Post on 03-Feb-2018
CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI, MENGKONFIGURASI, MENGESAH TAULIAH DAN MENYELENGGARA PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3) TAHUN
ISI KANDUNGAN SEKSYEN I – MAKLUMAT DAN SYARAT-SYARAT AM
BIL KETERANGAN MUKA SURAT
1
PELAWAAN TAWARAN
PT/1
2
MAKLUMAT AM TENDER
1
3
LAMPIRAN (1) : PENERIMAAN TAWARAN
2
4
PERINGATAN PENTING
5
5
LAMPIRAN (2) : SYARAT- SYARAT AM TENDER
6 - 10
6
LAMPIRAN A : CONTOH DOKUMEN PERJANJIAN KONTRAK
11 - 30
7
LAMPIRAN B : BORANG RASMI TENDER
31
8
RINGKASAN HARGA (LAMPIRAN 3)
32
9
BORANG PENYELENGGARAAN (SERVIS) DALAM TEMPOH JAMINAN
33
10
LAMPIRAN 4 : HURAIAN SKOP KERJA TENDER
34 - 35
11
LAMPIRAN C : BORANG KENYATAAN PEMBEKAL BORANG A BORANG A1
36 - 47
12
LAMPIRAN D : BORANG PEMBAHAGIAN PEKERJA-PEKERJA
48 - 49
SEKSYEN II – SPESIFIKASI DAN DATA TEKNIKAL BIL KETERANGAN MUKA
SURAT
1 JADUAL PENENTUAN TEKNIKAL 1 – 18
SEKSYEN III – RINGKASAN HARGA BIL KETERANGAN MUKA SURAT
1
JADUAL RINGKASAN HARGA
1 – 21
ii
PELAWAAN TAWARAN
Tuan adalah dijemput untuk menyertai tender untuk projek yang tersebut di atas dan bersama-sama ini disertakan satu naskah tender yang mengandungi :-
1) Borang Tender Dan Syarat-syarat Membuat Tender
2) Ringkasan Tawaran Kehendak-kehendak Permulaan
3) Syarat-syarat Kontrak, Peruntukan Khas Dan Addenda
4) Spesifikasi, Jadual Kadar Harga, Kenyataan Pembekal 5) Salinan Softcopy Spesifikasi Teknikal WAJIB disertakan
Tuan dinasihatkan meneliti kesemua keterangan di dalam dokumen kontrak tender ini dan memahami skop kerja yang dicadangkan. Tender yang telah di isi dengan sempurna hendaklah dimasukkan ke dalam sampul bermeteri dan ditulis nama projek di atas sebelah kiri sampul dan dihantar kepada: -
PENGARAH KANAN JABATAN LOGISTIK & ASET
ARAS 5, IBU PEJABAT KOLEJ POLY-TECH MARA JALAN 7/91 TAMAN SHAMELIN PERKASA
56100 CHERAS KUALA LUMPUR
Sebelum jam 12.00 tengahari pada 23 APRIL 2014 Tawaran yang DITERIMA LEWAT dari masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima / dilayan.
PT/1
MAKLUMAT AM TENDER
KOLEJ POLY-TECH MARA
TAWARAN KPTM NO : KPTM/T/06/2014
1. TAJUK : CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR,
MENGUJILARI, MENGKONFIGURASI, MENGESAH TAULIAH DAN MENYELENGGARA PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3) TAHUN
2. TARIKH TUTUP : DOKUMEN TENDER HENDAKLAH
DIKEMBALIKAN KEPADA PENGARAH KANAN JABATAN LOGISTIK & ASET ARAS 5, IBU PEJABAT KOLEJ POLY-TECH MARA JALAN 7/91 TAMAN SHAMELIN PERKASA 56100 KUALA LUMPUR
Selewat-lewatnya pada 23 APRIL 2014 jam 12.00 tengahari. Tawaran yang diterima lewat dari masa dan tarikh yang ditetapkan tidak akan diterima / dilayan.
3. PERHUBUNGAN
Segala perhubungan dan pertanyaan mengenai Tender hendaklah dikemukakan kepada :
A : Pengarah Kanan Jabatan Logistik & Aset (Seksyen Perolehan & Kontrak)
No. Telefon : 03 – 9179 5600 sambungan 652
B : Pengarah Kanan Jabatan Teknologi Maklumat (Teknikal & Spesifikasi)
No. Telefon : 03 - 9281 9700 sambungan 202 4. KOS DOKUMEN TENDER INI RM 300.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Ratus Sahaja)
1
2
LAMPIRAN (1)
PENERIMAAN TAWARAN
Kepada :- …………………………………….. …………………………………….. …………………………………….. ……………………………………... (Pihak Menerima Tender) Tuan, Dibawah ini tertakluk kepada syarat-syarat Membuat Tender yang dilampirkan bersama ini sebagai Lampiran (2) yang bertandatangan di bawah ini adalah dengan ini membuat Tender dan menawar untuk melaksanakan dan menjalankan perkhidmatan untuk Kolej Poly-Tech MARA serta menyediakan dan membekal segala benda dari tiap-tiap jenis yang masing-masing disebut, ditunjuk, diperihal dan dimaksudkan dalam atau yang hendaklah ditakrifkan daripada Dokumen Tender yang hendak dilaksanakan dan dibekalkan oleh pihak Pembekal, bagi perkhidmatan yang diperihal di atas, dengan menepati segala hal dan syarat-syarat dalam Dokumen Tender tersebut. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjadi terikat oleh dan tunduk kepada Syarat-syarat yang dirujukkan di Lampiran (2) dan Borang Rasmi Tender yang telah dilengkapkan dan bersetuju bahawa jika Tender ini disetujuterima dan tertakluk kepada apa-apa perubahan kemudian daripada ini, harga dan perkiraan yang telah dipenuhkan oleh yang bertandatangan di dalam Borang Rasmi Tender hendaklah dijadikan sebagai asas dalam menilai apa-apa bayaran atau perubahan atau penambahan kuantiti di bawah perkhidmatan di atas yang mungkin di pesan atau dibuat oleh Kolej Poly-Tech MARA Jumlah amaun Tender ini ialah harga seperti yang dirujukkan di Borang Rasmi Tender. Dan selanjutnya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju menjalankan perkhidmatan itu selama tempoh Kontrak yang ditetapkan atau dalam apa - apa lanjutan yang diperuntukan.
3 Bahawanya adalah diketahui bahawa KPTM sentiasa berhak menyetujuterima atau menolak Tender ini, sama ada ianya lebih rendah atau lebih tinggi daripada tender-tender yang lain, atau sama amaunnya. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju yang Tender ini akan berterusan sah dan tidak akan ditarik balik dalam tempoh Satu Ratus Lapan Puluh (180) hari dari tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan Tender dan bersetuju bahawa tiada apa-apa had, syarat dan perjanjian lain dan dikenakan selepas tarikh tersebut. Dan bahawasanya yang bertandatangan di bawah ini bersetuju jika Tender ini disetujuterima, maka suatu perjanjian seperti yang dirujukkan di Lampiran A. Dokumen Tender hendaklah dilaksanakan dan notis setujuterima hendaklah dihantar dan diterima oleh KPTM dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran dibuat. Yang bertandatangan di bawah ini dengan ini juga bersetuju bahawa Dokumen Tender berserta Surat Setujuterima ini (jika ada) hendaklah menjadi kontrak yang mengikat walaupun Perjanjian Kontrak yang formal belum dilaksanakan. Yang bertandatangan di bawah ini mengesahkan, selepas menyemak sendiri bahawa dokumen-dokumen dan jadual-jadual yang digunakan dibawah ini untuk menyusun Tender ini adalah salinan-salinan yang sebenarnya dokumen-dokumen dan jadual – jadual yang dimasukkan dalam Dokumen. Yang bertandatangan di bawah ini bersetuju bahawa :-
a) Jika tender ini ditarik balik sebelum tamatnya tempoh sah Tender atau apa-apa tempoh lanjutnya atau
b) Jika yang bertandatangan di bawah ini mengenakan apa-apa had, syarat atau
Perjanjian tambahan kepada Tender ini selepas tarikh akhir yang ditetapkan bagi penyerahan tender atau
c) Jika sekiranya Tender telah disetujuterima, yang bertandatangan di bawah ini
enggan dan tidak melaksanakan Perjanjian Kontrak yang formal atau mendepositkan Bon Perlaksanaan sebagaimana dikehendaki oleh syarat-syarat kontrak atau tidak meneruskan perkhidmatan.
4 Maka, dalam mana-mana hal itu, tanpa menyentuh apa-apa hak yang lain yang ada padanya, KPTM sentiasa berhak mengambil tindakan tatatertib terhadap yang bertandatangan di bawah ini atau membatalkan pendaftaran yang bertandatangan di bawah sebagai Pembekal KPTM, sebagaimana difikirkan perlu oleh KPTM dan melaporkan kepada Kementerian Kewangan Malaysia, Bahagian Pendaftaran Syarikat. Bertarikh pada haribulan 20 …………………………… Tandatangan Petender Nama penuh : ……………………………………………………………… Atas Sifat : ……………………………………………………………… Yang diberi kuasa dengan sempurnanya untuk menandatangani Tender ini untuk dan bagi pihak .…………………………………. Meteri atau Cop Penender Saksi : ……………………………………………………………… Nama penuh : ………………..…………………………………………….. Pekerjaan : ……………………………………………………………… Alamat : ..……………………………………………………………..
