Post on 05-Dec-2014
YONG SHU LAN S.M Tinggi Kota Kinabalu Kota Kinabalu, Sabah.Guru Cemerlang Sejarah.
Beliau banyak menyampaikan ceramah yang berkaitan dengan teknik menjawab soalan peringkat PMR dan SPM kepada pelajar-pelajar di Sabah. Ceramah tentang teknik P&P yang efektif dan berkesan juga dikendalikan khas untuk guru-guru Sejarah di Sabah. Beliau juga seorang penggubal soalan peperiksaan peringkat negeri dan jurulatih utama bagi subjek sejarah peringkat PMR dan SPM. Kajian tindakan yang bertujuan untuk meningkatkan prestasi pelajar turut dihasilkan demi meningkatkan kemahiran P&P bilik darjah.
CARA MUDAH MENGULANGKAJI SEJARAH SPM : PERMAINAN TEKA SILANG KATA
Kertas kerja ini bertujuan memperkenalkan kaedah yang mudah untuk membantu guru-guru Sejarah mengajar murid-murid untuk mengulangkaji subjek ini khasnya menguasai teknik menulis jawapan esei dengan betul dan lengkap. Program ini dilaksanakan pada hujung bulan Ogos. Melalui pendekatan ini pelajar diminta membawa buku teks bersama semasa proses P&P dalam kelas. Guru akan tunjukkan cara untuk bermain melalui kaedah ICT (Power Point). Selepas diberikan pendedahan awal, guru akan memberikan topik-topik penting kepada pelajar dan membahagikan pelajar mengikut kumpulan. Pelajar diberikan masa selama seminggu untuk menyiapkan tugasan mereka. Guru berperanan sebagai fasilitator, mengumpulkan serta menyemak hasil kerja pelajar. Pelajar akan membentangkan hasil kerja dan bermain permainan teka silang kata ini bersama-sama melalui kaedah ICT semasa program kecemerlangan yang akan diadakan pada awal bulan September. Hasil kerja pelajar akan dicetak dan diedarkan kepada semua pelajar tingkatan lima sebagai bahan ulangkaji. Keberkesanan teknik ini dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan 1, percubaan 2 dan peperiksaan SPM.
1
CARA MUDAH MENGULANGKAJI SEJARAH SPM : PERMAINAN TEKA SILANG KATA
OLEH : YONG SHU LAN
SEKOLAH MENENGAH TINGGI KOTA KINABALU, SABAH
1.0Pengenalan
Membangunkan modal insan minda kelas pertama merupakan misi nasional.
Usaha Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan subjek sejarah sebagai
mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah memang satu langkah yang
positif ke arah melahirkan modal insan yang bersemangat patriotik dan berkualiti
selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin merealisasikan konsep ‘Satu
Malaysia’ Sesungguhnya, sesetengah pelajar tidak berminat untuk mempelajari
subjek ini kerana terlalu banyak fakta yang perlu dihafal. Mereka turut
menganggap mempelajari sejarah amat membosankan kerana mempelajari
benda atau tokoh yang telah mati. Padahal, menurut E.H. Carr, sejarah terdiri
daripada sekumpulan fakta yang telah diteliti dan dipastikan. Melalui kertas kerja
ini, saya ingin mengubah pandangan pelajar dan cuba menarik minat pelajar
terhadap subjek ini dengan cara permainan teka silang kata. Dengan cara ini,
pelajar akan melibatkan diri secara langsung dan bekerjasama antara satu sama
lain dalam proses menghasilkan permainan dan jawapan yang diarahkan oleh
guru. Hal ini akan membantu mereka untuk menghafal fakta-fakta penting bagi
sesuatu topik. Pendapat ini dapat disokong oleh kata-kata Blaise Astra Parker,
iaitu ‘I believe that learning is an interactive and collaborative process’. Maka,
sudah tentulah rungutan pelajar tentang kebosanan menghafal dan mempelajari
sejarah sedikit sebanyaknya dapat diatasi.
