Post on 29-Aug-2019
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. **Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KARAKTER PEMAIN RAGBI BAWAH 16 TAHUN
BERDASARKAN KOMPONEN ANTROPOMETRI,
KEMAHIRAN MOTOR DAN KEMAHIRAN SPESIFIK-SUKAN
SESI PENGAJIAN: 2010/2011
Saya: NOOR HANIZA BINTI KOSNAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti
Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian
sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian
tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh,
___________________________ __________________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
No. Kad Pengenalan Nama Penyelia:
870106-23-5772 DR.HALIJAH BINTI IBRAHIM
Tarikh: 16 MEI 20011 Tarikh: 16 MEI 2011
√
i
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penyelia : DR HALIJAH BT IBRAHIM
Tarikh : 16 MEI 2011
ii
KARAKTER PEMAIN RAGBI BAWAH 16 TAHUN BERDASARKAN
KOMPONEN ANTROPOMETRI, KEMAHIRAN MOTOR DAN KEMAHIRAN
SPESIFIK-SUKAN.
NOOR HANIZA BINTI KOSNAN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
iii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerjaya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………………………
Nama Penyelia : NOOR HANIZA BINTI KOSNAN
Tarikh : 16 MEI 2011
iv
DEDIKASI…
Teristimewa untuk mak & abah yang tercinta…..
Miskiah Binti Basir & Kosnan Bin Daim
terima kasih kerana melahirkanku dan menjadikanku insan yang berguna di
matamu.
Abang & Adik2….
Teruskan perjuanganmu sehingga berjaya. Kerana kejayaan itu milik bersama.
Kejayaan kita adalah hadiah yang sangat bermakna buat mak abah.
Untuk teman-teman seperjuangan….
Terutamanya kepada sahabat baik Aruna, Mas Murni & Shi Ling.
Terima kasih kerana merealisasikan impian kita bersama.
Teman yang menjayakan projek ini…
Firdaus, Azam, Riduan, Shahril, Azli, Azuan
Jasa kalian tak akan kulupakan….
Teman sepermainan..
Qila & Achik
Terima kasih kerana menceriakan hidupku..
Terima kasih atas segalanya..
Nasihat dan pandangan dari kalian tidak akan kulupakan…
Kenangan bersama akan kusemat dalam memori yang paling
indah dalam hidup ini..
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah…….
Dipanjangkan kesyukuran yang tidak terhingga ke atas Ilahi kerana dengan
limpah kurnia dan hidayahnya, Projek Sarjana Muda ini diselesaikan tepat pada
masanya.
Sekalung penghargaan kepada penyelia PSM, Dr.Halijah Bt Ibrahim yang
telah banyak membantu dan mencurahkan idea disamping memberikan sokongan
moral dan bimbingan yang tidak terhingga sepanjang Projek Sarjana Muda ini
dijalankan. Sesungguhnya, segala tunjuk ajar dan dorongan yang diberikan amatlah
berguna dan berharga.
Tidak dilupakan juga jasa rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan
padu tanpa mengira penat lelah dan turut sama membantu dalam menyelesaikan
projek ini khususnya buat rakan seperjuangan pelajar 4-SPS 2010/2011. Seperti
peribahasa „berat sama dipikul, ringan sama dijinjing‟, begitulah tanda persahabatan
yang sangat bermakna buat saya, terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan
yang diberikan.
Di kesempatan ini juga, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua
yang turut sama mengerah keringat dan menyumbangkan tenaga sama ada secara
langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan kajian ini termasuk yang telah
memberi dorongan dan sokongan kepada saya bagi memastikan Projek Sarjana Muda
ini dapat diselesaikan dengan sempurna.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan Karakter Pemain Ragbi Bawah
16 Tahun Berdasarkan Komponen Antropometri, Kemahiran Motor, dan Kemahiran
Spesifik-Sukan mengikut dua posisi yang berbeza iaitu pertahanan dan penyerang.