……………………………………………………………… ……………………………………………………………… ………………………………………………………………
5
PERINGATAN PENTING
KOLEJ POLY-TECH MARA
TAWARAN KPTM NO : KPTM/T/06/2014 CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MENGUJILARI, MENGKONFIGURASI, MENGESAH TAULIAH DAN MENYELENGGARA PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3) TAHUN PENENDER DIKEHENDAKI MEMBACA DAN MEMAHAMI KESELURUHAN BUTIR – BUTIR YANG TERKANDUNG DI DALAM DOKUMEN TENDER SEBELUM MENGISINYA. PENENDER – PENENDER YANG MEMBUAT KESILAPAN DAN TIDAK MEMATUHI MANA-MANA FASA DI DALAM TENDER TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN. PENENDER YANG GAGAL MENGISI MAKLUMAT DENGAN LENGKAP ATAU MEMBERI MAKLUMAT PALSU BERHUBUNG TAWARAN SYARIKAT BAGI SESUATU TENDER, JIKA DAPAT DIKESAN, KPTM BERHAK MEMBATALKAN TAWARAN YANG TELAH DI BUAT KE ATAS SYARIKAT BERKENAAN / MENGAKIBATKAN TENDER SYARIKAT DITOLAK DAN TINDAKAN TATATERTIB AKAN DIAMBIL TERHADAP PENENDER BERKENAAN. KOLEJ POLY-TECH MARA TIDAK TERIKAT UNTUK MENERIMA TAWARAN YANG TERENDAH ATAU MANA-MANA TAWARAN SEKALIPUN. SEMUA DOKUMAN DI DALAM BORANG TENDER INI MESTI DIKEMBALIKAN DENGAN SEPENUHNYA / LENGKAP (TIDAK BOLEH DICERAIKAN)
6
LAMPIRAN (2)
KOLEJ POLY-TECH MARA
1. NO TAWARAN : KPTM/T/06/2014 2. TAJUK : CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR,
MENGUJILARI, MENGKONFIGURASI, MENGESAH TAULIAH DAN MENYELENGGARA PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK KOLEJ POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3) TAHUN
3. PERIHAL
KPTM mempelawa tawaran bagi bekalan dan pengiriman seperti ringkasan yang dinyatakan di Lampiran (3) (muka surat 32)
4. RINGKASAN HARGA
Ringkasan harga yang ditawarkan adalah dianggarkan berjumlah seperti yang terdapat di Lampiran (3) (muka surat 32)
5. SYARAT-SYARAT KHAS / PENENTUAN
Pelawaan Tender ini adalah terikat dengan syarat - syarat/ penentuan yang terdapat di (mukasurat 6-10).
Tempoh kontrak ini adalah untuk jangkamasa tiga (3) tahun. KPTM berhak menentukan tarikh permulaan kontrak dan tarikh tamat kontrak.
6. SYARAT-SYARAT KPTM
a. Pelawaan Tender ini juga terikat dengan syarat-syarat yang terkandung di
dalam Perjanjian Kontrak di Lampiran ‘A’ (mukasurat 11-30).
7 b. Penender- penender adalah diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya
syarat-syarat tersebut apabila menyertai tawaran ini. Sekiranya Penender gagal mematuhi salah satu ataupun lebih syarat-syarat ini maka tawaran tersebut tidak akan dipertimbangkan dan akan terus ditolak.
7. KELAYAKAN UNTUK MEMASUKI TAWARAN
i. Hanya Syarikat – syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan Pendaftarannya masih lagi berkuatkuasa di bawah kepala / bidang 210105 sahaja yang layak untuk menyertai tawaran ini.
ii. Hanya Syarikat-syarikat yang membeli borang tawaran yang diakui
pembeliannya dengan resit sahaja akan diterima menyertai tawaran ini. Syarikat – syarikat yang memasuki tawaran ini dengan menggunakan borang-borang yang dibeli oleh mana-mana Syarikat lain walaupun ianya merupakan anak Syarikat ataupun agen kepadanya tidak akan dipertimbangkan dan akan ditolak.
8. KEISTIMEWAAN
Pelawaan Tender ini memberikan keistimewaan kepada perkara-perkara berikut:
i. Semua barang-barang yang dibekalkan di bawah kontrak ini mestilah barang-barang keluaran semasa baru, tulin serta belum digunakan kecuali bagi tujuan ujian mutu di kilang pembuat (static running)
ii. Bekalan barang-barang hendaklah dari buatan tempatan sahaja
melainkan bagi barang-barang yang tidak boleh diperolehi dari sumber-sumber tempatan.
iii. Firma-firma yang mengunakan pekerja-pekerja warga negara Malaysia
dan pembahagian kerja-kerja yang adil mengikut ras- ras penduduk Malaysia
iv. Syarikat Bumiputera / Pembuat Bumiputera
9. WANG SANDARAN TENDER / DEPOSIT TENDER
Semua penyertaan Tender tidak dikenakan wang deposit Tender tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
8
9.1 Jika Penender enggan mengikat kontrak apabila tawarannya dipersetujui atau menarik balik tawarannya sebelum tawaran dipertimbangkan maka tindakan penggantungan pendaftarannya akan diambil seperti berikut :
a. Dua (2) tahun bagi kesalahan kali pertama b. Lima (5) tahun bagi kesalahan kali kedua, dan : c. Pendaftaran akan dipotong terus bagi kesalahan berikutnya.
Dengan kesalahan-kesalahan tersebut maka senarai Syarikat-syarikat yang digantung pendaftarannya akan diedar untuk semua Kementerian / Jabatan / Badan Berkanun dari masa ke semasa. Bagi Syarikat-syarikat yang dibatalkan pendaftarannya, nama Pengarah – pengarah termasuk nama pemegang saham terbesar juga akan turut disenaraihitamkan
10. BORANG RASMI TENDER
Penender–penender dikehendaki mengisi segala butir-butir yang terdapat di dalam Borang Rasmi Tender di Lampiran B (mukasurat 31) dengan jelas.
11. BORANG KETERANGAN MENGENAI PENENDER
Penender – penender dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir-butir yang terdapat di Lampiran C (mukasurat 36-47)
12. BORANG PEMBAHAGIAN PEKERJA-PEKERJA
Penender-penender dikehendaki mengisi dengan lengkap segala butir yang terdapat di Lampiran D (mukasurat 48-49)
13. KATALOG / CONTOH
Penender dikehendaki mengemukakan katalog / contoh yang ditender pada atau sebelum (akan dimaklumkan kemudian)
14. DEMONSTRASI
Penender perlu / tidak perlu membuat demonstrasi ke atas alat-alat tersebut.
9 15. SETUJU TERIMA TENDER
i. KPTM ini akan memberi notis bertulis kepada penender yang berjaya apabila tendernya dipersetujui.
ii. Notis itu boleh mengandungi syarat-syarat kontrak sebagai tambahan
kepada syarat-syarat yang dilampirkan bersama ini dan sekiranya demikian Tender itu tidak boleh, disifatkan sebagai dipersetujui sehingga pengesahan bertulis daripada penender menyatakan bahawa syarat-syarat tambahan atau yang diubahsuai itu adalah diterima.
iii. Apabila dipersetujui maka suatu kontrak hendaklah disifatkan sebagai
telah dibuat diantara Kolej dengan penender itu mengikut syarat-syarat kontrak yang dilampirkan (termasuk syarat-syarat tambahan atau diubahsuai yang tersebut itu jika ada) dan tidak apa-apa perjanjian atau syarat-syarat lain walau dari apa jenis pun boleh disifatkan sebagai termasuk dalam kontrak ini.
iv. Kolej adalah berhak mempersetujui Tender sama ada kesemuanya atau
sebahagiannya. v. Kolej tidak terikat mempersetujui Tender yang terendah sekali atau mana-
mana Tender juga pun. 16. PERATURAN MENGISI DAN MENGIRIM BORANG-BORANG
i. Semua borang hendaklah diisi dengan lengkap, kemas dan terang di ruangan yang ditentukan. Jika ruangan yang disediakan tidak mencukupi, penender dibenarkan menaip maklumat-maklumat itu di dalam kertas tambahan dan mestilah ditandatangani oleh penender serta di cop dengan cop Syarikat. Sebarang pindaan dan pembatalan di dalam borang-borang hendaklah ditandatangani ringkas oleh penender dan diberi tarikh
ii. Semua dokumen di dalam Borang Tender ini mestilah dikembalikan
dengan sepenuhnya / lengkap (tidak boleh diceraikan) iii. Borang yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam
sampul surat yang berlakri dan ditulis pada bahagian atas kiri sampul surat itu, dengan butir-butir berikut :-
a. No. Tawaran Tender b. Tajuk Tawaran Tender
iv. Borang-borang tersebut hendaklah dihantar dengan tangan dan
dimasukkan terus di dalam PETI TENDER yang telah disediakan atau dihantar terus melalui pos.
10
17. KEPUTUSAN TENDER ADALAH MUKTAMAD
Pihak Kolej tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada penender-penender. Keputusan mengenai Tender yang dikeluarkan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat mengenai keputusan Tender tidak akan dilayan.
18. PENGHANTARAN BARANG-BARANG
Penghantaran barang – barang hendaklah dibuat secepat mungkin iaitu mengikut tempoh serahan yang dinyatakan dalam kontrak syarikat setelah pesanan jabatan dikeluarkan. Satu laporan akan dihantar ke Perbendaharaan sekiranya syarikat gagal berbuat demikian.
19. HARGA
Harga tawaran syarikat adalah di dalam Ringgit Malaysia termasuk sebarang cukai termasuk GST (Government Service Tax) dan levi ke atas barangan tersebut dan lain-lain caj. (jika berkenaan).
20. LAIN-LAIN HAL
Walaupun pembelian dibuat secara C.I.F pihak syarikat tidak terlepas daripada tanggungjawab terhadap barangan tersebut sehingga tamat tempoh jaminan penggunaan barangan yang dibekal. Pembekal hendaklah sentiasa bekerjasama dengan pengguna bagi memastikan barangan tersebut diselenggarakan mengikut kontrak.
21. BARANGAN BUATAN MALAYSIA
Semua barang-barang yang dibekalkan di bawah kontrak ini MESTILAH barangan buatan Malaysia, kecuali item tersebut tiada buatan Malaysia atau sumber-sumber tempatan maka buatan dari negara lain baru boleh dipertimbangkan.
22. Petender TIDAK SEMESTINYA dipilih untuk menawarkan semua item yang
diperlukan di dalam tender. Pemilihan mungkin dibuat berdasarkan item terkumpul atau berasingan mengikut keperluan pengguna. Dengan itu, KPTM berhak menawarkan sebahagian atau keseluruhan item-item yang terdapat di dalam tender kepada satu atau lebih daripada satu syarikat.
11
LAMPIRAN A No. Perjanjian :…..……..…………… Nilai Kontrak …...…..……………… Nilai Cagaran :…...…………….……
PERJANJIAN BEKALAN BARANGAN/PERKHIDMATAN KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD.