2.0Kumpulan Sasaran
Pendekatan yang saya amalkan sesuai untuk pelajar-pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada hujung tahun. Di peringkat
permulaan, sebanyak 80 orang pelajar tingfkatan 5 dipilih dalam kajian ini. Hal
2
ini kerana mereka telah didedahkan sukatan tingkatan 4 dan 5 selewat-lewatnya
pada hujung bulan Julai. Pelajar-pelajar tingkatan lima juga telah menduduki
peperiksaan percubaan satu SPM pada pertengahan bulan Ogos. Oleh hal
yang demikian, markah peperiksaan percubaan satu ini akan diambil kira
sebagai markah Pra ujian sementara markah dan keputusan peperiksaan
percubaan dua serta peperiksaan SPM sebenar dianggap sebagai markah
Pasca ujian untuk menilai keberkesanan kajian ini.
3.0Kaedah Pelaksanaan
Kaedah pelaksanaannya adalah berdasarkan jadual kerja berikut:
3.1 Taklimat awal guru kepada pelajar berkenaan tugasan
Taklimat awal guru kepada pelajar berkenaan tugasan disampaikan selewat-
lewatnya seminggu sebelum cuti sekolah penggal kedua.
Untuk menjayakan program ini, guru Sejarah perlu membahagikan pelajar
kepada kumpulan kecil iaitu 2 orang dalam satu kumpulan. Tajuk atau topik
tertentu juga perlu diberikan kepada setiap kumpulan dengan cara mencatatkan
tajuk dalam senarai nama kelas pelajar. Pelajar-pelajar yang terlibat juga perlu
dimaklumkan supaya membaca dan membuat kumpulan perbincangan untuk
menghasilkan kertas kerja dan menghasilkan permainan dalam bentuk ‘Power
Point’ semasa cuti sekolah. Guru juga memberikan sampel permainan dalam
bentuk cakera padat (CD) kepada pelajar untuk membantu pelajar menghasilkan
kertas kerja dengan lebih cepat iaitu hanya mengubah isi kandungan “slide
power point’ berdasarkan rangka yang diberi. Pendekatan yang disarankan
dalam kertas kerja ini banyak memanfaatkan masa cuti sekolah pelajar. Cuti
sekolah selama satu minggu pasti membolehkan pelajar menghasilkan
permainan teka silang kata yang menarik. Topik yang ditetapkan untuk setiap
pelajar akan membantu mereka benar-benar memahami isi kandungannya.
Memang tidak wujud halangan dari segi masa atau kerja rumah yang banyak
seperti yang dialami mereka pada hari-hari persekolahan biasa.
3
Selepas cuti semester kedua, guru mengumpul dan menyemak hasil kertas kerja
pelajar mengikut kumpulan masing-masing. Pada bulan September, Program
kecemerlangan Sejarah SPM akan dijalankan. Dalam program ini, masa 2 jam
diperuntukkan untuk bermain permainan ini dan menguji keberkesanan teknik ini
di samping memberikan peluang kepada para pelajar untuk membentangkan
hasil kerja mereka. Hasil kerja yang cemerlang dan menarik akan diutamakan
dalam proses pembentangan ini. Sementara hasil kerja bagi kumpulan lain akan
dicetak dan diedarkan kepada semua pelajar yang terlibat. Selain itu, hasil kerja
ini turut diedarkan untuk pelajar kelas lemah dan menggalakkan guru-guru yang
mengajar kelas-kelas lemah ini agar menggunakan kaedah ICT’Power Point’
atau dicetak dalam kertas edaran untuk mengulangkaji bersama-sama pelajar
semasa proses P&P.
3.2 Peraturan Permainan
Pelajar yang bermaian permainan ini perlu memahirkan diri dari segi
penguasaan kata kunci bagi setiap fakta atau isi penting. Berdasarkan pendapat
Blaise Astra Parker, beliau mengatakan bahawa ‘ I engage critical thinking and
active learning is through relying on classroom discussion to draw out key
points’
Jelaslah bahawa penguasaan kata kunci memang penting untuk membantu dan
memudahkan pelajar menghafal serta menghurai sesuatu fakta.