Kajian ini memfokuskan kepada 3 skop ujian iaitu Ujian Antropometri, Ujian
Kemahiran Motor dan Ujian Kemahiran Spesifik-Sukan. Seramai 32 orang atlet yang
berusia di antara 13 hingga 16 tahun terlibat dalam kajian ini. Data diambil dan
dianalisis dengan menggunakan Microsoft Office Excel 2007 dan perisian SPSS
dengan menggunakan ujian-T tidak bersandar. Dapatan kajian menunjukkan ciri-ciri
fizikal pemain di bahagian pertahanan (tinggi 168.25 ± 7.99cm, berat 69.98 ±
16.70kg, BMI 24.43 ± 4.48(kg/m-2
), jisim lemak 23.32 ± 7.30%) adalah lebih tinggi
berbanding pemain di bahagian penyerang (tinggi 163.75 ± 9.04cm, berat 53.03 ±
8.22kg, BMI 19.64 ± 1.60(kg/m-2
), jisim lemak 15.84 ± 4.82%). Aras nilai signifikan
yang ditetapkan adalah p=0.05. Analisis ujian-T tidak bersandar menunjukkan tidak
terdapat perbezaan yang signifikan pada bahagian lipatan kulit manakala terdapat
perbezaan yang signifikan pada bahagian lilitan dalam kompenan antropometri.
Dalam ujian kemahiran motor, kesemua ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan
yang signifikan antara kedua-dua kumpulan pemain ini. Dalam ujian spesifik-sukan
menunjukkan bahawa ground skill sahaja yang mencatatkan nilai yang signifikan
(t=2.077, p<0.046) berbanding dengan ujian yang lain iaitu side step (t=-0.027,
p=0.746), passing for distance (t=-0.996, p=0.372), passing for accuracy (t=-0.868,
p=0.392) dan kicking for distance (t=-0.229, p=0.821). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa komponen antropometri menunjukkan terdapat perbezaan antara pemain
penyerang dan pertahanan manakala kemahiran motor dan kemahiran spesifik-sukan
menunjukkan tiada perbezaan diantara kedua-dua posisi ini.
vii
ABSTRACT
This study is aimed to identify differences in Rugby Player Under 16 Characters
Based on Anthropometric Components, Motor Skill, and Sport-Specific Skill in two
different position of defense and attack. This study focuses on three tests namely
Anthropometric, motor skill and Sport-Specific Skill. About 32 athletes aged
between 13 and 16 years participated in this study. Data has been collected and
analyzed by using Microsoft Office Excel 2007 and independent t-test of SPSS
software. The findings showed that physical characteristics of the players on the
defense (168.25 ± 7.99cm height, weight 69.98 ± 16.70kg, BMI 24.43 ± 4:48 (kg/m-
2), fat mass 23:32 ± 7.30%) was higher than the players in the attacker (163.75 ±
9.04cm high, weight 53.03 ± 8.22kg, 19.64 ± 1.60 BMI (kg/m-2), fat mass of 15.84 ±
4.82%). Level of significance was set p = 0.05. Independent t-test analysis showed
no significant difference in the skinfolds while there are significant differences in the
circumference of anthropometric component. In the motor skill tests, all tests showed
no significant difference between the two groups. In sport-specific skill tests showed
that ground skill is the only significant (t = 2077, p <0046) compared with other tests
of side step (t =- 0,027, p = 0,746), passing for distance (t =- 0996, p = 0372),
passing for accuracy (t =- 0,868, p = 0392) and kicking for distance (t =- 0,229, p =
0821). The findings indicate that there is a difference between the attacker and the
defensive players on the components of anthropometry, while motor skill and sports-
specific skill showed no significant difference between these two positions.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGAKUAN PENYELIA i
JUDUL ii
PENGAKUAN PENULIS iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
ISI KANDUNGAN
viii
SENARAI LAMPIRAN xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI JADUAL
xiii
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 4
1.4 Hipotesis Kajian 5
1.5 Kepentingan Kajian 6
1.6 Limitasi Kajian 7
1.7 Definisi Istilah 7
ix
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Antropometri 11
2.3 Kemahiran Motor 13
2.4 Kemahiran Spesifik Sukan 15
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 16
3.2 Populasi Dan Sampel Kajian 16
3.3 Tempat Kajian 16
3.4 Prosedur Kajian 17
3.4.1 Ujian Antropometri 17
3.4.2 Ujian Kemahiran Motor 19
3.4.3 Ujian Kemahiran Spesifik Permainan 20
3.5 Instrumen Ujian 20
3.6 Pengumpulan Data 22
3.7 Penganalisaan Data 22
x
BAB 4 PENGANALISAAN DATA
4.1 Pengenalan 23
4.2 Analisis Diskriptif 24
4.3 Analisis Inferensi 26
4.3.1 Antropometri 26
4.3.2 Kemahiran Motor 29
4.3.3 Kemahiran Spesifik-Sukan 31
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 33
5.2 Perbincangan 34
5.3 Kesimpulan 36
5.4 Cadangan 37
RUJUKAN 38-41
LAMPIRAN 42-60
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat Perlantikan Subjek 42
B Surat Perjanjian 43
C Surat Kebenaran Menggunakan 44
Subjek
D Instrumen Pengujian Antropometri 45
E Bahagian Pengukuran Lipatan Kulit 46
F Bahagian Pengukuran Lilitan 48
G Prosedur Kemahiran Motor 49
H Prosedur Kemahiran Spesifik-Sukan 54
I Borang Pengukuran Ujian Antropometri 58
J Borang Ujian Kemahiran Motor 59
K Borang Skor Ujian Kemahiran Spesifik- 60
Sukan
xii
SENARAI RAJAH
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Pengkelasan umur mengikut kumpulan 25
posisi.