SATU PERJANJIAN yang dibuat pada tarikh dan tahun yang dinyatakan dalam Seksyen 1 Jadual Pertama Perjanjian ini. DI ANTARA KOLEJ POLY-TECH MARA SDN. BHD. (547467-W), sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan alamat surat menyuratnya di Jalan 7/91, Taman Shamelin Perkasa, Cheras, 56100 Kuala Lumpur (kemudian daripada ini disebut "KPTMSB") bagi satu pihak; DAN ENTITI yang nama dan butir-butirnya dinyatakan dalam Seksyen 2 Jadual Pertama Perjanjian ini (kemudian daripada ini disebut "Pembekal") bagi satu pihak lagi. BAHAWASANYA; A. KPTMSB merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan bertanggungjawab dalam mengendali dan mengelolakan Kolej Poly-Tech MARA serta cawangan-cawangannya. B. BAHAWASANYA KPTMSB bersetuju menawarkan tender kepada Pembekal dan Pembekal bersetuju menerima tawaran tersebut yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Perjanjian ini tertakluk kepada syarat-syarat dan had-had yang dinyatakan dalam Perjanjian ini. MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI seperti berikut :
12
TAKRIF 1.1 Dalam Perjanjian ini dan dalam syarat-syarat dan jadual –jadual yang
dilampirkan bersama, perkataan-perkataan di bawah ini mempunyai maksud-maksud seperti berikut melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain :-
a) "Barangan" bermaksud barang-barang yang diperincikan dalam Jadual
Kedua yang bersetuju dibekalkan/dihantar/diserahkan oleh Pembekal. Frasa "Barangan" hendaklah merujuk kepada keseluruhan Barangan tersebut atau setiap unit individunya.
b) "Deposit/Cagaran" bermaksud Deposit/Cagaran bagi
Barangan/Perkhidmatan yang disediakan menurut Fasal 4.1 dengan jumlah serta tempoh sahnya dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual Pertama.
c) "Dokumen Tender" bermaksud satu atau beberapa Dokumen Tender yang
menjadi asas kepada Perjanjian ini dan hendaklah disifatkan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini, setakat mana ianya tidak bercanggah.
d) "Harga Barangan/Perkhidmatan" hendaklah bermaksud harga yang
dibayar untuk mendapatkan Barangan/Perkhidmatan yang jumlahnya dinyatakan dalam Seksyen 3 Jadual Pertama dan diperincikan dalam Jadual Kedua. Harga ini hendaklah termasuk perkara-perkara yang dinyatakan dalam Fasal 3.1
e) "KPTMSB" maksudnya Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (547467-W)
sebuah syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 menurut kehendak Seksyen 12(1) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan bertanggungjawab dalam mengendali dan mengelolakan Kolej Poly-Tech MARA serta cawangan-cawangannya.
f) "Pembekal" bermaksud entiti yang nama dan butir-butirnya dinyatakan
dalam Seksyen 2 Jadual Pertama.
g) "Penerimaan akhir" bermaksud Barangan/Perkhidmatan tersebut telah diperakui oleh Pegawai KPTMSB yang diberi kuasa untuk berbuat demikian, sebagai baik, sempurna, mengikut contoh dan diskripsi, dan sesuai untuk kegunaannya.
h) "Perkhidmatan" bermaksud perkhidmatan yang diperincikan dalam Jadual
Kedua yang bersetuju dilaksanakan oleh Pembekal. Frasa "Perkhidmatan" hendaklah merujuk kepada keseluruhan Perkhidmatan tersebut atau bahagian-bahagiannya.
13
i) "Surat Tawaran" bermaksud Surat tawaran membekalkan
Barangan/Perkhidmatan kepada Pembekal yang dikeluarkan oleh KPTMSB yang butirannya dinyatakan dalam Seksyen 7 Jadual Pertama. Surat tawaran hendaklah disifatkan sebahagian dari Perjanjian ini, setakat mana ianya tidak bercanggah.
j) "Tempat Penggunaan" bermaksud tempat di mana
Barangan/Perkhidmatan akan digunakan yang akan ditentukan oleh KPTMSB dari semasa ke semasa.
k) "Tempat Serahan " bermaksud tempat yang dinyatakan dalam Seksyen 5
Jadual Pertama. l) "Tempoh Jaminan" bermaksud tempoh jaminan Barangan/Perkhidmatan
yang dinyatakan dalam Seksyen 6, Jadual Pertama. m) "Tempoh Serahan/Perlaksanaan" bermaksud tempoh penghantaran
Barangan/Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual Pertama.
1.2 Semua rujukan kepada Fasal-Fasal dan Jadual-Jadual bemaksud rujukan
kepada Fasal-Fasal dan Jadual-Jadual yang terdapat dalam Perjanjian ini. 1.3 Statut, Akta-Akta Parlimen dan sebarang undang-undang bertulis yang disebut di
dalam Perjanjian ini adalah bermaksud rujukan kepada Statut, Akta-Akta Parlimen, Enakmen dan undang-undang bertulis yang digunapakai di Malaysia, kecuali jika dinyatakan sebaliknya.
PEMBEKALAN/PEMASANGAN BARANGAN/PERKHIDMATAN 2.1 Pembekal adalah dengan ini bersetuju untuk:-
a) Membekal atau melaksanakan Barangan/Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Dokumen Tender dan disenaraikan dalam Jadual Kedua serta menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembekalan tersebut;
b) Sekiranya dinyatakan dalam Dokumen Tender, memasang, menguji dan
mentauliah Barangan/Perkhidmatan tersebut; dan
c) Sekiranya dinyatakan dalam Dokumen Tender, melatih kakitangan KPTMSB menggunakan Barangan/Perkhidmatan tersebut.
14
HARGA BARANGAN/PERKHIDMATAN DAN BAYARAN 3.1 Harga Barangan/Perkhidmatan hendaklah termasuk:-
a) Kos penghantaran, pemasangan, pengujian dan pentauliahan Barangan/Perkhidmatan tersebut;
b) Sekiranya dinyatakan dalam Dokumen Tender, kos melatih kakitangan
KPTMSB menggunakan Barangan tersebut; dan
c) Sebarang cukai dan levi ke atas Barangan/Perkhidmatan tersebut. 3.2 Pembekal adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan sebarang cukai atau
levi yang dikenakan ke atas Barangan/Perkhidmatan tersebut bagi memastikan kelancaran perlaksanaan Perjanjian ini. Sekiranya pembekal enggan/gagal/cuai untuk berbuat demikian maka KPTMSB berhak mengambil apa-apa tindakan yang perlu bagi menjaga kepentingan KPTMSB termasuk tetapi tidak terhad kepada, menamatkan Perjanjian ini dan melantik Pembekal lain bagi membekalkan Barangan/Perkhidmatan tersebut.
3.3 Harga Barangan/Perkhidmatan yang dinyatakan dalam Seksyen 3, Jadual
Pertama Perjanjian ini adalah muktamad kecuali sekiranya terdapat perubahan menurut Fasal 10.3. Sebarang kenaikan kepada Harga Barangan/Perkhidmatan atau sebarang cubaan mengurangkan kuantiti dan/atau kualiti Barangan/Perkhidmatan dari contoh yang dikemukakan dan/atau dari diskripsi yang dinyatakan dalam Dokumen Tender, bagi menyesuaikannya dengan Harga Barangan/Perkhidmatan, akan memberi hak kepada KPTMSB untuk menamatkan Perjanjian ini dengan memberi 14 hari notis.
3.4 Pembayaran kepada Pembekal atas Harga Barangan/Perkhidmatan akan dibuat
selepas KPTMSB membuat Penerimaan Akhir terhadap Barangan/Perkhidmatan tersebut dan disokong oleh dokumen pembayaran yang lengkap. KPTMSB berhak untuk menceraikan bayaran berdasarkan kepada kuantiti, kualiti dan jenis Barangan/Perkhidmatan yang disenaraikan dalam Jadual Kedua. Penceraian Pembayaran ini tidak melepaskan pembekal atas tanggungjawab di bawah Perjanjian ini.
15
DEPOSIT/CAGARAN 4.1 Pembekal adalah dikehendaki semasa menandatangani Perjanjian ini untuk
menyediakan Deposit/Cagaran dalam bentuk Jaminan Bank/Bank Draf/Tunai atau lain-lain cara yang dipersetujui oleh KPTMSB atas nama "Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd." menurut nilai dan jangkamasa yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Jadual Pertama. Sekiranya Pembekal gagal/enggan/cuai untuk berbuat demikian, maka KPTMSBSB berhak untuk menamatkan Perjanjian ini dengan memberikan notis 14 hari.
4.2 Adalah sentiasa dipersetujui oleh kedua-dua pihak bahawa Deposit/ Cagaran
akan dikembalikan kepada Pembekal atau dibatalkan tanpa apa-apa faedah selepas enam (6) bulan dari tarikh Penerimaan akhir Barangan/Perkhidmatan tersebut atau Tempoh Jaminan tamat, yang mana lagi lewat, tertakluk kepada apa-apa potongan yang dibuat oleh KPTMSB mengikut peruntukan dalam Perjanjian ini.
PERLAKSANAAN DAN PENYERAHAN BARANGAN/PERKHIDMATAN 5.1 Pembekal hendaklah memastikan bahawa Barangan/Perkhidmatan dapat
dilaksanakan atau diserah ke Tempat Serahan/Perlaksanaan dalam tempoh yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual Pertama.
5.2 Sebelum perlaksanaan atau serahan dibuat, Pembekal hendaklah memberi notis
sekurang-kurangnya 7 hari bekerja kepada KPTMSB akan niatnya untuk membuat serahan atau perlaksanaan Barangan/Perkhidmatan.
5.3 Tanpa memprejudiskan hak-hak KPTMSB untuk menuntut gantirugi dan remedi,
sekiranya Pembekal gagal/enggan/cuai untuk menyerahkan atau melaksanakan Barangan/Perkhidmatan dalam Tempoh Serahan/Perlaksanaan, maka KPTMSB berhak:- a) Menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis 14 hari; dan/atau b) Melelapkan Deposit/Cagaran Pembekal; c) Menolak serahan atau perlaksanaan Barangan/Perkhidmatan tersebut
sekiranya KPTMSB telah mendapatkan Barangan/Perkhidmatan yang serupa dari punca-punca lain, dan Pembekal bersetuju untuk membayar pampasan kepada KPTMSB menurut Fasal 8.1; dan/atau
16 d) Selepas perbincangan dengan Pembekal, menetapkan satu tempoh
lanjutan bagi serahan atau perlaksanaan Barangan/Perkhidmatan tersebut di mana KPTMSB boleh mengenakan denda kerana kelewatan menyerahkan atau melaksanakan Barangan/Perkhidmatan mengikut kadar denda 1% dari Harga Barangan/Perkhidmatan bagi setiap hari lewat.