3.3 Cara-cara bermain
Langkah 1 : Pelajar diminta mencari kata kunci berdasarkan soalan yang
dikemukakan di atas petak teka silang kata. Kertas edaran juga diberikan kepada
pelajar agar mereka boleh menandakan jawapan dalam ruangan yang
disediakan. Pelajar akan mencari jawapan berpandukan buku teks sejarah
tingkatan 4 dan 5. ( Sila rujuk ‘slide power point’ 1 pada lampiran 1)
Langkah 2 : Guru membincangkan jawapan teka silang kata yang diperoleh
pelajar dalam ‘slide power point’ 1 dan seterusnya menayangkan slide ke-2
( Sila rujuk ‘slide power point’ 2 pada lampiran 1)
4
Langkah 3 : Setelah mendapat dan mengenalpasti jawapan bagi setiap kata
kunci, setiap pelajar diminta menghuraikan fakta atau isi berdasarkan kata kunci
tersebut. ( Sila rujuk ‘slide power point’ 3 pada lampiran 2)
Langkah 4 : Pelajar diminta menghasilkan esei yang lengkap dalam kertas
kajang berdasarkan jawapan dalam ‘slide power point’ ke-3.
Contoh esei yang lengkap :
Antara usaha yang dijalankan oleh pemimpin politik untuk melahirkan Pakatan
Murni ialah melalui cadangan pembukaan UMNO kepada rakyat bukan Melayu.
UMNO juga sanggup berunding dengan kaum lain untuk kepentingan masa
depan negara. Selain itu, pemimpin politik turut menganjurkan penubuhan Parti
Perikatan. Kerakyatan Negeri 1951 juga diberikan kepada imigran yang lahir di
Persekutuan Tanah Melayu. Bagaimanapun,syaratnya ialah ibu atau bapanya
telah menjadi rakyat Tanah Melayu. Langkah ini merupakan jalan penyelesaian
untuk menyatupadukan pelbagai kaum dan menjadi asas kemerdekaan.
3.3 Perbincangan kandungan pelajaran tingkatan 4 dan 5 khasnya
topik-topik penting bersama pelajar
Sebelum peperiksaan percubaan kedua berlangsung, guru boleh meluangkan
dua waktu pengajaran (80 minit) untuk berbincang dengan pelajar tentang topik-
topik penting SPM berdasarkan edaran analisis soalan tahun-tahun lepas yang
dihasilkan oelh guru . Perbincangan ini secara tidak langsung menguji
pemahaman dan penguasaan pelajar tentang isi kandungan pelajaran. Guru
boleh menguji penguasaan pelajar hanya dengan cara lisan sahaja. Guru boleh
juga melukis peta minda yang ringkas di papan putih dan meminta pelajar keluar
untuk melengkapkannya. Perbincangan sedemikian turut membantu pelajar
mengingat kembali fakta yang telah dibaca dan memberi mereka keyakinan
untuk menghadapi peperiksaan. Secara tidak langsung, pelajar mendapat
bimbingan daripada guru bahkan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran lebih mudah. Di samping itu, proses mengulangkaji subjek ini
dalam kalangan pelajar juga akan menjadi lebih seronok dan lebih bermakna.
5
Selain itu, pengetahuan sedia ada pada diri pelajar akan memudahkan guru
mendapat maklum balas bagi soalan-soalan yang ditujukan kepada pelajar dan
membolehkan proses perbincangan menjadi lebih lancar.
3.5 Melatih pelajar menjawab soalan berbentuk struktur dan esei
semasa menghadapi peperiksaan
Setelah semua topik penting telah dihasilkan dalam bentuk permainan, dan
proses perbincangan selesai, tugas guru sejarah selanjutnya ialah melatih
pelajar menjawab soalan struktur dan esei berorientasikan peperiksaan.
Tugasan ini nescaya lebih mudah sebab pelajar sudah menguasai teknik
mengulangkaji dan menghurai esei bahkan telah menduduki peperiksaan
percubaan dua di peringkat sekolah. Selepas teknik mengulangkaji ini
didedahkan kepada pelajar, tugas guru yang seterusnya hanya perlu mengajar
teknik menjawab soalan dan memahami kehendak soalan berorientasikan
peperiksaan. Guru akan memberikan soalan esei penting yang diramal kepada
pelajar. Setelah perbincangan diadakan selama lebih kurang 10 minit, pelajar
diarahkan untuk menulis esei yang lengkap dalam kertas kajang. Jumlah masa
yang diperuntukkan adalah sebanyak 25 minit. Setelah masa tamat, guru
mengumpul tugasan pelajar untuk menyemak jawapan yang ditulis oleh mereka.