xiii
SENARAI JADUAL
NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Taburan bilangan subjek mengikut umur, 24
tinggi, berat, BMI dan peratusan lemak
bagi kedua-dua kumpulan posisi
4.2 Min, sisihan piawai dan ujian-t ujian 26
lipatan kulit mengikut kumpulan posisi
4.3 Min, sisihan piawai dan ujian-t ujian 28
lilitan mengikut kumpulan posisi
4.4 Min, sisihan piawai dan ujian-t ujian 29
kemahiran motor mengikut kumpulan
posisi
4.5 Min, sisihan piawai dan ujian-t 31
bagi kemahiran spesifik-sukan mengikut
kumpulan posisi.
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kejayaan seseorang pemain dalam sesebuah pasukan tidak bergantung
kepada seseorang individu sahaja tetapi ia adalah hasil usaha bersama rakan
sepasukan bagi memenangi sesebuah perlawanan yang disertainya. Ini kerana
seseorang itu mempunyai peranan yang berbeza bergantung kepada posisi yang
didudukinya. Posisi atau kedudukan adalah elemen yang akan menentukan tugas
seseorang semasa bermain. Seperti dalam permainan ragbi, seseorang itu
mempunyai tugasnya yang tersendiri dan perlu membantu rakan yang lain
terutamanya apabila diserang oleh pihak lawan.
Kemenangan dalam permainan ragbi ini diukur berdasarkan pungutan
mata yang paling banyak. Seperti dalam permainan lain, hanya dua pasukan
sahaja yang akan masuk ke padang perlawanan untuk beraksi bagi memungut
mata sebanyak yang mungkin. Setiap pemain berusaha untuk memungut mata
dengan cara yang dibenarkan iaitu dengan membawa bola, menghantar dan
menyepak bola sehingga bola melepasi gol lawan atau membawanya secara
bersendirian sehingga bola menyentuh garisan belakang pihak lawan. Pihak yang
diserang akan cuba mempertahankan kawasan mereka agar tidak dapat dilepasi
oleh pihak lawan yang akan menyebabkan pungutan mata diperolehi.
2
Sukan ini lebih dimonopoli oleh orang lelaki berbanding wanita kerana
sukan ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia dilihat melalui
mata kasar. Permainan ini memerlukan daya tahan yang tinggi untuk melindungi
bola yang di bawa dari dirampas oleh pihak musuh untuk mengumpulkan mata
bagi pasukan masing-masing.
Ragbi merupakan permainan yang mempunyai banyak kemahiran asas
yang perlu dipelajari oleh setiap pemain apabila mula bermain. Kemahiran-
kemahiran ini merangkumi tiga aspek utama, iaitu kemahiran individu,
kemahiran unit dan kemahiran pasukan. Kemahiran individu ialah segala
kemahiran asas yang perlu diketahui oleh semua pemain seperti menendang,
menghantar dan menerima bola, berlari dan menjatuhkan lawan (tackling).;
kemahiran unit ialah kemahiran pemain mengikut posisi seperti forward, back
dan sayap; dan kemahiran pasukan ialah gabungan kedua-dua aspek kemahiran
individu dan unit. Oleh kerana ragbi merupakan permainan pasukan, setiap
kemahiran daripada seseorang pemain hendaklah dengan bermatlamatkan
sebagai sebuah pasukan.