5.4 Pembekal dengan ini bersetuju bahawa dalam menghantar atau melaksanakan
Barangan/Perkhidmatan tersebut, segala syarat-syarat yang terkandung dalam Dokumen Tender hendaklah dijadikan sebahagian dari syarat Perjanjian ini dan hendaklah ditakrifkan bersama-sama dengan syarat-syarat yang sedia ada di dalam Perjanjian ini setakat mana ianya tidak bercanggah. Sekiranya terdapat syarat-syarat Dokumen Tender yang bercanggah dengan Perjanjian ini, maka Perjanjian ini mengatasi Dokumen Tender tersebut.
5.5 KPTMSB berhak menggunakan budi bicara mutlaknya, untuk meminta Pembekal
menyerahkan atau melaksanakan Barangan/Perkhidmatan tersebut ke tempat lain atau melanjutkan Tempoh Serahan/Perlaksanaan selain dari yang dinyatakan dalam Seksyen 5 Jadual Pertama.
5.6 Sekiranya diminta, Kontaktor bersetuju untuk melaksanakan permintaan
KPTMSB bagi membekalkan kuantiti atau perkhidmatan tambahan terhadap Barangan/Perkhidmatan dengan kadar segera mengikut nilai yang telah ditetapkan di dalam Dokumen Tender pada tempat dan mengikut tempoh masa yang ditetapkan oleh KPTMSB.
5.7 Pembekal hendaklah membawa bersama borang pesanan rasmi KPTMSB dan
borang penghantaran barang Pembekal semasa membuat penyerahan Barangan/Perkhidmatan tersebut. Pembekal hendaklah memberi satu perakuan bertulis atas borang pesanan rasmi KPTMSB bahawa Barangan/Perkhidmatan yang dibekalkan adalah tidak kurang mutunya mengikut contoh atau spesifikasi yang dinyatakan di dalam Dokumen tender. Kedua-dua borang pesanan rasmi KPTMSB dan borang penghantaran barang Pembekal hendaklah diserahkan kepada Pegawai yang diberi kuasa oleh KPTMSB untuk menerima serahan Barangan/Perkhidmatan tersebut.
HAK MILIK DAN RISIKO BARANGAN 6.1 Penerimaan Barangan tersebut oleh Pegawai KPTMSB menurut Fasal 5.7
hendaklah tidak bermaksud hak milik dan risiko Barangan telah berpindah kepada KPTMSB. Hak milik dan risiko Barangan hanya akan berpindah ke KPTMSB selepas Harga Barangan dibayar menurut Fasal 3.3
17
PENERIMAAN BERSYARAT 7.1 KPTMSB berhak menghantar Barangan untuk diuji bagi memastikan Barangan
mengikut kualiti contoh dan/atau mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam Dokumen Tender.
7.2 Jika Pembekal menyerahkan Barangan yang rosak atau tidak mengikut kualiti
contoh dan/atau mengikut spesifikasi yang dinyatakan dalam Dokumen Tender maka KPTMSB berhak, tanpa memprejudiskan hak-hak KPTMSB untuk menuntut gantirugi dan remedi:-
a) Menolak Barangan berkenaan dan menamatkan Perjanjian ini dan
melelapkan Deposit/Cagaran; atau
b) Menolak Barangan berkenaan yang mana Barangan tersebut hendaklah diganti oleh Pembekal dalam tempoh tiga (3) hari selepas Barangan tersebut ditolak. Jika penggantian Barangan tersebut tidak diserahkan dalam tempoh di atas, KPTMSB boleh membeli Barangan yang dikehendaki itu dari punca-punca lain, dan Pembekal bersetuju untuk membayar pampasan menurut Fasal 8.1
7.3 Bagi satu-satu pesanan Barangan, jika Pembekal telah menyerahkan barang-
barang yang rosak atau yang rendah kualitinya kepada KPTMSB dan KPTMSB tidak mungkin menolak barang-barang itu oleh sebab telah dipakai atau digunakan oleh KPTMSB sebelum diketahui akan rosak atau rendah kualitinya itu, maka KPTMSB berhak menuntut dan Pembekal bersetuju untuk membayar pampasan sebanyak 40% dari harga asal bagi Barangan tersebut.
HAK KPTMSB APABILA BARANGAN LEWAT DISERAHKAN 8.1 Tanpa memprejudiskan hak-hak KPTMSB dalam Perjanjian ini, sekiranya
Pembekal gagal/enggan/cuai untuk menyerahkan Barangan dalam Tempoh Serahan atau menyerahkan Barangan ganti dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 7.2 (b), maka KPTMSB berhak mendapatkan barang-barang yang sama fungsi atau kegunaannya dengan Barangan yang tidak diserahkan dari punca–punca lain, dan Pembekal bersetuju untuk bertanggungjawab membayar :-
a) Jika kos memperolehi barang-barang dari punca–punca lain itu melebihi
harga dalam Perjanjian ini, Pembekal hendaklah membayar kos yang lebih itu sebagai pampasan kepada KPTMSB atau 5% dari Harga Barangan, mengikut mana yang lebih tinggi; atau
18 b) Jika kos bagi memperolehi barang-barang itu kurang dari Harga
Barangan, Pembekal hendaklah membayar 5% dari Harga Barangan sebagai pampasan kepada KPTMSB.
PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN PENTAULIAHAN BARANGAN 9.1 Sekiranya diminta dalam Dokumen Tender, Pembekal hendaklah memasang,
menguji dan mentauliahkan Barangan di Tempat Penggunaan dan memaklumkan KPTMSB apabila Barangan telah ditauliahkan.
9.2 KPTMSB berhak untuk menguji Barangan bagi menentukan kesahihan
pentauliahan. Sekiranya didapati Barangan masih tidak berfungsi dengan baik dan sesuai untuk tujuan dan kegunaanya, maka Pembekal bersetuju untuk terus memeriksa, menguji dan sekiranya perlu, untuk mengganti Barangan tersebut atau komponen-komponennya sehingga ianya boleh berfungsi mengikut tujuan dan kegunaannya.
PERUBAHAN PENENTUAN CORAK, BENTUK, SPESIFIKASI DAN SEBAGAINYA 10.1 KPTMSB boleh dengan persetujuan Pembekal, sebelum Harga Barangan
dibayar mengikut Fasal 3.3, mengubah corak, bentuk, spesifikasi, prestasi, kualiti atau jenis Barangan yang terkandung dalam Dokumen Tender.
10.2 Sekiranya Barangan telah dihantar/diserah, selepas persetujuan perubahan
Barangan dibuat bersama menurut Fasal 10.1, maka Pembekal boleh mengambil Barangan yang telah dihantar/diserah bagi digantikan dengan Barangan yang dipersetujui akan perubahannya.
10.3 Jika berlaku perubahan kepada Barangan menurut Fasal 10.1, maka kedua
belah pihak boleh membuat persetujuan kepada perubahan tentang Harga Barangan/Perkhidmatan yang berkaitan, Tempoh Serahan/Perlaksanaan, Deposit/Cagaran, Tempat Serahan/Perlaksanaan, Tempat Penggunaan dan sebagainya, dan Perjanjian ini akan berubah mutatis mutandis.
19
PERLINDUNGAN HARTA INTELEK 11.1 Pembekal adalah dengan ini memberi jaminan bahawa Barangan adalah bebas
dari apa-apa bebanan, kekangan atau tuntutan yang melibatkan harta intelek, termasuk tetapi tidak terhad kepada Paten (Patent), Hak Cipta (copy right), Cap Dagang (trade mark), rekabentuk berdaftar (registered design), rekabentuk industri (industrial design) dan indikasi geografi (Geographical Indication), samada yang berdaftar, yang tidak memerlukan pendaftaran atau yang sedang dalam proses pendaftaran.
11.2 Sekiranya KPTMSB dituntut oleh pihak ketiga berkaitan penggunaan atau
penyimpanan Barangan yang melanggar harta-harta intelek, maka Pembekal bersetuju dengan kosnya sendiri untuk :-
a) mengambil tindakan yang perlu bagi memastikan KPTMSB dapat terus
menggunakan Barangan tersebut; atau
b) mengganti Barangan tersebut dengan Barangan yang tidak melanggar harta-harta intelek, yang sama fungsi, kegunaan, prestasi, kualiti dan kuantitinya dengan Barangan yang diganti.
11.3 Sekiranya Pembekal enggan/gagal/cuai untuk melaksanakan tanggungajwabnya
dalam Fasal 11.2 dalam masa 30 hari dari tarikh KPTMSB mendapat notis pemberitahuan akan pelanggaran harta intelek tersebut, maka Pembekal dengan kosnya sendiri akan mengambil milikan Barangan tersebut dan membayar kepada KPTMSB:- a) Harga Barangan tersebut yang tinggal selepas ditolak Deposit/Cagaran
Barangan dan kos susut nilai yang ditentukan oleh KPTMSB mengikut kadar susut yang lazimnya diamalkan di Malaysia; dan
b) Kos langsung dari penyediaan Tempat Penggunaan oleh KPTMSB,
kerosakan Tempat Penggunaan akibat dari pengambil milikan Barangan tersebut dan penyediaan Tempat Penggunaan bagi menerima Barangan gantian.
11.4 Sekiranya KPTMSB dituntut oleh pihak ketiga berkaitan dengan penggunaan
atau penyimpanan Barangan yang melanggar harta-harta intelek tersebut, Pembekal bersetuju mengganti rugi KPTMSB berkaitan dengan apa-apa perbelanjaan, kos (termasuk kos guaman, kos mahkamah dan kos penghakiman) dan/atau kos gantirugi yang diputuskan oleh Mahkamah, yang timbul secara langsung mahupun tidak langsung hasil dari tuntutan tersebut.
20 JAMINAN TERHADAP BARANGAN 12.1 Pembekal adalah dengan ini memberi jaminan bahawa Barangan dapat
berfungsi dengan baik sesuai dengan fungsi dan kegunaannya seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Tender dan bebas dari sebarang kecacatan, dalam tempoh yang dinyatakan dalam Seksyen 6, Jadual Pertama Perjanjian ini.