Contoh jawapan pelajar yang cemerlang akan dilekat pada papan penyataan
selama seminggu dan akan diberikan markah bonus iaitu sebanyak 2 markah
untuk ditambah dalam markah peperiksaan penggal sebagai galakan kepada
pelajar. Cara ini dilakukan secara berulang iaitu seminggu sekali sehingg peperik
saan SPM berlangsung.
4.0 Kebaikan Pendekatan Ini
Pendekatan mengulangkaji dengan cara permainan teka silang kata ini mampu
membantu pelajar mengulangkaji subjek sejarah dengan lebih seronok dan
berkesan. Kaedah ini juga dianggap sebagai kaedah yang berpusatkan pelajar.
Pelajar melibatkan diri secara langsung dalam proses menghasilkan permainan dan
jawapan atas bimbingan guru. Beban kerja guru juga dapat diringankan kerana
secara tidak langsung, pelajar membantu guru menyediakan bahan P&P yang amat
bernilai. Bahan ini juga dapat dikongsi bersama dengan pelajar daripada kelas
6
lemah. Guru juga tidak perlu membazirkan masa untuk menggunakan teknik
pengajaran yang berpusatkan guru seperti penerangan dan bercerita yang dianggap
amat membosankan. Sebenarnya, amalan sesetengah guru membaca bab demi bab
bersama pelajar semasa waktu Sejarah dan meminta pelajar menyalin nota
berdasarkan buku teks tanpa memahami maksudnya adalah tidak digalakkan kerana
teknik ini mengambil masa yang lama terutamanya apabila musim peperiksaan
menjelang. Akhirnya pelajar kurang dilatih menjawab soalan struktur dan esei
berorientasikan peperiksaan kerana kesuntukan masa. Memang kita tidak dapat
menafikan bahawa cabaran guru Sejarah semakin berat Namun, sekiranya guru
kreatif, inovatif dan dapat memikirkan teknik mengajar yang terancang serta efektif,
masa pengajaran dapat dioptimumkan dan sebarang cabaran yang dihadapi pasti
dapat diatasi dengan lebih mudah.
5.0 Dapatan Kajian
Berikut merupakan keputusan pelajar yang terlibat bagi subjek Sejarah dalam
peperiksaan Percubaan peringkat sekolah :
Jadual 1 :
Analisis kekerapan pencapaian ujian pra dan ujian pasca mengikut gred dan bilangan pelajar
Gred Markah Kekerapan bil
pelajar dalam
peperiksaan
percubaan 1
(Pra ujian)
Kekerapan bil
pelajar dalam
peperiksaan
percubaan 2
( Pasca ujian )
+/- Keputu
-san
SPM
+/- %+/-
A+ 90-100 1 4 +3 4 0 0
A 80-89 7 4 -3 9 +5 6.25
A- 75-79 6 5 +1 13 +8 10
B+ 70-74 5 10 +4 12 +2 2.5
B 65-69 7 7 0 13 +6 7.5
C+ 60-64 8 7 -1 12 +5 6.25
C 55-59 8 4 -4 11 +7 8.75
D 50-54 5 15 +10 3 -12 -15
E 45-49 5 6 +1 2 -4 -5
G 0-44 28 18 -10 1 -17 -21.25
7
Percubaan 1 percubaan 2 SPM0
5
10
15
20
25
30
A+AA_B+BC+CDEG
Graf 1 : Analisis kekerapan pencapaian ujian pra dan ujian pasca mengikut gred serta bilangan pelajar
Berdasarkan jadual 1, analisis kekerapan pencapaian antara ujian pra ( Peperiksaan
Percubaan 1 ) dengan ujian pasca ( Peperiksaan Percubaan 2 ) mengikut gred dan
bilangan pelajar, didapati hasil keputusan ujian pasca menunjukkan perubahan
peningkatan pencapaian pelajar dan bilangan pelajar yang gagal jelas menunjukkan
penurunan dari segi bilangan mahupun peratus. Peningkatan yang menonjol dapat
dibuktikan melalui keputusan peperiksaan SPM iaitu peratus kelulusan mencapai
98.75% berbanding dengan uian pra yang hanya mencatat peratus kelulusan sebanyak
65%.