Satu pasukan ragbi mengandungi 15 orang pemain, dan beberapa orang
pemain gantian. Dalam sesuatu permainan, seramai 30 orang pemain bersama
seorang pengadil dan dua orang penjaga garisan harus berada di padang. Posisi
atau kedudukan pemain-pemain ragbi di dalam satu pasukan boleh dibahagikan
kepada dua bahagian. Lapan orang pemain di bahagian hadapan (forwards) dan
tujuh orang pemain di bahagian belakang (backs/three quarters). Setiap pemain
berperanan mengikut posisi masing-masing. Dalam permainan ragbi pemain-
pemain barisan hadapan biasanya bertindak sebagai pertahanan dan pemain-
pemain di barisan belakang sebagai penyerang. Tidak ada penjaga gol untuk
permainan ragbi walaupun disediakan gol untuk ditembusi lawan masing-
masing.
3
1.2 Pernyataan masalah
Sukan ragbi adalah salah satu sukan yang lasak dan memerlukan
beberapa komponen antropometri, keupayaan fizikal dan motor serta kemahiran
spesifik-sukan yang baik bergantung kepada posisi yang dimainkan (Van der
Merwe, 1989). Dalam permainan ragbi kategori senior, dalam sesuatu
perlawanan mengambil masa selama 80 minit dimana ia memerlukan pemain
untuk bersaing dalam memenangi perlawanan tersebut dengan menggunakan
berbagai cara untuk melepasi halangan dari pihak lawan. Sepanjang perlawanan
dijalankan, pemain akan terdedah dengan perlanggaran fizikal sama ada semasa
menyerang ataupun bertahan (Gissane et al. 2001). Ini akan menyebabkan
kecederaan di bahagian otot ataupun tulang berlaku (Gabbett, 2004).
Di Malaysia kajian mengenai pemain ragbi belum dijalankan walaupun ia
adalah sangat penting bagi rujukan seoran jurulatih untuk menyusun pemain
mengikut posisi yang berbeza bergantung kepada bentuk tubuh badan,
kecergasan fizikal dan kemahiran spesifik-sukan yang mereka ada. Kajian seperti
ini perlu dijalankan kepada semua pemain mengikut sukan masing-masing untuk
mengelakkan daripada berlakunya kejadian yang tidak diingini seperti
kecederaan, kecacataan dan perkara yang tidak diingini adalah kematian.
Menurut Pienaar et al. (2000), dalam mengenalpasti kedudukan pemain,
ia boleh dilakukan seawal umur 10 tahun. Namun begitu saiz tubuh badan orang
Asia khususnya di Malaysia ini tidak sama seperti orang dari Negara Barat yang
mempunyai saiz yang lebih besar dari kita. Oleh itu kajian ini dijalankan dengan
memilih pemain yang berumur diantara 13 hingga 16 tahun kerana proses
tumbesaran telah berlaku dan terdapat perbezaan saiz tubuh badan antara satu
sama lain berbanding dengan pemain yang berumur antara 10 tahun.
4
1.3 Objektif kajian
Objektif kajian adalah untuk:
1.3.1 Mengukur dan membandingkan komponen antropometri pemain ragbi
mengikut posisi pertahanan dan penyerang.
1.3.2 Mengukur dan membandingkan kemahiran motor berdasarkan kumpulan
posisi iaitu pemain pertahanan dan penyerang.
1.3.3 Mengukur dan membandingkan keupayaan kemahiran spesifik-sukan
dikalangan pemain pertahanan dan pemain penyerang
5
1.4 Hipotesis kajian
Ho 1 Tidak terdapat perbezaan komponen antropometri di antara pemain
penyerang dan pemain pertahanan.
Ha 1 Terdapat perbezaan komponen antropometri di antara pemain penyerang
dan pemain pertahanan.
Ho 2 Tidak terdapat perbezaan kemahiran motor di antara pemain penyerang
dan pemain pertahanan.
Ha 2 Terdapat perbezaan kemahiran motor di antara pemain penyerang dan
pemain pertahanan.
Ho 3 Tidak terdapat perbezaan kemahiran spesifik-sukan di antara pemain
penyerang dan pemain pertahanan.
Ha 3 Terdapat perbezaan kemahiran spesifik-sukan di antara pemain
penyerang dan pemain pertahanan.