12.2 Sekiranya terdapat kecacatan terhadap rekabentuk, fungsi dan/atau kegunaan
Barangan dalam tempoh yang dinyatakan dalam Fasal 12.1, maka Pembekal bersetuju dengan kosnya sendiri, dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan dari KPTMSB akan kecacatan tersebut, untuk:- a) Membaiki Barangan tersebut termasuk menggantikan komponen-
komponennya bagi membolehkan Barangan tersebut berfungsi dengan baik sesuai dengan kegunaannya; atau
b) Mengganti Barangan tersebut dengan Barangan yang sama jenis,
jenama, kualiti, spesifikasi, prestasi, fungsi dan kegunaannya dengan Barangan yang diganti.
BUNGKUSAN 13.1 Pembekal hendaklah membungkus Barangan dengan sempurna dan dicop untuk
serahan ke Tempat Serahan/Perlaksanaan. Apa-apa kehilangan atau kerosakan terhadap Barangan yang disebabkan oleh pembungkusan yang cacat atau tidak sempurna, hendaklah diganti oleh Pembekal atas kos Pembekal sendiri.
13.2 Pembekal hendaklah melabelkan pada tiap-tiap bungkusan perihal Barangan
yang hendak diserahkan kepada KPTMSB. PESANAN BARANGAN/PERKHIDMATAN 14.1 Pesanan-pesanan bagi Barangan/Perkhidmatan di bawah Perjanjian ini akan
dibuat oleh KPTMSB dengan menggunakan borang pesanan rasmi KPTMSB. KPTMSB tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa pesanan yang dibuat tanpa menggunakan borang pesanan rasmi tersebut.
21 MENGGADAI WANG YANG KENA DIBAYAR 15.1 Pembekal tidak boleh memberi milik, menggadai janji, menggadai atau
mempertanggungkan apa-apa jua daripada wang yang kena dibayar di bawah atau yang mungkin terbit dari Perjanjian ini tanpa terlebih dahulu mendapat kelulusan bertulis KPTMSB.
REPRESENTASI DAN WARANTI 16.1 Pembekal dengan ini mengakujanji bahawa segala keterangan–keterangan
berikut adalah benar :-
a) Pembekal adalah sebuah entiti yang sah di sisi undang-undang dan mempunyai kuasa dan layak untuk melaksanakan Perjanjian ini dan telah menyempurnakan segala kehendak-kehendak undang-undang untuk menandatangani dan melaksanakan Perjanjian ini.
b) Barangan yang dibekalkan di bawah Perjanjian ini adalah tulen, baru,
belum digunakan serta bebas dari apa-apa bebanan, kekangan atau tuntutan pihak ketiga.
c) Perkhidmatan yang dilaksanakan di bawah Perjanjian ini akan
dilaksanakan dengan baik, teliti, dan sempurna.
d) Tidak ada tindakan undang-undang atau apa-apa prosiding telah diambil atau sedang dijalankan di Mahkamah atau badan lain yang boleh menggugat atau memberi kesan kepada keadaan dan perniagaan Pembekal.
e) Segala kebenaran, lesen dan lain-lain hal yang berkaitan dengan
perlaksanaan Perjanjian ini telah diperolehi dan disempurnakan dan tidak ada apa-apa keadaan atau syarat-syarat yang boleh menyebabkan kebenaran atau lesen Pembekal ditarik balik.
f) Segala butir-butir dan keterangan termasuk keadaan kewangan Pembekal
yang diberikan kepada KPTMSB adalah benar belaka.
g) Bahawa Pembekal telah memenuhi apa-apa tuntutan undang-undang bagi memastikan lesen dan pendaftaran Pembekal di bawah mana-mana undang-undang adalah sah dan tidak akan dibatalkan semasa melaksanakan Perjanjian ini.
h) Bahawa Pembekal akan memelihara nama baik KPTMSB dalam
melaksanakan Perjanjian ini.
22
PENAMATAN PERJANJIAN 17.1 Sekiranya KPTMSB mendapati atau mempunyai sebab bagi mempercayai
bahawa:-
a) Representasi dan waranti yang diberikan oleh pembekal dalam Perjanjian ini dan Dokumen Tender didapati tidak benar; atau
b) Pembekal melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma/fasal yang
terdapat dalam Perjanjian ini;
c) Pembekal membuat sebarang pindah hak bagi faedah sipiutang atau membuat apa-apa perkiraan dengan sipiutangnya bagi menyelesaikan hutangnya dengan jalan persetujuan;
d) Apabila receiver dilantik untuk mengambil alih penjagaan harta Pembekal;
e) Pendaftaran Pembekal di bawah Undang-undang yang berkaitan
dibatalkan oleh pihak berkuasa atas apa-apa sebab;
f) Terdapat sebarang litigasi, timbangtara, prosiding mahkamah, tribunal atau pusat arbitrasi yang menjejaskan hak-hak KPTMSB dalam Perjanjian ini yang tidak dimaklumkan terlebih dahulu kepada KPTMSB;
g) Pembekal menghentikan perniagaannya; dan/atau
h) Pembekal atau sesiapa yang di ambil bekerja olehnya atau bertindak bagi
pihaknya sama ada dengan atau di luar pengetahuan Pembekal, melakukan perbuatan rasuah bagi memperolehi tender baki membekalkan Barangan/Perkhidmatan dalam Perjanjian ini;
maka KPTMSB boleh menamatkan Perjanjian ini dengan memberi notis 14 hari dan melelapkan Deposit/Cagaran Barangan/Perkhidmatan.
17.2 Tanpa memprejudiskan apa-apa hak KPTMSB untuk menuntut apa-apa ganti
rugi dan remedi selanjutnya berkenaan penamatan mengikut Fasal 17.1, sekiranya Barangan/Perkhidmatan telah diserah atau dilaksanakan oleh Pembekal, maka KPTMSB berhak menggunakan budibicara mutlaknya untuk:-
23
a) Membayar pembekal baki Harga Barangan/Perkhidmatan setakat yang telah diserah atau dilaksanakan selepas ditolak Deposit/Cagaran Barangan/Perkhidmatan DAN tidak menerima serahan atau perlaksanaan selanjutnya; atau
b) Memulangkan semula keseluruhan Barangan yang telah diserahkan dan dengan itu Pembekal bersetuju untuk membayar kepada KPTMSB:- i) Harga Barangan/Perkhidmatan tersebut yang tinggal selepas
ditolak Deposit/Cagaran dan kos susut nilai yang ditentukan oleh KPTMSB mengikut kadar susut nilai yang lazimnya diamalkan di Malaysia; dan
ii) Kos langsung dari penyediaan Tempat Penggunaan oleh KPTMSB,
kerosakan Tempat Penggunaan akibat dari pengambil milikan Barangan tersebut oleh Pembekal dan penyediaan Tempat Penggunaan bagi menerima Barangan/Perkhidmatan gantian.
PENAMATAN OLEH SATU PIHAK 18.1 Tanpa mengambil kira apa-apa dalam Perjanjian ini, kedua-dua belah pihak
boleh menamatkan Perjanjian ini pada bila-bila masa dengan memberi notis bertulis sekurang-kurangnya Dua (2) Bulan kepada Pihak yang satu lagi mengenai niat mereka untuk berbuat demikian.
INDEMNITI 19.1 KPTMSB adalah dengan ini tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa
kecederaan/kerugian terhadap diri atau harta Pelajar, Pelawat dan kakitangan KPTMSB yang disebabkan oleh perbuatan/tinggalan/kecuaian Pembekal, agennya, pembekalnya dan/atau pekerjanya dalam melaksanakan Perjanjian ini. Sekiranya KPTMSB dituntut oleh mana-mana pihak terhadap kecederaan/kerugian yang disebabkan oleh perbuatan/tinggalan/kecuaian Pembekal, agennya, pembekalnya dan/atau pekerjanya dalam melaksanakan Perjanjian ini, maka Pembekal bersetuju mengganti rugi KPTMSB berkaitan dengan apa-apa perbelanjaan, kos (termasuk kos guaman, kos mahkamah dan kos penghakiman) dan/atau kos gantirugi yang diputuskan oleh Mahkamah, yang timbul secara langsung mahupun tidak langsung hasil dari tuntutan tersebut.
24
KETIDAKSAHIHAN DAN KETIDAKBOLEHLAKSANAAN 20.1 Sekiranya mana-mana terma atau bahagian-bahagian di dalam Perjanjian ini
menjadi tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan disebabkan sebarang alasan, termasuk tetapi tidak terbatas kepada peruntukan mana-mana Akta, Ordinan, Enakmen dan Kanun atau disebabkan keputusan mahkamah atau badan lain atau Pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas pihak-pihak dalam Perjanjian ini, maka hanya terma-terma dan peruntukan tersebut sahaja yang terbatal. Sekiranya pembatalan terma-terma dan peruntukan tersebut memberi kesan kepada Perjanjian ini, maka pihak-pihak kepada Perjanjian ini hendaklah berbincang dengan niat yang baik untuk meminda dan menyesuaikan peruntukan dan terma-terma tersebut.
PERJANJIAN YANG MENGIKAT 21.1 Perjanjian ini hendaklah mengikat wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan penerima
serah hak pihak-pihak di sini. Sebarang rujukan kepada pihak-pihak dalam Perjanjian ini hendaklah dianggap juga sebagai rujukan kepada wasi-wasi, pentadbir-pentadbir dan penerima serah hak tersebut.
TIMBANG TARA 22.1 Apa-apa pertikaian, persoalan dan ketidakpuasan kedua-dua pihak yang
berkaitan dengan Perjanjian ini yang tidak boleh diselesaikan, hendaklah dirujuk kepada seorang penimbangtara yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak mengikut Akta Timbangtara 2005 serta mana-mana pindaannya.
22.2 Sekiranya kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan dalam isu perlantikan
penimbang tara, kedua-dua pihak bolehlah mencalonkan seorang penimbangtara untuk dilantik oleh Pengarah Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur.
22.3 Apa-apa pertikaian, persoalan dan ketidakpuasan kedua-dua pihak yang
berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah diputuskan di Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur, mengikut peraturan-peraturan yang digunapakai di Pusat tersebut dan menurut Akta Timbangtara 2005 serta mana-mana pindaannya. Keputusan penimbangtara adalah muktamad dan rujukan ke Mahkamah hanya boleh dibuat sekiranya ia dibenarkan dan menurut peruntukan Akta Timbangtara 2005 dan apa-apa pindaan terhadapnya.
25
PEMAKAIAN UNDANG-UNDANG 23.1 Perjanjian ini adalah tertakluk kepada undang-undang yang berkuat kuasa di
Malaysia. FORCE MAJEURE 24.1 Apa-apa kelewatan atau kegagalan pelaksanaan oleh mana-mana pihak akan
waad atau tanggungjawabnya menurut Perjanjian ini bukanlah suatu keingkaran atau boleh menimbulkan sebarang tuntutan, sekiranya kelewatan atau kegagalan pelaksanaan itu disebabkan oleh peristiwa Force Majeure.