Merujuk jadual 1, didapati secara keseluruhannya kaedah ini dianggap amat berjaya,
memangdangkan keputusan peperiksaan SPM 2009 bagi kumpulan sasaran yang sama
menunjukkan peningkatan. Pencapaian pelajar yang mendapat lulus penuh daripada
gred A hingga E semasa ujian pra adalah seramai 52 ( 65% ) orang pelajar manakala
ujian pasca seramai 62 ( 77.5% ) orang pelajar. Peningkatan yang amat ketara terlihat
pada gred A hingga D dalam keputusan SPM 2009, iaitu 79 ( 98.75% ) orang pelajar.
8
6.0 Refleksi Kajian
Berdasarkan dapatan daripada analisis kualitatif dan kuantitatif, kaedah pembelajaran
berasaskan permainan teka silang kata dengan bantuan penggunaan komputer riba dan
LCD projektor memperlihatkan realiti dalam kalangan pelajar yang amat bermotivasi dan
menunjukkan perubahan tingkah laku yang amat positif ketika sesi P&P dan sesi
ulangkaji dalam bilik darjah. Kaedah ini boleh juga digunakan tanpa menggunakan
komputer dan LCD. Bergantung pada masa dan kemudahan yang ada pada sekolah.
Kaedah ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk mengembangkan idea,
minat dan kebolehan masing-masing ketika sesi perbincangan dan pembentanga
dijalankan. Peluang ini turut digunakan sepenuhnya oleh semua pelajar untuk
menunjukkan kebolehan dan kemampuan kumpulan masing-masing dengan hasil yang
terbaik dan menarik minat rakan lain untuk mengikutinya. Kaedah ini boleh juga
digunakan oleh guru semasa proses P&P di dalam bilik darjah dan dijadikan sebagai
bahan sokongan P&P ataupun sebagai latihan pengukuhan. Melalui kaedah ini, pelajar
mampu melibatkan diri secara langsung dalam proses pembelajaran dan komunikasi
pelbagai hala dapat diwujudkan.
7.0 Penutup
Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji mendapati penggunaan kaedah atau teknik
permainan teka silang kata ini dalam proses mengulangkaji mahupun P&P dalam bilik
darjah berjaya menarik minat pelajar dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka.
Semoga guru-guru Sejarah dapat mengamalkan pendekatan yang saya syorkan dalam
kertas kerja ini untuk membolehkan guru-guru mengajarkan mata pelajaran sejarah
secara sistematik dan efektif. Guru-guru sejarah perlulah berfikiran positif dan
menganggap proses pengajaran dan pembelajaran sejarah bukan lagi sesuatu yang
membosankan malah dianggap begitu mudah. Bah kata peribahasa Melayu, di mana
ada kemahuan, di situ ada jalan. Selamat mencuba.
9
8.0 Rujukan
1. Ramlah Binti Adam, Shakila Parween Binti Yacob, Abdul Hakim Bin Samuri,
Muslimin Bin Fadzil. (2003) Buku Panduan Guru Sejarah Tingkatan 5. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. ABD. Rahim. Rahim Bin Abd. Rashid, Rosnanaini Binti Sulaiman, Akashah Bin
Ismail. ( 2003) Buku Panduan Guru Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
3. Kementerian Pelajaran Malaysia. Manual Kajian Tindakan. Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia
4. Blaise Astra Parker (2003). Teaching Philosophy. The University Of Georgia.
Retrieved 10 May, 2010 from http://blaze.myweb.uga.edu/pedagogy.html
10
Lampiran 1
‘Slide Power Point’ 1
‘ Slide Power Point’ ke-2
11
Lampiran 2
‘Slide Power Point’ ke- 3
12
Lampiran 3
Guru sedang memberikan taklimat kepada pelajar.
Lampiran 2
13
Pelajar sedang berbincang dalam bentuk kumpulan untuk mencari jawapan
berdasarkan buku teks.
Lampiran 4 : Slide Power Point 4
Contoh Hasil Kerja Pelajar
14
Lampiran 5
Slide Power Point 4 dan 6
15
16