6
1.5 Kepentingan kajian
Kajian ini dapat membantu jurulatih untuk mengenal pasti bakat yang ada
pada setiap pemain mereka dengan menilai beberapa komponen yang berkaitan
sebagai pemain ragbi iaitu komponen antropometri, kecergasan fizikal dan
kemahiran spesifik-sukan. Pada peringkat awal remaja seseorang individu itu
masih tercari-cari sukan yang bersesuaian dengan diri mereka dimana mereka
memerlukan bimbingan orang lain yang pakar dalam sesuatu sukan. Ini
bermakna jurulatih ataupun guru dapat mengelaskan sukan ataupun posisi yang
bersesuaian dengan seseorang itu bergantung kepada kelebihan yang ada pada
mereka berdasarkan bentuk fizikal, kecergasan fizikal dan kemahiran sukan yang
dimilikinya.
Kajian ini juga dapat membantu para jurulatih dalam menilai keupayaan
pemain mereka berdasarkan bentuk fizikal, kecergasan fizikal, serta kemahiran
yang dimiliki oleh mereka. Ujian yang dilakukan pada peringkat awal dapat
membantu jurulatih untuk meningkatkan lagi latihan jika ada pemain yang masih
mempunyai kelemahan dalam menguasai segala keperluan sebagai seorang
pemain ragbi. Sepanjang sesi latihan dijalankan, ujian haruslah diberi penekanan
yang sangat tinggi untuk menilai sama ada seseorang pemain itu menunjukkan
peningkatan prestasi ataupun tidak dalam memenuhi kriteria sebagai seorang
pemain ragbi. Seseorang pemain yang tidak mempunyai bakat untuk bermain
walaupun telah menjalani sesi latihan yang lama tidak layak untuk disenaraikan
dalam senarai pasukan yang hendak pergi bertanding.
7
1.6 Limitasi kajian
Kajian ini dijalankan ke atas pemain ragbi Sekolah Sukan Bandar
Penawar, Kota Tinggi, Johor dalam lingkungan umur antara 13-16 tahun.
1.7 Definisi istilah
1.7.1 Komposisi Badan
Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak badan dengan berat
tanpa lemak. Peratusan lemak badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih
baik berbanding berat badan.
1.7.2 Kecergasan
Kecergasan adalah satu keadaan di mana fizikal seseorang itu
membolehkan ia melakukan aktiviti-aktiviti harian dengan efektif, mengambil
bahagian dalam sukan atau aktiviti-aktiviti riadah dan masih mempunyai tenaga
yang mencukupi ketika waktu kecemasan.
1.7.3 Kemahiran motor
Kemahiran motor kasar ialah kemampuan otot-otot untuk melakukan
pergerakan tubuh.
8
1.7.3.1 Fleksibiliti
Keupayaan otot, ligamen, dan sendi membenarkan anggota badan
bergerak dengan bebas dan licin pada julat sudut yang maksimum.
1.7.3.2 Kuasa
Keupayaan melakukan aktiviti dengan daya yang maksimum dan dalam
jangkamasa yang singkat.
1.7.3.3 Ketangkasan
Keupayaan individu mengubah arah pergerakan atau posisi badan dengan
cepat dan pantas.
1.7.3.4 Kelajuan
Keupayaan untuk melakukan sesuatu pergerakan dalam jangka masa
yang singkat. Kelajuan adalah berdasarkan kepada jarak pergerakan yang
boleh dilakukan dalam jangka masa yang paling minima.
9
1.7.4 Kumpulan Posisi Pemain
Posisi atau kedudukan pemain-pemain ragbi di dalam satu-satu pasukan
dibahagikan kepada dua bahagian. Lapan orang di bahagian hadapan (forwards)
dan tujuh orang pemain di bahagian belakang (back/three quarters). Dalam
permainan ragbi pemain-pemain barisan hadapan biasanya bertindak sebagai
pertahanan dan pemain-pemain barisan belakang bertindak sebagai penyerang.
Pemain hadapan (pertahanan)
1. Loosehead Prop
2. Hooker
3. Tighthead Prop
4. Lock (second row)
5. Lock (second row)
6. Blindside Flanker (wing forward)
7. Openside Flanker (wing forward)
8. Anchor (number 8)
Pemain belakang (penyerang)
9. Scrum half
10. Fly-half (stand-off)
11. Wing three Quarter
12. Inside centre (centre two)
13. Outside centre (centre three)
14. Wing three Quarter
15. Fullback