24.2 Suatu peristiwa Force Majeure hendaklah bermaksud kejadian yang bukan
diakibatkan oleh perbuatan (act) atau tinggalan (omission) mana-mana pihak dan berada di luar kawalan pihak terbabit, termasuk tetapi tidak terhad kepada, peperangan, permusuhan (sama ada diisytiharkan atau tidak), konflik bersenjata, pemberontakan, revolusi, rampasan kuasa, perang saudara, kekecohan sivil, tindakan pengganas, pertikaian buruh, rusuhan, pencemaran radioaktif, gelombang elektro-magnet (electro magnetic pulse), bencana penerbangan, sekatan antarabangsa, arahan/polisi Kerajaan Malaysia atau badan-badan berkanun di bawah Kerajaan Malaysia, bencana alam termasuk tetapi tidak terbatas kepada gempa bumi, pembakaran spontan bawah tanah, ribut, taufan, banjir, banjir lumpur, tsunami, kebakaran hutan, tanah runtuh dan apa-apa musibah alam semula jadi yang lain.
24.3 Mana-mana pihak yang dilewatkan atau dihalang dalam melaksanakan tugas-
tugasnya oleh kejadian Force Majeure hendaklah dengan segera memberitahu pihak yang satu lagi tentang kejadian itu. Sekiranya peristiwa Force Majeure berlaku, kedua belah pihak bersetuju untuk merujuk peristiwa tersebut kepada Jawatankuasa Projek bagi menentukan hala tuju berikutnya bagi Program tersebut.
PENGUBAHSUAIAN PERJANJIAN. 25.1 Perjanjian ini mengatasi mana-mana persetujuan atau perbincangan yang dibuat
sebelum termeterainya Perjanjian ini. 25.2 Sebarang pindaan, perubahan, penambahan atau pembatalan mana-mana
terma dalam Perjanjian ini hanya sah setelah dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh mereka yang diberi kuasa untuk berbuat demikian.
26
TIADA SERAH HAK 26.1 Sesuatu pihak tidak boleh menyerahkan hak mana-mana bahagian atau apa-apa
faedah atau kepentingan pihak tersebut dalam Perjanjian ini kepada pihak ketiga tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada pihak yang satu lagi. Pembekal tidak boleh memajakkan apa-apa bahagian Perjanjian ini atau membuat apa-apa kontrak kecil bagi melaksanakan Perjanjian ini dan apa-apa bahagiannya dengan tidak terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis KPTMSB
CUKAI 27.1 Setiap pihak di dalam Perjanjian ini hendaklah bertanggungjawab untuk
membayar cukainya sendiri berkaitan dengan pendapatan, hasil kutipan, hak atau faedah yang diterima atau boleh diterima oleh pihak itu di dalam, di bawah atau menurut Perjanjian ini.
HUBUNGAN PIHAK-PIHAK 28.1 Perjanjian ini bukanlah satu perjanjian agensi atau perkongsian dan kedua-dua
belah pihak bersetuju tidak akan, dalam sebarang keadaan, dalam melaksanakan Perjanjian ini, untuk bertindak dengan apa cara jua sekali pun atau membuat representasi, sebagai agen pihak yang satu lagi, bagi apa-apa maksud sekalipun.
MASA 29.1 Masa di mana sahaja ianya disebutkan adalah merupakan inti pati Perjanjian ini. TIADA WAIVER 30.1 Sebarang kelonggaran, penangguhan tindakan atau kelewatan sesuatu pihak
berkenaan dengan perlaksanaan atau penguatkuasaan mana-mana terma atau fasal Perjanjian ini tidak akan dengan apa cara sekalipun memudaratkan, memberi kesan atau mengurangkan hak-hak atau kuasa lain pihak tersebut yang dinyatakan dalam Perjanjian ini, begitu juga sebarang penepian, pengetahuan atau akuiesens oleh sesuatu pihak akan kemungkiran atau pelanggaran Perjanjian ini oleh pihak yang satu lagi tidak akan bertindak sebagai penepian terhadap pelanggaran atau kemungkiran berikutnya.
27
NOTIS 31.1 Segala notis, permintaan atau tuntutan yang dikehendaki disampaikan oleh
mana-mana pihak kepada pihak yang satu lagi hendaklah dibuat secara bertulis dan hendaklah disifatkan sebagai satu penghantaran dan penyampaian yang mencukupi dan sempurna:-
a) sekiranya dihantar oleh pihak itu atau peguamnya melalui pos berdaftar
ke alamat pihak yang satu lagi seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian ini atau kepada peguam pihak tersebut dan hendaklah disifatkan telah diterima pada masa surat berdaftarnya diserahkan mengikut perjalanan biasa pos; atau
b) sekiranya ia diberikan oleh pihak itu atau peguamnya secara tangan atau
faks kepada pihak yang satu lagi atau kepada peguam pihak tersebut dengan syarat sentiasa sekiranya ia dihantar menggunakan faks, maka faks tersebut hendaklah sempurna dan lengkap penerimaannya.
31.2 Kedua-dua pihak bersetuju bahawa penghantaran notis, permintaan atau
tuntutan melalui mel elektronik bukanlah satu penghantaran yang sah bagi apa jua notis, permintaan atau tuntutan yang diasaskan kepada Perjanjian ini.
31.3 Apa jua pertukaran alamat, nombor telefon atau nombor faks oleh mana-mana
pihak hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pihak yang satu lagi.
JADUAL 32.1 Jadual-jadual kepada Perjanjian ini hendaklah dibaca dan dianggap sebagai
sebahagian dari Perjanjian ini. DUTI SETEM 26.1 Duti Setem bagi Perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh
Pembekal.
28 PADA YANG MENYAKSIKAN DI ATAS, pihak-pihak dalam Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan mereka pada hari dan tahun yang dinyatakan dalam Seksyen 1, Jadual Pertama:- Bagi Pihak; Disaksikan oleh; Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (547467-W) -------------------------------------------- ---------------------------------- Bagi Pihak; Disaksikan oleh; Pembekal -------------------------------------------- ----------------------------------
29
JADUAL PERTAMA (hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini)
Sek. Perkara Butir-butir
1.
Tarikh Perjanjian
__________________________
2.
Butir-butir ENTITI
Nama : No. Pendaftaran : Alamat :
3.
Harga Barangan/Perkhidmatan [Fasal 1.1(d)]
4.
Deposit/Cagaran (Tempoh Sah bermula dari tarikh Penerimaan Akhir) (Fasal 4.1)
Nilai Deposit/Cagaran; Tempoh Deposit/Cagaran Sah :
5.
Penghantaran/Perlaksanaan Barangan/Perkhidmatan (Fasal 5.1)
Tempat Serahan/Perlaksanaan: Tempoh Serahan/Perlaksanaan (bermula dari tarikh Surat tawaran):
6
Tempoh Jaminan (bermula dari tarikh Penerimaan Akhir) (Fasal 12.1)
7.
Surat Tawaran Pembekal [Fasal 1.1(h)]
No. Rujukan : Tarikh :
30
JADUAL KEDUA (hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian dari Perjanjian ini)
Pembekal adalah dengan ini bersetuju untuk:- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senarai Barangan/Perkhidmatan dan ringkasan harga adalah seperti berikut:-
31
LAMPIRAN B
BORANG RASMI TENDER Kepada, Pengarah Kanan Jabatan Logistik & Aset Aras 5, Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA Jalan 7/91 Taman Shamelin Perkasa 56100 Cheras Kuala Lumpur Dengan ini kami memahami dan mematuhi syarat-syarat yang terdapat dalam dokumen tawaran bagi : Cadangan Membekal, Menghantar, Mengujilari, Mengkonfigurasi, Mengesah Tauliah Dan Menyelenggara Perkhidmatan Talian Internet Dan Wireless Untuk Kolej Poly-Tech Mara Selama Tiga (3) Tahun - KPTM/T/06/2014 JUMLAH KESELURUHAN : Ringgit Malaysia ………………………………………… …………………………………………………………………………………………………............................................................................(RM……………………………..) TEMPOH PENYERAHAN IALAH …………………MINGGU / BULAN SELEPAS PESANAN JABATAN DIKELUARKAN. Nama Penender Nama Saksi …..…………………………………… ...…………………………………….. No. I/C : ……..……………………. No. I/C : ……………………………. Alamat / Cop Syarikat & No. Tel Alamat / Cop Syarikat & No. Tel …………………………………………. ………….…………………………… ………………………………………… ………….…………………………… …………………………………………. ….…………………………………… Tandatangan : Tandatangan : ………………….…………………… ………...…………………………..… Tarikh :……………………………. Tarikh : ………..………..…………..
32
LAMPIRAN 3
RINGKASAN HARGA
BIL KETERANGAN HARGA (RM)
1 CADANGAN MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG, MENGKONFIGURASI, MENGUJI, MENTAULIAH DAN MENYELENGGARA PERKHIDMATAN TALIAN INTERNET DAN WIRELESS UNTUK SEMUA KAMPUS DAN ASRAMA KOLEJ POLY-TECH MARA SELAMA TIGA (3) TAHUN - NO. TENDER : KPTM/T/06/2014
Jumlah Besar di bawa ke Borang Rasmi Tender (Lampiran B) di muka surat 31.
Ringgit Malaysia : ………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………… …………………………… …………………… Tandatangan Petender Tandatangan saksi …………………………… ………………………. Cop syarikat Nama Saksi No. K/P : ………………………… No. K/P : ……………………. No. Tel : ……………………….. Tarikh : ……………………… Tarikh : ………………………..
33
BORANG PENYELENGGARAAN (SERVIS) DALAM TEMPOH JAMINAN
1. No. Item : ……………………………………………………………….. 2. Perkara : ……………………………………………………………….. 3. DALAM TEMPOH JAMINAN Bilangan penyelenggaraan : …………………………………………….. 4. SELEPAS TEMPOH JAMINAN Harga untuk 1 kali : ……………………………………………… (termasuk alat ganti) Harga untuk 1 tahun : ……………………………………………… (tidak termasuk alat ganti)
Senaraikan butiran terperinci alat ganti-ganti dan harga (sila gunakan Lampiran jika ruang tidak mencukupi)
---------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Nama dan Tandatangan Penender: …………………………………………… ( ) Alamat / Cop Rasmi Syarikat dan Tel No. : ……………………………………………………….. ……………………………………………………….. ………………………………………………………..
