan sahaja.
Permohonan engkau tadi telah pun beta kabulkan.
Sejak hari itu, Harimau hanya dapat makan tujuh hari
sekali. Itulah sebabnya perut Harimau selalu kempis dan
badannya tidak bermaya. Demikianlah kawan-kawan
berakhirnya cerita saya pada kali ini. Sekian, terima kasih.
Terima kasih dan salam sejahtera kepada tuan pengerusi
majlis, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru yang
dikasihi serta rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah Penebang Kayu Dengan
Anaknya.
Di dalam sebuah kampung, tinggal seorang penebang
kayu yang miskin . Penebang kayu itu mempunyai seorang
bapa yang telah tua lagi uzur dan seorang anak. Pada suatu
hari, penebang kayu itu bercadang untuk menghantar bapanya
ke dalam hutan dan membiarkannya tinggal di situ.
“Bagaimana nanti kalau jiran –tetangga kita menanya
tentang ayah?” tanya isteri penebang kayu.
“Kamu beritahulah mereka yang dia tinggal di tokong
untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya,” kata penebang kayu
itu. Penebang kayu dan isterinya tidak sedar bahawa
percakapan mereka telah didengari oleh anak mereka.
Keesokan harinya, penebang kayu pergi ke pecan untuk
membeli sebuah bakul yang besar. Sebaik sahaja waktu senja,
penebang kayu itu pun memasukkan bapanya ke dalam bakul
tersebut.
“Apa yang kamu cuba lakukan?” tanya bapanya.
“Ayah, kami tidak terdaya menjaga ayah kerana kami
miskin dan sentiasa sibuk.Kami ingin membawa ayah ke
tempat yang selamat. Di sana, ayah akan dijaga dengan baik,”
kata penebang kayu itu sambil memikul bakul tersebut. Orang
tua itu berasa sedih dan mengerti maksud anaknya. Penebang
kayu itu pun memikul ayahnya berjalan kearah hutan.
Sebelum bayang penebang kayu itu hilang daripada
pandangan, anak penebang kayu itu menjerit, “ Ayah, jangan
lupa bawa balik bakul itu semula!”
“Mengapa?” tanya penebang kayu itu kehairanan.
“Ayah,” kata anak penebang kayu itu dengan lembut,
“Apabila ayah tua kelak, saya akan gunakan bakul itu untuk
memikul ayah pula.”
Kaki penebang kayu itu menggigil dan tidak boleh
bergerak. Dia tunduk sambil berfikir. Selepas beberapa ketika,
dia pun berkata kepada anaknya. “Marilah kita pulang ke
rumah.”
Demikianlah kawan-kawan berakhirnya cerita saya pada
kali ini. Sekian, terima kasih.
”SANG KANCIL DENGAN TALI PINGGANG SAKTI””Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan
menjadi makananaku Sang Kancil, ha...ha....ha......”, ketawa Sang Harimau.”Wahai Sang Harimau, janganlah makan
aku, lepaskanlah aku,kasihanilah aku Sang Harimau ” rayu Sang Kancil.Ha, kawan-kawan hendak tahu apa kesudahan
ceritanya?Dengarlah cerita saya pada hari ini yang bertajuk ”Sang Kancil denganTali Pinggang Sakti”.Assalamualaikum
Warahmatullah Hiwabarakatuh dan Salam Sejahterakepada barisan Hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.Di dalam sebuah rimba, tinggal seekor Sang Kancil yang cerdiklagi bijaksana.Pada suatu hari,
Sang kancil keluar mencari makanannya, tiba-tiba
diaternampak Sang Ular yang besar sedang tidur nyenyak di bawahsebatang pokok.”Aku harus berhati-hati dengan
Sang Ular itu, jikalau iaterjaga habislah aku dimakannya nanti”, bisik Sang Kancil di dalamhatinya. Tanpa membuang
masa Sang Kancil pun beredar dari tempatitu.Kemudian, Sang Kancil meneruskan perjalanannya untukmencari
makanan,tiba-tiba kedengaran bunyi riuh-rendah suara binatang-binatang didalam hutan
itu.” Lari.... lari......... lari Sang Kancil, Sang Harimauhendak makan kita”, jerit Sang Arnab dan Sang Monyet sambil
berlari
lintang pukang. Belum sempat Sang Kancil melarikan diri, tiba-
tibaSang Harimau terus menerkam ke arah Sang Kancil. Sang Kancilmengigil dan menangis
ketakutan.”Ha....ha...ha......, nampaknya hari ini engkau akan menjadi makananaku Sang Kancil, ha...ha....ha......”,
ketawa Sang Harimau.”Wahai Sang Harimau, janganlah makan aku, lepaskanlah aku,kasihanilah aku Sang Harimau ”
rayu Sang Kancil.Sang Kancil mencari akal untuk melepaskan dirinya dan diateringat akan Sang Ular yang sedang tidur
nyenyak di bawah sebatangpokok.”Wahai Sang Harimau, aku mempunyai sebuah tali pinggang sakti yangku simpan di
bawah sebatang pokok, jika engkau memakainya sudahtentu semua binatang akan tunduk dan hormat pada engkau”,
kataSang Kancil.”Apa... tali pinggang sakti?! Di manakah tali pinggang saktiitu?!” tanya Sang Harimau.”Tali pinggang
sakti itu ada ku simpan di bawah
sebatangpokok tetapi engkau mestilah melepaskan aku dahulu”, kata SangKancil.”Baiklah Sang Kancil, aku lepaskan
engkau, tapi ingat!! Kalaukau tipu aku siaplah engkau!!, herdik Sang Harimau.Sang Kancil pun membawa Sang
Harimau ke tempat SangUlar yang sedang tidur nyenyak tadi.” Ha..itulah tali pinggang yang ku katakan tadi”, bisik Sang
Kancilkepada Sang Harimau.