34
LAMPIRAN 4 SYARAT – SYARAT TAMBAHAN BAGI KONTRAK SERVIS DAN PEMBAIKAN ALAT-ALAT SEPERTI TERSENARAI DILAMPIRAN DI KOLEJ POLY-TECH MARA ALAT GANTI a. Alat ganti yang digunakan mestilah yang baru dan asal (Genuine new dan
unused). b. Harga alat ganti mestilah mengikut harga pasaran (current market price). Jika
berlakunya pembayaran / tuntutan berlebihan (over charges) oleh Pembekal, jumlah lebihan boleh dituntut daripada Pembekal / ditolak dari apa amaun yang akan dibayar kepada Pembekal.
c. Alat ganti yang ditukarkan (old part) oleh Pembekal mestilah dikembalikan
selepas pembaikan diselesaikan d. Tempoh jaminan minimum alat ganti ialah enam (6) bulan dari tarikh gantian. PEMBAIKAN a. Segala kerja pembaikan mestilah bermutu tingi dan mengikut kaedah dan
amalan kejuruteraan yang sedia ada dengan menggunakan tenaga pekerja yang mahir dan terlatih dan menggunakan alat-alat yang sesuai dan tertentu.
b. Setelah selesai pembaikan, Ketua Jabatan / Fakulti / Pegawai yang
dipertanggungjawabkan oleh KPTM akan memeriksa dan mengesahkan ke atas kualiti dan mutu pembaikan dan alat-alat ganti yang ditukarkan.
c. KPTM berhak menolak pembaikan yang bermutu rendah / tidak mengikut kaedah
pembaikan. d. Tempoh jaminan pembaikan minimum ialah 6 bulan dari tarikh mesin tersebut
dikembalikan dari pembaikan. e. Semua kerja pembaikan hendaklah di buat di semua Kolej Cawangan KPTM
yang terlibat. Jika dibenar oleh pihak berkuasa KPTM atas sebab-sebab alat-alat tersebut tidak boleh dibaiki di kawasan KPTM maka para f adalah perlu.
35
f. Selepas pembaikan diselesaikan dan mesin dapat digunakan, mesin tersebut
hendaklah dihantar ke bahagian / Fakulti di KPTM dengan segera. g. KPTM berhak membuat pengawasan pemeriksaan di premis tuan dari masa ke
semasa, semasa kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan. h. Tempoh bagi pembaikan adalah tidak melebihi 7 hari dari tarikh penghantaran
mesin i. Tempoh bagi penyelesaian pembaikan mestilah disebut oleh Pembekal dan jika
Pembekal gagal menyelesaikan dalam tempoh yang ditetapkan denda sebanyak 10% dari kadar pembaikan mengikut ‘schedule of rate’ akan dikenakan.
KESELAMATAN MESIN
i. Pembekal adalah bertanggungjawab ke atas mesin semasa di bengkel pembaikan untuk dibaiki
ii. Pembekal mestilah mengadakan kawalan-kawalan keselamatan yang
lengkap bagi mengelakkan kehilangan dan kerosakan ke atas mesin untuk pembaikan.
iii. Pembekal adalah dikehenddaki membayar tuntutan gantirugi kepada
KPTM ke atas apa-apa kehilangan dan / atau kerosakan mesin yang berlaku semasa mesin di bawah jagaannya.
TEMPOH Tempoh kontrak ialah tiga (3) tahun PEMBAYARAN Pembayaran akan dibuat hanya selepas kerja-kerja disempurnakan dan disahkan oleh pegawai KPTM yang dipertanggungjawab mengikut cara yang akan ditetapkan oleh KPTM SERVIS Kerja-kerja servis hendaklah dibuat di antara hari Isnin hingga Jumaat waktu pejabat
36
LAMPIRAN C
PENTING
PERKARA-PERKARA PENTING YANG PERLU DIMASUKKAN /DILAMPIRKAN KE DALAM
BORANG KETERANGAN MENGENAI PETENDER
BORANG KENYATAAN PEMBEKAL
Penender hendaklah mengambil maklum bahawa penilaian Tender ini akan mengambilkira keupayaan Penender untuk melaksanakan projek yang ditenderkan. Keupayaan Penender akan dinilai berasaskan kedudukan kewangan, pengalaman, kakitangan, peralatan dan prestasi keseluruhan.
Penender dikehendaki :- Untuk membolehkan penilaian ini dibuat, Penender-penender diwajibkan untuk mengemukakan salinan dokumen-dokumen berikut bersama-sama dokumen tendernya:- 1. Surat Pendaftaran Perniagaan 2. Salinan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera. 3. Senarai nama kakitangan yang berkhidmat secara sepenuh masa. 4. Borang KWSP ‘A’ bagi bulan caruman terakhir bagi kakitangan yang berkhidmat sepenuh masa
(ianya mestilah disahkan). 5. Sijil Kelulusan/Sijil Kelayakan bagi kakitangan yang kompeten. 7. Sebarang dokumen/surat pengesahan sebagai bukti kepada bayaran dijangka, kemudahan
pinjaman dari bank, overdraft, kemudahan kredit dari pembekal dan lain-lain. 8. Bagi Syarikat Sendirian Berhad, sila kemukakan Kunci Kira-Kira yang diaudit oleh Akauntan
bertauliah bagi dua (2) tahun Kewangan Terakhir. 9. Penyata Bank 6 bulan terakhir (yang disahkan oleh pegawai bank). 10. Salinan Surat Setuju Terima/Pesanan Tempatan (Local Order) dan Sijil Siap Kerja bagi projek-
projek lepas yang telah diterima dari mana-mana badan awam atau swasta (yang disahkan). 11. Salinan Surat Setuju Terima/ Pesanan Tempatan (Local Oder) dan Sijil Bayaran Kemajuan
terakhir bagi projek-projek semasa (yang disahkan).
Di samping mengemukakan dokumen-dokumen di atas, Penender-Penender dikehendaki melengkapkan ‘KENYATAAN PEMBEKAL’ dengan sempurna dan mengembalikannya bersama-bersama tender-tender masing-masing. Adalah dimaklumkan bahawa sebarang kenyataan yang tidak disertakan dengan dokumen-dokumen yang diminta tidak akan diambil kira. Ini akan menjejaskan penilaian terhadap Penender-Penender.
37
BORANG A
Sila isikan Kenyataan Pembekal ini dengan lengkap kerana butir - butir yang diberikan akan di nilai dan
dimarkahkan semasa proses analisa tender.
SURAT PENGAKUAN KEBENARAN MAKLUMAT DAN KEESAHAN DOKUMEN YANG DIKEMUKAKAN OLEH PETENDER
Nama Pembekal : Alamat : Kepada Tuan , MAKLUMAT LATAR BELAKANG PEMBEKAL
Kami telah membaca dengan teliti semua arahan-arahan yang tekandung dalam Arahan Kepada
Petender termasuk arahan yang menghendakkan kami mengemukakan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen mengenai perkara di atas bersama-sama dokumen tender kami semasa mengemukakan Tender ini untuk membolehkan KPTM menilai keupayaan kami untuk melaksanakan kerja yang ditender, semasa penilaian tender.
Kami faham dan mengambil maklum bahawa penilaian tender ini akan mengambil kira dan
mementingkan keupayaan kami melaksanakan kerja yang ditenderkan. Justeru itu tender kami akan hanya dipertimbangkan untuk penilaian dan kelulusan Jawatankuasa Tawaran KPTM sekiranya kami didapati berkeupayaan untuk melaksanakan projek yang ditender, mengikut penilaian KPTM berasaskan maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami kemukakan.
Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat dan
dokumen- dokumen yang diminta bersama-sama tender kami sebelum Tender ditutup dan maklumat – maklumat atau dokumen –dokumen yang dikemukakan kemudian daripada ini tidak akan diterima untuk diambil kira dalam penilaian keupayaan kami.
Kami mengaku bahawa maklumat-maklumat dan data-data yang kami berikan bersama-sama ini di
Borang A, A1 dan dokumen-dokumen yang kami sertakan bersamanya setahu kami adalah semuanya benar dan sah pada semua segi dan kami telah mengambil maklum dan sedar akan tindakan yang boleh diambil oleh pihak KPTM terhadap kami dan/atau tender kami, sekiranya mana-mana maklumat, data-data dan dokumen yang kami berikan itu didapati tidak benar atau palsu.
Kami juga mengambil maklum dan sedar bahawa Tender kamai akan ditolak (disqualified) dan tidak
akan dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang kami berikan tidak mencukupi atau sekiranya kami gagal untuk memberikan bersama-sama ini mana-mana maklumat dan/atau menyertakan mana-mana dokumen penting yang sangat diperlukan untuk membolehkan KPTM menilai keupayaan kami, terutamanya dokumen-dokumen berhubung dengan kedudukan kewangan dan prestasi kerja semasa kami seperti berikut:-
38
a) Salinan sah Akaun Syarikat yang telah disahkan dan diaudit oleh Juru Audit yang bertauliah, bagi tiga (3) tahun kewangan terakhir;
b) Salinan sah Penyata Bulanan Akaun bank mengenai Wang Dalam Tangan petender bagi 6 bulan
terakhir sebelum tarikh tutup tender
Kami dengan ini memberi kuasa kepada mana-mana pegawai KPTM, Bank dan Institusi Kewangan lain, dan lain-lain atau mana-mana orang atau firma yang berkenaan untuk memberikan maklumat-maklumat yang dianggap perlu dan diminta oleh KPTM untuk menyemak maklumat-maklumat yang kami berikan atau untuk mendapatkan maklumat tambahan. Walau bagaimana pun kami tetap bertanggunjawab di atas maklumat-maklumat dan dokumen-dokumen yang kami berikan bersama-sama ini.
Tandatangan Pembekal Tandatangan Saksi
Nama : Nama :
Jawatan: Jawatan:
Nama Syarikat Nama Syarikat
Alamat Alamat
39
BORANG A1
MAKLUMAT AM & LATAR BELAKANG PEMBEKAL
Sila isikan Kenyataan Pembekal ini dengan lengkap kerana butir-butir yang diberikan akan dinilai dan dimarkahkan semasa proses analisa tender. 1. KETERANGAN MENGENAI PEMBEKAL
1.1 Nama Pembekal: ………………………………………………………………..
1.2 Alamat Berdaftar Syarikat : …………………….……………………………….
……………………………………………………...
………………………………………………………
1.3 Alamat Surat Menyurat : ………………………………………………………
……………………………………………………...
……………………………………………………...
1.4 Tarikh Firma Ditubuhkan : .……………………………………………………..
1.5 Nombor Pendaftaran : 1.5.1 Perniagaan
………..……………………………
1.5.2 Kementerian Kewangan Malaysia/
Pejabat Setiausaha Kewangan Sabah/Sarawak
..……………………………………
Tempoh sah pendaftaran
Dari ………………hingga ………………………
1.6 Taraf Syarikat : Bumiputra / Bukan Bumiputra
Jika Bumiputra, tempoh sah taraf
Dari ………………………. Hingga
……………………
1.7 Nombor Telefon : ………………………………….
1.8 Nombor Fax : ………………………………….
40 1.9 Ahli-ahli Lembaga Pengarah :
BIL NAMA AHLI JAWATAN SAHAM MODAL
( % )
KEDUDUKAN DALAM SYARIKAT
2. ORGANISASI
2.1 Isikan butir-butir di bawah :
NAMA
UMUR
EQUITI
KELAYAKAN AKADEMIK
PENGALAMAN (TAHUN)
2.1.1 Lembaga Pengarah
(a)………………….. (b)………………….. (c).………………….
2.1.2 ** Bil K/Tangan Pengurusan …..………………. 2.1.3 **Bil K/Tangan Profesional
………………….. 2.1.4 ** Bil K/Tangan Mahir/ Teknikal …………………….. 2.1.5 **Bil K/tangan Am & Pejabat
……………………… 2.1.6 Tarikh Firma ditubuhkan
……………………… *Potong jika tidak berkenaan
Sila kemukakan salinan perkara-perkara berikut bagi item 2.12, 2.13, 2.14 dan 2.15 di atas yang berkhidmat dengan syarikat tuan secara sepenuh masa: Senarai Nama Kakitangan. Borang KWSP ‘A’ bagi bulan caruman terakhir. Sijil Kelulusan / Sijil Keahlian Badan-badan Professional.
41
2.2 Pengalaman Kerja
Isikan butir-butir di bawah:
PERKARA KUANTITI/ BILANGAN
JUMLAH NILAI (RM)
2.2.1 Jumlah projek yang diperolehi
setakat ini semenjak firma ditubuhkan.
2.2.2 Jumlah projek yang diperolehi
di Dalam Setahun (purata)
Isikan butir-butir mengenai pengalaman Petender di dalam membekalkan barangan-barangan /perkhidmatan yang sama untuk tender ini (Product / Services Sales Record)
NAMA PROJEK NILAI (RM) TARIKH MULA TARIKH SIAP
Kontrak Sebenar
Sila lampirkan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan Tempatan (Local Order) yang berkaitan.
42
Pernahkah menjalankan projek-projek KPTM dimasa lalu? Ya / Tidak *
Jika ada nyatakan: * (Potong jika tidak berkenaan)
Jika Ya dapatkan surat ulasan
NAMA PROJEK NILAI (RM) TARIKH MULA TARIKH SIAP
Kontrak Sebenar
Sila lampirkan salinan Surat Setuju Terima atau Pesanan Tempatan (Local Order) yang berkaitan.
3. DATA-DATA KEWANGAN SYARIKAT
Ringkasan harta dan liabiliti seperti yang ditunjukkan dalam lembaran Imbangan (Balance Sheet) yang diaudit bagi tahun kewangan terakhir.
ASSET (A) LIABILITI (B) NILAI KEWANGAN (WORTH ) ( A-B) Semasa : RM Tetap : RM Jumlah : RM
Semasa : RM Tetap : RM Jumlah :
Modal Pusingan : RM Modal Tetap : RM Nett Worth : RM
* Sila sertakan salinan sah Akaun Syarikat bagi tiga (3) tahun kewangan terakhir yang disahkan dan diauditkan oleh Juruaudit Bertauliah. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan Akaun ini.
Akaun Wang Di Tangan (Cash In Hand)
o Nama dan Alamat bank dimana akaun dibuka:-
o No Akaun:
43
* Sila sertakan salinan sah Penyata Bulanan Bank bagi enam (6) bulan terakhir. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan Penyata ini
Modal Syarikat: Modal dibayar RM ……………………………
Modal dibenarkan RM ……………………………
Modal Pusingan (jika ada) RM …………………………..
Bayaran dijangka dari perniagaan yang sedang dijalankan : (Nyatakan sumber dan jumlah dijangka diterima)
i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….
iii. …………………………………..…RM…………………………….
* Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini. Kemudahan Kredit (jika ada) :
Overdfart atau talian Kredit : RM ...............................
Overdraft bercagar : RM ...............................
Pinjaman Tetap yang akan/ : RM ...............................
Layak diperolehi untuk projek Lain-lain : RM ...............................
* Sila sertakan dapatkan dan sertakan laporan dari pihak Bank/ Institusi Kewangan. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini. Kemudahan Kredit dari Pembekal :
(Nyatakan sumber dan jumlah)
i. ……………………………………. RM …………………………….
ii. ………………………..…………… RM …………………………….
iii. ……………………………………. RM …………………………….
* Sila sertakan salinan dokumen sebagai bukti. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.
44
* PERINGATAN PENTING Semua kenyataan mengenai ‘KEWANGAN’ hendaklah disertakan dengan salinan bukti dan pengesahan yang diminta. Kenyataan yang tidak disertakan dengan bukti dan pengesahan, tidak akan diambilkira di dalam penilaian Petender. KPTM berhak untuk tidak menilai/ menolak tawaran tender yang dikemukakan.
4. KENDERAAN
Jenis kenderaan yang dipunyai sekarang
JENIS KENDERAAN
KEUPAYAAN
BIL
LAMA (TAHUN)
DIMANAKAH DIGUNAKAN SEKARANG?
5. MESIN DAN PERALATAN
Jenis Mesin dan Peralatan yang dipunyai sekarang
MESIN/PERALATAN
BIL
LAMA (TAHUN)
DIMANAKAH DIGUNAKAN SEKARANG?
45 6. PROJEK-PROJEK LEPAS ( senarai projek yang disiapkan dalam tempoh tiga (3) tahun terakhir)
NAMA PROJEK NAMA DAN ALAMAT NILAI
KONTRAK (RM)
TARIKH MULA
TARIKH SIAP
MAJIKAN PEGAWAI
PENGUASA KONTRAK SEBENAR
* Salinan surat setujuterima/ pesanan tempatan /Sijil Perakuan Siap kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah dikemukakan bersama. * Sila gunakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi. * KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.
46 7. PROJEK-PROJEK SEMASA (senarai semua kerja dalam tangan/ sedang berjalan dan belum siap termasuk kerja yang baru
diperolehi)
NAMA PROJEK
NAMA DAN ALAMAT NILAI KONTRAK
(RM)
% SIAP TARIKH
MAJIKAN PEGAWAI
PENGUASA JADUAL SEBENAR MULA SIAP
* Salinan surat setujuterima/ pesanan tempatan /Sijil Perakuan Siap kerja bagi setiap kerja yang disenaraikan hendaklah dikemukakan bersama. * Sila gunakan lampiran berasingan jika ruangan tidak mencukupi. * Sila sertakan Laporan Penyelia Projek mengunakan format Borang Laporan Penyelia Projek. KPTM berhak untuk tidak menilai/menolak tawaran tender yang tidak disertakan dengan dokumen ini.
47
8. PENGAKUAN PEMBEKAL
a. Kami telah membaca dengan teliti dan memahami semua arahan yang terkandung di
dalam ‘KENYATAAN PEMBEKAL’.
b. Kami juga mengambil maklum bahawa kami dikehendaki mengemukakan semua maklumat dan dokumen yang berkaitan bagi menyokong maklumat tertentu, sebelum Tender ditutup. Maklumat dan dokumen yang dikemukakan kemudian daripada itu tidak akan diambil kira di dalam penilaian keupayaan kami.
c. Kami juga mengambil maklum bahawa Penilaian ke atas Tender kami akan terjejas
atau mungkin tidak dipertimbangkan sekiranya maklumat-maklumat yang diberikan tidak diisi atau tidak mencukupi atau tiada dokumen sokongan yang lengkap.
d. Kami, dengan ini mengaku bahawa segala maklumat yang dinyatakan adalah betul
dan benar belaka. Saya bersetuju KPTM akan bertindak mengikut budibicara untuk mengetahui kedudukan sebenar. Sekiranya mana-mana maklumat didapati tidak benar, KPTM berhak membatalkan tawaran ini ataupun menarik balik kontrak berkenaan kemudian.
Tandatangan Pembekal Tandatangan Saksi
Nama Nama
Jawatan Jawatan
Nama Syarikat Nama Syarikat
Alamat Alamat
48
LAMPIRAN D
NO. TENDER : KPTM/T/06/2014
BORANG PEMBAHAGIAN PEKERJA-PEKERJA MENGIKUT RAS YANG MENJALANKAN KERJA BAGI BEKALAN DAN PENGIRIMAN
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Penender – penender dikehendaki mengemukakan maklumat-maklumat yang berdasarkan kepada senarai caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
BAHAGIAN DI DALAM FIRMA
JENIS
PEKERJAAN
MELAYU
CINA
INDIA
LAIN- LAIN
BUKAN WARGA NEGARA
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
JUMLAH
BAHAGIAN LEMBAGA PENGARAH BAHAGIAN PENGELUARAN
EKSEKUTIF
STAF
PENGENDALI (OPERATIVE)
BAHAGIAN PEMASARAN DAN BEKALAN
EKSEKUTIF
STAF
PENGENDALI (OPERATIVE)
BAHAGIAN KEWANGAN
EKSEKUTIF
STAF
PENGENDALI (OPERATIVE)
BAHAGIAN PEMBELIAN BAHAGIAN KEJURUTERAAN
EKSEKUTIF
STAF
PENGENDALI (OPERATIVE)
BAHAGIAN PERANCANGAN
EKSEKUTIF
STAF
PENGENDALI (OPERATIVE)
BAHAGIAN TEKNIK
EKSEKUTIF
STAF
PENGENDALI (OPERATIVE)
BAHAGIAN KAKITANGAN
EKSEKUTIF
STAF
PENGENDALI (OPERATIVE)
JUMLAH
49